Tamadun Yang Menjadi Contoh Di Asia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 56

Tamadun Yang Menjadi Contoh di Asia

Tamadun Jepun

Gambatte! Gambatte! Acapkali perkataan ini diteriak dari mulut orang-orang Jepun terutamanya
anak-anak muda Jepun apabila ingin memberi semangat kepada saudaranya yang sedang berusaha
melakukan sesuatu. Itulah kunci kejayaan masyarakat Jepun! Saling memberi semangat dan sentiasa
bekerjasama. Ketamadunan Jepun yang telah bermula sejak ribuan tahun dahulu merupakan asas
kemajuan negara Jepun yang maju pada hari ini.

Ketamadunan Jepun yang pesat membangun seringkali dijadikan contoh oleh negara-negara
membangun yang lain. Walaupun, Hiroshima dan Nagasaki telah dihancurkan dengan bom atom
Amerika Syarikat, mereka mampu bangkit dengan masa yang singkat sehingga menjadi kuasa
ekonomi unggul Asia.

Bagi memperhalusi lagi perbincangan kita tentang topik ini, marilah kita mendekati definisi-definisi
kata kunci yang terdapat dalam perbincangan ini. Istilah tamadun berasal daripada perkataan Arab,
iaitu maddana yang bererti kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku. Tamadun juga
membawa erti pembukaan bandar. Edward L. Farmers pula mendefinisikan tamadun sebagai satu
unit budaya yang besar yang mengandungi norma-norma sosial, tradisi dan institusi yang dikongsi
bersama dan diwarisi dari generasi ke generasi. Profesor Wan Hashim Wan Teh berpendapat
bahawa perbezaan antara tamadun dengan budaya ialah tahap pencapaiannya. E.B Taylor, seorang
ahli antropologi mendefinisikan tamadun sebagai merangkumi keseluruhan pencapaian manusia
termasuk pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang, adat dan keupayaan-keupayaan
serta tabiat-tabiat lain yang didapati oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Menurut Jacqueta
Hawkes, tamadun merujuk kepada kualiti tinggi yang dimiliki oleh sesebuah masyarakat. Manakala
seorang sejarawan materialis, Gordon Childe memberi penekanan kepada pencapaian material
sebagai lambang ketamadunan sesebuah masyarakat.

Istilah Jepun pula secara umumnya merujuk kepada negara Jepun yang terletak di Timur Asia.
Menurut CIA World Factbook yang dikeluarkan oleh CIA (Crime Investigation Agency/Agensi
Penyiasatan Jenayah) Amerika Syarikat, istilah Japan yang membawa maksud Jepun dalam bahasa
Melayu merujuk kepada sebuah negara yang kedudukannya 36 00 U, 138 00 T dalam peta dunia dan
berkeluasan 377, 835 kilometer persegi. Menurut laman web Wikipedia pula Jepun atau nama
rasminya Nippon-koku atau Nihon-koku merupakan sebuah negara kepulauan yang terletak di Timur
Asia.

Perkataan maju pula menurut Kamus Dewan Edisi Baru membawa maksud bertambah baik
keadaannya atau tinggi tamadunnya (peradabannya, taraf hidupnya, dll). Menurut Kamus Umum
Bahasa Indonesia, perkataan maju membawa maksud melangkah ke depan, bertambah berhasil
dalam mengembangkan perusahaan, lulus dalam ujian. Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia
pula, perkataan maju membawa maksud berjalan(bergerak) ke muka, tampil ke muka, mendesak ke
depan (tentang persatuan), menjadi lebih baik (laku, pandai, dsb), berkembang.


GEOGRAFI, DEMOGRAFI DAN SEJARAH JEPUN
Jepun atau Nihon(Nippon) dalam bahasa Jepun dikenali secara meluas sebagai Tanah Matahari
Terbit. Nihon sebenarnya bermakna asal matahari, iaitu matahari terbit. Jepun juga pernah dikenali
sebagai Yamato. Nihon, telah diterima secara am sebagai nama untuk Jepun dan telah digunakan
buat pertama kalinya oleh cendiakawan-cendiakawan Jepun. Orang-orang Korea yang telah ramai
datang ke Jepun pada awal abad ke 7. Istilah Nippon telah digunakan dengan meluas semasa era
Meiji (186-19120 dan Taisho (1912-1926). Selepas perang kedua, Nihon sebaliknya lebih banyak
digunakan dirujukkan kepada Jepun.

Kepulauan Jepun terdiri daripada Honshu, Kyushu, Shikoku, Hokkaido dan pulau-pulau kecil yang
berhampiran. Honshu, merupakan pulau yang terbesar dan menjadi tempat tinggal empat perlima
daripada penduduk Jepun masa kini. Beberapa buah daripada bandar-bandar yang terbesar di Jepun,
seperti Tokyo, Osaka, Kyoto, Nagoya, Yokohama, dan lain-lain terletak di pulau ini. Jepun adalah
sebuah negara yang kekurangan kawasan-kawasan dataran, perairan, dan sungai-sungai yang
panjang lebar. Bagaimanapun, oleh kerana kedudukannya di zon monsun, ia mendapat hujan dan
kelembapan yang secukupnya dan dengan yang demikian ia kaya dengan tumbuh-tumbuhan. Secara
am, iklimnya adalah sederhana, dan kempat-keempat musim, (bunga, panas, luruh, dan sejuk)
adalah jelas berbeza.

Empat perlima daripada negara Jepun diliputi oleh kawasan pergunungan dan seperlima oleh
dataran lanar. Antara dataran-dataran lanarnya ialah yang terkaya terletak di Honshu, terutamanya
di sebelah kawasan timur Jepun. Ketiga-tiga dataran tersebut ialah Kanto(terletak di Tokyo),
Kinai(terletak di teluk Osaka) dan yang ketiga terletak di Teluk Ise. Ketiga-tiga dataran ini mempunyai
penduduk yang padat. Dataran-dataran tersebut amat penting dalam sejarah Jepun kerana ia
merupakan kawasan-kawasan pengeluaran makanan dan juga sumber kekayaan dan kuasa utama.
Oleh hal itu, dataran-dataran ini telah menjadi punca perselisihan dan persaingan di kalangan tuan-
tuan tanah dan keluarga-keluarga feudal.

Orang-orang Jepun sebahagian besarnya berketurunan Mongoloid dan dengan itu mereka
mempunyai pertalian rapat dengan orang-orang Cina, Korea, Thai, Burma dan lain-lain. Mereka
berbadan sederhana dengan potongan muka yang berbentuk bujur serta rambut dan mata yang
berwarna hitam. Orang-orang Jepun berketurunan Mongoloid ini telah sampai ke Kyushu melalui
negara China dan kemudian berhijrah ke Honshu, Shikoku, dan Hokkaido. Orang-orang Jepun juga
telah berkahwin campur bangsa Ainu.

Orang-orang Ainu merupakan bangsa proto-Caucasoid yang telah menduduki Jepun terlebih awal
daripada orang-orang Mongoloid. Beberapa ahli antropologi telah menganggarkan bahawa orang-
orang Ainu hidup di Jepun lebih kurang 5000 tahun yang lalu. Hasil-hasil penyelidikan arkeologi,
misalnya pertukangan barang-barang tembikar, siput dan lain-lain, menunjukkan kewujudan suatu
kebudayaan neolitik yang mungkin telah diteruskan oleh orang-orang Ainu. Apabila semakin ramai
orang-orang Jepun (suatu proses yang telah berlanjutan sehingga abad ke-8 Tahun Masihi), orang-
orang Ainu, telah berpindah ke utara ke Hokkaido. Dalam proses tersebut, ramai orang Ainu kini
merupakan suku bangsa Jepun. Orang Ainu kini merupakan suatu bangsa yang sedang mengahadapi
proses pemupusan dan mereka hidup dalam penempatan-penempatan kecil di Hokkaido.

Orang-orang Ainu merupakan salah satu penduduk yang paling awal mendiami Jepun. Pada asasnya
mereka merupakan masyarakat primitif yang hidup memburu dan memungut makanan.
Kemungkinan juga mereka telah menduduki beberapa ribu tahun yang lalu. Mereka juga telah
memiliki kebudayaan yang meyerupai zaman neolitik. Orang-orang neolitik ini telah menggunakan
alat-alat harian yang telah diperbuat daripada serpihan batu yang telah digilapkan, tulang ikan dan
tanah liat.

Sejarah awal kebudayaan Jepun dikenali sebagai Jomon. Perkataan Jomon ini berasal daripada
barang-barang yang telah direka oleh orang-orang Jepun dari tanah liat jenis Jomon. Pertukangan
tembikar Jomon telah dijumpai di Jepun telah menunjukkan kehalusan seni dan corak-corak yang
luar biasa. Hal ini menunjukkan bahawa penduduk asli Jepun telah mencapai taraf seni kebudayaan
yang agak tinggi menjelang tahun 5000 SM.

Menjelang tahun 5000 SM, dipercayai suku kaum ini telah mengikut aliran hidup yang kolektif dan
tetap tanpa jurang perbezaan antara miskin dan kaya. Mereka juga mempercayai suatu jenis kuasa
ghaib. Hal ini boleh disimpulkan dari rupa-rupa patung patung dewi yang diperbuat daripada tanah
liat dan gada-gada batu besar yang dipercayai mempunyai kaitan dengan ilmu sihir. Orang-orang
yang sudah meninggal dikebumikan tanpa keranda, dengan tangan dan kaki dilipatkan dan
kadangkala diletakkan sebuah batu yang besar di atas dada mereka supaya mereka tidak menjelma
semula.

Pada hampir tahun 200 Sebelum Masihi, pengaruh kebudayaan dari negara China mula mengalir
masuk ke Jepun. Dinasti-Han di negara China(206SM-24SM) mula menekankan pengaruhnya ke atas
penduduk awal Jepun. Akibatnya masyarakat Jepun mula mengalami banyak perubahan. Seni
berkebun dan membuat perkakas-perkakas tembaga dan besi serta periuk-belanga tembikar yang
telah direka pada waktu itu iaitu dari zaman-prasejarah Jepun sehingga hampir abad ke-14 Masihi.
Barang-barang tembikar ini telah dicirikan oleh garisan-garisan inrus dan corak-corak ibi mudah dan
kemas.
Pertanian merupakan pekerjaan utama penduduk Jepun pada awal sejarahnya. Pada zaman
pemerintahan Kamasura, Jepun telah memperlihatkan pertambahan hasil ekonomi. Pada abad ke-12
dan ke-13 Masihi, hasil pembuatan serta penggunaan alat-alat pertanian telah meningkat. Hal ini
menyebabkan lebihan hasil pertanian. Justeru itu banyak bazar dan kedai telah didirikan.
Penanaman padi diberikan penumpuan. Pada ketika ini, masyarakat Jepun juga menghasilkan
tembikar daripada tanah liat sebagai tambahan kepada pendapatan yang sedia ada kerana sektor
tanaman tidak dapat menampung semua penduduk yang tidak mempunyai pekerjaan disebabkan
tanaman padi amat mudah terjejas dengan perubahan iklim. Selain hal itu perlombongan juga
merupakan satu pekerjaan yang mendatangkan hasil yang lumayan ketika itu contoh hasil galian
ketika itu ialah emas, perak, tembaga, merkuri dan timah. Pertukaran wang juga telah meningkat
dengan pesat. Perkembangan ekonomi wang menyebabkan ramai pedagang melibatkan diri dalam
perdagangan beras dan sake (sejenis arak yang dibuat daripada beras). Ekoran kegiatan perdagangan
yang semakin berkembang, masyarakat Jepun telah melibatkan diri dalam bidang perindustrian
sehinggalah ke hari ini.
Pada Zaman Meiji, pendidikan dan ilmu pengetahuan telah menjadi agenda penting untuk
menandingi kuasa-kuasa Barat. Pemimpin Meiji sedar bahawa pelajaran penting untuk menjadi
kuasa ekonomi dan militari termoden. Hal ini dilakukan dengan penyerapan teknologi pengetahuan
dari negara-negara tersebut. Pelajaran juga dianggap sebagai kunci kunci untuk membina sebuah
negara yang kukuh. Beratus-ratus penuntut dihantar ke luar negeri untuk mempelajari sains,
pentadbiran dan teknik perindustrian Barat. Pada ketika ini, pakar-pakar teknologi Barat telah digaji
untuk mengajar pelbagai kemahiran kepada rakyat Jepun. Pada tahun 1871, Kementerian Pelajaran
di Jepun telah ditubuhkan manakala setahun kemudian, negara Jepun telah dibahagikan kepada
lapan daerah pelajaran. Setiap daerah mempunyai sebuah universiti, 32 buah sekolah menengah
dan 210 buah sekolah rendah. Kanak-kanak yang berusia enam tahun ke atas wajib menerima
pelajaran sehingga 16 bulan. Menjelang tahun 1880, terdapat lebih 28 000 buah sekolah rendah
dengan hampir dua juta orang murid. Walaupun Jepun telah bergelar negara yang membangun,
namun Jepun tetap memberi tumpuan dan penekanan dalam bidang pendidikan. Ia merupakan
salah satu daripada perkara penting selepas perlembagaan baharu dibentuk. Pendidikan moden di
Jepun wujud selepas Pembaharuan Meiji dan tradisi pendidikan wajib serta pendidikan tinggi
dibentuk pada tahun-tahun seterusnya. Walaubagaimanapun, sistem ini telah diubah selepas Perang
Dunia Kedua, iaitu mengikut sistem pendidikan Amerika Syarikat

Posted by izzuddin ismail at 06:39 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Pencapaian Tamadun Islam


Sumbangan-sumbangan itu pula dapat dilihat melalui 8 aspek yang utama iaitu dalam
bidang falsafah dan pemikiran, agama islam, kemasyarakatan, ekonomi, perubatan, botani, sains
dan teknologi dan bahasa. Untuk melihatnya dengan jelas, eloklah diulas setiap pencapaian dalam
setiap aspek itu satu persatu.

1.FALSAFAH dan PEMIKIRAN.
Melalui falsafah dan pemikiran, tamadun Islam telah berjaya menghilangkan pemikiran manusia
yang kolot terutamanya pada zaman kegelapan. Dalam aspek ini, konsep pendidikan, keintelektualan
dan penerokaan ilmu diutamakan.
Konsep pendidikan dalam tamadun Islam tidak jauh bezanya dengan pendidikan yang diterapkan
oleh tamadun lainnya. Oleh kerana pendidikan dalam tamadun Islam banyak memberi sumbangan
dalam aspek falsafah dan pemikiran maka pengertian pendidikan Islam harus dihayati dan
diaplikasikan untuk membina generasi Islam dan insan yang sempurna. Tarbiyyah ialah satu proses
membentuk keperibadian manusia dari satu tahap ke satu tahap sehingga mencapai matlamat
terakhir, iaitu insan yang sempurna mengabdikan diri dengan tulus ikhlas kepada Allah
s.w.t. Talim pula merupakan satu proses pengajaran atau pemindahan ilmu kepada manusia untuk
merealisasikan fungsi, tugas dan statusnya sebagai khalifah Allah di bumi ini. Pengertian pendidikan
yang seterusnya ialah Tadib iaitu proses mendidik manusia agar mampu mengembangkan segala
potensi ke arah pembentukan tatasusila perlakuan atau adab sebagaimana yang dikehendaki oleh
islam. Ia bersesuaian dengan sabda nabi Muhamad s.a.w yang bermaksud Tuhanku telah mendidik
(addaba) aku dalam bidang adab. Dia telah menjadikan pendidikanku (tadib) yang
terbaik. Irsyad pula merupakan petunjuk ke arah jalan yang lurus bagi kehidupan dunia seperti yang
digariskan oleh al-Quran dan al-sunnah. Tadris yang mana merupakan pengertian terakhir
bermaksud pengajaran yang dilakukan oleh seseorang kepada penuntut tentang sesuatu mata
pelajaran.
Secara ringkasnya, kita boleh mengatakan bahawa pendidikan melalui pandangan Islam ialan proses
pendidikan yang menyediakan seseorang dari aspek tubuh badan, akal, rohani dan mental sehingga
menjadi masyarakat yang berguna untuk diri sendiri dan ummah. Melalui prinsip dalam pendidikan
ini wujudlah falsafah dalam bidang pengalaman manusia.
Tamadun Islam memulakan perubahan melalui falsafah dan pemikiran manusia apabila Nabi
Muhamad s.a.w menerima wahyu yang pertama pada tahun 610 M, iaitu surah al-Alaq ayat 1 yang
bermaksud;
Bacalah dengan nama Tuhan kamu yang menjadikan. Dia menjadikan manusia daripada segumpal
darah, bacalah dengan nama Tuhan kamu yang Maha Mulia yang mengajar manusia menulis
dengan pena. Tuhan mengajar manusia dengan perkara-perkara yang tidak diketahui.
Melalui ayat-ayat tadi, Islam diberikan kewajipan untuk menuntut ilmu tanpa mengira jantina dan
keturunan. Ayat pertama yang terdapat dalam ayat itu adalah iqra (baca) menyeru umat islam
untuk membaca kerana membaca adalah langkah pertama yang terbaik yang harus dilakukan dalam
proses pendidikan. Sehingga kini, kebaikan membaca itu dapat dilihat dan dipraktikan.
Selain itu, Tamadun Islam yang diasaskan oleh Nabi Muhamad juga telah mengambil langkah untuk
mendirikan masjid sebagai pusat pendidikan. Perkembangan Institusi pendidikan pada zaman-zaman
berikutnya menyaksikan kewujudan institusi pendidikan Islam seperti Kuttab, masjid dan institusi
pengajian tinggi (madrasah/kolej). Sehingga kini, penubuhan pusat pendidikan yang berunsurkan
keagamaan ini masih berterusan dan diguna pakai.
Setelah kemangkatan baginda, pendidikan ini terus diperjuangkan oleh beberapa orang khalifah.
Contohnya, pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab (13-24H/634-644M), beliau telah mengadakan
takwim islam berdasarkan tahun hijrah. Takwin ini bertujuan untuk memudahkan urusan
pentadbiran negara dan memudahkan urusan dalam aspek pendidikan yang membabitkan
penggunaan tarikh. Sehingga kini, kita masih menggunakan tarikh dalam kehidupan seharian kita
dan kepentingannya memang tidak dapat dipertikaikan.
Pada tempoh pemerintahan yang diterajui oleh Bani Umaiyah, bidang pendidikan lebih maju dalam
membuka pemikiran manusia ke arah falsafah dan pemikiran Islam. Guru-guru yang professional
telah ditambah mengikut tahap pendidikan. Mata pelajaran yang diajar juga bertambah iaitu ilmu
fikah, tauhid, tafsir al-Quran dan hadis, ilmu hisab, sejarah, sastera, ilmu perubatan, kesenian dan
falsafah. Ilmu dalam menulis juga dipertingkatkan untuk memahami al-Quran. Proses pendidikan ini
seterusnya membawa manusia dahulu dan sekarang maju dalam pendidikan.
Ilmu tasawwuf juga merupakan salah satu ilmu tamadun Islam yang dikenali sebagai tasawuf
falsafah dalam teori wahdat al-wujud yang diasaskan IbnArabi. Ilmu yang masih diguna pakai
sehingga kini ini merupakan satu jalan untuk mengenal Tuhan. Ia mesti melalui perlbagai peringkat
iaitu berguru, memahami syariat, memasuki tarekat dan sampai kepada hakikat, iaitu makrifat Allah
s.w.t.
Falsafah juga boleh dilihat melalui tokoh-tokoh Islam yang dicontohi oleh orang Eropah seperti al-
Kindi, al-Farabi, Ibn Tufayl dan Ibn Rushd. Selain itu, Ibn Tufayl dengan karyanya Hayy Ibn
Yaqzan yang mengungkapkan bahawa manusia boleh mengenal Tuhan tanpa wahyu dan guru telah
mempengaruhi pemikiran orang Eropah. Karya ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Roger
Bacon dan diterbitkan bersama-sama teks Arab di Oxford pada tahun 1671.
Seterusnya karya tersebut diterjemahkan ke bahasa-bahasa Eropah yang lain. Bukan setakat
menterjemah, malahan orang Eropah juga menghayatinya melalui penciptaan kisah-kisah
berdasarkan idea yang dikemukakan dalam buku tersebut. Antara kisah tersebut ialah
buku Robinson Crusoe yang dihasilkan pada abad ke 18M.
Demikian juga dengan idea falsafah Ibn Rushd telah mempengaruhi ahli falsafah Eropah sejak abad
ke-12M lagi. Pada abad ke-16M, falsafah Ibn Rushd, menurut Renan, telah diamalkan secara rasmi
oleh golongan terpelajar di Itali.
Sumbangan tamadun ini juga dapat dilihat melalui perubahan sikap mereka terhadap kehidupan di
dunia. Orang Eropah menganggap kehidupan di dunia bukan lagi sesuatu yang dibenci lantaran ia
merosakkan, tetapi sesuatu yang mesti diisi dengan aktiviti kehidupan yang bermakna. Perubahan
sikap ini akhirnya melahirkan satu gerakan intelektual yang dikenali sebagai fahaman humanisme
pada abad ke-13M.
Selain daripada pendidikan melalui buku dan sekolah, penerokaan atau penjelajahan juga turut
menyumbang kepada ilmu pengetahuan untuk mengubah falsafah dan pemikiran manusia. Ia juga
membantu manusia mengambil pengetahuan melalui tamadun sebelumnya dan pemerhatian Islam.
Penerokaan itu termasuklah penerokaan ilmu astronomi, geografi dan perubatan.
Sumbangan tamadun Islam pada ketika itu bukan sahaja diguna pakai pada zaman tersebut tetapi
sebenarnya masih berterusan sehingga kini. Ianya dapat dilihat melalui kepentingan ilmu yang
diwar-warkan di seluruh dunia.

2. KEMASYARAKATAN.
Umumnya manusia mengenali masyarakat Islam sebagai kelompok manusia yang beragama Islam
dan mengamalkan ajaran Islam dalam satu masyarakat Islam. Namun, realitinya masyarakat Islam
ialah orang Islam yang hidup bersama-sama golongan bukan Islam dalam satu kelompok masyarakat
yang berlandaskan nilai-nilai Islam
Sebelum kedatangan tamadun Islam, kehidupan manusia sangat kacau bilau terutamanya pada
zaman jahiliah. Zaman ini merupakan zaman kegelapan di mana manusia mencapai kemajuan
kebendaan yang tinggi namun amat teruk dari segi kerohanian. Pelbagai perkara yang tidak baik
berlaku seperti amalan riba dan penindasan dalam kegiatan ekonomi, dan wujudnya system kabilah
dengan semangat assabiyyah yang sangat tinggi dalam kalangan masyarakat. Semangat ini
menyebabkan berlakunya persengketaan yang membawa kepada kerosakan keharmonian
masyarakat sejagat walaupun perkara yang menjadi punca hanya perkara yang kecil. Selain itu,
wanita pada zaman tersebut tidak dipandang kerana dianggap tidak berguna. Mereka juga sanggup
menanam anak perempuan mereka hidup-hidup kerana menganggap wanita memberi masalah
sosial dan ekonomi kepada mereka.
Pada peringkat awal masyarakat Melayu, mereka terpengaruh dengsn elitisme yang diwarisi
daripada zaman hindu-buddha dan juga kehidupan pada zaman kegelapan. Ia diteruskan dengan
peringkat awal selepas kedatangan Islam di mana sistem sosial masih lagi berasaskan kesedaran
kelas (class consciousness) atau bersifat superior-inferior (golongan pemerintah & yang diperintah).
Ini membentuk halangan sosial (social barrier) antara atasan & bawahan.
Oleh itu, Tamadun Islam memperkenalkan konsep keadilan tanpa mengira kedudukan atau pangkat
dalam masyarakat. Konsep ini lebih dikenali dengan konsep persamaan taraf manusia. Oleh itu, tidak
ada perbezaan taraf masyarakat yang membolehkan masyarakat yang lebih rendah tarafnya
ditindas. Wanita juga menjadi semakin penting dalam masyarakat kerana kewujudan mereka
dihargai. Konsep persamaan taraf manusia yang diperkenalkan oleh tamadun Islam membawa
kepada keamanan masyarakat.
Tamadun Islam juga memperkenalkan sistem Khalifah yang adil dan sistematik. Kesan daripada
perubahan ini gelaran raja ditukar kpd sultan kemudian diwujudkan sistem syura di kalangan ahl al-
hal wa al-aqd dan sistem hisbah yg megawal kemungkaran.
Selain itu, boleh dikatakan bahawa masyarakat Islam yang pertama yang terbentuk ialah masyarakat
yang didirikan oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya di Madinah, sebaik sahaja Baginda
berhijrah dari Makkah ke Madinah. Baginda dan para sahabatnya telah mendirikan masyarakat yang
berlandaskan nilai-nilai Islam dengan gigih dan jujur sehingga berjaya membentuk sebuah
masyarakat yang ideal dan menjadi contoh.
Tamadun Islam juga menyedarkan masyarakat bahawa mereka mempunyai hak-hak tertentu. Setiap
individu dalam masyarakat mempunyai hak hidup dengan aman dalam sebuah masyarakat.
Kebebasan berfikir, beragama dan melahirkan pendapat juga seharusnya dimiliki oleh setiap anggota
masyarakat. Setiap individu bebas bergerak dan melakukan sebarang aktiviti yang bermanfaat tanpa
batasan warna kulit atau pegangan agama.
Setiap manusia juga boleh menegakkan kebaikan dan menentang kemungkaran. Perlindungan politik
juga diberi kepada sesiapa sahaja yang teraniaya tanpa mengira bangsa, pegangan agama dan warna
kulit. Setiap individu juga berhak untuk bekerja dan mengusahakan sesuatu untuk mencari rezeki
dan kekayaan yang halal.
Oleh kerana masyarakat pada waktu itu terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa, agama, budaya,
bahasa dan kelas. Masyarakat yang beragama Islam mesti tunduk kepada hukum Islam manakala
masyarakat yang bukan Islam yang tinggal dengan aman bertanggungjawab untuk mematuhi
undang-undang Islam kerana ia tertakluk kepada tanggungjawab politik, bukan tanggungjawab
aqidah atau agama.
Sehingga kini, kita dapat melihat bahawa prinsip persamaan taraf yang diperkenalkan oleh tamadun
Islam tersebut membantu masyarakat sejagat untuk mengekalkan keharmonian masyarakat.


3.EKONOMI
Dalam tempoh zaman jahiliah, aktiviti ekonomi diadakan dengan menggunakan amalan riba dan
penindasan. Mereka yang berada dalam peringkat tertinggi dalam tingkat kehidupan manusia akan
menindas golongan bawahan. Hal ini menyebabkan jurang kehidupan antara pihak atasan dan
bawahan sangat berbeza. Namun demikian setelah kedatangan tamadun Islam, keadaan ini
berubah.
Ekonomi Islam ialah suatu ilmu yang berteraskan syariaah bagi melindungi ketidakadilan dalam
pemerolehan dan penggunaan sumber alam ,dengan memenuhi kepuasan manusia untuk
melaksankan tanggungjawab terhadap Allah dan masyarakat keseluruhannya.
Bagi memastikan hak milik perseorangan, hak milik bersama dan hak milik negara terjamin, wujud
hal-hal yang berkaitan seperti soal percukaian, pembangunan tanah, pertanian, galian dan
perlombongan. Kegiatan-kegiatan perdagangan, perniagaan, perindustrian, pertanian dan pelaburan
juga turut diperkembangkan.
Cara kegiatan ekonomi ini dijalankan menghasilkan kemajuan yang pesat dalam kehidupan
masyarakat. Banyak pencapaian yang dicapai malah aktiviti ekonomi dalam bidang pertanian dan
perdagangan diteruskan selepas kedatangan Islam dengan jayanya. Islam juga meningkatkan aktiviti
perdagangan dalam kalangan orang Melayu yang dahulunya merupakan antara masyarakat yang
tertindas.
Berikutan dengan itu, lahir pasar besar bertaraf antarabangsa yang dihadiri oleh pedagang Arab,
Parsi, China, India dan sebagainya. Sistem barter bertukar dengan penggunaan sistem mata wang.
Ekonomi berasaskan perdagangan dan pertanian yang dijalankan juga adalah merupakan hasil
diplomatik antara tamadun Islam dan tamadun-tamadun lain. Banyak penemuan dan teknik baru
dalam pertanian, perindustrian dan sistem pengairan yang meningkatkan taraf ekonomi mereka.
Hasil-hasil tanaman dieksport untuk mendapatkan keuntungan selain menapung keperluan rakyat.
Antara tokoh-tokoh yang terkenal dalam kegiatan ekonomi adalah Al-Qurtubi dan Al Suhrawi.
Meninjau keadaan ekonomi kita sekarang, kita sebenarnya dapat melihat dengan jelas persamaan
system perdagangan dan pertanian yang diadaptasi daripada cara yang digunakan oleh masyarakat
tamadun Islam suatu ketika dahulu.

4.PERUBATAN
Dalam ajaran agama Islam setiap penyakit datangnya drpd Allah S.W.T dan hanya Allah yang boleh
menyembuhkannya melalui ikhtiar atau usaha yang dilakukan. Ikhtiar yang dimaksudkan ialah
melalui pengambilan rawatan (ubat) serta doa dan penggunaan ayat-ayat Al-Quran. Hal ini demikian
kerana Kesakitan (nyeri) penyakit ialah cabaran dan dugaan Allah S.W.T untuk menguji ketabahan
dan kesabaran seseorang. Sebenarnya terdapat cara untuk menghindar daripada menghidap
penyakit. Antaranya ialah amalan beriadah dan rekreasi. Menjaga kebersihan (fizikal, mental &
spiritual) dan tidak boleh berputus asa dalam usaha menyembuhkan semua penyakit.
Dalam tamadun Islam, banyak perkara yang telah dicapai dan semestinya digunakan sehingga kini.
Abu Bakr Muhammad Ibn Zakariyya al-Razi (Rhazes) merupakan ahli perubatan yang pertama
membezakan penyakit cacar dan campak. Dia juga telah membahagikan ubat kepada 3 kategori iaitu
galian (mineral), sayuran (vegetables) & benda hayat (biological).
Ali ibn al-Abbas al-Ahwazi pula merupakan Ahli perubatan yang pertama menerangkan hubungan
antara rangkaian urat dengan arteri. Beliau juga menerangkan kepayahan untuk menyembuhkan
penyakit tibi seterusnya menyedarkan manusia supaya berjaga-jaga dalam semua perkara
terutamanya melakukan perkara yang mendedahkan mereka kepada penyakit tibi. Beliau juga
Berjaya mencipta dan menerangkan pelbagai jenis pil, bedak, sirap, salap dan sebagainya.
Abu al-Qasim Khalaf Ibn al-Abbas al-Zahrawi pula mempelopori pengetahuan tentang pembedahan
biasa, kaedah mengeluarkan batu dari pundi kencing, pemotongan organ serta pembedahan mata
dan gigi. Beliau juga ada menulis tentang gynaecologi iaitu masalah yang berkaitan dengan mata &
telinga. Ibn Sina (Avicenna) pula menerangkan dengan lebih lanjut mengenai meningitis dan
melanjutkan penerangan Ali ibn al-Abbas al-Ahwazi mengenai tibi dengan penemuan tentang proses
bagaimana tibi berlaku. Faktor penyakit kuning (jaundice) juga dikenalpasti oleh beliau.
Selain itu, Abu Qasim ibn al-Khalaf ibn al-Abbas al-Zahrawi telah Mencipta alat perkakas terutama
dalam proses pembedahan dan Berjaya mencipta 300 jenis alat dan perkakas yang diperlukan dalam
perubatan. Di samping itu, buku-buku perubatan telah ditulis oleh tokoh-tokoh yang dilahirkan
dalam tamadun Islam iaitu Shifa, Al-Urjuzah fi Tibb Qawanin, Al-Kitab al-Malaki dan sebagainya dan
turut diterjemahkan ke dalam bahasa Barat.

5.SAINS dan TEKNOLOGI
Seperti bidang-bidang lainnya, bidang ini juga sangat berkait rapat dengan tamadun Islam. Dalam
bidang astronomi, Ibn Al Zarqiyali telah dikenalpasti sebagai seorang tokoh yang mahir dalam
menentukan gerhana matahari. Beliau juga telah mencipta kompas untuk menentukan jarak antara
bulan & bumi di antara bintang dan matahari. Abdul Rahman Al-Sufi (Tokoh astronomi) juga telah
menulis buku yang bertajuk Figures of stars yang memuatkan peta bintang-bintang tetap dengan
rajah. Buku ini menjadi panduan para pedagang yang belayar untuk ke tempat-tempat yang
ditetapkan.
Selain itu, Muhammad bin Musa telah mencipta jam Astrolab iaitu alat yg boleh mengukur masa di
dunia. Abu Solet pada abad ke 12 M telah mencipta alat yang boleh menimbulkan semula kapal yang
tenggelam. Abu al-Rayhan al-Biruni pula merupakan saintis yang terkenal dan mahir dalam
matematik dan astronomi. Penemuannya digunakan dalam meramal gerhana matahari.
Bidang fizik dalam dunia moden ditakrifkan sebagai cabang ilmu yang berkaitan dengan
kejasmanian. Dan tidak merujuk kepada pencipta. Tetapi, Fizik dalam agama Islam mengutamakan
konsep fizik tidak menafikan metafizik iaitu penekanan dalam perkaitan antara fenomena alam
dengan Khaliq. Dalam bidang ini Kamal al-Din al-Farisi telah membuat penerangan tentang
fenomena kejadian pelangi. walaupun penerangannya dikatakan hampir sama dengan tokoh barat
(Theodoric of Freiberg) namun pada zaman itu dipercayai bahawa penerangan beliau adalah yang
terbaik. Usul mereka pada zaman itu juga sama dengan usul yang digunakan sekarang.
Ibn Haitham pula dikenali sebagai bapa optik moden. Dia menghabiskan masa dengan teori fizikal-
bayang2, matahari, pelangi dan beliau juga sangat mahir dalam pelbagai bidang. Al-Biruni yang
merupakan ahli fizik juga banyak menganalisis konsep asas jirim, graviti, ruang dan gerakan bumi.
Surahwadi pula telah menyediakan asas bagi fizik cahaya. Dia juga mengemukakan konsep alam dan
planet tertakluk kepada daya dan hukum yang sama. Beliau juga telah membongkar hukum graviti
semesta dan menjalankan banyak eksperimen mengenai cahaya.
Dalam cabang kimia, Ibn Sina telah membezakan semua jenis logam dan memperkembangkan ilmu
kimia JABIR IBNU HAYYAN. Abu Musa Jabir Ibn Hayyan Al-Tusi telah memperkenalkan kaedah
Sejatan, penyulingan, pemejalwapan, penghabluran, kaedah oksida logam bakar, percantuman dan
turunan. Beliau juga mncpta asid galian seperti HNO3, H2SO4 yang banyak digunakan dalam
kosmetik. Beliau juga telah mencipta bahan kimia yang boleh melebur emas yang dpanggil aqua
regia dan turut menemukan kaedah pemurnian besi.
Tamadun Islam juga telah mengasaskan penciptaan bahan-bahan kosmetik melalui penemuan dan
pencantuman bahan kimia. Antara kosmetik tersebut ialah, gincu, deodorant, pisau pencukur, losyen
tangan, pewarna rambut, pemutih gigi dan penghasilan minyak wangi.
Dalam penciptaan teknologi, Ibn Al-Haytham telah mempelopori penciptaan kamera yang digunakan
secara meluas sehingga kini. Beliau mengemukakan bahwa cahaya bergerak lurus dan digunakan
dalam penciptaan kameranya. Di samping itu kompas dicipta dan digunakan dalam pelayaran dan ini
membantu kegiatan perdagangan berkembang dengan pesat.
Posted by izzuddin ismail at 06:37 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Pencapaian Tamadun India

India

Perancangan Bandar
Keupayaan untuk mewujudkan sebuah bandar terancang seperti Mohenjo-Daro dan Harappa
bukanlah perkara yang mudah, sebaliknya memerlukan gabungan kepakaran sama ada dari sudut
letak bandarnya mahupun dari sudut pengisiannya.
Oleh yang demikian, pemahaman tentang ilmu geometri, kesenian, dan matematik sangat
diperlukan. Kemampuan masyarakat Lembah Indus mencapai kecemerlangan dalam perancangan
bandar berkait rapat dengan kemajuan dalam bidang geometri dan pembinaan.
Pemahaman geometri hasil daripada pertembungan tamadun ini dengan tamadun Mesopotamia
dan Mesir Purba telah membolehkan perancangan bandar disusun berasaskan bentuk segi empat
yang diikuti oleh jalan raya yang lurus.
Di samping itu, masyarakat Lembah Indus telah berusaha meningkatkan mutu bahan binaan. Hal ini
telah berjaya dilaksanakan apabila masyarakat Indus tidak hanya bergantung pada panas matahari
untuk membuat batu bata daripada tanah liat. Sebaliknya, batu bata itu. dihasilkan melalui
pembakaran dengan suhu yang tinggi. Berasaskan perkara ini, kecemerlangan perancangan bandar
dalam tamadun Indus, sebenarnya, merupakan gabungan daripada pelbagai pengetahuan dan
pencapaian termasuklah geometri dan matematik serta teknologi pembakaran batu bata.
Hubungan luar
Sifat keterbukaan yang dibuktikan oleh tamadun ini dalam membuat hubungan dengan tamadun lain
juga merupakan satu lagi aspek yang sangat penting.
Dari sudut ini, tamadun Indus memperlihatkan bahawa sesebuah masyarakat itu tidak akan mampu
mencapai kecemerlangan tanpa membuat hubungan serta bertukar pandangan dengan pihak
lain. Hubungan dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun Mesir Purba telah membolehkan
kedua-dua belah pihak memperoleh manfaatnya sama ada dalam bentuk pertukaran teknologi atau
seumpamanya.
Walau. bagaimanapun, dalam konteks hubungan antara tamadun Indus dengan tamadun
Mesopotamia, segala pengaruh dari luar itu disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan.

Keamanan
Tamadun Indus telah menunjukkan kepada masyarakat dunia moden hari ini beberapa aspek yang
sangat penting dalam proses pembinaan sesebuah tamadun, termasuk keamanan. Tamadun Indus
mengajar kita bahawa kedamaian dan keamanan ialah tunjang kepada kekuatan sesebuah bangsa
untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan.


Posted by izzuddin ismail at 06:34 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Pencapaian Tamadun di China

China

1. Kesusasteraan dan Kesenian

Sejarah kesusasteraan cina bermula seawal kurun ke-14 SM dan diteruskan perkembnagannya
sehingga lebih 300 tahun. Bahasa cina dapat dikekalkan identitinya walaupun negara China pernah
ditalukki oleh orang asing seperti mongol (dinasti Yuan, 1279 1368) dan orang Manchu (dinasti
Qing, 1644 1911). Ini adalah kerana tulisan cina tidak bersifat fonetik sebaliknya berbentuk grafik.
Sifat yang berbentuk grafik ini telah meninggalkan kesan terhadap kesusasteraan cina dan
penyebarannya.Terdapat pelbagai gengre sastera cina klasik seperti puisi, prosa, drama dan juga
fiksyen. Antologi puisi cina yang terawal ialah Shi jing yang mengandungi 305 buah nyanyian kuil,
nyanyian istana dan rakyat yang wujud dalam tempoh antara zaman Zhou Barat (kurun ke 11 SM
771 SM) hingga zaman Musim Bunga Musim Luruh (770 SM 476 SM). Antologi ini dikumpul pada
masa konfusius (551 SM 479 SM) di kawasan Lembah Huanghe. Secara amnya, puisi cina
berhubung rapat dengan muzik dan ia bersifat padat dan singkat. Puisinya juga lebih naratif atua
diskriptif yang mempunyai fungsi sosial dan politik.Perbezaan prosa dan puisi adalah kurang jelas.
Prosa dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu prosa bercampur puisi (poetic prose), prosa
berirama (rhyme prose), rapsody (rhapsody),dan puisi bersifat prosa (poetry prose). Prosa klasik
atau dikenali guwen adalah dominan dalam sastera klasik cina dan ia mempunyai fungsi sosial dan
politik. Drama cina berkembang agak lewat kerana penaklukan dinasti Yuan (1279 1368).
Walaubagaimanapun, drama cina dari jenis zaju drama berbentuk puisi yang digubah mengikut
kesesuaian muzik sangat bersemarak pada zaman dinasti Yuan. Drama digunakan oleh penulis
sebagai saluran untuk meluahkan ketidakpuasan perasaan dan mengkritik kerajaan pemerintah
seperti drama Douer Yuan (ketidakadilan Yuan). Menjelang lewat kurun ke-18, drama rakyat dari
pelbagai daerah mula berkembang dan dipentaskan kepada umum. Dari sini, lahirlah opera cina
yang menjadi salah satu kegemaran rakyat cina dalam drama. Drama juga digunakan oleh konfusius
untuk menerapkan nilai-nilai moral dan etika. Tamadun cina juga tidak ketinggalan dalam mencipta
keseniannya. Muzik klasik, kaligrafi, seni lukis dan seni pembinaan merupakan kesenian yang terawal
dalam tamadun cina. Sistem melodi muzik klasik cina adalah kompleks di mana alat-alat yang
digunakan dikategorikan mengikut bahan akustik dan cara sesuatu alat itu dimainkan. Muzik bagi
tamadun cina adalah sesuatu yang berharmoni dengan alam semesta dan di letakkan pada satu
kedudukan penting pada fahaman konfusius. Pada abab ke-8, kemasukkan muzik dari tamadun lain
telah memeriahkan lagi suasana muzik di cina terutamanya dengan kemasukkan tamadun India dan
Asia Tengah.Kaligrafi merupakan salah satu kesenian yang paling tinggi diberi penghormatan dalam
tamadun cina. Kaligrafi ditulis dengan menggunakan dakwat, berus, kertas dan kadang-kadang
sutera. Perkembangan kaligrafi telah menghasil pelbagai bentuk tulisan cina. Kaligrafi dikatakan
mempunyai hubungan yang rapat dengan seni lukis dan puisi. Su Dongpo (1037 1101) pada zaman
dinasti Song merupakan seorang pelukis dan juga seorang pakar kaligrafi. Seni lukisan cina pada
dasarnya terbahagi kepada dua kategori iaitu xieyi (freehand) dan juga gongbi (menggunakan garis
halus).

2. Sains dan teknologi

Kajian arkeologi menunjukkan sain dan teknologi Cina telah wujud pada kurun ke-15 sehingga kurun
ke-11 SM. Pada awalnya teknologi kejuruteraan digunakan dan dikembangkan kerana untuk
mengawal banjir Sungai Kuning. Antara lain-lain teknologi adalah dalam bidang astronomi,
perubatan, optik dan kimia. Di zaman dinasti Zhou dalam kurun ke11 hingga ke 3 SM, orang cina
telah mampu menyediakan maklumat berkaitan dengan bintang dengan terciptanya peralatan
astronomi. Sampoa digunakan pertama kalinya oleh ahli matematik cina iaitu Xu Yue dalam kurun
ke2 SM. Buku jiuzhang suanshu (sembilan bab matemetik) yang ditulis oleh Zhang Cang pada kurun
ke-2 menunjukkan penemuan mengenai kuantiti negatif, sistem pecahan dan perpuluhan.
Perkembangan perubatan cina bermula dari sistem perubatan cina tradisional yang terdiri dari teori
kosmik dualistik yin dan yang, teori lima elemen, dan juga teori jing dan luo. Teori yin dan yang
menyatakan keseimbangan kedua-dua kuasa ini mempengaruhi kesihatan manusia. Teori lima
elemen menganggap bahawa tubuh manusia yang terdiri dari organ luaran dan dalaman adalah
berpadanan dengan lima elemen dalam alam semesta. Teori jing dan luo merupakan asas kepada
rawatan terapeutik seperti moxisbustion (membakar daun moxa) dan akupuntur. Teori ini
berpendapat bahawa, organ dalaman, tangan dan kaki adalah berkaitan dan dihubungkan oleh
saluran dimana darah dan qi (tenaga dinamik) beredar. Gangguan pada sistem ini akan
menyebabkan seseorang tidak sihat. Buku-buku perubatan cina seperti Huangdi neijing dan Bencao
gangmu dipercayai sebagai pemangkin kepada perkembangan perubatan modem oleh barat.
Terdapat empat ciptaan agung dalam tamadun cina iaitu teknik membuat kertas, pencetakan, bahan
letupan dan kompas. Cai Lun telah berjaya membuat kertas dengan menggunakan fiber tumbuh-
tumbuhan pada tahun 105. Teknologi pencetakkan telah mula diperkenalkan semasa pemerintahan
dinasti Tang (618 906) di mana buku jingang jing dipercayai buku yang terawal dicetak iaitu pada 11
Mei 868. Bahan letupan telah dihasilkan oleh ahli kimia cina pada kurun ke-7 apabila ahli-ahli kimia
Daois berjaya mencampurkan saltpetre dengan sulfur dn karbon. Pada zaman dinasti Tang, pihak
militari telah menggunakannya dalam peperangan. Pada zaman pemerintahan dinasti Han (206 220
SM) sifat-sifat magnet telah ditemui di cina. Penemuan tentang gejala magnet aruhan (induced
magnetism) dalam kurun ke-6, pengherotan (declination) dan juga kekutuban magnet (polarity) pada
kurun ke-8 dan ke-9, telah membuahkan penghasilan kompas oleh orang cina dan digunakan semasa
pelayaran.

Posted by izzuddin ismail at 06:31 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Perkembangan Tamadun Islam



Tamadun Melayu ialah sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolongkan
secara luas sebagai kumpulan orang-orang Melayu dan bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara
yang dikenali dengan pelbagai nama seperti Gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago) atau
Gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu, Tanah Jawi dan sebagainya. Dua
elemen yang menjadi faktor utama yang mewarnai wilayah ini sebagai Melayu ialah pertama, bahasa
Melayu yang menajdi lingua franca atau bahasa perhubungan luas di seluruh kawasan ini, dan
kedua, agama Islam yang dianuti oleh majoriti penduduknya. Islam juga disampaikan dengan
perantaraan bahasa Melayu dengan kitab-kitabnya tertulis di dalam tulisan Jawi.

Istilah Melayu boleh juga ditakrifkan berdasarkan rumpun bangsa dan bahasanya iaitu Melayu
tergolong di dalam cabang Melayu-Indonesia yang mengelompokkan bersama-samanya suku Jawa,
Sunda, Madura, Aceh, Minangkabau, Sasak, Melanau, Iban, Bajau, Murut, Bugis, Melanau, Sulu dan
sebagainya. Cabang Melayu-Indonesia terangkum pula di dalam Rumpun Bahasa Austronesia
daripada keluarga bahasa sumbernya iaitu Keluarga Bahasa Austric.

Kerajaan-kerajaan pra-Islam di Alam Melayu terbahagi kepada dua bentuk. Pertama, berbentuk
agraria yang menjadikan kegiatan pertanian sebagai latarbelakang ekonomi negara. Antaranya ialah
empayar Funan dan kerajaan Angkor di Tanah Besar Asia Tenggara dan Majapahit di Jawa. Kerjaan
Funan merupakan negeri pertama yang menerima pengaruh kebudayaan India (Hindu- Buddha),
sejak kurun pertama Masihi.

Seterusnya Funan telah berkembang menjadi kerajaan berbentuk maritim, iaitu bentuk kerajaan
yang kedua, yang menjadikan kegiatan perdagangan laut sebagai latarbelakang ekonomi negara.
Kerajaan demikian memiliki sebuah atau beberapa buah pelabuhan entrepot. Pelabuhan entrepot
memainkan peranan penting sebagai pusat persinggahan pedagang-pedagang dan pengumpulan
dan penyebaran barangan dari Barat ke Timur dan sebaliknya. Melalui peranan pelabuhan entrepot
ini, pusat-pusat demikian menjadi pintu masuk pengaruh asing yang melahirkan interaksi antara
tamadun. Antara pelabuhan-pelabuhan entrepot dan kerajaannya ialah Oc Eo di Funan (kurun ke-2),
Ligor dan Singora di Langkasuka (kurun ke-2), Lembah Bujang di Kedah (kurun ke-4), Kuala Selinsing
di Perak (kurun ke-5), di Sumatra Kan-t'o-li (kurun ke-5), Jambi/Melayu (kurun ke-6/7) yang
dicantumkan dengan Srivijaya di Palembang (kurun ke-7), Surabaya dan Tuban di Jawa Timur (pada
zaman Airlangga kurun ke-11 dan kerajaan Majapahit kurun ke-13).

Srivijaya dari kurun ke-7 hingga ke-11 merupakan kerajaan maritim Melayu yang terpenting yang
mendominasi seluruh pesisir laut di utara dan barat Sumatara, Semenanjung Tanah Melayu dan
Jawa Barat dan juga perairan Selat Malaka dan Selat Sunda. Di Pulau Jawa, empayar Majapahit di
peringkat awal merupakan kerajaan berbentuk agraria di lembah Sungai Berantas, tetapi melalui
dasar peluasan kuasa dan perdagangan ia bertukar menjadi kerajaan maritim


terpenting dari kurun ke-13 hingga ke-15/16. Kemunculan dan pembinaan negara-negara kota dan
kerajaan pada zaman ini telah menjadi pusat-pusat kepada pembinaan dan pembentukan tamadun
Melayu seterusnya.

Posted by izzuddin ismail at 06:29 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Perkembangan Tamadun India

Tamadun Indus wujud antara tahun 2500-1800 S.M.Selepas tempoh ini tamadun Indus telah
mengalami keruntuhan. Hal ini dikaitkan dengan kedatangan orang Aryan yang telah membawa satu
budaya dan tahap baru kepada masyarakat Lembah Indus.Tahap ini dikenali sebagai Zaman Vedik.
Zaman Vedik merupakan permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tersebut kerana pada
zaman itulah lahirnya agama Hindu. Setalah beberapa ketika bertapak di Lembah Indus, menjelang
abad ketujuh Sebelum Masihi perhatian masyarakat tersebut beralih ke Lembah Ganges.

Pada zaman ini terdapat golongan pemerintah yang terdiri daripada golongan raja.Terdapat dua
bentuk kerajaan, iaitu janapada atau kerajaan kecil dan mahajanapada atau kerajaan besar. Di
bawah pemerintahan Chandragupta Maurya, kerajaan-kerajaan kecil ini telah disatukan. Pada tahun
321 S.M. telah lahir empayar yang pertama di India. Ini berlaku semasa pemerintahan Dinasti
Maurya apabila seluruh India uatara telah disatukan. Dinasti ini mencapai kemuncak kegemilangan
pada ketika pemerintahan Asoka.

Posted by izzuddin ismail at 06:24 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Perkembangan Tamadun Di Asia



China
Tamadun China adalah sebuah tamadun yang lama bertahan, iaitu sejak 4000 tahun yang lalu,
walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan halangan disebabkan pencerobohan kuasa
asing.

Sejarah Tamadun China bermula dengan lembah sungai. Di utara bermula dengan Huang He (Sungai
Kuning) Sekitar 39501700SM). Sungai ini mengalir dari pergunungan Kun Lun ke Timur, merentasi
Utara China sehingga ke Teluk Bo-Hai, sepanjang 3,395 batu. Dibangunkan masyarakat tani semi
tetap, pada era Neolitik kebudayaan Yangshao. Tokoh terkenal Huang Ti (Maharaja Kuning 2000SM).

Di Tengah dan Selatan China, bermula dengan Sungai Yangtze, terpanjang di China (3915 batu),
mengalir dari Gunung Qinghai dan Tibet membelah ke bahagian Timur China berakhir di Laut China
Timur. Kesan kehidupan Neolitik ditemui di wilayah Guangdong dan kesan kebudayaan Peng-Keng
turut dikenalpasti di Taiwan (5000-3000SM.).

SEJARAH RINGKAS TAMADUN CHINA
Sejarah perkembang tamadun China boleh dilihat dalam empat zaman:
- Zaman Pembinaan
- Zaman Keagungan
- Zaman Peralihan dan
- Zaman Moden

ZAMAN PEMBINAAN
Iaitu tahap awal pembinaan, muncul pelbagai dinasti (Dinasti Hsia-Chou- Hin), muncul sistem politik
monarki dan era feudalisme. Zaman Dinasti Chou timbul peperangan akibat kelonggaran sistem
pemerintahan yang memberi kuasa kepada tuan-tuan tanah di wilayah masing-masing. Hasilnya
muncul pelbagai aliran seperti Konfusius, Taoisme dan Legalisme yang memberi sumbangan besar
kepada Tamadun China. Kemunculan Shih Hwang Ti (221-210SM.) China dapat disatukan.

ZAMAN KEAGUNGAN
Bermula dengan zaman Dinasti Han (206SM-23M di Han-Barat dan 25-265M Han-Timur), menguasai
wilayah yang luas dan cekap mentadbir. Penduduk seramai 60 juta. Dinasti ini berakhir dengan
pemberontakan dalaman diikuti zaman kekacauan selama 350 tahun, berlanjutan hingga zaman
Dinasti Tang.

Dalam pada itu juga tamadun China turut menyaksikan kehadiran Pengaruh Islam sebagaimanan
direkodkan dalam Chinese Annals mengenai kisah orang Arab dalam Dinasti Tang sekitar (618-
907M.). Pelbagai bangsa yang beragama Islam mendiami negara China seperti; Uighur, Kazakh,
Dongxiang, Kirghis, Salar, Tadjik, Uzbek, Tartar, dan Baoan. Rentetan daripada itu muncullah
masyarakat China Islam yang terdiri di kalangan kaum Hui.

Zaman Maharaja Yong Hui (651M), Dinasti Tang dicatatkan kehadiran utusan Khalifah Saidina
`Uthman bin `Affan ke Cangan/Xian. Hubungan diplomatik yang dianggap paling menyerlah berlaku
pada zaman Dinasti Yuan (1271-1368).


Kemuncak keemasan berlaku pada zaman Dinasti Ming (1368-1644). Menurut catatan rasmi orang-
orang China, hubungan antara Arab Parsi dengan China melalui darat dan laut. Dikatakan kapal-kapal
dagang China telah sampai ke Teluk Parsi sejak abad ke-5 masehi lagi.

Saad bin Abi Waqas dikatakan pernah sampai ke China, diperkuatkan lagi dengan kata-kata Saidina
Umar r.a.: Tuntutlah ilmu walaupun di negeri China. Panglima Islam Qutaybah bi Muslim dikatakan
pernah menguasai Singkiang dan mara ke Kansu. Pada tahun 713M. hubungan dengan Maharaja
Hsuan turut diadakan. Melihat kepada perkembangan sejarah berkenaan, menunjukkan Islam
datang ke China sejak zaman Rasulullah s.a.w. Lagi.

ZAMAN PERALIHAN
Bermula dengan pencerobohan orang Gasar. Pada pertengahan abad ke-13, bahagian Utara China
ditakluki oleh Monggol. Dinasti Song terpaksa berpindah ke Selatan dan berakhir pada 1271M. Di
bawah pimpinan seorang petani Buddha Dinasti Ming kembali berkuasa. Namun pada tahun 1644,
orang Manchu pula menguasai sehingga kedatangan ancaman Barat pada abad ke-19.

ZAMAN MODEN
Tamadun China mengalami perubahan ketara sekitar 1839-1842, apabila China dikalahkan oleh
Barat dalam Perang Chandu. China diaibkan dengan syarat perjanjian yang tidak adil menyentuh
kedaulatan China. Dalam pada itu pengaruh Barat mula meresap dan menghambat keluar amalan
dan nilai tradisi tempatan. Para intelektual China mula mengkagumi sistem demokrasi ala Barat dan
ideologi Komunis. Komunis berjaya menguasai China pada tahun 1949. Ekoran daripada itu, cabaran
terhadap nilai-nilai tradisional mula dirasakan, pengaruh ideologi Barat mula tersebar. Pengaruh
Marxisme oleh parti Komunis China pimpinan Mao Zedong (1949-1976) mula membara. Implikasi
daripada itu beberapa perubahan mula berlaku
http://titas209.blogspot.com/
PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUN
PERSAMAAN DAN
PERBEZAAN ANTARA TAMADUN

Persamaan - wujudnya budaya dan nilai-nilai sejagat yang dikongsi bersama antara mereka
Dalam setiap tamadun semua ini diamalkan oleh masyarakat sebagai satu budaya & nilai hidup
Nilai itu mesti positif seperti dalam ????
Perbezaan wujud ekoran asas pembinaan tamadun yang berbeza paling asas agama
PERSAMAAN & PERBEZAAN DILIHAT

Kekeluargaan & kemasyarakatan

Alam sekitar

Idea intelektual

Agama

Pendidikan

Kekeluargaan & Kemasyarakatan
Persamaan Kekeluargaan
semua tamadun menekankan pembinaan nilai & etika yang baik - penting dalam sebuah masyarakat
yang bertamadun
Ajaran Islam, Buddha, Konfusian berbeza namun pandangan hampir sama dalam membicarakan
hal kekeluargaan dan kemasyarakatan
Agama Confucius meletakkan lima hubungan asas antara manusia dengan manusia (konsep li):-
Anak patuh pada ibu bapa
Adik patuh pada abang
Isteri patuh pada suami
Murid patuh pada guru
Rakyat patuh pada raja
Islam juga menyeru kepada perkara yang sama pentingkan kekeluargaan berdasarkan al-Quran
hubungan anak dan ibu bapa berdasarkan hak & tanggungjawab
Tamadun India juga mementingkan institusi kekeluargaan pembinaan keluarga mempunyai
matlamat untuk membentuk sistem sokongan yang berbentuk fizikal & kerohanian serta penerus
keturunan
Persamaan Kemasyarakatan
Masyarakat juga dilihat sebagai unit penting dalam setiap tamadun kerana ???
Masyarakat adalah sistem sokongan yang penting bagi seseorang individu
Tamadun Islam ikatan masyarakat bukan setakat sesama kerabat tetapi sesama agama dan
sesama manusia (orang Islam dan bukan Islam)
Mementingkan ikatan kasih sayang, bertolak ansur ketika berhubungan dalam masyarakat-
mementingkan golongan lelaki dan wanita sama rata
( egalitarian)
Tidak wujud kelas hamba semua manusia sama takwa yang membezakan
Tamadun Cina pembentukan masyarakat banyak dipengaruhi sistem kekeluargaan mereka - kuasa
bapa atau lelaki adalah penting
Sistem kekerabatan berasaskan hubungan darah penting dalam pembentukan masyarakat Cina
sistem kelas dalam amsyarakat ditentukan oleh tahap pendidikan & kemahiran
Tamadun India masyarakat juga memainkan peranan penting berbeza dengan tamadun lain
masyarakat mempunyai peraturan-peraturan yang ketat
Sistem sosial dalam masyarakat sistem kasta yang rigid penentuan kasta diwarisi oleh nenek
moyang
Zaman awal perkembangan Tamadun India sistem kasta tentukan pekerjaan dan layanan kepada
individu pengaruhi semua aktiviti
Konsep dharma diberikan penekanan penting dalam hubungan sesama anggota dalam masyarakat
Perbezaan Kekeluargaan &
Kemasyarakatan
Ajaran agama-agama lain menyeru untuk mewujudkan suasna harmoni dalam hubungan
kekeluargaan dan masyarakat seperti Confusius sedangkan agama Islam matlamatnya lebih jauh lagi
iaitu untuk mendapat keredhaan & keberkatan Allah s.w.t
Persamaan Alam Sekitar
Kebanyakan tamadun bersetuju alam sekitar penting dan perlu dijaga untuk hidup bersama dengan
manusia
Confusius alam perlu dijaga agar tidak menjejaskan kehidupan secara keseluruhan
Masyarakat Jepun tradisional unsur alam diberi penghormatan secara berlebihan sembah batu
adan pokok anggap ada kuasa ketuhanan kami
Islam juga lebih jelas kepentingan menjaga alam sekitar kerana ia adalah kurniaan Allah yang
digunakan untuk faedah dan kepentingan hidup manusia
Persamaan Idea Intelektual
Juga dapat dtinjau melalui idea para intelektual dalam tamadun masing-masing
Walaupun berbeza tamadun namun menyuaraan pendapat yang sama dalam beberapa perkara
penting seperti soal kerajaan, sistem pemerintahan, dll
Falsafah tradisional menekankan moraliti @ akhlak sebagai asas kerajaan
Peranan & tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan & tanggungjawab pemerintah
Raja gelaran tertinggi mesti adil & ada akhlak yang baik
Kun Fu Tze (Confucius) perkenalkan kod 17 perkara
Tamadun India - Kautilya
Tamadun Islam- penulis-penulis seperti al-Farabi, al-Ghazali dll tumupan kepada pemimpin &
kepimpinan
Bersandar agama tidak boleh dipisahkan dengan politik berbeza dengan sekularisme
Al-Quran * al-Hadis panduan
Keadilan prinsip utama cth : Nabi Muhammad s.a.w
Tamadun Melayu setia pada raja zaman tradisional wujud ungkapan takkan Melayu
menderhaka Cth ; Hang Jebat
Sistem pemerintahan Socrates dan Plato (Greek & Yunani) lahirkan idea sistem pemerintahan
demokrasi menghapuskan sistem pemusatan kuasa
Persamaan Agama (Teologi)
Semua agama menekankan konsep ketuhanan
Cth : agama Islam, Kristian dan Hindusisme percaya konsep monoteisme
Semua agama mempunyai doktrin & amalan2 tertentu
Yahudi, Kristian dan Islam beberapa aspek-aspek tertentu sama seperti lonsep syurga, neraka, hari
pembalasan dll
Konsep Buddihisme sama dengan Hinduisme kelahiran semula & karma
Perbezaan Agama (Teologi)
Manifestasi ketuhanan yang berbeza konsep monoteisme Islam, Kristian, Hindu berbeza
Wujud perbezaan agama Hindu dan Buddhisme tentang konsep reinkarnasi
Setiap agama juga ada institusi keagamaan sendiri
Mempunyai peranan yang sama dalam masyarakat
Sebagai tempat ibadah & upacara keagamaan
Persamaan Pendidikan
Semua tamadun pentingkan pendidikan yang bertujuan untuk membentuk peribadai seseorang
individu
Oleh itu tugas menyampaikan ilmu -tanggungjawab mulia
Dimensi inner being diberi kepentingan dalam konsep pendidikan Islam, Ristian, Hindu dan agama-
agama lain
Transformasi dalaman mestilah dilakukan atau berlaku pada seseorang sebelum dia menguasai
persekitaran luarannya perlu tahu bagaimana transformasi berlaku dan apakah elemen-elemen
yang dipentingkan
Islam- konsep tauhid
Budhha & beberapa ajaran Hindu transformasi sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri
sendiri
Rumusan
Lebih mudah cari perbezaan daripada persamaan
Berbeza kerana setiap tamadun dibina atas unsur agama & budaya berbeza
Perkara paling asas AGAMA
Cth : Islam, Barat, Cina
Perbezaan jangan jadikan penghalang usaha jalin hubungan baik dan harmoni antara setiap tamadun
misalnya ??????
Tamadun Barat Kontemporari dan Tamadun Islam berbeza dalam memahami matlamat & dasar
wujudnya sebuah tamadun lihat penekanan
Perbezaan inilah harus ditangani secara berhati-hati dan bertolak ansur elakkan konflik terutama
negara bermasyarakat majmuk
Oleh itu
persamaan & perbezaan memang wujud
Lihatlah perbezaan bukan penghalang untuk hidup dalam aman dan harmoni
Jangan jadikan perbezaan ini juga alasan untuk hidup terasing & pentingkan diri sendiri
Jangan perbesarkan perbezaan sebuah tamadun anggap itu satu keunikan
Lihat persamaan sebagai peluang untuk jalin hubungan yang baik
Paling penting amalkan sikap hormat-menghormati & mengiktiraf tamadun orang lain
Cabaran Terhadap
Kehidupan Bertamadun
Peperangan
Kuat atasi lemah
Konflik antara agama dan kaum
Masalah / Kegawatan Sosial
Kemuliaan insan
Keadilan sosial
Keruntuhan institusi kekeluargaan
Penyakit kronik
Kemelesetan Ekonomi Dunia / Negara
Peperangan
Berlaku perang kuat atasi lemah
konflik agama dan kaum
Berlaku sejak abad ke -20 sudah hadapi tiga perang
Perang Dunia Pertama (1914-1919)
Perang Dunia Kedua (1939-1945)
Perang Dingin (1947-1992)
Kini matlamat perang lebih kejam penghapusan etnik
Kenapa ini berlaku ?????
Masalah kegawatan sosial
Krisis sosial yang merosakkan kehidupan manusia
Kehidupan pasca moden budaya dan nilai negatif semakin merebak agama dan nilai murni
diketepikan
dilihat dqlam .....
Kemuliaan insan
Ukuran tingkat peradaban sesebuah masyarakat
Nilai-nilai murni terhakis nilai indivisualistik & nilai materialistik berkembang terpengaruh dengan
nilai Tamadun Barat tiada penekanan kehidupan bermasyarakat
Ancaman kepada hubungan sesama manusia
ii. Keadilan sosial
Tidak seimbang dari segi pengagihan kekayaan wujud jurang ekonomi
Kuasa-kuasa besar menindas negara-negara miskin dan eksploitasi kekayaan negara yang ditindas
gunakan kuasa
iii. Keruntuhan institusi kekeluargaan
Semakin lemah diserapkan dengan unsur modenisasi
Juga terpengaruh dengan Tamadun Barat Moden institusi kekeluargaan & perkahwinan tidak lagi
penting
Dilihat :-
Kefahaman tentang makna perkahwinan
kehidupan bersedudukan
hubungan sonsang
iv. Penyakit kronik muncul
Mengancam kelangsungan kehidupan manusia
Kelangsungan tamadun terjejas & masyarakat dalam tamadun akan mundur
Kemelesetan Ekonomi Dunia / Negara
Kemakmuran (century properties) akan terjejas dengan ancaman kemelesetan ekonomi dunia yang
akan berlaku
Negara-negara industri utama dunia (G-7) alami kadar pertumbuhan perlahan sejak dekad 80-an
beri kesan secara langusng atau tidak kepada negara lain
Cth : kadar pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat yang lembap (1995-2000) aliran perdagangan
perlahan antara negara berkenaan dengan rantau Asia
Cth : ekonomi Asia Timur belum pulih sepenuhya daripada kegawatan ekonomi akibat serangan
mata wang ( 1996-1998)
Cth : Pencerobohan Amerika & Britain ke atas Iraq beri kesan buruk ekonomi dunia risiko
kenaikan harga minyak & kos pengangkutan perlu ambil masa panjang bagi mengatasi masalah ini
Pembangunan ekonomi dan kebendaan tidak bersepadu dengan pembangunan rohaniah
Penyakit sosial merebak
Aspek kemanusiaan tidak lagi menjadi penting

Rumusan
Kehidupan pada abad ini tidak semudah yang dijangka
Banyak cabaran yang dihadapi manusia semua cabaran menguji ketamadunan mereka
Dalam masa sama manusia mencapai banyak kemajuan dalam pelbagai bidang dalam sekelip mata
semua ni boleh dihancurkan oleh manusia
http://rujuknota.blogspot.com/2009/09/persamaan-dan-perbezaan-antara-tamadun.html



Interaksi Antara Tamadun

INTERAKSI ANTARA TAMADUN
2.0 Pendahuluan
2.1 Interaksi Antara Tamadun
2.2 Persamaan dan Perbezaan antara Tamadun
2.3 Nilai-nilai Universal Tamadun Asia.
2.4 Kesan Interaksi antara Tamadun di Malaysia


INTERAKSI ANTARA TAMADUN

2.0 Pendahuluan

Manusia merupakan pembangun sesebuah tamadun, sesuai dengan hakikat kejadiannya sebagai al-
insan madaniyyun lil tabiyy. Oleh itu, tamadun mempunyai ciri-ciri dan nilai-nilai sejagat sesuai
dengan fitrah dan keperluan asas kehidupan manusia. Manusia sudah difitrahkan hidup dengan
mempunyai pegangan dan kepercayaan. Namun kepercayaan antara kelompok manusia adalah
berbeza. Perbezaan wujud pada sudut fahaman dan anutan serta cara melahirkan ketundukan dan
kepatuhan, kesan dari latar belakang, persekitaran dan pengalaman hidup yang berbeza. Perbezaan
ini merangkumi persoalan falsafah dan konsep sesuatu pegangan dan kepercayaan. Dalam konteks
Malaysia, perbezaan tetap wujud walaupun etnik yang berbeza ini sama-sama berada dalam satu
unit politik yang sama. Persamaan ini pula merujuk kepada persamaan persoalan pokok, iaitu
mempunyai pegangan dan kepercayaan serta amalan-amalan dari sesuatu kepercayaan. Contoh
persamaan yang jelas ialah kepercayaan dan pegangan keseluruhan Tamadun Asia kepada kuasa
ghaib. Kuasa ini memberi kesan kepada kehidupan manusia di alam nyata seperti sihat, sakit, aman,
malapetaka, miskin dan kaya. Namun antara setiap tamadun mempunyai tafsiran dan kepercayaan
masing-masing terhadap kuasa ghaib. Kuasa ghaib ini di katogerikan kepada dua tanggapan, iaitu
kuasa ghaib yang terasing dan tidak sama dengan alam dan kuasa ghaib yang berada di alam. Dalam
perbincangan teologi, hal ini dikenali dengan kuasa yang trancendent (tanzih). Tanggapan kedua
terhadap kuasa ghaib ini adalah immanent (tashbih).



Melalui perbezaan dan persamaan ini, negara-negara di Asia telah berjaya mewujudkan interaksi
antara pelbagai tamadun yang berjiran sejak beberapa dekad silam dan terbukti dapat terjalin secara
harmonis. Sebagai contohnya, interaksi antara Tamadun Cina dan Islam terjalin melalui Laluan
Sutera dan Tamadun India dengan Alam Melayu melalui laluan lautan Hindi. Antara tamadun-
tamadun ini tidak wujud satu pertembungan yang bersifat konflik seperti yang diistilah oleh S.
Huntington sebagai Clash of civilization. Satu ciri sepunya yang dikongsi bersama dan berfungsi
membangun tamadun-tamadun besar Asia ialah kerana dasar pembinaannya berteras kepada nilai
keagamaan dan etika. Sebaliknya, pasti berlaku konflik lantaran perbezaan nilai yang ketara antara
dua tamadun seperti pertembungan tamadun moden yang jelas didominasi oleh Tamadun Barat
dengan Tamadun Timur yang berteras nilai tradisional. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa selepas
kedatangan penjajah Barat ke beberapa negara di Asia sejak abad ke 16 masihi telah mencetuskan
rangkaian konflik hingga masa kini.

Kerencaman tamadun dan budaya di Asia walaupun pernah tercalar oleh beberapa konflik dalaman
seperti konflik antara agama dan etnik di India, Sri Langka dan lain-lain wilayah, tidak bererti
perbezaan lebih dominan berbanding persamaan yang wujud antara tamadun-tamadun ini. Sejarah
ketamadunan Asia telah membuktikan wujud interaksi antara tamadun yang membawa kepada
perkongsian ilmu dan teknologi, pertukaran nilai dan budaya serta perpaduan peringkat nasional.

Dalam sejarah Malaysia, Perlembagaan Malaysia menjadi sumber rujukan dan bukti utama wujudnya
interaksi antara tamadun. Selain itu, kedudukan Malaysia di tengah-tengah laluan perdagangan dan
kebudayaan Asia telah mendedahkan negara ini kepada pelbagai pengaruh yang tercerna hasil
interaksi dengan tamadun-tamadun berhampiran. Justru itu, pengaruh Tamadun Islam, China, India
dan juga tamadun pribumi jelas ketara dan memberi kesan besar kepada nilai dan budaya
masyarakat Malaysia, tanpa menafikan hak ketuanan Melayu sebagai bangsa peribumi dan bangsa
yang menunjang ke arah pembinaan dan perkembanagn tamadun negara ini.

2.1 INTERAKSI ANTARA TAMADUN

2.1.1 Kepimpinan

Faktor ini merupakan faktor terpenting yang mempengaruhi interaksi antara tamadun di Asia. Ini
kerana seandainya pemimpin atau raja bersikap adil dan toleran, maka interaksi akan berlaku dalam
aman dan damai. Fenomena sebaliknya akan berlaku seandainya pemimpin bersikap kuku besi dan
tidak bersikap toleransi kepada rakyat jelata. Sejarah telah membuktikan dua sikap berbeza di
kalangan para pemimpin seperti contoh di bawah:
* Nabi Muhammad SAW: Tidak menyekat orang Yahudi dan Kristian dalam pemerintahan Madinah,
sebaliknya hak mereka dilindungi undang-undang.
* Kerajaan Islam Ghaznawi, Delhi dan Moghul di India: Bertoleransi kepada penganut Hindu malah
pegawai dilantik dari kalangan mereka.

Terdapat juga contoh pemimpin yang tidak bertoleransi seperti yang dapat dilihat pada Sultan
Shamsuddin Altamish di India yang bertindak keras terhadap penganut Hindu. Demikian juga dengan
Han Wu Ti dalam Dinasti Han telah melaksanakan dasar memihak kepada cendikiawan
Konfusianisme berbanding sami Buddha.

2.1.2 Sikap Golongan Agama
Faktor ini menjadi tunggak kepada kelangsungan hidup beragama secara harmoni. Golongan ini
wujud dalam setiap masyarakat beragama tamadun Asia. Golongan agama dalam Tamadun Islam
dimiliki oleh para ulama. Tamadun India yang berteras kepada agama Hindu disandang oleh minoriti
kasta Brahmin. Golongan agama dalam kepercayaan Buddha pula didokong oleh sami. Golongan
agama dalam fahaman Krisitian pula dikuasai oleh paderi.

Kesemua golongan agama berusaha mewujudkan suasana harmoni dan memberi penekanan sifat
keinsanan. Sebagai contohnya, sikap dan akhlak mulia yang dipamerkan ulama Islam di Alam Melayu
memudahkan berlakunya interaksi dan Islamisasi. Mereka telah berjaya memberi tasawwur Islam
(pandangan Islam) yang sebenar kepada penduduk Alam Melayu. Mereka juga telah membentuk
pendidikan formal dengan mendirikan beberapa institusi yang dikenali dengan pelbagai nama
seperti pondok, pesantren, madrasah dan dayah (Acheh). Hasilnya, muncul ramai ulama di rantau
Alam Melayu seperti Hamzah Fansuri, Abdul Rauf al-Singkeli dan lain-lain.

Walaupun ada sikap sesetengah golongan agama yang mencetuskan konflik namun tragedi ini tidak
mengguris sedikit pun martabat agama dalam pemikiran masyarakat Asia. Agama dan golongan
penguasanya tetap berada pada kedudukan yang tinggi. Antara contoh sikap golongan agama yang
mencetuskan konflik seperti tindakan Paus Urban II sama ada mengadakan perjumpaan besar-
besaran dengan penganut Kristian di Perancis pada tahun 1095 M. Beliau menyeru penganut Kristian
supaya memerangi orang Islam yang dikatakan bertindak zalim pada penganut Kristian. Demikian
juga sikap seorang pemerintahan Dinasti Han yang menangkap dan memenjarakan segolongan sami
dan penganut Buddha. Kedua-dua tindakan pemimpin ini telah mencetuskan konflik dalam
masyarakat.

2.1.3 Kedudukan Geografi

Kedudukan geografi melibatkan bentuk muka bumi dan kemudahan perhubungan dalam sesebuah
masyarakat bertamadun. Sejarah membuktikan kedudukan geografi memainkan peranan sebagai
pembentuk interaksi antara tamadun. Contoh berikut memperlihatkan peranan geografi:

i. Cina: Interaksi antara tamadun asing pesat berlaku kerana terdapat 2 laluan iaitu laluan sutera
yang menggunakan jalan darat dan jalan laut. Laluan perhubungan ini telah menyebabkan Cina
mampu menjalin interaksi dengan negara Arab sejak tahun 3 Masihi lagi. Laluan sutera darat ini
telah menghubungkan Cina dengan Khurasan, Samarqand, Xinjiang hingga ke Peking. Laluan laut
pula merentasi Laut Arab ke Benua Kecil India, Kepulauan Melayu hingga ke Canton di tenggara Cina.
Laluan ini membolehkan kedua negara ini berinteraksi dan menjalankan aktiviti perdagangan.
Terdapat catatan mengatakan kapal-kapal Cina telah pun sampai di Teluk Parsi dan berdagang di
Pelabuhan Siraf pada 5 Masihi.

ii. Pelabuhan Melaka Kedudukan geografi yang strategik dan terlindung dari angin monsun
menjadikan pelabuhan ini tempat tumpuan dan persinggahan para pedagang. Semasa singgah di
pelabuhan ini para pedagang telah menjalankan aktiviti perniagaan di pelabuhan Melaka.
2.1.4 Perkahwinan

Perkahwinan juga memainkan peranan penting dalam pembentukan interaksi antara tamadun Asia.
Contoh yang jelas dapat dilihat pada lembaran sejarah dan salasilah masyarakat di rantau Alam
Melayu. Penduduk tempatan telah menjalinkan interaksi dengan pedagang Arab sahingga terdapat
sebilangan pedagang yang telah berkahwin dengan gadis tempatan kerana telah bermukim di
pelabuhan Alam Melayu dalam beberapa waktu sementara menunggu angin monsun. Secara tidak
langsung perkembangan ini telah menjurus ke arah proses Islamisasi kerana bagi membolehkan
wanita tempatan berkahwin dengan pedagang Arab yang beragama Islam, wanita tersebut mesti
diislamkan terlebih dahulu. Sejarah turut mencatatkan, perkahwinan ini tidak sahaja mengislamkan
gadis tempatan yang dikahwini pedagang Arab, tetapi kaum keluarga gadis turut menerima Islam.
Selain itu, perkahwinan bukan sahaja berlaku di kalangan rakyat jelata, malah juga berlaku di
kalangan golongan bangsawan dan pemerintah. Sebagai contohnya, perkahwinan Megat Iskandar
Shah dengan Puteri Pasai.



2.1.5 Perdagangan

Aktiviti perdagangan turut menjadi faktor penjalin interaksi antara tamadun. Sebagai contohnya
hubungan perdagangan yang berlaku antara Arab dan Cina melalui jalan darat dan laut. Hubungan
telah terjalin sejak 3 Masihi lagi dan semakin rancak pada abad 8 Masihi. Pedagang Arab dan Parsi
telah membuat penempatan seperti di Kwang Cho (Canton), Chang Chow dan Chuan Cow. Mereka
juga telah mendirikan masjid di Guangzhou dan Guanzhou. Situasi ini membuktikan berlaku
Islamisasi di wilayah ini.

Contoh lain ialah interaksi yang terjalin antara tamadun Alam Melayu di Asia Tenggara dengan
negara Arab. Jalinan ini berlaku secara tidak langsung apabila pedagang Arab yang menuju ke Cina
terpaksa singgah ke Alam Melayu untuk menunggu angin yang sesuai sebelum ke Cina atau pulang
ke Arab. Persinggahan ini telah menghasilkan interaksi baru di rantau Alam Melayu. Hal yang lebih
menguntungkan ialah berlakunya proses Islamisasi di pelabuhan ini sebagaimana catatan Marco
Polo tentang pengislaman Perlak pada tahun 1292 M. Para pedagang telah berjaya menarik minat
penduduk Perlak terhadap Islam dan akhirnya mereka bersediaanutan baru ini. Kejayaan para
pedagang yang boleh dikatakan sebagai serampang dua mata banyak bergantung kepada
keyakinan mereka kepada hadis Rasulullah SAW yang bermaksud "Sampaikan dariku walaupun satu
ayat." Selain itu, wujud juga interaksi antara Tamadun India dengan rantau Alam Melayu sejak kurun
pertama masihi lagi. Kesan interaksi ini menyebabkan nama wilayah Asia Tenggara dicatat dalam
kitab Ramayana seperti isrilah Suvarnadvipa yang bermaksud Semenanjung Emas dan
Suvarnabhumi yang bermaksud Bumi Emas.

2.1.6 Misi Politik

Faktor misi politik turut menggalakkan berlakunya interaksi dalam suasana harmoni sebagaimana
yang dapat dilihat pada hubungan diplomatik antara Alam Melayu dengan Cina. Berdasarkan catatan
sejarah Melaka hubungan diplomatik dengan Cina telah terjalin sejak tahun 1404 M. Pada tahun-
tahun berikutnya, Melaka telah menerima beberapa utusan dari Cina yang kemudiannya Melaka
telah membalas utusan tersebut. Tujuan Melaka mengadakan hubungan baik dengan Cina adalah
untuk mendapat perlindungan dari ancaman Siam. Persetujuan Cina terbukti dengan penghantaran
Laksamana Cheng Ho yang beragama Islam ke Melaka. Dasar perlindungan Cina terhadap negeri-
negeri di rantau Alam Melayu yang bertujuan politik secara tidak langsung menggalakkan Islamisasi
di rantau Alam Melayu. Perlindungan ini juga memberikan impak yang sama kepada negeri-negeri di
Kepulauan Melayu yang lain seperti Kedah, Johor, Kampar dan sebagainya.

2.2 PERSAMAAN DAN PERBEZAAN

Di antara persamaan dan perbezaan antara tamadun adalah merangkumi aspek-aspek berikut:

2.2.1 Teologi/ketuhanan dan kerohanian

Semua tamadun menekankan konsep ketuhanan dan mempunyai dokrin serta amalan-amalan
tertentu sama ada berbentuk spiritual mahupun ritual. Begitu juga dari sudut kepercayaan lain
seperti kehidupan selepas mati, kepercayaan terhadap pembalasan perbuatan manusia di dunia dan
lain-lain yang bersangkutan dengan perbuatan manusia. Perbezaan yang ketara berpunca daripada
manifestasi ketuhanan yang ada pada setiap agama.

Konsep ketuhanan dalam tamadun Islam adalah tauhid. Konsep tauhid dalam Islam berbeza dengan
manoteisme dalam agama Kristian dan Hindu. Tauhid menekankan kepercayaan kepada Tuhan yang
Maha Esa. Syirik adalah lawan kepada kepercayaan Tauhid dan ditolak oleh Islam. Dalam tamadun
Islam, hak kebebasan beragama adalah terpelihara seperti tercatat dalam Perlembagaan Madinah.
Perkhabaran ini disampaikan terus dari Allah SWT melalui firman-Nya yang bermaksud:

Katakanlah: Dialah Allah Yang Esa. Allah tempat bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tidak
beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada satupun yang setanding dengan-Nya.
(al-Ikhlas: 1-3)

Pada peringkat awal, agama Kristian merupakan agama samawi yang mempercayai Tuhan yang Esa
(tauhid). Namun ia telah dipengaruhi oleh unsur-unsur khurafat dan pemujaan kepada Isa al-Masih
apabila Paul menganut Kristian pada tahun 38 M. Sebelum menerima agama Kristian, beliau
merupakan penentang kuat agama dan penganut Kristian (An-Nadawy, 1984:32). Ini merupakan titik
peralihan dalam pengajaran agama Kristian (Ahmad Shalaby, 1978: 67) Hal ini dirakamkan dalam
Bible atau al-Kitab1, bab kisah para rasul 9: 19b-20:

Ketika itu juga ia memberitakan Jesus di rumah-rumah ibadat, dan mengatakan bahawa Jesus
adalah anak Allah.

Sehubungan itu, muncul fahaman baru dalam ajaran Kristian. Kepercayaan monoteisme dalam
agama Kristian telah diubahsuai berasaskan kepada Trinity atau Tri-Tunggal yang terdiri daripada
tiga oknum iaitu Tuhan anak, Tuhan bapa dan Roh al-Kudus (Ahmad Shalaby, 1978: 82-83) yang
bersatu menjadi satu. Inilah yang dikatakan Tiga dalam satu dan satu dalam tiga.

Demikian juga teologi agama Hindu. Moniteisme dalam agama Hindu berasaskan kepada Trimurti
iaitu menempatkan tiga dewa yang menjadi sembahan mereka, (A. Rahman Abdullah, 1989:25) iaitu:
1. Brahma - Dewa pencipta sebagai sumber kepada semua kewujudan.
2. Vishnu - Dewa pemelihara.
3. Siva - Dewa pemusnah

Pada asasnya, penganut Hindu mempercayai kewujudan satu Tuhan yang agung iaitu Brahma (M.
Arif Kasmo, 1999). Namun penyembahan terhadap Tuhan Yang Satu tidak dapat dipertahankan
kerana agama Hindu membolehkan Tuhan digambarkan dalam pelbagai bentuk dan penjelmaan
dewa sehingga melahirkan pelbagai bentuk patung sembahan. Malah ada yang berpendapat konsep
ketuhanan dalam agama Hindu adalah bersifat Politeisme.

Konsep hidup selepas mati dalam Islam merupakan sebahagian daripada kepercayaan terhadap hari
akhirat. Manusia akan diadili dan diperlihatkan segala amal semasa di dunia. Allah berfirman yang
bermaksud:
Barang siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarrah pun nescaya dia akan melihat
(balasan)nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah pun nescaya dia akan
melihat (balasan)nya pula.
(al-Zalzalah: 7-8)

Pada masa ini segala perbuatan manusia yang baik akan dibalas baik seperti menikmati kehidupan
syurga. Manakala yang durhaka kepada Allah SWT akan dibalas dengan keburukan seperti
kesengsaraan hidup di neraka. Allah berfirman yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang kafir iaitu ahli kitab dan orang-orang musyrik (akan masuk) ke neraka
Jahannam. Mereka kekal di dalamnya. Mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk. Sesungguhnya
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk.
Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.
Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda terhadap mereka dan mereka pun reda
kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepad Tuhannya.
(al-Bayyinah: 6 - 8).

Doktrin karma yang merupakan doktrin asas dalam agama Hindu mempunyai persamaan dengan
doktrin karma dalam agama Buddha yang berkaitan rapat dengan konsep re-inkarnasi (kelahiran
semula atau penjelmaan semula). Karma merupakan konsep pembalasan setimpal terhadap usaha
dan perlakuan manusia yang baik dibalas baik, yang jahat akan menerima balasan buruk (Azhar
Mat Aros dll, 2000:63). Inilah yang disebut sebagai hukum karma dalam masyarakat Melayu.

Terdapat perbezaan dalam konsep re-inkarnasi dalam agama Hindu dan Buddha. Konsep re-
inkarnasi dalam agama Hindu membawa maksud seseorang itu akan menjelma semula selepas
kematiannya dalam bentuk manusia. Konsep ini berasal dari penjelmaan semula dewa-dewa Hindu.
Dalam ajaran agama Hindu, kehidupan merupakan kesengsaraan dan kelahiran semula yang
berulang-ulang mengundang kesengsaraan selagi mereka tidak mencapai mokhsya. Kelahiran
semula yang berulang-ulang dan terus menerima kesengsaraan dikenali sebagi Samsara. Penganut
Hindu mengharap terlepas dari rantaian reinkarnasi dengan mencapai tahap mokhsa (M. Arif Kasmo,
1999).

Peringkat pertama ajaran Buddha berpusat kepada ajaran untuk melenyapkan karma, memutuskan
lingkaran Samsara dan seterusnya mencapai Nirwana. Cara untuk mencapai pembebasan mutlak
dari lingkaran Samsara terdapat pada doktrin Aryasatyani yang disebut sebagai Empat Kebenaran
Utama (A. Rahman Abdullah: 23), iaitu:
* Hidup adalah penderitaan.
* Penderitaan disebabkan keinginan memenuhi keperluan dunia.
* Penderitaan dapat dihapuskan dengan menindas hasrat atau kehendak.
* Cara menyingkirkan hasrat adalah melalui Astamarga atau Jalan Lapan Lapis.

Dalam aspek perbuatan manusia yang mengaitkan dosa dan pahala, Islam meletakkan konsep taubat
kepada Allah SWT sebagai jalan pengampunan terhadap dosa-dosa yang telah dilakukan dengan
syarat-syarat tertentu. Manakala dalam agama Kristian pengampunan boleh didapati dengan jalan
membuat pengakuan dihadapan seorang padri di gereja.

Dalam konteks Malaysia, hak-hak kebebasan beragama telah dijamin oleh Perlembagaan
Persekutuan Malaysia, Perkara 11 (1) yang menyebutkan seperti berikut:
Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada Fasal
(4) untuk mengembangkan agamanya.

Sehubungan itu, untuk mewujudkan suasana bersatu padu walaupun rakyatnya terdiri dari pelbagai
kaum dan kepercayaan, Malaysia wajar menetapkan Rukun Negara 1 (Kepercayaan kepada Tuhan)
kerana kewujudan Tuhan diakui oleh semua agama.

2.2.2 Undang-undang atau peraturan hidup bermasyarakat

Undang-undang merujuk kepada peraturan-peraturan hidup yang wujud dalam masyarakat, sama
ada secara lisan mahupun secara bertulis. Undang-undang ini dihormati dan dipatuhi oleh setiap ahli
dalam masyarakat. Semua tamadun mempunyai undang-undang dan peraturan dan perbezaannya
hanyalah dari segi sumber, penguatkuasaan dan beberapa persoalan pokok lain.

Tamadun Islam mempunyai sumber asas yang hakiki iaitu bersumberkan wahyu dalam bentuk al
Quran dan al Sunnah. Sifatnya yang kekal, memiliki kekuatan dan ketahanan dalam menempuh
tentangan zaman. Di samping sumber ijtihad para cendikiawan muslim, terdapat sumber lain yang
diperakui daripada tamadun terdahulu yang menepati sifat keterbukaan tamadun Islam.

Dalam konteks hidup bermasyarakat, Islam menggalakkan hidup saling kenal mengenal antara satu
sama lain seperti yang termaktub dalam pengertian surah al-Hujurat: 13 yang bermaksud :

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan,
dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan
(dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah
ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya).

Malah diskriminasi adalah merupakan satu jenayah. Di bawah konsep hidup bersama dan saling
mengenali ini lahir dasar-dasar lain seperti kebebasan beragama, hak keselamatan, keadilan dan
perundangan yang semuanya dijamin oleh pemerintah. Inilah yang diamalkan oleh negara Islam
Madinah yang diasaskan oleh Rasulullah SAW dan prinsip ini kekal hingga ke hari kiamat (Idris Zakari,
2003: 29-46).

Manakala sumber undang-undang dan peraturan hidup dalam tamadun lain terletak pada pemikiran
para pujangga dan cerdik pandai di kalangan mereka. Contohnya, Tamadun Cina berasaskan kepada
falsafah Kung Fu Ze dan Taoisme serta ajaran Gautama Buddha. Pemikiran mereka mengandungi
beberapa peraturan, tata cara atau perilaku seseorang dalam kehidupan dan persekitaran. Dalam hal
ini, Kung Fu Ze menekankan konsep kesederhanaan atau jalan tengah sebagai dasar panduan bagi
perhubungan dan kesusilaan. Dalam masyarakat, kasih sayang ditujukan kepada sekelian manusia.

Dalam Tamadun Melayu, orang Melayu telah mengenal Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang
Laut Melaka lebih sepuluh abad yang lalu (Undang-Undang Melaka, 2003) seterusnya diikuti oleh
undang-undang negeri yang lain. Orang Melayu juga memiliki peraturan hidup bermasyarakat yang
disebut sebagai hukum adat atau sistem nilai Melayu (Ali Taib & Hashim Musa, 1978: 84). Hukum
adat orang Melayu tidak menyimpang daripada kehendak syara. Seperti kata perbilangan Melayu:
Adat bersendi hukum
Hukum bersendi kitabullah

Dalam konteks hidup bermasyarakat, orang Melayu masih kental dengan semangat perpaduan dan
saling tolong menolong antara satu sama lain. Perasaan persaudaraan dan sikap saling bantu
membantu ini tergambar dalam melakukan kerja-kerja berat secara bersama. Bak kata pepatah
Melayu:
Serasa sepenanggungan
Ke bukit sama didaki
Ke lurah sama dituruni
Yang berat sama di pikul
Yang ringan sama dijinjing
Hati gajah sama di lapah
Hati kuman sama dicicah
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat

Inilah gambaran kehidupan bermasyarakat di kalangan orang Melayu yang amat sesuai dengan cara
hidup Islam seperti yang terakam dalam beberapa surah al Quran di bawah :

Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua
saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

(al Hujurat : 10)

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu
bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa
jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan
nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara
(ali Imran : 103)

dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah
kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah
kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar
perintahNya).

(al Maidah : 2)

Fenomena ini telah menjadi budaya dalam kehidupan seharian, malah jati diri bangsa Melayu
(Hamdan Hassan & Sofian Mohamad, 1978:17-40).

Dalam konteks Malaysia, penggunaan undang-undang syara terletak dalam bidang kuasa negeri-
negeri yang meletakkan raja sebagai ketua agama seperti yang termaktub dalam Perkara 3 (2)
Perlembagaan Persekutuan. Bagi negeri-negeri yang tidak beraja dan wilayah-wilayah persekutuan
kuasa agama terletak di bawah bidang kuasa Yang Di Pertuan Agong sebagai ketua agama. Ia selaras
dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Perkara 3 (3) dan Undang-Undang Anak Negeri yang
masih diamalkan dikalangan masyarakat bumiputera Sabah dan Sarawak. Dalam kehidupan seharian
masyarakat Malaysia, walaupun berbilang kaum dan keturunan serta kepercayaan, sikap berbaik-
baik dan saling menghormati antara satu sama lain menjadi kunci perpaduan bagi meneruskan
tamadun bangsa. Amalan berbudi bahasa dan saling menghormati kini dijadikan slogan Negara,
Berbudi bahasa amalan hidup kita. Anjuran amalan hidup begini tiada tentangan daripada pelbagai
kaum di Malaysia

2.2.3. Etika

Etika merupakan perilaku atau tingkah laku yang baik, disanjung dan diambil berat oleh setiap
tamadun Asia. Perbezaan dari sudut sumber dan pandangan sarwa jagat setiap tamadun boleh
dilihat pada aspek-aspek berikut:

i. Aspek politik dan Pemerintahan
Kebanyakan tamadun tradisional di dunia menekankan aspek moral dan akhlak sebagai asas politik
dan kerajaan. Islam meletakkan politik dan kepimpinan sebagai suatu perkara penting dalam cara
hidup Islam atau ad-Din. al-Quran dan al-Sunnah merupakan rujukan dalam pemerintahan dan
kepimpinan. Prinsip utama yang diberikan penekanan oleh Rasulullah SAW ialah prinsip syura,
adalah, musawah dan hurriyah. Oleh itu, pemimpin dilantik dari kalangan individu yang layak dan
mampu melaksanakan keadilan dan menunaikan amanah kepimpinan. Amanah ini merupakan
tunggak kepada kesejahteraan masyarakat. Sistem syura yang diamalkan membawa keadilan
sejagat. Konsep mesyuarat atau syura ini telah diteruskan oleh para khalifah selepas kewafatan Nabi
SAW.

Konsep dewaraja telah diamalkan dalam tamadun awal masyarakat Melayu. Raja merupakan
manusia suci yang mesti dihormati dan dipatuhi (A. Rahman Abdullah:26-27). Lanjutan itu, konsep
daulat dan kesetiaan kepada raja mengambil tempat selepas kedatangan Islam. Raja dianggap
sebagai wakil Tuhan atau dikenal sebagai khalifah dalam Tamadun Islam (lihat al-Baqarah, 2:30)
Konsep kesetiaan kepada raja melahirkan kata-kata Pantang Melayu derhaka. Penderhakaan
merupakan jenayah paling berat dalam budaya Melayu seperti hukuman yang diterima oleh Hang
Jebat. Dalam tradisi Islam, raja atau pemerintah dituntut supaya berlaku adil dan menjauhi
kezaliman. Trajedi yang berlaku terhadap Megat Seri Rama seperti mana yang digambarkan dalam
sejarah Sultan Mahmud Mangkat dijulang perlu dijadikan sempadan. Hubungan raja dengan rakyat
digambarkan dengan kata-kata; Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah (A. Aziz
Deraman, 2005:111-142). Contoh pembesar atau pegawai kerajaan yang baik dibawakan oleh Hang
Tuah sebagai pahlawan Melayu yang patuh dan setia kepada raja. Demikian juga kesetiaan Tun
Perak kepada Sultan Melaka.

Selepas melalui era penjajahan lebih empat abad lamanya (1511-1957M), Tanah Melayu telah wujud
sebagai sebuah negara merdeka pada 31 Ogos 1957. Negara ini mengamalkan sistem politik dan
pemerintahan Raja Berperlembagaan, iaitu Raja sebagai payung negara dan rakyat berlindung di
bawahnya. Yang Dipertuan Agong merupakan pelindung kepada hak-hak istimewa orang Melayu
seperti yang tercatat pada Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan. Ia kemudiannya diikat kukuh
dengan kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua kaum yang ada di Malaysia.

Dalam Tamadun Cina, ajaran Konfusius telah memberi garis panduan hubungan antara pemerintah
dengan rakyat. Pemerintah mesti berperanan sebagai bapa kepada rakyatnya. Maknanya, seorang
raja mesti memiliki moral yang tinggi kerana berfungsi sebagai pelindung kepada rakyat. Jika
sebaliknya yang berlaku, mandat ini akan ditarik balik oleh Tien (Tuhan), namun rakyat tidak
dianjurkan supaya menentang raja. Seorang pengikut Konfusius menyifatkan raja umpama kapal
manakala rakyat umpama air (Azhar Mad Aros.: 70). Di sini wujud konsep bantu-membantu antara
satu sama lain dan raja mesti bersikap adil terhadap rakyat.

Tamadun Barat mengamalkan sistem demokrasi dalam pemerintahan selepas berada dalam
pemerintahan bersifat otokrasi atau sistem beraja yang bersifat monarki yang berlanjutan. Ia diambil
dari sistem demokrasi Yunani yang berkonsepkan pemimpin dilantik oleh orang ramai, dikalangan
orang ramai dan untuk orang ramai (Ahmad Rashidi Hasan, 2005: 44). Ini adalah kesan dari gerakan
Renaissance (1350-1600M) yang wujud dalam tamadun Barat.

ii. Aspek pendidikan

Pendidikan merupakan aspek terpenting dalam setiap tamadun. Ia bertujuan membentuk peribadi
seseorang individu dan menghapus kejahilan yang boleh menghalang peningkatan minda dan
intelektual masyarakat. Menyebar dan mencari ilmu pengetahuan merupakan tugas manusia yang
dipandang mulia oleh setiap tamadun.

Dalam Tamadun Islam, pendidikan Islam berteraskan tauhid. Proses pendidikan bermula pada
peringkat seawalnya, iaitu sejak kelahiran seseorang hinggalah ke saat kematian. Ia bukan saja
melibatkan proses pemindahan dan pembudayaan ilmu seperti yang terkandung dalam surah al-
Alaq: 1-5, tetapi turut menjurus kepada proses mendidik roh, akal dan jasad yang mampu
melahirkan seorang insan berakhlak mulia, intelektual dan profesional. Elemen ini amat penting dan
merupakan pra-syarat bagi seorang manusia yang akan berfungsi sebagai penggerak tamadun.

Dalam Tamadun Melayu, isu pendidikan begitu ketara apabila orang Melayu menerima Islam. Wujud
dua institusi pendidikan Islam terawal di kalangan orang Melayu, iaitu rumah alim ulama, tuan guru
dan juga istana. Institusi ini menainkan peranan penting dalam pembentukan budaya ilmu
masyarakat Melayu. Pada zaman seterusnya, institusi pendidikan lebih beroperasi ditempat yang
disediakan khusus untuk melaksanakan pendidikan masyarakat Melayu, iaitu di madrash, surau,
pondok, pesantren, dayah dan lain-lain.

Pada masa pemerintahan British, anak-anak bangsawan Melayu mendapat pendidikan di institusi
pendidikan yang ditubuhkan oleh British seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1905.
Pendidikan di sekolah ini tidak berteraskan pendidikan Islam. Dengan kata lain, sekolah ini
menggunakan kurikulum yang berbeza dari pendidikan yang rata-rata diterima oleh sebahagian
besar masyarakat Melayu. Tahap tertinggi pendidikan di sekolah ini ialah menyambung pelajaran ke
institusi pendidikan di Barat terutamanya di London. Bagi masyarakat Melayu bawahan, mereka
masih tetap mendapat pendidikan tertinggi dalam sistem pendidikan Islam. Mereka berpeluang
meneruskan pengajian ke universiti di Timur Tengah seperti Universiti al-Azhar di Mesir, Universiti
Madinahmahupun institusi pengajian tinggi di Mekah (Abdullah M. Zin, 2005:18)

Pendidikan Barat di Alam Melayu bermula dengan tertubuhnya sekolah-sekolah bercorak
keagamaan ala-barat. Sekolah pertama adalah Sekolah St. Paul di Melaka yang didirikan oleh Francis
Xavier pada tahun 1550-1553 M (Khoo Kay Kim, 1992:62). Selain itu, terdapat banyak lagi sekolah-
sekolah missionari yang didirikan seperti Sekolah Methodist, Convent, St. John, St Teresa, St. Gabriel
dan lain-lain.

Ajaran agama Buddha dan Hindu turut menekankan aspek pendidikan yang berlaku melalui proses
mencari diri sendiri (self-discovery). Ilmu dan amalan kerohanian juga merupakan elemen penting
dalam melahirkan seorang yang baik.

iii. Aspek ekonomi

Kelangsungan sistem ekonomi dalam tamadun awal manusia menjadikan moral sebagai paksi utama.
Dari fahaman ini muncul hak-hak kehidupan yang seimbang antara ekonomi dan moral. Nilai yang
hampir sama wujud dalam semua tamadun. Antaranya menolak amalan rasuah, penipuan dan
penindasan. Sebagai gantinya amalan-amalan murni dalam kegiatan ekonomi seperti membuat
kebajikan, bersedakah dan membela golongan miskin dan lemah amat dianjurkan.

Kegiatan ekonomi dalam Islam turut berfungsi untuk mempertingkatkan akhlak individu dan
masyarakat. Konsep halal dan haram serta untung rugi banyak dibicarakan di dalam al-Quran. Ini
bertujuan untuk menjelaskan pentingnya konsep ini diambil kira dalam kehidupan seharian.
Penipuan, riba dan bentuk-bentuk penyelewengan lain adalah ditegah dalam Islam. Walaupun
terdapat banyak batasan mengenai kegiatan ekonomi dalam Islam, Rasulullah SAW tetap
menekankan kepentingan aktiviti ekonomi melalui sabdanya yang bermaksud Sembilan persepuluh
rezeki adalah daripada sumber peniagaan dan perdagangan.

Zakat pula merupakan unsur ekonomi Islam yang berfungsi memberi jaminan sosial kepada
masyarakat Islam. Zakat tidak hanya tertumpu kepada zakat fitrah atau zakat badan yang berfungsi
untuk membersih diri, tetapi juga zakat perniagaan dan lain-lain. Ia merupakan satu bentuk
kebajikan dalam masyarakat Islam terutama kepada golongan yang berhak menerimanya yang
terdiri daripada 8 asnaf. Malah zakat mampu mempertingkat kualiti kehidupan golongan fakir dan
miskin dan menjana ekonomi mereka di samping umat Islam seluruhnya. (Norsiah Sulaiman,
2004:84-85). Pelbagai sektor ekonomi digalakkan oleh Islam termasuk pertanian, penternakan,
pembuatan, perlombongan, perindustrian dan aktiviti import dan eksport yang hasilnya menjadi
sumber pendapatan negara Islam yang terkumpul di dalam institusi kewangan umat Islam yang
dikenali sebagai Baitulmal.

Ajaran Buddha menganjurkan Jalan Lapan Lapis (eight fold path). Ia bertujuan supaya manusia dapat
menjalani hidup dalam keadaan suci dan bersih daripada sebarang runtunan hawa nafsu yang
disebut sebagai Astamarga.

Tamadun Cina yang dipengaruhi kuat oleh falsafah Konfusius memandang rendah kepada golongan
pedagang kerana menganggap golongan ini sentiasa terlibat dengan penipuan dan keuntungan yang
dilihat sebagai elemen-elemen buruk. Justeru itu, fahaman ini lebih memberi perhatian kepada
golongan petani.

Tamadun Barat yang berasaskan pemikiran sekular dan ideologi manusia memperkenal sistem
ekonomi kapitalis yang lebih mengutamakan keuntungan material dan kebangkitan individu atau
kumpulan tertentu sebagai kuasa pasar. Sistem ini berdasarkan teori Adam Smith (1723-1790M).
Bagi Smith, sistem pengeluaran sesebuah negara terdiri daripada tiga unsur iaitu sumber alam,
sumber manusia dan stok barang (kapital) yang ada. Hal ini jelas dibicarakan dalam bukunya Wealth
of Nation (1776) yang menghuraikan secara terperinci pertumbuhan ekonomi kapitalis (Boediono,
1982:14). Pengamalan sistem ekonomi kapitalis telah mendorong ke arah penubuhan institusi
kewangan atau bank di Barat seawal tahun 1587M.

Dalam konteks Malaysia, negara ini mengamalkan ekonomi konvensional, namun ekonomi Islam
telah mula dilaksanakan dalam bidang kewangan Islam apabila tertubuhnya Bank Islam Malaysia
Berhad dibawah Akta Bank Islam 1982. Selanjutnya Takaful Islam telah diwujudkan di bawah Akta
Takaful 1984, Pajak Gadai Islam (al-Rahn), Sekuriti Islam dan Bon Islam. Hari ini sistem muamalat
Islam telah diterima sebagai suatu sistem yang diterima pakai oleh semua kaum di Malaysia.

iv. Aspek kekeluargaan

Aspek kekeluargaan dan masyarakat diterima oleh hampir semua tamadun di dunia. Tamadun Islam
meletakkan institusi keluarga sebagai asas pembentukan sebuah masyarakat. Apabila masyarakat
baik, maka wujudlah ummah dan negara yang baik. Sumber masyarakat baik adalah al-Quran,
Sunnah Rasul-Nya dan ijtihad para ulama. Tamadun Islam menetapkan darjat manusia semua
adalah sama di sisi Allah SWT. Kelebihan seseorang dalah ketaqwaannya kepada Allah SWT dan
juga pemilikan ilmu pengetahuan yang bermanfaat. Oleh kerana itu, tidak ada kelebihan orang Arab
dari orang ajam (bukan Arab)

Ajaran Konfusius yang menjadi asas Tamadun Cina menekankan pentingnya hubungan kasih sayang
dan hiraki kuasa dalam hubungan sesama manusia. Kasih sayang mewujudkan hubungan harmoni
dalam masyarakat. Konfusius memperkenalkan konsep Li yang menekan lima jalinan hubungan
sesama manusia seperti berikut:
* Hubungan maharaja dengan rakyat
* Hubungan bapa dengan anak
* Hubungan abang dengan adik
* Hubungan suami dengan isteri
* Hubungan kawan dengan kawan

Tamadun India yang diasaskan kepada agama Hindu membahagikan manusia kepada empat
golongan atau tingkat tertentu iaitu golongan Brahmin, Kesatriya, Vaisya dan Sudra.

Kekeluargaan dalam Tamadun Melayu pula berasaskan kepada fahaman ajaran Islam. Hubungan
yang terjalin antara ahli keluarga begitu erat. Ibu, bapa, anak-anak dan sanak saudara menjalankan
tugas dan memahami tanggungjawab masing-masing. Fahaman mengenai setiap tanggungjawab
amat berkait rapat dengan ajaran agama Islam. Sebagai contohnya, tanggungjawab bapa mencari
rezeki dan memberi perlindungan kepada keluarga terlaksana dengan jayanya. Demikian juga
tanggungjawab ibu mendidik anak ditunaikan dengan sempurna.

v. Aspek Kesenian dan Kebudayaan

Maksud hadis yang mengatakan Allah SWT itu indah dan suka kepada keindahan menjadi titik
tolak seni Islam. Islam percaya bahawa kesan dari kehidupan beragamalah yang melahirkan seni
dalam Islam. Oleh yang demikian, karya seni dalam Islam merupakan kefahaman muslim terhadap
keindahan syurga yang tidak mampu dinukilkan. Keindahan yang paling hebat ini adalah untuk
menyatakan kekuasaan dan kehebatan Allah SWT sebagai Maha Pencipta. Seni bina dalam Tamadun
Islam juga telah mampu melahirkan banyak seni bina indah seperti masjid di serata dunia sehingga
menjadi mercu tanda kegemilangan Tamadun Islam hingga ke hari ini. Begitu juga dengan seni khat
yang mempunyai pelbagai jenis seperti Khat Kufi, Nasakh, Thuluth dan Farisi mampu mempesonakan
sesiapa saja.

Perbezan seni Islam dengan seni dari tamadun lain terlihat pada falsafah seni Islam yang berteras
tauhid walaupun terhasil pada pelbagai aneka karya seni. Contohnya, seni Barat lahir dari
penghayatan terhadap konsep ketuhanan yang digambarkan dalam bentuk pahatan patung-patung.
Tamadun Barat yang bersandar pada Tamadun Yunani berpegang pada fahaman kesempurnaan
Tuhan dan manusia yang dicernakan pada karya seni terutama seni arca dan seni pahatan. (Ahmad
Rashidi Hassan, 2005:48-49). Malah pada zaman Renaissance, penghasilan seni masih bertemakan
cerita-cerita dari Bible di samping cerita dewa-dewi Yunani kuno. Kebanyakan lukisan dibuat untuk
kepentingan gereja (A. Djelantik, 1999:124)

Seni atau keindahan menurut agama Buddha dapat diklasifikasikan kepada empat jenis iaitu
keindahan perhiasan, keindahan jasmani, keindahan tingkah laku dan keindahan batin. Menurut
Buddha, manusia dapat memiliki keindahan melalui dua Darma indah yang terdiri dari Khanti dan
Soracca (A. Djelantik, 1999:192). Dalam Tamadun India, kesenian lahir dari usaha para seniman
untuk mewujudkan bentuk dari sesuatu yang tidak berbentuk semasa berlaku kosentrasi diri atau
proses meditasi. Gambaran dewa-dewa dihubungkan dengan sikap, warna dan ekspresi tertentu dan
gambaran dewa-dewa timbul dalam gambaran fikiran. Akhirnya seniman melukiskan gambaran
tersebut dalam media seperti kanvas dan bentuk arca. Dalam ajaran Hindu dan Buddha terdapat
kesamaan idea dan pandangan yang mengatakan bahawa dalam fikiran dan gambaran dalam jiwalah
yang dapat dikatakan sebagai seni (Ibid:195) . Dalam Tamadun Cina, karya seni rupa merangkumi
seni lukis dan seni kaligrafi. Seni lukis Cina menjadikan unsur alam harmoni sebagai tema utama.
Penghasilan karya tema ini jelas terpapar pada unsur tumbuh-tumbuhan terutaam pokok buluh,
unsur haiwan terutama burung bangau putih dan unsur alam sekitar terutama sungai. Konsep dan
teknik keindahan seni ini meresap dalam seni rupa yang lain.

Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan keturunan mempunyai bentuk-bentuk
kesenian yang pelbagai. Rakyat Malaysia lahir dari rasa cintakan perpaduan dan keamanan.
Pemerintah telah membentuk satu dasar kebudayaan Malaysia yang menetapkan seni dan budaya
Malaysia ialah seni dan budaya Melayu, walaupun dasar ini masih menerima seni dan budaya etnik
lain. Dasar budaya ini dikenal sebagai Kebudayaan Kebangsaan. Oleh itu, dasar ini menggabungkan
semua unsur budaya masyarakat yang ada di Malaysia. (Hamdan Hassan:11-16).

vi. Aspek alam sekitar

Tamadun Islam dan tamadun Asia lain amat menyanjung alam sekitar. Islam menghargai alam
sekitar yang merupakan tanda-tanda kewujudan Allah SWT. Seluruh alam dan persekitarannya
merupakan amanah kepada manusia sebagai khalifah yang berfungsi sebagai pembangun alam ini
seperti yang dapat difaham pada firman Allah dalam surah Hud: 61.

Demikian juga Tamadun Melayu dan masyarakat peribuminya turut menghargai alam sekitar. Malah,
bagi masyarakat peribumi Malaysia seperti etnik Iban dan Senoi mereka memuja alam terutama
semasa upacara pesta menuai. Mereka percaya wujud unsur-unsur roh yang menyelinap ke dalam
semua kejadian alam seperti tumbuh-tumbuhan. Menurut doktrin Hindu, alam semesta ini terdiri
dari Jamudvipa. Di tengah-tengah alam semesta terdiri Gunung Meru yang di kelilingi oleh matahari,
bulan dan bintang. Sehingga dikatakan Gunung Meru dibawa separuh ke Pulau Jawa dari Jamudvipa,
India untuk menjadi tempat tinggal Betara Guru di Pulau Jawa.

Lao Tze telah mengemukakan falsafah tao sebagai suatu kekuatan di mana manusia cuba menjalin
dirinya dengan alam. Konsep ini menyamai konsep Wu-Wei dalam aliran Konfusius yang mendorong
manusia mengambil jalan pertengahan antara dua aktiviti tertinggi dan istirehat tertinggi. Mereka
menafsir bahawa kehidupan yang berlaku di alam ini adalah hasil dari pergerakan alam yang
berterusan. Seseorang dianggap dapat berhubung dengan alam apabila dia berjaya menghubungkan
dirinya dengan tao melalui pembersihan jiwa atau mengosongkan diri dari dua perkara yang
keterlaluan. (Idris Zakaria: 40)






vii. Aspek institusi agama

Setiap agama memiliki institusi tersendiri sebagai pusat kegiatan keagamaan mereka. Institusi-
insitutusi ini adalah seperti berikut:

a. Masjid
Ia merupakan institusi agama dalam Islam. Masjid bermaksud tempat sujud atau tempat beribadah
kepada Allah SWT. Sebagaimana ibadah dalam Islam amat luas maksudnya, begitu jugalah fungsi
masjid. Masjid tidak terbatas sebagai tempat sembahyang semata-mata. Hal ini telah ditunjukkan
oleh baginda Rasulullah SAW semasa hayatnya dengan menjadikan masjid tempat segala aktiviti
umat Islam. Antaranya, masjid berperanan sebagai tempat bermesyuarat, tempat mengadili masalah
masyarakat Islam, tempat menerima dan merawat pejuang Islam yang cedera dan pelbagai fungsi
lain. (S. A. H. Mokhtar,1997:116). Kepentingan masjid dalam masyarakat Islam menyebabkan
pembinaan masjid merupakan langkah awal semasa Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Justeru
itu terbinalah masjid pertama dalam Islam iaitu masjid Quba. Ini diikuti dengan pembinaan Masjid
Nabawi di Madinah, Masjid al-Haram di Mekah, Masjid al-Aqsa di Palestin dan Masjid al-Azhar di
Mesir.

Dalam bidang pendidikan, masjid merupakan institusi terpenting dalam Islam. Di sini umat Islam
memulakan pendidikan awal terutama golongan kanak-kanak. Kanak-kanak dilatih mengaji al-
Quran, selain latihan di rumah yang dijalankan oleh ibu bapa sendiri. Masjid juga berfungsi sebagai
pusat pendidikan pelbagai ilmu Islam dan informasi setempat. Sejarah para ulama awal dalam Islam
membuktikan hal ini. Imam Shafie, Imam Maliki dan imam-imam lain menerima pendidikan ilmu
Islam yang luas di masjid-masjid utama di atas.Lanjutan dari hal ini, para ulama merupakan tenaga
pengajar dan tempat rujukan masyarakat dalam pelbagai hal (Ibid:117).

Masjid utama dalam Islam ialah Masjid al-Haram. Ini diikuti dengan Masjid Nabawi, masjid Aqsa dan
lain-lain. Keutamaan masjid-masjid ini bergantung kepada pengakuan dan sejarah Islam yang
bermula pada zaman Rasulullah SAW. Pada satu sudut yang lain, masjid mempunyai beberapa
keistimewaan yang membezakan masjid sebagai tempat ibadat umat Islam dengan rumah ibadat
penganut agama lain. Kewujudan masjid juga berada di segenap pelusuk dunia. Justeru itu, masjia
terbina dalam pelbagai bentuk seni bina. Kesemuanya bentuk seni bina masjid dapat dibahagi
kepada tujuh bentuk, iaitu (Ibid:124-128):
Maghribi
Andalusia
Mesir
Turki Saljuk
India
Iran Safawi
Turki Uthmani

b. Kuil dan Candi
Kuil merupakan rumah ibadat bagi penganut agama Hindu dan Buddha. Fungsi kuil lebih luas pada
peringkat awal perkembangan dua agama ini. Ia menjadi pusat pendidikan yang diperlukan oleh
sami-sami Hindu dan Buddha. Golongan Brahmin dalam agama Hindu merupakan sami-sami Hindu
yang terpelajar. Mereka adalah golongan yang layak memahami kitab-kitab suci Hindu seperti kitab
Veda, Mahabrata dan Ramayana yang ditulis dalam bahasa Sanskrit. Begitu juga dalam agama
Buddha, sami-sami Buddha menjadikan kuil sebagai pusat pendidikan dalam memahami ajaran-
ajaran Buddha. Sami-Sami Buddha menyampaikan pengajaran mereka dalam bahasa Pali dan
Sanskrit.

Candi merupakan bangunan yang dikaitkan dengan aspek keagamaan. Candi yang terkenal di rantau
Alam Melayu antaranya ialah Candi Borobudur. Candi ini terletak di kaki Gunung Merapi di kota
Jogyakarta, Indonesia yang dibina ketika Dinasti Sailendara sekitar tahun 778-825M2. Candi ini
dipenuhi dengan sangkar-sangkar batu berisi patung Buddha.


c. Gereja
Dalam tamadun Barat gereja masih memainkan peranan sebagai tempat ibadat, pusat pemahaman
agama Kristian dan juga aktiviti masyarakat setempat. Perkembangan ini akhirnya melahirkan
sekolah-sekolah missionary. Dalam bentuk yang formal sekolah missionari mendapat pembiayaan
pihak gereja. (Bhg. II: 147-150)

2.3 Nilai dan Kepentingannya

Nilai adalah satu konsep yang diertikan dengan berbagai maksud dan konotasi. Antaranya, nilai
bermaksud satu kualiti sama ada baik (positif) mahupun buruk (negatif) yang menghasilkan sesuatu
yang dikehendaki. Ia juga bermaksud dasar-dasar moral, prinsip, piawai ataupun suatu ideal yang
dijunjung tinggi oleh sesebuah masyarakat.

Secara amnya, nilai akan ditonjolkan secara lisan atau menerusi perlakuan individu atau sesuatu
kumpulan. Misalnya, seseorang yang menghayati nilai tanggungjawab akan menunjukkan nilai
tersebut dalam percakapan dan perlakuan. Individu ini juga akan mempertahankan nilai tersebut
dan akan mengkritik orang lain yang bersikap tidak bertanggungjawab. Nilai juga boleh berubah
mengikut peredaran masa ataupun terus unggul mengikut suasana ataupun idealisme sesebuah
masyarakat. Contohnya, nilai hormat kepada orang yang lebih tua telah terhakis dalam masyarakat
kosmopolitan tetapi ia kekal dan penting dalam masyarakat Timur sama ada yang membangun
ataupun yang masih mundur.

Matlamat dan tindakan yang dilaksanakan oleh seseorang juga ditentukan oleh nilai. Ini kerana nilai
merupakan satu prinsip atau garis panduan yang disediakan oleh anggota masyarakat untuk
menjalani kehidupan. Nilai adalah suatu piawai yang berkekalan, atau dalam pengertian yang luas,
suatu piawai yang mengaturkan satu sistem perlakuan. Nilai juga menentukan sesuatu `preference',
iaitu sesuatu yang lebih disukai, baik mengenai hubungan sosial, mahupun mengenai matlamat-
matlamat serta ikhtiar untuk mencapainya. Nilai juga akan bertindak sebagai ukuran yang
membantu individu mengenal pasti kedudukannya dalam sesuatu isu sosial ataupun moral.
Tegasnya, nilai bukan sahaja memberi suatu tunjuk arah kepada seseorang tentang bagaimana dia
patut berkelakuan terhadap orang lain, malah bagaimana untuk menilai tingkah laku sendiri serta
orang lain. Nilai juga berfungsi sebagai dasar untuk menentukan apakah yang harus dicabar, dihujah,
diubah atau dipertahankan. (Abdul Rahman Md Aroff, 1999)

Walaupun semua nilai mempunyai ciri dan fungsi am seperti yang disebutkan di atas, namun nilai
juga boleh dikategorikan dalam kelompok tertentu seperti berikut;

Nilai agama (Contoh: Kesucian, kesyukuran)
Nilai Ekonomi (Contoh: Produktiviti, kejayaan)
Nilai Etika (Contoh: Kejujuran, pemurah)
Nilai Estetika (Contoh: Keindahan, keselesaan)
Nilai Politik (Contoh: Hak asasi, patriotisme)
Nilai Sosial (Contoh: Kejiranan, budi pekerti)

Sistem nilai dalam Tamadun Islam tersimpul pada satu skema yang tersedia dalam ajaran dan tradisi
agama Islam. Sungguhpun wujud kedinamikan dalam hukum-hukum Islam tetapi ia tidak boleh
bercanggah dengan sistem nilai yang disepakati oleh majoriti cerdik pandai Islam. Sistem nilai dalam
Tamadun Islam terdiri daripada hukum berikut (Azhar Hj Mad Aros, 2002);

Wajib: Nilai yang dilakukan akan mendapat ganjaran/pahala dan jika ditinggalkan berdosa.
Terdapat dalil-dalil atau ayat-ayat al-Quran yang jelas mengenai hal ini.
Sunat: Nilai yang dilakukan akan menghasilkan ganjaran/pahala dan jika ditinggalkan tidak
berdosa.
Haram: Nilai yang wajib ditinggalkan. Jika dilakukan akan menghasilkan dosa. Terdapat banyak
dalil-dalil dari firman Allah dalam al-Quran yang melarang melakukan nilai ini.
Makruh : Perkara yang dibenci. Jika ditinggalkan mendapat pahala dan sekiranya dilakukan tidak
berdosa.
Harus: Nilai yang boleh dilakukan dan boleh ditinggalkan. Hukum ini merupakan hukum asal
sesuatu perkara kecuali wujud penjelasan hukum mengenai hal ini.
2.3.1 Nilai Asia dan Nilai Universal

Nilai dalam Tamadun Asia dianggap bersifat kolektif manakala nilai dalam Tamadun Barat dikatakan
bersifat individualistik. Kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa nilai kolektif yang menjadi sifat
Tamadun Asia ini dipegang kuat oleh masyarakat Timur. Antaranya seperti kesopanan, kasih sayang,
sederhana, menghormati tradisi, ketaatan, kesetiaan, menghormati keluarga dan orang yang lebih
tua, berpegang kepada agama dan pemaaf. (Kapoor, Blue, Konsky & Drager: 2000)

Nilai universal pula adalah sesuatu yang abstrak. Berdasarkan laporan UNESCO, nilai universal yang
patut dicambahkan oleh setiap negara ialah ;
Nilai kedamaian
Nilai kebebasan dan hak asasi manusia
Nilai demokrasi
Nilai pembangunan

Nilai-nilai universal seperti kebebasan dan hak asasi kemanusiaan yang selalu diwar-warkan oleh
pemimpin Barat tidak kurang juga dicurigai oleh pemimpin Asia kerana dianggap cuba
melegitimasikan faham liberalisme politik Barat tanpa mengambil kira kelainan budaya yang
terdapat di Asia. Sebagai tindak balas terhadap tuntutan Barat yang mahukan dunia bukan Barat
menghayati nilai-nilai universal berkenaan, maka lahirlah konsep Nilai Asia.

Konsep Nilai Asia menjadi popular sekitar tahun 1970 an bila ia mula dijadikan retorik oleh pemimpin
Asia seperti Lee Kuan Yew dan diikuti oleh pemimpin Asia lain. Menurut Kishore Mahbubani (1998),
Nilai Asia merujuk kepada sebuah set pengajaran moral dan sosial yang membawa kepada
pembangunan ekonomi yang pesat di negara-negara Asia sejak beberapa dekad yang lepas. Nilai-
nilai ini termasuklah attachment to the family as an institution, deference to societal interest, thrift,
conservatism in social mores, respect for authority.
Konsep Nilai Asia ini telah menerima kritikan termasuk oleh sarjana Asia. Antara kritikan yang kerap
dikemukakan ialah Nilai Asia sering digunakan sebagai senjata budaya yang menolak liberalisme
Barat, malah membawa kepada menghalalkan ideologi politik sektarian dan corak pemerintahan
kuku besi. Ini menjadikan Nilai Asia nampak jelik selepas dilabelkan sebagai satu senjata politik
pemimpin Asia yang autoritarian. Namun, kritikan ini tidak dapat menafikan wujudnya satu
perbezaan nilai antara negara-negara di Asia dengan negara bukan Asia khususnya Barat.

Pada mulanya perbincangan tentang Nilai Asia lebih kerap di sinonim dengan ajaran Konfusius.
Pengaruh tradisi ini telah membangkitkan kekuatan ekonomi dan politik Asia kerana konsep
Demokrasi Konfusian mencadangkan penerimaan hierarki dalam masyarakat, keperluan dalam
keharmonian sosial, rasa hormat pada keluarga dan kerajaan yang bertanggungjawab. Dalam
konteks politik menunjukkan keakuran kepada autoriti pemerintah untuk mendapat kebaikan
bersama sehingga menjadikan rakyat akur dan menerima kedudukan dan hierarki pemerintah.

Nilai yang ditekankan dalam tanggapan seperti di atas sebenarnya hanya terjurus kepada nilai
ekonomi yang ada dalam ajaran Konfusius. Falsafah Konfusius dijadikan sandaran dan disesuaikan
mengikut kehendak pemuka awal konsep Nilai Asia. Hasilnya, nilai etika dan sosial yang lebih
menyeluruh telah diabaikan. Penonjolan nilai-nilai dari tradisi agama Asia yang lain khususnya Islam
dan Hindu mula dibicarakan secara lebih meluas kerana setiap agama pada asasnya mempunyai
kekuatan masing-masing dalam memperkatakan soal moral, etika, kekeluargaan, politik dan lain-
lain.

2.3.2 Nilai-Nilai Universal Asia

Tamadun-tamadun Timur mempunyai keserasian antara satu dengan lain sehingga memudahkan
interaksi. Ini disebabkan adanya nilai-nilai sepunya antara mereka. Prof. Syed Naquib al-Attas
(1972) mengungkapkannya sebagai nilai kesejajaran. Sejak awal tahun 1970 an lagi beliau telah
menyeru ke arah sikap terbuka dalam menilai interaksi antara tamadun di Asia khususnya di
Malaysia dan menekankan hakikat kepentingan pandangan hidup atau world view yang berteraskan
nilai agama dan akhlak dalam sesebuah tamadun. Perspektif tentang adanya nilai-nilai universal
yang sejajar dalam tamadun di Asia yang telah disuarakan oleh beliau (1972:70) dalam bukunya
Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu berbunyi;

Keadaan bertumpunya agama-agama agung di dunia ini di Malaysia janganlah hendaknya kita
anggap sebagai satu kelemahan besar, satu bibit perceraian masyarakat kita; kita harus
mengangapnya sebagai satu keistimewaan dan kebesaran kita di dunia; kita harus tahu bahawa
dalam pandangan hidup agama-agama ini semua lebih banyak terdapat titik pertemuan daripada
yang terdapat dalam ideologi-ideologi politik, bahawa dalam keluhuran falsafah-falsafah agama-
agama Islam, Kristian, Hindu, Buddha, dan ajaran Lao Tzu dan Kung Fu Tze ada terdapat kesejajaran
fahaman dalam bidang-bidang penting yang tentu akan dapat membantu ke arah memupuk faham
keperibadian Malaysia

Namun ciri dan identiti khusus setiap agama khususnya aspek teologi akan tetap berbeza. Seperti
yang ditekankan oleh Prof. Naquib dalam tulisan beliau, persamaan nilai yang terdapat dalam
tamadun-tamadun Asia hanyalah satu kesejajaran dan bukanlah satu keselarian ataupun persamaan
yang hakiki. Kesejajaran yang cuba diketengahkan oleh Prof. Naquib ini tidaklah sehingga membawa
kepada pluralisme dalam nilai hidup dan agama sehingga semua agama dianggap sama. Perbezaan
tetap ada. Ini ditegaskan lagi oleh Osman Bakar (1997);
with reference to Asia, it means that Asian cultures do share a set of core human value and at
the same time exhibit differences in their value system

Bagaimanapun pemikiran sempit yang menonjolkan particularism tamadun masing-masing amat
tidak sesuai dalam perkembangan dunia hari ini; apatah lagi dalam usaha serius untuk mengadakan
interaksi antara tamadun. Hal ini akan menggagalkan dialog ketamadunan yang sedang diusahakan
oleh pelbagai pihak.

2.3.3 Nilai-Nilai Universal Tamadun Asia

Nilai-nilai universal dalam Tamadun Asia tertanam dalam ajaran-ajaran keagamaan yang telah
berkembang subur di seluruh Asia; sama ada Islam, agama dan kepercayaan dari Tanah Besar China
mahupun dari benua India. Nilai-nilai universal dari tradisi keagamaan ini boleh diringkaskan
berdasarkan prinsip-prinsip seperti berikut;

Berlandaskan idea keagamaan
Menekankan aspek kemanusiaan dan institusi kekeluargaan
Menekankan tatacara dan etika dalam kehidupan
Mementingkan kebijaksanaan dalam kepemimpinan
Menghargai alam sekitar
Mementingkan ilmu dan orang berilmu

2.3.3.1 Berlandaskan idea keagamaan

Peranan agama dalam semua tamadun Asia sangat penting kerana ia membantu memantapkan
struktur sosial dan intelektual sesuatu tamadun. Semua tamadun Asia sama ada berasaskan agama
samawi atau budaya, tetap menjunjung tinggi doktrin keagamaan, malah dari agama inilah lahirnya
kebudayaan dan sains. Idea ketuhanan yang transcendence (kudus) sama ada dengan panggilan Ti,
Brahman atau Sang Hyang Tunggal menyebabkan institusi dan ajaran keagamaan agama lain juga di
hormati.

Sebagai contohnya, Tamadun Islam bertunjang dan berpaksikan kepada konsep tauhid. Ini
bermaksud tauhid merupakan intipati dalam kehidupan bertamadun masyarakat Islam. Justeru itu,
asas dalam Tamadun Islam adalah akidah, syariah dan akhlak. Ketiga-tiga aspek ini merupakan
komponen dalam agama Islam. Sumber dalam tamadun Islam adalah sumber naqli iaitu sumber
wahyu. Sumber ini menjadi sumber asas, manakala sumber aqli iaitu yang berdasarkan akal
merupakan sumber sekunder yang mana ketetapannya mestilah tidak bercanggah dengan sumber
naqli. Aspek kerohanian dalam Tamadun Islam amat dipentingkan. Kerohanian (spiritual) dan
kebendaan (material) mestilah seimbang dan bersepadu. Kesepaduan ini akan membentuk
matlamat Tamadun Islam yang paling utama iaitu mencapai keredaan Allah, manakala material
berfungsi sebagai wasilah atau alat penghubung dalam mencapai matlamat utama tersebut.

Contoh lain pula dapat dilihat pada Tamadun Cina. Masyarakat Cina tetap percaya kepada konsep
ketuhanan walaupun terdapat pelbagai agama yang menjadi anutan mereka. Antaranya,
penyembahan roh nenek moyang, fahaman Konfusius, Daoisme atau Taoisme dan Buddhisme.
Kesemua agama ini menekankan konsep ketuhanan dan kerohanian yang menjanjikan balasan baik
bagi perbuatan baik dan sebaliknya, kecuali Buddhisme.

Dalam kosmologi Cina terdapat konsep tian yang bermaksud langit, iaitu merujuk kepada dewa yang
terpenting. Dewa dalam masyarakat Cina merupakan pembuktian kewujudan Tuhan. Dalam Dinasti
Chou, tian merujuk kepada makhluk unggul di langit (supreme being) yang mengatur perjalanan
hidup dan nasib seseorang, menentukan keamanan dan kesejahteraan serta memberi balasan baik
dan buruk. Ia juga mungkin menyebabkan kemudaratan sebagai hukuman terhadap insan yang
berkelakuan salah. Kepercayaan terhadap konsep ini, mendorong masyarakat mereka mengawal
tingkah laku bagi mengelakkan dari mendapat balasan dari tian.

Tamadun India juga memperlihatkan hal yang sama mengenai kedudukan agama dan kerohanian
yang tinggi dalam masyarakat. Kepercayaan Hindu menekankan konsep ketuhanan dan kerohanian.
Antaranya percaya kepada konsep trimurti iaitu percaya kepada ketuhanan Brahma (Tuhan
Pencipta), Vishnu (Tuhan Pemelihara) dan Siva (Tuhan Pemusnah).

2.3 3.2 Institusi Kekeluargaan dan Aspek Kemanusiaan

Tamadun Asia begitu sarat dengan elemen rite de passage iaitu adat istiadat dari saat kelahiran
hinggalah kematian. Hal ini amat dititikberatkan oleh anggota keluarga. Ini menunjukkan bahawa
ikatan kekeluargaan sangat ditekankan. Sebagai contohnya, dalam perspektif Islam, soal institusi
kekeluargaan diperhalusi oleh ilmu munakahat yang mengatur pembinaan institusi keluarga bermula
dari proses mencari jodoh, tanggungjawab suami isteri dan seterusnya.

Selain itu terdapat juga hubungan yang baik dengan Allah (hablum minaLlah) dan hubungan yang
baik sesama manusia (hablum minannas). Hablum minannas diikat dengan ukhuwah Islamiyah,
dengan maksud semua umat Islam bersaudara dan sama di sisi Allah kecuali orang yang bertakwa.
Islam menetapkan agar umatnya sentiasa menjaga akhlak antara sesama manusia yang merangkumi
akhlak dengan ibubapa, guru, kawan, jiran, sesama Islam dan bukan Islam, malah akhlak terhadap
musuh Islam juga perlu dijaga. Hubungan yang baik sesama manusia amat perlu dijaga, malah
andainya seorang Islam tidak mempunyai hubungan yang baik dengan manusia yang lain walaupun
mempunyai hubungan yang baik dengan Allah, dia tidak dikira sebagai ahli syurga.

Dalam konteks pergaulan juga, syariat Islam diturunkan agar kepentingan 5 hak asasi manusia
terlaksana iaitu hak beragama, menjaga kewarasan akal, menjaga nyawa, harta benda dan maruah
diri. Ini memperlihatkan ajaran Islam menekankan nilai kemanusiaan.


Dalam Tamadun China pula terdapat konsep Ren yang bermaksud kasih sayang. Konsep ini merujuk
kepada sifat perikemanusiaan yang dianggap ekspresi jantung manusia. Dalam Tamadun Hindu
terdapat konsep Ahimsa iaitu belas kasihan yang boleh membawa kepada tiadanya kekejaman
terhadap sebarang makhluk sama ada manusia ataupun binatang.

2.3.3.3 Menekankan Tatacara dan Etika Dalam Kehidupan

Etika dalam Islam adalah manfaat daripada penghayatan syariat. Syariat diutuskan Allah kepada Nabi
Muhammad SAW sebagai panduan dan mengatur kehidupan agar harmoni. Syariat Islam mengatur
hubungan manusia dengan Allah melalui pengamalan ibadat dan hubungan manusia sesama
manusia melalui pelaksanaan muamalat, munakahat dan jinayat. Syariat Islam juga merangkumi
akhlak iaitu sistem nilai yang menjamin kehidupan yang beretika. Akhlak Islam bersifat syumul iaitu
meliputi akhlak dengan Allah SWT, Rasulullah SAW, sesama manusia terutamanya ibu, bapa, guru,
jiran dan termasuk sesama manusia walaupun dengan bukan Islam. Demikian juga akhlak Islam
termasuk dengan alam persekitaran seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Penegasan soal etika
dalam ajaran Islam menjadi faktor utama Rasulullah SAW diutus oleh Allah kepada manusia. Justeru
itu, Rasulullah merupakan model akhlak yang terbaik kepada umat Islam dan manusia seluruhnya.
Dalam hal ini Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah terdapat contoh ikutan yang baik bagimu iaitu bagi
orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak mengingati
Allah.
(al-Ahzab: 21)

Dalam Tamadun Asia lain seperti China terdapat konsep Dao (jalan). Begitu juga pemikiran tentang Li
(Tatasusila). Menerusi konsep ini, Konfusius menekankan peraturan akhlak dan peraturan kehidupan
berasaskan 3 perkara berikut:

i. Peraturan perhubungan manusia dengan Tuhan.
ii. Peraturan perhubungan manusia dengan manusia.
iii. Peraturan perhubungan politik
Selain itu, Konfusius juga menekankan konsep zhong yong iaitu kesederhanaan. Segala perlakuan
manusia perlulah sederhana dan tidak setuju kekerasan sebagai jalan penyelesaian.

Dalam Hinduisme pula ia berpaksikan idea dharma (tanggungjawab) dan karma iaitu doktrin
perbuatan; baik akan mendapat balasan yang baik. Demikian juga sebaliknya, buruk dibalas buruk.
Masyarakat perlu mematuhi etika yang ditetapkan agar kehidupan barunya lebih baik dan mendapat
matlamat dalam mencapai mokhsa.

2.3.3.4 Mementingkan kebijaksanaan kepemimpinan

Pemimpin adalah khalifah di muka bumi sinonim dengan kepemimpinan dalam Islam. Politik Islam
menggariskan sistem dan corak pemerintahan Islam seperti asas dalam berpolitik adalah tauhid,
risalah dan khilafah. Selain itu, prinsip politik Islam adalah keadilan, persamaan, syura dan
akauntabiliti. Sumber dalam politik Islam ialah kitabuLlah dan sunnah rasul-Nya, di samping ijtihad
dan ijmak ulama.

Dalam Tamadun China, Konfucius menekankan ajaran moral kepada manusia, antaranya membantu
pemerintah yang baik dan sifat baik merupakan satu harta yang paling penting untuk dimiliki oleh
setiap pegawai. Dalam hal ini, Raja-raja Chou mengaitkan diri mereka dengan konsep anak syurga
dan mandat dari syurga. Ini merujuk kepada maksud raja adalah wakil Tuhan di bumi. Justeru itu
mereka perlu memerintah dengan adil dan jika gagal, mandat akan ditarik semula. Selain itu, ajaran
Konfusius juga menekankan pemerintahan yang berdasarkan zheng ming, iaitu nama yang betul
untuk menjelaskan di antara perkara yang benar dan salah. Ia bermaksud, peranan dan
tanggungjawab adalah mengikut nama yang disandang. Tujuannya adalah untuk membezakan
antara perkara yang betul dan salah. Pemerintah juga perlu memperbaiki diri sendiri atau zheng ji.

Dalam ajaran Hindu dan Buddha pula, konsep dharma dijadikan panduan tingkah laku yang wajar
dari raja kepada rakyat. Dharma menekankan nilai-nilai moral seperti mengawal nafsu dan
mengamalkan toleransi.

2.3.3.5 Menghargai alam sekitar

Islam menekankan hubungan yang harmonis dengan alam dan melarang sebarang tingkah laku dan
perbuatan yang bersifat fasad. Sehubungan ini, penggunaan alam sekitar dikawal oleh hukum Islam
terutamanya konsep Halal dan Haram.

Alam sekitar merupakan anugerah Allah SWT yang diamanahkan kepada manusia untuk
dimanfaatkan sebaik mungkin. Allah berfirman yang bermaksud:
Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya agar Kami
menguji mereka siapakah antara mereka yang terbaik perbuatannya.
(al-Kahfi: 7)

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan dan berlayar di lautan. Sehingga
apabila kamu berada di dalam bahtera dan meluncurkan bahtera itu membawa orang-orang yang
berada di dalamnya dengan tiupan angin yang baik dan mereka bergembira kerananya. (Dan apabila)
datanglah angin badai dan (apabila) gelombang dari segenap penjuru menimpanya, dan mereka
yakin bahawa mereka telah terkepung (bahaya) maka mereka berdoa kepada Allah dengan
mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya semata-mata. (Mereka berkata): Sesungguhnya jika Engkau
menyelamatkan kami dari bahaya ini pastilah kami termasuk orang-orang yang bersyukur.
(Yunus: 22)

Selain itu, alam merupakan tanda kekuasaan dan kehebatan Allah SWT. Justeru itu, Allah telah
menentukan adab dan akhlak manusia dengan alam termasuk makhluk ghaib.

Dalam Tamadun Cina, khususnya ajaran Tao, alam di anggap sebagai ibu atau Dao. Ini
menunjukkan bumi sebagai entiti yang perlu dimuliakan. Dalam Buddhism dan Shinto pula,
hubungan harmonis manusia dengan alam ditekankan melalui konsep Esho Fui, iaitu manusia dan
alam saling memerlukan.

Dalam fahaman masyarakat peribumi Malaysia juga terdapat kepercayaan menghargai dan
memelihara alam sekitar. Bagi mereka alam mempunyai kuasa ghaib. Mereka percaya petir sebagai
penjaga haiwan dan tumbuhan. Justeru itu, peribumi melarang menebang pokok tanpa niat untuk
digunakan atau membunuh binatang tanpa niat untuk dimakan. Perbuatan ini akan mengundang
kemarahan Tuhan dan akan diturunkan bala bukan sahaja kepada pesalah, malah seluruh komuniti
mereka. Kepercayaan ini mendorong mereka menjaga alam sekitar agar berada dalam ekologi yang
seimbang.

2.3.3.6 Mementingkan ilmu dan orang berilmu

Konsep ulama dalam Islam berkait rapat dengan ilmu dan orang yang berilmu. Seorang invidu di
dalam masyarakat Islam hanya diterima sebagai ulama jika persiapan ilmunya sempurna dan
tercermin pada kewibawaan personaliti diri dalam segala aspek. Selaras dengan ini, Allah SWT
berfirman yang bermaksud:
Sesungguhnya yang takut kepada Alllah di antara hamba-hamba-Nya hanyalah ulama.
(al-Fatir: 28)
Ya Tuhanku, tambahkanlah ilmuku
(Taha: 114)
Katakanlah wahai Muhammad, adakah sama orang yang mengetahui dan orang yang tidak
mengetahui. Bahawasanya yang mengingati ialah orang-orang yang menggunakan fikirannya (ulul al-
bab).
(al-Zumar: 9)

Ulama memainkan peranan besar dalam Islam. Antaranya sebagai pembimbing umat, penyelesai
masalah, pakar rujuk dan model atau contoh tauladan dalam masyarakat Islam. Justeru itu,
Rasulullah SAW menegaskan dalam hadithnya yang bermaksud:
Ulama merupakan pewaris para nabi.

Dalam ajaran Konfusius, terdapat konsep Jun Zhi (orang budiman) yang bermaksud orang yang
berilmu dan tahu akan kewajaran sesuatu. Salah satu tingkat dalam empat perjalanan hidup
(Asramas) seorang penganut Hindu pula ialah Bramacarya yang memerlukan pengisian ilmu
pengetahuan. Tingkat Asramas yang lain adalah tahap Ghastra, Vanaprahastra, Sanayasa.

Ringkasnya, Tamadun Asia mempunyai satu kekuatan yang telah diwarisi sejak Asia mula didiami
oleh kelompok masyarakat. Kekuatan tersebut ialah nilai kesejagatan dan bersifat sepunya
antara tamadun-tamadun di Asia. Nilai kesejagatan ini telah membentuk jalinan interaksi harmoni
antara tamadun walaupun antara tamadun ini memiliki dasar pegangan agama yang berbeza.

Peranan Islam sangat besar dalam menjadikan nilai-nilai dari ajaran agama diiktiraf sebagai
pendorong kepada pembinaan tamadun dalam zaman yang serba moden ini. Umat Islam sebagai
ummatan wasata (umat pertengahan) boleh menjadi perantara yang baik dalam berinteraksi dengan
tamadun moden mahupun tamadun tradisional. Nilai pertengahan ini juga termasuklah tidak terlalu
bersifat kebendaan dan juga tidak menolak dunia secara total. Selain itu, Tamadun Islam juga
mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang dapat dilihat pada nilai-nilai transenden (kudus) yang
merentas batas daerah dan budaya. Nilai ini mampu menjadi nilai universal tamadun manusia.







2.4 KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI MALAYSIA

Interaksi antara tamadun di Malaysia wujud kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada tiga bangsa
dominan yang berasal dari kelompok Tamadun Asia. Peribumi Melayu mewakili pembina Tamadun
Melayu, etnik Cina mewarisi Tamadun Cina dari Tanah Besar Cina dan etnik India mewakili Tamadun
India dari Benua Kecil India. Kepelbagaian bangsa yang mendiami Malaysia pasti memberi pelbagai
kesan dalam hidup bermasyarakat. Kesan ini dikategorikan kepada kesan positif mahupun negatif.

2.4.1 Kesan Positif
Kesan positif telah wujud sejak dari awal interaksi bangsa di Malaysia yang berlaku sebelum
merdeka hinggalah pada zaman kemerdekaan, selepas merdeka dan hingga kini. Kesan ini telah
menghasilkan hubungan harmoni antara kaum di Malaysia. Berdasarkan pengalaman ini kerajaan
Malaysia telah terdorong menggubal beberapa dasar untuk mengukuhkan lagi jalinan ini. Kesan
tersebut adalah seperti berikut:

* Pertambahan bahasa dan kosa kata Melayu dalam pelbagai aspek.
Kosa kata dalam Bahasa Melayu telah bertambah sehari ke sehari sejak berlakunya interaksi antara
bangsa. Di bawah merupakan sebahagian contoh kosa kata bahasa Melayu yang wujud hasil
interaksi.

Makanan dan buahan
Bakmi, me, mesua, cincau, kueh, bepang, taugeh, kanar, kuaci, kucai, angki (pisang kaki), tauhu,
kincam (sayur kering), lai, laici, teh, behon, toyu, samsu, tamar.
Pakaian dan barang dagangan
Cukin, tocang, lo cuan, kekwa (bunga) koyok, cat, gimpai,
gincu, tahil, koyan, d ( 1/10 tahil ), hun ( 1/100 tahil) , 1 inci),
tohar, tokok, angklong, candu, kaci.
Rumah dan peralatan
Loting, pangkin, angloh, loceng, langkan, kangka, bangsal, tongkang, jong, sampan, beca, langca,
pongkis, sempua, sia, tanglong, tangsi, takpi, cawan, tekoh, uncoi, dacing, kok (belenggu tengkok
haiwan ), cacing, kincir.
Manusia dan ehwalnya
Apek, loki, nyonya, cempiang, taukeh, kongsi, kicak, cinggeh, cincau, ampau, taijin, kuntau, gua, lu,
sengse, samsing, lancau, suwe, toa pekong, tokong, tekong, banci, cuak, culai, lancong.
Permainan
Ceki, pakau, capjeki, congkak, cukai, mahjong.


* Kebudayaan
Hasil interaksi antara bangsa turut melahirkan budaya campuran yang diamalkan oleh satu komuniti
masyarakat di Malaysia. Antara komuniti tersebut adalah seperti berikut:
i. Budaya Baba-Nyonya
Pada awal kurun ke 17 sekitar tahun 1613 M, komuniti China telah menetap di Melaka. Oleh kerana
tiada pendatang Cina dari kalangan wanita mereka berkahwin dengan wanita tempatan. Justeru itu
bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dalam urusan perniagaan tetapi dalam institusi
keluarga.Lahirlah satu budaya kacukan yang dipanggil Baba dan Nyonya. Masyarakat Baba dan
Nyonya dikenali kerana mereka memperkenalkan diri mereka sebagai Baba atau Peranakan. Selain
itu, mereka bertutur dalam bahasa Melayu gaya mereka yang kemudiannya dikenali sebagai bahasa
Melayu Baba. Bahasa yang digunakan mereka adalah bahasa dialek Melayu Baba yang diasaskan atas
ragam bahasa Melayu pasar. Setiap kawasan mempunyai ragam yang dipengaruhi dialek Melayu
tempatan yang berbeza-beza. Bahasa ini berbeza dengan Bahasa Melayu baku. Komuniti ini telah
menyerapkan Bahasa Cina dalam perbualan seharian mereka terutama kata pinjaman dari dialek
Hokkein yang berkaitan adat, kekeluargaan dan agama. Kata-kata serapan ini terus mengalami
penyesuaian dari segi sebutan dan makna. Sebagainya contohnya, lau-teng = loteng, Put-Go = Datuk
Uco (nama satu dewa Buddha ). Selain itu, perkataan Melayu juga mengalami perubahan bunyi dan
makna. Sebagai, contoh, malaikat = malaikat ( roh nenek moyang ), kawan = kawan (suami ).
Komuniti ini tidak banyak menggunakan imbuhan dalam perbualan, sebaliknya hanya menggunakan
kata dasar sahaja seperti Dia tulis surat. Perkataan punya menggantikan partikel milik nya
seperti bukunya disebut dia punya buku. Ringkasnya, komuniti ini berusaha meniru pelbagai
aspek budaya Melayu hingga kepada aspek makanan dan masakan. Justeru itu, masakan Baba
dipengaruhi oleh masakan Melayu. Mereka turut meniru gaya makan orang Melayu menggunakan
tangan. Generasi yang lebih tua pula berminat menggunakan kain sarung dan kebaya sebagai
pakaian seharian.

ii. Budaya China Peranakan
Terdapat dua komuniti Cina Peranakan di Malaysia. Pertama, Cina Peranakan Kelantan yang
dikatakan bermula hasil wujudnya hubungan diplomatik negara Cina dengan negeri di Pantai Timur
yang berlaku sejak sebelum zaman Srivijaya lagi. Komuniti ini terdapat di tebing sungai Kelantan dan
Kuala Kerai di hulu sehingga ke muara Tumpat. Antara kesan interaksi yang berlaku antara mereka
dengan penduduk tempatan ialah penyerapan ciri-ciri budaya Melayu di kalangan mereka. Paling
ketara ialah penggunaan dialek Kelantan yang fasih dan fesyen pakaian. Wujud juga sifat saling
menghormati dan lahir cita rasa yang sama antara mereka dengan penduduk tempatan seperti
kegemaran kepada wayang kulit, permainan mahjong, wayang gedek dan menora. Namun ciri
budaya Cina asal masih kekal pada mereka khususnya pada aspek agama. Mereka kekal berpegang
pada agama asal warisan mereka terutamanya agama Buddha.

Komuniti kedua ialah Cina Peranakan Melaka dan Pulang Pinang. Masyarakat Cina Peranakan dua
tempat ini menggunakan bahasa Melayu dan cara hidup Melayu, namun mereka tidak beragama
Islam. Kehidupan mereka begitu dekat dengan orang Melayu. Mereka juga mengamalkan adat resam
yang mirip adat resam orang Melayu, walaupun masih terdapat ciri budaya Cina lama. Mereka turut
percaya kepada makhluk halus atau ghaib dan roh seperti masyarakat Melayu.

* Kesenian
Hasil interaksi antara Tamadun Melayu dan Tamadun Cina di Tanah Melayu pada zaman awal amat
ketara pada aspek seni bina. Unsur seni bina Cina diserap dalam pembinaan masjid. Antara ciri
khusus serapan ialah pada reka bentuk bumbung masjid yang menyerupai seni bina Pagoda. Contoh
yang jelas dapat dilihat pada Masjid Tanjung Kling dan Masjid Tengkera, di Melaka. Demikian juga
masjid Kampong Laut di Kelantan, masjid Demak di Jawa Timur dan beberapa tempat lain di rantau
Alam Melayu. Malah, identiti reka bentuk masjid pada zaman sebelum Malaysia merdeka adalah
bumbung bertingkat yang diilhamkan dari bangunan Pagoda. Reka bentuk bumbung masjid-masjid
ini dihasilkan secara bertingkat-tingkat. Sekurang-kurangnya terdapat 3 tingkat bumbung masjid.

* Dasar Pendidikan Negara
Dasar pendidikan di Malaysia digubal setelah mengambilkira aspek masyarakat majmuk yang telah
berinteraksi sekian lama secara harmoni. Antara dasar pelajaran tersebut ialah Penyata Barnes,
Penyata Fenn-Wu, Undang-undang Pelajaran 1952, Pernyata Razak dan Penyata Rahman Talib.
Semua dasar-dasar ini berperanan memupuk perpaduan dan bagi memastikan pengasingan yang
wujud dalam sistem pendidikan sebelum ini dimansuhkan dan digantikan dengan sistem yang lebih
seragam dan menyeluruh. Keseragaman ini lebih menjamin perpaduan rakyat. Selain itu, dasar ini
juga mengambilkira perkembangan pendidikan di Sabah dan Sarawak.
* Dasar Integrasi Nasional
Malaysia telah berusaha membentuk perpaduan antara masyarakat majmuk dan integrasi yang lebih
mantap antara penduduk Semenanjung dengan Sarawak dan Sabah. Sehubungan ini, Dasar Integrasi
Nasional digubal untuk melaksanakan proses kewujudan identiti nasional di kalangan kaum yang
berbeza kebudayaan, kepercayaan dan penempatan. Sehubungan itu, Kementerian Perpaduan
Negara dan Pembangunan Masyarakat ditubuhkan pada 27 Oktober 1990 dengan objektif berikut:
1. Menggalakkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan integrasi nasional.
2. Memberi bantuan khidmat masyarakat.
3. Membangun masyarakat Orang Asli.
4. Memajukan kepentingan dan penglibatan wanita dalam pembangunan negara.
5. Menyelaras program kependudukan dan pembangunan negara.

Untuk menjayakan kementerian baru ini beberapa jabatan ditubuhkan seperti Jabatan Kebajikan
Masyarakat Malaysia, Jabatan Perpaduan Negara, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Jabatan Hal Ehwal
Wanita dan Yayasan Kebajikan Negara.

* Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan
Interaksi antara bangsa di Malaysia dipadukan melalui penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi seperti yang tercatat pada Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan. Namun, bahasa-bahasa
lain boleh digunakan. Untuk mengukuhkan lagi peranan bahasa Melayu dalam masyarakat majmuk
kerajaan telah membentuk Akta Bahasa Kebangsaan pada tahun 1963.


2.4.2 Kesan Negatif

Di samping kesan positif yang tersemat dalam lembaran sejarah masyarakat majmuk di Malaysia,
interaksi kaum turut terdedah dengan beberapa kesan negatif. Kesan negatif yang paling penting
hingga ke hari ini adalah seperti berikut:
* Jurang ekonomi
Jurang perbezaan ekonomi yang besar antara kaum di Malaysia. Jurang ini berlaku kerana sikap
penjajah yang berat sebelah dan tidak mengambil berat aspek kebajikan dan masalah rakyat
tempatan. Para petani yang sebahagian besar terdiri dari masyarakat Melayu sentiasa dilindungi
oleh kerajaan British melalui dasar utamanya yang bertujuan menempatkan orang Melayu di
kawasan luar bandar dan terus menjadikan mereka pembekal makanan kepada masyarakat bandar.
Dalam hal ini, orang Melayu digalakkan mengusahakan tanaman sara diri sahaja, sedangkan
masyarakat imigran di kawasan bandar terutamanya Cina terus sibuk dan maju dengan kegiatan
ekonomi eksport dan import. Ini bermakna, penjajah hanya membenarkan masyarakat Melayu
menjadi pekebun kecil sahaja. Jika terdapat perkampungan baru, orang Melayu dikenakan syarat
tertentu seperti hanya menanam padi, kelapa dan buah-buahan.

Sehubungan itu, pembangunan kawasan banyak ditumpukan di kawasan yang bersedia menerima
perubahan. Ini menyebabkan kawasan Pantai Barat Semenanjung lebih cepat mendapat kemajuan
dari kawasan Pantai Timur. Perbandaran yang dicirikan penjajah memberi penumpuan kepada
penduduk kaum imigran terutama kaum Cina. Ringkasnya, akibat dasar pecah dan perintah
Inggeris berlaku perbezaan tumpuan sektor ekonomi. Melayu sebagai petani sara diri dan nelayan,
Cina di sektor perdagangan dan perlombongan, sementara India di ladang. Ini memberi kesan
kepada ketidakseimbangan antara kawasan antara desa dan bandar. Kesan ini berlanjutan hingga
zaman pasca-penjajah.
* Jurang Sosial
Jurang ekonomi memberi kesan kepada jurang sosial. Lantaran itu wujud kelompok masyarakat kaya
yang banyak terbina dari kalangan masyarakat bandar dan masyarakat miskin yang wujud di
kalangan masyarakat luar bandar. Secara tidak langsung, keadaan ini telah mengubah struktur
masyarakat Melayu dan peribumi kepada masyarakat yang kompleks dan berkelas. Kelas atasan
terdiri sari golongan bangsawan Melayu, saudagar, pengurus dan pengusaha yang terdiri daripada
orang asing dan Cina. Kelas pertengahan adalah masyarakat etnik Cina dan sedikit dari golongan
India, sebilangan kecil individu Melayu dan lain-lain kaum bumiputera. Kelas bawahan merupakan
majoriti masyarakat Melayu dan peribumi. Ini memberi kesan seolah-olah wujud susun lapis dan
kelas masyarakat berdasarkan lunas perkauman.

* Pencapaian Tidak Seimbang
Pencapaian yang tidak seimbang juga berlaku dalam aspek penting khususnya pendidikan. Sistem
pendidikan penjajah mewujudkan sekolah mengikut kaum dan logistik etnik di Malaysia.
Pengasingan sistem pendidikan mula berlaku antara etnik. Masyarakat Melayu dengan pendidikan
Melayu, etnik India dengan pendidikan berteras bahasa Tamil dan etnik Cina dengan teras bahasa
Mandarin. Sementara komuniti peribumi yang terdiri dari Orang Asli, etnik Sabah dan Sarawak tidak
diberikan pendidikan.
http://ctu551b.blogspot.com/2008/06/interaksi-antara-tamadun.html



KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU DAN IMPLIKASINYA TERHADAP PEMIKIRAN MASYARAKAT
MELAYU
Oleh
Milus Hj. Abd. Wahad

PENGENALAN DAN BEBERAPA TEORI

Kedatangan Islam ke alam Melayu telah banyak merubah alam pemikiran masyarakat Melayu, di
mana perubahan ini telah menjadikan daya fikir intelektual Melayu terus berkembang sehingga
kerajaan Melaka abad ke 15 menjadi pusat intelektual Islam sedunia berkumpul untuk
membahaskan pelbagai disiplin keilmuan Islam serta isu masyarakat semasa.

Oleh kerana kepesatan Islam berkembang di alam Melayu, maka pihak barat terpaksa mengambil
peranan sama untuk menilai keupayaan Islam membentuk tamadun Melayu Islam yang telah
mengancam gerakan imperialisme terhadap negara-negara Nusantara. Maka itu, pihak barat cuba
mengheret golongan intelektual dan para sejarawan tempatan terhadap kedatangan Islam ke alam
Melayu sebagai tumpuan perdebatan. Tujuan mereka adalah untuk mengelirukan umat Melayu
Islam terhadap peranan Islam, dengan itu mereka mengutarakan beberapa pandangan tentang
kedatangan Islam supaya agenda Islamisasi di Nusantara berjalan dengan perlahan.

Pandangan Barat

Antaranya ialah teori kedatangan Islam ke alam Melayu yang dikemukakan oleh Eredia Gadinho, di
mana beliau mengatakan bahawa Islam telah sampai ke alam Melayu Melalui China, beliau
mendakwa bahawa pedagang-pedagang China dan Arab telah menyebarkan Islam di kepulauan
Nusantara. Manakala hujah kedua telah dikemukakan oleh Snouck Hurgronje merupakan seorang
sarjana Belanda yang mendakwa bahawa Islam yang ada di alam Melayu pada masa ini telah
disebarkan oleh para pedagang India, dan juga seorang sarjana barat lagi iaitu John Crowford
menyatakan bahawa kedatangan Islam ke alam Melayu adalah dibawa oleh para pedagang Arab.

Hujah ini cuba memperkecilkan golongan pendakwah sebenar yang telah menyebarkan Islam
dengan harapan pembentukan awal Tamadun Melayu tidak disandarkan kepada peranan utama
Islam dan seterusnya memperlihatkan betapa rendahnya intelektual Islam yang hanya disebarkan
oleh golongan para pedagang. Secara rasionalnya, apabila pedagang yang menyebarkan Islam, maka
pemikiran Melayu Islam amat rendah nilainya, dan hujah ini amat lemah berbanding peranan besar
yang dimainkan oleh tokoh-tokoh awal Islam.

Pandangan Tempatan

Menurut Syed Naquib al-Attas seorang sarjana tempatan, menyatakan bahawa kedatangan Islam ke
alam Melayu adalah dibawa oleh orang Arab sama ada melalui perdagangan atau juga usaha dakwah
yang dibawa oleh para ahli sufi dan ilmuan Islam. Pendapat al-Attas ini cukup kukuh dan utuh untuk
menjelaskan kedatangan Islam sebenar serta juga gerakan Islamisasi yang berlaku di Nusantara.
Secara jelas al-Attas menyatakan keupayaan penyebar Islam sebenar seperti Shamsuddin al-
Sumatrani, Abdul Rauf Singkel, Nurudin ar-Raniri serta lain-lain pendakwah telah berjaya mendidik
masyarakat memahami Islam yang syumul.

SEJARAH AWAL KEDATANGAN ISLAM

Sejarah kedatangan Islam ini boleh dilihat dlam beberapa catatan dan antaranya Sejarah Melayu, di
mana dalam Sejarah Melayu ini menyatakan bahawa Islam telah sampai ke Melaka sekitar tahun
1409, di mana Parameswara selaku Raja Melaka pada masa itu telah memeluk Islam dengan
membawa gelaran Sultan Iskandar Syah. Semasa I-Tsing berkunjung ke Srivijaya beliau juga
mendapati bahawa orang Melayu sudah menerima Islam sekitar tahun 671 masihi. Begitu juga di
Kelantan turut menerima Islam sekitar 1181, ini dibuktikan dengan wujudnya kerajaan Islam
Kelantan dan penggunaan wang dinar.

Manakala di Filipina menurut Cesar Adib Majul, Islam telah mula bertapak sekitar 1400an terutama
di kepulauan Sulu, manakala di Mindanao sekitar 1520an apabila Melaka jatuh kepada Portugis pada
tahun 1511. Di Pulau Borneo kedatangan Islam adalah merujuk kepada penerimaan Islam oleh
kerajaan Brunei sekitar 1400an. Umumnya kedatangan Islam ke alam Melayu adalah lebih awal
daripada penyebaran agama Kristian dan pada masa Islam datang, agama Hindu sudah pun bertapak
lebih awal.

Apa yang jelas kedatangan Islam telah memberi makna besar terhadap Tamadun Melayu Islam di
Nusantara. Kewujudan Tamadun Melayu Islam telah merubah peradaban masyarakat Melayu,
daripada masyarakat animisme kepada masyarakat Melayu yang mentauhidkan Penciptanya iaitu
ALLAH SWT.


KESANNYA TERHADAP MASYARAKAT

Sosial dan Budaya

Islamisasi yang berlaku di alam Melayu pada ketika itu telah memberi kesan besar terhadap dunia
Melayu. Antaranya ialah pembentukan Sosial dan Budaya Melayu Islam. Kedatangan Islam telah
banyak merubah budaya dan sosial masyarakat Nusantara. Menurut Syed Naquib al-Attas
perubahan sosial dan budaya pada masyarakat adalah amat jelas terutama yang berkaitan undang-
undang kekeluargaan. Islam telah menyatukan masyarakat melalui asimilasi budaya yang dapat
diterima oleh masyarakat Melayu. Budi bahasa serta adab masyarakat banyak berteraskan ajaran
Islam.

Politik

Selain itu, Islam juga telah membentuk pemikiran politik yang berdasarkan prinsip-prinsip ajaran
Islam, dan antaranya ialah wujudnya kerajaan Melayu yang menggunakan undang-undang Islam
sebagai undang-undang negara, cContohnya kerajaan Melaka dan Aceh. Kerajaan Melaka juga telah
mengadakan hubungan diplomasi kerajaan China. Ketika Melaka muncul sebagai kerajaan yang
tersohor, hubungan dengan kerajaan China terutama semasa pemerintahan Maharaja Yung Lo
semakin erat kerana pada ketika itu Islam sistem Islam banyak memainkan peranan dalam
pentadbiran. Kemunculan empayar Melaka dan Aceh telah meluaskan lagi pengaruh Islam di sekitar
kepulauan Nusantara dan dilihat oleh barat sebagai halangan utama terhadap cita-cita mereka.

Ekonomi

Kedatangan Islam juga turut memberi kesan terhadap sistem ekonomi, di mana penggunaan mata
wang Dinar juga melambangkan pengaruh Islam. Selain itu, sistem perdagangan yang diamalkan
terutama di Melaka pada masa itu banyak merujuk kepada perniagaan yang berlandaskan Islam.
Contohnya, Hukum Jual Beli dan Hukum Riba turut dikuatkuasakan. Kesan terhadap sistem ekonomi
yang berlandaskan Islam ini telah menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa.
Para pedagang luar datang ke Melaka untuk menguruskan perniagaan mereka, antaranya China,
India (Gujerat), Arab, Parsi dan negara-negara di Nusantara sendiri. Keselamatan di perairan
Nusantara juga turut mempengaruhi kegiatan ekonomi Islam, terutama Selat Melaka yang telah
membantu merancakkan lagi hubungan perdagangan serta kegiatan ekonomi rantau Nusantara.

Alam Pemikiran

Penyebaran Islam juga turut memberi kesan kepada alam pemikiran masyarakat Nusantara.
Sebelum Islam, masyarakat lebih terikat dengan faham agama Hindu yang banyak memasukkan
unsur-unsur mistik sebagai anutan. Apabila Islam datang, segala kekhurafatan dan ketahyulan dapat
dijelaskan dan dirungkai dalam pemikiran masyarakat. Melaka dan Aceh telah menjadi pusat
keilmuan dengan lahirnya tokoh-tokoh ilmuan Nusantara seperti Hamzah Fansuri, Nurudin Ar-Raniri,
Shamsuddin al-Sumatrani, Abdul Rauf Singkel dan lain-lainnya. Kegiatan para ilmuan ini telah
mendorong pemikiran masyarakat Melayu Nusantara kepada realiti pentauhidan dan kekhalikan
Maha Pencipta.

Bahasa dan Tulisan

Faktor bahasa dan tulisan juga turut mempengaruhi masyarakat Melayu, penggunaan tulisan jawi
sebagai alat komunikasi utama menunjukkan bagaimana Islam merubah dan meletakkan nilai insani
kepada tahap yang betul. Tulisan jawi digunakan secara meluas, bahkan tulisan jawi masih
berterusan terutama apabila berhubung dengan raja-raja Melayu. Bahasa Melayu telah dijadikan
bahasa penyebaran Islam di alam Melayu atau Nusantara. Kemampuan bahasa Melayu sebagai
bahasa Islam telah memantapkan kekuatan Islam di Nusantara. Di samping itu, ia juga menjadi
bahasa ilmu yang boleh menyesuaikan pelbagai istilah Arab sebagai kata pinjam, contohnya ilmu,
alam, amal, ibadat, zakat dan sebagainya.

Pendidikan

Perubahan terhadap alam pendidikan turut berlaku dalam masyarakat Melayu, sebelum itu
pendidikan masyarakat lebih menjurus kepada adat-istiadat terutama faham Hindu dan unsur
animisme, tetapi setelah Islam sampai pendidikan lebih kepada penilaian akal budi serta adab dan
akhlak. Pendidikan lebih kepada memahami Khaliq atau Maha Pencipta, seperti pengenalan ilmu
Tauhid, Fekah, Muamalat, Usuluddin dan Syariah. Kanak-kanak mula mempelajari al-Quran sebagai
asas utama, kelas-kelas al-Quran dibuka oleh guru-guru agama dan imam-imam. Surau, Masjid,
Rangkang dan Pondok didirikan bagi memberi ruang kepada masyarakat mempelajari agama dengan
lebih luas lagi. Peranan institusi pendidikan ini juga bukan sahaja terhad kepada bidang keilmuan,
tetapi lebih kepada pusat pentadbiran dan perbincangan. Istana turut dijadikan kutab dan medan
pembicaraan keilmuan yang turut melibatkan pihak pemerintah pada masa itu.Semangat jihad juga
turut didedahkan kepada masyarakat, kesannya masyarakat sanggup mempertaruhkan diri demi
mempertahankan agama Islam.

KESIMPULAN

Apa yang jelas, kedatangan Islam ke alam Melayu telah membawa satu perubahan yang besar,
bahkan boleh disifatkan kedatangan Islam merupakan pemodenan budaya, sosial, ekonomi dan
pemikiran masyarakat Melayu. Walaupun ada pertikaian berkaitan dakwaan ini, namun al-Attas
tetap mempertahankan kewajaran bagaimana Islam merubah dimensi pemikiran serta sifat
kerohanian yang amat mendalam. Kehadiran Islam juga telah mengeluarkan masyarakat dari
kegelapan pemikiran ortodok yang bersifat kabur dan khayalan kepada realiti hidup yang sebenar.


Bibliografi

A. Aziz Deraman, 2003. Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Abu Bakar Abdullah, 1986. Ke Arah Perlaksanaan Undang-Undang Islam di Malaysia: Masalah dan
Penyelesaiannya, Kuala Terengganu, Pustaka Damai.

Daniel Perret dan Puteri Rashidah Megat Ramli, 1998. Hubungan Budaya Dalam Sejarah Dunia
Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Eric Roll (terj. Adzman Shamsudin, Latifah Othman dan Shamsiah Md. Said), 1995. Sejarah Pemikiran
Ekonomi, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kobkua Suwannathat ~ Pian,1997. Asia Tenggara: Hubungan Tradisional Serantau, Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mahayudin Hj. Yahaya, 1999. Tamadun Islam STPM, Shah Alam, Fajar Bakti.

Mohd Sukki Othman & Wan Muhammad Wan Sulong, 2001. Sejarah Kertas 940/1 Tamadun Islam,
Subang Jaya, Pustaka Sarjana.

Muhiddin Yusin, 1990. Islam di Sabah, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Siddiq Fadzil, _______. Pembangunan Watak Bangsa: Pemerkasaan Nilai-nilai Murni dalam
Pendidikan, Kajang, Akademi Kajian Ketamadunan Kolej Dar al-Hikmah.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas, 1990. Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Kuala
Lumpur, Universiti Kebangsaan Malaysia.

You might also like