Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

ME1 2011



HBML 4203


KESUSASTERAAN MELAYU













NO. MATRIKULASI : 710625055260002
NO. KAD PENGENALAN : 710625055260
NO. TELEFON : 0193627220
E-MEL : suraya_abdaziz@yahoo.com
PUSAT PEMBELAJARAN : PPW SEREMBAN N SEMBILAN

HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU
710625055260002 SURAYA ABD AZIZ
1



Bab 1 Pengenalan

1.0. Pendahuluan

Istilah dan Definisi Kesusasteraan

Kesusasteraan ialah suatu bentuk ciptaan seni yang berkait rapat dengan bahasa. Melalui
bahasa, mesej dalam karya kesusasteraan dapat disampaikan dan disebarkan. Dengan
bahasa juga, pembaca dapat menikmati keindahan yang ada dalam karya kesusasteraan.
Tidak hairanlah karya kesusasteraan merupakan salah satu cabang kesenian yang
dianggap sangat bernilai berbanding cabang kesenian yang lain.

Istilah kesusasteraan menurut Kamus Dewan (2005: 1396) bermaksud hasil seni
(karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang menpunyai ciri-ciri keistimewaan
tertentu. Istilah ini berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu susastra (Hashim Awang),
sushastra (Lalita Sinha dan Md. Salleh Yaapar), atau castra yang disebut syastra (Ali
Ahmad). Kata susastra pula terbentuk hasil gabungan daripada kata su dan sastra.
Suku kata su bermaksud indah, baik, lebih berfaedah (Hashim Awang, 1984: 2),
kebenaran, keindahan dan kemuliaan (Lalita Sinha dan Md. Salleh Yaapar, ?: 1).
Manakala sastera / shastra menurut Hashim Awang bermaksud huruf atau buku. Lalita
Sinha dan Md. Salleh Yaapar pula menegaskan sastera / shastra merupakan ilmu yang
bersifat benar, tetap dan tidak berubah.

Definisi ini meliputi dua aspek, iaitu aspek bahasa dan aspek isi. Aspek bahasa ialah
indah dan cantik, manakala aspek isi ialah baik, berfaedah dan tidak berubah. Dikatakan
tidak berubah kerana ilmu berkenaan dipercayai berasal daripada Yang Maha Pencipta.
Oleh sebab susastra dianggap datang daripada Yang Maha Pencipta, maka ia dianggap
mulia. Justeru, kegiatan susastra sejak zaman Greek lagi dipandang tinggi. Kegiatan ini
merupakan aktiviti seni yang mendapat perhatian penting anggota masyarakat. Mereka
mengekspresikan kegiatan susastra dalam bentuk puisi, cerita dan lakonan.
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU
710625055260002 SURAYA ABD AZIZ
2



Di Malaysia, kegiatan susastra seperti bersyair, berpantun, berseloka, bergurindam,
berbari (bercerita), berkisah dan sebagainya telah bertapak kukuh di hati masyarakat
sejak zaman sastera lipur lara lagi. Kegiatan ini dilaksanakan untuk tujuan pelbagai
fungsi, khususnya untuk tujuan mendidik, menghiburkan hati, mengisi masa lapang,
perubatan dan juga gambaran ekspresi kehidupan. Kesimpulan daripada gabungan istilah
su dengan sastra ialah merujuk karya atau buku-buku atau ilmu yang indah, cantik,
baik, berfaedah, benar dan tidak berubah. Ia bermaksud kumpulan buku-buku yang indah
bahasanya dan baik isinya. Indah dari segi pendengaran, emosi, imaginasi dan baik
kerana hasil karya itu dapat diteladani.

Dalam Bahasa Melayu, istilah susastra telah diberikan imbuhan apitan ke-...-an dan
sisipan e ditengah menjadikannya kesusasteraan. Penambahan itu lebih untuk
menyedapkan bunyi, sesuai dengan lidah Melayu. Kalangan masyarakat umum pula
lebih gemar menyebut karya sastera yang merujuk kesusasteraan. Di samping itu, Ali
Ahmad (1994: 3) menegaskan bahawa kehadiran ke- dan -an pada kata susastra
telah menyimpulkan maksud kesenian persuratan yang bersifat halus dan indah. Orang
Melayu menamakan susastra sebagai persuratan yang merujuk sekumpulan hasil
seni bahasa.

Terdapat pelbagai tafsiran yang diberikan oleh tokoh-tokoh kesusasteraan tanah air
apabila mendefinisikan kesusasteraan. Baharuddin Zainal (1975) berpendapat karya
sastera adalah sesuatu yang membincangkan perkara yang berlaku dalam masyarakat, di
samping mengemukakan sikap dan pandangan pengarang. Hashim Awang (1985: 2 dan
1987: 84) menyatakan sastera merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa
dan berkeupayaan membentuk tamadun sesuatu bangsa. Ciptaan seni yang disampaikan
melalui bahasa yang dituturkan disebut sastera lisan dan yang ditulis disebut sastera
tulisan. Ciptaan itu mesti mempunyai keindahan dari aspek isi dan daya pengucapan.

Hal Ini demikian kerana sastera biasanya membincangkan tentang pergolakan-
pergolakan yang berlaku dalam sesebuah masyarakat. Kamus Dewan (2005) pula
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU
710625055260002 SURAYA ABD AZIZ
3


mencatatkan sebagai hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang
mempunyai ciri-ciri keistimewaan tertentu. Muhammad Haji Salleh menegaskan bahawa
karya sastera bentuk lisan dan tulisan membawa unsur cereka yang disampaikan melalui
bahasa. Dikatakan unsur cereka kerana sebahagian besar mesej dalam karya
disampaikan dalam bentuk cerita, baik karya berbentuk puisi dan lebih-lebih lagi karya
berbentuk prosa.

1.1 Penggunaan Mesej dalam Kesusateraan Melayu
Mesej ialah gambaran yang tersurat dan tersirat yang ingin disampaikan oleh penulis
kepada pembaca dan ia disampaikan dalam bentuk penulisan. Biasanya mesej
disampaikan secara langsung(tersurat) atau tidak langsung(tersirat). Mesej ini
disampaikan setelah pembaca selesai membaca sesebuah karya. Pelbagai mesej yang
boleh disampaikan oleh penulis. Secara sedar atau tidak, penulis ketika mengarang
sebenarnya meninggalkan mesej untuk pembaca. Apakah mesej yang dimaksudkan itu?
Sesebuah novel bukanlah semata-mata sebuah angan-angan atau isi hati penulis itu
sendiri. Tetapi ia lebih merupakan sebuah karya akan meninggalkan kesan biarpun
sedikit.
Peranan penulis ialah untuk menyedarkan pembaca daripada melakukan kesilapan bukan
mengajar pembaca untuk melakukan kesilapan. Karya kreatifnya itu akan menjadi
pemangkin supaya dapat membuka mata hati pembaca .
Selain novel mesti bermesej dan meninggalkan amanat, ia harus mempunyai
keseronokkan untuk membaca. Sebaik-baiknya penyampaian biarlah sederhana, tidak
terlalu memberatkan meskipun mempunyai mesej. Mesej bukan bermaksud untuk
mengajar tetapi sebagai panduan ke arah menjadikan masyarakat lebih memahami
susurgalurnya. Penggunaan mesej atau amanat yang disampaikan oleh pengarang
melalui pemaparan aksi dan peristiwa di dalam cereka. Mesej ini boleh dijadikan
panduan oleh pembaca untuk diikuti.

HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU
710625055260002 SURAYA ABD AZIZ
4


1.2 Pandangan dan Kritikan Sastera dalam Kesusasteraan Melayu

Kritikan berasal daripada kata dasar kritik, dan kata kritik berasal dari kata krinein dalam
bahasa Yunani yang membawa maksud menghakimi, membanding dan menimbang. Kata
krinein menjadi pangkal atau asal kata kreterion yang bererti dasar, pertimbangan,
penghakiman. Oleh yang demikian, orang yang melakukan pertimbangan dan
penghakiman terhadap sesuatu perkara di zaman Yunani disebut sebagai krites. Istilah
krites ini kemudiannya menjadi asas bagi menerangkan kegiatan atau sifat orang yang
memberi penghakiman terhadap karya seni sastera.

Dalam sastera Inggeris, perkataan `critic` digunakan bagi menerangkan sifat orang yang
melakukan kritikan atau pun kegiatan kritik itu sendiri. Pada tahun 1677, John Dryden
mempopularkan istilah criticism. Istilah ini menjadi lebih mantap dan dilazimi dalam
perbincangan-perbincangan terhadap karya sastera, terutama setelah John Dennis menulis
buku berjudul The Grounds of Criticism in Poetry (Atas Semi,1989:8). Daripada
perkataan criticism inilah pelbagai tafsiran tentang kritikan sastera diberikan oleh para
sarjana dan pemikir.

Terdapat banyak definisi yang diberikan oleh para pemikir dan sarjana sastera. Matthew
Arnold memberi definisi kritikan sebagai satu usaha yang bukan hendak mencari untung
tetapi mempelajari dan menyebarkan sesuatu fikiran dan sesuatu yang telah diketahui
sebagai yang terbaik dalam dunia (Hashim Awang,1997:6). Mana Sikana,(1983:3) pula
menyebutkan, kritikan adalah satu disiplin ilmu yang sistematik, yang membicarakan soal
penghayatan, penganalisisan dan penilaian sesebuah karya kreatif.

Daripada pengetian-pengertian yang diberikan oleh para sarjana di atas, dapat
disimpulkan bahawa, kritikan bermaksud memberi penilaian terhadap sesuatu hasil seni
menerusi proses pengamatan dan perbandingan, menganalisis dan menghayati dengan
kaedah-kaedah yang sistematik dan beralasan dengan maksud mengembangkan
tanggapan-tanggapan yang terbit darinya.

HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU
710625055260002 SURAYA ABD AZIZ
5


Proses menghayati teks adalah langkah pertama dan penting untuk mendekati sesuatu
karya yang akan dikritik. Penghayatan bermakna pengkritik mendalami isi cerita dengan
cara membaca dan memahami segala ungkapan, istilah dan frasa ayat yang mengangkat
persoalan penting cerita. Dengan perkakas teoretikal yang dimiliki oleh pengkiritk, maka,
teks berkenaan boleh saja dibedah (operate) dan dianalisis mengikut sudut mana dan
tujuan kritikan itu dibuat. Perkakas teoretikal itu tentulah terdiri sebuah teori atau
pendekatan yang sesuai dengan tujuan kritikan itu tadi.

Pemilihan teori dan pendekatan yang sesuai itu tadi sangat penting, agar penilaian dan
hasil yang ingin diketengahkan menepati kriteria-krietria yang menjadi dasar teori
berkenaan. Proses menganalisis ini seharusnya bersifat sistematik, yakni, tindakan
penerimaan, penolakan, penghakiman yang dibuat terhadap sesuatu karya itu adalah
berdasarkan kaedah yang khusus dengan penyertaan data-data, bukti, sandaran ilmu,
kajian literasi, risensi kepustakaan dan sebagainya. Oleh itu, hasil kritikan mempunyai
daya legitimasi yang tinggi dan sangat dapat dipertahankan.

Fungsi kritikan sastera yang pertama ialah menentukan teks sastera yang baik bermutu
dengan teks sastera yang tidak baik dan tidak bermutu. Untuk berlaku adil, saksama
terhadap karya dan pengarangnya, pengkritik harus bersikap kritis bagi membuktikan dia
telah membaca teks sastera itu berulang kali, memahami makna tersirat dan tersurat yang
terkandung dalam teks dan berupaya menikmatinya.

Pengkritik yang sensitif dan tajam mata fikirnya tentu sahaja berupaya menyuluh atau
memberi sinar kepada karya-karya yang sedemikian untuk memungkinkan pembacanya
masuk menikmati atau melihat sesuatu, yang kelihatan kelam suram. Keupayaan dan
kekritisan pengkritik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya ini, bermakna dia
telah memberikan sumbangan dan mengembangkan pengetahuan baru kepada khalayak
pembacanya. Maka secara tidak langsung dia telah melakukan fungsi yang ketiga.

Keempat, tulisan-tulisan kritikan sastera bukan sahaja berfungsi kepada pengarang dan
pembaca seperti yang dibicarakan di atas, malah; ikut berfungsi kepada individu
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU
710625055260002 SURAYA ABD AZIZ
6


pengkritik. Kritikan sastera sedemikian, titik tolak atau premisnya terlaksana apabila
seseorang pengkritik mengkritik sesebuah karya, kemudiannya; tampil seorang pengkritik
lain membalas atau menilai kritikan yang pernah dilaksanakannya. Dari hasil tulisan itu
maka wujudlah istilah kritikan atas kritikan. Ini dilakukan bagi mencari dan menemukan
sesuatu yang lebih adil dan saksama.

Kelima, kritikan sastera merupakan suatu aktiviti yang mendorong ke arah terbinanya
teori kritikan dan teori sastera baru. Dalam kelangsungan hayat kesusasteraan, teori
sastera dan teori kritikan itu amat penting dimiliki atau wujud dalam sesuatu tamadun
bangsa. Apatah lagi mengingatkan bangsa kita mempunyai nilai-nilai yang tersendiri
sesuai dengan budaya setempat dan saling bertentangan pula dengan norma-norma atau
nilai kehidupan Barat, termasuk kepercayaan beragama.

1.3 Kesimpulan

Dari perbincangan tentang pengkritik dan fungsi kritikan ini, dapat dirumuskan dua
landasan yang penting yang berhubungan dengan jagat kritikan sastera. Pertama, kritikan
sastera yang baik, bertanggungjawab, adil saksama dan dilaksanakan tanpa sebarang
prejudis dan rasional, ternyata banyak membantu pengarang dalam proses penciptaan
pada masa hadapan. Pengarang bukan sahaja mengetahui kelemahan dan kekuatannya
dalam berkarya, malah membantu mengkaji semula kerelevanan karyanya dalam usaha
memakmur dan membahagiakan minat atau citarasa pembacanya. Kedua, kritikan sastera
yang baik dan bermutu sewajarnya membantu memberikan sinar kefahaman, kenikmatan
kepada pembacanya. Pembaca harus memperoleh sesuatu yang bermanfaat hasil daripada
pembacaannya.






HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU
710625055260002 SURAYA ABD AZIZ
7


Bab 2 Analisis Bahan Sastera

2.0 Pendahuluan

Pengkaji memilih sebuah novel moden bertajuk Interlok karya Abdullah Hussain.
Buku ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan dikeluarkan pada tahun 2010.
Novel ini telah dijadikan novel komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia
Tingkatan 5.

2.2 Sudut Pandangan dan Kritikan Sosial dalam Novel Interlok

Interlok novel karya Abdullah Hussain yang memenangi Hadiah Saguhati Peraduan
Menulis Novel Sepuluh Tahun Merdeka. Novel ini pertama kali diterbitkan oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka pada tahun 1971. Pada tahun 2011 novel ini menjadi teks Komsas
Tingkatan Lima untuk zon tengah. Novel ini sengaja ditimbulkan kontroversi oleh pihak
tertentu pada hujung Disember 2011 kerana dikatakan mempunyai perkataan paria
yang menyinggung perasaan kaum India. Perkataan paria ini terdapat dalam bab
Keluarga Maniam, ketika memperihalkan sejarah asal usul dan kedatangan Maniam ke
Tanah Melayu.

Interlok adalah sebuah novel sosial. Pengertian novel sosial merujuk novel yang
mengangkat perjuangan golongan bawahan ataupun golongan tertindas sama ada
menentang golongan yang mempergunakan mereka mahupun perjuangan untuk
meningkatkan taraf kehidupan dan status kelas mereka. Pergertian novel sosial
mempunyai perbezaan yang nipis dengan novel masyarakat. Pengertian novel masyarakat
lebih kepada bentuk novel yang mengangkat kisah masyarakat secara keseluruhan.

Protes dan kritikan daripada kisah keperitan dan penindasan terhadap golongan pekerja
ini ditujukan kepada khalayak daripada golongan menengah untuk menarik simpati dan
seterusnya bertindak untuk mengubah sistem perundangan, etika dan moral yang
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU
710625055260002 SURAYA ABD AZIZ
8


menindas golongan pekerja bawahan. Golongan menengah selalunya merupakan
golongan yang berpengaruh dalam mendesak perubahan.

Sokongan dan simpati daripada golongan menengah akan membantu perjuangan
golongan bawahan ini. Bahkan perjuangan mengangkat keadilan untuk golongan
bawahan ini banyak digerakkan oleh tokoh-tokoh daripada golongan menengah pada
hakikatnya.

Novel sosial mengarah matlamat tematiknya kepada pembaikan pendidikan,
hak politik, nasib golongan wanita dan buruh kanak-kanak, keadaan di kilang dan
lombong, jenayah akibat suasana masyarakat yang sesak dan keadaan persekitaran yang
buruk, serta segala macam akibat yang berlaku dalam usaha negara dan golongan elit
mengejar matlamat kemajuan dan kekayaan.

Dalam konteks moral pula, pengarang novel sosial mengangkat nilai moral daripada
norma-norma kehidupan pinggiran golongan bawahan yang pada hakikatnya
jauh berbeza daripada norma masyarakat atasan. Perbezaan yang memperlihatkan
kebobrokan nilai moral yang melanda golongan bawahan selalunya diperbandingkan
dengan kehidupan mewah golongan atasan dengan tujuan memperlihatkan kealpaan dan
kesalahan yang dilakukan oleh golongan atasan hingga mengakibatkan kehidupan yang
buruk kepada golongan bawahan.

Novel ini juga menumpukan kepada kehidupan daif golongan bawahan tanpa
mempersalahkan mana-mana pihak secara langsung. Ia lebih menekankan kritikan
kepada sistem sosial yang muncul oleh keadaan-keadaan yang mewakili era tertentu. Dari
sini, tematiknya merungkai permasalahan sosial sebagai akibat sejarah dan mendesak
cita-cita perjuangan untuk mengubah kehidupan dalam diri golongan bawahan dan
menengah.



HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU
710625055260002 SURAYA ABD AZIZ
9


Maka secara keseluruhannya novel ini menekankan kepada cita-cita sosial, khusus
kepada golongan bawahan untuk mencapai matlamat kehidupan yang lebih sempurna.
Mesej penting antara novel ini ialah idealogi sosial. Novel ini bergerak di atas ideologi
sosial, dan kadangkala membawa propaganda tertentu terhadap matlamat dan
cita-cita yang dikandung olehnya secara tematik. Novel masyarakat tidak
memperlihatkan kecenderungan memaparkan idealogi yang khusus, sebaliknya hanya
memaparkan peristiwa dalam kehidupan masyarakat yang meletakkan pengarang sebagai
cermin yang membiaskan imej serta gambaran.

Interlok menghimpunkan watak-watak daripada golongan bawahan, khususnya golongan
pekerja yang berada di Tanah Melayu pada awal abad ke-20 di bawah pentadbiran
British. Secara lebih jelas masyarakat pekerja bawahan yang berada dalam lingkaran
dunia perindustrian moden, sepertimana yang terdapat dalam novel sosial Barat yang
mengetengahkan golongan bawahan dan pekerja dalam era kebangkitan revolusi
perindustrian di Eropah.

Golongan bawahan dan pekerja yang digambarkan dalam Interlok berada dalam sistem
dan lingkaran dunia perindustrian, yakni golongan buruh yang ditarik dan digunakan
tenaga mereka untuk pengeluaran ekonomi perindustrian. Semua watak yang terdapat
dalam Interlok adalah mereka yang berada di dalam sistem sosio-ekonomi-politik dunia
perindustrian moden. Dalam buku Keluarga Seman, Seman adalah perwakilan daripada
watak bangsa peribumi Melayu daripada golongan masyarakat bawahan yang menetap di
kampung. Dalam sistem ekonomi-politik British, tanah jajahan merupakan tempat
penyediaan bahan mentah untuk memenuhi keperluanperindustrian di England dan
Eropah.

Di Tanah Melayu, British memperkenalkan ekonomi moden dalam konteks ruang tenaga
buruh dan bahan mentah. Bagi mengekalkan kuasanya ke atas bangsa Melayu sebagai
tanah jajahan, British melemahkan keupayaan orang Melayu dari segala segi sehingga
melumpuhkan kekuatan orang Melayu baik fizikal mahupun mental. Orang Melayu
menderita kehilangan kuasa politik melalui sistem politik residen British dan kemudian
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU
710625055260002 SURAYA ABD AZIZ
10


pentadbiran berpusat British iaitu Malaya British Administration (MBA), yang memecah
belahkan kuasa politik Sultan-sultan Melayu melalui zaman pengasingan dan
pembonekaan yang disebut sebagai political disenfranchisement.

Sementara ekonomi orang Melayu dilumpuhkan melalui pemingiran ekonomi (economic
marginalisation) dan pengasingan orang Melayu daripada modeniti dari segi sosial.
Orang Melayu ditutup peluang atau dipinggirkan dalam mobiliti sosial untuk
mengekalkan mereka sebagai petani dan nelayan yang menyediakan logistik seperti
bekalan makanan domestic kepada British (Collin Abraham, 2008). Seman mewakili
watak orang Melayu yang dilumpuhkan segala-galanya oleh British. Seman watak
manusia desa yang tidak berpendidikan, kerana peluang pendidikan sangat terbatas
disediakan oleh British. Tambahan ia diburukkan lagi oleh sikap Pak Musa yang
menyembunyikan Seman daripada dihantar ke sekolah Melayu. Sikap Pak Musa
mewakili sikap orang Melayu yang telah dilumpuhkan jiwa dan fikiran mereka oleh
sistem pengasingan (isolation) dan peminggiran(marginalisation) British. Seman muncul
sebagai hasil daripada sistem penjajahan British yang berlangsung lebih dari lima dekad.
Seman adalah seorang anak muda Melayu yang tidak berpendidikan, terasing daripada
modeniti, dan terpinggir daripada mobiliti sosial kekal sebagai sumber pengeluaran bagi
keperluan logistik (petani, pekebun dan nelayan) untuk British secara domestik di Tanah
Melayu.

Dalam buku Keluarga Chin Huat pula, Chin Huat muncul sebagai wakil watak golongan
pekerja yang ditarik datang ke Tanah Melayu oleh peluang pekerjaan yang ditawarkan
oleh sektor ekonomi perindustrian British, yang berkaitan dengan pengeluaran dan
perkhidmatan. Kehidupan miskin keluarga Chin Huat tanah asal yakni sebuah desa kecil
di Tanah Besar China menjadi faktor penolak Kim Lock (bapa Chin Huat) bersama
anaknya untuk keluar dari China dan mencuba nasib di Tanah Melayu. Ekonomi sumber
perindustrian yang diperkenalkan British di Tanah Melayu menjadi faktor penarik untuk
kaum pendatang datang ke TanahMelayu.


HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU
710625055260002 SURAYA ABD AZIZ
11


Di Tanah Melayu, lombong-lombong bijih timah dibuka, perdagangan eksport-import
digiatkan, dan sektor perkhidmatan membuka peluang besar kepada tenaga-tenaga buruh
mahir dan kurang mahir. Sistem kongsi bagi tenaga buruh dari China yang diperkenalkan
oleh British sangat buruk. Ia membawa orang Cina sebagai buruh dalam keadaan miskin
dan kesihatan yang buruk. Dalam persaingan yang sengit penawaran tenaga buruh, orang
Cina terperangkap untuk menawarkan tenaga buruh yang termurah sama ada dalam
sektor perlombongan milik British mahupun sektor perkhidmatan lain.

Ia menawarkan apa yang disebut sebagaisurvival of the cheapest. Begitu juga yang
berlaku kepada kaum India yang datang ke Tanah Melayu oleh faktor penolak
dan penarik yang sama. Dalam buku Keluarga Maniam, digambarkan Maniam dalam
bulan Julai 1910 telah belayar bersama mereka yang lain dalam sebuah kapal penumpang
yang bertolak meninggalkan Pelabuhan Nagapatam ke Pulau Pinang. Mereka ini semua
adalah tenaga buruh yang berangkat melalui kangani iaitu wakil yang mencari buruh
untuk kebun-kebun dan ladang-ladang getah di Tanah Melayu. Dalam kapal tersebut
digambarkan terdapat120 orang penumpang yang datang dari pelbagai daerah di India,
iaitu Pondicherry, Pulikat,Madras, Malabar, Kerala dan Hyderabad. Mereka semua
bercakap dalam bahasa Tamil, walau ada yang bercakap dalam bahasa Malayali dan
Telugu iaitu bahasa dalam rumpun bahasa Tamilyakni rumpun bangsa Dravida.

Dalam pada itu digambarkan bahawa semua yang berada dalam kapal bersama Maniam
pada ketika itu tergolong dalam kasta yang sama yakni kasta paria. Kasta paria
merupakan golongan di luar kasta (outcast) di India yang tersisih akibat sistem kasta
yang diamalkan di India. Secara sosiologi, mereka mewakili golongan bawahan yang
tertindas di negara mereka sendiri, dan ini adalah salah satu faktor penolak yang penting
dalam konteks kedatangan golongan pekerja dari India ke Tanah Melayu pada awal abad
ke-20.

Namun begitu tidak semua kaum India yang datang ke Tanah Melayu daripada kasta
Paria, dan ini digambarkan dalam Interlok, terdapat pekedai berkasta tinggi di Pulau
Pinang bilamana Maniam datang membeli dan melihat tiada amalan penyisihan
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU
710625055260002 SURAYA ABD AZIZ
12


berdasarkan kasta berlaku di Tanah Melayu ini. Maniam adalah watak yang diangkat
sebagai perwakilan golongan pekerja bawahan yang tertindas oleh sistem ekonomi-
politik British di Tanah Melayu ketika itu.

Watak Maniam dari golongan bawahan ini diangkat sebagai subjek sosiologikal dan
diberikan fokus utama dalam menggambarkan perjuangan dan mobiliti sosial yang
berlaku terhadap kaum India dalam sistem ekonomi-politik British pada awal abad ke-20.
Maniam bukanlah kenyataan daripada keseluruhan kaum India yang datang ke Tanah
Melayu pada ketika itu, tetapi hanyalah watak tipa dalam sebuah novel sosial yang
mengangkat sebuah idealogi social perjuangan golongan bawahan. Orang India yang
dibawa masuk untuk bekerja sebagai buruh dalam sektor ekonomi British juga dibawa
dalam kemiskinan dan kesihatan yang buruk. Malah mereka hidup dalam sistem kangani
yang menyaksikan mereka diperas oleh elit pekerja daripada golongan mereka sendiri.

Dalam sistem kangani yang diperkenalkan oleh British ini orang India yang datang
sebagai buruh, hidup dalam apa yang disebut sebagai internal colonisation,
yakni mengalami penjajahan dalaman dan akhirnya hidup tanpa harapan untuk
melebihi apa yang ada pada mereka. British dalam melaksanakan dasar pecah dan
perintah menemui peluang besar dalam memastikan kekuasaan mereka terus dikekalkan
melalui suasana sosial yang hadir pad awal abad ke-20 ini. Kewujudan dua kaum
pendatang yang besar populasinya di Tanah Melayu dilihat dapat dieksploitaskan bagi
mengimbangi kedudukan orang Melayu sebagai masyarakat peribumi
yang berpotensi mencabar kekuasaan British.

British mengambil peluang daripada suasana sosial masa ini untuk menanamkan perasaan
curiga antara etnik dan mewujudkan apa yang disebut sebagai antagonisme etnik. Dari
sini British membentuk stereotaip etnik iaitu etnik dengan bidangan masing-masing,
sekaligus menjarakkan satu etnik dengan etnik yang lain bagi mengembangkan perasaan
curiga dan prasangka yang tidak berkesudahan antara etnik. Stereotaip etnik ini menjadi
cara membentuk prinsip pemerintahan dan kawalan kuasa. Ia juga menjadi asas kepada
pengabasahan penguasaan kolonial dalam mewujudkan polarisasi kaum.
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU
710625055260002 SURAYA ABD AZIZ
13



Kolonial Birtish dalam polisi divide and rulenya menyerapkan prinsip consciuosness of
kindiaitu dalam memastikan survival, setiap orangberjuangberdasarkanruangkepentingan
kaum masing-masing. Ertinya dalam lingkungan kaum yang sempit. British akhirnya
mengecapi kemewahan daripada penindasan melalui kotak-kotak kaum ini atau dikatakan
sebagai icing on the racial polarisation cake. British meninggalkan masyarakat yang
dipolarisasi ini tiada pilihan lain selain daripada bergantung kepada golongan elit
kaum masing-masing. Golongan elit ini pula dalam berjuang untuk memenuhi keperluan
kaum masing-masing, mengambil kesempatan mengaut kekayaan dan kepentingan untuk
diri mereka.

Melihat dalam konteks agenda ekonomi-politik British, isu perkauman dan polarisasi
kaum ini adalah natijah daripada capitalist mode of production, yang mengaburkan
perbezaan kelas dengan perbezaan dan permusuhan kaum. Ini dapat menyelamatkan
kelas atasan daripada penyatuan kelas bawahan untuk menentang mereka, secara
langsung melumpuhkan rakyat melalui isu dan sentimen perkauman. Bahkan
pengagihan faedah kepada rakyat juga ditentukan mengikut keperluan kaum berdasarkan
kepentingan kesinambungan kuasa politik British. Polarisasi kaum ini ialah hasil dari
proses compartmentalisation yangdikemukakan oleh British, dan memberikan persepsi
bahawa setiap etnik bermusuh antara satu sama lain (Collin Abaram, 2008).

Interlok membawa persoalan ini melalui garapan perjuangan golongan bawahan yang
beradadalam kawah gula ekonomi perindustrian British, secara cukup berseni melalui
penyatuan tiga etnik yang akhirnya membina negara Malaya yang merdeka
(kemudiannya menjadi Malaysia). Penyatuan tiga etnik secara ideal dalam Interlok ini
memperlihatkan lambang penentangan terhadap dasar antagonisme etnik yang
diwujudkan oleh British. Sekaligus mewujudkannya sebagai novel sosial yang bukan
sahaja membawa idealogi penyatuan etnik yang kuat, tetapi juga idealogi penentangan
terhadap kelas atasan yang terdiri daripada penjajah British, pemodal dan konco-konco
British yang terdiri daripada para pembelot bangsa.

HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU
710625055260002 SURAYA ABD AZIZ
14


Adalah sesuatu yang malang apabila novel sosial yang mengangkat tema perjuangan
kelas bawahan ini ditutup dengan isu perkauman yang sempit dan dangkal demi
kepentingan politik perkauman. Perkataan paria tidak mungkin dibuang kerana ia
menjelaskan secara historical suatu pergerakan atau mobiliti sosial daripada golongan
bawahan yang paling hina kepada golongan yang berjaya dan dihormati. Tanpa
memperkenalkan Maniam sebagai seorang daripada kasta paria, suatu bentuk
pemaparan mobiliti sosial tersebut tidak dapat dilakukan dengan munasabah dan
berkesan. Interlok adalah sebuah novel sosial yang tidak ada kena mengena dengan
sebarang bentuk perlakuan untuk menghina mana-mana etnik, sebaliknya
memaparkan seideal mungkin sifat menghormati antara satu sama lain yang menuju
kepada ideal penyatuan antara etnik, khususnya dari kalangan masyarakat bawahan.

Sebarang tuduhan yang mengatakan bahawa Interlok sebagai novel perkauman adalah
tindakan untuk menutup isu kegagalan politik dengan memainkan sentimen perkauman
yang tidak bermanfaat. Pada masa yang sama ia menjulang kembali doktrin pemisahan
kaum kolonial British dalam membentuk sikap kepentingan kaum atau antagonisme etnik
yang telah merosakkan hubungan masyarakat demi kepentingan ekonomi-politik
golongan elit politik,pemodal dan aristokrat. Kini doktrin ini digunakan pula oleh pihak
yang berkepentingan untuk mencari populariti dalam masyarakat atas tujuan-tujuan yang
lebih khusus.

Tindakan menyuburkan sikap perkauman ini membawa masyarakat mundur ke belakang.
Selain itu ia sebenarnya boleh dikatakan sebagai perjuangan sentimen yang tidak melihat
kepada isu sebenar yang membelenggu masyarakat seperti isu kemiskinan, pendidikan,
kesihatan, peluang pekerjaan dan sebagainya. Perjuangan sentimen yang bermain dengan
isu-isu kecil yang sebenarnya adalah hanya ruang sama ada mencari publisiti atau
populariti yang tidak berguna, ataupun cuma helah untuk menutup kegagalan menangani
masalah sebenar kemunduran sosial masyarakat.



HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU
710625055260002 SURAYA ABD AZIZ
15



Kesimpulan

Kesusasteraan Melayu ialah ciptaan seni yang menggunakan Bahasa Melayu
sebagai alat penyampaian. Kesusasteraa Melayu adalah satu cabang kegiatan seni
masyarakat Melayu yang terawal da terpenting. Kesusasteraan lahir bersama kelahiran
masyarakat sebagai alat untuk menyatakan perasaan, keazaman, keinginan, pengalaman
dan pengalaman masyarakat. Mungkin ada generasi muda yang malu kerana novel ini
mengingatkan status, gaya hidup dan corak kehidupan dilalui nenek moyang mereka pada
masa lalu. Perlu diingat tiada mereka, tiada kita. Penderitaan mereka perlu dijadikan
iktibar setiap generasi muda.

Kasta, gaya hidup dan pengasingan kaum yang pernah berlaku di Tanah Melayu suatu
masa dulu adalah pengalaman yang membuatkan generasi baru Malaysia hari ini lebih
kuat dan cekal bagi mengubah kehidupan masing-masing. Contoh terbaik, rakyat
keturunan India kini berjaya mengetepikan sistem kasta yang dibawa dari India dan
mereka hari ini bukan saja duduk sama rendah serta berdiri sama tinggi dengan rakyat
Malaysia lain, malahan ramai yang mencatat kejayaan luar biasa. Kesenangan dan
kemewahan dikecapi hari ini adalah hasil kerja keras nenek moyang, yang ramai datang
dari India tetapi hari ini melahirkan generasi keturunan India yang berjaya menghapuskan
sistem kasta yang tidak dapat diterima itu.

Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum tidak boleh menidakkan atau
menafikan hakikat sejarah permulaan persahabatan antara semua kaum sejak sebelum
merdeka lagi. Tindakan mempolitikkan novel ini hanya kerana satu perkataan yang
mungkin mengingatkan kaum India mengenai pengasingan status yang pernah dialami
nenek moyang mereka, perlu dilihat kembali. Novel Interlok pentas terbaik mengajar dan
mengingatkan generasi Malaysia kini terhadap pahit maung nenek moyang mereka untuk
menjadikan negara ini aman dan mahu silaturahim antara rakyat pelbagai kaum, kukuh.


HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU
710625055260002 SURAYA ABD AZIZ
16





APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI


Abdullah Hussain.2010. Interlok: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Ruziati Abdul Rani 2010: Ulasan Novel Interlok: Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti
Andre Hardjana. 1981. Kritikan Sastera: Sebuah Pengantar. Jakarta:
Hashim Awang. 1984. Kesusasteraan Melayu dalam Kritikan Sejarah.PetalingJaya
Fajar Bakti.
Hashim Awang. 1988. Kritikan Kesusasteraan: Teori dan Penulisan:KualaLumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hashim Awang. 1998. Penciptaan dan Kemanusiaan dalam Cerpen dan Novel.
Shah Alam: Fajar Bakti.
Mana Sikana. 1998. Kritikan Sastera Moden: Teori dan Pendekatan. Shah Alam:
Fajar Bakti.
Modul HBML 4203, Kesusasteraan Melayu : Open University Malaysia.
Othman Puteh. 1995. Pengisian Dunia Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Rahman Shaari. 1994. Kritikan Sastera Melayu: Pendekatan dan Pemikiran. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like