Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

Pendidikan diberikan kepada ahli masyarakat bagi menjamin kesejahteraan


kehidupan manusia dan sekolah merupakan institusi formal terpenting yang
banyak mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan manusia.Bermula di
tahap kanak-kanak pertengahan, individu diberikan didikan formal di sekolah
dengan pelbagai nama.Tujuan utama kanak-kanak ditempatkan di institusi formal
ini ialah untuk memastikan perhubungan mental, fizikal dan spiritual kanak-kanak
berkembang selaras dengan nilai dan norma masyarakat yang
dianggotainya.Persekitaran sekolah memainkan peranan penting dalam
perkembangan personaliti kanak-kanak.Proses pembelajaran formal yang
berterusan bermula tahap pertengahan kanak-kanak hinggalah ke tahap akhir
remaja akan mempengaruhi nilai, pengukuhan kendiri, tahap pencapaian,bentuk
aspirasi dan lain-lain bentuk kemahiran sosial dan psikologi yang diperlukan
dalam kehidupan individu.Persekitaran sekolah juga boleh menimbulkan pelbagai
bentuk personaliti tidak sihat dikalangan kanak-kanak dan kumpulan remaja
apabila kewujudannya disalahgunakan.

OBJEKTIF

Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan
dalam menjalani kehidupan seharian.Meningkatkan keprihatinan dan komitmen
warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan, serta menghargai
kemudahan yang disediakan.Memupuk semangat bertanggungjawab serta
kesediaan bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat amalan
kebersihan sekolah.Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan
sekolah.Mewujudkan iklim, serta identiti sekolah sebagai institusi yang sihat,
bersih, indah dan ceria.

KONSEP & RASIONAL

Program ini dilaksanakan selaras dengan konsep, hidup sihat di sekolah. la
bertujuan untuk mewujudkan alam sekitar sekolah yang selamat, bersih, indah dan
ceria. Alam sekitar sedemikian sudah tentu mewujudkan persekitaran yang
kondusif kepada proses pembelajaran. Konsep ini berteraskan kepada lima
komponen asas, bagi memastikan wujudnya suasana persekolahan yang sihat dan
selamat iaitu Polisi Kesihatan Sekolah,Persekitaran Sekolah yang Sihat dan
Selamat, Penglibatan Keluarga dan Komuniti, Kemahiran Kesihatan Diri dan
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.

PIAWAIAN YANG DIKEHENDAKI

Piawaian amalan kebersihan sekolah menetapkan bahawa sekolah bukan sahaja
perlu bersih malah mesti berfungsi dan selamat.Persekolahan yang sihat dan
selamat adalah salah satu nilai-nilai kesihatan yang perlu diserapkan ialah
kebersihan dan keselamatan makanan.Peranan yang dimainkan oleh pihak
pengendali makanan dan sekolah perlu ditingkatkan.Ciri-ciri kebersihan dan
keselamatan makanan hendaklah diserapkan di sekolah-sekolah, terutama di
kantin dan dapur asrama sekolah.Kegagalan mengamalkan kebersihan dan
keselamatan makanan, menyebabkan pencemaran oleh kuman, bahan kimia dan
bendasing dalam makanan.

Perkara-perkara asas yang diutamakan untuk memastikan makanan bersih dan
selamat ialah:
(a) Kebersihan bahan mentah.
(b) Pengendalian makanan yang bersih.
(c) Kebersihan diri pengendali makanan.
(d) Keperluan kemudahan asas yang mencukupi
(e) Reka bentuk premis dan peralatan yang sesuai.
(f) Pengurusan dan penyelenggaraan premis yang sempurna.
(g) Penyediaan makanan yang betul.

Ciri-ciri Kebersihan Bahan Mentah

Bahan mentah mesti daripada sumber yang diketahui, bersih, segar dan tidak
rosak, dibasuh dengan air bersih sebelum dimasak dan perlu dibuat di tempat yang
bersih.Bagi makanan di dalam tin, tin tidak kemek dan tidak berkarat.Bilik
penyimpanan bahan mentah mesti bersih, teratur dan berasingan dari bahan bukan
makanan. Bahan mentah yang mudah rosak perlu disimpan dalam peti
sejuk.Pengambilan makanan dengan tangan perlu dielakkan bagi menjamin mutu
kebersihan makanan.Gunakan penyepit atau sudu/garpu untuk mengambil
makanan. Lindungi makanan dari lalat, tikus, habuk dan bahan beracun.Gunakan
kain yang bersih untuk mengelap pinggan mangkuk.Semasa menghidang, jangan
menyentuh makanan atau permukaan dalam pinggan mangkuk. Pastikan tidak
menggunakan bekas yang telah retak atau sumbing untuk menghidang
makanan.Simpan makanan di tempat yang sesuai, misalnya makanan yang mudah
rosak di dalam peti sejuk. Pastikan makanan mentah di simpan di tempat yang
sama untuk menghindarkan pencemaran silang.Pinggan mangkuk dan peralatan
lain mestilah dibersihkan setiap kali selepas digunakan. Bahan bukan makanan
hendaklah disimpan berasingan dari makanan.

Ciri-ciri Kebersihan Diri yang Baik

Membasuh tangan dengan sabun setiap kali selepas menggunakan tandas dan
sebelum menyedia atau menghidang makanan.Kuku pendek dan bersih. Mandi
dengan sabun sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan pastikan diri pengendali
bersih dan kemas. berpakaian bersih, memakai apron dan tudung kepala yang
bersih dengan betul.Jangan meludah, bercakap, bersin atau batuk ke arah
makanan, jangan menghisap rokok semasa menyediakan makanan dan jangan
mengorek hidung atau telinga ketika menyediakan makanan.Sistem pembuangan
sampah yang sempurna dan teratur. Tong sampah bertudung, bersih dan sampah
dibuang setiap hari atau mengikut jadual.Sistem pembuangan air limbah yang
berkesan dan sesuai serta tidak bertakung untuk mengelakkan bau busuk dan
pembiakan lalat.Tandas yang sempurna, mencukupi dan bersih perlu disediakan di
premis makanan serta kemudahan membasuh tangan yang mencukupi serta
lengkap dengan sabun, berus dan tuala bersih atau alat pengering tangan bagi
pelanggan dan pekerja.

Ciri-ciri Reka Bentuk Premis Makanan yang Sesuai

Mempunyai ruang yang cukup dan berasingan bagi penyediaan, mempamer dan
menyimpan makanan serta ruang untuk pelanggan yang selesa.Almari/rak
menyimpan makanan ditutup rapi supaya lalat dan lipas tidak dapat masuk.Lantai
mestilah mudah dicuci, tidak mudah rosak dan tidak menakung air. Siling dan
dinding mestilah bersih, mudah dicuci dan bercat terang.Tempat membasuh
peralatan sesuai dan mencukupi. Tempat penyediaan makanan mestilah dari jenis
yang mudah dicuci dan kalis air.Peti sejuk perlu disediakan untuk menyimpan
makanan yang mudah rosak dan berfungsi.Pencahayaan dan pengudaraan dalam
premis makanan hendaklah mencukupi.Peralatan yang digunakan hendaklah yang
bersesuaian dengan fungsinya dan sentiasa dibersihkan dan kerosakan segera
diperbaiki.Pihak pengurusan sentiasa mengawasi amalan kebersihan pekerja-
pekerjanya.Kerjasama yang rapat di antara pekerja dan pengurus penting untuk
memastikan amalan dan keperluan kebersihan dijamin.

Tanggungjawab Seorang Pengusaha Premis Makanan

Pastikan semua aspek kebersihan dipatuhi dan pekerja membuat pemeriksaan
kesihatan dan suntikan pencegah penyakit tifoid sebelum bertugas.Pekerja yang
sakit perlu mendapat rawatan perubatan dan tidak bekerja sehingga disahkan
sihat.Melatih pekerja tentang kesihatan dan kebersihan diri dari semasa ke semasa.

Tanggungjawab Pekerja di Premis Makanan

Menjaga kesihatan dan kebersihan diri.Lapor kepada majikan apabila sakit dan
dapatkan rawatan segera.Elakkan dari perbuatan kotor (korek hidung/sentuh
makanan rosak dengan tangan kotor).Belajar dan amalkan tabiat yang baik bagi
tingkatkan kebersihan diri, amalan pengendalian makanan yang baik dan
kebersihan kawasan tempat kerja.

Pemeriksaan Kantin dan Dapur Asrama

Pemeriksaan sekurang-kurangnya 2 kali setahun dan pemeriksaan fizikal (ukuran
suhu memasak/suhu penyimpanan/suhu penyajian) diutamakan.

PENGURUSAN & PELAKSANAAN

1.Kerjasama antara warga sekolah, ibu bapa, agensi-agensi kerajaan dan bukan
kerajaan serta ahli masyarakat lain bagi meningkatkan tahap kesihatan warga
sekolah adalah sangat penting.

2.Penglibatan masyarakat dalam pelbagai bentuk sama ada dengan memberi
sumbangan kewangan, tenaga kepakaran atau pun bahan-bahan yang boleh
digunakan oleh pihak sekolah dorongan dan sokongan moral kepada murid serta
menjadi role-model yang baik kepada anak-anak dan murid sekolah.

3.Penglibatan komuniti seharusnya berbentuk dua hala iaitu bukan sahaja
komuniti yang datang ke sekolah tetapi pihak sekolah juga melibatkan warga
mereka dalam aktiviti kemasyarakatan di sekitar sekolah.

4.Amalan Kesihatan :
(a) Menubuhkan satu Jawatankuasa Kesihatan Sekolah yang
dianggotai oleh guru
dan ahli PIBG di setiap sekolah.
(b) Menubuhkan Kelab Kesihatan di kalangan pelajar di setiap sekolah.
(c) Mengadakan Biro Kesihatan dalam PIBG setiap sekolah.
(d) Mengamalkan Cara Hidup Sihat

POLISI KESIHATAN SEKOLAH

1.Satu penyataan jelas yang menentukan tindakan dan keperluan sumber bagi
mempromosikan kesihatan.

2.Sebagai piagam pelanggan bagi memberi panduan kepada warga sekolah dan
masyarakat luar.

3.Polisi yang dipilih hendaklah dipamerkan agar semua warga sekolah serta
pelawat tahu tentangnya.

4.Pihak sekolah hendaklah menjalankan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan
polisi yang dipilih.

5.Setiap polisi yang dilaksanakan seharusnya diikuti dengan indikator pengukuran
keberkesanannya.

6.Sekolah boleh memilih satu atau lebih polisi untuk dilaksanakan menurut
kemampuan mereka.

7.Polisi-polisi ini juga boleh bertukar-ganti mengikut tahap pencapaiannya.

PERSEKITARAN FIZIKAL SEKOLAH YANG SIHAT DAN SELAMAT

1.Keadaan sekolah yang mempunyai kemudahan asas dan fizikal yang sentiasa
bersih, ceria, selamat dan sihat.

2.Pihak sekolah seharusnya memastikan kemudahan asas/fizikal di sekolah seperti
bekalan air, elektrik, pili bomba, dewan, bilik darjah, tandas, asrama, parit,
padang, kantin dan lain-lain sentiasa dalam keadaan selamat, bersih, berfungsi
bagi kegunaan murid-murid sekolah.

3.Selain dari itu persekitaran sekolah juga seharusnya bebas dari risiko jangkitan
penyakit berjangkit seperti denggi dan lain-lain.

PERSEKITARAN SOSIAL SEKOLAH YANG SIHAT DAN SELAMAT

1.Persekitaran sekolah yang boleh membentuk sikap dan amalan ke arah membina
sahsiah warga sekolah yang murni dan dapat mengatasi cabaran.
2.Pihak sekolah seharusnya berusaha untuk menyediakan persekitaran yang lebih
kondusif untuk perkembangan mental yang sihat dan mengurangkan tekanan di
kalangan warga sekolah serta persekitaran sosial yang sihat untuk perkembangan
murid yang seimbang dari segi JERI.
3.Contohnya dengan menyediakan perkhidmatan kaunseling, mengadakan
program membina ketahanan mental, keyakinan diri, aktiviti mengurangkan
tekanan seperti PRS, rekreasi, punching bag, sudut pidato, papan conteng,
mengadakan kursus-kursus singkat seperti kursus kepimpinan, kem ibadat dan
lain-lain.

PENGLIBATAN KOMUNITI

1.Satu bentuk kerjasama antara warga sekolah, ibu bapa, agensi kerajaan dan
NGO serta masyarakat lain bagi tingkatkan tahap kesihatan warga sekolah seperti
memberi sumbangan kewangan, tenaga kepakaran atau bahan yang boleh
digunakan oleh pihak sekolah.
2.Memberi dorongan dan sokongan moral kepada murid serta menjadi role-model
yang baik kepada anak-anak dan murid sekolah.
3.Penglibatan komuniti seharusnya berbentuk dua hala iaitu bukan sahaja
komuniti yang datang ke sekolah tetapi pihak sekolah juga melibatkan warga
mereka dalam aktiviti kemasyarakatan di sekitar sekolah.

KEMAHIRAN KESIHATAN DIRI

1.Satu usaha bagi membentuk sikap yang positif di kalangan warga sekolah ke
arah pengamalan cara hidup yang sihat di kalangan warga sekolah.
2.Dijalankan dalam bentuk pembelajaran dan pengajaran yang formal dan tidak
formal.
3.Penekanan kepada kepentingan pelajaran kesihatan dan jasmani serta memupuk
kesedaran penjagaan kesihatan di kalangan warga sekolah.
4.Murid diajar mengenai kebersihan diri dan dipupuk supaya bertanggungjawab
ke atas kebersihan diri sendiri.
5.Sekolah seharusnya memastikan supaya aktiviti penjagaan kebersihan mulut
diajar dan diamalkan.
6.Penekanan juga diberikan kepada aspek senaman dan kecerdasan, makan secara
sihat, pertolongan cemas, perkembangan mental, sosial serta anatomi dan fisiologi
tubuh badan.

PERANAN PENGETUA/GURU BESAR DAN PENTADBIR SEKOLAH

1.Memberi penerangan kepada guru-guru mengenai pelaksanaan amalan
kebersihan di sekolah.
2.Menubuhkan Jawatankuasa kebersihan dengan dianggotai oleh guru-guru,
agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, wakil masyarakat setempat dan juga
badan-badan bukan kerajaan.
3.Merancang aktiviti dan program dengan mengambil kira keperluan warga
sekolah bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga emosi serta keadaan persekitaran
yang selamat.
4.Pengalaman murid-murid dan guru-guru supaya dapat digabungkan untuk
menjalankan aktiviti dan program amalan kebersihan dengan berkesan.
5.Kemahiran kesihatan,kemahiran berfikir secara kritis dan bertanggungjawab
terhadap masyarakat.
6.Kesedaran murid-murid, pelajar pentingnya kemahiran kesihatan serta
mempunyai azam yang kuat untuk menjaga kesihatan diri.
7.Sumber-sumber yang sedia ada mengikut kemampuan sekolah.
8.Penglibatan badan bukan kerajaan.

PERANAN GURU

1.Memahami komponen-komponen.
2.Menyokong, melaksana dan memperkukuhkan aktiviti-aktiviti HPS yang
dirancang oleh Jawatankuasa.
3.Memberi cadangan aktiviti-aktiviti kebersihan yang boleh dilaksanakan kepada
jawatankuasa.
4.Menjadi contoh kepada murid-murid dan pelajar dalam mengamalkan Gaya
Hidup Sihat.
5.Menggalakkan murid-murid dan pelajar menyertai aktiviti atau program dengan
aktif.
6.Memberi penerangan kepada ibu bapa mengenai program amalan kebersihan.

PERANAN MURID/PELAJAR

1.Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti/program BPS yang dirancang.
2.Bertanggungjawab menjaga kesihatan diri sendiri.
3.Menyampaikan maklumat kepada ibu bapa dan masyarakat setempat mengenai
aktiviti kesihatan dan program kebersihan yang dijalankan di sekolah

PERANAN IBU BAPA

1.Libatkan diri secara aktif dan sokong aktiviti/program HPS.
2.Beri bantuan kepakaran, kewangan, barangan dan sokongan moral.
3.Beri galakan kepada anak-anak untuk sertai aktiviti HPS.

PERKHIDMATAN DI SEKOLAH

1. Program-program tersebut adalah seperti berikut:
Pendidikan Kesihatan
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
Program Kesihatan Pergigian Sekolah
Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
Program Susu Sekolah
Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Sekolah
(Program 3K)
Pendidikan Pencegahan AIDS Di Sekolah
Program Anti Denggi Di Sekolah
Program Sekolah Bebas Daripada Asap Rokok
Program PROSTAR (Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja), dan
sebagainya.
Program-program Adhoc berdasarkan masalah kesihatan semasa, seperti
program Anti Rubella, Program Pencegahan Taun dan sebagainya.

PENDIDIKAN KESIHATAN DI SEKOLAH

PK tidak lagi wujud sebagai satu mata pelajaran tersendiri. Ia telah
bersepadu dengan disiplin PJ dan dinamakan sebagai mata pelajaran PJK.
Walau bagaimanapun, nilai-nilai kesihatan dan beberapa aspek kesihatan
masih terdapat di dalam pelbagai mata pelajaran lain seperti Sains,
Pendidikan Moral, Pendidikan Agama Islam dan sebagainya. Ini bermakna
nilai-nilai kesihatan telah diterapkan merentasi kurikulum yang sedia ada.
Di samping usaha-usaha formal, pendidikan tidak formal juga dilaksanakan
di sekolah-sekolah. Ini biasanya dilakukan melalui beberapa aktiviti seperti
kuiz, ceramah, pameran dan kempen. Selain usaha-usaha sekolah,
Jabatan Kesihatan juga sering menganjurkan pelbagai usaha pendidikan
kesihatan tidak formal seperti ceramah, kempen dan pameran.

PERKHIDMATAN KANTIN SEKOLAH

1.Bagi mengelakkan keracunan makanan, beberapa langkah yang boleh diambil
adalah seperti berikut:
Pastikan pekerja atau pengendali makanan sentiasa mengamalkan kebersihan
diri setiap masa sama ada semasa menyedia, memasak ataupun menghidang
makanan.
Pastikan alat-alat ataupun perkakas-perkakas yang digunakan, seperti pinggan
mangkuk sentiasa dalam keadaan bersih.
Pastikan bangunan dan semua kemudahan seperti tempat menyedia dan
menghidang makanan dalam keadaan bersih dan kemas.
Pastikan pekerja atau pengendali makanan mengamalkan amalan-amalan yang
baik seperti menjaga tubuh badan dan pakaian sentiasa dalam keadaan bersih dan
kemas

PERANAN SEKOLAH

1.Pihak sekolah juga diminta untuk:
Menggalakkan seboleh-bolehnya pengusaha/pengendali makanan memasak
makanan di dalam kawasan sekolah.
Memastikan makanan yang disediakan tidak dimasak terlalu awal sehingga
semalaman, terutama penyediaan makanan-makanan menggunakan santan.
Menubuhkan jawatankuasa khas di peringkat sekolah bagi menyelia dan
mengadakan pemeriksaan harian.
Mengadakan kempen kesedaran mengenai kebersihan makanan dan kebersihan
premis makanan.
Bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan bagi usaha-usaha peningkatan dan
penggalakan kebersihan dan kesihatan.

1,Sekiranya sekolah mengesyaki pelajar-pelajar mengalami masalah keracunan
makanan, berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil oleh sekolah:
Laporkan dan bawa murid-murid yang disyaki ke klinik/ hospital yang
berhampiran.
Laporkan ke PPD/JPN.
Memaklumkan dan menghubungi ibu bapa murid-murid yang terlibat.
Menyediakan laporan awal tentang kejadian tersebut dan hantarkan satu salinan
ke JPN dan Kementerian Pendidikan.
Elakkan daripada membuat sebarang kenyataan akhbar.

PERKHIDMATAN PERGIGIAN

Perkhidmatan pergigian sekolah telah mula dilaksanakan pada tahun 1950'an
dan hanya ditumpukan
kepada murid-murid sekolah rendah sahaja dan itu pun hanya terbatas kepada
sekolah tertentu. Sebahagian besar perkhidmatan itu dikendalikan oleh jururawat
pergigian. Mereka dilatih untuk melaksanakan rawatan pergigian di bawah
penyeliaan doktor gigi seperti yang tertera dalam Akta Pergigian. Pencapaian
perkhidmatan pergigian tidak begitu menggalakkan sehingga pertengahan 1980'an
kerana program tidak begitu teratur. Pada pertengahan 1980'an satu, program
pendekatan "Systematic and Comprehensive Incremental Care" telah
diperkenalkan untuk memperbaiki keadaan. Perkhidmatan semakin meluas dengan
bertambahnya permintaan oleh pihak berkuasa sekolah serta ibu bapa. Seterusnya
perkhidmatan pergigian sekolah diperluas untuk menampung murid-murid
sekolah menengah. Kebanyakan rawatan untuk golongan ini dilaksanakan oleh
Pegawai Pergigian.

You might also like