Maqasid Syariah

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Syariah Islamiyyah

Pengenalan

Syariah Islamiyyah pada istilah ialah :

" Segala hukum-hakam yang disyarakkan Allah ke atas
hambaNya yang terkandung di dalam Al-Quran dan
sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Syariat Islam adalah merupakan satu-satunya sistem
kehidupan yang benar dan lurus kerana ia mampu menjaga
manusia daripada penyelewengan, kezaliman, keburukan dan
hawa nafsu ( luaran dan dalaman ) demi untuk menungkatkan
kualiti hidup manusia di dunia dan akhirat.

Syariah Islamiyyah

Syariah Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan
manusia.
Datangnya daripada dan ciptaan Allah yang maha
berkuasa
Tiada kepentingan peribadi.
Sesuai untuk semua bangsa dan sepanjang zaman.
Menekankan permasalahan akhlak yang menjadi agenda
utama kepada kebahagiaan hidup duniawi dan ukhrawi.
Mampu untuk menguasai manusia sepenuhnya
Maqasid al-Syariah
Pengenalan

Syeikhul Maqasid, Imam as-Syatibi tidak pun memberikan takrifan
khas mengenainya.

Dr. Ahmad ar-Raisuniyy telah mentakrifkannya sebagai:Maqasid
Syariah (tujuan pensyariatan) ialah tujuan (sebenar) yang ingin
dihasilkan bagi ketetapan hukum Syarak (dengan tujuan) untuk
kemaslahatan manusia.

Maqasid al-Syariah
Terdapat beberapa kalimah lain yang digunakan untuk
menunjukkan makna maqasid, antaranya ialah al-illah, al-
munasabah dan al-hikmah.

Kalimah al-hikmah adalah lebih banyak digunakan untuk
menunjukkan erti maqasid. Kerana ini kita boleh juga terjemahkan
maqasid Syariah sebagai Hikmat Pensyariatan atau Tujuan
Pensyariatan.


Maqasid al-Syariah
Matlamat utama Syariah Islamiyyah adalah untuk menentukan
supaya ummat manusia mendapat kebahagian hidup di dunia dan
akhirat sejajar dengan peruntukan dan keredhaan Ilahi.

Maka matlamat Syariah Islamiyyah dapat disimpulkan adalah untuk :

Memelihara Agama Allah
Memelihara akal fikiran
Menjaga nyawa
Menjaga maruah dan nasab keturunan
Menjaga harta

Tasawwur Islam: Ciri-ciri keistimewaan
Antara ciri-ciri keistimewaan Tasawwur Islam:

1. Rabbani
2. Thabat wal Murunah
3. Waqieyah
4. Tawazun
5. Syumul
6. Alamiyyah
7. Wasatiyyah

You might also like