Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 33

PSV 3111 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PPGBM FEBRUARI 2012 1



Tugasan 2 :Secara individu buat pemerhatian dan kumpul data dari 5 orang pelajar anda untuk
pencapaian tahun ini tentang lima bentuk pentaksiran Pendidikan seni Visual seperti di bawah :
i/ Penilaian Sumatif
ii/ Penilaian Formatif
iii/ Pemerhatian
iV/ Portfolio
v/ Hasil kerja


1.1 Pengenalan

Pentaksiran dalam pembelajaran bertujuan mendapatkan informasi dan maklumat bagi
menentukan tahap keupayaan dan kebolehan murid dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Berdasarkan keputusan yang diperolehi guru boleh merancang dan
mengubahsuai aktiviti pembelajaran berdasarkan kemampuan murid. Bukti-bukti dan bahan
yang dikumpul dalam satu tempoh masa membolehkan guru mentafsir keberkesanan aktiviti
pembelajaran. Bukti dan data dapat diambil dalam penilaian sumatif, penilaian formatif,
pemerhatian, portfolio dan hasil kerja.

1.2 Takrif Pentaksiran
Berdasarkan kepada seorang pakar bidang pengukuran dan penilaian iaitu David Payne
di dalam buku beliau bertajuk Applied Educational Assessment, 2003, pentaksiran ialah
integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi atau memberi nilai kepada maklumat
dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. Secara
ringkasnya, beliau menyarankan:
Pentaksiran = Pengukuran + Penilaian
Bagi mendapatkan maklumat tentang tahap pembelajaran kanak-kanak, kita boleh
mengguna proses pengukuran, penilaian atau pentaksiran. Pengukuran ialah proses
mendapatkan maklumat dengan cara mengukur menggunakan instrumen sebelum ukuran itu
PSV 3111 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PPGBM FEBRUARI 2012 2

dapat dinilai atau diinterpretasikan. Proses pengukuran berakhir dengan maklumat berbentuk
kuantitatif seperti markah mentah, peratus markah mentah, persentil (peratusan kedudukan
seseorang berbanding kedudukan orang lain), agregat dan pangkat atau band. Di prasekolah
kebiasaannya, ukuran di atas boleh didapati sama ada dengan menggunakan instrumen atau
pun tidak. Instrumen atau alat pengukuran pendidikan yang biasa digunakan ialah ujian, soal
selidik (questionnaire), kuiz, portflio dan senarai semak (check list).
Tanpa instrumen, ukuran diperoleh dengan cara taksiran, anggaran, agakan, takulan
dan pemerhatian. Sebagai analogi, kita boleh mengetahui ukuran atau maklumat tentang berat
seorang kanak-kanak Tahun Satu di Malaysia tanpa mengguna penimbang. Begitu juga
seorang guru boleh mengetahui ukuran atau maklumat tentang sejauh mana muridnya
menguasai apa yang dipelajari, tanpa menjalankan ujian, dengan cara di atas. Walau
bagaimanapun, ukuran yang diperoleh tanpa mengguna instrumen tentunya kurang tepat dan
kurang boleh dipercayai kerana seringkali berubah-ubah mengikut masa, mengikut orang yang
mentaksir dan mengikut keadaan.
Penilaian pula merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sesuatu diikuti
dengan proses memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat itu. Misalnya, pernyataan
Ahmad mendapat markah 90% dalam ujian pendidikan seni visual, oleh itu dia adalah seorang
murid yang cemerlang dalam mata pelajaran itu, merupakan penilaian atau interpretasi tentang
ukuran atau maklumat. Tidak seperti pengukuran, maklumat yang diperoleh daripada penilaian
boleh jadi berbentuk kuantitatif atau kualitatif. Maklumat kualitatif dalam penilaian adalah seperti
Baik, Cemerlang, Menguasai tahap pencapaian minimum dan Boleh membaca dengan
kefahaman yang tinggi. Perhatikan bahawa maklumat kualitatif dalam penilaian boleh jadi
nilaian atau interpretasi kepada maklumat kuantitatif.
Dalam pendidikan, proses mengumpul maklumat, memberi nilai atau interpretasi kepada
maklumat dan membuat keputusan boleh berlaku secara formal atau tidak formal. Ketiga-tiga
proses di atas berlaku secara timbal balik dan sepadu antara satu sama lain dan sepadu
dengan proses pengajaran-pembelajaran. Namun begitu, menurut Mindes dan rakan-rakannya
(1995) dalam membincangkan penilaian khusus dalam pendidikan awal kanak-kanak,
mentakrifkan penilaian sebagai proses mengumpul maklumat untuk membuat keputusan
mengenai kanak-kanak di mana penilaian itu perlulah memberikan maklumat dalam semua
aspek perkembangan. Jelas di sini, penilaian merangkumi tetapi tidak terbatas kepada penilaian
berbentuk ujian sahaja.
PSV 3111 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PPGBM FEBRUARI 2012 3


Pengertian istilah pentaksiran atau assessment yang berasal daripada perkataan Greek
Assidere iaitu bermaksud Duduk di sisi seperti dinyatakan di atas sesuai dengan apa yang
dilakukan oleh ibu bapa dalam mengajar Al-Quran dalam tradisi pendidikan orang Melayu.
Proses pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran berlaku secara timbal balik dan sepadu di
mana sambil mengajar anaknya mengaji Quran, seorang ibu membuat pentaksiran secara tak
formal kerana dia tahu adakah anaknya telah menguasai apa yang dipelajari atau belum dan
dia tahu sama ada anaknya perlu mengulang balik atau meningkatkan ke tahap yang lebih
tinggi. Di samping itu, si ibu akan menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak mulia yang holistik
sifatnya semasa proses tersebut berjalan. Dalam hal ini si ibu tidak perlu pun mengadakan ujian
atau peperiksaan yang formal tetapi dia tetap dikatakan mendidik menggunakan proses
pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran yang sepadu.
Dalam pendidikan, ujian bertulis merupakan satu kaedah, sistem atau mekanisma yang
digunakan dalam proses pentaksiran. Kaedah ini tidak sesuai jika dilaksanakan dalam
pendidikan awal kanak-kanak. Ini adalah kerana, perkembangan kanak-kanak meliputi pelbagai
aspek contohnya dari segi emosi, sosial, fizikal yang mana ia tidak memerlukan kaedah ujian
sebagai alat untuk mengukur perkembangan mereka. Selain daripada isu kesesuaian
penggunaan penilaian berbentuk ini untuk kanak-kanak menghadapi risiko pelabelan yang
boleh membawa kesan negatif berlanjutan kepada kanak-kanak itu (Katz, 1997; Quay & Steele,
1998). Dodge et. al.(1994) mencadangkan agar pengumpulan maklumat tentang kanak-kanak
dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan perkembangan mereka dinilai melalui pemerhatian,
dokumentasi dan tugasan yang dilakukan oleh kanak-kanak. Merujuk kepada Falsafah
Pendidikan Negara pula, setiap individu yang dididik di bawah sistem pendidikan negara
diharap mernpunyai ciri nilai dan jati diri yang mampu rnenghasilkan insan rnulia serta berupaya
rnencapai kesejahteraan diri dalam memberi sumbangan terhadap negara. Namun adakah
sistem pendidikan yang bertunjangkan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN) mampu
mendidik dan melahirkan warganegara seperti yang dihasratkan.




PSV 3111 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PPGBM FEBRUARI 2012 4


1.3 Tujuan pentaksiran




Jadual 1: Tujuan Pentaksiran

Prinsip Pentaksiran


Tujuan
gambaran prestasi
murid dalam p&p
maklumat
berterusan tentang
p&p
memperbaiki
matapelajaran
menilai
aktiviti semasa
pembelajaran
Prinsip
Pentaksiran
Instrumen
Kumpulan
yang ditaksir
respon
Kumpulan
yang menaksir
Skor
PSV 3111 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PPGBM FEBRUARI 2012 5

Jadual 2 : Prinsip-prinsip pentaksiran

2.0 Lima Bentuk Pentaksiran Yang Digunakan Oleh Guru Pendidikan Seni Visual
Berikut merupakan lima bentuk pentaksiran yang telah dan sedang dijalankan oleh Pendidikan
Seni Visual di sekolah dengan cara membuat permerhatian terhadap lima orang murid tahun
satu.

2.1 Penilaian formatif
Penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran,
untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang
diajar.

2.1.1 Ciri-ciri Penilaian Formatif :
i. dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum.

ii. dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini
digunakan secara terus menerus.

iii. bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input akan masalah yang
dihadapi murid dalam mengikuti pembelajaran.

iv. dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung


v. maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta dalam memperbaiki
pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dan guru sama-sama memperolehi manfaat
daripadanya

vi. Contoh: sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah yang tidak
ditentukan gred.




PSV 3111 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PPGBM FEBRUARI 2012 6


2.1.2 Prosedur Penilaian Formatif

2.1.2.1 Menentukan topik pembelajaran
Sukatan pelajaran mengandungi beberapa topik yang seharusnya dihabiskan sepanjang sesi
persekolahan untuk satu tahun.
2.1.2.2 Topik berdasarkan sukatan pelajaran disusun mengikut peringkat kesukaran.
Seandainya topik tersebut mempunyai cakupan yang luas, maka penekanan harus diberikan
dan mungkin diperlukan dikecilkan kepada sub-topik tertentu.
Dengan cara ini guru akan dapat memastikan murid-murid menguasai sesuatu sub-topik
tertentu terlebih dahulu sebelum meneruskan kepada topik-topik seterusnya.
Sebelum beralih kepada topik lain, guru akan mengadakan ujian formatif untuk melihat tahap
penguasaan sesuatu topik.

2.1.2.2 Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topik pembelajaran.
Guru menentukan kebolehan pelajar dalam mengenal warna, simbol, membaca dan lain-lain
mengikut keperluan topik berkenaan.
Setelah aspek berkenaan ditentukan, maka guru boleh menentu tahap penguasaan murid-
murid dalam bilik darjah terhadap satu-satu topik berkenaan.
Dalam hal ini apabila keputusan menunjukkan 80% hingga 90% pelajar telah menunjukkan
penguasaan terhadap sesuatu topik, memperlihatkan bahawa kebanyakan pelajar sudah
menguasai topik berkenaan.

2.1.2.3 Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik.
Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam topik-topik pembelajaran pada
peringkat perlakuan tertentu dengan berdasarkan taksonomi pendidikan.
Setelah pemeringkatan mengikut tahap perlakuan selesai, guru seterusnya mengaitkan semua
elemen berkenaan yang terdapat dalam satu-satu topik agar saling bertautan dan tidak
terpisah.


PSV 3111 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PPGBM FEBRUARI 2012 7




Jadual 3 :Aras Taksonomi Bloom

TAHAP ISTILAH
Pengetahuan
Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas,
definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll
daripada pembelajaran yang lepas.

Nyatakan,
terangkan,
namakan, labelkan.
Kefahaman
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk
kepada satu bentuk yang lain, menyatakan
idea-idea utama dalam ayat sendiri,
menterjemah, memberi contoh kepada konsep,
menterjemah draf.


Pilih, terangkan,
tulis semula.

Penggunaan
Menggunakan maklumat dalam situasi yang
baru, termasuk menyelesaikan masalah
menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori,
formula. Bina graf daripada data, dll.


selesaikan,
ramalkan, cari,
kesilapan, bina alat.
Analisis
Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada
yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat,
kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur
organisasi.


Bezakan, pasti, pilih.

Sintesis
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu,
usaha tersendiri, menyelesaikan masalah,
membuat ramalan, membuat klasifikasi.


Bina, hasilkan,
susun, kembangkan.
Penilaian
Membuat pertimbangan termasuk memberi
rasional atas alasan dalaman atau luaran,
menafsir dan mengkritik

Pilih, berikan alasan,
kritikan, buktikan.


Dipetik dari sumber : Modul( PSV 3111 Pentaksiran Pendidikan Seni )


PSV 3111 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PPGBM FEBRUARI 2012 8


2.1.2.4 Membentuk soalan ujian.
Dilakukan selepas penentuan elemen-elemen berkenaan setiap elemen berkenaan seharusnya
diuji kepada pelajar sekurang-kurangnya satu soalan.

2.1.2.5 Mencadangkan langkah susulan.
Guru mengetahui tahap penguasaan sesuatu topik pembelajaran di samping kesukaran yang
dihadapi oleh murid-murid.
Tindakan susulan harus dilaksanakan berdasarkan keputusan ujian yang diperolehi.
Contoh: murid-murid masih menunjukkan kelemahan ketara dalam sesuatu topik, maka
tindakan selanjutnya yang harus diambil oleh guru ialah mengulang semula topik berkenaan
atau mengubah suai pendekatan penyampaian agar murid-murid boleh menguasai topik
tersebut.

2.1.2.6 Tujuan Penilaian Formatif:
i. memperbaiki pengajaran pembelajaran

ii. meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pelajaran.

iii. memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada pada penyampaian guru
atau penguasaan murid dan seterusnya guru akan memperbaiki agar murid dapat
menguasai dengan lebih baik.

iv. menolong murid-murid menguasai sesuatu unit atau topik pembelajaran dan ini
memungkinkan mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik pada akhir penggal
atau semester persekolahan.

v. memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian pelajar. Menjadi satu kepuasan
kepada seseorang guru apabila beliau dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dari
semasa ke semasa.

vi. guru dapat meninggi dan mengekalkan pencapaian yang memuaskan. Hal ini melalui
perbandingan yang boleh dibuat antara pencapaian murid sekarang dengan pencapaian
murid-murid lalu melalui rekod ujian formatif yang telah dikendalikan dan mencatatkan
masalah yang dihadapi oleh murid-murid dahulu serta langkah penyelesaian yang telah
diambil. Dengan cara ini, guru dapat mengekalkan prestasi pelajar dan meramal
pencapaian pada akhir penggal persekolahan.
PSV 3111 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PPGBM FEBRUARI 2012 9


vii. mengubah suai pengajaran seseorang guru.

viii. guru juga dapat menentukan pendekatan yang lebih baik dalam penyampaian.

ix. memberikan bimbingan pembelajaran kepada murid-murid.

x. menjadikan murid sentiasa bersedia untuk menduduki siri ujian yang dijalankan dan
dengan itu memerlukan ketekunan dan tumpuan kepada topik-topik pembelajaran



































PSV 3111 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PPGBM FEBRUARI 2012 10



Pemerhatian Ke atas Keputusan Peperiksaan Formatif Murid Tahun Empat Sk. Tuguson















72
74
76
78
80
82
84
86
ARNOLSON DEETHA FENSON FEROS RICHILLA
KEPUTUSAN UJIAN FORMATIF TAHUN 4 PSV
KEPUTUSAN UJIAN FORMATIF
TAHUN 4 PSV
PSV 3111 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PPGBM FEBRUARI 2012 11

2.2 Penilaian Sumatif
Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir penggal/
akhir tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar. Berbeza dengan penilaian
formatif yang lebih menumpukan kepada penilaian penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk,
penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal
persekolahan atau akhir tahun yang juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum.
2.2.1 Ciri- ciri Penilaian Sumatif:
i. lebih menumpukan menilai tahap penguasaan pelajar dalam satu-satu topik
pembelajaran
ii. untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal persekolahan
dan digunakan untuk menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara
keseluruhan
2.2.2 Langkah-langkah membentuk ujian sumatif :
i. Membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi maklumat yang lengkap
berkaitan objektif, bentuk item, jumlah item, tempoh penilaian, kandungan dan
sebagainya. Ini bagi memastikan kesahan ujian yang bakal dilaksanakan dan
kebolehpercayaan keputusan yang diperolehi.

ii. Menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan perlakuan yang ingin diuji.
Setiap item haruslah menguji objektif pelajaran yang telah ditetapkan

iii. Mengumpul item secara sistematik. Misalnya mengelompokkan item mengikut
bentuk yang sama. Item objektif diasingkan dengan item mengisi tempat kosong,
esei dan sebagainya. Item juga boleh disusun mengikut susunan topik atau mengikut
aras kemahiran kognitif. Misalnya menyusun soalan bermula aras rendah diikuti aras
lebih tinggi.

iv. Menyiapkan skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan kertas ujian. Ini dapat
mengelakkan berlakunya bias dalam pemberian markah murid-murid.


v. Menyediakan arahan yang jelas tentang apa yang seharusnya murid lakukan dalam
menjawab setiap soalan yang dikemukakan.

vi. Menguji item tersebut terlebih dahulu melalui ujian rintis kepada sampel pelajar bagi
memastikan ujian yang bakal dijalankan itu benar-benar sah dan boleh dipercayai
serta dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud pada item berkenaan.

vii. Menganalisis item yang telah ditadbir secara rintis bagi mengetahui aras kesukaran
item, daya diskriminasi item, ketunggalan item, kesahan dan kebolehpercayaan
berkenaan serta memastikan pilihan jawapan yang disediakan (distraktor) dapat
PSV 3111 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PPGBM FEBRUARI 2012 12

berperanan dengan baik






Jadual : Langkah-langkah Membentuk Ujian Sumatif



2.2.3 Tujuan Penilaian Sumatif :
i. membantu murid-murid secara individu dalam meningkatkan pencapaian.

ii. memberikan gred kepada murid-murid berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan
dalam peperiksaan yang diadakan

iii. mengiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar. Ini berdasarkan skor
yang diperolehi oleh pelajar dalam penilaian yang dijalankan.

iv. dijadikan petunjuk dalam memulakan sesuatu kursus baru yang berkaitan.

v. memperlihatkan peringkat pencapaian yang berbeza mengikut kumpulan


Berikut ialah hasil penilaian sumatif yang berbentuk penilaian secara deskriptor
terhadap lima murid tahun satu. Statistik Deskriptif adalah suatu rangkaian proses
pengumpulan, penyajian, dan, peringkasan berbagai karakteristik data, dengan tujuan
mengkomunikasikan data tersebut, agar dapat menjadi informasi yang bermanfaat. Statistik
deskriptif penting bagi seorang guru sebagai pengkaji kerana ia merupakan cara atau kaedah
mengurus dan menyenaraikan data yang baik. Ini bermakna, sekiranya guru ingin ingin
melihat prestasi seseorang murid untuk sesuatu tempoh masa tertentu, guru akan memilih
untuk menggunakan statistik ini bagi melihat tahap pencapaian murid tersebut.

membentuk
JPU
menggubal
soalan
mengumpul
item secara
sistematik
menyiapkan
skema
menyediakan
arahan
mengujii item
menganalisis
item
PSV 3111 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PPGBM FEBRUARI 2012 13







PERBANDINGAN KEPUTUSAN MURID DALAM BIDANG MENGGAMBAR


80
81
82
83
84
85
86
87
88
89
ABELSON
OWEN
ARECHON
DEETHA
MAY
MAJIMIH
FEROS
MUDIN
RICHILA
EVELYN
FENSON
LAMAN
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PENGGALPERTAMA TAHUN
EMPAT PSV
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
PENGGAL KEDUATAHUN EMPAT
PSV
0
1
2
3
4
5
6
LUKISAN CATAT GOSOKAN CAPAN MOZEK POSTER
ABELSON
DEETHA MAY
FEROS MUDIN
RICHILLA
FENSON
Column1
PSV 3111 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PPGBM FEBRUARI 2012 14


Peperiksaan Akhir Tahun
Pendidikan Seni dan Visual
Tahun 4 , 2014

Pilih satu soalan sahaja daripada soalan-soalan di bawah ini.
1. Bidang : Mencorak dan membuat rekaan
Tajuk : Corak Pembalut Hadiah
Aktiviti : Capan (corak terancang).
Alat dan Bahan : Bendi atau pelepah pisang atau kentang atau bawang merah atau sayur-
sayuran, berus, warna air, bekas warna
Soalan : Murid diminta membuat corak pembalut hadiah dengan menggunakan sayuran
dan tumbuhan.

2. Bidang : Membentuk dan Membuat Binaan
Tajuk : Kad ucapan hari raya
Aktiviti : Guntingan dan Tampalan
Alat dan Bahan : Kertas warna, gunting, gam, pelekat hiasan, pensel warna air.
Soalan : Murid diminta menghasilkan kad ucapan hari raya secantik mungkin.

3. Bidang : Menggambar
Tajuk : Poster hari kebangsaan
Aktiviti : Catan
Alat dan Bahan : Krayon/pensel warna
Soalan : Murid diminta menghasilkan gambar berdasarkan tajuk.

4. Bidang : Mengenal Kraf Tradisional
Tajuk : Tanglung
Aktiviti : Guntingan dan tampalan
Alat dan Bahan : Kertas warna, kertas surat khabar bercorak, gunting, gam.


Disediakan Oleh Disemak Oleh


(RODZIAH BINTI SEBULAT) ( MILLIAN LANTUKAN )
GURU P. SENI DAN VISUAL PANITIA P.SENI DAN VISUAL
TAHUN EMPAT

PSV 3111 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PPGBM FEBRUARI 2012 15


PEMERHATIAN

Penilaian kaedah pemerhatian adalah merupakan jenis penilaian authentik. Ragbir Kaur
Joginder Singh (2012) menjelaskan bahawa pemerhatian ialah sejenis bentuk penilaian autentik
yang menolong guru-guru untuk membimbing murid-murid untuk mempertingkatkan kebolehan
mereka secara individu. Pengimplementasian kaedah penilaian pemerhatian ini boleh dijalani
secara global atau analitik berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan oleh seorang
guru. Jenis penilaian ini mudah dan senang untuk dilaksanakan oleh guru-guru tetapi sangat
sukar untuk menentukan kesahan dapatannya. Ini kerana kaedah pemerhatian di pengaruhi
oleh persepsi (tanggapan), ilmu dan pengalaman sebenar guru-guru. Guru-guru boleh
membuat persepsi atau tanggapan terhadap murid-murid. Mereka juga boleh membuat
pemerhatian jangka panjang atau jangka pendek. Dalam penilaian ini, guru-guru akan
melaporkan apa jua aksi yang mereka saksikan.
Cara paling baik untuk melaporkan pemerhatian ialah dengan menggunakan senarai
semak dan rubrik. Guru-guru juga boleh menggunakan senarai semak atau rekod anekdot
untuk membuat pemerhatian kognitif, afektif, psikomotor, materialistik dan persekitaran.
Senarai semak selalu digunakan untuk memerhati pencapaian murid-murid selepas satu
jangkamasa tertentu. Ia juga dapat digunakan untuk menentukan sama ada murid-murid telah
mencapai kriteria untuk tugasan spesifik yang ditetapkan. Ia juga digunakan untuk penilaian
bilik darjah kerana ia senang untuk dibentuk dan mudah untuk digunakan.
Merujuk Huraian Sukatan Pelajaran (2002) penilaian kaedah pemerhatian dalam
konteks pendidikan seni visual sekolah rendah, melibatkan pemerhatian proses dan
pemerhatian hasil kerja. Pemerhatian yang dilakukan oleh guru semasa murid membuat kerja
adalah dikenali sebagai pemerhatian proses berguna kerana guru dapat menilai penguasan
kemahiran amali dan perkembangan bakat murid. Selain daripada itu, guru juga dapat menilai
penguasan kemahiran sosial, amalan murid serta memerhati penglahiran emosi dan perasaan.
Tahap kreativiti murid juga dapat di kesan melalui pemerhatian. Pencapaian kebolehan dan
kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerja dilakukan dengan melihat kriteria-kriter ia
tertentu pada hasil kerja bagi tujuan penilaian. Antara kriteria yang dipilih untuk penilaian ialah
gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan. Ini dikenali sebagai
pemerhatian hasil kerja.
PSV 3111 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PPGBM FEBRUARI 2012 16

Guru-guru juga boleh menggunakan rubrik dalam teknik pemerhatian. Sebuah rubrik
menyediakan satu ukuran tentang kualiti pencapaian atas dasar kriteria-kriteria yang telah
ditetapkan. Rubrik juga boleh digunakan dengan satu kriteria yang dapat menyediakan
piawaian dalam menilai pencapaian murid. Sebagai contoh, rubrik juga dapat digunakan
sebagai alat untuk menilai tugasan matematik/bahasa yang melibatkan produksi lisan atau
bertulis daripada pihak murid.

RUBRIK NILAI DAN SAHSIAH LIMA MURID TAHUN EMPAT MENGIKUT BIDANG

NAMA MURID AMALAN
NILAI MURNI
MENGHORMATI
DAN
MEMATUHI
ARAHAN
MENGHARGAI
KERJA
SENDIRI,KUMPULAN
DAN
RAKANSEBAYA
ABELSON OWEN
ARECHON

DEETHA MAY
MAJIMIH

FEROS MUDIN
FENSON LAMAN
RICHILA RICHARD


Ulasan guru : Pemerhatian ini adalah berdasarkan sikap dan nilai sahsiah murid






PSV 3111 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PPGBM FEBRUARI 2012 17


PORTFOLIO

Dalam Pendidikan Seni Visual, penyimpanan atau dokumentasi bahan bukti proses
pembelajaran pelajar adalah digalakkan. Bahan bukti ini mengandungi pengetahuan, kemahiran
dan pemikiran serta penyataan perasaan pelajar. Bahan ini dikumpulkan dan dipersembahkan
secara terancang. Rakaman Proses Pembelajaran Rakaman proses pembelajaran ini
merangkumi beberapa kecerdasan dan ia dikaitkan dengan alat penilaian benar.
Portfolio menurut Ragbir Kaur Joginder Singh (2012) ialah satu koleksi yang terdiri
daripada pelbagai resos dan bahan-bahan yang relevan dengan hasil pembelajaran murid
dalam sesuatu mata pelajaran. Sesuatu portfolio biasa mendokumentasikan semua hasil kerja
murid dan mungkin termasuk perekodan proses-proses yang lain seperti draf kerja murid,
penilaian kendiri murid dan penilaian ibu bapa. Ia dapat digunakan untuk menilai kebolehan dan
kemajuan murid-murid secara berterusan. Oleh kerana portfolio disediakan oleh murid-murid
dalam masa bebas mereka, ia juga dapat digunakan sebagai satu rekod untuk menunjukkan
pencapaian mereka dalam pelbagai mata pelajaran di sekolah. Guru-guru mesti menentukan
tahap pencapaian yang murid-murid mesti menunjukan dalam portfolio mereka. Sebuah
portfolio yang lengkap terdiri daripada bahan-bahan berikut:
i. Nota-nota yang disediakan oleh guru
ii. Senarai semak yang disediakan oleh guru
iii. Refleksi kendiri murid
iv. Buku log
v. Buku jurnal; dan
vi. Gambar dan foto
Jenis-jenis portfolio yang berlainan yang murid-murid boleh cipta adalah portfolio bekerja,
portfolio dokumentari, portfolio produk akhir, portfolio individu dan kerja kumpulan.




PSV 3111 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PPGBM FEBRUARI 2012 18



















PSV 3111 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PPGBM FEBRUARI 2012 19


HASIL KERJA

Pemerhatian hasil kerja adalah penilaian pencapaian kebolehan dan kemahiran murid
yang diperlihatkan pada hasil kerja. Kriteria-kriteria yang relevan dalam penilaian adalah
gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan. Aspek afektif juga
boleh dinilai oleh guru semasa menggunakan kaedah pemerhatian. Semasa proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual, nilai-nilai yang sesuai diperhatikan
adalah kebersihan dan keteraturan, keselamatan, ketekunan, bekerjasama,ketelitian dan
kesempurnaan. Penilaian secara lisan dan interaksi ialah satu kaedah penilaian di mana guru
berinteraksi dengan murid untuk mengetahui tahap penguasan murid terhadap aspek seni,
kemahiran berkomunikasi dalam bahasa seni dan menilai potensi murid dalam kemahiran
berfikir.
Aktiviti-aktiviti lisan yang boleh dijalankan ialah soal jawab, peta minda, kuiz, temubual,
teka teki, forum, seminar, lakonan dan sumbangsaran. Perkara-perkara yang boleh dinilai
secara lisan adalah penguasan pengetahuan, pemahaman konsep, penguasan kemahiran
berfikir dan belajar, kemahiran berbahasa seni dan sosial, perkembangan daya kreatif dan
mengenalpasti perlakuan emosi, perasaan dan perubahan sikap murid. Penilaian secara
penulisan pula dapat mengesan dan mengukur perkembangan dan pemahaman murid dalam
pelbagai aspek pengetahuan serta merekod proses dalam bentuk folio.
Penilaian menggunakan kaedah penulisan dapat merangsang pemikiran murid secara
logikal, kritikal dan analitikal. Murid juga digalakkan membuat kajian, eksperimentasi serta
membuat perancangan. Melalui penilaian ini, guru dapat menilai tahap penguasan
pengetahuan, pemahaman konsep, proses dan teknik serta kemahiran bahasa seni dan
kemahiran berfikir. Pembinaan soalan-soalan obejktif dan subjektif harus menggambarkan
pembelajaran secara keseluruhan yang menitikberatkan aras kesukaran berasaskan
Taxonomy Bloom seperti pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.








PSV 3111 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PPGBM FEBRUARI 2012 20

Hasil Kerja Murid Tahun Empat
Bidang : Membuat Corak Dan Rekaan
Kegiatan : Menggunakan Corak MenggunakanTeknik Resis
Bahan Dan Alat : Krayon dan Warna air

Contoh Hasil Kerja Murid :







PSV 3111 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PPGBM FEBRUARI 2012 21

Soalan 3 : Secara Individu, buat pembacaan dan hasilkan satu instrumen pentaksiran
dalam Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual di Sekolah Anda. Penulisan refleksi perlu
disertakan

INSTRUMEN MENCORAK DAN MEMBUAT REKAAN

Bidang : Mencorak dan membuat rekaan

Tajuk : Corak Pembalut Hadiah

Aktiviti : Capan (corak terancang).

Alat dan Bahan :
Bendi atau pelepah pisang atau kentang atau bawang
merah atau sayur-sayuran, berus, warna air, bekas warna

Soalan : Murid diminta membuat corak pembalut hadiah dengan
menggunakan sayuran dan tumbuhan.



Disediakan Oleh Disemak Oleh

(RODZIAH BINTI SEBULAT) ( MILLIAN LANTUKAN )
GURU P. SENI DAN VISUAL PANITIA P.SENI DAN VISUAL
TAHUN EMPAT

PSV 3111 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PPGBM FEBRUARI 2012 22

Peperiksaan Akhir Tahun
Pendidikan Seni dan Visual
Tahun 4 , 2014

Pilih satu soalan sahaja daripada soalan-soalan di bawah ini.
1. Bidang : Mencorak dan membuat rekaan
Tajuk : Corak Pembalut Hadiah
Aktiviti : Capan (corak terancang).
Alat dan Bahan : Bendi atau pelepah pisang atau kentang atau bawang merah atau sayur-
sayuran, berus, warna air, bekas warna
Soalan : Murid diminta membuat corak pembalut hadiah dengan menggunakan sayuran
dan tumbuhan.

2. Bidang : Membentuk dan Membuat Binaan
Tajuk : Kad ucapan hari raya
Aktiviti : Guntingan dan Tampalan
Alat dan Bahan : Kertas warna, gunting, gam, pelekat hiasan, pensel warna air.
Soalan : Murid diminta menghasilkan kad ucapan hari raya secantik mungkin.

3. Bidang : Menggambar
Tajuk : Poster hari kebangsaan
Aktiviti : Catan
Alat dan Bahan : Krayon/pensel warna
Soalan : Murid diminta menghasilkan gambar berdasarkan tajuk.

4. Bidang : Mengenal Kraf Tradisional
Tajuk : Tanglung
Aktiviti : Guntingan dan tampalan
Alat dan Bahan : Kertas warna, kertas surat khabar bercorak, gunting, gam.


Disediakan Oleh Disemak Oleh


(RODZIAH BINTI SEBULAT) ( MILLIAN LANTUKAN )
GURU P. SENI DAN VISUAL PANITIA P.SENI DAN VISUAL
TAHUN EMPAT

PSV 3111 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PPGBM FEBRUARI 2012 23


PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
DUNIA SENI VISUAL
TAHUN 4
2014


KOD PUSAT

KOD SEKOLAH
KOD MATAPELAJARAN
MBB 0042 017/DSV/KSSR/T4

KETUA PENTAKSIR:

KOD GURU:

NAMA CALON :

ANGKAGILIRAN:

NO SIJIL KELAHIRAN










PSV 3111 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PPGBM FEBRUARI 2012 24



NAMA : ..
KELAS : ..
TARIKH: ..
BIDANG : MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
TEMA : OBJEK BUATAN MANUSIA
AKTIVITI : HIASAN DINDING

Evidens Keterangan Tanda / jika
berjaya
BAND 1
B1D1E2 Menamakan unsur seni dan prinsip rekaan berdasarkan
bidang membuat corak dan rekaan terancang :
Lipatan dan guntingan


B1D2E5 Menyebut contoh-contoh bahasa seni visual dari
persekitaran

B1D2E2

Menamakan alat dan bahan dalam bidang membuat
corak dan rekaan terancang lipatan dan guntingan.

B1D3E1

Mendengar dan menerima arahan dari guru.


BAND 2
B2D1E3


Membezakan unsur seni untuk dalam bidang membuat
corak dan rekaanterancang. .
. lipatan dan guntingan


B2D1E6 Membezakan prinsip rekaan untuk membuat corak
dan rekaan.
- Geometri

B2D2E2

Menamakan media yang sesuai untuk melakukan dan
membuat membuat corak dan rekaan


B2D2E5

Menyatakan fungsi asas media


B2D2E6

Membuat padanan gambar antara media dan
fungsinya


B2D3E1 Mempamerkan disiplin kendiri

/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
PSV 3111 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PPGBM FEBRUARI 2012 25

BAND 3
B3D1E2


Menggunakan unsur seni dalam penghasilan karya
berdasarkan membuat corak dan rekaan terancang
melalui aktiviti lipatan dan guntingan


B3D1E6 Menggunakan prinsip rekaan dalam penghasilan karya
aktiviti membuat corak dan rekaan terancang.
- Geometri

B3D2E2

Meneroka penggunaan bahan dan menggunakan
alat
- Kertas warna, gam, stensil, kertas lukisan, manila
kad / kertas mountingborad pensel.

B3D2E3 Mengetahui cara menggunakan alat dengan betul.
B3D2E6

Meneroka penggunaan teknik dan proses dalam
bidang membuat corak dan rekaan


B3D3E1

Menunjukkan nilai baik seperti disiplin kendiri dan
bekerjasama

B3D4E2

Menghasilkan karya yang menggunakan bahan dalam
penghasilan karya aktiviti membuat corak dan rekaan
terancang.
geometri.


BAND 4
B4D1E2


Menghasilkan karya dalam bidang membentuk dan
membuat rekaan corak tidak terancng dengan teknik
lipatan dan guntingan


B4D2E1 Menggunakan media yang betul Kertas warna, gam,
stensil, kertas lukisan, manila kad / kertas
mountingborad pensel dalam aktiviti membuat corak
dan rekaan terancang.
geometri.

B4D2E2 Menggunakan proses dan teknik yang betul dalam
berkarya( lipatan dan guntingan).

B4D3E2

Menghasilkan karya yang menarik dan menepati tajuk
aktiviti membentuk membuat corak dan rekaan
terancang.
geometri.

B4D4E1

Mengamalkan nilai baik semasa menjalankan aktiviti
seperti bertanggungjawab, berdisiplin dan yakin diri.
(Pemerhatian guru)

B4D5E1 Mempamerkan karya lpatan dan guntingan yang
dihasilkan

BAND 5
/
/
/
/
/
/
/
PSV 3111 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PPGBM FEBRUARI 2012 26

B5D1E3


.Menghasilkan karya dalam bidang membuat corak
dan rekaan terancvang yang mempamerkan unsure
seni dan prinsip rekaan dengan betul dan kreatif.


B5D2E2 Menggunakan media dan alat yang betul dan
mempelbagaikan penggunaan bahan secara kreatif
dalam bidang mencorak.

B5D2E6 Menggunakan proses dan teknik yang betul dan tepat
dalam menghasilkan karya hiasan dinding membuat
corak rekaan teknik lipatan dan guntingan.

B5D3E2

Menghasilkan karya seni secara menarik dan kreatif.
B5D4E1

Menghasilkan olahan dengan menarik berdasarkan
alam ciptaan tuhan.

B5D5E1

Mengamalkan nilai baik semasa menjalankan aktiviti
seperti bertanggungjawab, berdisiplin, dan yakin diri.

B5D6E1

Mempamerkan karya yang dihasilkan

B5D6E2 Menceritakan karya sendiri secara lisan.

BAND 6
B6D1E2 Menghasilkan karya secara kreatif dan unik dalam
bidang membuat corak dan rekaan geometri


B6D1E2 Menghasilkan karya yang mempunyai hubungkait
dengan displin ilmu yang lain. ( Bentuk- bentuk
geometri )

B6D1E5 Mnghasilkan karya yang mempunyai hubung kait
dengan disiplin ilmu yang lain

B6D2E2 Menggunakan media alat yang betul, tepat serta
mempelbagai penggunaan bahan secara kreatif
dalam bidang membuat corak dan rekaan.

B6D2E6

Menggunakan proses dan teknik yang betul dan tepat
dalam penghasilan karya bidang membuat corak dan
rekaan

B6D2E9

Menjadi pembimbing kepada rakan sebaya sewaktu
menjalankan aktiviti.

B6D3E1

Menghasilkan karya dengan menggunakan pelbagai
jenis sumber


B6D4E1


Menghasilkan karya menggunakan Elemen Merentas
Kurikulum (EMK ). Elemen keusahawan contohnya
seperti berdisiplin berhemah patuh karya penanda
buku @ alas gelas




PSV 3111 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PPGBM FEBRUARI 2012 27

B6D6E1 Mempamerkan akrya yang dihasilkan


B6D7E1 Menceritakan karya sendiri secara lisan
B6D7E2 Menceritakan karya hasil rakan secara lisan
B6D8E1 Menunjukkan rasa kesyukuran terhadap tuhan. Sumber
alam boleh dijadikan


TARIKH :
KOD GURU :
NO KAD PENGENALAN:



















PSV 3111 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PPGBM FEBRUARI 2012 28

RUBRIK PEMARKAHAN DAN PENILAIAN DUNIA SENI VISUAL KSSR TAHUN 4 -2014
KEMAHIRAN YANG
DINILAI
INDIKATOR PRESTASI DAN PENILAIAN
CEMERLANG
(16 20 MARKAH)
SEDERHANA
(8 15 MARKAH)
LEMAH
(1 7 MARKAH)
PERSEPSI ESTETIK (20
MARKAH)
Unsur seni
Prinsip rekaan

Mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni visual yang ada
pada karya seni.
APLIKASI SENI (25
MARKAH)
Mengenal dan
menyatakan jenis-
jenis media
Mengetahui
penggunaan
media, teknik dan
proses dalam
penghasilan karya
Cemerlang
( 18 - 25 Markah)
Sederhana
( 8 17 Markah)
Lemah
(1 - 7 Markah)
Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam menghasilkan
karya seni.
EKSPRESI KREATIF (30
MARKAH)
Memilih dan
memanipulasi
bahan secara
kreatif
Menggunakan
unsur seni dan
prinsip rekaan
dalam penghasilan
karya.
Cemerlang
( 21 - 30 Markah)
Sederhana
( 11 20 Markah)
Lemah
( 1 10 Markah)
Mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa
seni visual dalam menghasilkan karya seni
APRESIASI SENI (15
MARKAH)
Mempamerkan
karya yang
dihasilkan
Menceritakan
karya sendiri
secara lisan
Menghargai karya
sendiri dan rakan
Cemerlang
( 11 15 Markah )
Sederhana
( 6 10 Markah )
Lemah
( 1 5 Markah )
Mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa
seni visual dalam menghasilkan karya seni.
SIKAP DAN SAHSIAH (5
Markah)
Cemerlang
(4 - 5 Markah)
Sederhana
(2 3 Markah)
Lemah
(1 7 Markah)

Komitmen dan kolaborasi terhadap tugasan


PSV 3111 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PPGBM FEBRUARI 2012 29

BORANG PEMERHATIAN DAN PEMARKAHAN PENILAIAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN ____


B
I
L

NAMA MURID
KRITERIA
P
E
R
S
E
P
S
I

E
S
T
E
T
I
K

(
2
0

M
A
R
K
A
H
)

A
P
L
I
K
A
S
I

S
E
N
I

(
2
5

M
A
R
K
A
H
)

E
K
S
P
R
E
S
I

K
R
E
A
T
I
F

(
3
0

M
A
R
K
A
H
)

A
P
R
E
S
I
A
S
I

S
E
N
I

(
1
5

M
A
R
K
A
H
)

S
A
H
S
I
A
H

(
5

M
A
R
K
A
H
)

JUMLAH
MARKAH
(100
MARKAH)
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
PSV 3111 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PPGBM FEBRUARI 2012 30


REFLEKSI

Nama : Arianteh Binti Harun
No. Matriks : IPGKG/PPG/(BM)/(2012/2/2003
No. K/P : 740902-12-5368
Kumpulan/Unit : PPG Ambilan Februari / Pengajian Pendidikan Bahasa Melayu
Semester : 5

Alhmdulillah, syukur saya panjatkan kepada Allah SWT kerana dengan
keizinannya kepada saya bagi melengkapkan tugasan dalam Semester 5 ini. Tugasan ini
telah diterima pada interaksi kedua iaitu pada 2014.
Tugasan ini merupakan satu elemen penting dan wajib disempurnakan oleh
semua pelajar PPG Ambilan Februari 2012 bagi subjek 3111PSV. Pensyarah pembimbing
kami ialah Encik Lee Chee Huat telah banyak memberi bimbingan dan panduan. Kami
telah mendapat berbagai pengalaman, pengetahuan sepanjang tempoh menyiapkan
tugasan ini.
Dalam melaksanakan tugasan ini, saya merujuk kepada rakan-rakan guru rakan
yang melaksanakan tugasan yang sama dengan saya terutamanya saya berbincang dan
banyak bertanya kepada guru psv yang ada di sekolah saya. Ini kerana tugasan ini
mengkehendaki membuat pemerhatian pentaksiran terhadap lima orang murid.
Tugasan ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Tugasan pertama ialah berbentuk
kerja kumpulan seramai tiga orang untuk mencari maklumat tentang jenis pentaksiran
PSV 3111 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PPGBM FEBRUARI 2012 31

dan membentangkannya kepada rakan-rakan sekuliah yang lain. Kami banyak merujuk
kepada internet kerana untuk mendapatkan maklumat dalam buku amat terbatas. Kami
berbincang untuk menyiapkan tugasan ini.
Tugasan yang pertama ini tidaklah begitu sukar bagi kami. Saya telah
berkolaborasi dengan dua orang lagi rakan kumpulan iaitu Hendon dan Mas Juitah. Kami
mengambil masa untuk berbincang dalam memilih 4 jenis pentaksiran dan
mempersembahkannya dalam bentuk powerpoint. Semua kumpulan dihekendaki untuk
membentangkanhasil tugasan. Tugasan membantu saya dan rakan rakan memahami apa
itu pentaksiran autentik, pentaksiran hasil kerja murid dan lain-lain. Kerjasama dan tolak
ansur amat penting untu diamalkan oleh semua ahli.

Tugasan kedua ialah tugasan yang membuat pemerhatian terhadap lima orang
murid dengan menggunakan jenis pentaksiran iaitu pentaksiran secara formatif, sumatif,
pemerhatian, hasil kerja dan portfolio. Saya mesti membuat pemerhatian dan merujuk
kelima-lima jenis pentaksiran ini di sekolah saya sendiri. Tugasan ini memerlukan saya
untuk berhubung dan bertanya kepada guru pendidikan seni visual yang ada di sekolah
saya. Bukakn mudah untuk saya membuat pemerhatian kerana ini melibatkan saya
berhubung dengan orang lain iaitu guru pendidikan seni visual di sekolah saya. Saya
meminta pertolongan daripada mereka untuk mendapatkan hasil kerja murid dan markah
pentaksiran.
Tugasan ketiga ialah membuat pembacaan tentang pentaksiran. Setelah membaca
dan memahami berkaitan pentaksiran kami perlu membuat satu jenis instrumen yang
sesuai dengan kehendak kurikulum pentaksiran pendidikan seni visual. Tugas membuat
pentaksiran bukanlah tugas yang mudah kerana banyak perkara yang perlu difahami.
Guru hendaklah memahami apa itu pentaksiran, pengujian dan penilaian. Apa yang perlu
dilakukan dan yang tidak perlu dilakukan. Apa yang saya fahami banyak jenis
pentaksiran dan kaedah yang boleh dipilih namun itu bergantung dengan kesesuaian
dan kehendak kurikulum mata pelajaran. Bagi mata pelajaran pentaksiran dan insrumen
yang dibuat terdapat dalam pelbagai bentuk. Boleh menentukan nilai dan sikap. Bentuk
pentaksiran yang dijalankan untuk PSV ialah kertas teori dan kertas amali. Apabila saya
memilih Tahun Empat saya dapati amat sukar untuk mendapatkan contoh-contoh soalan
untuk dijadikan rujukan. Namun saya cuba mencari jalan penyelesaian dengan memilih
PSV 3111 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PPGBM FEBRUARI 2012 32

untuk membuat instrumen kertas amali. Soalan amali ini menguji kemahiran murid
contohnya dalam bidang membina corak dan rekaan, bidang menggambar dan bidang
membuat binaan. Dalam instrumen yang saya hasilkan ialah, saya memberi fokus kepada
bidang membuat corak dan rekaan. Ini kerana disebabkan kekangan masa kerana untuk
menjalankan pentaksiran bagi kssr terlalu banyak kategori yang perlu dinilai. Oleh itu
saya memberi fokus kepada bidang membuat corak dan rekaan.
Aktiviti membina instrumen begitu bermakna buat saya. Pada mulanya saya
mengalami kesukaran untuk mencari bahan. Saya merujuk kepada DSKP serta mencari
maklumat dalam lama web.
Dalam penilaian pendidikan seni visual, adalah penting untuk menilai aspek yang
berkaitan dengan pembelajaran, sejarah dan apresiasi seni serta perkembangan dalam
estetika. Sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah merancang
perkara-perkara berikut:
Mengenal pasti murid yang hendak dinilai.
Menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai.
Menentukan instrumen yang hendak digunakan.
Menentukan aspek yang hendak diperhatikan.

Sebagai kesimpulannya, Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual ialah satu mata
pelajaran yang mempunyai satu kurikulum yang berteraskan Falsafah Pendidikan
Negara. Antaranya mewujudkan masyarakat yang seimbang dari segi emosi, jasmani,
mental dan fizikal. Sepanjang pemerhatian saya mata pelajaran ini sentiasa berkembang
melewati peredaran zaman yang dikatakan era globalisasi. Kandungan dan kehendak
kurikulum pun turut dibuat penambahan dan perubahan namun tidak akan
membelakangkan Falsafah Pendidikan Negara. Tugas guru ialah bagi memastikan
objektif dan matlamat hasrat yang besar dan murni ini tercapai dengan menjalankan
proses penilaian dan pentaksiran. Saya berharap pengetahuan yang saya perolehi
semasa melaksanankan tugasan ini dapat saya aplikasikan dalam tugasan sebenar saya
sebagai seorang guru.
PSV 3111 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PPGBM FEBRUARI 2012 33



http://www.scribd.com/doc/97525632/Pentaksiran-Dalam-Pendidikan-Seni-Visua

http://psv3.blogspot.com/2013/09/pentaksiran-pendidikan-seni-visual.html

https://bkree66.21classes.com/pentaksiran-dalam-pendidikan-seni-visual

http://psv07kdri.blogspot.com/2009/11/pentaksiran-autentik.html

http://cikmatahariku.blogspot.com/2013/12/dskp-dan-borang-pelaporan-pentaksiran.html

http://mohdrosly78.blogspot.com/2011/11/perbezaan-antara-penilaian-formatif-dan.htm

You might also like