Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

Mukasurat 1 dari 4

A De Rhu Hotel

05 JULAI 2014

EN.SAMSI


No. Tel : 013-399 5104
Email : dhiaulhaq@rocketmail.com



Untuk Perhatian : EN. SAMSI

SEBUTHARGA PAKEJ HARI KELUARGA DI DE RHU BEACH RESORT KUANTAN

Tarikh : SEPTEMBER 2014
Jumlah Bilik : 20-25 BILIK
Jumlah Peserta : BELUM DITENTUKAN

Salam Sejahtera daripada Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (LKPP), yang
menguruskan operasi De Rhu Beach Resort Kuantan.

Pihak kami mengucapkan terima kasih di atas kesudian pihak tuan / puan kerana
memilih De Rhu Beach Resort Kuantan sebagai salah sebuah lokasi untuk menganjurkan Majlis Hari Keluarga
bagi jabatan / organisasi tuan / puan. Kami amat berbesar hati di atas sokongan yang telah diberikan
oleh pihak tuan / puan kepada De Rhu Beach Resort Kuantan. Sehubungan itu, kami sertakan di sini
sebutharga bagi tujuan yang tersebut di atas.

Pihak kami berharap sebutharga yang disertakan ini bersesuaian dengan anggaran perbelanjaan pihak
tuan / puan dan dapat membuka peluang bagi kedua pihak terus berhubung untuk perbincangan lanjut.

Untuk sebarang maklumat tambahan berkenaan pakej dan fasiliti di De Rhu Beach Resort Kuantan, sila lawati
laman web kami atau menghubungi :-

Nama : HANZALAH BIN ARHAM
No. Talian Terus : 09 557 8024
No. H/P : 013-774 9421
E - mail : hanz@derhu.com.my
Laman Web : www.derhu.com.my

Untuk makluman pihak tuan / puan, De Rhu Beach Resort Kuantan juga berpengalaman dalam
pengendalian pemeran, seminar, catering, program - program motivasi & bina semangat dan
pelbagai jenis majlis. Sekiranya jabatan / organisasi tuan / puan merancang untuk menganjurkan sebarang
aktiviti / majlis dan berminat untuk menjayakannya di De Rhu Beach Resort Kuantan, silalah berhubung terus
dengan kami untuk mendapatkan sebutharga dan keterangan lanjut.

Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan / puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.

Salam Hormat,
b/p De Rhu Beach Resort Kuantan

HANZ
............................
HANZALAH BIN ARHAM
Sales Asisstant




(Sila rujuk mukasurat seterusnya)

152, Sungai Karang, 26100 Beserah
Kuantan, Pahang Darul Makmur
MALAYSIA
Tel : 6 0 9 5 5 7 9 0 0 0
Fax : 6 0 9 5 4 4 9 3 6 4
Website : www.derhu.com.my
Mukasurat 2 dari 4


SEBUTHARGA PAKEJ HARI KELUARGA

MASA CHECK IN : SELEPAS PUKUL 3.00 PTG MASA CHECK OUT : SEBELUM PUKUL 12.00 T/HARI

A) Pakej Penginapan Untuk Bilik

Bilik Deluxe : RM 220.00 bersih sebilik untuk satu malam
Bilik Superior : RM 180.00 bersih sebilik untuk satu malam
Extra Bed : RM 50.00 bersih bagi satu unit extra beduntuk satu malam

Kos yang dinyatakan termasuk pembiayaan untuk :-

Penginapan untuk 1 malam
Kemudahan tempat meletak kereta
Kemudahan penggunaan kolam renang


B) Pakej Makan

RM 80.00 bersih untuk seorang dewasa
RM 60.00 bersih untuk seorang kanak kanak

Kos yang dinyatakan termasuk pembiayaan untuk :-

1 x Makan pagi bufet
1 x Makan tengahari bufet
1 x Makan malam bufet
Kos penyediaan kerusi meja
Penyelenggaraan banquet secara professional
Kemudahan PA System yang terhad
Kemudahan backdrop (tulis latar belakang) secara penyelenggaraan am

Nota: (1) Bagi kanak yang berumur dibawah 5 tahun, pihak resort tidak akan mengenakan sebarang
pembayaran sekiranya jumlah kehadiran kurang dari 10 orang. Bagi kanak-kanak yang berumur dari 6 12
tahun, pihak resort mengambilkira sebagai peserta kanak-kanak dan akan mengenakan caj seperti yang
tertera. Bagi kanak-kanak yang berumur 13 tahun keatas, diambil kira sebagai dewasa
(2) Untuk menukar makan malam kepada makan malam BBQ, tambahan RM 25.00 akan dikenakan.

Pakej Makan Berasingan

Compulsary
RM 15.00 Dewasa dan RM 10.00 Kanak-Kanak (sarapan diwajibkan)

Optional +
RM 40.00 Dewasa dan RM 30.00 Kanak-Kanak (Makan Malam atau Makan Tengahari)


C) Pakej Sukaneka

RM 400.00 bersih, satu sesi ( 100 Orang)

Kos yang dinyatakan termasuk pembiayaan untuk :-

1 X Sesi sukaneka
8 jenis acara sukaneka yang diselenggarakan secara penuh
Kos penyewaan padang sukaneka
Penyelengaraan secara professional
Minuman kordial secara berterusan sepanjang sukaneka

D) Pakej Karaoke (Karaoke Mudah Alih)

RM 600.00 bersih (Untuk 4 jam, pilihan lagu disediakan)

Mukasurat 3 dari 4


Kos yang dinyatakan termasuk pembiayaan untuk :-

Pengendalian karaoke secara professional
Pilihan lagu-lagu baru & lama
Kos penyewaan & penyelenggaraan karaoke





PENYAJIAN MAKAN MINUM

Sila maklum yang sebut harga diatas adalah berdasarkan penyajian makan minum secara buffet. Makanan
yang dimasak atau yang dibawa dari pada luar adalah dilarang sama sekali di dalam kawasan resort.

AKTIVITI-AKTIVITI SAMPINGAN

Aktiviti-aktiviti sampingan seperti acara sukan laut, sukaneka, lawatan khas seperti melancong ke
perkampungan nelayan, tempat membuat batik dan sebagainya boleh diuruskan oleh pihak resort dengan
harga yang berpatutan. Sila hubungi pihak kami untuk mendapatkan senarai harga dan aktiviti-aktiviti
sampingan yang boleh dikendalikan.

PENGESAHAN & PEMBAYARAN

Kami (Pihak Sales) dan pihak pengurusan amat menghargai sekiranya pihak jabatan dapat membuat
pengesahan tempahan secara faks / surat / email, dengan pembayaran sebanyak 80% dari jumlah
keseluruhan dan diharap agar dapat menyertakan sekali slip bank / draf bank / resip pembayaran - sebagai
guaranti dan keikhlasan pihak jabatan bagi tempahan yang dibuat.

Bagi pembayaran melalui pesanan kerajaan, diharap pihak jabatan dapat menyediakan surat tawaran
bagi pengesahan tempahan.

POLISI PEMBATALAN TEMPAHAN

Pihak resort berhak untuk menggunakan polisi pembatalan tempahan yang berikut:-

60 hari dari tarikh kemasukan : Mengikut kepada kepentingan majlis,
pihak resort berhak ke atas 15%
daripada jumlah keseluruhan.
30 hari dari tarikh kemasukan : 30% dari jumlah keseluruhan tempahan.
14 hari dari tarikh kemasukan : 70% dari jumlah keseluruhan tempahan.
7 hari dari tarikh kemasukan : Tiada sebarang pembayaran balik akan
dibuat.

TARIKH LUPUT TEMPAHAN : 7 HARI DARI TARIKH TERIMA SEBUTHARGA

POLISI SEBUTHARGA

Sebutharga ini hanyalah sah tempohlakunya selama 30 hari dari tarikh sebutharga dikeluarkan, dimana
sebutharga akan dianggap tidak sah dan batal sekiranya tiada sebarang deposit dan/atau surat pengesahan
dari pihak pengendali.

Pihak resort berhak menolak tempahan sekiranya (1) Resort telah penuh (full house) dari segi bilik atau
kawasan majlis bagi tarikh yang diminta (2) Bilik-bilik mesyuarat atau kawasan yang diminta, telah ditempah
terlebih dahulu oleh pihak lain

(3) Terdapat pihak lain yang telah membuat pembayaran deposit terlebih dahulu, selepas dari tarikh luput
tempahan, dan tiada sebarang deposit / pengesahan yang diterima dari pihak pengendali..

Sebutharga ini hanyalah sebutharga bagi majlis dan pihak yang tertera diatas dan hanyalah untuk waktu
yang di tetapkan DAN tidak boleh diambil kira sebagai indikasi bagi pengesahan tempahan / atau
penyelenggaraan majlis, KECUALI mukasurat akhir ditanda tangani dan di cop rasmi.
Mukasurat 4 dari 4




PEMBAYARAN

Sila nyatakan bentuk pembayaran yang akan dibuat. Pihak resort amat berharap yang pihak jabatan dapat
membuat pembayaran selepas majlis dalam bentuk kad kredit, wang tunai, cek. Jika bentuk pembayaran
melalui Pesanan Kerajaan di harap pihak jabatan dapat melampirkan salinan (pecahan pembayaran)
untuk tindakan selanjutnya. Berikut adalah butiran untuk keperluan penjelasan pembayaran:-


I. Penyata Pembayaran : LKPP / DE RHU BEACH RESORT
Bank : BANK MUAMALAT
No Akaun : 060 100 027 517 10

II. Penyata Pembayaran : LKPP / DE RHU BEACH RESORT
Bank : MALAYAN BANKING BERHAD
No Akaun : 556 011 009 145

No Telefon : 09 557 9023 / 011 2304 9116 / 013 246 8733
No Faks : 09 544 9364 / 557 9002


Diharap pihak jabatan berpuas hati dengan pakej yang telah ditawarkan serta kemudahan yang tersedia.
Kami akan berusaha untuk mengendalikan majlis yang disebutkan di atas dengan sebaik mungkin. Jika ada
sebarang kemusykilan dan pertanyaan lanjut, kami bersedia untuk membantu seadanya.


Sekian. Terima kasih. Saya terima sebutharga diatas bagi pihak syarikat :

Jabatan :........
HANZ Nama :.
............................... Jawatan :.
HANZALAH BIN ARHAM Tarikh :.
Sales Asisstant Tandatangan :...........
De Rhu Beach Resort Kuantan
Cop Rasmi :















(Mukasurat Akhir, Terima Kasih)

You might also like