Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH NEGERI PAHANG

CAWANGAN KUANTAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Tel. : 09-5138097
TINGKAT 2 & 3, WISMA DELIMA Fax : 09-5133362
JALAN HAJI ABDUL AZIZ Web : http://www.moe.gov.my
25000 KUANTAN E-Mail : as.kuantan@bas.moe.gov.my
Ruj. Kami : KP.1383/PAS.KTN/CBA5022
Ruj. Tuan :
Tarikh : 08 April 2013

Pengurus
Sekolah Kebangsaan Pulau Manis
26640 PEKAN
Pahang Darul Makmur


Tuan/Puan,

PENGAUDITAN AKAUN TAHUN 2012
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pengauditan terhadap Penyata Akaun Tahun 2011 sekolah tuan/puan telah dijadualkan
pada Mei 2013. Oleh itu, pihak sekolah dikehendaki menghantar dokumen pengauditan ke
Bahagian Audit Sekolah Negeri Pahang Cawangan Kuantan pada 29 April 2013 seperti di
Lampiran A. Sesalinan dokumen dan rekod kewangan untuk simpanan pihak Audit juga perlu
dikemukakan seperti di Lampiran B.

3. Sebarang bil/invois dan dokumen berkaitan yang ditulis dalam bahasa selain daripada
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris hendaklah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan
disahkan oleh tuan/puan.

4. Seperti yang tuan/puan sedia maklum, tanggungjawab menyediakan penyata kewangan
yang benar dan saksama adalah terletak dalam tangan tuan/puan. Pihak Audit hanya
bertanggungjawab untuk menjalankan pengauditan terhadap penyata kewangan yang
dibentangkan dan mengeluarkan pendapat terhadap penyata kewangan tersebut.

5. Bagi membolehkan kami menyelesaikan kerja pengauditan mengikut tempoh masa yang
ditetapkan, kami berharap pihak tuan/puan dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya untuk
menjawab dan memberi keterangan dengan kadar segera apabila diminta.

6. Saya adalah pegawai yang akan menjalankan pengauditan ke atas Penyata Kewangan
tahun 2012 bagi sekolah tuan/puan. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan/pertanyaan yang
berkaitan boleh berhubung terus dengan saya. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan
amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

"1MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

Saya yang menurut perintah,

(MOHD NORDIN BIN MAT YAMAN)
b.p. Ketua Audit Sekolah
Bahagian Audit Sekolah Negeri Pahang
Cawangan Kuantan
Kementerian Pelajaran Malaysia

You might also like