Teks MC Hari Guru

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

BIL.

AGENDA CATATAN
1. Ketibaan Yang Berbahagia, Pengarah IPG Kampus
Sultan Abdul Halim, Puan Hajjah Saadiah bt. Bani,
Timbalan Pengarah, Tuan Haji Hussin b. Mohd Yusup,
Ketua- ketua Jabatan, pensyarah kanan, para
pensyarah dan guru pelatih.

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Pengarah
IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Puan Hajjah Saadiah
bt. Bani, diiringi Timbalan Pengarah, Tuan Haji Hussin b.
Mohd Yusup.


Yang Berbahagia, Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul
Halim, Puan Hajjah Saadiah bt. Bani, Timbalan
Pengarah, Tuan Haji Hussin b. Mohd Yusup, Ketua-
ketua Jabatan, pensyarah kanan, para pensyarah dan
guru pelatih yang dikasihi, dekat di hati. Sekalung
apresiasi pihak majlis ucapkan. Assalamualaikum w.b.t
dan salam sejahtera buat semua. Selamat datang ke
Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru IPG Kampus
Sultan Abdul Halim 2010. Guru Pembina Negara
Bangsa.

2. Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita
bersama- sama mengaminkan bacaan doa yang akan
diketuai oleh Tuan Haji Mohd Shukri bin Ahmad.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
-Bacaan doa-
Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Tuan Haji Mohd Shukri bin Ahmad atas bacaan doa
sebentar tadi.

3. Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Sebagai permulaan agenda, mari kita dengarkan
bersama ucapan alu- aluan yang akan disampaikan oleh
Pengerusi Ahli Jawatankuasa Sambutan Hari Guru
peringkat Institut Pendidikan Guru kampus Sultan
Abdul Halim. Oleh yang demikian, pihak majlis
menjemput Ustaz Hasanaldin bin Saidon bagi
menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.

-Ucapan-

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Ustaz Hasanaldin bin Saidon atas ucapan itu tadi.

4. Kini, mari kita hayati bait- bait indah perutusan Hari
Guru oleh Menteri Pelajaran Malaysia yang akan
disampaikan oleh pengarah IPG Kampus Sultan Abdul
Halim. Pihak majlis dengan berbesar hati menjemput
Yang Berbahagia Puan Hajah Saadiah binti Bani untuk
menyampaikan ucapan dan perutusan. Majlis
mempersilakan.
-Bacaan perutusan-
Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada
Yang berbahagia Puan Hajah Saadiah binti Bani atas
ucapan dan bacaan perutusan sebentar tadi.
5. Agenda diteruskan lagi dengan bacaan perutusan Hari
Guru oleh Pengarah Pelajaran Malaysia yang akan
disampaikan oleh Timbalan Pengarah IPG kampus
Sultan Abdul Halim. Pihak majlis dengan berbesar
hatinya menjemput Tuan Haji Hussin bin Mohd Yusop
untuk menyampaikan ucapan dan perutusan. Dengan
segala hormatnya, dipersilakan.
-Bacaan perutusan-
Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada
Tuan Haji Hussin bin Mohd Yusop atas ucapan dan
bacaan perutusan sebentar tadi.

6. Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya
menjemput Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG

kampus Sultan Abdul Halim, Tuan Haji Sobri bin Hanafi
bagi menyampaikan perutusan rektor Institut
Pendidikan Guru. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.
-Bacaan perutusan-
Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Tuan Haji Sobri bin Hanafi atas penyampaian perutusan
rektor Institut Pendidikan Guru itu tadi.
7. Selesai sudah bacaan perutusan. Kini, kita beralih ke
agenda yang seterusnya iaitu persembahan pelajar.
1. Deklamasi sajak
-Bisikan Hati Seorang Guru Tua-
Ainun Nasibah binti Johar
2. Tarian asli
Kelab Siswa Budaya Tarian
3. Choral Speaking


4. Tarian India


5. Nyanyian
Oleh: Mohd Naim dan Azhan Hamidi



6. Tarian Melayu
Kelab Siswa Budaya Tarian
7. Nasyid
-Wadah Teras Pemangkin Khairo Ummah-
Shoutul Hisab
8. Persembahan Multimedia sepanjang Sambutan
Hari Guru
Oleh: Exco Dokumentasi dan Penerbitan
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPSAH
8. Kini tibalah saat yang dinanti- nantikan. Majlis
Penyampaian Hadiah bagi setiap aktiviti yang
dipertandingkan sepanjang sambutan Hari Guru IPG
kampus Sultan Abdul Halim.



9. Dengan berakhirnya majlis penyampaian hadiah itu
tadi, maka selesai sudah Majlis Sambutan Hari Guru
peringkat IPG kampus Sultan Abdul Halim 2010. Pihak
majlis mengucapkan setinggi- tinggi apresiasi kepada
semua yang terlibat dalam menjayakan majlis
sambutan Hari Guru pada hari ini.
Setelah seharian bersama,
Begitu banyak perkara yang kita kongsi dan cerita,
Demi memikirkan kemaslahatan kita semua,
Menjulang profesion perguruan yang tercinta,
Mudah- mudahan segala usaha,
Yang telah kita rencana,
Mendapat keredaan daripada yang maha Esa.
Sekian, terima kasih.

You might also like