Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

5.

0 Teori paksi pertumbuhan



Pengenalan
Teori paksi pertumbuhan ekonomi merupakan satu teori kepada pembangunan
ekonomi,pilitik dan sosial yang memberi kepentingan keatas sesebuah bandar khususnya di
Kedah dalam proses urbanisasi dan industrialisasi. Teori paksi pertumbuhan (growth poles
theory) atau juga disebut sebagai teori pusat pertumbuhan telah dipelopori oleh Francois
Perroux iaitu merupakan seorang ahli ekonomi regional berbangsa Perancis. Teori ini telah
dikemukakan oleh Perroux pada tahun 1955. Sebagai pengasas utama kepada teori ini,
Perroux telah mendefinisikan pusat pertumbuhan atau growth pole sebagai satu pusat dalam
ruang yang abstrak serta mempunyai daya pertumbuhan dan tarikannya. Beliau turut
menyatakan pertumbuhan adalah selalunya tidak seimbang dan lebih tertumpu kepada
sesuatu lokasi.
Menurut teori ini pembangunan sesuatu negeri bukanlah merupakan suatu proses yang
berlaku secara serentak tetapi pembangunan negeri itu akan wujud di tempat-tempat tertentu
dengan kadar kecepatan pembangunan yang berbeza-beza. Tempat-tempat dan kawasan yang
menjadi pusat pembangunan ini dinamakan pusat atau paksi pertumbuhan. Contohnya di
kedah, Bandar Alor Setar merupakan pusat pertumbuhan dan pembangunannya dan menjadi
rujukan kepada daerah-daerah lain untuk membangunkan kawasan mereka sama ada dari segi
politik,ekonomi mahupun social. Hal ini kerana, pembangunan sesuatu tempat itu perlulah
selaras dengan kawasan paksi pertumbuhannya dan akan menyebarkan perkembangan yang
berlaku ke daerah-daerah lain di sekitarnya atau ke pusat-pusat yang lebih rendah tarafnya.
Tujuan
Tujuan teori ini digunakan adalah untuk membina sebuah pusat pertumbuhan bagi
mengagihkan penduduk serta kegiatan industri dari kawasan pusat bandar yang sesak. Selain
itu juga, tujuannya adalah untuk membina sebuah kawasan industri sama ada industri yang
berorientasikan eksport atau penggantian terhadap sesuatu import.
Pembinaan kawasan industri ini dikatakan mengikut faktor geografi di mana ia melihat
kepada sumber yang terdapat di sesuatu kawasan itu. Pembinaan kawasan perindustrian
mengikut sumber yang ada di sesuatu kawasan ini adalah untuk mempercepatkan proses
perindustrian.
Apabila proses perindustrian berkembang ia akan menggalakkan lagi pembangunan lain di
kawasan tersebut seperti kemudahan asas dan infrastruktur. Pertumbuhan yang berterusan di
sesuatu kawasan itu akan mewujudkan sebuah pusat bandar di sesuatu wilayah sekali gus
membawa ke arah pembangunan wilayah.
Oleh sebab itu, menurut teori ini pusat pertumbuhan dikatakan menjadi faktor utama kepada
perkembangan ke kawasan sekelilingnya. Keadaaan ini akan berlaku apabila pusat
pertumbuhan itu berkembang dan tersebar ke kawasan pinggiran.
Aplikasi teori paksi dalam pembangunan negeri Kedah
Paksi yang dimaksudkan ini merupakan sebuah Bandar yang mempengaruhi pertumbuhan
ekonomi dan dapat menawarkan kelebihan kompetitif. Contonya, tersediaanya bandar besar
seperti bandar Alor Setar dalam perkhidmatan dan prasarana dapat mengalakan penumpuan
aktiviti-aktiviti ekonomi dan social penduduk. Ekonomi yang dapat dijalankan penduduk
sekitar bandar tersebut seperti perniagaan yang di jalan kan di Pekan Rabu mampu
meningkatkan taraf hidup penduduk disitu. Bagi aktiviti social pula terdapat pelbagai aktiviti
penduduk yang dilakukan dengan terbinanya taman reakriasi, Menara Alor Setar, Rumah
kelahiran Mahathir Mohammad, Muzium dan sebagainy sekaligus meningkatkan aktiviti
pelancongan disitu.
Peranan penting dalam proses pembentukan paksi pertumbuhan ialah pengangkutan.
Pengankutan terutamanya nod atau terminal seperti jaringan jalan raya , jalan keretapi,
pelabuhan, stesen bas dan sebagainya.
Pertumbuhan negeri kedah yang pesat kerana wujudnya jaringan pengankutan ini contohnya
pembinaan Lapangan Terbang Alor Setar , lebuh raya utara selatan dan stesen bas mampu
memudahkan berlakunya kepesatan ekonomi dan social negeri kedah. Contoh program
kemudahan jalan raya yang dibina di bawah program jalanraya Negeri sebanyak 341 projek
yang akan dilaksanakan melibatkan pembinaan jalanraya sepanjang 1507km dan 97 buah
jabatan dengan kos projek dianggarkan berjumlah RM1686.855 juta.
Projek jalan raya yang telah dijalankan dalam tempoh 2001-2010 seperti Jalan Kodiang-Jitra,
Jalan Pendang Sungai Tiang, Jalan Baling Kupang dan sebagainya. Bagi projek lapangan
Terbang pula terdapat 2 buah lapangan Terbang di Negeri Kedah iaitu Lapangan Terbang
Sultan Abdul Halim, Alor Setar dan Lapangan Terbang Lngkawi. Bagi stesen bas pula
terdapat di Canglun, Alor Setar , Jitra dan sebagainya. Oleh itu, terdapatnya jaringan
prasarana kemudahan pengangkutan yang baik dan memudahkan rakyat dan pelancong asing.
Dengan wujudnya jaringan ini maka terhasilah paksi pertumbuhan negeri Kedah serta
menjadi factor meningkatan daya saingnya.
Myrdal mengatakan bahawa apabila pembentukan bandar menjadi pesat maka berlakunya
migrasi keluar desa dan penduduk pergi kebandar untuk mendapatkan peluang pekerjan yang
lebih baik. Pusat pertumbuhan yang baik dan mempunyai prasarana yang lengkap mampu
meningkatkan lagi kemajuan Negeri Kedah dan kualiti hidup rakyat terjamin.

You might also like