Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 11

SOROTAN LITERATUR

KANDUNGAN
-Apa itu Sorotan Literatur
-Definasi Sorotan Literatur
- Merancang Sorotan Literatur
-Peranan Sorotan Literatur
-Langkah-langkah Sorotan Literatur
-Ciri-ciri Sorotan yang Baik
-5 Fasa Penulisan Sorotan Literatur
- Kesimpulan



- Skop atau ruang untuk menulis Sorotan
Literatur.

Apa itu Sorotan Literatur

Melibatkan kerja-kerja mengesan, membaca,
dan menilai laporan-laporan kajian serta
laporan pemerhatian dan pendapat yang
berkaitan dengan perancangan kajian
penyelidik.
Merangkumi segala bahan bertulis yang:
- ilmiah sama ada bersifat teoretikal
mahupun empirikal
- contoh: jurnal, monograf, prosiding, tesis,
buku akademik dan laporan penyelidikan
Bahan primer dan sekunder

Definasi Sorotan Literatur
Sorotan literatur adalah merupakan
ringkasan bertulis artikel jurnal, buku, dan
lain-lain dokumen yang menjelaskan tentang
kedudukan maklumat masa lalu dan masa
kini, mengatursusun literatur mengikut topik-
topik, serta mendokumenkan perlunya kajian
yang dicadangkan atau dijalankan.
Merancang Penulisan Sorotan Literatur
Literatur yang ditinjau dan dibincangkan itu
perlu disusun mengikut urutan yang lebih
sesuai dan mudah difaham.
Jelaskan secara ringkas kandungan tinjauan
literatur (dalam satu perenggan)
Perbincangan teori berkaitan boleh
dibincangkan mengikut sub-topik atau tema-
tema tertentu yang berkaitan dengan
masalah yang dikaji perlu dikaitkan dengan
kajian yang telah dijalankan
Rumusan perkara-perkara yang telah
dibincangkan

Peranan Sorotan Literatur
Menjelaskan sempadan ilmu tentang topik yang dipilih
Memberi sempadan kepada soalan-soalan penyelidikan
atau masalah yang dikaji
Menjelaskan atau mendefinisi istilah-istilah yang
digunakan dalam kajian
Memahami dapatan awal yang kadang-kadang
bercanggah
Menilai dan memilih teori, hipotesis dan kaedah analisis
data yang sesuai
Membina kepakaran pengkaji melalui pembacaan karya-
karya penyelidik yang terdahulu
Menjadi asas atau benchmark untuk perbandingan
dapatan

Langkah-langkah Sorotan Literatur
Terdapat 5 langkah umum menulis sorotan literatur.

1. Mengenalpasti dan Menyenaraikan Kata kunci (Key
Words) yang akan digunakan dalam mencari literatur
yang sesuai/berkaitan.
2. Mengesan literatur tentang sesuatu topik dengan
merujuk kepada beberapa jenis bahan dan
pengkalan data termasuk yang terdapat dalam
perpustakaan dan internet
3. Menilai dengan kritikal dan memilih lietratur untuk
sorotan
4. Menyusun literatur yang telah dipilih dengan membuat
abstrak atau membuat nota tentang literatur.
5. Menulis sorotan yang melaporkan ringkasan literature
untuk dimasukkan dalam laporan kajian
Ciri-ciri Sorotan Yang Baik
Lengkap meliputi semua aspek
(pembolehubah) yang hendak dikaji
Kemaskini meliputi kajian-kajian yang
mutakhir tentang topik yang sama
Bersepadu ditulis mengikut sub-tajuk
pembolehubah, bukan sub-tajuk nama
pengarang
Kritis bersifat penilaian, bukan deskriptif
Selektif memilih artikel-artikel yang
relevan dengan topik
5 FASA PENULISAN SOROTAN LITERATUR
1. Skop sorotan anda perlu spasifik,
- Sangat penting mendifinasikan ruang skop kajian
supaya tidak terlalu luas dan jauh menjangkau
sehingga sukar untuk diuruskan.
- Maklumkan had batasan atau skop kajian contoh,
masa, umur, kelamin, lokasi dll.
2. Mencari maklumat
- Menggunakan sorotan literatur yang sedia ada.
- Kajian-kajian yang terdahulu yang penting dan
kelasik sebagai rujukan.



3. Merekod maklumat
- Perlu merekod bahan rujukan dimana maklumat
diperolehi.
- Gunakan kaedah yang sistematik supaya mudah
menulis rujukan dan bibliography
4. Menilai Maklumat
- Semua maklumat perlu dinilaikan sama ada boleh
diterima atau tidak.
- Bahan rujukan akedemik dari perpustakaan lebih
baik dari internet.
- Perlu berhati-hati menilai maklumat di internet.

5. Mengatur dan menulis sorotan literatur.
- Terdapat berbagai cara menyusun maklumat
seperti mengikut konsep/isu, methodologi, thema
atau kronologi sejarah.
- Gunakan bahasa yang mudah difaham oleh semua
lapisan pembaca kecuali yang ditujukan untuk
pembaca yang spasifik.
- Pendekkan perenggan.

KESIMPULAN
Up-to-date - Literatur hendaklah terkini (up-to-date)
untuk kajian yang inpirikal apa apa yang lebih 10 tahun
adalah sejarah.

Releven - Buku rujukan dan artikal hendaklah releven
dengan tajuk. Kualiti adalah lebih baik dari kuantiti.

Idea dan Kedapatan (findings) yang Membangun -
Sorotan Literatur hendaklah berhubung kait untuk
menunjukan idea yang baik dan kedapatan yang
membangun tetapi bukan hanya menunjukkan senarai
buku rujukan dan artikal.

Menilai Isi Kandungan Isi kandungan sorotan
hendaklah sesuai dalam konteks sama ada ia kritikal
dalam menilai kelemahan dan kesalahan dalam kajian
yang dijalankan.

You might also like