Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat

holistik yang mampu menilai aspek kognitif (intelek),


afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani)
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

PBS dioptimumkan untuk mentaksir bidang akademik
dan bukan akademik. PBS memberi pengiktirafan dan
autonomi kepada guru untuk melaksanakan
pentaksiran formatif (pentaksiran yang dijalankan
semasa proses pembelajaran berlangsung) dan
sumatif (pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit
pembelaran) yang berasaskan sekolah .

Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan
merangkumi:
v Pentaksiran Sekolah
v Pentaksiran Pusat
v Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum
v Pentaksiran Psikometrik






Pentaksiran Sekolah (PS) dirancang, dibina, ditadbir,
diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah di
sekolah.

Pentaksiran Pusat (PP) pula ditadbir, diperiksa,
direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru
berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang
dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh
yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
(PAJSK) dilaksanakan di peringkat sekolah dan
ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan,
penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti
jasmani dan kesihatan, sukan dan permainan, aktiviti
kokurikulum danaktiviti ekstrakurikulum (contohnya
penglibatan sebagai ahli kumpulan marhaban yang
dianjurkan oleh JK Surau tempat murid tinggal dan
aktiviti bermanfaat lain yang dianjurkan oleh pihak luar
selain sekolah).

Pentaksiran Pkisometrik pula dilaksanakan di
peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur
kebolehan (innate ability and acquired ability)
semulajadi murid, kemahiran berfikir, kemahiran
menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap
dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak
berasaskan kurikulu
Dalam PBS pencapaian murid dilaporkan berdasarkan
band dan bukan lagi sebagai skor mentah seperti 81%
atau pun gred A,B,C,D.

Band adalah menunjukkan tanda aras tertentu yang
disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan
pelaporan tahap penguasaan murid. Band 6 adalah
band tertinggi manakala Band 1 adalah band terendah.

Deskriptor adalah pernyataan tentang tingkah laku
terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam
menentukan prestasi atau tahap penguasaan murid
dalam pembelajaran. Deskriptor mengandungi tingkah
laku yang perlu dipamerkan dalam pentaksiran,
cakupan kriteria atau aspek yang ditaksir dan dimensi
kualiti tingkah laku (Qualifier) yang perlu dipamerkan
oleh murid.

BAND STANDARD
6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
Mithali
5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
Terpuji
4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
3 Tahu, Faham dan Boleh Buat
2 Tahu dan Faham
1 Tahu
Di Band 1, murid tahu perkara asas, atau boleh
melakukan kemahiran asas atau memberi maklum
balas terhadap perkara yang asas contohnya bagi
Matematik murid di Band 1 mampu mengenal angka
1,2,3 ...

Di Band 2, murid menunjukkan kefahaman untuk
menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta
menjelaskan apa yang telah dipelajari contohnya
murid tahu dan faham nilai angka seperti 24 lebih
banyak dari 10 dan 55 kg lebih berat daripada 48 kg.

Di Band 3, murid boleh menggunakan pengetahuan
untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu
situasi. Bagi matematik Band 3 menunjukkan murid
telah menguasai operasi mudah tambah, tolak, darab
dan bahagi.

Murid yang telah mencapai Band 3 dianggap telah
menguasai kemahiran asas dalam subjek tersebut.

Di Band 4, murid melaksanakan sesuatu kemahiran
dengan beradab, seperti tertib atau melaksanakan
sesuatu mengikut prosedur dan secara sistematik
seperti menyelesaikan operasi tolak dengan
mendahulukan rumah sa.

Di Band 5, murid melaksanakan sesuatu kemahiran
dengan beradab pada situasi baru, dengan mengikut
prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan
bersikap positif. Bagi matematik murid yang mencapai
Band 5 mampu menyelesaikan masalah seperti Berapa
biji telurkah yang boleh dibeli oleh Ali dengan wang
RM10.00 jika sebiji telur berharga 20 sen?

Dan akhir sekali, di Band 6, murid mampu
menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif,mempunyai
keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi
permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian
serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan
menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang
sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh
secara tekal. Di Band 6 murid boleh membuat
keputusan dalam masalah seperti membuat pilihan di
antara kemeja biru yang berharga RM30.00 tetapi
diberi diskaun 50% dan baju tawaran terbaik (best buy)
yang sama kualiti dengan harga RM20.00.

Band 3 boleh disamatarafkan dengan gred lulus.
Justeru guru perlu merangka aktiviti pemulihan bagi
membantu murid mencapai Band minima 3.




PBS memberi autonomi kepada guru untuk
melaksanakan pentaksiran berdasarkan kesediaan
murid. PBS membantu guru dan murid mengenalpasti
kekuatan dan kelemahan murid semasa pengajaran
dan pembelajaran berjalan. Sehubungan dengan itu
guru bolehlah menyesuaikan aktiviti pengayaan atau
pemulihan mengikut keperluan murid.

You might also like