Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 27

PANDUAN PENGURUSAN PEPERIKSAAN

BAGI CALON BERKEPERLUAN KHAS (CBK)







LEMBAGA PEPERIKSAAN,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

2


1

Panduan
Pengurusan
Peperiksaan,
Cetakan 2010
Lampiran 2
Lampiran 3
Lampiran 4
Lampiran 5
Lampiran 6



1.0 PENDAFTARAN CALON


1.1 Pengetua/Guru Besar hendaklah memastikan semua Calon
Berkeperluan Khas (CBK) dan ibu bapa/penjaga dimaklumkan
tentang keistimewaan, kemudahan dan perkhidmatan yang
disediakan oleh Lembaga Peperiksaan.


1.2 Pengetua/Guru Besar bertanggungjawab memastikan semua
CBK perlu didaftarkan mengikut prosedur pendaftaran
semasa.


1.3 Pengetua/Guru Besar bertanggungjawab memastikan data
CBK dimasukkan dengan betul dalam sistem pendaftaran.


1.4 Pengetua/Guru Besar hendaklah mengisi borang khas dalam
tiga (3) salinan (LP/Am 89, 89A, 89B, 89C dan 89D mengikut
kesesuaian). Borang-borang berkenaan hendaklah disahkan
oleh ibu bapa/penjaga. Salinan Pertama dan Salinan Kedua
borang tersebut hendaklah dihantar bersama-sama
pendaftaran calon kepada Pengarah Pelajaran Negeri (U.p.
Ketua Sektor/Ketua Unit, Sektor/Unit Penilaian dan
Peperiksaan). Salinan Ketiga adalah untuk simpanan pihak
sekolah.


1.5 Semua permohonan keistimewaan, kemudahan dan
perkhidmatan perlulah disertakan dengan dokumen sokongan
seperti laporan perubatan dari hospital kerajaan/hospital
swasta atau Kad Orang Kurang Upaya (OKU) dan diserahkan
kepada Pengarah Pelajaran Negeri (U.p. Ketua Sektor/Ketua
Unit, Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan).


1.6 Ketua Sektor/Ketua Unit, Sektor/Unit Penilaian dan
Peperiksaan hendaklah membuat/menyediakan senarai
rumusan permohonan keistimewaan, kemudahan dan
perkhidmatan dari sekolah dan disahkan oleh Pengarah
Pelajaran Negeri sebelum dihantar kepada Pengarah
Peperiksaan untuk kelulusan.


1.7 Pengetua/Guru Besar hendaklah mengemukakan
permohonan tambahan jika terdapat CBK baru selepas tarikh
tutup pendaftaran calon.


1.8 CBK yang tidak membuat permohonan keistimewaan,
kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh
Lembaga Peperiksaan dianggap sebagai calon biasa.






2

Buku Panduan
Dan Rekod
Penilaian Perkara
Asas Fardu Ain
(PAFA), Cetakan
2010


2.0 PINDAH PUSAT


2.1 Proses pindah pusat CBK hendaklah mengikut prosedur
pindah pusat seperti yang digariskan oleh Lembaga
Peperiksaan.

Panduan
Pengurusan
Peperiksaan,
Cetakan 2010 - para
5.2
2.2 Pengetua/Guru Besar hendaklah menanda pada ruang Kod
Khas pada Borang Perpindahan Calon (LP/Am 37).


3.0 PENYEDIAAN DAN SEMAKAN INDEN


3.1 Pengarah Pelajaran Negeri hendaklah memastikan semakan
indent by paper dan indent by centre peperiksaan dibuat
dengan betul dan tepat.


4.0 PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)


4.1 Pengecualian PBS hanya dibenarkan kepada CBK kohort
Tahun Dua 2011 ke atas dan CBK kohort Tingkatan Satu
2011 ke atas.


4.2 Pengetua/Guru Besar hendaklah membuat permohonan
pengecualian PBS bagi CBK dengan mengemukakan
dokumen sokongan seperti laporan perubatan semasa atau
kad OKU. Calon beragama Islam tidak diberi pengecualian
Perkara Asas Fardu Ain (PAFA).


4.3 Kelulusan bagi pengecualian PBS ini tertakluk kepada
keputusan Pengarah Peperiksaan.
Panduan
Pengurusan
Peperiksaan,
Cetakan 2010
para 10.1 (e)
4.4 Bagi CBK kohort Tahun Satu mulai 2011 dan CBK
Tingkatan Satu mulai 2012, tiada pengecualian PBS
dibenarkan.


5.0 KAEDAH PENGENDALIAN CBK DALAM PEPERIKSAAN
BERTULIS


5.1 Penggunaan Kertas Soalan Braille


Kertas peperiksaan tulisan Braille dibekalkan khusus untuk
calon buta dan calon rabun yang menggunakan mesin Braille.

Perkara-perkara berikut perlu dipatuhi dalam mengendalikan
kertas peperiksaan tulisan Braille.


5.1.1 Pelantikan Pengawas


a. Pengarah Pelajaran Negeri bertanggungjawab
menyediakan keperluan Pengawas mengikut
nisbah seperti berikut:


3



i. 01 hingga 08 calon - Dua orang

ii. 09 hingga 15 calon - Tiga orang

iii. 16 hingga 30 calon - Empat orang

iv. 31 hingga 45 calon - Lima orang


b. Sekurang-kurangnya seorang pengawas yang
dilantik berkemahiran membaca tulisan Braille.


c. Sekurang-kurangnya seorang daripada pengawas
tersebut adalah guru yang beragama Islam atau
yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam
untuk membantu calon membaca ayat-ayat al-
Quran dan Hadis bagi kertas Pendidikan Islam.


d. Lantikan hendaklah dalam kalangan guru terlatih
dan bertugas di Sekolah Kerajaan dan Sekolah
Bantuan Kerajaan.


5.1.2 Penyediaan Peralatan


Pengetua/Guru Besar hendaklah menyediakan
peralatan berikut di bilik khas.


a. UPSR


i. 2 unit mesin Braille bagi setiap calon
ii. Meja dengan saiz yang sesuai bagi setiap
calon
iii. Set pembaris Braille
iv. Lampu meja boleh laras (mengikut keperluan
calon)
v. Pita ukur taktil
vi. Kotak tebal pembungkus berukuran yang
bersesuaian dan mencukupi untuk setiap pusat


b. PMR/SPM


i. 2 unit mesin Braille bagi setiap calon
ii. Meja dengan saiz yang sesuai bagi setiap
calon
iii. Talking scientific calculator (with ear phone)
iv. Lampu meja boleh laras (mengikut keperluan
calon)
v. Abacus (mengikut keperluan calon)
vi. Set pembaris taktil
vii. Graph and mathematics demonstration board
viii. J angka sudut taktil
ix. Alat lukis garis timbul (spur wheel set)
x. Buku sifir empat angka Braille (mengikut
keperluan calon)

4



xi. Alas getah
xii. Filem acetate - sebungkus setiap calon
xiii. Kotak tebal pembungkus berukuran yang
bersesuaian dan mencukupi untuk setiap pusat

5.1.3 Prosedur Pengendalian


a. Calon buta hendaklah ditempatkan dalam sebuah
bilik berasingan yang dilengkapi dengan
kemudahan yang cukup dan sesuai.


b. Pengawas hendaklah memeriksa keadaan mesin
Braille dan peralatan khas untuk pusat
peperiksaan itu pada setiap hari sebelum
peperiksaan dimulakan.


c. Pengawas perlu menulis perkataan yang
dikehendaki atau disebut oleh calon di sebelah
atas perkataan yang salah dijawab (jawapan
Braille) dan hendaklah ditandatangani di ruang
tepi sebelah kiri skrip jawapan peperiksaan.


d. Tambahan masa perlu diberi mengikut J adual
Masa Tambahan yang ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan.

Lampiran 1

e. Pengawas hendaklah memastikan calon menaip
angka giliran di sudut kiri dan nombor muka surat
di sudut kanan sebelah atas tiap-tiap helai skrip
jawapan peperiksaannya.


f. Pengawas hendaklah memastikan setiap helaian
skrip jawapan peperiksaan disusun mengikut
urutan dan diikat dengan kemas.


g. Pengawas hendaklah memasukkan skrip jawapan
peperiksaan bagi semua calon mengikut kertas ke
dalam kotak yang disediakan supaya tidak
merosakkan tulisan Braille.


h. Pengawas hendaklah memasukkan kotak skrip
jawapan peperiksaan berkenaan ke dalam
sampul khas LP/Am 63(B) dan melengkapkan
maklumat pada bahagian luar sampul tersebut.


LP/Am 63(B)
Lampiran 9

i. Ketua Pengawas hendaklah menghantar sampul
skrip jawapan peperiksaan calon kepada Penyelia
Kawasan selepas tamat peperiksaan.




5





j. Penyelia Kawasan hendaklah menghantar sampul
skrip jawapan peperiksaan calon kepada Ketua
Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan selepas
tamat keseluruhan peperiksaan.


k. Ketua Sektor/Unit Sektor/Unit Penilaian dan
Peperiksaan, J abatan Pelajaran Negeri
dikehendaki menghantar semua sampul skrip
jawapan peperiksaan calon ke Lembaga
Peperiksaan tidak lewat dari tujuh (7) hari selepas
peperiksaan tamat.


5.2 Penggunaan Kertas Peperiksaan Cetakan Besar


Kertas Peperiksaan Cetakan Besar dibekalkan untuk calon
rabun.

Perkara-perkara berikut perlu dipatuhi dalam mengendalikan
Kertas Peperiksaan Cetakan Besar.


5.2.1 Pelantikan Pengawas


Pelantikan pengawas untuk mengendalikan calon
yang menggunakan kertas soalan cetakan besar
adalah sama seperti bilangan pengawas yang telah
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

Panduan
Pengurusan Pusat
Peperiksaan
Bertulis, Cetakan
2010 - para 1.1.4 (d)

5.2.2 Penyediaan Peralatan


Pengetua/Guru Besar hendaklah menyediakan
peralatan berikut di bilik khas untuk peperiksaan
UPSR, PMR dan SPM:


a. meja dengan saiz yang sesuai bagi setiap calon


b. kanta pembesar (mengikut kesesuaian murid)


c. lampu meja boleh laras (mengikut keperluan
calon)


d. CCTV (mengikut keperluan)


5.2.3 Prosedur Pengendalian


a. Calon hendaklah ditempatkan dalam sebuah bilik
berasingan yang dilengkapi dengan kemudahan
yang cukup dan sesuai.


6

b. Tambahan masa perlu diberi mengikut J adual
Masa Tambahan yang ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan.

Lampiran 1

c. Pengawas hendaklah memastikan setiap helaian
skrip jawapan peperiksaan calon disusun
mengikut urutan dan diikat dengan kemas.


d. Pengawas hendaklah memasukkan skrip jawapan
peperiksaan calon ke dalam sampul khas dan
melengkapkan maklumat pada bahagian luar
sampul tersebut.


e. Ketua Pengawas hendaklah menghantar sampul
skrip jawapan peperiksaan calon kepada Penyelia
Kawasan selepas tamat peperiksaan.


f. Penyelia Kawasan hendaklah menghantar sampul
skrip jawapan peperiksaan calon kepada Ketua
Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, J abatan
Pelajaran Negeri selepas tamat keseluruhan
peperiksaan.


g. Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan,
J abatan Pelajaran Negeri dikehendaki
menghantar semua sampul skrip jawapan
peperiksaan calon ke Lembaga Peperiksaan tidak
lewat dari tujuh (7) hari selepas peperiksaan
tamat.


5.3 Penggunaan Kertas Peperiksaan Moderasi


Kertas Peperiksaan Moderasi dibekalkan khusus untuk calon
bermasalah pendengaran.

Perkara-perkara berikut perlu dipatuhi dalam mengendalikan
Kertas Peperiksaan Moderasi.


5.3.1 Pelantikan Pengawas


Pelantikan pengawas untuk mengendalikan calon
yang menggunakan Kertas Peperiksaan Moderasi
adalah sama seperti bilangan pengawas yang telah
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

Sekurang-kurangnya seorang Pengawas yang dilantik
mestilah berkemahiran dalam bahasa isyarat Kod
Tangan Bahasa Malaysia (KTBM) atau Bahasa Isyarat
Malaysia (BIM) supaya dapat memberi arahan yang
jelas kepada calon.


Panduan
Pengurusan Pusat
Peperiksaan
Bertulis, Cetakan
2010 - para 1.1.4 (d)
7




5.3.2 Penyediaan Peralatan


Tiada peralatan khas.


5.3.3 Prosedur Pengendalian


a. Calon hendaklah ditempatkan dalam sebuah bilik
berasingan yang dilengkapi dengan kemudahan
yang cukup dan sesuai.



b. Tambahan masa perlu diberi mengikut J adual
Masa Tambahan yang ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan.

Lampiran 1

c. Pengawas hendaklah memastikan setiap helaian
skrip jawapan peperiksaan calon disusun
mengikut urutan dan diikat dengan kemas.


d. Pengawas hendaklah memasukkan skrip jawapan
peperiksaan calon ke dalam sampul khas dan
melengkapkan maklumat pada bahagian luar
sampul tersebut.


e. Ketua Pengawas hendaklah menghantar sampul
skrip jawapan peperiksaan calon kepada Penyelia
Kawasan selepas tamat peperiksaan.


f. Penyelia Kawasan hendaklah menghantar sampul
skrip jawapan peperiksaan calon kepada Ketua
Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, J abatan
Pelajaran Negeri selepas tamat keseluruhan
peperiksaan.


g. Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan,
J abatan Pelajaran Negeri dikehendaki
menghantar semua sampul skrip jawapan
peperiksaan calon ke Lembaga Peperiksaan tidak
lewat dari tujuh (7) hari selepas peperiksaan
tamat.


5.4 Penggunaan Komputer


Penggunaan komputer dibenarkan bagi kes yang sangat
memerlukan sahaja

Perkara-perkara berikut perlu dipatuhi dalam mengendalikan
peperiksaan menggunakan komputer.




8



5.4.1 Pelantikan Pengawas


Sekurang-kurangnya dua orang Pengawas dilantik
bagi setiap calon. Salah seorang pengawas mestilah
mahir dalam pengoperasian komputer.


5.4.2 Penyediaan Peralatan


Pengetua/Guru Besar hendaklah menyediakan
kemudahan/alat berikut di bilik khas yang kondusif dan
dilengkapi dengan bekalan elektrik:


a. Komputer


b. Pencetak


c. Kertas cetakan putih saiz A4


d. Perisian MS Word


5.4.3 Prosedur Pengendalian


a. Ketua Pengawas hendaklah mengadakan
lawatan ke pusat berkenaan selewat-lewatnya
sehari sebelum peperiksaan dimulakan untuk
memastikan semua alat keperluan disediakan dan
berfungsi dengan baik.


b. Pengetua/Guru Besar hendaklah menyediakan
komputer yang telah diformat.


c. Ketua Pengawas hendaklah membuat instalasi
perisian yang akan digunakan.


d. Ketua Pengawas hendaklah memastikan calon
menggunakan perisian MS Word, jenis font New
Times Roman, saiz font 11, dengan line spacing
1.5.


e. Ketua Pengawas hendaklah memastikan fungsi
auto (auto correct, auto check) tidak diaktifkan.


f. Ketua Pengawas hendaklah mengesahkan kertas
cetakan putih yang akan digunakan oleh calon.


g. Ketua Pengawas hendaklah memastikan jawapan
calon dicetak dan angka giliran tercatat di sudut
kiri serta nombor muka surat tercatat di sudut
kanan sebelah atas setiap helai skrip jawapan
peperiksaan.


9

LP/Am 63(B)
Lampiran 9



h. Ketua Pengawas hendaklah memastikan
komputer dan perisian khas berfungsi dengan
baik serta telah dinyahmaklumat pada setiap hari
sebelum peperiksaan dimulakan.


i. Setelah tamat peperiksaan komputer hendaklah
disimpan di dalam almari berkunci di bilik
Pengetua/Guru Besar untuk kegunaan pada hari
berikutnya. Kunci almari hendaklah disimpan oleh
Ketua Pengawas.


j. Pengawas hendaklah memasukkan skrip jawapan
peperiksaan calon ke dalam sampul khas dan
melengkapkan maklumat pada bahagian luar
sampul tersebut.

LP/Am 63(B)
Lampiran 9

k. Ketua Pengawas hendaklah menghantar sampul
skrip jawapan peperiksaan calon kepada Penyelia
Kawasan selepas tamat peperiksaan.


l. Penyelia Kawasan hendaklah menghantar sampul
skrip jawapan peperiksaan calon kepada Ketua
Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, J abatan
Pelajaran Negeri selepas tamat keseluruhan
peperiksaan.


m. Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan,
J abatan Pelajaran Negeri dikehendaki
menghantar semua sampul skrip jawapan
peperiksaan calon ke Lembaga Peperiksaan tidak
lewat dari tujuh (7) hari selepas peperiksaan
tamat.


5.5 Penggunaan Khidmat Pembaca Soalan dan/atau J urutulis


Khidmat Pembaca Soalan dan/atau J urutulis dibenarkan bagi
kes yang sangat memerlukan sahaja

Perkara-perkara berikut perlu dipatuhi jika Khidmat Pembaca
Soalan dan/atau J urutulis digunakan dalam mengendalikan
peperiksaan.


5.5.1 Pelantikan Pengawas


Pengawas berikut hendaklah dilantik bagi setiap
calon:





10



a. seorang juru rakam audio (wajib)


b. seorang pembaca soalan dan/atau


c. seorang jurutulis


Pembaca Soalan hendaklah dilantik dalam kalangan
guru yang boleh membaca dengan intonasi dan
sebutan yang jelas mengikut medium bahasa kertas
peperiksaan.


5.5.2 Penyediaan Peralatan


Pengetua/Guru Besar hendaklah menyediakan
peralatan berikut:


a. alat perakam audio yang bersesuaian


b. pita rakaman


c. bateri/punca kuasa elektrik yang berterusan


5.5.3 Prosedur Pengendalian


a. Calon yang diberi keistimewaan menggunakan
khidmat pembaca soalan dan/atau jurutulis wajib
menggunakan rakaman audio sepanjang tempoh
peperiksaan.


b. Pengetua/Guru Besar hendaklah menyediakan
sebuah bilik yang sesuai dan kondusif untuk
menjalankan peperiksaan.


c. Pembaca soalan boleh membaca soalan
berulangkali atas permintaan calon.


d. Ketua Pengawas hendaklah memastikan pita
rakaman ditulis Angka Giliran, Nama Kertas dan
Kod Kertas.


e. Ketua Pengawas hendaklah memasukkan pita
rakaman dan/atau skrip jawapan peperiksaan
calon mengikut kertas ke dalam sampul khas dan
melengkapkan maklumat pada bahagian luar
sampul tersebut.

LP/Am 63(B)
Lampiran 9

f. Ketua Pengawas hendaklah menyerahkan
sampul khas kepada Penyelia Kawasan selepas
tamat peperiksaan.


11




g. Penyelia Kawasan hendaklah menghantar sampul
sampul khas kepada Ketua Sektor/Unit Penilaian
dan Peperiksaan, J abatan Pelajaran Negeri
setelah tamat keseluruhan peperiksaan.


h. Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan,
J abatan Pelajaran Negeri dikehendaki
menghantar semua sampul skrip jawapan
peperiksaan ke Lembaga Peperiksaan tidak lewat
dari tujuh (7) hari selepas peperiksaan tamat.


5.6 Penggunaan Guru Pendamping


Khidmat Guru Pendamping diperlukan bagi CBK kategori
Terencat Akal/Sindrom Down, Autisme, ADHD/ADD dan
Sindrom Asperger.

Khidmat Guru Pendamping diperlukan oleh CBK bagi
memastikan calon tersebut lebih fokus dan berada dalam
keadaan terkawal di bilik peperiksaan.

Penggunaan Guru Pendamping oleh CBK dalam peperiksaan
dibenarkan dalam 2 keadaan iaitu:


a. Berada di luar bilik atau dewan peperiksaan.
Kebenaran untuk berada di luar bilik atau dewan
peperiksaan boleh diperoleh daripada Ketua
Pengawas pada hari peperiksaan; atau

Panduan
Pengurusan Pusat
Peperiksaan
Bertulis, Cetakan
2010 - para 6.4.5 (h)

b. Berada di dalam bilik peperiksaan. Kebenaran
untuk di dalam bilik peperiksaan perlu dipohon
oleh sekolah sebelum peperiksaan.


Perkara-perkara berikut perlu dipatuhi jika khidmat Guru
Pendamping digunakan dalam para (b) di atas semasa
mengendalikan peperiksaan.


5.6.1 Laporan Pengetua/Guru Besar


Permohonan bagi penggunaan khidmat Guru
Pendamping perlulah disertakan dengan laporan
Pengetua/Guru Besar yang menunjukkan khidmat
Guru Pendamping diperlukan oleh calon tersebut
sepanjang tempoh peperiksaan dijalankan.





12



5.6.2 Pelantikan Pengawas


Sekurang-kurangnya 2 orang pengawas dilantik bagi
setiap calon. Pengawas yang dilantik mestilah berada
bersama-sama Guru Pendamping sepanjang tempoh
peperiksaan.


5.6.3 Penyediaan Peralatan


Tiada peralatan


5.6.4 Prosedur Pengendalian


a. Calon yang diberi keistimewaan menggunakan
khidmat Guru Pendamping dibenarkan berada
bersama dengan Guru Pendamping sepanjang
tempoh peperiksaan.

Walau bagaimanapun Guru Pendamping:


i. hendaklah menandatangani Borang Akta
Rahsia Rasmi 1972 Lampiran D sebelum
peperiksaan bermula

ii. dilarang membawa apa-apa bahan atau
dokumen yang boleh menimbulkan syak
kepada petugas peperiksaan

iii. dilarang membantu calon sepanjang tempoh
peperiksaan

iv. hendaklah mencatat nama dalam Buku Rekod
Pengawasan (BRP)

v. tidak akan dibayar sebarang bayaran bagi
khidmat beliau sebagai Guru Pendamping


b. Calon, Guru Pendamping dan orang pengawas
yang berkecuali di tempatkan di bilik berasingan.


c. Pengawas hendaklah memasukkan skrip jawapan
peperiksaan calon ke dalam sampul khas dan
melengkapkan maklumat pada bahagian luar
sampul tersebut.


d. Ketua Pengawas hendaklah menghantar sampul
skrip jawapan peperiksaan calon kepada Penyelia
Kawasan selepas tamat peperiksaan.





13



e. Penyelia Kawasan hendaklah menghantar sampul
skrip jawapan peperiksaan calon kepada Ketua
Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, J abatan
Pelajaran Negeri selepas tamat keseluruhan
peperiksaan.


f. Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan,
J abatan Pelajaran Negeri dikehendaki
menghantar semua sampul skrip jawapan
peperiksaan calon ke Lembaga Peperiksaan tidak
lewat dari tujuh (7) hari selepas peperiksaan
tamat.


5.7 Pemberian Tambahan Masa


5.7.1 Peruntukan tambahan masa adalah berdasarkan
kepada J adual Masa Tambahan yang ditetapkan oleh
Lembaga Peperiksaan.

Lampiran 1

5.7.2 Ketua Pengawas hendaklah memasukkan skrip
jawapan peperiksaan mengikut mata pelajaran ke
dalam sampul khas dan melengkapkan maklumat
pada bahagian luar sampul tersebut.

LP/Am 63(B)
Lampiran 9

5.7.3 Ketua Pengawas hendaklah memastikan skrip
jawapan peperiksaan dihantar kepada Penyelia
Kawasan selepas tamat peperiksaan.


5.7.4 Penyelia Kawasan hendaklah menghantar sampul
skrip jawapan peperiksaan kepada Ketua Sektor/Unit
Penilaian dan Peperiksaan, J abatan Pelajaran Negeri
selepas tamat keseluruhan peperiksaan.


5.7.5 Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, J abatan
Pelajaran Negeri dikehendaki menghantar semua
sampul skrip jawapan peperiksaan ke Lembaga
Peperiksaan tidak lewat dari tujuh (7) hari selepas
peperiksaan tamat.


5.8 Keperluan-keperluan Lain


5.8.1 Pengetua/Guru Besar boleh memohon keperluan-
keperluan lain calon selain daripada keperluan yang
dinyatakan.






14



5.8.2 Segala permohonan hendaklah dikemukakan selewat-
lewatnya 30 hari sebelum peperiksaan dijalankan.


5.8.3 Segala permohonan keperluan khas hendaklah
dihantar kepada Pengarah Pelajaran Negeri untuk
tujuan pengesahan.


5.8.4 Permohonan akan dipanjangkan oleh Pengarah
Pelajaran Negeri kepada Pengarah Peperiksaan untuk
kelulusan.


6.0 KELULUSAN PERMOHONAN


6.1 Pengarah Peperiksaan akan mengeluarkan surat kelulusan
keistimewaan, kemudahan dan perkhidmatan kepada
Pengarah Pelajaran Negeri.


6.2 Pengarah Pelajaran Negeri akan memanjangkan surat
kelulusan kepada Pengetua/Guru Besar.


6.3 Pengetua/Guru Besar bertanggungjawab memaklumkan
kelulusan kepada CBK/Ibu bapa/Penjaga.


6.4 Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan/Pengetua/Guru
Besar bertanggungjawab menyediakan keistimewaan,
kemudahan dan perkhidmatan seperti yang diluluskan oleh
Pengarah Peperiksaan.

























15



LAMPIRAN






1. Jadual Masa Tambahan
2. Borang Maklumat Calon Berkeperluan Khas LP/Am 89
3. Borang Calon Pekak/Bisu (P/D) LP/Am 89A
4. Borang Calon Rabun (R) LP/Am 89B
5. Borang Calon Buta/Rabun LP/Am 89C
6. Borang Calon Spastik/Kecatatan Lain (S/C) LP/Am 89D
7. Borang Pindah Pusat LP/Am 37
8. Senarai Kategori Calon Kes Khas dan Keperluan Tambahan
9. Muka depan sampul Calon Berkeperluan Khas LP/Am 63(B)
10. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.23/1998 Kebenaran Bagi Murid-Murid
Menduduki Peperiksaan Awam

JADUAL MASA TAMBAHAN

Calon Buta, Rabun, Pelbagai Kecatatan dan Kemalangan

Masa yang diperuntukkan ini adalah untuk semua jenis kertas peperiksaan. Calon yang telibat
dalam kemalangan yang layak mendapat masa tambahan adalah calon yang tidak boleh menulis
dengan tangan yang biasa dugunakan untuk menulis. Lain-lain kecederaan boleh diberi
pertimbangan atas nasihat Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri
Berkenaan.


Bil Masa yang diperuntukkan dalam Jadual Waktu Masa tambahan yang diberi
1 1 jam atau kurang hingga 1 jam 30 minit 30 minit
2 Lebih 1 jam 30 minit hingga 2 jam 30 minit 1 jam
3 Lebih 2 jam 30 minit 1 jam 30 minit

Calon Bermasalah Pendengaran

Masa tambahan bagi calon ini adalah 25% daripada masa yang diperuntukan bagi setiap kertas
peperiksaan (Rujuk surat siaran KP.LP.004.07.04(1) bertarikh 5 September 2008.

Bil Masa yang diperuntukkan dalam jadual waktu 25% masa tambahan yang diberi
1 1 jam 15 minit
2 1 jam 15 minit 20 minit
3 1 jam 30 minit 25 minit
4 1 jam 45 minit 30 minit
5 2 jam 30 minit
6 2 jam 15 minit 35 minit
7 2 jam 30 minit 40 minit
8 3 jam 45 minit

TAHUN : NO TELEFON :
NO FAKS :
J
A
D
U
A
L

A
J
A
D
U
A
L

B
B
R
A
I
L
L
E
T
U
L
I
S
A
N

B
E
S
A
R
M
O
D
E
R
A
S
I
N
O
R
M
A
L
P
E
K
A
P
A
F
A
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
JUMLAH
LEMBAGA PEPERIKSAAN
BORANG MAKLUMAT CALON BERKEPERLUAN KHAS
PEPERIKSAAN : UPSR/PMR/SPM/STAM
K
O
D

C
A
C
A
T
ANGKA
GILIRAN
BIL NAMA CALON KATEGORI
PENGECUALIAN
KERJA KURSUS
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
*Tandakan jika beri
KEPERLUAN
KHAS
TAMBAH
MASA
KERTAS
NO PUSAT :
NAMA SEKOLAH :
NO. SIJIL
KELAHIRAN ATAU
KAD PENGENALAN
LP/Am 89
PENGESAHAN MAKLUMAT
Nama Pegawai:
Tandatangan Pegawai:
Kod
Cacat
Kategori
A Terencat Akal
B Buta
C Cacat Lain
D Bisu
P Pekak
R Rabun
S Spastik/Cerebral Palsy
BIL MAKLUMAT
1. Sertakan laporan daripada pakar perubatan mengesahkan kecacatan pendengaran dan pertuturan calon. YA TIDAK
Nyatakan jenis kecacatan pendengaran calon BISU PEKAK
Adakah calon menggunakan alat pembantu pendengaran? YA TIDAK
3. Adakah calon menggunakan bahasa isyarat bagi membantunya semasa membaca dan menulis? YA TIDAK
Sertakan contoh tulisan biasa calon. YA TIDAK
( Catatkan panjang petikan tersebut, masa yang diambil ) jam minit
Sertakan contoh borang objektif yang ditandakan oleh calon. YA TIDAK
( Catatkan jumlah soalan objektif dan tempoh masa diambil untuk menandakannya ) jam minit
Masalah-masalah yang dihadapi oleh calon
Cara mengatasi oleh calon/pihak sekolah.
7. Adakah calon memerlukan kertas soalan peperiksaan dalam bentuk SOALAN MODERASI ?
Pada pandangan tuan/puan, adakah calon ini memerlukan tambah masa dalam peperiksaan. YA TIDAK
Jika "YA" catatkan masa tambahan yang difikirkan munasabah. 15 20 25 40
*Tandakan di ruang berkenaan atau isi tempat kosong.
TAHUN
4.
6.
5.
patah perkataan
soalan objektif
2.
minit
8.
Masalah:
Mengatasi:
YA-MODERASI NORMAL
LEMBAGA PEPERIKSAAN
BORANG CALON PEKAK / BISU ( P/D )
ANGKA GILIRAN :
ULASAN
NEGERI
NAMA CALON :
NO. SIJIL KELAHIRAN / :
NO KAD PENGENALAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PEPERIKSAAN : UPSR/PMR/SPM/STAM
LP/Am 89A
Tandatangan
Guru Besar :
Cap Rasmi Sekolah
dan
Tarikh :
BIL MAKLUMAT
1. Sertakan laporan daripada pakar perubatan mengesahkan kecacatan penglihatan calon. ADA TIADA
2. Adakah calon menggunakan cermin mata? YA TIDAK
3. Adakah calon menggunakan kanta pembesar bagi membantunya semasa membaca dan menulis? YA TIDAK MEMBACA
ADA TIADA
jam minit jarak cm
ADA TIADA
jam
jam
8. Adakah calon memerlukan kertas soalan peperiksaan dalam TULISAN BESAR ?
YA TIDAK
30 1 JAM
5.
Sertakan contoh borang objektif yang ditandakan oleh calon.
(Catatkan jumlah soalan objektif dan tempoh masa diambil untuk menandakannya)
4.
Sertakan contoh tulisan biasa calon.
(Catatkan panjang petikan tersebut, masa yang diambil dan jarak mata daripada bahan tulisan?
patah perkataan
minit soalan objektif
6.
Kelancaran calon membaca petikan daripada buku teks.
(Catatkan panjang petikan yang dibaca dan tempoh masa yang diambil)
Masalah:
LANCAR
patah perkataan minit
TIDAK LANCAR
9.
Pada pandangan tuan/puan, adakah calon ini memerlukan tambah masa dalam peperiksaan.
jika "Ya" catatkan masa tambahan yang difikirkan munasabah.
*Tandakan di ruang berkenaan atau isi tempat kosong.
7.
Masalah yang dihadapi oleh calon
Cara calon/pihak sekolah mengatasi masalah ini.
YA-TULISAN BESAR TIDAK
Cara Mengatasi:
NO KAD PENGENALAN
NEGERI
MENULIS
ULASAN
LEMBAGA PEPERIKSAAN
BORANG CALON RABUN ( R )
ANGKA GILIRAN :
NAMA CALON :
NO. SIJIL KELAHIRAN / :
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PEPERIKSAAN : UPSR/PMR/SPM/STAM
TAHUN
Tandatangan
Guru Besar :
Cap Rasmi Sekolah
dan
Tarikh :
LP/Am 89B
TAHUN
BIL MAKLUMAT
Jenis kecacatan penglihatan. BUTA RABUN
Sertakan laporan daripada pakar perubatan mengesahkan kecacatan penglihatan calon ADA TIADA
2. Adakah calon menggunakan cermin mata? YA TIDAK
3.
Adakah calon menggunakan kanta pembesar atau alat-alat lain bagi membantunya semasa membaca
dan menulis?
YA TIDAK
ADA TIADA
jam minit jarak cm
ADA
jam minit
jam minit
8. Adakah calon memerlukan kertas soalan peperiksaan dalam TULISAN BESAR atau BRAILLE ? TIDAK
Pada pandangan tuan/puan, adakah calon ini memerlukan tambaha masa dalam peperiksaan. YA TIDAK
Jika "YA" catatkan masa tambahan yang difikirkan munasabah. 30 1 JAM
5.
Sertakan contoh borang objektif yang ditandakan oleh calon.
( Catatkan jumlah soalan objektif dan tempoh masa diambil untuk menandakannya )
patah perkataan
YA-TULISAN BESAR
7.
Masalah-masalah yang dihadapi oleh calon
Cara mengatasi oleh calon/pihak sekolah.
Masalah:
Mengatasi:
LEMBAGA PEPERIKSAAN
BORANG CALON BUTA / RABUN ( B/R )
ANGKA GILIRAN :
NAMA CALON :
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PEPERIKSAAN : UPSR/PMR/SPM
NO. SIJIL KELAHIRAN / :
NO KAD PENGENALAN
NEGERI
ULASAN
Tanpa guna kaca mata
1.
Keupayaan penglihatan calon mengikut Skala/Carta Snellen
Ketika guna kaca mata
*Tandakan di ruang berkenaan atau isi tempat kosong.
TIADA
soalan objektif
LANCAR TIDAK LANCAR
YA-BRAILLE
9.
mata kiri mata kanan
mata kiri mata kanan
4.
Sertakan contoh tulisan biasa calon.
( Catatkan panjang petikan tersebut, masa yang diambil dan jarak mata dari bahan tulisan )
patah perkataan
6.
Kelancaran calon membaca petikan dari buku teks.
( Catatkan panjang petikan yang dibaca dan tempoh masa yang diambil )
LP/Am 89C
Tandatangan
Guru Besar :
Cap Rasmi Sekolah
dan
Tarikh :
BIL MAKLUMAT
1. Terangkan kecacatan yang dihadapi oleh calon.
2. Sertakan laporan daripada pakar perubatan mengesahkan kecacatan calon. ADA TIADA
YA TIDAK
ADA TIADA jam minit
Sertakan contoh borang objektif yang ditandakan oleh calon. ADA TIADA
( Catatkan jumlah soalan objektif dan tempoh masa diambil untuk menandakannya ) jam minit
Adakah kecacatan calon boleh menjejaskan kelancaran calon membaca? YA TIDAK
( Catatkan panjang petikan yang dibaca dari buku teks dan tempoh masa yang diambil ) ADA TIADA jam minit
Adakah calon ini memerlukan mesin taip/komputer
Sertakan contoh bahan yang ditaip dan catatkan tempoh masa yang diambil. ADA TIADA jam minit
Masalah-masalah yang dihadapi oleh calon dan
Cara mengatasi oleh calon/pihak sekolah.
Pada pandangan tuan/puan, adakah calon ini memerlukan tambah masa dalam peperiksaan. YA TIDAK
Jika "YA" catatkan masa tambahan yang difikirkan munasabah. 30 1 JAM
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PEPERIKSAAN : UPSR/PMR/SPM
NO KAD PENGENALAN
patah perkataan
7.
Masalah:
patah perkataan
4.
5.
soalan objektif
patah perkataan
6.
3.
Adakah kecacatan calon boleh menjejaskan kepantasan calon menulis?
( Sertakan contoh tulisan biasa calon. Catatkan panjang petikan tersebut dan masa yang diambil )
8.
*Tandakan di ruang berkenaan atau isi tempat kosong.
TAHUN
LEMBAGA PEPERIKSAAN
BORANG CALON SPASTIK/KECACATAN LAIN ( S/C )
ANGKA GILIRAN :
YA-MESIN TAIP YA-KOMPUTER
ULASAN
NEGERI
Mengatasi:
NAMA CALON :
NO. SIJIL KELAHIRAN / :
LP/Am 89D
Tandatangan
Guru Besar :
Cap Rasmi Sekolah
dan
Tarikh :

LAMPIRAN 8

SENARAI KATEGORI CALON KES KHAS DAN KEPERLUAN TAMBAHAN


BIL

KOD
CBK

KATEGORI CBK
KEISTIMEWAAN, KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN
TAMB
MASA
BRAILLE CETAKAN
BESAR
MODERASI KOMPUTER RAKAMAN PEMBACA JURUTULIS GURU
PENDAMPING
1 A TERENCAT
AKAL/SINDROM DOWN




2 B BUTA
3 E DISLEKSIA
4 T AUTISME
5 H ADHD/ADD
6 L SLOW LEARNER
7 G SINDROM ASPERGER
8 C CACAT ANGGOTA
9 D BISU
10 P PEKAK
11 R RABUN
12 S SPASTIK/CP
Catatan:


Keistimewaan, kemudahan dan perkhidmatan ini tertakluk atas kelulusan Pengarah Peperiksaan.
1
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Office of the Director General of Education Malaysia
PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
Level 7 Block J Damansara Town Centre
50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900
Fax: 03-2535150
KP (BS) 8591/Jld. XIV/(23)
24 September 1998
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 23/1998:
Kebenaran Bagi Murid-Murid Menduduki Peperiksaan Awam
Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memperingat dan menegaskan
kepada semua Pengetua dan Guru Besar bahawa murid-murid yang layak, mengikut syarat-
syarat yang sedia ada, adalah berhak mengambil peperiksaan awam. Pengetua dan Guru
Besar tidak dibenarkan sama sekali menyekat mana-mana murid daripada mengambil
peperiksaan, dengan apa alasan sekalipun, walaupun misalnya kerana bimbang pencapaian
murid itu nanti akan menjejaskan prestasi keputusan peperiksaan keseluruhan sekolah.
2. Murid-murid yang ditempatkan dalam kelas inklusif atau kelas percantuman
(Program Pendidikan Khas) di sekolah menengah dan sekolah rendah harian biasa,
hendaklah juga dibenarkan mengambil peperiksaan awam UPSR, PMR, SPM atau
sepertinya, bersama-sama dengan murid-murid lain. Walau bagaimanapun, dalam
menyediakan analisis pencapaian peperiksaan, pihak sekolah bolehiah membuat analisis
berasingan bagi murid-murid pendidikan khas.
3. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua Pengetua
dan Guru Besar di negeri Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan.
Sekian.Terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
DATO DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
2
s.k. 1. Y.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia
2. Y.B. Dato' Haji Mohd. Khalid Yunus
Timbalan Menteri Pendidikan
3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn
Timbalan Menteri Pendidikan
4. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
5. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
6. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
7. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan
8. Ketua Nazir Sekolah
9. Pegawai Perhubungan Awam

You might also like