Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

1

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA


Office of the Director General of Education Malaysia
PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
Level 7 Block J Damansara Town Centre
50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900
Fax: 03-2535150
KP (BS) 8591/4/Jld.XVI (3)
16 Februari 2000
Semua Pengarah Pendididikan Negeri
Y.Bhg. Datuk/Dato'/Tuan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/2000:
Pelaksanaan Sebutan Baku Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Mata Pelajaran Bahasa Melayu Di Sekolah
Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memaklumkan pihak Y.Bhg.
Dato'/Datuk/ Tuan tentang pelaksanaan sebutan baku di sekolah.
2. Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa sebutan baku yang terus
dilaksanakan di sekolah adalah hanya untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Bahasa Melayu sahaja.
3. Walau bagaimanapun, untuk ujian lisan dalam peperiksaan awam, sebutan baku atau
sebutan biasa boleh digunakan. Bagi pengajaran dan pembelajaran mata-mata pelajaran
selain Bahasa Melayu serta urusan-urusan lain di sekolah, sebutan biasa digunakan.
4. Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling lkhtisas ini, maka Surat Pekeliling lkhtisas
Bil. 2/1993 bertarikh 30 September 1993 yang bertajuk ''Tarikh Penyempurnaan
Pelaksanaan Bahasa Melayu Sebutan Baku" adalah dibatalkan.
5. Sila maklurnkan kandungan pekeliling ini kepada semua sekolah di negeri Y. Bhg.
Dato'/ Datuk/Tuan.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
DATO DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
2
s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato' Musa Bin Mohamad
Menteri Pendidikan Malaysia
2. Y.B. Dato' Abdul Aziz Bin Shamsuddin
Timbalan Menteri Pendidikan
3. Y.B. Dato' Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan
4. Y.B. Dato' Mahadzir Bin Mohd Khir
Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan
5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan
9. Ketua Nazir Sekolah
10. Semua Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri
11. Pegawai Perhubungan Awam

You might also like