Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

RUANG

1. Ruang adalah kawasan kosong di sekeliling sesuatu objek, jarak di antara dua
objek dan di dalam sesuatu objek.






Kawasan kosong di sekeliling objek Jarak di antara dua objek








Kawasan di dalam sesuatu objek
2. Ruang wujud di alam nyata dan dalam sesebuah karya seni.
3. Objek yang sama saiz akan kelihatan lebih besar jika berada di hadapan dan
akan kelihatan semakin kecil apabila berada di belakang.









Mug merah lebih besar berbanding mug putih yang berada di belakang







Bahagian bawah mug ini kelihatan lebih kecil berbanding bahagian atas kerana
jaraknya lebih jauh.






Pokok-pokok ini kelihatan mengecil ke atas kerana berada lebih jauh berbanding
bahagian pangkal pokok.


4. Warna objek yang di hadapan kelihatan lebih jelas, manakala warna objek di
belakang kelihatan semakin kabur.











Warna objek menjadi kabur jika semakin jauh ke belakang

5. Semua unsur seni iaitu garisan, jalinan, rupa, bentuk dan warna memainkan
peranan dalam mewujudkan ilusi ruang dalam sesebuah karya seni visual.







Jalinan pada sesuatu objek juga semakin mengecil dan pudar apabila jarak semakin ke
belakang



JENIS-JENIS RUANG
















RUANG FIZIKAL ATAU NYATA
Ruang yang boleh dilihat pada penghasilan seni arca, tembikar, anyaman,
tenunan dan ukiran kayu.
Ruang yang terdapat di persekitaran dan ruang sebenar yang terdapat pada
bentuk-bentuk konkrit.




RUANG
RUANG FIZIKAL/
RUANG NYATA
RUANG ILUSI/
MAYA
RUANG TERBUKA
RUANG TERTUTUP
RUANG DALAM
RUANG CETEK
RUANG RATA

Ruang fizikal


Boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
Ruang terbuka
Ruang tertutup

Ruang Terbuka (luas)
Ruang lapang/luas dan tidak terbatas seperti kawasan pergunungan/laut.

Taman bunga


Tepi pantai

Ruang Tertutup (sempit)
Ruang yang terhad dan penglihatannya terbatas seperti ruang dalam bilik.

Di dalam sebuah bangunan.

Di dalam bilik.
RUANG ILUSI/MAYA
Ruang yang terhasil pada permukaan dua dimensi iaitu pada lukisan atau catan.
Ruang hasil penglihatan mata.
Ruang tampak ialah ruang yang hanya dapat dilihat dalam seni tampak seperti
lukisan, catan dan cetakan.
Ruang dapat diterjemahkan mengikut 3 Peringkat berdasarkan penggunaannya
dalam karya seni visual seperti lukisan, catan dan rekaan grafik.
Dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu:
Ruang dalam
Ruang cetek
Ruang rata

Ruang Ilusi
Ruang Dalam
Ruang menunjukkan kesan perspektif.





Ruang Cetek
Ruang yang terbatas dan terhad.





Ruang Rata
Ruang yang terdapat pada permukaan rata.













CONTOH- CONTOH RUANG ILUSI


Ruang Positif
Ruangan ini dikaitkan dengan semua kawasan yang dilukis dengan sesuatu
objek.
Ruangan positif dikatakan satu kawasan yang mewakili objek tidak kira objek
tersebut memenuhi separuh daripada permukaan kertas atau objek tersebut
hanya memerlukan sedikit ruang.
Ruang ini sering menjadi perhatian pemerhati dan menjadi keutamaan dalam
menghasilkan sesuatu karya seni.
Ruang Positif
Ruang
Negatif
Ruang
Kedalaman
Ruang Cetek
Ruang Tidak
Menentu

Ruang Negatif
Ruang negatif ialah semua kawasan yang tidak digunakan atau diabaikan dalam
penghasilan sesuatu karya.
Kawasan ini biasanya tidak menjadi perhatian para pemerhati, tetapi elemen
ruang ini memainkan peranan penting dalam menghasilkan sesuatu lukisan.
Ruang dapat menentukan sama ada objek yang dilukis tepat atau tidak
terutamanya dalam melukis objek yang lebih daripada satu atau di susun- susun.


Ruang Kedalaman
Ruang ini dikaitkan dengan catan dan landskap iaitu ruang yang dapat
menunjukkan suasana yang tertentu yang jauh kedalam pada permukaan dua
dimensi.
Ia juga merupakan satu ruang yang terdapatnya objek- objek yang paling
pelbagai saiz.
Ia terhasil apabila terdapatnya perbezaan jarak yang ditunjukkan melalui garisan,
ton, warna dan lain-lain.
Ia dapat menghasilkan perspektif dalam suatu karya seni. Ia juga merujuk
kepada satu ruang yang terdapat sebaharian objek yang hanya diwakili dengan
bentuk- bentuknya, sehingga objek-objek itu terhapus pada satu titik perspektif.



Ruang Cetek
Ialah ruang yang boleh dilihat dengan satu pandangan sahaja dan pandangan
terhad serta terhenti pada satu sudut.
Ruang ini terhasil apabila seseorang menghasilkan karya close up.
Selain itu, karya ini terbentuk apabila seseorang pengkarya itu hanya
mementingkan suatu kawasan tertentu sahaja.
Ruang ini tidak menimbulkan ruang perspektif kerana ia digunakan secara
minimum.


Ruang Tidak Menentu
Ruang ini ialah ruang yang positif dan ruang yang negative yang tidak seimbang.
Ruang ini dapat dihayati dari karya yang terpengaruh dengan aliran kubisme,
juga digunakan dalam karya yang berbentuk abstrak.
Karya yang menggunakan ruang ini biasanya makna sebenar karya ini sukar
untuk ditakrifkan.

Perhubungan Ruang Dengan Unsur- unsur Seni Yang Lain
a. Perhubungan Ruang Dengan Warna


b. Perhubungan Ruang Dengan Garisan


Warna dapat
menimbulkan ruang
dalam karya seni.
Contohnya, pada suatu
latar yang cerah,
warna gelap dapat
menimbulkan ruang
yang dekat.
Garisan yang berlainan saiz,
kedudukan dan fungsi dapat
mewujudkan pelbagai perasaan
ruang.
Saiz yang besar dan saiz yang kecil
dapat menentukan jarak ruang.
Kedudukan garisan juga dapat
membezakan adanya ruang ditengah-
tengah garisan tersebut.
c. Perhubungan Ruang Dengan Bentuk











Ruang penting
dalam penghasilan
semua bentuk tiga
dimensi.
Dalam seni arca
penggunaan ruang
yang betul dapat
mencipta arca yang
menarik dan
seimbang.
Ruang dalam objek
dalam ruang diukur
melalui saiz objek
tersebut.
Penghayat seni boleh
mengukur jarak ruang
dengan cara melihat
objek yang
diletakannya.

Objek-objek yang sama saiz kelihatan lebih besar di tempat dekat tetapi lebih
kecil di tempat yang jauh. Garisan grid perspektif digunakan untuk menimbulkan ruang
dan ilusi tiga dimensi dalam kerja dua dimensi. Sesuatu objek boleh dilihat dari sudut
berlainan (sudut hadapan, sudut tepi, sudut atas dan sudut bawah).
Kedudukan garisan perspektif bergantung kepada paras pandangan mata
seseorang. Lukisan perspektif pandangan sesuatu objek berubah dari segi saiz,
ketinggian dan kelebarannya mengikut jarak yang tertentu. Garisan yang selari
kelihatan condong dan semakin berdekatan di permukaan dua dimensi dan akhirnya
akan bertemu pada titil lenyap/ titik lesap.
Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam akan berlaku apabila objek tersebut
dilihat dari jarak jauh. Dalam konteks seni, proses tersebut dinamakan perspektif.
Perubahan nilai ton warna akan mewujudkan ruang kedalaman atau kecetekan sesuatu
ruang mengikut ketentuan pelukis. Dalam karya 2D, garisan grid digunakan untuk
menimbulkan ruang dan ilusi 3D melalui 2 cara, iaitu:
Perspektif 1 titik lenyap
Perspektif 1 titik lenyap hanya memberi 1 fokus sahaja.








RUANG DAN PERSPEKTIF
Perspektif 2 titik lenyap
Perspektif 2 titik lenyap dapat memberikan susunan gambar kiri dan kanan dengan
kesan perspektif yang berbeza(2 fokus). Mempunyai 2 titik disebelah kanan dan kiri
lukisan dan memfokuskan ke arah bahagian tengah yang menjadi bahagian terdekat
atau paling hadapan.













Perspektif 3 titik lenyap

You might also like