Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 69

BAB 1 :

ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN


SEMASA

Nordin Tahir
IPG Kampus Ipoh
Pengenalan
Usaha untuk mewujudkan kesatuan dan perpaduan
dalam sebuah negara berbilang agama dan budaya
merupakan suatu perkara yang mencabar.
Penekanan kepada perpaduan dalam kepelbagaian dan
keterangkuman (inklusif).
Pastikan kesaksamaan untuk semua,khususnya dalam
bidang pendidikan.
Pendidikan adalah kepentingan awam dan mempunyai
peranan yang sangat penting untuk memupuk integrasi
antara kaum.
Memerlukan tindakan secara holistik agar masyarakat
memperoleh mutu pendidikan yang setara.
Pendidikan adalah bersifat futuristik dalam
menghadapi masa depan yang penuh saingan.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Akibat keretakan integrasi nasional
Perbezaan budaya dan agama
Ketidakpuasan hati
Kedudukan Geografi

Integrasi Nasional
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Agama dan kebudayaan
Dasar Penjajah British
Sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa
yang berlainan
Amalan ekonomi yang berlainan
Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan
etnik

Cabaran Mewujudkan Satu Sistem Sosial
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Perbezaan budaya dan agama
Dasar Penjajahan
Sistem Pendidikan
Amalan Ekonomi
Perbezaan politik

Halangan Integrasi Nasional
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Sistem Pendidikan Kebangsaan
Agenda Memperkasakan SK
Penerapan Nilai
Mata Pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan
Konsep Sekolah Wawasan
Aktiviti Kurikulum dan Kokurikulum
Perkasakan bahasa Kebangsaan
Pemantapan Aktiviti
Pupuk Kefahaman
Dasar Pelajaran kebangsaan
- menggunakan sukatan pelajaran,
- buku teks, peperiksaan,
- pakaian seragam,
- sistem latihan guru dan
- bahasa penghantar yang sama

Pupuk Integrasi Nasional Melalui Dasar Pelajaran
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Melaksanakan sistem pendidikan kebangsaan
Menjadikan agenda memperkasakan SK
Menerapkan nilai jati diri, budi bahasa dan seni
budaya dilaksanakan secara sisipan dalam tajuk-
tajuk mata pelajaran yang bersesuaian.
Memperkenalkan mata pelajaran Sivik dan
Kewarganegaraan pada tahun 2003
Memperkenalkan Konsep Sekolah Wawasan
Melaksanakan beberapa aktiviti bagi menerapkan
semangat patriotisme secara berterusan melalui
aktiviti kurikulum dan kokurikulum

Memastikan Matlamat Perpaduan Kaum Dan
Integrasi Nasional Dipelihara Dan Diperkukuhkan
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Modul Aktiviti Kecemerlangan Akademik
Modul Aktiviti Kesukanan dan Permainan
Modul Aktiviti Kokurikulum
Modul Aktiviti Khidmat Masyarakat
Modul Aktiviti Meningkatkan Patriotisme

Pupuk Integrasi Nasional Melalui RIMUP
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Sekolah sebagai alat perpaduan
Sistem persekolahan yang sama
Penggunaan Bahasa Melayu
Pendedahan kepada nilai
Seminar/forum

Tindakan KPM Untuk Pupuk Integrasi Nasional
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Program Permuafakatan Masyarakat
Hari Keluarga
Acara Kebudayaan
Sambutan Perayaan
Aktiviti Kokurikulum
Bulan Kemerdekaan
Lawatan ziarah
Bina Insan
Penglibatan Komuniti Setempat
Untuk Pupuk Integrasi Nasional
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Melalui aktiviti yang dijalankan tersebut, secara
keseluruhannya diharapkan akan dapat mencapai
objektif seperti yang berikut;

meningkatkan kefahaman pelajar mengenai
kepelbagaian kebudayaan masyarakat Malaysia.
menimbulkan rasa hormat terhadap kebudayaan dan
adat resam pelbagai kaum.
menanamkan kesedaran bahawa unsur kebudayaan
adalah penting untuk menyemarakkan suasana
harmoni dan semangat toleransi antara kaum.
menyemai dan memupuk nilai-nilai mulia yang dapat
menjalinkan hubungan silaturahim antara pelajar
berlainan latar belakang, agama, budaya dan adat
resam.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Semua dapat hak yang sama
Sekolah dapat kemudahan yang sama
Sekolah Wawasan,kongsi kemudahan
Sekolah satu aliran
Amalan kehidupan
Peluang pendidikan yang sama
Persamaan hak
Peluang yang luas
Pembangunan sumber manusia

Pendemokrasian Pendidikan
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Basmi buta huruf
Pendidikan universal
Penyediaan infrastruktur
Guru terlatih yang mencukupi
Pra sekolah untuk semua

Tumpuan Dalam Pendemokrasian Pendidikan
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Pendidikan asas perlu disediakan kepada semua kanak-
kanak dan orang dewasa sesuai dengan sumber yang ada.
Dalam jangka masa panjang sistem pendidikan formal dan
tidak formal perlu dibangunkan pada setiap peringkat
pendidikan.
Untuk meningkatkan produktiviti dan memperluaskan
ekuiti sosial, peluang pendidikan perlu disediakan tanpa
mengira perbezaan jantina, latar belakang etnik dan status
sosioekonomi.
Sistem pendidikan perlu cuba meningkatkan kecekapan
dalaman dalam pengurusan.
Pengagihan dan penggunaan sumber sedia ada untuk
meningkatkan kuantiti dan kualiti pendidikan.
Pendidikan patut mempunyai kaitan dengan kerja dan
persekitaran dalam usaha untuk meningkatkan kuantiti dan
kualiti pendidikan, pengetahuan dan kemahiran perlu untuk
perkembangan ekonomi, sosial dan lain-lain.

Strategi Pelaburan Dalam Bidang Pendidikan
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Pendidikan asas
Pendidikan wajib untuk semua
Kecekapan dalam pengurusan
Pengagihan sumber
Keperluan dengan pasaran kerja

Tumpuan Bank Dunia Dalam Pendidikan
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Pelbagai peringkat
Kurikulum yang sama
Penubuhan sekolah agama rakyat
Peningkatan bilangan pelajar ke university
Pendidikan swasta
Pendidikan untuk semua
Pengagihan sumber kewangan
Pendidikan sawarjagat
Pertambahan guru dan bilangan kelas
Pendidikan Bertaraf Dunia
Pendidikan berterusan
Pendemokrasian pendidikan
Pendidikan berkualiti

Pendidikan Negara
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Tonggak Pendidikan UNESCO adalah
berdasarkan kepada;
i. pelajar belajar untuk tahu (Learning To
Know)
ii. belajar untuk membuat (Learning To Do)
iii. belajar untuk menjadi apa (Learning To Be)
iv. belajar untuk hidup bersama (Learning To
Live Together)


Tonggak Pendidikan Unesco
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Pengurus punyai kuasa autonomi
Memperkasakan kapasiti
Struktur terurus
Ukuran prestasi
Pemantauan prestasi
Kawalan sumber
Ketelusan

Kejayaan Sekolah Menurut UNESCO
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Bagi menguruskan perjalanan sekolah secara
keseluruhannya;
Pengurusan sekolah mesti mempunyai strategi untuk
memperkasa kapasiti dan kepemimpinannya.
Sekolah perlu mempunyai maklumat tentang
prestasinya untuk mengukur kekuatan, kelemahan dan
prioritinya.
Sekolah memerlukan struktur yang terurus dan
professional.
Kerajaan pusat perlu terus memainkan peranan kritikal
terutamanya dari segi pemantauan prestasi sekolah.
Sekolah perlu mengawal sumber-sumber.
Pengurusan sekolah mesti telus.

Laporan Unesco (2005): Kuasa Autonomi
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Memenuhi keperluan pembelajaran asas
Membentuk wawasan
Akses kepada universal
Focus terhadap pembelajaran
Perluaskan skop
Penambahbaikan persekitaran
Perkukuhkan perkongsian
Pembangunan dasar
Gerakkan sumber
Perpaduan antarabangsa

Tujuan Tonggak Pendidikan UNESCO
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Perkembangkan potensi individu
Tingkatkan kreativiti
Sistem pendidikan yang cekap
Pusat kecemerlangan pendidikan
Tingkatkan martabat pendidikan

Dasar KPM dan Kaitannya Dengan Tonggak Pendidikan UNESCO
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Memperkembang potensi individu secara menyeluruh
bagi melahirkan insan yang seimbang daripada segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).
Meningkatkan kreativiti , inovasi dan budaya ilmu
pelajar.
Membudayakan sains dan teknologi dan pembelajaran
sepanjang hayat.
Menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap,
berkesan dan bertaraf dunia.
Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan
pendidikan.
Meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada
peringkat antarabangsa.



Tujuan KPM : Membentuk Pembangunan Insan
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Perkembangkan potensi
Mempunyai pelbagai kemahiran
Bentuk peribadi
Kemahiran berkomunikasi
Kemahiran ICT
Pembelajaran sepanjang hayat
Nilai yang tinggi


Pembangunan Modal Insan KPM
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Melengkapkan diri pelajar dengan;
kemahiran komunikasi berkesan.
kebolehan menggunakan ICT dengan baik.
berfikir secara kreatif dan kritis.
mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.
nilai yang tinggi supaya berupaya menjadi
pemimpin berkesan dalam keluarga dan
masyarakat.



Pembangunan Modal Insan
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Menyediakan generasi muda Malaysia dengan seluas-
luas peluang dengan cara;
memperkembangkan potensi diri bagi setiap pelajar.
melengkapkan diri pelajar dengan pelbagai
kemahiran.
membentuk ciri-ciri keperibadian dan perspektif
hidup yang membolehkan mereka berjaya dalam
kehidupan dan mampu memajukan lagi negara di
mata dunia, selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan

Cabaran KPM
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Institusi diperbanyakkan
Bekalkan kemahiran
Memenuhi guna tenaga sumber manusia
Ahli masyarakat yang berfungsi
Pemahaman kritikal
Bijak menggunakan masa lapang
Belajar sukarela
Sedar kepada biografi
Merancang kerja
Perkembangan bakat
Bentuk konsep kendiri

Pendidikan Berterusan
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Beberapa alasan mengapa trend tersebut wujud dalam
kalangan masyarakat;
Memberi peluang orang dewasa yang kekurangan
pendidikan di peringkat sekolah tinggi untuk
memperoleh kemahiran yang diperlukan supaya dapat
berfungsi dengan lebih berkesan dalam masyarakat
dan pekerjaan.
Memperoleh kemahiran pekerjaan peringkat tinggi.
Memperoleh kemahiran yang diperlukan bagi menjadi
seorang ahli masyarakat yang berfungsi lebih efisien
dan dapat menjadi seorang pengguna yang lebih pintar.

Pendidikan Berterusan
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Membangunkan pemahaman kritikal daripada masalah-
masalah yang wujud dalam masyarakat serta berupaya
mengambil bahagian secara aktif dalam masyarakat dengan
tujuan mencapai keadilan sosial.
Membangunkan sikap menggunakan masa lapang dengan
kreatif bagi memperoleh pengetahuan yang diperlukan.
Membangunkan sikap belajar secara sukarela.
Membantu orang dewasa menjadi lebih sedar pada biografi
sendiri dalam hubungannya dengan masyarakat secara
keseluruhannya.
Membantu orang dewasa dalam merancang kerjaya dan
mencapai matlamat yang bererti.
Membolehkan individu membangunkan kelebihan-
kelebihan terpendamdan mempertingkatkan konsep kendiri
individu tersebut.

Pendidikan Berterusan
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Menyediakan dan memberi galakan latihan dalam teknologi tinggi dengan
memberi penekanan kepada kepelbagaian kemahiran.
Membangunkan program latihan yang berinovasi bagi memenuhi
keperluan pengetahuan dalam industri.
Mewujudkan program e-Latihan.
Mewujudkan persekitaran yang mesra kepada pembelajaran di semua
agensi dalam perkhidmatan awam.
Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pendidikan
dewasa dan Pendidikan Berterusan.
Menggubal polisi bagi menggalakkan penggunaan sekolah, kolej komuniti,
masjid, dewan orang ramai dan bangunan awam dan persendiran bagi
program Pendidikan Berterusan.
Melancarkan Kempen Kebangsaan mengenai kepentingan pendidikan
seumur hidup.



Pendidikan Seumur Hidup
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Galakan dalam teknologi
Pembangunan pgram latihan
E-learning
Persekitaran yang mesra
Penggunaan institusi
Kempen di peringkat kebangsaan



Pendidikan Seumur Hidup
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan
dan pemupukan pembelajaran dengan menggunakan
komputer dan penggunaan multimedia.
Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan
persekitaran Local Area Network (LAN). Guru berfungsi
sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan
pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya
kepada pelajar.
Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi
membolehkan pelajar mengakses ilmu dan maklumat
daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi sebagai
pemandu, pelayar dan pemudahcara.
Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik
darjah untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi
membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan
berkesan dan memberi peluang kepada pelajar
berkomunikasi secara elektronik dengan rakan dan guru.

Perubahan Kurikulum
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Mempunyai budaya pembelajaran sepanjang
hayat.
Mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi
dalam bahasa ibunda dan bahasa antarabangsa.
Meguasai kemahiran teknologi untuk keperluan
pekerjaan dan kehidupan seharian.
Bersedia dari segi kognitif untuk tugasan yang
kompleks dan mencabar, menyelesaikan masalah
serta menjana pengetahuan baru.
Menjadi warganegara yang bertanggungjawab
dari segi sosial, politik dan budaya.

Persediaan Menghadapi Persaingan Global
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Cabaran Globalisasi dalam pendidikan adalah
dari segi yang berikut;
Keperluan terhadap pembelajaran berterusan.
Inovasi dalam pelaksanaan kurikulum
Penggunaan teknologi telekomunikasi dan
maklumat.
Pengurusan pendidikan.
Pembentukan jati diri pelajar.
Kualiti guru.

Globalisasi Dalam Pendidikan
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Kesediaan guru
Kurang rasa kepunyaan
Pertambahan beban
Kekurangan sokongan pengurusan
Pengurusan pendidikan
Sikap guru
Perbezaan tahap pengetahuan
Perubahan yang kerap
Penggunaan teknologi
Pembentukan jati diri
Budaya sekolah
Perkembangan profesionalisme guru

Cabaran Globalisasi
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Pembelajaran sepanjang hayat
Kebolehan berkomunikasi
Kemahiran teknologi
Kesediaan kognitif
Warganegara bertanggungjawab

Kesan Globalisasi Pendidikan
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Perisian latih tubi
Perisian tutorial
Perisian simulasi
Perisian permainan
Perisian penyelesaian masalah

Pembelajaran Berbantu Komputer
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Menurut Rahmad Sukor (2006);
Permudahkan urusan
Tingkatkan kecekapan
Kurangkan beban
Jimatkan masa
Penempatan pelajar
Pengagihan jadual waktu guru dan pelajar
Pengagihan sumber
Rekod stok dan inventori

Pengurusan Maklumat Sekolah
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Memimpin perubahan
Utamakan daya pengeluaran
Perkembangan semasa
Perkembangan teknologi
Perubahan inovasi


Perkembangan Profesionalisme Guru
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Berupaya memimpin perubahan di sekolah di
mana guru itu bertugas.
Mengutamakan daya pengeluaran tinggi
dalam bidang kerjayanya.
Sentiasa mengikuti peredaran masa.
Memahami perkembangan teknologi.
Mempunyai sifat berani, mahu mencuba idea
baru dan inovatif

Cabaran Membentuk
Perkembangan Profesionalisme Guru
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Fuller (1975) dalam kajian perkembangan
profesionalisme guru mengkategorikan tingkah
laku guru kepada tiga tahap iaitu;
Tumpuan Berkaitan Peribadi
Tumpuan Berkaitan Tugas
Tumpuan Berkaitan Kesan.

Perkembangan Profesionalisme Guru:
Tingkah Laku Guru
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Hall dan Loucks (1978) pula dalam kajian lanjut mereka telah
memurnikan klasifikasi tumpuan tersebut kepada tahap berikut;
Tumpuan Tiada Berkaitan: Guru tidak mahu mengambil tahu apa-
apa perubahan yang berlaku di sekolah.
Tumpuan Berkaitan Peribadi: Guru melihat keupayaan diri sendiri
untuk melaksanakan sesuatu tugas terutama dari segi kemahiran
dan pengetahuannya. Aspek lain yang diberi tumpuan adalah
berkaitan keluarga, kesihatan dan penggunaan masa senggangnya.
Tumpuan Berkaitan Tugas: Guru cenderung untuk melaksanakan
tugas dengan cekap dan sentiasa berusaha menghasilkan yang
terbaik terutama dari segi pengajaran dan pembelajaran.
Tumpuan Berkaitan Kesan: Guru mempunyai visi yang jelas
terhadap peranannya sebagai pendidik secara holistik dalam
konteks kemajuan pelajar, kebolehlaksanaan kurikulum dan
implikasi kurikulum terhadap kemajuan negara.

Perkembangan Profesionalisme Guru:
Tingkah Laku Guru
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Berdaya saing
Hubungan sumber pendidikan
Kemahiran berbahasa
Komunikasi rentas budaya
Produk dan perkhidmatan
Keupayaan nilai antarabangsa
Peningkatan bilangan institusi
Penyebaran teknologi
Cita rasa global

Impak Globalisasi Kepada
Perkembangan Profesionalisme Guru
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Negara lemah ditindas
Ketidakadilan perkongsian
Pemantauan yang mendalam
Permintaan pasaran tenaga kerja
Meminggirkan bahasa Melayu
Terbuka kepada persaingan tidak sihat
Pengkomersilan pendidikan
Penafian pendemokrasian pendidikan
Penghayatan ilmu terhakis

Kesan Negatif Globalisasi
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Perlu keadilan
Peluang pendidikan kepada semua
Pupuk melalui aktiviti kurikulum dan
kokurikulum
Program sekolah berkembar

Kepelbagaian Budaya
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Proses pengajaran dan pembelajaran perlu
dirancang dan dilaksanakan mengikut beberapa
prinsip yang digariskan;
Pendekatan, kaedah dan teknik yang
dipelbagaikan dengan melibatkan pelajar secara
aktif.
Berpandukan bahan-bahan sokongan yang
relevan dengan tahap pencapaian semasa,
potensi dan kemajuan pelajar.
Penilaian dan penambahbaikan P&P secara
berterusan.

Dasar Pernyataan Standard Tinggi
Kualiti Pendidikan Malaysia (2001)
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem
pendidikan negara. Memastikan sokongan dan pembiayaan
secara adil kepada Sekolah-sekolah Agama Rakyat, sekolah
kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah
vokasional dalam usaha bersama untuk meningkatkan taraf
pendidikan negara.
Mengimbangi penekanan kepada sistem peperiksaan
dengan sistem pembelajaran berasaskan pemikiran kritis
dan analitikal dengan matlamat mencari kebenaran.
Memastikan setiap pelajar yang berkelayakan mendapat
tempat di institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira
latar belakang.
Meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 demi
mewujudkan iklim yang kondusif dalam bentuk jaminan
kebebasan akademik dan autonomi universiti kearah
mempertingkatkan mutu pendidikan setanding dengan
negara-negara maju.

Cadangan Tangani Kepelbagaian Sosiobudaya
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Memastikan pelantikan naib canselor, rektor, dan lain-lain
penjawat tertinggi akademik dilakukan berdasarkan
kelayakan dan kelulusan Majlis Senat.
Memperbaiki mutu dan kemudahan sekolah yang daif di
pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak.
Meningkatkan mutu pendidikan guru bagi setiap peringkat
sekolah dan menambah jumlah guru terlatih mengikut
permintaan.
Menyediakan peluang latihan peringkat tinggi untuk guru
dan pensyarah supaya pengetahuan dan kemahiran
profesional mereka sentiasa selaras dengan perkembangan
semasa.
Mengkaji kembali skim perkhidmatan guru dan menambah
skim rangsangan bagi mereka yang mengajar di pedalaman.

Cadangan Tangani Kepelbagaian Sosiobudaya
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Menyediakan biasiswa berasaskan merit dan bantuan
kewangan lain berasaskan keperluan dengan keutamaan
kepada pelajar miskin dari kawasan luar bandar dan
pedalaman.
Menekankan betapa mustahaknya pelajar menguasai
pelbagai bahasatermasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Arab,
Bahasa Cina sebagai bahasa-bahasa utama dunia dan juga
bahasa-bahasa ibunda.
Menyediakan tempat dan latihan kepada mereka yang
keciciran.
Meluaskan skop Lembaga Pentauliahan Kebangsaan untuk
memantau dan mencadangkan pengiktirafan sijil, diploma
dan ijazah dari dalam dan luar negara yang memenuhi
piawaian akademik yang boleh diterima termasuklah sijil
dan Diploma Muadalah (diploma berkembar).

Cadangan Tangani Kepelbagaian Sosiobudaya
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Sekolah kebangsaan sebagai peneraju
Kelayakan pelajar jadi penentuan
Pindaan akta
Tingkatkan kemudahan
Tingkatkan mutu pendidikan guru
Peluang latihan
Biasiswa kepada yang berkelayakan
Kuasai pelbagai bahasa

Rumusan Cadangan
Tangani Kepelbagaian Sosiobudaya
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Penggunaan Teknologi Dalam
Pengajaran
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Terus mendesak perubahan dalam pelbagai
aspek.
Perkembangan teknologi yang pantas
menghasilkan perubahan yang tak dijangkakan.
Hasilkan inovasi dalam semua aspek.
Bidang pendidikan tidak terkecuali.
Teknologi
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Penggunaan Teknologi Dalam
Pengajaran Berlaku Dalam
Bentuk :
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
1. Menggunakan Medium Persembahan
Penyampaian
Persembahan penyampaian- power point dan
bahan grafik lain, tayangan video, memainkan
audio rakaman dan menggunakan smart board
interaktif.

Penggunaan media elektronik akan terus
berkembang.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Membawa dunia luar terus ke dalam bilik
darjah.

Sumber pembelajaran.

Dimuat turun atau boleh disediakan sebagai
siaran langsung.
2. Penggunaan Sumber Internet Dalam
Pengajaran
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Menyokong pembelajaran.

Bimbingan dan mengukuhkan pembelajaran.
3. Penggunaan E-mel, Papan Maklumat
Dalam Talian, Blog Dan Portal Serta Alat
Komunikasi Yang Lain.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Perpustakaan maya (e-buku dan e-jurnal).

Memudahkan akses dalam pembelajaran kendiri.

Laluan yang sahih dalam menjamin kualiti bahan
sumber bacaan, laman web dan pautan lain.

Mengakses jurnal pada masa yang sama.
4. Menyenaraikan Laman Sesawang Dan
E-jurnal Dalam Senarai Bacaan
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Banyak data penyelidikan dan database dimuat
naik dalam internet.

Model kepada pelajar untuk diteladani.
5. Memasukkan Database Dan Dataset
Dalam Pengajaran
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Teknologi baru ialah electronic voting system (sistem
undian elektronik).

Pelajar beri respons kepada soalan aneka pilihan atau
item objektif yang lain untuk membuat pilihan atau
undian.

Guru dapat maklum balas penguasaan atau
kesukaran pembelajaran.

Guru-Tindakan susulan.
6. Menggunakan Teknologi Baharu Dalam
Ujian Dan Undian Di Dalam Bilik Darjah
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
PODCASTING-proses merakam siri atau episod dalam
bentuk audio, menyerupai gaya radio.

Rakaman dimuat naik ke dalam laman sesawang/ portal.

Pelajar muat turun - didengar MP3, iPOD atau telefon
bimbit/ PC atau komputer riba.

Pelajar dapat menelaah dalam perjalanan.
7. Merakam Isi Pelajaran Untuk
Podcasting
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Suasana lebih kondusif
Mudah hasilkan bahan
Kepelbagaian media
Maklumat pelbagai

Pengaruh Perkembangan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Teknologi maklumat adalah untuk mengumpul
maklumat. Ia digunakan untuk suntingan
dengan menggunakan teknologi.
Memanipulasikan maklumat dan proses
semula imej.
Proses berkomunikasi iaitu ia menjelaskan
bagaimana teknologi maklumat digunakan
untuk berkomunikasi bagi mendapatkan
maklumat daripada sumber kepada penerima.

Penggunaan Teknologi Maklumat
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Kuasa penggerak
Pelaksanaan
Pemudahan bertindak
Kaedah perubahan
Permulaan perubahan

Perubahan Teknologi Maklumat
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Penggunaan komputer dalam sistem organisasi yang
mampu merubah cara kerja dan penyesuaian pekerja
dengan sesuatu tugasan.
Menjadikan sesuatu keputusan yang ingin dilaksanakan
oleh organisasi menjadi lebih terancang dan telus
terutama organisasi yang mempunyai maklumat yang
banyak dan terdapat perkara kerahsian.
Mampu untuk mengawal selia dengan lebih terancang
dan tersusun tanpa wujud kekhilafan dalam
perlaksanaannya.
Kemampuan sistem komputer yang mempunyai
internet dan perkembangan sistem komunikasi juga
akan lebih menjurus ke arah berkomunikasi secara
interpersonal dan bukan secara bersemuka yang lazim
dilaksanakan dalam organisasi.

Implikasi Teknologi Maklumat (TMK)
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Pendidikan jarak Jauh
Reformasi dalam pendidikan
Mudah beri maklumbalas
Sebagai bahan pengajaran pembelajaran
Alat komunikasi
Memudahkan pemahaman

Komputer Dalam Pendidikan
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Pengkelasan masalah sosial boleh dipecahkan kepada 3 Bahagian
iaitu;
i. Jenis kesalahan jenayah seperti mencuri basikal, melawan
guru, bertumbuk sesama pelajar, berjudi dan mencuri kertas
soalan ujian.
ii. Jenis kesalahan gengsterisme seperti menjadi ahli
kumpulan geng, mengutip duit pau daripada pelajar lain,
mencari gaduh dengan kumpulan lain, memaksa kumpulan
lain untuk menjadi ahli kumpulan dalam geng dan
berkelakuan seperti samseng.
iii. Jenis kesalahan kurang sopan dan biadab seperti
menghisap serta menyimpan rokok, mengganggu pelajar
perempuan, melawan pengawas, bising dalam bilik darjah,
minum serta menyimpan minuman keras, berbohong,
berambut panjang, mengeluarkan kata-kata lucah,
menonton dan menyimpan filem lucah dan lain-lain.



GEJALA SOSIAL
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Globalisasi dan modenisasi
Keruntuhan institusi keluarga
Media massa
ICT
Kelemahan undang-undang
Sikap remaja
Sikap ibu bapa

Kesan Negatif;
Kepada individu sendiri
Menjejaskan Negara
Keruntuhan nilai agama


Punca Gejala Sosial
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Peranan ibu bapa
Peruntukan undang-undang
Pendekatan akademik
Didikan agama
Peranan ahli masyarakat

Tangani Gejala Sosial
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Kesimpulan
Antara cabaran yang perlu ditangani dan diatasi adalah
seperti yang berikut;
Pemupukan Integrasi Nasional.
Melaksanakan Pendemokrasian Pendidikan.
Menjadikan Tonggak Pendidikan UNESCO sebagai
panduan.
Menghadapi Globalisasi Dalam Pendidikan dengan
jayanya.
Menangani Kepelbagaian Budaya dengan penuh
berhemah.
Menggunakan Perkembangan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dengan sepatutnya.
Berjaya mengatasi setiap Gejala Sosial yang berlaku
dalam kehidupan masyarakat di negara ini.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Sekian, Terima Kasih
Nordin Tahir,
IPG Kampus Ipoh
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

You might also like