Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Salam Sejahtera,

1. Apakah yang anda faham tentang perpaduan?


Menurut Kamus Dewan, perpaduan berasal daripada kata akar padu, yang bermaksud
bergantung, bersatu, bercampur supaya menjadi satu, kukuh dan utuh serta bermuafakat dan
berunding dengan bersungguh-sungguh. Memandang kepada negara Malaysia yang berbagai
kaum, perpaduan bermaksud sebagai satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional
dikalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah
unit politik maka masyarakat Malaysia perlu bersatu, bermuafakat, bekerjasama, dan
berunding supaya menjadi satu bangsa yang kuat.
2. Bagaimana perpaduan itu boleh wujud?
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, setiap kaum
berpegang teguh pada budaya dan cara hidup masing-masing. Terdapat pelbagai cabaran bagi
mewujudkan perpaduan di Malaysia. Antaranya ialah perbezaan agama dan budaya, dasar
penjajah British, sistem pendidikan, amalan ekonomi yang berlainan, perbezaan politik antara
bangsa, kaum, dan etnik serta pendudukan Jepun yang menambahkan lagi jurang antara kaum.
Akan tetapi, jurang antara kaum boleh ditambah baik melalui pelaksanaan dasar-dasar negara
bagi memupuk sifat perpaduan di kalangan pelbagai kaum. Ini dapat dilihat melalui pelbagai
usaha yang telah dijalankan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan iaitu penyeragaman
sistem pendidikan, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Rukun Negara dan
sebagainya untuk memupuk perpaduan kaum di Malaysia.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh pihak pemerintah untuk
membasmi kemiskinan dan menstrukturkan kembali masyarakat. Dasar ini menumpu khusus
kepada masalah kemiskinan yang dikatakan sebagai faktor utama menghalang proses
perpaduan kaum selepas tragedi 13 Mei 1969. Ini dapat menyusun semula masyarakat di
Malaysia bagi mewujudkan kedudukan yang seimbang antara kaum sebagai salah satu
langkah mewujudkan perpaduan. Rukun Negara sebagai ideology negara Malaysia yang
bertujuan memupuk muafakat di kalangan masyarakat pelbagai etnik. Rukun Negara
menetapkan 5 perkara utama yang terkandung dalam prinsip tersebut. Dasar kebudayaan
merupakan garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara
Malaysia yang berbilang kaum.
Tetapi, dapat dilihat bahawa cabaran yang terbesar dalam mencapai perpaduan adalah
disebabkan setiap kaum masih bertekun untuk memperjuangkan kepentingan kaum masing-
masing dan bukannya untuk memperjuangkan kepentingan bersama untuk Malaysia. Maka,
cara yang terbaik bagi mewujudkan perpaduan ialah semua masyarakat perlu mempunyai
ideologi yang sama dan sama-sama memperjuangkan kepentingan bersama tanpa mengira
kepentingan kaum.
3. Merujuk pada situasi kini, apakah bentuk-bentuk perpaduan yang wujud?
Malaysia boleh dikatakan sebuah negara yang telah mencapai perpaduan antara kaum. Ini
dapat dilihat dari aspek ekonomi negara, semasa penjajahan British di Malaysia
mangamalkan Dasar Pecah Perintah yang memisahkan kaum mengikut sektor menyebabkan
mereka tidak berinteraksi dan tidak dapat mewujudkan perpaduan antara mereka. Selepas
Malaysia mencapai kemerdekaan, pihak pemerintah telah memperkenalkan DEB untuk
menyusun balik semula masyarakat supaya semua kaum terlibat dalam semua sektor dan
mereka akan saling berinteraksi dan memahami antara satu sama lain. Ini dapat dilihat
bahawa terdapat juga kaum-kaum lain terlibat dalam sektor kerajaan untuk memperjuangkan
kepentingan Malaysia dalam mencapai perpaduan.
Dari aspek budaya pula, terdapat Dasar Kebudayaan yang mengekalkan asal budaya
kaum yang membolehkan kepelbagaian budaya kaum menjadi identiti sebuah negara.
Contohnya, proses perpaduan dalam kebudayaan di Malaysia seperti asimilasi, amalgamasi
dan akulturasi. Sebagai contoh budaya hidup kaum Baba dan Nyonya yang merupakan
gabungan cara hidup kaum Cina dan Melayu melaui proses asimilasi dan amalgamasi iaitu
hasil daripada perkahwinan campur. Saling memahami budaya membolehkan mereka
mengetahui pantang larang setiap kaum dan mengelakkan konflik antara kaum, ini dapat
mengeratkan hubungan antara kaum. Bentuk perpaduan dari segi budaya yang wujud ialah
perkahwinan campur pada masa sekarang seperti Melayu-Cina dan Melayu-India.
Selain itu, bentuk perpaduan dapat dilihat melalui sistem pendidikan di Malaysia.
Sistem pendidikan yang berbentuk kebangsaan membolehkan pelajar yang berbeza kaum
berkumpul dan saling berinteraksi di satu tempat. Tambahan, terdapat program Rancangan
Interaksi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) di peringkat sekolah yang boleh memupuk
perpaduan di antara pelajar. Secara keseluruhannya, perpaduan dapat dilihat bahawa
masyarakat Malaysia dapat hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni tanpa peperangan.

You might also like