Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 28

Lawatan Kerja KP

Ke New Delhi
ANM-TLDM
Meterai Perjanjian 5
Lawatan Kerja
Menteri KPK 3 10
ISSN 2180-3323 BIL. 3/2013 (Julai-September) Edisi 15 www.arkib.gov.my
PROGRAM MENGENANG
TOKOH NEGARAWAN
NEGERI SABAH
PROGRAM MENGENANG
TOKOH NEGARAWAN
NEGERI SABAH
2 PUSPAWANGSA - Berita Arkib Negara Malaysia
PERUTUSAN
Ketua Pengarah
SIDANG
REDAKSI
Penasihat
YBrs. Pn Hajah Daresah Haji Ismail
Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia
Ketua Pengarang
Hajah Yatimah Rimun
Pengarang
Nurul Azizi Shafe
Suzana Md Isa
Datu Royniehassin Datu Pindatun
Azizah Sapuan
Shahida Mohamad Salleh
Suhaina Abdul Manap
Nor Atikah Safri
Frances Muna Empari
Diyana Akmal Mansor
Siti Kamaliah Madil
Norazrina Mohd Zin
Norazwa Samsudin
Rekabentuk dan Susun Atur
Neo-Edition
Jurufoto
Hasnan Boslam
Puspawangsa
Puspawangsa ialah dua perkataan
Melayu yang berasal dari bahasa Sanskrit
yang sangat popular digunakan dalam
kesusasteraan Melayu lama. Puspa
membawa dua erti berlainan iaitu bunga
dan mahkota. Perkataan wangsa pula
bermaksud bangsa, kaum, masyarakat atau
keluarga.
Perkataan Puspawangsa kepada
Jabatan Arkib Negara Malaysia merupakan
istilah keramat dan ikon kepada fungsi
Jabatan. Bersesuaian dengan maksud
perkataan puspawangsa dan falsafahnya,
ianya boleh dirujuk sebagai bunga mahupun
mahkota kepada bangsa. Perkataan
puspawangsa juga digunakan sebagai tajuk
lagu rasmi jabatan ini.
Pihak Sidang Redaksi mengalu-alukan sebarang
bentuk artikel/cadangan/komen dari seluruh
warga Arkib. Sila e-mel kepada
berita@arkib.gov.my
P
erjalanan tahun 2013 hampir sampai ke
penghujungnya. Tempoh ini adalah ruang
untuk kita melihat kembali apa yang telah
dilaksanakan berdasarkan perancangan yang telah
dibuat pada awal tahun dahulu. Bakal mencapai usia
56 tahun pada 1 Disember 2013, kematangan usia
ini adalah sejajar dengan peranan dan kepercayaan
yang diberikan kepada Arkib Negara. Ini ditambah
pula dengan sokongan padu Menteri K ebudayaan
dan Pelancongan yang baru, YB Dato Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz
sebagaimana yang telah diucapkan semasa lawatan kerja beliau dan Majlis Berbuka
Puasa di Arkib Negara Malaysia pada 16 Julai 2013 yang lalu. Amanat dan kata-
kata perangsang yang disampaikan kepada seluruh warga arkib telah menyuntik
semangat untuk terus memikul tanggungjawab sebagai anggota perkhidmatan awam
yang lebih berdedikasi, berintegriti dan berinovasi.
Arkib Negara juga terus diberikan kepercayaan khususnya dalam memberikan
perkhidmatan kepakaran berkaitan urusan rekod dan pengklasifkasian fail kepada
jabatan-jabatan kerajaan. Justeru, Bengkel Hand-Holding Klasifkasi Fail telah
diadakan pada 24 September 2013 di Ibu Pejabat Arkib Negara melibatkan tujuh
pasukan pegawai-pegawai Arkib dengan sembilan kementerian. Bengkel ini
bertujuan untuk membantu penyediaan klasifkasi fail dan Jadual Pelupusan Rekod
yang merupakan pra-syarat bagi pelaksanaan projek Digital Document Management
System (DDMS).
Program Mengenang Tokoh Negarawan Peringkat Negeri Sabah pula telah
diadakan pada 17 hingga 19 September 2013 di Arkib Negara Malaysia Cawangan
Sabah. Perasmian Program telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama
Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Datuk Haji
Mahiruddin, dan dimantapkan dengan pelbagai program pengisian seperti Seminar
50 Tahun Penubuhan Malaysia dan Majlis Bicara Tokoh : Allahyarham Tun Datuk
Haji Mohammad Fuad Stephens. Program ini bertujuan untuk mendekatkan lagi
masyarakat negeri Sabah terhadap jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh negeri itu
khususnya dalam merealisasikan penubuhan Malaysia.
Bagi memperkasakan lagi koleksi bahannya, Arkib Negara terus berusaha mengesan
dan memperolehi bahan-bahan berkaitan Negara ini yang terdapat sama ada di
dalam mahupun luar Negara. Syukur kehadrat IIlahi, kesinambungan lawatan kerja
ke National Archives of India pada 4 hingga 7 Julai 2013 yang lalu membuahkan hasil
apabila institusi itu bersetuju membenarkan Arkib Negara Malaysia melaksanakan
projek pendigitalan bahan-bahan mengenai Malaysia yang tersimpan di Arkib Negara
tersebut. Tiga pasukan pegawai dari Arkib Negara Malaysia telah dan akan dihantar
ke institusi tersebut bermula Oktober 2013 hingga Disember 2013 untuk menjalankan
pengesanan, kajian dan penyalinan bahan penting Negara. Saya berharap dengan
usaha yang turut mendapat kerjasama dari Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di India ini,
lebih banyak bahan-bahan mengenai Malaysia yang tersimpan di Negara tersebut
dapat dibawa pulang untuk tujuan rujukan dan pendokumentasian.
Akhir sekali, saya menyeru seluruh warga Arkib supaya terus meningkatkan lagi tahap
pencapaian kualiti perkhidmatan jabatan ini yang seharusnya dianggap sebagai satu
ibadah dan tanggungjawab. Bekerja dengan penuh keikhlasan, berilmu pengetahuan
dan bertanggungjawab, diadun dengan usaha yang gigih dan kewarasan fkiran akan
menghasilkan budaya kerja yang lebih kreatif dan cemerlang.
BERILMU, BERFIKIR, BERKERJA
Sekian.
HAJAH DARESAH HAJI ISMAIL
2 PUSPAWANGSA - Berita Arkib Negara Malaysia
3 PUSPAWANGSA - Berita Arkib Negara Malaysia
Lawatan Kerja dan Majlis Berbuka
Puasa Bersama Menteri KPK
Norazwa Samsudin
YB Dato Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz (duduk, tengah) bergambar
bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) KPK, YBhg. Datuk Hj. Ab.
Ghaffar bin A. Tambi (duduk dua dari kiri), Ketua Pengarah ANM, YBhg. Puan Hajah
Daresah Haji Ismail (duduk dua dari kanan) dan pengurusan tertinggi Arkib Negara.
Lawatan kerja tersebut diakhiri dengan majlis berbuka puasa
bersama-sama dengan warga kerja Arkib Negara Malaysia
dan solat maghrib berjemaah. Sesungguhnya lawatan YB
Menteri telah menyuntik semangat baru kepada seluruh
warga Arkib Negara.
M
enteri Pelancongan dan Kebudayaan
Malaysia,YB Dato Seri Mohamed Nazri
bin Tan Sri Abdul Aziz telah mengadakan
lawatan kerja ke Arkib Negara pada 16 Julai 2013.
YB Menteri diiringi oleh Timbalan Ketua Setiausaha
(Kebudayaan), YBhg. Datuk Haji Ab. Ghaffar A.
Tambi, Setiausaha-setiausaha Bahagian dan
Ketua-ketua Agensi Kementerian Pelancongan
dan Kebudayaan Malaysia (KPKM). Lawatan kerja
tersebut bertujuan untuk meninjau dengan lebih
terperinci tentang peranan dan tanggungjawab
Jabatan Arkib Negara sebagai sebuah agensi yang
memelihara khazanah warisan negara.
Sempena lawatan tersebut, YB Menteri telah
menyampaikan ucapan serta amanat kepada
kira-kira 300 orang pegawai dan kakitangan Arkib
Negara. Beliau juga turut mengadakan lawatan
ke Makmal Pendigitalan, Ruang Pemeliharaan,
Pameran Warisan Arkib Eksklusif dan Gedung
Repositori.
YB Dato Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri
Abdul Aziz tertarik dengan salah satu koleksi
Allahyarham bapanya, Yang Berhormat Tan Sri
Abd Aziz Yeop yang disimpan di Arkib Negara.
4 PUSPAWANGSA - Berita Arkib Negara Malaysia
Pentauliahan Semula
MS ISO 9001:2008
Arkib Negara
Suzana Md Isa/Raja Norsyahrul Safuan Raja Hasan
A
udit Pensijilan Semula MS ISO 9001:2008 Arkib Negara Malaysia telah diadakan pada 22 hingga 23 Julai
2013 di Ibu Pejabat Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, Kuala Lumpur oleh SIRIM QAS. Audit Pensijilan
Semula ini adalah bagi menyambung sijil QMS yang akan tamat pada 9 September 2013. Dua juruaudit
daripada pihak SIRIM QAS telah melaksanakan auditan tersebut iaitu YM. Tengku Aidil Al Haj Tengku Amiruddin
dan Dr. Montaj Makmor.
Skop Audit yang dititik berat di dalam Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001:2008 pada kali ini adalah kepada
klausa 5 iaitu Tanggungjawab Pengurusan. Sebanyak 6 Seksyen di bawah Arkib Negara Malaysia telah dilawati
dan diaudit termasuk Urusetia ISO Arkib Negara. Hasil penemuan audit didapati terdapat 1 ketaakuran Minor dan
12 Peluang Penambahbaikan. Walau bagaimanapun, kesemuanya telah diberi maklumbalas oleh Arkib Negara
dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Ketua Pengarah ANM, YBhg. Puan Hajah Daresah Haji Ismail ,
Pengarah-pengarah Bahagian dan Ketua-ketua Seksyen yang
terlibat mendengar hasil penemuan yang dibentangkan oleh
Juruaudit dari SIRIM QAS.
4 PUSPAWANGSA - Berita Arkib Negara Malaysia
5 PUSPAWANGSA - Berita Arkib Negara Malaysia
M
ajlis Menandatangani Persetujuan Bersama
Jadual Pelupusan Rekod (JPR) Urusan Fungsian
di antara Arkib Negara Malaysia (ANM) dan
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah diadakan pada
18 Julai 2013 bertempat di Auditorium Wisma Warisan,
Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Perjanjian
Persefahaman bagi kelulusan pemakaian JPR Fungsian
Tentera Laut Diraja Malaysia ini telah ditandatangani oleh
Ketua Pengarah Arkib Negara, Puan Hajah Daresah Haji
Ismail dan Pengarah Pusat Sumber Maritim dan Sejarah
TLDM (PUSMAS), Kapten Mohd Yusri bin Haji Mohd
Yunus dengan disaksikan Timbalan Ketua Pengarah
(Perancangan dan Pengurusan), Puan Faridah binti Ishak
bagi pihak Arkib Negara Malaysia dan Panglima TLDM,
Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar bagi pihak
Tentera Laut Diraja Malaysia.
Majlis ini turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah
Penyelidikan dan Pengembangan ANM, Encik Azemi bin
Abdul Aziz , pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai
kanan ANM serta pegawai-pegawai tinggi TLDM.
Majlis ini diadakan bertujuan untuk mempersetujui dan
memperakui penggunaan Jadual Pelupusan Rekod
Urusan Fungsian TLDM yang telah dibangunkan hasil
kerjasama di antara TLDM dan Arkib Negara Malaysia.
Mesyuarat Jawatankuasa Jadual Pelupusan Rekod
Arkib Negara Malaysia bersama TLDM telah diadakan
pada 28 Jun 2013 bagi memuktamadkan JPR Fungsian.
Penyediaan JPR Fungsian oleh pejabat awam adalah
sejajar dengan peruntukan di bawah seksyen 27, Akta
Arkib Negara 2003 [Akta 629], di mana Ketua Pentadbir
sesebuah penjawat awam dikehendaki menyedia dan
mengemukakan Jadual Pelupusan Rekod dalam bentuk
yang ditetapkan bagi pelupusan rekod-rekod awam
kepada Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia untuk
kelulusan. JPR Fungsian TLDM ini meliputi beberapa
kumpulan siri rekod utama iaitu mengenai Pertahanan
dan Keselamatan Maritim, Pengurusan dan Pengukuran
Hidrograf, Aset TLDM dan Borang Angkatan Tentera
(BAT). JPR diadakan bagi membantu TLDM dalam
meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran
menerusi pelupusan rekod secara efsien dan sistematik,
menjimatkan perbelanjaan pengurusan, penggunaan
ruang simpanan rekod secara lebih ekonomik, mematuhi
keperluan perundangan dan mengenal pasti serta
memisahkan bahan-bahan rekod yang berpotensi untuk
dijadikan bahan rujukan pada masa yang akan datang.
Rekod-rekod ini bukan sahaja mengandungi maklumat
penting negara tetapi menjadi bahan bukti dan sejarah
negara.
ANM-TLDM METERAI
PERJANJIAN JPR FUNGSIAN
Rabiatul Adawiyah Mat Tari/Hajah Rahimah Ismail
Puan Hajah Daresah Hj. Ismail dan Kapten Mohd Yusri bin Haji Mohd Yunus menandatangani Perjanjian Persefahaman dengan disaksikan
oleh Puan Faridah Ishak dan Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar.
6 PUSPAWANGSA - Berita Arkib Negara Malaysia
Kiri: Puan Hajah Daresah Hj. Ismail mengiringi YBhg. Datuk Hajah Raya Erom (kanan) ke bilik mesyuarat.
Kanan: YBhg. Datuk Hajah Raya Erom mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Penasihat ke-44 di Arkib Negara Malaysia Cawangan Sabah.
L
embaga Penasihat Arkib Negara Malaysia telah
bermesyurat buat kali Ke44 di Arkib Negara Malaysia
Cawangan Sabah. Ini merupakan julung kali Lembaga
ini bermesyuarat di luar ibu pejabat Arkib Negara sejak ia
ditubuhkan. Pemilihan ini bersesuaian dengan sambutan
50 Tahun Penubuhan Malaysia di samping memberi
peluang kepada Ahli Lembaga Penasihat untuk memberi
pandangan berkaitan isu-isu di peringkat negeri.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengerusi Lembaga
Penasihat ANM yang baru iaitu YBhg. Datuk Hajah Raya
Erom dan dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian
Pelancongan dan Kebudayaan, YBhg. Datuk Dr. Ong Hong
Peng serta ahli-ahli Lembaga Penasihat yang lain iaitu
YBhg. Tan Sri Dato Haji Alimuddin bin Haji Mohd Dom,
YBhg. Prof. Datuk Dr. Zainal bin Kling, YBhg. Prof. Datuk
Dr. Abdullah Zakaria bin Ghazali dan YBrs. Puan Noraini
binti Abdul Razak.
YBhg. Datuk Hajah Raya Erom yang baru dilantik
pada 1 Januari 2013 dalam ucapannya mengucapkan
terima kasih kepada YB Puan Hajah Nancy binti Shukri
kerana banyak membantu Arkib Negara Malaysia dalam
melaksanakan fungsi dan peranannya sepanjang 4 tahun
(1 Januari 2009 - 31 Disember 2012) mempengerusikan
Lembaga Penasihat. Antaranya ialah penarafan 5 bintang
portal ANM berdasarkan laporan Malaysian Government
Portals and Websites Assessment (MGPWA) 2009 oleh
Multimedia Development Corporation (MdeC); penganjuran
15th South East Asia-Pacifc Audiovisual Archive Association
(SEAPAVAA) Conference and General Assembly pada
6 hingga 10 Jun 2011; pembinaan Bangunan ANM
Cawangan Pahang; pewujudan Jawatan Kader Pegawai
Arkib di setiap Kementerian; Projek Pendigitalan Bahan
Arkib/ Projek MyCreative Content (MYCC) dan Penubuhan
Memorial Negarawan.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Arkib Negara
kerana berjaya melaksanakan program dan aktiviti jabatan
dengan berkesan sepanjang tempoh Januari hingga
September 2013, di samping kejayaan menganjurkan
Program Mengenang Tokoh Negarawan Negeri Sabah
Sempena Sambutan 50 Tahun Penubuhan Malaysia.
Pada Mesyuarat tersebut, Ketua Pengarah Arkib Negara,
Puan Hajah Daresah Haji Ismail turut membentangkan
Projek MyCreative Content Arkib Negara, aktiviti-aktiviti
Jabatan dan Key Performance Indicator (KPI) sepanjang
Januari hingga Julai 2013 kepada semua Ahli Lembaga.
YBhg. Datuk Hajah Raya Erom juga telah berbesar hati
meraikan semua Ahli Lembaga Penasihat dan urusetia
Program Mengenang Tokoh Negarawan Peringkat Negeri
Sabah ke Majlis Makan Malam di kediamannya di Likas,
Kota Kinabalu. Semoga peranan yang dimainkan oleh
Lembaga Penasihat ini akan lebih membantu Arkib Negara
dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai sebuah
jabatan Kerajaan.
MESYUARAT LEMBAGA PENASIHAT KE44
DI NEGERI DI BAWAH BAYU
Nor Azizol Daud
7 PUSPAWANGSA - Berita Arkib Negara Malaysia
S
eramai 17 orang pelajar dari pelbagai Institusi
Pengajian Tinggi Awam telah menjalani latihan
industri di Arkib Negara Malaysia (ANM)
sepanjang bulan Julai hingga September 2013.
Bidang-bidang yang ditawarkan dalam penempatan ini
ialah Pengurusan Rekod, Pentadbiran Arkib dan Arkib
Memorial. Mereka diberi pendedahan dalam kerja-
kerja pengurusan rekod, perolehan dan pemprosesan
bahan arkib, penyediaan panducari, simpanan
rekod di repositori, pemuliharaan dan pemeliharaan
rekod/bahan arkib, penyelidikan serta aktiviti-aktiviti
pengembangan.
Arkib Negara adalah salah satu daripada jabatan
kerajaan yang menerima penempatan pelajar-
pelajar yang perlu menjalani latihan industri sebagai
memenuhi syarat kelulusan pengajian yang diikuti dari
institusi pengajian tinggi sama ada awam atau swasta.
Objektif latihan adalah untuk mengembangkan
pembangunan modal insan terutama dalam kalangan
penuntut pengajian tinggi ke arah persediaan
menghadapi dunia pekerjaan yang sebenar.
Satu sesi ramah mesra bersama Ketua Pengarah
Arkib Negara Malaysia, YBhg. Puan Hajah Daresah
Haji Ismail dan pelajar-pelajar tersebut telah diadakan
pada 23 Ogos 2013 di Bilik Mesyuarat Utama, Wisma
Warisan, Arkib Negara Malaysia. Ketua Pengarah
dalam amanatnya turut menggalakkan lebih ramai
pelajar menjalani latihan industri di Arkib Negara
sebagai sokongan terhadap program penyelidikan dan
pembangunan, jalinan kerjasama dan pembangunan
sumber manusia dalam bidang dan sektor pengurusan
rekod, pentadbiran arkib dan juga pengurusan arkib
memorial.
17 Pelajar Jalani Latihan Industri
di Arkib Negara
Datu Royniehassim Datu Pindatun
Puan Hajah Daresah Hj. Ismail (duduk) dan Pengarah Bahagian
Perancangan dan Penyelarasan, Puan Kamariah Ismail (9 dari
kanan) bersama pelajar-pelajar latihan industri di Arkib Negara.
8 PUSPAWANGSA - Berita Arkib Negara Malaysia
B
agi meningkatkan kemahiran warga Arkib,
beberapa kursus dan seminar telah diadakan
sepanjang bulan Julai hingga September 2013.
Sebanyak 14 kursus dan seminar telah diadakan
bermula pada 2 Julai 2013 iaitu sesi Technology Update-
Technological Advancement For Preserving Memories
And Disaster Recovery-Protection Barrier For Library And
Archive Collections di Auditorium Bangunan PPPAV.
Sesi ini dikendalikan oleh En. Gerald Tan, Mb nano-
Tensilogies Pte Ltd. Pada 1 hingga 3 Julai 2013 telah
diadakan dua kursus iaitu Kursus Asas Pengurusan
Rekod Pegawai Rekod Jabatan di Bilik Latihan PPPAV,
Arkib Negara dan Kursus Pemuliharaan Rekod di Dewan
Tun Rahah, Memorial Tun Abdul Razak.
Kursus Arkib Sana Sini
Datu Royniehassim Datu Pindatun/Shahida Mohamad Salleh
Encik Mohamad Zam bin Kedol memberi tunjuk ajar kepada
peserta Kursus Pemuliharaan Rekod, 27-29 Ogos 2013.
Salah seorang peserta bengkel Hand-Holding Klasifkasi Fail
mengajukan soalan semasa sesi taklimat.
9 PUSPAWANGSA - Berita Arkib Negara Malaysia
Pada 4 dan 5 Julai 2013, Kursus Pengurusan Aset
telah diadakan di Dewan Tun Rahah, Memorial
Tun Abdul Razak untuk memberi pendedahan
mengenai pengurusan aset mengikut tatacara
yang ditetapkan Pekeliling Perbendaharaan Bil.
5 Tahun 2007. Pada 8 Julai 2013 telah diadakan
Seminar Pengguna dan Standard Keselamatan di
Auditorium Wisma Warisan. Bengkel Kumpulan
Inovatif dan Kreatif (KIK) pula telah diadakan pada
8 hingga 10 Julai 2013 yang dihadiri oleh para
peserta KIK Arkib Negara di Dewan Tun Rahah,
Memorial Tun Abdul Razak. Seminar Keselamatan
(Kesedaran Kebakaran) pula telah diadakan pada
25 Julai 2013 di tempat yang sama.

Dalam bulan Ogos, Kursus Lanjutan Pegawai
Rekod Jabatan telah diadakan pada 26 hingga 28
haribulan di Auditorium Wisma Warisan dengan
disertai oleh 12 orang peserta. Kursus ini memberi
pendedahan kepada para peserta tentang
penyediaan surat rasmi Kerajaan, pengurusan
e-mel mengikut piawaian dan prosedur pengurusan
rekod draf sistem klasifikasi fail yang seragam dan
boleh digunapakai di jabatan. Pada 27 hingga 29
Ogos pula telah diadakan Kursus Pemuliharaan
Rekod di Dewan Tun Rahah, Memorial Tun Abdul
Razak. Seramai 14 orang peserta telah diberi
kefahaman tentang keperluan pemeliharaan rekod-
rekod kerajaan termasuk kaedah penjilidan bahan
arkib.
Dalam bulan September, Kursus Asas Pembantu
Tadbir Rekod Jabatan telah diadakan pada 3 hingga 5
haribulan bertempat di Dewan Tun Rahah, Memorial Tun
Abdul Razak. Taklimat 5S pula telah diadakan pada 11
September 2013 di Auditorium Wisma Warisan untuk
memberi kefahaman tentang amalan pelaksanaan
5S yang akan dilaksanakan di Arkib Negara. Kursus
Pegawai Keselamatan Jabatan telah diadakan selama
3 hari mulai 24 September 2013 di Dewan Tun Rahah,
Memorial Tun Razak. Kursus ini dihadiri oleh Timbalan
Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pengembangan),
Encik Azemi Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pengarah
(Perancangan dan Pengurusan) Puan Faridah Ishak,
Pengarah-pengarah Bahagian, Pengarah-pengarah
dan pegawai-pegawai dari Arkib Cawangan Negeri.
Kursus disampaikan oleh Pejabat Ketua Pegawai
Keselamatan Kerajaan Malaysia, Encik Malyagus Tagi.
Kursus Pembantu Tadbir Rekod Jabatan telah diadakan
pada 24 September 2013 di Bilik Latihan PPPAV,
Arkib Negara. Bengkel Hand-Holding Klasifkasi Fail
pula telah diadakan di Ibu Pejabat Arkib Negara pada
25 dan 26 September 2013. Bengkel ini melibatkan
tujuh pasukan penyediaan Klasifkasi Fail dan JPR
yang terdiri dalam kalangan Ketua-ketua Seksyen dan
Pegawai-pegawai Arkib untuk membantu sembilan
kementerian dalam penyediaan Klasifkasi Fail dan
Jadual Pelupusan Rekod (JPR) yang merupakan pra-
syarat bagi pelaksanaan Projek Digital Document
Management System (DDMS).
Peserta Kursus Pegawai Keselamatan Jabatan bersama penceramah, Encik Malygus Tagi (duduk, tengah)
10 PUSPAWANGSA - Berita Arkib Negara Malaysia
K
etua Pengarah Arkib Negara Malaysia (ANM) bersama dua
orang Pegawai Arkib telah mengadakan lawatan kerja ke
New Delhi pada 4 - 7 J ulai 2013. Tujuan lawatan ialah untuk
mengadakan perundingan kerjasama dengan Arkib Negara India
dalam perolehan bahan mengenai Malaysia yang terdapat di Arkib
Negara India.
Kerjasamana ini adalah berdasarkan Cultural Exchange Programme
(CEP) for 2010-13 yang ditandatangani pada 27 Oktober 2010 di
antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan India. CEP ini antara lain
menggalakkan program kerjasama di antara institusi arkib kedua-dua
buah negara.
Lawatan kerja ini juga adalah untuk merealisasikan keputusan
perbincangan di antara Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia
dan Ketua Pengarah Arkib Negara India yang diadakan pada bulan
Oktober 2012 di New Delhi. Dalam perbincangan tersebut, kedua-
dua pihak secara dasarnya telah bersetuju untuk menjayakan projek
pendigitalan bahan-bahan arkib mengenai Malaysia yang tersimpan
di National Archives of India. Perundingan kali ini telah membuahkan
hasil yang baik dimana Arkib Negara India telah bersetuju
membenarkan ANM meneruskan projek pendigitalan bahan tersebut.
Projek ini akan berlangsung selama satu tahun bermula September
2013 sehingga November 2014.
Projek Khas Arkib Negara ini mendapat kerjasama Pesuruhjaya
Tinggi Malaysia di New Delhi termasuk dalam urusan pembelian
mesin pengimbas Zuetschel model OS12000 yang diperlukan bagi
menjalankan projek perolehan dan penyalinan bahan Arkib mengenai
Malaysia di National Archives of India. Pembelian ini disebabkan
institusi tersebut tidak menyediakan salinan dalam format digital
sebaliknya hanya menyediakan salinan mikroflem dan fotokopi.
Seramai dua orang Pegawai Arkib dan seorang Pembantu Arkib telah
bertolak ke New Delhi untuk memulakan kerja-kerja pengesanan dan
penyalinan bahan-bahan mengenai Malaysia yang tersimpan di Arkib
Negara India, New Delhi.
Puan Hajah Daresah Hj. Ismail (empat dari kiri) dan Ketua Pengarah Arkib Negara India, Mr Shri Pramod Jain (lima dari kiri) bersama pegawai-
pegawai Arkib Negara Malaysia dan pegawai Arkib Negara India.
Sesi perbincangan antara rombongan Arkib Negara Malaysia dengan
Ketua Pengarah serta pegawai-pegawai Arkib Negara India.
LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH
KE NEW DELHI
Yatimah Rimun
11 PUSPAWANGSA - Berita Arkib Negara Malaysia
K
ursus Preservation and Conservation
Section IFLA pre-conference anjuran Mb
nano-Tensilogies Pte Ltd ini telah diadakan
pada 14 hingga 15 Ogos 2013 di Singapura. Kursus
yang dihadiri oleh En. Prabhakaran S. Nair, Ketua
Seksyen Pemeliharaan dan Reprograf dan Pembantu
Pemuliharaan, Cik Syamimi binti Ahmad diadakan
bertujuan untuk memperkenalkan kaedah pemuliharaan
bahan menggunakan teknologi mesin yang baru dicipta
untuk melindungi bahan apabila bencana berlaku.
Kaedah ini diperkenalkan supaya bahan lebih tahan
lasak dan kurang kerosakan apabila bencana berlaku.

Mesin ini dicipta disebabkan oleh pengalaman
daripada negara-negara luar yang menghadapi bencana
besar seperti gempa bumi di Puerto Rico, tsunami di
Jepun dan letusan gunung berapi di Indonesia yang
menjadi punca berlakunya kemusnahan dan kerosakan
bahan-bahan yang mempunyai nilai kepada negara dan
merupakan khazanah warisan Negara. Melalui kursus
ini, peserta didedahkan kepada kaedah teknologi mesin
baru yang dapat memanjangkan usia sesuatu bahan. Ia
juga dapat menambahkan pengetahuan tentang kaedah
pemuliharaan terkini dalam bidang konservasi bahan
serta dapat berkongsi pandangan dan idea baru dalam
bidang pemuliharaan.
Beberapa penceramah dari negara lain telah dijemput
untuk berkongsi pengalaman di negara mereka,
antaranya Mr. Philip dari Perancis, Ms. Julia dari
Switzeland dan Ms. Ornella Fogllieni dari Italy.
PRESERVATION AND
CONSERVATION
SECTION IFLA
PRE-CONFERENCE,
SINGAPURA 2013
Syamimi Ahmad
Penceramah juga memperkenalkan perpustakaan dari negara mereka
yang berusia beribu tahun dan menjadi mercu tanda dan kebanggaan
negara mereka.
Tujuan lain kursus ini diadakan adalah untuk menggalakkan
perkongsian, pertukaran pengetahuan dan maklumat antara
pakar dengan peserta dan antara institusi pelbagai negara; serta
mengintegrasikan keprihatinan untuk pemeliharaan koleksi bahan
khazanah dalam dasar pemeliharaan institusi. Kursus ini juga
menjadi ruang untuk berkongsi dan menyebarkan metodologi dan
peralatan yang digunakan dalam pengurusan, simpanan serta akses
bahan-bahan khazanah; selain dapat meningkatkan kesedaran akan
kepentingan nilai-nilai dan kerapuhan koleksi khazanah di dalam
koleksi simpanan. Selain Malaysia, peserta dari negara Kenya,
Amerika, Perancis, Jepun, Italy, Switzerland, Sweden dan Singapura
turut menyertai kursus ini.
Antara para peserta yang menghadiri seminar turut mengadakan lawatan.
Barisan tengah dua dari kiri, Encik Prabhakaran S. Nair.
Gambar menunjukkan bahan yang dipotong kepada dua
bahagian sebagai perbandingan sebelum dan selepas
pembaikan. Hasil yang diperoleh selepas pembaikan adalah
tidak banyak perbezaan daripada yang asal.
12 PUSPAWANGSA - Berita Arkib Negara Malaysia
P
englibatan aktif Arkib Negara Malaysia dalam
pertubuhan arkib antarabangsa telah lama bertapak.
Nama Arkib Negara Malaysia sudah tidak asing lagi
dalam kalangan komuniti arkib di peringkat antarbangsa.
Penganjuran Kongres Arkib Antarabangsa 2008 telah
melonjakkan lagi imej Arkib Negara Malaysia dalam
kalangan komuniti Arkib luar Negara. Diperingkat serantau
pula peranan Malaysia sebagai sekretariat SARBICA atau
Southeast Asia Regional Branch International Council on
Archives memang sudah diketahui umum.
SARBICA adalah pertubuhan yang dianggotai oleh 10
buah Negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei,
Filipina, Myanmar, Cambodia, Laos, Thailand dan Vietnam.
Mengikut perlembagaan SARBICA, Negara-negara ini
dikategorikan sebagai ahli SARBICA kategori A. Semenjak
awal penubuhannya pada 1968, Arkib Negara merupakan
Sekretariat tetap, dua (2) jawatan utama iaitu Setiausaha
Kehormat dan Bendahari dipegang oleh pegawai arkib,
dari Malaysia. Di atas inisiatif Arkib Negara, setiap tahun
SARBICA tidak pernah gagal menganjurkan pertemuan
antara Negara-negara anggota SARBICA melalui
mesyuarat tahunan mahupun Mesyuarat Agungnya. Atas
kepercayaan ini, Arkib Negara terus diberi mandat untuk
terus memegang jawatan Sekretariat tetap pertubuhan ini.
Lokasi mesyuarat dan tuan rumah penganjuran mesyuarat
dan seminar ditentukan secara giliran mengikut pusingan
antara Negara anggota sepertimana dipersetujui oleh
semua negara anggota SARBICA. Pada kebiasaannya
bersempena mesyuarat tahunan/Agung akan turut
diadakan seminar yang membincangkan perkara-perkara
berkaitan bidang kearkiban yang dapat dimanfaatkan oleh
Negara anggota.
Pada tahun 2013, Indonesia secara sukarela telah menjadi
tuan rumah bagi Mesyuarat Tahunan ke 19 SARBICA dan
seminar antarabangsa. Mesyuarat dan seminar ini telah
diadakan di Hotel Savoy Homann, Bandung, pada 26-28
September 2013. Bersempena dengan mesyuarat ini turut
diadakan Seminar On Disaster Management And Recovery
Of Archives: Challenge and Solution in Digital Era. Sebanyak
3 sesi telah diadakan dengan seramai 8 pembentang
MESYUARAT SARBICA KE-19
DI KOTA SEJARAH BANDUNG
Hapiza Osman
13 PUSPAWANGSA - Berita Arkib Negara Malaysia
telah berkongsi pengetahuan
dan pengalaman mengenai
pengurusan bencana, cabaran
dan cadangan penyelesaian
khususnya dalam era digital.
Seminar ini telah diadakan pada
27 September 2013, dengan
200 orang peserta dari dalam
dan luar Indonesia. Malaysia
telah menghantar seramai
14 pegawai ke seminar ini (3
pegawai dibiayai oleh Jabatan,
3 pegawai urusetia dibiayai oleh
SARBICA manakala 8 pegawai
lagi atas pembiayaan sendiri)
bagi menimba ilmu untuk
dikongsi dan diadaptasikan
di Jabatan serta seterusnya
dapat membantu Negara bagi
menyelamat dan memastikan
rekod bernilai Negara terpelihara sekiranya Negara menghadapi bencana. Antara
resolusi yang dikenalpasti dalam seminar ini ialah Negara anggota SARBICA perlu
mempunyai Dasar Kebangsaan atau peraturan berhubung pengurusan bencana
dan tindakan pemulihan, penyebaran secara meluas The Hague Convention 1954
for The Protection Of The Cultural Property in the Event of Armed Confict untuk
diperluaskan pengetahuan dan kesedaran tentang perkara-perkara yang telah
digariskan dalam Convention ini. Jabatan atau pihak yang berkenaan berkaitan
pengurusan bencana perlu bekerjasama dalam penyelarasan tugas mahupun
tanggungjawab bagi memastikan pengurusan bencana ini lebih tersusun dan
berkesan, amalan terbaik yang boleh diadaptasi dan digunapakai dalam pengurusan
bencana dan pemuliharaan rekod dan arkib perlu didokumentasikan untuk
dikongsi bersama. Pendigitalan merupakan salah satu cadangan penyelesaian
bagi memastikan rekod dan arkib terpelihara sekiranya berlaku bencana.
Selain mendapat maklumat bernilai semasa menghadiri seminar, para peserta
juga berpeluang mengenali sejarah Bandung serta sejarah hubungan antara
Negara-negara nusantara melalui lawatan di Gedung Merdeka dan Muzium Sri
Baduga. Kehadiran ke mesyuarat SARBICA dan Seminar Antarabangsa yang
telah dianjurkan ini sesungguhnya besar manfaatnya yang boleh dikongsi bersama
pegawai dan kakitangan Arkib Negara Malaysia. Sebagai salah sebuah Negara di
nusantara, sejarah kebudayaan Indonesia tidak banyak bezanya dengan Negara
kita Malaysia dan sedikit sebanyak sejarahnya berkait dengan Negara kita sendiri.
Semoga seminar anjuran SARBICA mahupun seminar anjuran pertubuhan
kearkiban antarabangsa yang lain terus diberi peluang untuk dihadiri oleh pegawai
arkib terutamanya bagi menambah pengetahuan dan membina jaringan kerjasama
antarabangsa untuk pembangunan kerjaya mahupun bidang profesionalisme
kearkiban.
Sebahagian daripada wakil Malaysia
bersama anggota SARBICA dari
lain-lain negara seleps 19th SARBICA
Executive Board Meeting.
Puan Hajah Daresah Hj. Ismail (dua dari kiri) selaku moderator sesi
pertama pembentangan.
14 PUSPAWANGSA - Berita Arkib Negara Malaysia
A
rkib Negara Malaysia telah menganjurkan
Program Mengenang Tokoh Negarawan Negeri
Sabah pada 17 hingga 19 September 2013
bertempat di Arkib Negara Malaysia Cawangan Negeri
Sabah. Program ini diadakan bersempena dengan
sambutan 50 Tahun Penubuhan Malaysia.
Upacara perasmian program telah disempurnakan oleh
Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji J uhar
bin Datuk Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah
pada 17 September 2013. Kehadiran Tuan Yang Terutama
Yang di-Pertua Negeri Sabah ditemani isteri beliau, iaitu
YABhg. Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah
binti Datuk R. M. J asni. Antara tetamu kenamaan yang
turut hadir ialah YB Datuk Seri Panglima Haji Yahya
Husin, Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah
PROGRAM
MENGENANG
TOKOH
NEGARAWAN
NEGERI SABAH
Frances Muna Empari
TYT Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin memukul gong sebagai
merasmikan Program Mengenang Tokoh Negarawan Peringkat Negeri Sabah
15 PUSPAWANGSA - Berita Arkib Negara Malaysia
yang mewakili Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima
Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah dan isteri, YBhg.
Datin Seri Panglima Hajah Siti J ouyah Mohd. Yunin, Menteri-
Menteri dan Pembantu-Pembantu Menteri Kabinet Negeri
Sabah, YBhg. Datuk Dr. Ong Hong Peng, Ketua Setiausaha
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YBhg.
Datuk Hajah Raya Erom, Pengerusi Lembaga Penasihat
Arkib Negara Malaysia serta ahli keluarga dan sahabat Tokoh
Negarawan Sabah.
Di majlis ini juga, Arkib Negara telah menerima sumbangan
bahan daripada YABhg. Toh Puan Rahimah Stephens, YBhg.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Herman Luping, YBhg. Datuk
Amir Kahar Tun Datu Mustapha dan YBrs. Puan Dayang
Maimunah Tun Datu Mustapha.
Program pada kali ini memberi fokus dan imbasan kepada
perjuangan tokoh-tokoh negeri Sabah dalam memperjuangkan
pembentukan Malaysia. Bagi menyemarakkan lagi suasana,
pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang berlangsungnya
program ini. Antara aktiviti utama yang diadakan ialah
Seminar 50 Tahun Malaysia: Sejarah, Cabaran dan Masa
Depan, Majlis Bicara Tokoh: Allahyarham Tun Datuk Haji
Mohammad Fuad Stephens, Pameran Penubuhan Malaysia:
Perjuangan dan Cabaran serta Persembahan Lapangan.
Tetamu yang hadir berpeluang melihat Pameran Penubuhan
Malaysia: Perjuangan dan Cabaran yang memaparkan
maklumat tentang sejarah pembentukan Malaysia, tokoh-tokoh
negeri Sabah yang terlibat serta kemajuan yang dicapai oleh
Sabah sejak 50 tahun dalam Malaysia. Selain memaparkan
banyak maklumat bersejarah, pameran ini bertujuan untuk
menonjolkan bahan arkib sebagai bukti terhadap sejarah
pembentukan negara ini. Program juga dimeriahkan lagi
dengan acara persembahan lapangan oleh Perbadanan
Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sabah
yang mengadakan aktiviti seperti pameran kraftangan, jualan
kraftangan, demo melukis batik, demo menenun kain dan demo
mengukir kayu. Turut diadakan ialah pertandingan mewarna
yang melibatkan penyertaan seramai 34 orang peserta dari
Tabika Perpaduan Sembulan Lama. Ini adalah salah satu usaha
Arkib Negara bagi memupuk semangat cintakan pemimpin
dan negara dalam kalangan generasi muda.
Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan
daripada masyarakat negeri Sabah. Dianggarkan lebih 2000
orang tetamu telah hadir di sepanjang tiga hari program ini
diadakan. Arkib Negara juga mendapat kerjasama erat
daripada semua agensi di bawah Kementerian Pelancongan
dan Kebudayaan Negeri Sabah dalam menjayakan program
ini.
Kiri: YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Herman Luping menyerahkan bahan Allahyarham Tun Datuk Haji Mohammad Fuad Stephens kepada
TYT Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin. Bahan ini akan disimpan di ANM dalam koleksi Allahyarham Tun.
Kanan: Ketua Setiausaha KPK, YBhg. Datuk Dr. Ong Hong Peng (tengah) dan warga KPK selepas majlis makan malam di Restoran Nelayan Kota
Kinabalu, Sabah bagi membincangkan beberapa tugasan.
16 PUSPAWANGSA - Berita Arkib Negara Malaysia
S
eminar 50 Tahun Malaysia dengan tema Sejarah, Cabaran
dan Masa Depan telah diadakan pada 17 hingga 18
September di Dewan Serbaguna, Arkib Negara Malaysia
Cawangan Sabah, Kota Kinabalu. Seminar ini dianjurkan
sempena sambutan ulangtahun 50 tahun penubuhan Malaysia
yang disambut pada 16 September 2013. Seminar ini juga
merupakan salah satu pengisian utama bagi Program Mengenang
Tokoh Negarawan Peringkat Negeri Sabah yang julung kalinya
dianjurkan oleh Arkib Negara di negeri Sabah. Seramai 250
orang peserta telah hadir yang terdiri daripada pensyarah
dan pelajar institut pengajian tinggi, pegawai dan kakitangan
jabatan persekutuan/negeri serta orang perseorangan. Antara
tujuan penganjuran seminar ini ialah untuk menghayati sejarah
penubuhan, cabaran dan halatuju Malaysia sejak penubuhannya
50 tahun yang lalu bagi memantapkan semangat cintakan
negara dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda.
Seminar ini dibahagikan kepada lima sesi utama. Sesi pertama
membincangkan mengenai penubuhan Malaysia daripada
aspek sejarah awal Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak yang
dibentangkan oleh dua orang tokoh pengkaji sejarah iaitu Prof.
Datuk Dr. Abdullah Zakaria Ghazali dari Universiti Malaya
dan Prof. Madya Mat Zin Mat Kib dari Universiti Teknologi
MARA Cawangan Sabah, Kota Kinabalu. Masing-masing
membentangkan kertas kerja berkaitan sejarah awal penyatuan
dan perjuangan negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu,
Sabah dan Sarawak menuju kemerdekaan yang seterusnya
membentuk Malaysia.
Sesi kedua membincangkan rangka awal dan cabaran ke arah
penubuhan Malaysia dibentangkan oleh Dr. Mohd Samsudin
dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Encik Oummar Nor
Aman Othman dari Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah,
Kuala Kangsar, Perak. Encik Oummar Nor Aman membacakan
kertas kerja yang sepatutnya dibentangkan oleh Prof. Madya
Dr. A Rahman Tang Abdullah dari Universiti Malaysia Sabah
yang tidak dapat hadir ke seminar ini pada saat-saat akhir
kerana urusan penting yang tidak dapat dielakkan. Sesi ketiga
pula menyentuh mengenai penubuhan Malaysia dan cabaran
pasca penubuhan Malaysia oleh Dr. Azharudin Mohamed Dali
dari Universiti Malaya. Seorang lagi pembentang iaitu Prof.
Madya Dato Dr. Mohammad Agus Yusoff terpaksa menarik
diri di saat-saat akhir kerana faktor kesihatan. Pada sesi ini para
hadirin telah dipertontonkan video mengenai peristiwa serangan
tentera Indonesia sewaktu era konfrantasi di Kalabakan, Sabah
pada 29 Disember 1963 yang mengorbankan anggota tentera
Malaysia.
Sesi keempat pula membincangkan mengenai kejayaan dan
isu semasa berkaitan Penubuhan Malaysia serta halatuju masa
hadapan. Topik ini dibentangkan oleh Dr. J eniri Amir dari
Universiti Malaysia Sarawak dan Prof. Madya Dr. Sivamurugan
Pandian dari Universiti Sains Malaysia. Kedua-dua pembentang
antara lain memfokuskan mengenai perpaduan antara kaum di
Malaysia dan kejayaan, kegagalan serta harapan penduduk di
Sabah dan Sarawak terhadap Persekutuan Malaysia di masa
akan datang. Sesi terakhir seminar pula menjurus kepada
persoalan hak-hak Negeri Bersekutu dalam Persekutuan
Malaysia daripada aspek perundangan dan sumber-sumber
bahan berkaitan penubuhan Malaysia yang terdapat di Arkib
Negara Malaysia. Sesi ini menampilkan Prof. Dr. Ainul J aria
Maidin daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan
Cik Hasfza Abdullah dari Arkib Negara Malaysia.
Rumusan seminar dipengerusikan oleh Encik Azemi Abdul Aziz,
Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pengembangan)
Arkib Negara dan Prof. Datuk Dr. Abdullah Zakaria Ghazali
serta Dr. Mohd Samsudin sebagai ahli panel. Sesi ini mengulas
perkara-perkara penting yang dibincangkan sepanjang
berlangsungnya seminar. Majlis penutup disempurnakan oleh
Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Puan Hajah Daresah
Haji Ismail. Secara keseluruhannya, melalui seminar ini telah
memberi peluang dan pendedahan kepada generasi muda
khususnya para pelajar dengan perbincangan ilmiah peringkat
tinggi berkaitan perkara-perkara penting dalam penubuhan
Malaysia.
Mohd Farizal Bidin
50 TAHUN PENUBUHAN MALAYSIA
Sesi terakhir seminar oleh pembentang, Prof. Dr. Ainul Jaria
Maidin (kiri) dan Cik Hasfza Abdullah (kanan). Di tengah,
moderator majlis, Puan Noni Harianti Junaidi.
17 PUSPAWANGSA - Berita Arkib Negara Malaysia
M
ajlis Bicara Tokoh: Allahyarham Tun Datuk Haji Mohammad Fuad Stephens diadakan sebagai salah satu pengisian utama
kepada Program Mengenang Tokoh Negarawan Negeri Sabah sempena sambutan 50 Tahun Penubuhan Malaysia. Majlis
telah diadakan pada 19 September 2013 bertempat di Auditorium Arkib Negara Malaysia Cawangan Negeri Sabah. YBhg.
Puan Hajah Daresah Haji Ismail, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia telah menyampaikan ucapan aluan pada majlis tersebut.
Antara tetamu jemputan yang hadir memeriahkan majlis itu ialah YABhg. Toh Puan Rahimah Stephens balu kepada Allahyarham
Tun Datuk Haji Mohammad Fuad Stephens, serta anak saudara Allahyarham Tun, Donald Stephens dan J ules Stephens.
MAJLIS BICARA TOKOH:
TUN FUAD STEPHENS
Frances Muna Empari
Allahyarham Tun Datuk Haji Mohammad Fuad Stephens adalah
salah seorang tokoh negarawan negeri Sabah yang telah banyak
berusaha merealisasikan penubuhan Malaysia. J usteru, majlis
bicara tokoh ini dilihat sebagai medan perkongsian maklumat
terbaik bagi mengetahui ketokohan dan sejarah perjuangan
Allahyarham Tun. YBhg. Tan Sri Abdul Majid Khan, iaitu
bekas Setiausaha Politik Allahyarham Tun Datuk Haji
Mohammad Fuad Stephens telah dijemput sebagai ahli panel.
Beliau berkongsi pengalaman beliau semasa berkhidmat dengan
Allahyarham Tun terutamanya semasa proses pembentukan
Malaysia.
Seorang lagi tokoh pembicara yang dijemput ialah Encik Asgari
Stephens, iaitu anak kepada Allahyarham Tun. Encik Asgari
berkongsi maklumat berkaitan keperibadian dan personaliti
Allahyarham Tun Fuad, hubungan Allahyarham Tun bersama
ahli keluarga dan masyarakat, saat-saat manis beliau bersama
Allahyarham Tun serta personaliti Allahyarham Tun sebagai
tokoh politik. Turut disentuh semasa majlis bicara ialah kerjaya
awal Allahyarham Tun sebelum berkecimpung dalam dunia
politik serta serba sedikit berkaitan dengan sejarah hidup
Allahyarham, terutamanya semasa zaman pendudukan J epun.
Majlis telah dipengerusikan oleh Dr. Mohd. bin Samsudin,
Pensyarah di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Majlis ini diadakan sebagai usaha J abatan ini untuk
mengumpulkan dan melengkapkan maklumat-maklumant
berkenaan dengan pembentukan Malaysia, di samping untuk
menyemai semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat
negara ini.
Tetamu kenamaan dan para
jemputan yang hadir ke Majlis
Bicara Tokoh : Allahyarham Tun
Datuk Haji Mohammad Fuad
Stephens
18 PUSPAWANGSA - Berita Arkib Negara Malaysia
Suasana Aidilftri 2013/1434H. Warga Arkib tidak melepaskan peluang menikmati makanan
yang disediakan di setiap gerai.
Puan Hajah Daresah
Hj. Ismail disambut oleh
Pengarah Bahagian
Perancangan dan
Penyelarasan, Puan
Kamariah Ismail (kanan)
ketika mengunjungi
gerai Bahagian
tersebut.
Bersempena meraikan Aidilftri
1434H, Arkib Negara Malaysia
(ANM) telah mengadakan Majlis
Sambutan Hari Raya Aidilftri
pada 30 Ogos 2013 di Sculpture
Court, Wisma Warisan.

Acara dimulakan pada pukul 10.30
pagi iaitu selepas Perhimpunan
Bulanan Jabatan. Ketua Pengarah
ANM, Puan Hajah Daresah Haji
Ismail dengan diiringi Timbalan
Ketua Pengarah, Encik Azemi Abd.
Aziz dan Puan Faridah Ishak serta
Pengarah-pengarah Bahagian
membuat lawatan ke gerai-gerai
makanan dan minuman yang
disediakan oleh Warga Arkib.
Terdapat lapan gerai disediakan
AIDILFITRI DI ARKIB NEGARA
Hajah Khairiah Nasoha
iaitu tujuh oleh Bahagian Pengurusan dan satu gerai Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah. Di antara
menu yang disediakan untuk para tetamu ialah kambing bakar, sate, rojak mamak, sotong kangkung, tapai, lemang,
rendang, laksa ,mee kari serta pelbagai kuih-muih, buah-buahan dan minuman. Majlis dimulakan dengan pengadilan
Pertandingan Gerai Tercantik yang diadili oleh Ketua Pengarah. Pemilihan adalah berdasarkan kreativiti menghias
gerai. Majlis juga diceriakan dengan persembahan kumpulan Pancaragam ANM dan nyanyian daripada kakitangan
ANM.
19 PUSPAWANGSA - Berita Arkib Negara Malaysia
H
ampir 10, 000 pengunjung telah hadir
memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari
Raya Aidilftri Kementerian Pelancongan
dan Kebudayaan Malaysia yang diadakan pada 3
September 2013 di Malaysia Tourism Centre (MaTIC),
Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Majlis Rumah Terbuka
Hari Raya Aidilftri Kementerian Pelancongan dan
Kebudayaan Malaysia yang dihadiri YB. Dato Seri
Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abdul Aziz disambut
dengan meriah oleh kehadiran pengunjung daripada
pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelancong
asing.
Selepas berucap merasmikan majlis, tetamu
kenamaan yang hadir telah disajikan dengan
persembahan tarian dari Jabatan Kesenian dan
Kebudayaan Negara (JKKN) dan diselang-selikan
dengan persembahan oleh artis jemputan. YB. Dato
Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abdul Aziz, turut
berkesempatan beramah mesra dengan tetamu
yang hadir dan melawat beberapa gerai makanan
dan mencuba sendiri beberapa hidangan yang
disediakan.
Konsep yang diterapkan dalam Majlis Rumah
Terbuka Hari Raya Aidilftri Kementerian Pelancongan
dan Kebudayaan Malaysia bertemakan Warna-warni
Aidilftri. Majlis ini melibatkan 12 agensi di bawah
Ade Iskandar Roslan
Rumah Terbuka Hari Raya
Aidilftri KPK
kedua-dua sektor (pelancongan dan Kebudayaan) dan
setiap agensi diperuntukkan dengan satu gerai dan menu
yang telah ditetapkan. Setiap agensi perlu menghias
gerai mereka dengan kreativiti masing-masing mengikut
kategori yang dipertandingkan. Arkib Negara telah
menghias gerai bertemakan hari raya tahun 70-an dengan
konsep Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee. Gerai Arkib
Negara telah menyediakan hidangan ayam percik.
Majlis ini merupakan salah satu kempen bagi tahun melawat
Malaysia 2014 yang menyasarkan 28 juta pelancong pada
tahun hadapan dengan jumlah peningkatan 12 peratus
pada tahun lepas.
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pemantauan) KPK, YBrs
Dr. Junaida Lee Abdullah dan Encik Azmi Harun menikmati makanan
yang disediakan di gerai Arkib Negara.
YB. Dato Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz
melawat gerai Arkib Negara Malaysia di Rumah Terbuka
Hari Raya Aidilftri KPK di MaTIC, Kuala Lumpur.
20 PUSPAWANGSA - Berita Arkib Negara Malaysia
Koleksi Terpilih
Fail ini mengandungi telegram yang dikirim oleh Inspektor
Curtis kepada Residen British Selangor bagi melaporkan
kehadiran Mat Kilau dan beberapa pengikut beliau di Teluk
Bunga, Tembeling. Mat Kilau diburu oleh pihak British kerana
turut bersama menentang campur tangan British di negeri
Pahang bersama-sama dengan Datuk Bahaman dan Tok Gajah,
bapanya.
TELEGRAM MELAPORKAN KEHADIRAN
MAT KILAU DI TEMBELING PADA
19 OKTOBER 1895
Nur Aqila Nizar
21 PUSPAWANGSA - Berita Arkib Negara Malaysia
Dalam usaha untuk membendung kegiatan komunis, kerajaan British telah memperkenalkan beberapa rancangan di bawah
Undang-Undang Darurat. Antara rancangan-rancangan tersebut ialah penggunaan kad pengenalan bagi mengesan pergerakan
dan kehadiran komunis terutama di kampung-kampung baru. Kad pengenalan ini perlu dibawa ke mana-mana sahaja oleh setiap
penghuni yang keluar masuk dan perlu ditunjukkan kepada pengawal yang berjaga di pusat-pusat pemeriksaan di setiap pintu
masuk . Rancangan ini telah berjaya mengehadkan pergerakan pengganas komunis. Kad pengenalan ini adalah kad pengenalan
pertama yang diperkenalkan di Tanah Melayu.
KAD PENGENALAN
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Salah satu kad pengenalan yang telah dikeluarkan semasa Darurat.
Nur Aqila Nizar
22 PUSPAWANGSA - Berita Arkib Negara Malaysia
23 PUSPAWANGSA - Berita Arkib Negara Malaysia
24 PUSPAWANGSA - Berita Arkib Negara Malaysia
P
ada 27 dan 28 Ogos 2013, seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai dan Kakitangan
pelbagai Jabatan/Agensi Persekutuan di Negeri Sarawak telah menghadiri Bengkel Asas Pemeliharaan dan
Pemuliharaan Rekod di Arkib Negara Malaysia Cawangan Sarawak (ANMCSK). Tujuan utama bengkel ini
adalah untuk memberi kefahaman kepada peserta tentang keperluan pemeliharaan rekod-rekod kerajaan selaras
dengan Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629) dan Pekeliling Perkhidmatan 5/2007 di samping memberi pendedahan
dan pengetahuan asas tentang penjilidan bahan arkib.
Selain itu, penganjuran bengkel ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan ANMCSK dengan Jabatan/
Agensi Persekutuan di Negeri Sarawak. Bengkel dua hari tersebut telah mendedahkan para peserta dengan kaedah-
kaedah jilidan, kaedah-kaedah pembaikan dan maklumat mengenai musuh-musuh rekod.
Bengkel ini ternyata telah memberi impak yang sangat baik di mana para peserta telah dapat memahami keperluan
pemeliharaan rekod-rekod kerajaan demi memastikan dokumen penting negara yang merupakan khazanah negara
terus terpelihara untuk rujukan generasi akan datang. Para peserta juga berbangga kerana dapat menghasilkan
senaskah buku yang dijilid sendiri oleh mereka dengan bimbingan Pembantu Pemuliharaan iaitu Encik Sabri
Mohamed dan Encik Edward Anak Ibit
Pada hari terakhir bengkel, para peserta turut dibawa melawat ke repositori dan melihat sendiri proses kerja
pembersihan bahan arkib. Inisiatif menganjurkan bengkel asas ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang
bagi meningkatkan pengetahuan dan pengalaman penjawat awam. Sesungguhnya, aspek pemeliharaan rekod
amat penting kerana rekod-rekod tersebut adalah bukti perjalanan sejarah pentadbiran negara.
Sukana Suadi
BENGKEL ASAS PEMELIHARAAN
DAN PEMULIHARAAN REKOD
DI ARKIB SARAWAK
Bengkel ini ternyata telah
memberi impak yang
sangat baik di mana
para peserta telah dapat
memahami keperluan
pemeliharaan rekod-rekod
kerajaan demi memastikan
dokumen penting negara
yang merupakan khazanah
negara terus terpelihara
untuk rujukan generasi
akan datang

Encik Sabri Mohamed (kiri) memberi penerangan tentang kaedah jilidan kepada para
peserta bengkel.
25 PUSPAWANGSA - Berita Arkib Negara Malaysia
S
eramai 32 orang peserta terdiri daripada 27
orang guru pelatih dan 5 orang pensyarah
dari Unit Kajian Sosial (PISMP Sejarah),
Institut Pendidikan Guru, Kampus Darulaman,
Jitra, Kedah telah mengadakan lawatan
akademik ke Arkib Negara Malaysia, Cawangan
Kedah dan Perlis pada 27 Ogos 2013. Lawatan
ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan
serta mengenali Arkib Negara dengan lebih
dekat lagi.
Para pensyarah dan guru pelatih telah diberi
taklimat mengenai peranan dan tanggungjawab
Arkib Negara sebagai penyimpan khazanah
warisan sejarah negara. Peserta rombongan
juga diberi taklimat berkaitan kaedah
pemeliharaan dan pemuliharaan dokumen yang
diamalkan oleh Arkib Negara Malaysia.
Pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Darul
Aman, Jitra, Kedah berharap lawatan seperti ini
Peserta rombongan begitu berminat mendengar penerangan berkenaan
kaedah mengawet dokumen daripada Pembantu Pemuliharaan Arkib Negara
Malaysia Cawangan Kedah dan Perlis, Tuan Haji Ramlan (berbaju merah).
Pelatih dan pensyarah IPG Darulaman bersama pegawai-pegawai Arkib Negara Malaysia,
Cawangan Kedah dan Perlis.
IPG DARULAMAN LAWAT ARKIB
Che Rehan Harun
25 PUSPAWANGSA - Berita Arkib Negara Malaysia
akan diteruskan dari semasa ke semasa untuk lebih mengenali
Arkib Negara dan sejarah yang disimpan di gedungnya.
26 PUSPAWANGSA - Berita Arkib Negara Malaysia
Arkib Negara Malaysia Melaka turut terlibat dalam
Program Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Melaka
di Pantai Klebang Melaka pada 6-7 J ulai 2013. Program
ini telah dirasmikan oleh Menteri Belia Dan Sukan, YB
Khairy J amaluddin Bin Abu Bakar yang diiringi oleh Ketua
Menteri Melaka YAB Datuk Idris Haron.
Program yang berlangsung selama dua hari ini telah
menarik perhatian seramai 5,000 orang awam dan
kakitangan kerajaan. Pelbagai aktiviti telah diadakan
oleh penganjur khusus bagi para belia di samping
penganugerahan pingat kepada para belia yang telah
memberikan sumbangan kepada belia dan negara
khasnya.
Antara pengisian pogram dan aktiviti yang telah diadakan
oleh Arkib Negara Malaysia Cawangan Melaka adalah
demo jilidan, pendaftaran penyelidik, pameran bahan
sejarah kemerdekaan dan jualan terbitan Arkib Negara.
Penyertaan ini sebagai salah satu usaha dan kerjasama
Arkib Negara Malaysia Cawangan Melaka dalam aktiviti
yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Melaka.
ARKIB CAWANGAN MELAKA SERTAI
HARI BELIA PERINGKAT NEGERI
Masita Ismail
Salah seorang pelawat melihat bahan-bahan yang dipamerkan sempena
sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Melaka.
Pembantu Pemuliharaan, Mohd Shukri Jailani menunjukkan cara
membuat jilidan kepada salah seorang pelawat.
27 PUSPAWANGSA - Berita Arkib Negara Malaysia
Dari Album Arkib Negara
WARGA ARKIB NEGARA MALAYSIA
Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Puan Hajah Daresah
Haji Ismail (hadapan, lapan dari kanan) bersama sebahagian warga
Arkib bersempena Sambutan Hari Raya Aidilftri, 30 Ogos 2013.
28 PUSPAWANGSA - Berita Arkib Negara Malaysia
WAKTU RUJUKAN DI DEWAN PENYELIDIKAN
Hari Masa
Isnin dan Jumaat 9.00 pagi - 5.00 petang
Selasa hingga Khamis 9.00 pagi - 6.00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum Tutup
Hari Masa
Selasa hingga Ahad 9.00 pagi - 5.00 petang
Jumaat
9.00 pagi - 12.00 tgh
3.00 petang - 5.00 petang
Isnin (kecuali semasa cuti umum
dan cuti sekolah)
Tutup
Hari Masa
Selasa hingga Khamis 10.00 pagi - 5.00 petang
Jumaat
10.00 pagi - 12.00 tgh
3.00 petang - 5.00 petang
Sabtu & Ahad 10.00 petang - 5.00 petang
Isnin (kecuali semasa cuti umum
dan cuti sekolah)
Tutup
ARKIB NEGARA MALAYSIA, JALAN DUTA, 50568 KUALA LUMPUR
Tel : 03-6209 0600 Faks : 03-6201 5679
MEMORIAL, GALERIA DAN PUSTAKA
MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA, JALAN DATO ONN
50480 KUALA LUMPUR Tel : 03-26947277 Faks : 03-26947187
MEMORIAL TUN ABDUL RAZAK, SRI TAMAN, JALAN PERDANA,
50480 KUALA LUMPUR Tel : 03-26937740 Faks : 03-26937335
MEMORIAL TUN HUSSEIN ONN JALAN DATO ONN,
50480 KUALA LUMPUR Tel : 03-20722663 Faks : 03-20722664
GALERIA SRI PERDANA JALAN TERENGGANU, OFF JALAN DAMANSARA
50490 KUALA LUMPUR Tel : 03-20720032 Faks : 03-20720033
RUMAH MERDEKA JALAN PUTRA 05100 ALOR SETAR, KEDAH
Tel. : 04-7204205 Faks : 04-7340235
RUMAH KELAHIRAN P. RAMLEE, LOT 2180, JALAN P. RAMLEE
10460 PULAU PINANG Tel : 04-2817484 Faks : 04-2637210
PUSTAKA PERINGATAN P. RAMLEE NO. 22, JALAN DEDAP,
TAMAN P.RAMLEE, SETAPAK 53100 KUALA LUMPUR
Tel : 03-40231131 Faks : 03-40248632
PUSTAKA PERKHIDMATAN AWAM JALAN CENDERAWASIH,
50480 KUALA LUMPUR Tel : 03-26945284 Faks : 03-26945284
RUMAH KELAHIRAN TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD NO. 18, LORONG
KILANG AIS, TEPI JALAN PEGAWAI, SEBERANG PERAK, 05000
ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN Tel : 04-7722319 Faks : 04-7340235
MEMORIAL TUN GHAFAR BABA LOT 163, PERSIARAN TUN ABDUL
GHAFAR BABA PERINGGIT 75450 MELAKA Tel : 06-2844593
MEMORIAL PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN JALAN PARAMESWARA,
75000 BANDAR HILIR, MELAKA Tel : 06-2841231/06-2841232
Faks : 06-2829730
MASUK ADALAH PERCUMA
INFO BUKU
Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai buku-buku ini dan lain-lain
terbitan Arkib Negara, sila layari www.arkib.gov.my atau hubungi
Seksyen Penerbitan dan Percetakan.
Tel: 03-6209 0695 / 696
Sinopsis

Penerbitan ini adalah transliterasi dokumen-dokumen dalam
Bahasa Portugis Melaka ke Bahasa Inggeris meliputi perkara-
perkara berkaitan Kesultanan Melaka, pemerintahan Portugis di
Melaka dan hubungannya dengan negara-negara luar.

Tahun diterbitkan : 1993 (Cetakan Pertama)
: 2012 (Cetakan Kedua)
Harga : RM60.00
ISBN : 978-967- 912-156-8
Portuguese Documents
On Malacca From
1509 To 1511
Siti Kamaliah Madil

You might also like