Perubahan Iklim Bandar

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Bincangkan bagaimana pengaruh manusia boleh

mempengaruhi keadaan iklim bandar.


Pengenalan
Pengaruh manusia terhadap iklim bandar telah berlaku sejak
hampir dua dekad yang lalu apabila berlakunya Revolusi
Perindustrian terutamanya di Eropah dan Amerika Syarikat.
Keadaan ini telah menyebabkan manusia melakukan pelbagai
perubahan terhadap alam sekitar fzikal melalui pengubahsuaian
landskap, pengubahsuaian kualiti udara, kualiti air, tanah dan juga
tumbuhtumbuhan demi men!apai kemajuan ekonomi dan sosial.
"erdapat beberapa #aktor bagaimana pengaruh manusia
mempengaruhi keadaan iklim bandar yang se!ara tidak langsung
memberi kesan terhadap keadaan iklim bandar dan akhirnya
memberi impak buruk kepada manusia sendiri.
Pengaruh Manusia Terhadap Keadaan Iklim Bandar.
a) Pembandaran
Pembandaran merupakan proses perubahan sesuatu ka$asan
daripada luar bandar kepada bandar. Pembandaran juga
berlaku apabila petempatan bandar berkembang menjadi bandar
yang lebih besar dan kompleks si#atnya. %alam usaha men!apai
kemajuan teknologi dan sosial, manusia telah melakukan pelbagai
perubahan terhadap permukaan fzikal muka bumi. Sebahagian
daripada permukaan bumi yang dahulunya dilitupi tumbuh
tumbuhan semula jadi, kini telah dipenuhi dengan bangunan
bangunan tinggi yang diperbuat daripada batu-bata dan simen.
Sementara itu, permukaan fzikal bumi juga diturap dengan tar
sebagai jalanraya agar dapat memberi kemudahan dan keselesaan
kepada kehidupan manusia.
Sementara itu, permukaan bandar yang terdiri daripada simen
dan batu bata juga mempunyai aliran terma dan keupayaan haba
yang tinggi jika dibandingkan dengan luar bandar. &leh itu, haba
dapat diserap dengan mudah ke dalam simen dan batu bata pada
$aktu siang dan kemudiannya dibebaskan pada $aktu malam.
Keadaan ini menyebabkan udara di ka$asan bandar menjadi lebih
panas pada $aktu malam berbanding di ka$asan luar bandar.
'isalnya, suhu malam di bandar yang mempunyai ka$asan konkrit
mungkin ()* atau (+* lebih panas daripada suhu di k$asan luar
bandar.
Sementara itu, hampir +), daripada permukaan bumi juga telah
diturap dengan bahan tidak telap air sehingga mempercepatkan
larian air setiap kali berlakunya hujan seperti bumbung
rumah dan bangunan, jalan raya dan ka$asan tempat letak kereta.
Keadaan ini berbeza di ka$asan luar bandar di mana lebih banyak
air meresap ke dalam tanah dan akhirnya disejat semula ke
atmos#era. Pengkalisan air juga boleh menyebabkan perubahan
hidrologi yang mengubah iklim di kawasan bandar. -ni
kerana, larian air yang berlaku dengan !epat di bandar
menyebabkan permukaan berturap selalu kering dan kurang
lembapan untuk sejatan berbanding di ka$asan luar bandar.
Proses sejatan amat penting kerana ia ber#ungsi menyejukkan
permukaan bumi dengan memindahkan haba ke udara. .amun,
permukaan berturap dan berbumbung menghalang pengurangan
bahang dan akhirnya menyebabkan suhu di bandar menjadi
lebih panas berbanding di ka$asan luar bandar.
b) ektor Perindustrian
Sektor perindustrian merujuk sektor perkilangan yang
menghasilkan pelbagai produk yang berguna buat manusia
seperti menghasilkan kereta, makanan dan sebagainya.
Penubuhan beberapa ka$asan perindustrian telah membuktikan
baha$a sektor ini menjadi tulang belakang kepada ekonomi
negara. .amun, sektor ini juga memba$a pelbagai impak negati#
kepada keadaan iklim bandar.
-mpak yang paling ketara yang ditimbulkan oleh sektor
perindustrian ialah kemusnahan kawasan hutan dalam usaha
untuk membentuk satu ka$asan perindustrian yang luas dan
efsien serta berdaya saing. %i samping itu, satu ka$asan baru
yang luas dibuka biasanya melibatkan penerokaan ka$asan hutan
sehingga memusnahkan habitat hidupan liar. Proses
pembersihan hutan yang dilakukan tanpa ka$alan akan
menyebabkan suhu meningkat dengan ketara dan
mengakibatkan berlakunya kemarau. Sekiranya !ua!a
berubah menjadi sangat panas maka ia akan mengakibatkan
kebakaran hutan seperti yang berlaku di Kalimantan dan
Sumatera di -ndonesia pada tahun (//0.
c) Penerokaan Kawasan !utan
'anusia juga melakukan penerokaan hutan untuk
pembangunan" pertanian" perindustrian" pembalakan dan
sebagainya sehingga menghasilkan pelbagai sisa pencemaran.
Penerokaan hutan juga telah menyebabkan pelbagai bentuk
kemusnahan spesies" gangguan keseimbangan iklim dan
kenaikan suhu dunia.
'isalnya, penerokaan ka$asan hutan untuk membina tasik buatan
manusia untuk mendapatkan tenaga hidroelektrik dan air bagi
mengairi ka$asan pertanian dan sebagainya telah menyebabkan
berlakunya pertambahan bahang net bagi kawasan di
kedudukan garis lintang rendah. -ni disebabkan oleh
pengurangan albedo dan pengurangan kehilangan bahang
gelombang panjang dari permukaan. 'anakala di ka$asan
garis lintang tengah dan garis lintang tinggi, pembinaan tasik
buatan manusia ini akan me$ujudkan pengaruh iklim yang
dikaitkan dengan musim. 'isalnya, pada musim sejuk,
permukaan tasik akan membeku dan dilitupi oleh salji kerana
albedonya yang tinggi dan bahang net yang ke!il. 'anakala, pada
musim bunga pula tidak lagi terdapat litupan salji dan imbangan
bahangnya menyerupai musim panas, sedangkan resevoir masih
mempunyai regim musim sejuk.
d) Pembakaran Bahan #pi
Salah satu sebab yang menyebabkan perubahan iklim bandar
ialah hasil daripada pembakaran bahan api. 1ahan api ini terdiri
daripada aerosol dan gas. Aerosol mengandungi bahanbahan
ampaian terutamanya karbon" sebatian plumbum" aluminium
dan silika. 'anakala gas pula $ujud hasil dari pembakaran bahan
api termasuklah sul$ur dioksida" karbon monoksida"
hidrokarbon" nitrogen oksida dan o%on.
1ahan pen!emar yang terdapat dalam aerosol boleh menyekat
kemasukan bahang dan sinaran matahari ke permukaan
bumi. -ni terbukti berdasarkan kajian didapati baha$a bahan
terampai yang terdapat dalam atmos#era berupaya menyekat 2+
++, bahang matahari di beberapa buah bandaraya di 1ritain pada
musim sejuk. Keadaan ini menyebabkan suhu lebih tinggi di
ka$asan bandaraya pada $aktu malam.
%alam masa yang sama, penggunaan aerosol di ka$asan bandar
juga menyebabkan wujudnya nukleus pemeluawapan yang
banyak. Keadaan ini menyebabkan ka$asan bandar yang
berdekatan dengan sungai mudah mengalami kabut yang
boleh menjejaskan penglihatan serta mengundang bahaya
kepada penduduk di sekitarnya. 'isalnya, keadaan kabut tebal
selama 34 jam yang berterusan di 5ondon pada tahun (/+2 telah
meragut (2 ))) nya$a.
'asyarakat moden pada hari ini amat bergantung kepada
kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, lori, kapal terbang
dan sebagainya. %i 'alaysia, terdapat /.6 juta buah kenderaan di
jalan raya sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Peningkatan terhadap bilangan kenderaan serta pergerakan
penduduk dari ka$asan luar bandar ke ka$asan bandar telah
menyumbang kepada masalah pencemaran udara. Setiap
kenderaan bermotor memerlukan tenaga yang banyak untuk
bergerak dan ini perlu melalui proses pembakaran bahan api #osil
yang akhirnya mengakibatkan pembebasan bahanbahan
pen!emar seperti gas karbon monoksida" nitrus oksida"
hidrokarbon dan partikel terampai.
Selain itu, penggunaan gas kloro&urokarbon '()() dalam
aktiviti perindustrian sebagai gas penyejuk dalam pengha$a
dingin, bahan !ampuran untuk membuat plastik serta gas dalam
aerosol seperti penyembur ubat nyamuk juga turut menyumbang
kepada perubahan iklim bandar yang menyebabkan berlakunya
pen!emaran. Apabila !e!air penyejuk digunakan, gas
kloro7urokarbon 89*9: akan dilepaskan ke udara dan ia mampu
menipiskan lapisan o%on. ;as 9*9 mengandungi tiga unsur
yang utama iaitu klorin" &uorin dan karbon yang boleh
menyebabkan perubahan iklim dan meningkatkan suhu di
atmos$era.
*angkah-*angkah Mengurangkan Masalah Perubahan Iklim
Bandar
1agi mengurangkan pergantungan kepada bahan semulajadi
seperti petroleum, arang batu, kayu kayan yang sering digunakan
untuk aktiviti perindustrian, penggunaan tenaga alternati$
seperti tenaga solar, biodiesel, biojisim dan tenaga air harus
dipertingkatkan khususnya dalam penghasilan produk dan
penggunaan harian.
Selain itu, sektor pembinaan haruslah me$ujudkan
pembangunan yang bersi$at mesra alam bagi mengurangkan
penggunaan sumber dan tenaga. Sebagai !ontoh di 'alaysia,
bahan kitar semula digunakan sebagai bahan binaan dan
mengharmonikan ka$asan persekitaran dengan alam sekitar. -ni
merupakan langkah yang positi# dan e#ekti# dalam membentuk
stuktur binaan yang mesra alam dan melestarikan persekitaran di
ka$asan bandar pada masa akan datang.
Selain itu, galakan penggunaan pengangkutan awam
terutamanya di ka$asan bandarbandar besar mampu
mengurangkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan
pelepasan gas rumah hijau ke atmos#era. %i 'alaysia,
pengangkutan a$am seperti Light Rail Transit 85R":, komuter,
monorail dan sebagainya merupakan teknologi bersih yang
menggunakan tenaga elektrik sebagai pun!a tenaga dan mesra
alam.
Pada masa yang sama, kerajaan juga harus memainkan peranan
dalam mempertingkatkan lagi kajian penyelidikan dan
pembangunan yang dapat melestarikan alam sekitar.
Sementara itu, usaha pihak kerajaan dan kerjasama dari badan
badan yang berkaitan juga amat perlu untuk meningkatkan tahap
kesedaran masyarakat mengenai ben!ana alam dan langkah
langkah untuk mengurangkan impaknya. 'isalnya,
menganjurkan pelbagai kempen kesedaran awam" ceramah
dan seminar untuk menerangkan impak ben!ana alam serta
langkahlangkah adaptasi dan mitigasi yang perlu diambil.
Penutup
Setelah dikaji se!ara mendalam, terbukti baha$a setiap ben!ana
dan kemusnahan yang berlaku di ka$asan bandar adalah
berpun!a daripada angkara manusia sendiri. *enomena#enomena
ben!ana alam dan keadaan iklim yang melampau juga semakin
kerap berlaku kesan daripada aktiviti manusia ke atas permukaan
fzikal bumi. <usteru itu, keharmonian antara manusia dengan alam
perlu $ujud. -ni bertujuan untuk menjamin pengekalan sumber
alam yang berterusan.

You might also like