3.4 Hasil Dapatan Soal Selidik

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Hasil Dapatan Soal Selidik

Saya telah menjalankan satu soal selidik dengan pelajar tahap 2 iaitu
pelajar 5B. Menerusi soal selidik yang telah dijalankan, didapati bahawa para
pelajar lebih suka aktiviti subjek yang melibatkan Sain dan Matematik. Murid-
murid sekolah ini suka kepada pembelajaran yang mencabar pemikiran dari
segi pengiraan dan fenomena alam sekitar. Saya juga mendapati bahawa
keputusan peperiksaan murid-murid dalam subjek Sains dan Matematik lebih
cemerlang berbanding dengan subjek-subjek lain.
Selain itu, soal selidik saya menunjukkan kebanyakan daripada murid-
murid dapat mengikuti sukatan dan proses Pengajaran dan Pembelajaran
yang dijalankan dalam kelas. Mereka berasa seronok berada dalam kelas dan
mengikuti P&P yang dijalankan. Antara sebab-sebabnya adalah guru banyak
menggunakan alat-alat ICT yang canggih menarik minat mereka untuk
menumpukan perhatian dalam kelas. Selepas menemu bual dengan guru-
guru, saya dapat tahu bahawa sekolah ini telah mendapat sejumlah
peruntukan untuk mempertingkatkan alat-alat ICT dalam sekolah pada tahun
lepas. Oleh itu, kebanyakan alat dalam keadaan yang bagus dan seiring
dengan teknologi masa kini.
Seterusnya, saya mendapati bahawa keputusan UPSR sekolah ini
pada beberapa tahun lepas sehingga sekarang semakin bermaju. Setelah
berkolaborasi dengan guru besar, beliau mengatakan terdapat beberapa
sebab yang membolehkan mereka semakin membuka langkah ke arah yang
cemerlang. Salah satu sebabnya adalah kelas tambahan yang diberikan
secara percuma kepada murid-murid tahun 6 daripada PIBG. Persatuan Ibu
Bapa dan Guru di sekolah ini amat aktif dan berkorban untuk kebaikan murid-
murid. PIBG telah berusaha untuk mengumpul dana daripada masyarakat
setempat untuk membiayai perbelanjaan kelas tambahan tersebut.
Dari segi kokurikulum, majoriti mereka lebih aktif dalam sukan dan
permainan. Menurut guru-guru, kekuatan sekolah ini adalah pasukan bola
keranjang mereka. 6 orang daripada 12 orang pemain wakil sekolah dipilih
untuk mewakil pasukan negeri Kedah. Oleh itu, ini membentuk satu popularity
untuk murid-murid bermain bola keranjang. Selain itu, bidang olahraga
sekolah ini juga boleh mencapai tahap yang cemerlang. Sekolah ini
mempunyai ahli olaragawan yang mencapai kejayaan yang cemerlang di
peringkat negara.
Kesimpulannya, soal selidik yang dijalankan banyak membantu saya
untuk memahami later belakang sekolah ini. Menerusi soal selidik, saya telah
mendapat beberapa maklumat yang amat berguna.

You might also like