AKTIVITI RANCANGAN INTERGASI MURID UNTUK PERPADUAN
(RIMUP) 2011 1. Pengenalan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) ialah hasil ilham Perdana Menteri, Y.A.B Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi, ketika beliau menjadi Menteri Pelajaran Malaysia. Pada peringkat awal, pelaksanaan RIMUP tertumpu pada peringkat sekolah rendah dan merangkumi pelaksanaan aktiviti kokurikulum dan sukan secara bersama oleh pelajar pelbagai kaum. Kefahaman terhadap konsep serta perancangan aktiviti tidak diberi penekanan secara menyeluruh pada peringkat negeri, daerah dan sekolah. KPM telah menggerakkan semula RIMUP dan memberikannya pendekatan yang lebih segar sebagai salah satu langkah untuk membolehkan pelajar di sekolah yang majoriti pelajarnya terdiri daripada satu kaum sahaja berinteraksi dan bergaul dengan pelajar pelbagai kaum dari sekolah lain. Konsep pelaksanaan RIMUP telah diperkukuhkan lagi dengan menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, pentadbiran sekolah, guru dan pelajar dari peringkat sekolah rendah hingga menengah dalam kegiatan khas secara bersama. Program RIMUP mempunyai tiga komponen utama iaitu akademik, kokurikulum dan sukan, serta e-integrasi dan akan dilaksanakan melalui kegiatan dalam enam bidang berikut: Aktiviti kecemerlangan akademik Aktiviti kesukanan dan permainan Aktiviti kokurikulum Aktiviti khidmat masyarakat Aktiviti meningkatkan patriotisme Aktivitivirtua l melalui e-integrasi KPM memandang berat akan pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka maka akan timbul suasana hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adat resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain. KPM menyediakan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini dijana semula kearah merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan harmoni.
2. Konsep
RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.
3.Matlamat
Matlamat RIMUP adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi cabaran kolektif dan bersepadu.
4.Objektif Rancangan
Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat,para guru dan murid serta warga sekolah dalam kegiatan khas secara bersama-sama.
Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibbah secara sedar dan terancang.
Melahirkan persefahaman dan tolenrasi antara murid pelbagai kaum di sekolah.
Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan khas secara bersama-sama.
5.Sekolah Terlibat.
5.1 Sek. Kebangsaan Kampung Batu dan SKJ ( C )
6. Program Yang Akan Dijalankan 6.1 Program Padu Anak Malaysia - Pertandingan Sukan Untuk Perpaduan.
6.1 Program Padu Anak Malaysia
6.1.1 Pengenalan Program Padu Anak Malaysia Adalah satu program yang dapat membentuk generasi muda berdisiplin, bersikap positif, mengamalkan nilai-nilai murni dan penyayang dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
6.1.2 Jenis Aktiviti
Jenis aktiviti yang akan dijalankan ialah Pertandingan dan Aktiviti Sukan Rakyat. ( Sila Rujuk Lampiran 1 )
6.1.3 Matlamat Melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi unggul, bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.
6.1.4 Objektif Dapat mengkoordinasikan deria penglihatan dengan gerak kaki dan tangan dengan betul serta dapat memupuk semangat muhibbah dan perpaduan kaum serta kerjasama antara satu sama lain.
6.1.5 Sasaran Seramai 60 orang pelajar iaitu 30 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Batu dan 30 orang pelajar sekolah SKJ (C )
6.1.6 Tarikh dan Masa
n) bermula jam 9.00 pagi. 6.1.7 Jawatankuasa 7. Perbelanjaan program BIL BUTIRAN JUMLAH 1 Program Pertandingan dan aktiviti sukan (RM 400.00 X 3 buah sekolah) RM 1 200.00 2. Program Sambutan Hari Raya (RM 10.00 X 32 orang murid setiap sekolah X 3 buah sekolah) RM 960.00 3 Prorgam Lawatan Sambil Belajar (RM 960.00 X 3 buah sekolah) RM 2 880.00 4 Topi untuk pelajar (RM 10.00 X 32 orang murid setiap sekolah X 3 buah sekolah) RM 960.00 JUMLAH RM 6 000.00 8. Butiran Perbelanjaan 8.1 Program Pertandingan dan Aktiviti Sukan Hadiah Murid 96 murid X RM 10.00 = RM 960.00 Air Minuman 6 kotak X RM 12.50 = RM 75.00 Glass paper 12 helai X RM 1.00 = RM 12.00 Cellotape 6 biji X RM 2.50 = RM 15.00 Brown paper 60 helai X RM 0.50 = RM 30.00 Runcit RM 36.00 X 3 sekolah = RM 108.00 JUMLAH A = RM 1 200.00
9. Kesimpulan Harapan agar Program RIMUP ini mencapai matlamatnya dan mendapat sokongan padu daripada semua pihak lebih-lebih lagi sekolah-sekolah yang terlibat. Badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan serta orang perseorangan malahan PIBG juga boleh melibatkan diri dalam program seumpama ini. Semoga integrasi antara kaum dapat di padukan serta disatukan menjadi masyarakat Malaysia yang aman dan makmur. Disediakan oleh: Disemak Oleh:
Lampiran 1
Tajuk : Sukan Rakyat
Pengenalan : Kegiatan sukan yang pelbagai jenis atau acara yang dimainkan oleh rakyat biasa dengan menggunakan peralatan di sekelilingnya.
Jenis Aktiviti : Lari dengan kain batik atau kain pelekat
Matlamaat : melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.
Objektif:
1. Dapat mempelajari teknik permainan yang betul. 2. Dapat mengkoordinasi deria penglihatan dengan gerakan kaki dan tangan dengan betul. 3. Dapat memupuk semangat muhibbah dan perpaduan serta kerjasama antara satu sama lain.
Kumpulan Sasaran : Semua Murid Tahap 2 Syarat : 1. Satu pasukan terdiri daripada 10 orang peserta. 2. Peserta perlu berlari memakai kain batik sejauh 15 meter dan berpatah balik ke tempat permulaan. 3. Setelah peserta pertama sampai ke tempat permulaan, peserta kedua mengambil alih dan meneruskan larian sehingga peserta terakhir. 4. Pasukan yang pertama menamatkan larian dikira sebagai pemenang pertandingan.
Jenis Aktiviti ke-2 : Isi Air Dalam Botol.
Matlamat : melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.
Objektif : 1. Dapat mempelajari teknik permainan yang betul. 2. Dapat mengkoordinasi deria penglihatan dengan gerakan kaki dan tangan dengan betul. 3. Dapat memupuk semangat muhibbah dan perpaduan serta kerjasama antara satu sama lain.
Kumpulan Sasaran : Semua murid Syarat : 1. Satu pasukan terdiri daripada 10 orang peserta. 2. Peserta perlu berlari sejauh 15 meter dan mengisi air dalam botol mengunakan straw, kemudian mereka perlu berpatah balik ke tempat permulaan. 3. Setelah peserta pertama sampai ke tempat permulaan, peserta kedua mengambil alih dan meneruskan larian sehingga peserta terakhir. 4. Pasukan yang pertama menamatkan larian dikira sebagai pemenang pertandingan.
Jenis Aktiviti ke-3 : Cari gula gula dalam tepung. Matlamaat : Melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.
Objektif: 1. Dapat mempelajari teknik permainan yang betul. 2. Dapat mengkoordinasi deria penglihatan dengan gerakan kaki dan tangan dengan betul. 3. Dapat memupuk semangat muhibbah dan perpaduan serta kerjasama antara satu sama lain. Kumpulan Sasaran : Semua Murid Tahap Satu Syarat : 1. Satu pasukan terdiri daripada 10 orang peserta. 2. Peserta perlu berlari sejauh 10 meter dan meniup tepung untuk mencari gula gula di dalam tepung tersebut, kemudian berpatah balik ke tempat permulaan. 3. Setelah peserta pertama sampai ke tempat permulaan, peserta kedua mengambil alih dan meneruskan larian sehingga peserta terakhir. 6. Pasukan yang pertama menamatkan larian dikira sebagai pemenang pertandingan.