Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 33

PENGENALAN

Dalam topik ini, anda akan diperkenalkan dengan dua jenis aktiviti air
yang popular dilakukan ketika aktiviti pendidikan luar iaitu berkayak dan
bersnorkel. Pengenalan kepada aktiviti berkayak banyak membincangkan
tentang perkara asas dan juga beberapa teknik serta panduan yang boleh
digunakan ketika merancang dan melaksanakan aktiviti ini. Bagi aktiviti
bersnorkel, ianya merupakan satu aktiviti yang membolehkan anda
menikmati keindahan dasar laut dengan menggunakan peralatan yang
ringkas berbanding penggunaan peralatan yang agak sofistikated seperti
aktiviti selam skuba.


Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti kaedah dan persediaan yang diperlukan ketika
aktiviti berkayak dan bersnorkel;
2. Menghuraikan jenis dan bahagian utama peralatan yang bakal
digunakan untuk berkayak dan bersnorkel;
3. Mengenal pasti langkah-langkah keselamatan yang perlu diikuti
sebelum pelaksanaan aktiviti berkayak dan bersnorkel;
4. Menghuraikan ciri-ciri setiap komponen peralatan yang bakal
digunakan dalam aktiviti berkayak dan bersnorkel; dan
5. Menjelaskan teknik-teknik yang boleh diaplikasikan ketika
pelaksanaan aktiviti.
HASIL PEMBELAJARAN

T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
6
6

Aktiviti
Berasaskan Air
Kayak dan
Bersnorkel
TOPIK 6 AKTIVITI BERASASKAN AIR KAYAK DAN BERSNORKEL

109
AKTIVITI BERKAYAK

Rajah 6.1: Berkayak adalah suatu aktiviti yang mencabar

Cabaran adalah satu perkara yang boleh dikaitkan dalam aktiviti berkayak
kerana ketika berkayak, kemahiran yang ada sering diuji oleh ombak yang ganas,
begitu juga dengan kesabaran.

Daripada segi objektif asas, berkayak ialah untuk mengemudi kayak di atas air
dengan mengaplikasikan kaedah dan teknik yang paling mudah digunakan.
Ianya memerlukan latihan dan kemahiran bagi mengemudi sebuah kayak. Ianya
tidak sama seperti aktiviti mendayung (rowing) yang berobjektif untuk bergerak
sepantas yang boleh ke hadapan. Kayak boleh dikatakan bersifat serba boleh
(versatile) kerana ianya membolehkan anda mengawal pendayung dengan
mudah dan pemandangan ke hadapan dengan lebih jelas berbanding berdayung.
6.1.1 Sejarah Kayak
Kayak telah dicipta oleh orang asli yang tinggal di kawasan Artik. Kayak
digunakan oleh mereka untuk pergi berburu dan mencari makanan. Idea kepada
penciptaan kayak ini adalah berasaskan penggunaan perahu biasa yang
menggunakan pendayung bilah tunggal (single blade paddle) mungkin tidak
6.1
TOPIK 6 AKTIVITI BERASASKAN AIR KAYAK DAN BERSNORKEL


110
sesuai untuk mengharung ombak dan laut yang ganas di Artik. Kayak yang
dicipta menggunakan pendayung dua belah (double blade paddle) dan bentuk
kayak yang lebih kecil memudahkan pergerakan mereka seharian.

Kayak pertama yang digunakan khas untuk berekreasi telah dicipta oleh John
MacGregor yang diberi nama Rob Roy Canoe. Kayak yang dibina oleh beliau
dicipta khas untuk tujuan menyusuri laluan sungai di sekitar Eropah.

Sejarah Perkembangan Kayak di Malaysia


Rajah 6.2: Aktiviti kayak kini popular dalam kalangan
pelajar daripada peringkat sekolah hinggalah ke universiti

Di negara kita, sejarah berkayak bermula sejak awal lagi sebagai medium
pengangkutan utama masyarakat zaman dahulu yang menjadikan sungai atau
laut sebagai laluan. Sejarah moden kayak di negara kita ketika itu banyak
bermula sekitar tahun 60an dan ia mula diperkenalkan oleh tentera laut British
yang berpangkalan di Woodlands, Singapura. Ketika itu, aktiviti berkayak tidak
mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat kerana ia hanya tertumpu
kepada penglibatan oleh anggota tentera dan kakitangan kerajaan sahaja pada
ketika itu.

Pada sekitar tahun 1970an, aktiviti berkayak mula kembali aktif dengan
permulaannya di Pulau Pinang. Aktiviti ini tidak berkembang secara menyeluruh
di setiap negeri di Malaysia. Pada tahun 1980an aktiviti kayak telah mula
mendapat tempat dan ia telah berkembang di seluruh negara dengan bantuan
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada ketika itu.

Pendidikan konservasi akan melahirkan individu yang mempunyai sikap
sayangkan alam semula jadi serta bertindak dengan proaktif untuk memelihara
alam semula jadi.

TOPIK 6 AKTIVITI BERASASKAN AIR KAYAK DAN BERSNORKEL

111

REKA BENTUK KAYAK
Terdapat tiga reka bentuk kayak di mana setiap satu memiliki ciri-ciri dan
kelebihan yang tersendiri, seperitman a dipaparkan pada Jadual 6.1.

Jadual 6.1: Tiga Reka Bentuk Kayak
Reka Bentuk Simbol Ciri-ciri
Mandesta

Berbentuk V.
Memiliki kelajuan yang tinggi.
Agak sukar dikawal.
Sesuai untuk pertandingan dan kegunaan di
sungai dan tasik.
Ottersport

Berbentuk U atau flat bottom hull.
Sangat stabil.
Menerima rintangan air yang banyak.
Sesuai untuk perjalanan yang jauh atau
berekspedisi.
Sesuai untuk sungai, tasik dan laut.
Sesuai untuk tujuan berekreasi.
Slalom

Berbentuk U.
Hull melengkung.
Mudah dikawal.
Laju tetapi mudah terbalik.
Sesuai untuk latihan dan pertunjukan.
Sesuai untuk sungai dan tasik.
Sesuai untuk rekreasi.


6.2
Bagaimanakah sejarah kayak telah bermula hingga membawa kepada
perkembangan aktiviti kayak di negara kita?
LATIHAN 6.1
TOPIK 6 AKTIVITI BERASASKAN AIR KAYAK DAN BERSNORKEL


112
6.2.1 Jenis-jenis Kayak
Terdapat beberapa jenis kayak yang popular digunakan, antaranya adalah:

(a) Kayak Rekreasi
Kayak ini digunakan di laut dan sungai. Rajah 6.3 mengilustrasikan tiga
jenis kayak rekreasi.


Rajah 6.3: Tiga jenis kayak rekreasi

TOPIK 6 AKTIVITI BERASASKAN AIR KAYAK DAN BERSNORKEL

113
(b) Kayak Laut dan Ekspedisi (Touring)
Penggunaan kayak ini adalah untuk di laut dan ketika ekspedisi. Rajah 6.4
menunjukkan gambar kayak ini.


Rajah 6.4: Kayak whitewater


KOMPONEN KAYAK, PENDAYUNG DAN
JAKET KESELAMATAN
Pengetahuan mengenai peralatan dan komponen utama dalam aktiviti kayak
merupakan perkara asas yang perlu anda kuasai. Ini akan dapat membantu anda
mengenal pasti kegunaan dan kepentingan setiap peralatan dan komponen
kayak.
6.3
Terangkan ciri-ciri tiga bentuk kayak yang anda tahu.
LATIHAN 6.2
TOPIK 6 AKTIVITI BERASASKAN AIR KAYAK DAN BERSNORKEL


114
6.3.1 Komponen Kayak
Terdapat sebanyak 11 komponen kayak. Rajah 6.5 mengilustrasi komponen-
komponen kayak manakala Jadual 6.2 menerangkan tentangnya.


Rajah 6.5: Setiap komponen kayak

Jadual 6.2: Penerangan tentang Sebelas Komponen Kayak
Komponen Penerangan
Buritan (stern) Bahagian belakang kayak
Luan (bow) Bahagian depan kayak
Bibir (coaming) Bahagian atas kayak
Kokpit (cockpit) Lubang tempat duduk kayak
Lunas (keel) Lunas kayak
Hac dek (deck hatch) Kompartmen menyimpan barang
Tempat duduk (seat) Tempat duduk kayak
Gagang pembawa
(carrying handle)
Tali tempat memegang kayak
Shock cord deck rigging Tali sekeliling dek yang anjal yang boleh digunakan untuk
meletak dan menyelitkan barang
Kokpit rim (cockpit rim) Pelindung getah bahagian atas sekeliling cockpit
Badan kapal (hull) Bahagian bawah kayak


TOPIK 6 AKTIVITI BERASASKAN AIR KAYAK DAN BERSNORKEL

115
6.3.2 Pendayung
Pendayung digunakan untuk mendayung kayak. Terdapat sebanyak enam
komponen pada pendayung, sepertimana yang digambarkan pada Rajah 6.6 dan
diterangkan dalam Jadual 6.3. Kita dapat lihat pada Rajah 6.7.


Rajah 6.6: Komponen pendayung

Jadual 6.3: Enam Komponen Pendayung
Komponen Penerangan
Power face Bahagian hadapan bilah dayung
Blade back face Bahagian belakang dayung
Blade edge Bahagian sisi dayung
Tip Hujung duyung
Drip ring Penghalang air daripada membasahi shaft
Shaft Pemegang dayung
TOPIK 6 AKTIVITI BERASASKAN AIR KAYAK DAN BERSNORKEL


116

Rajah 6.7: Ketinggian pendayung

TOPIK 6 AKTIVITI BERASASKAN AIR KAYAK DAN BERSNORKEL

117
6.3.3 Jaket Keselamatan

Rajah 6.8: Pastikan pemakaian jaket keselamatan dilakukan dengan betul

Jaket keselamatan atau peranti pengapungan peribadi (personal floatation
device) perlu sentiasa dipakai ketika aktiviti berkayak. Ada pelbagai jenis jaket
keselamatan dan memiliki pelbagai ciri keselamatan yang berbeza. Untuk aktiviti
berkayak adalah disarankan anda memakai jaket keselamatan yang ada poket
berzip di bahagian depan untuk memudahkan menyimpan alatan mustahak
seperti kompas, wisel dan lain-lain. Rajah 6.8 memaparkan cara memakai jaket
keselamatan yang sepatutnya.

Apa yang penting, dalam pemakaian dan pemilihan jaket keselamatan ialah
perlu mengutamakan keselesaan apabila dipakai. Berdasarkan pemantauan,
ramai yang tidak memakai jaket keselamatan dengan betul ketika aktiviti kayak
yang panjang. Ini adalah akibat daripada jenis jaket keselamatan yang digunakan
tidak selesa dan tidak sesuai untuk dipakai untuk tempoh jangka waktu yang
panjang. Para peserta cenderung untuk membuka klip dan melonggarkan tali
jaket keselamatan kerana merasa tidak selesa dan situasi ini dilihat berbahaya
jika berlaku insiden yang datang tanpa diduga.
KESELAMATAN SEMASA BERKAYAK
Keselamatan perlu diutamakan ketika berkayak. Antara faktor keselamatan yang
perlu diambil perhatian adalah seperti berikut:

(a) Sentiasa periksa kayak berkeadaan baik dan selamat digunakan;
(b) Memakai jaket keselamatan dan memastikan ia juga berkeadaan baik dan
boleh digunakan;
(c) Membawa wisel yang berfungsi setiap masa;
6.4
TOPIK 6 AKTIVITI BERASASKAN AIR KAYAK DAN BERSNORKEL


118
(d) Menyedia dan membawa kit pertolongan cemas yang lengkap setiap masa;
(e) Sentiasa memastikan peserta tahu melakukan isyarat kecemasan;
(f) Membawa lampu suluh yang terang dan kalis air;
(g) Merakit (rafting) bila perlu sahaja dan elakkan ketika berombak besar dan
deras;
(h) Sentiasa memastikan anda tidak berkayak berseorangan;.
(i) Jika berkayak berkumpulan, jangan meninggalkan rakan peserta anda
terlampau jauh atau terpisah daripada kumpulan (pastikan jarak antara 3m
hingga 6m); dan
(j) Sebelum berkayak, anda perlu memastikan perkara berikut telah dilakukan:
(i) Mengetahui dan memastikan pasangan berkayak diletakkan
berasaskan kemahiran berenang, contohnya, yang boleh berenang
dengan yang tidak boleh berenang;
(ii) Mengetahui yang mahir berkayak dengan yang tidak mahir;
(iii) Memadankan antara yang berbadan kurus dan gemuk; dan
(iv) Memadankan antara yang mudah mabuk laut dengan yang tidak
mabuk laut.
TEKNIK BERKAYAK
Untuk memahirkan diri dalam berkayak, beberapa teknik asas dalam mengemudi
kayak perlu dikuasai. Kesemua teknik yang diketengahkan memerlukan latihan
yang tersusun agar memberikan kesan kepada pembelajaran. Rajah 6.9
menunjukkan empat teknik berkayak yang akan dibincangkan dengan lebih lanjut
dalam subtopik ini.


Rajah 6.9: Empat teknik berkayak
6.5
TOPIK 6 AKTIVITI BERASASKAN AIR KAYAK DAN BERSNORKEL

119
6.5.1 Melancar dan Mendaratkan Kayak
Terdapat teknik dalam melancar dan mendaratkan kayak iaitu:

(a) Ketika melancar kayak, pastikan anda mengambil kira perkara-perkara
berikut:
(i) Kayak telah diletakkan sepenuhnya di dalam air; dan
(ii) Bahagian depan (luan) kayak sentiasa menghala ke laut;

(b) Ketika hendak mendarat, pastikan anda mengambil kira perkara-perkara
berikut:
(i) Kayak anda telah dipusingkan menghadap semula ke laut sebelum
mendarat; dan
(ii) Anda boleh menggunakan teknik dayungan ke belakang.
6.5.2 Naik dan Turun Kayak

Rajah 6.10: Cara naik kayak

Berikut merupakan empat cara untuk menaik dan menurunkan kayak:

(a) Letakkan dayung di sisi kayak dan lihat pukulan ombak;

(b) Pastikan pengemudi bahagian depan (bowman) naik dulu kemudiannya
diikuti oleh pengemudi di belakang (sternman);

TOPIK 6 AKTIVITI BERASASKAN AIR KAYAK DAN BERSNORKEL


120
(c) Ketika menaiki kayak, pastikan bahawa kita mengimbangi berat badan
dengan merendahkan pusat graviti dan seterusnya perlahan-lahan
memasuki bahagian kokpit kayak dengan menyeluruh (rujuk Rajah 6.10);
dan

(d) Jika kita telah berhenti menjalankan aktiviti, pastikan kayak dinaikkan ke
pantai.
6.5.3 Berdayung

Rajah 6.11: Cara berdayung

Cara yang betul untuk memegang dayung adalah seperti berikut:

(a) Pastikan pegangan anda pada pendayung tidak terlalu ketat. Pegangan
yang terlalu ketat akan menyukarkan anda mengerakkan pendayung;

(b) Pegang pendayung dengan posisi jari anda berada di atas dan ibu jari pula
berada bahagian bawah;

(c) Pastikan kedudukan tangan dan lengan anda selebar bahu atau posisi
kedua belah tangan memegang dayung hendaklah sedikit keluar dari
bahagian bahu (rujuk Rajah 6.11);

(d) Kedudukan badan anda hendaklah disandarkan sedikit ke belakang dan
pastikan bahu sentiasa berada dalam keadaan yang selesa;

TOPIK 6 AKTIVITI BERASASKAN AIR KAYAK DAN BERSNORKEL

121
(e) Pastikan kedudukan papan dayung berada keseluruhannya di dalam air.
Untuk mendapatkan kelajuan mendayung maksimum 45 hingga 50
dayungan seminit, kita disarankan untuk memanjangkan dayungan; dan

(f) Janganlah berkali-kali memaksa diri berdayung sehingga menyebabkan
otot digunakan lebih daripada had kemampuan biasa. Pastikan kita
sentiasa mencari ruang untuk merehatkan otot ketika sudah penat
mendayung.

6.5.4 Teknik Mendayung
Terdapat empat teknik dayungan yang boleh digunakan ketika berkayak (rujuk
Rajah 6.12). Setiap satu diterangkan dengan terperinci berserta rajah.


Rajah 6.12: Empat teknik mendayung

(a) Dayungan Junam


Rajah 6.13: Cara melakukan dayungan junam

TOPIK 6 AKTIVITI BERASASKAN AIR KAYAK DAN BERSNORKEL


122
Berikut merupakan enam cara melakukan dayungan junam (rujuk Rajah
6.13):

(i) Mulakan dayungan dengan menjunamkan bilah (blade) ke hadapan
sejauh mana yang anda mampu mengikut keselesaan;

(ii) Jatuhkan keseluruhan bahagian bilah ke dalam air dan mulakan
mendayung dengan tekanan menggunakan tangan yang berada
paling atas;

(iii) Bilah yang berada di dalam air perlu sentiasa berada di sisi kayak dan
pastikan tangan yang berada paling bawah dengan pendayung
sentiasa tegak;

(iv) Apabila bilah telah mula melepasi bahagian badan anda, pastikan
bahagian lengan paling atas akan berada melintas tegak di hadapan
muka anda;

(v) Akhir sekali, apabila berada dalam fasa dayungan paling akhir, muka
bilah yang belum dibenamkan ke air akan mula dihalakan ke bawah;
dan

(vi) Teknik ini perlu diteruskan secara berterusan dan menggilirkan bilah
pendayung di kiri dan di kanan.

(b) Dayungan ke Belakang (Back Paddling)


Rajah 6.14: Cara melakukan dayungan ke belakang

TOPIK 6 AKTIVITI BERASASKAN AIR KAYAK DAN BERSNORKEL

123
Kaedah dayungan ke belakang dilakukan seperti yang berikut (rujuk Rajah
6.14):

(i) Dimulakan dengan posisi dayung diletakkan pada paras yang rendah
iaitu di sebelah tepi/sisi kayak dengan bahagian rata belakang bilah
di atas air;

(ii) Gunakan bahagian belakang bilah yang rata tersebut, lakukan
tolakkan ke dalam air; dan

(iii) Kemudian bawalah bilah pendayung tersebut maju ke hadapan
dengan kedua-dua belah tangan dalam keadaan yang lurus dan
menegak.

(c) Dayungan Sapu (Sweep)


Rajah 6.15: Cara melakukan dayungan sapu

Teknik ini sesuai digunakan ketika anda ingin membelok atau
memusingkan kayak yang sedang berhenti atau yang sedang bergerak.
Teknik dayungan ini juga sesuai digunakan jika anda ingin mengekalkan
posisi kayak lurus. Berikut adalah kaedah yang anda boleh lakukan (rujuk
Rajah 6.15):

(i) Letakkan bilah sejauh yang boleh ke hadapan. Dayung mestilah
diletakkan jauh sedikit dari tepi kayak;

(ii) Kemudian, kita perlu memusingkan pendayung sejauh yang boleh ke
hadapan. Tarik dayung ke belakang dan dilakukan dalam bentuk
separuh bulatan dengan mengekalkan tangan kiri di dalam
kedudukan yang lurus; dan
TOPIK 6 AKTIVITI BERASASKAN AIR KAYAK DAN BERSNORKEL


124
(iii) Lihat hala tuju kita dan teruskan dengan dayungan separuh bulatan
seluas yang boleh kita lakukan. Pastikan juga bahagian bilah
pendayung kita hanya mencecah sedikit bahagian permukaan air.

(d) Merapatkan Kayak (Draw Stroke)


Rajah 6.16: Cara merapatkan kayak

Teknik ini sering digunakan dalam situasi untuk merapatkan kayak selari
dengan objek, seperti untuk tujuan berkumpul (merakit). Berikut adalah
panduan yang boleh kita gunakan untuk teknik ini (rujuk Rajah 6.16):

(i) Pusingkan badan ke arah tuju ke kiri atau ke kanan, kemudian letak
atau halakan bilah ke sisi sejauh yang kita mampu lakukan. Pastikan
muka bilah menghala ke arah kayak;

(ii) Awasi kayak daripada terbalik, jika dayungan ini dilakukan oleh
kedua-dua peserta;

(iii) Siku masih dibengkokkan dengan dayung dalam keadaan menegak di
dalam air dan sama aras pinggang. Kekalkan tangan/lengan atas
seperti ini sepanjang dayungan dilakukan; dan

TOPIK 6 AKTIVITI BERASASKAN AIR KAYAK DAN BERSNORKEL

125
(iv) Dengan keadaan bilah pendayung yang mempunyai jarak yang sama
antara satu sama lain dari kayak, tarik tangan yang di bawah itu lurus
ke dalam dan seterusnya ke arah pinggang. Selepas itu, putarkan
bilah pendayung keluar 90 darjah.


MENYELAMAT (RESCUE) KAYAK
Ketika berkayak, kita akan terdedah kepada pelbagai situasi yang tidak diduga
seperti kayak terbalik, karam dan sebagainya. Untuk tujuan menyelamat, kita
boleh menggunakan teknik dan kaedah menyelamat yang diringkaskan pada
Rajah 6.17.


Rajah 6.17: Empat teknik menyelamatkan kayak
6.6.1 Menyelamat Bersendirian (Self Rescue)
Cara menyelamat diri sendiri adalah seperti berikut:

(a) Jika kayak akan terbalik, luruskan kaki dan keluar dari kayak dengan
segera. Dalam situasi ini, cuba capai mana-mana bahagian kayak;

(b) Jika kayak tidak dipenuhi air, secara serentak, kedua-dua peserta
hendaklah mengangkat kayak sedikit dari paras air dan menolak tangan
dengan pantas. Ini akan memperbetulkan kedudukan kayak;
6.6
Terangkan secara ringkas apakah teknik dayungan yang sesuai
digunakan ketika hendak merapatkan kayak anda dengan kayak yang
lain dan bagaimana ia boleh dilakukan.
LATIHAN 6.3
TOPIK 6 AKTIVITI BERASASKAN AIR KAYAK DAN BERSNORKEL


126
(c) Seorang peserta akan menjaga stabiliti kayak sementara rakannya akan
cuba memanjat untuk menaiki kayak; dan

(d) Setelah rakan depan (bowman) berada di dalam kayak, rakan belakang
(sternman) akan mula memanjat kayak.

6.6.2 Menyelamat X

Rajah 6.18: Cara menyelamat X

Berikut adalah empat cara menyelamat X (rujuk Rajah 6.18):

(a) Kayak yang terbalik akan dinaikkan ke bahagian depan kayak penyelamat;

(b) Bowman dan sternman akan bersama saling bertindak membuang air dari
dalam kayak dengan cara meninggi dan merendahkan hujung kayak seperti
papan jongkang-jongket;

(c) Kemudian jika and telah pasti bahawa semua air telah dikeluarkan dari
kayak kembalikan kayak anda ke kedudukan asal; dan

(d) Seterusnya, kita boleh naik semula ke kayak didahului oleh bowman dan
seterusnya sternman.
TOPIK 6 AKTIVITI BERASASKAN AIR KAYAK DAN BERSNORKEL

127
6.6.3 Menyelamat H

Rajah 6.19: Cara menyelamat H

Seterusnya, kita akan melihat cara menyelamat H (rujuk Rajah 6.19) iaitu:

(a) Kaedah ini boleh dilakukan jika terdapat dua atau lebih kayak penyelamat
dalam satu masa;
(b) Kedua-dua kayak penyelamat akan berada di sisi kayak yang terbalik
seolah-olah membuat huruf H;
(c) Bowman pada kedua-dua kayak penyelamat akan memegang hujung kayak
yang terbalik itu dan seterusnya membalikkan semula kayak itu sambil
mengeluarkan airnya;
(d) Sternman akan membantu dalam mengimbangkan kayak; dan
(e) Jika ramai, mereka akan merakit di sebelah kiri dan kanan.
TOPIK 6 AKTIVITI BERASASKAN AIR KAYAK DAN BERSNORKEL


128
6.6.4 Menyelamat HI

Rajah 6.20: Cara menyelamat HI

Berikut merupakan empat kaedah menyelamat HI (rujuk Rajah 6.20):

(a) Sternman bagi kayak A dan B merentang pendayung kepada satu sama
lain;

(b) Anjakkan kayak C agar tertiarap di atas pendayung yang telah
direntangkan;

(c) Buang air dengan menggunakan cara meninggi dan merendahkan hujung
kayak; dan

(d) Letakkan semula kayak C kepada kedudukan asal dan turunkan semula di
dalam air.


Terangkan kaedah melaksanakan cara menyelamat X ketika berkayak.
LATIHAN 6.4
TOPIK 6 AKTIVITI BERASASKAN AIR KAYAK DAN BERSNORKEL

129
BERSNORKEL

Rajah 6.21: Bersnorkel amat popular dan mencabar di masa kini

Bersnorkel merupakan satu aktiviti untuk kita melihat dan menghayati hidupan
di dasar laut seperti terumbu karang dan spesies hidupan marin dengan
menggunakan topeng muka dan bernafas dengan menggunakan snorkel.

Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti rekreasi yang amat popular pada masa
ini, selain daripada aktiviti yang lebih mencabar dan agak sofistikated seperti
selam skuba. Aktiviti bersnorkel ini dapat membantu seseorang invididu
menikmati pemandangan di dalam laut dengan menggunakan beberapa
peralatan ringan serta mudah dikendalikan. Peralatan yang digunakan agak
ringkas dan ia terdiri daripada peralatan-peralatan asas seperti, topeng (mask),
snorkel dan sirip (fins).
6.7.1 Sejarah Aktiviti Bersnorkel
Bersnorkel pada zaman kini boleh dijejaki sejarahnya yang telah ada semenjak
5000 tahun dahulu. Teknologi semakin berubah dari sehari ke sehari, begitu juga
dengan usaha-usaha yang dilakukan bagi meneroka kedalaman laut. Bukti dari
3000 S.M. telah menunjukkan bahawa beberapa penyelam bebas yang terawal
adalah para petani Sepanyol di Crete. Penyelam pada zaman dahulu
menggunakan buluh yang berongga untuk bernafas ketika di dalam air.
6.7
TOPIK 6 AKTIVITI BERASASKAN AIR KAYAK DAN BERSNORKEL


130
Kemudian, usaha-usaha telah dilakukan untuk pergi ke dasar lautan dengan
menggunakan peralatan yang lebih rumit. Bukti pada tahun 900 S.M. telah
menunjukkan bahawa orang Assyria menggunakan kulit binatang yang diisi
dengan udara dan membawa kulit itu menyelam bagi memanjangkan masa
selaman. Pada tahun 333 S.M., Alexander the Great telah menggalakkan
pembangunan loceng selam pertama iaitu satu alat besar yang direka untuk
memerangkap satu saku udara apabila ia diturunkan ke dalam air. Loceng itu
membenarkan penyelam untuk mengambil nafas tanpa pergi ke permukaan air.

Pada tahun 1538, teknologi loceng tersebut telah ditingkatkan apabila dua rakyat
Greece di Toledo, Sepanyol telah melakukan satu demonstrasi di sungai Tagus
dengan menggunakan satu buah cerek besar untuk turun ke dasar laut.
Demonstrasi ini telah mengejutkan para penonton yang ada apabila mereka
kembali ke permukaan air dengan keadaan baju yang kering dan lilin yang masih
menyala.

Walaupun teknologi loceng selaman itu adalah berguna bagi membenarkan
penyelam untuk berada di dalam air bagi satu jangka masa yang tertentu, ia
adalah agak terbatas dari aspek mobiliti. Sebagai ganti, banyak cubaan yang telah
dilakukan bagi membenarkan penyelam untuk bernafas daripada udara yang
ada di permukaan air. Aristotle menyatakan bahawa para penyelam
menggunakan tiub yang disambungkan ke permukaan air yang beliau samakan
seakan-akan belalai gajah. Leonardo da Vinci pula telah mencipta beberapa
rekaan bagi kegunaan menyelam.

Daripada tiub bagi menghubungkan dasar dengan permukaan air dan sut
selaman yang lengkap, beliau juga mempunyai satu lakaran yang menunjukkan
lakaran jaringan sarung tangan. Bahkan, beliau merupakan perintis kepada sirip
moden (kaki itik).

Malangnya, tidak lama kemudian, manusia mendapat tahu penggunaan tiub
penghubungan seorang penyelam dengan permukaan adalah terhad. Kedalaman
air sedalam satu hingga dua kaki telah menyukarkan paru-paru untuk bernafas.
Pada 1771, ciptaan pam udara oleh jurutera British, John Smeaton telah membuka
mata dunia selaman. Dengan memindahkan udara melalui tiub bertekanan
tinggi, penyelam akan dapat menyelam lebih jauh ke dasar laut berbanding
sebelum ini.

Selepas itu, rekaan-rekaan bagi sut adalah lebih munasabah. Akhirnya, rekaan-
rekaan yang ada telah membawa kepada penciptaan sistem self-contained
underwater breathing apparatus (SCUBA).

TOPIK 6 AKTIVITI BERASASKAN AIR KAYAK DAN BERSNORKEL

131
Teknologi moden kini bukan sahaja dapat mencipta alatan bersnorkel yang
kompleks tetapi juga telah membawa kepada kewujudan alatan bersnorkel yang
asas. Getah dan plastik dipadankan dan terciptalah goggle dan topeng-topeng
yang mana ini meningkatkan lagi keselamatan penyelam. Akhirnya, teknologi
telah berjaya dan memudahkan lagi aktiviti bersnorkel dan selaman bebas
dilakukan.
6.7.2 Peralatan Bersnorkel
Peralatan yang digunakan dalam aktiviti bersnorkel adalah peralatan yang paling
ringkas dan mudah dibawa ketika ingin melaksanakan aktiviti ini. Berikut adalah
pengenalan kepada peralatan, cara penggunaan dan penjaga peralatan
bersnorkel:

(a) Topeng (Mask)


Rajah 6.22: Komponen topeng snorkel

Pengenalan Berat sesebuah topeng adalah lebih kurang 200g.
Terdapat dalam pelbagai bentuk seperti wraparound dan low
profile.
Menarik dan tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan.
Faceplate terdiri daripada jenis lensa tempered glass dan kalis air
serta mampu mengurangkan tahap kecederaan sekiranya lensa
yang digunakan pecah.
Bahan yang digunakan dalam pembuatan terdiri daripada bahan
getah seperti neoprene dan daripada jenis silikon.
TOPIK 6 AKTIVITI BERASASKAN AIR KAYAK DAN BERSNORKEL


132

Panduan
Penggunaan
Saiz faceplate yang besar serta kedudukan mata di tengah
tengahnya membolehkan kita melihat dengan lebih jelas dari
setiap sudut apabila berada di dalam air.
Penggunaan buckle mudah laras dapat membantu dalam
memberi keselesaan kepada anda terutamanya apabila sedang
membuat aktiviti bersnorkel. la juga dapat membantu
memastikan skirt tersebut sentiasa rapat dengan bahagian muka
dengan tujuan untuk mengelakkan air daripada memasuki ruang
dalam topeng.
Hidung perlu sentiasa berada di dalam topeng supaya dapat
mengelakkan air daripada memasuki ke dalam hidung anda
serta dapat membantu mengimbangi tekanan di dalam topeng.
Frame bertindak sebagai pemegang lensa mengikut struktur.
Adjustable split atau wide strap adalah bertujuan untuk
merangkul ruang kepala si pemakai.
Penjagaan Bilas dengan air bersih selepas digunakan.
Elakkan daripada terdedah kepada sinaran matahari terus.
Simpan di tempat yang kering dan sejuk.

(b) Snorkel

Rajah 6.23: Komponen snorkel
TOPIK 6 AKTIVITI BERASASKAN AIR KAYAK DAN BERSNORKEL

133

Pengenalan Dikenali juga sebagai tiub J.
Merupakan alat pernafasan dalam aktiviti bersnorkel.
Diperbuat daripada kombinasi silikon, neoprene dan plastik.
Bahagian atas snorkel diperbuat daripada plastik.
Snorkel adalah sepanjang 30cm hingga 35cm.
Diameternya tidak kurang daripada 2cm.
Panduan
Penggunaan
Dalam pemilihan snorkel, bagi memastikan snorkel tersebut
bersesuaian, letakkan pada mulut dengan menggigit bahagian
mouth piece, manakala salurannya berada di hadapan telinga
kiri.
Mulut hendaklah kemas dan pastikan snorkel si pemakai tidak:
(i) Terlalu pendek Akan dipenuhi air.
(ii) Terlalu panjang Susah untuk bernafas dengan baik.
Sekiranya diameter snorkel itu:
(i) Terlampau kecil Kita akan bernafas seperti menyedut
straw.
(ii) Besar Jika saiznya melebihi 2.5cm, ruang udara akan
menjadi terlampau besar sehingga sukar untuk bernafas.
Elakkan daripada memilih snorkel yang mempunyai lengkuk
yang tajam pada penjuru.
Penjagaan Bilas dengan air bersih selepas digunakan.
Elakkan daripada terdedah kepada sinaran matahari secara terus.
Simpan di tempat kering dan sejuk.

TOPIK 6 AKTIVITI BERASASKAN AIR KAYAK DAN BERSNORKEL


134
(c) Sirip (Fins)

Rajah 6.24: Komponen sepasang sirip

Pengenalan Merangkumi beberapa bahagian termasuklah bilah, foot pocket
dan strap.
Saiz ditentukan berdasarkan foot pocket dan panjang serta lebar
bilah.
Bilah yang berkualiti adalah yang boleh bertahan dalam panahan
matahari, garam dan pasir.
Panduan
Penggunaan
Digunakan supaya mudah membuat kayuhan untuk bergerak
semasa menjalankan aktiviti bersnorkel.
Pilih sirip yang bersesuaian dengan saiz kaki dan jangan terlalu
ketat.
Permukaan sirip yang luas membantu menolak lebih banyak air
dan mengurangkan daya semasa membuat kayuhan.
Sirip yang dipilih perlulah memberi keselesaan kepada kita dan
mampu mengelak daripada berlaku sebarang kekejangan.
Penjagaan Bilas dengan air bersih selepas digunakan.
Elakkan daripada terdedah kepada sinaran matahari.
Simpan di tempat kering dan sejuk.


TOPIK 6 AKTIVITI BERASASKAN AIR KAYAK DAN BERSNORKEL

135
(d) Jaket (Vest)

Rajah 6.25: Jaket untuk bersnorkel

Jaket bagi bersnorkel adalah satu alat apungan yang agak kecil berbanding jaket
keselamatan yang biasa digunakan. Jaket ini dipakai semasa berada di dalam air
bertujuan untuk membantu dan meningkatkan lagi daya apungan penyelam
terbabit. Jaket ini tidak direka untuk digunakan sebagai jaket keselamatan tetapi
ia membenarkan pengguna untuk merasa tenang ketika menikmati dunia di
bawah permukaan air. Jaket ini dapat membantu terutamanya kanak-kanak dan
mereka yang mahu mengurangkan penggunaan tenaga ketika bergerak di dalam
air.


6.7.3 Petua Teknik Latihan Bersnorkel
Kunci kepada keberkesanan dalam aktiviti bersnorkel yang baik banyak
bergantung kepada keadaan relaksasi yang mampu ditunjukkan oleh si pelaku.
Ia banyak melibatkan kesan psikologi yang ketara berbanding kemahiran fizikal.
Kita akan mula berasa selesa ketika berada di dalam air melalui latihan yang
tersusun dan kerap. Berikut adalah beberapa tip latihan yang boleh digunakan
dalam aktiviti bersnorkel:

Kenal pasti jenis peralatan yang digunakan dalam aktiviti bersnorkel dan
terangkan teknik penjagaan bagi kesemua peralatan tersebut.
LATIHAN 6.5
TOPIK 6 AKTIVITI BERASASKAN AIR KAYAK DAN BERSNORKEL


136
(a) Pakai semua peralatan bersnorkel dan kemudian cuba mengapungkan diri,
muka ke bawah dengan keadaan kepala yang tegak. Jangan berenang tetapi
cuba untuk terapung. Latihan ini boleh dilakukan di kawasan air yang
cetak ataupun di kolam renang;

(b) Mula untuk tenggelam bersama peralatan secara sedikit demi sedikit. Bagi
mereka yang tidak biasa, keadaan ini akan meresahkan mereka. Cuba
belajar untuk tenggelam dan dalam masa yang sama cuba untuk clearing
peralatan snorkel. Berikut adalah cara untuk melakukan clearing:

(i) Untuk clearing, topeng yang dimasuki air, mudah sahaja iaitu dengan
membuka bahagian bawah topeng dan biarkan air keluar; dan

(ii) Apabila air telah memasuki snorkel, kita perlu menahan nafas dan
kemudian cuba menghembus nafas kita untuk mengeluarkan air.

(c) Di dalam air, semua objek yang dilihat akan kelihatan 25% lebih besar
ataupun kelihatan dekat daripada keadaan sebenar. Kita boleh berlatih
menganggarkan jarak di kawasan yang air yang cetek dan cuba untuk
mencecahkan dasar air. Ini akan dapat membantu kita menganggarkan
jarak capaian lengan anda ketika di dalam air;

(d) Untuk menggunakan sirip dengan betul, kita perlu memiliki tendangan
yang baik. Ini boleh dilakukan dengan melakukan latihan flutter kick.
Pastikan bahagian lutut dan pergelangan kaki berada dalam keadaan
tenang dan santai supaya ia dapat mengelakkan berlakunya kekejangan
otot di bahagian kaki;

(e) Apabila kita sudah mula mahir menggunakan peralatan smoking, cuba
kawal pergerakan semasa berada di dalam air. Ketika ini, kita akan mula
berasa selesa dan tenang berada di permukaan air; dan

(f) Pastikan kita tidak mengabaikan aspek-aspek keselamatan ketika
bersnorkel. Perhati dan pastikan keadaan di sekeliling selamat untuk
beraktiviti.
TOPIK 6 AKTIVITI BERASASKAN AIR KAYAK DAN BERSNORKEL

137
6.7.3 Aspek Keselamatan Semasa Aktiviti Bersnorkel
Berikut merupakan aspek-aspek keselamatan yang boleh kita ambil sewaktu
bersnorkel (lihat Rajah 6.26):

(a) Perkara yang paling penting ketika melakukan aktiviti bersnorkel adalah
tidak berseorangan. Banyak kecederaan dan kemalangan yang berlaku
pada mereka yang melakukannya secara berseorangan. Oleh itu, amatlah
baik jika kita mempunyai kawan yang akan bersama kita melakukan
aktiviti bersnorkel ini bagi menggelakkan sebarang kecelakaan dan sentiasa
bersama. Jangan lakukan aktiviti bersnorkel jika kita tidak tahu berenang;

(b) Sentiasa berada dekat dengan kawasan pantai. Mereka yang baru pertama
kali melakukan aktiviti bersnorkel sering kali silap dalam mentafsirkan
keupayaan dan daya tahan mereka dan menyebabkan mereka keletihan.
Sentiasa pastikan diri berada dekat dengan pantai dan mempunyai tenaga
yang mencukupi untuk pulang ke pantai dengan selamat;

(c) Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Kita perlu mengetahui keadaan
sekeliling dan perlu juga mengenal pasti kawasan yang perlu dijauhi.
Sentiasa berhati-hati di kawasan berbatu dan ombak yang datang. Ini dapat
mengelakkan kita daripada tercedera. Selain itu, kepekaan terhadap waktu
air pasang dan surut juga dapat mengelakkan kita daripada terperangkap;

(d) Simpan sedikit tenaga. Bagi mengelakkan keletihan, pemakaian alat
apungan dapat membantu. Jaket snorkel yang dipakai akan menjadikan
aktiviti bersnorkel menjadi lebih menarik. Ini kerana kita dapat memberi
sepenuh perhatian kepada aktiviti yang dilakukan. Jika kita hendak
menyelam ke dalam air, alat apungan boleh dibiarkan terapung di atas air
dan kembali semula ke permukaan air serta memulihkan kembali tenaga
dengan alat apungan tadi;

TOPIK 6 AKTIVITI BERASASKAN AIR KAYAK DAN BERSNORKEL


138

Rajah 6.26: Aktiviti bersnorkel

(e) Jangan sentuh hidupan akuatik. Walaupun kebanyakan hidupan akan
melarikan diri daripada didekati manusia, sebahagiannya juga mempunyai
cara untuk mempertahankan diri jika ia merasa berada dalam bahaya. Oleh
itu, kekalkan jarak yang selamat daripada semua hidupan laut. Jangan buat
sebarang tindakan yang dapat mengejutkan hidupan laut;

(f) Berhati-hati dengan landak laut. Jika kita melakukan aktiviti bersnorkel di
kawasan cetek yang mempunyai banyak terumbu karang, kita harus
berwaspada dan lebih berhati-hati dengan kehadiran landak laut yang
terdapat di celah-celah terumbu karang. Kebanyakan kecederaan berlaku di
mana duri landak laut ini tertusuk ke bahagian badan manusia; dan

(g) Belajar pertolongan cemas dan kaedah pernafasan mulut ke mulut. Jika
terdapat seseorang yang lemas ataupun paru-parunya dimasuki air, cara
yang paling efektif adalah dengan melakukan pernafasan mulut ke mulut.
Kita perlu belajar asas untuk melakukan kaedah ini sama ada di air ataupun
darat.
TOPIK 6 AKTIVITI BERASASKAN AIR KAYAK DAN BERSNORKEL

139

Kayak dicipta oleh orang asli yang tinggal di kawasan Artik.

Kayak mula digunakan di Malaysia pada zaman dahulu sebagai medium
pengangkutan.

Kayak mempunyai pelbagai reka bentuk dan jenis.

Keselamatan perlu diutamakan semasa berkayak dan bersnorkel.

Bersnorkel membolehkan kita menghayati hidupan di dasar laut.


Bowman
Kaedah Clearing
Kayak
Merakit (rafting)
Pendayung
Peranti pengapungan peribadi
(personal floatation device)
Snorkel
Sternman

1. Apakah langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ketika berkayak?

2. Apakah teknik yang boleh diguna pakai jika anda berhadapan dengan
situasi kayak terbalik di air?

1. Terangkan bagaimana kaedah menggunakan topeng dan snorkel.

2. Apakah tip teknik latihan bersnorkel yang boleh anda gunakan bagi mereka
yang baru hendak mengenali aktiviti bersnorkel?
TOPIK 6 AKTIVITI BERASASKAN AIR KAYAK DAN BERSNORKEL


140

Barsky, S. M. (1999). The simple guide to snorkelling fun. US: Best Publishing.

Drake, P. G. (2004). A practical manual of camping, hiking and wilderness
techniques. London: Hermes House.

Graver, D. K. (2004). Aquatic rescue and safety. US: Human Kinetics.

Hattingh, G. (2003). The outdoor survival manual. London: New Holland.

Holtey, T. (2006). Sit-on-top kayaking: A beginnners guide. US: Geoodyssey.

Matos, B. (2006). The practical handbook of kayaking and canoeing. London:
Anness.

Md Amin Md Taff. (2008). Manual pendidikan kenu kebangsaan (edisi kedua).
Tanjong Malim: UPSI.

Seidma, D. (2001). Essential sea kayaker: A complete guide for the open water
paddler. US: Ragged Mountain Press.

Zora, & Aiken, D. (1996) Simple tent camping: The basics of camping from car or
canoe. US: McGraw-Hill.

You might also like