Soalan Percubaan@p3@smksi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Bahagian A

[15 markah]
Jawab semua soalan.

Malaysia mempunyai sempadan laut yang strategik Lautan Hindi dan Lautan Pasifik
Malaysia merupakan sebuah pulau yang terlindung daripada angin monsun barat daya
atau timur laut

1. Pernyataan di atas merujuk
A. Sejarah C. Penduduk dan saiz negara
B. Kepimpinan D. Geopolitik dan geostrategik

2. Yang manakah berikut merupakan faktor luaran dalam penentuan Dasar Luar Malaysia?
A Mengamalkan prinsip bebas dan berkecuali serta berbaik-baik tanpa mengira ideologi
B Mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan mementingkan perpaduan
C Menjadi ahli Pertubuhan Persidangan Islam dan pernah mengetuai delegasinya
D Meningkatkan ekonomi negara melalui kerjasama dalam dan luar negara

3. Untuk mencapai matlamat di atas, Negara-negara membangun seperti Malaysia telah
mengusulkan pembentukan
A. Order Baru Ekonomi Dunia (NIEO)
B. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)
C. Perjanjian Am mengenai Tarif dan Perdagangan (GATT)
D. Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD)

4. Antara yang berikut, yang manakah pernah melibatkan Malaysia dalam Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)?
I. Mencetuskan idea tentang isu keganasan remaja di PBB
II. Menjadi pengerusi perhimpunan agung di PBB
III. Menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan PBB
IV. Menghantar pasukan tentera pengaman di bawah naungan PBB

A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D III dan IV

5. Mengapakah Malaysia kini lebih berminat dengan kerjasama Selatan-Selatan?
A. Meluaskan pasaran komoditi Malaysia
B. Mengatasi kegagalan Dialog Utara-Selatan
C. Menjadi jurucakap bagi Negara-negara Selatan
D. Menggalakkan pelaburan Malaysia ke peringkat antarabangsa


2
Membetulkan ketidaksamaan dalam struktur ekonomi antarabangsa
Menghapuskan jurang perbezaan antara Negara-negara membangun dengan Negara-
negara perindustrian

6. Antara yang berikut, peristiwa yang manakah yang menyebabkan Malaysia mengambil
pendirian untuk mengutuk pencabulan kedaulatan sesebuah negara?
A. Penahanan politik di Myanmar
B. Penyerahan kembali Hong Kong kepada China
C. Sekatan ekonomi terhadap Libya
D. Serangan Iraq terhadap Kuwait

7. Yang manakah yang dapat mengeratkan Kerjasama Selatan-Selatan?
A. Mesyuarat Asia-Eropah
B. Dialog Antarabangsa Langkawi
C. Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik
D. Sidang Kemuncak Ekonomi Asia Timur

Dialog politik, kerjasama ekonomi, dan interaksi budaya diadakan
Hubungan pelbagai hala antara negara dua benua ditingkatkan

8. Penyataan di atas merujuk kepada
A. Mesyuarat Asia-Eropah
B. Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik
C. Persidangan Ekonomi Asia Timur
D. Pergerakan Negara-negara Berkecuali

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
Pergerakan Negara-negara Berkecuali

9. Antara berikut yang manakah menunjukkan kebaikan ZOPFAN ?
I Meningkatkan persefahaman ketenteraan
II Memastikan ASEAN tidak akan dijajah
III Mengeratkan hubungan perdagangan
IV Mewujudkan Blok Pengukuran Kepercayaan

A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

10. Antara berikut yang manakah benar tentang Pertubuhan Menteri Pendidikan Asia Tenggara
(SEAMEO)?
I Menubuhkan INNOTECT
II Meningkatkan pengurusan bencana alam
III Mengadakan pusat kajian bahasa inggeris
IV Mengadakan hubungan persahabatan melalui Sukan SEA

A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV



3
Mesyuarat Asia-Eropah
ASEAN + 3

11. Kerjasama di atas membawa kepada
I. Peningkatan dialog Kerjasama Selatan-Selatan
II. Peningkatan kerjasama ekonomi antara rantau
III. Peningkatan pelaburan dari negara-negara maju
IV. Peningkatan pembangunan wilayah di kawasan sempadan antarabangsa
A. I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

12. Yang manakah yang benar tentang peranan yang dimainkan oleh Kumpulan Lapan Negara
Membangun (D-8)?
I. Meningkatkan hubungan perdagangan antara negara anggota
II. Memberikan bantuan kemanusiaan kepada negara-negara Islam
III. Meningkatkan kedudukan negara-negara Islam dalam ekonomi dunia
IV. Menganjurkan persidangan untuk membincangkan konflik di Timur Tengah dan isu
Palestin
A. I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

13. Yang manakah sektor yang dipertanggungjawabkan kepada Malaysia oleh Kumpulan
Lapan Negara Membangun (D-8)?
A. Perbankan dan Kewangan C. Perdagangan
B. Pembangunan Luar Bandar D. Pembangunan Sumber Manusia

Persetujuan oleh negara-negara perindustrian untuk mengurangkan pembebasan gas rumah
kaca secara kolektif

14. Penyataan di atas merujuk kepada
A. Protokol Kyoto C. Protokol Cartagena
B. Protokol Montreal D. Protokol Vienna

Isu demokrasi dan hak asasi manusia
Isu ekonomi sejagat dan alam sekitar

15. Penyataan di atas merupakan perjuangan
I. Pertubuhan Negara-negara Komanwel
II. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
III. Pergerakan Negara-negara Berkecuali
IV. Pertubuhan Persidangan Islam
A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

4
Bahagian B
[15 markah]
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.

1. Berdasarkan jadual berikut, huraikan perubahan kes keganasan rumah tangga mengikut
negeri-negeri terpilih di Malaysia bagi tahun 2003 hingga 2005 (anggaran). Jelaskan
langkah-langkah yang wajar dilaksanakan untuk membendung gejala ini.

Keganasan Rumah Tangga Mengikut Negeri 2003 hingga 2005*

Negara 2003 (kes) 2004 (kes) 2005* (kes)
Johor 42 74 66
Kedah 28 22 42
Kelantan 22 23 32
Melaka 101 107 77
Negeri Sembilan 30 35 53
Perak 31 24 36
Pulau Pinang 108 83 105
Selangor 114 150 61
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 59 40 36
Jumlah 535 558 508
* Anggaran
Disesuaikan daripada
Jabatan Kebajikan Melaka, Tahun 2006)





















5
2.Berdasarkan carta di bawah, berikan kesan rangkaian sosial dalam talian ke atas pengguna
teknologi laman web di seluruh dunia.

Kesan Rangkaian Sosial Dalam Talian





























Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dr Maslin Masrom,
Rangkaian Sosial Dalam Talian, Dewan Kosmik, Januari 2009










6
Internet
Laman
Sesawang
K
E
B
A
I
K
A
N
K
E
B
U
R
U
K
A
N
Kos Murah
Membina
Kredibiliti
Hubungan
Kurang
Rahsia
Gangguan
Membuang
Masa


Bahagian C
[50 markah]


Pilih dua daripada tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga
350 patah perkataan.


1.Antara usaha yang dilakukan oleh Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) yang
turut dianggotai oleh Malaysia untuk meningkatkan tahap keselamatan serantau adalah
mewujudkan Zon Aman , Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Namun begitu terdapat usaha-usaha
lain yang telah dibuat. Bincangkan.


2. Tindakan masyarakat antarabangsa untuk menangani isu pemanasan global amat dihargai kerana
ia bukan sekadar isu cuaca, tetapi melibatkan isu ekonomi, politik dan sosial. Malaysia juga
mengambil pendekatan tertentu bagi menangani isu ini seiring dengan tindakan masyarakat
antarabangsa . Huraikan.


3. Kebanyakan Negara-negara Dunia Ketiga di dunia masih lagi ketinggalan dalam pencapaian
bidang sukan di peringkat antarabangsa berbanding Negara-negara Maju. Jelaskan sumbangan
aplikasi sains dan teknologi kepada pembangunan bidang sukan dalam negara.






















7

You might also like