Dasar Ekonomi Baru (DEB)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

1

2

ISI KANDUNGAN

BIL. TAJUK MUKA SURAT
1. PENGENALAN 1
2.
ISI HURAIAN :
ISU 1 MEMBASMI KEMISKINAN
1

ISU 2 PENYUSUNAN SEMULA
MASYARAKAT
2

ISU 3 PENAGIHAN KEKAYAAN
3
3.
KESIMPULAN
4
4.
RUJUKAN
5
5.
LAMPIRAN
6

3

PENGENALAN
Ekoran dari peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, diperkenalkan Dasar Ekonomi Baru
(DEB) merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970.
Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk menghapus
kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula ketidakseimbangan sosial ekonomi yang
wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihan kekayaan ekonomi yang seimbang
penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan
serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain maka DEB telah
dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.
Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah punca daripada isu
kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding
kaum- kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu
bersaing dengan kaum- kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang
baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun,
bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990
ISU 1 MEMBASMI KEMISKINAN
Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan
rakyat. Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar. Keadaan ini boleh
menggugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum dengan kadar
kemiskinan paling tinggi di kalangan orang Melayu yang tertumpu pada aktiviti pertanian
tradisional.
Dalam hal ini, untuk menyelesaikan sosial ekonomi dan projek pembangunan telah
dirangka supaya untuk merapatkan jurang di antara kaum dan membasmi kemiskinan tanpa
mengira kaum-kaum lain. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang
menganggur [1]. Dengan peluang pekerjaan yang banyak diwujudkan kadar kemiskinan dapat
diturunkan, dan saya berpendapat golongan miskin ataupun miskin tegar semakin berkurangan.
Peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada yang menganggur adalah pelbagai dengan ini secara
tidak langsung mampu melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara dan menarik lebih ramai
4

pelabur asing melabur di negara ini. Dengan adanya kehadiran pelabur asing ke negara ini, akan
membuka lagi satu peluang pekerjaan kerana mereka yakin dengan rakyat tempatan boleh
bekerja di dalam syarikat mereka. Dngan pulang pekerjaan yang ada jurang sosial antara
masyarakat semakin mengecil.
Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan,
kemudahan-kemudahan infra-struktur dan lain-lain[2]. Dengan pemberian bantuan serta
penyediaan kemudahan terutama kemudahan infrastruktur asas, golongan miskin perlu
menggunakan pelbagai kemudahan ini untuk mencari jalan keluar daripada kepompong
kemiskinan. Pada pendapat saya, punca berlaku kemiskinan dalam kalangan masyarakat adalah
menganggap kehidupan mereka yang miskin ialah takdir tuhan yang tidak boleh diubah dan tidak
mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu badi memudahkan mereka mencari pekerjaan yang
lebih tinggi pendapatannya. Dengan adanya, kemahiran yang dimiliki golongan tertentu selain
dalam aktiviti pertanian tradisional, maka untuk mencari pekerjaan lain yang berpendapatan yang
lebih tinggi tidak sukar bagi mereka yang mempunyai kepakaran lain dalam mendapat pekerjaan
di sektor lain seperti perindustrian, perniagaan, pentadbiran kerajaan dan sebagainya.
ISU 2 PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT
Kerajaan berhasrat menjelang tahun 1990 pemilikan sahan atau ekonomi Malaysia akan
melambangkan komposisi kepentingan kaum di Negara ini, di mana penyertaan Bumiputera
sebanyak 30%, 40% bukan Bumiputera dan 30% terdiri dari pelabur-pelabur luar negeri. Untuk
mencapai hasrat tersebut kerajaan telah melaksanakan beberapa-beberapa strategi yang disusun
untuk mencapai matlamat penyusun semula Dasar Ekonomi Baru.
Pelaksanaan strategi kerajaan adalah meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan
golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luar bandar [3]. Dalam pelaksanaan
moden luar bandar akan terus meningkatkan taraf ekonomi penduduk dalam aspek ekonomi dan
membuka peluang pekerjaan kepada penduduk untuk menceburi bidang pekerjaan dalam
perniagaan. Justeru itu, taraf hidup rakyat luar bandar meningkat dan kerajaan juga akan
menyediakan bantuan modal untuk kepada rakyat untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan.
Kerajaan telah melaksanakan strategi untuk memajukan negeri dan kawasan yang dianggap
5

mundur[4] melalui pembangunan wilayah baru seperti DARA, KESEDAR, KEJORA, dan
sebagainya . Kerajaan haruslah menggalakkan perusahaan-perusahaan dan syarikat-syarikat
swasta untuk mengambil bahagian dengan lebih giat dalam menyediakan lebih banyak peluang
pekerjaan bagi membangunkan kawasan yang mundur.
Strategi penyusunan semula telah menambah bahagian bumiputera dalam pemilikan
modal saham dalam sektor syarikat[5]. Dengan ini menggalakkan penyertaan Bumiputera di
peringkat pengurusan dalam sektor syarikat akan juga dilaksanakan dengan lebih giat dengan
mempertingkatkan penawaran tenaga kerja Bumiputera di peringkat tinggi. Pada masa kini,
terdapat setengah-setengah institusi bumiputera, syarikat dan orang perseorangan yang
diperuntukkan saham khas cenderung menjual balik saham mereka tanpa terlebih dahulu
mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa yang mengeluarkan saham tersebut.
ISU 3PENAGIHAN KEKAYAAN
Dalam memperbaiki pengagihan kekayaan dan pendapatan dalam mengatasi masalah-
masalah ketaksamaan dengan memberi keutamaan kepada yang miskin, yang kurang bernasib
baik dan yang lemah. Strategi pengagihan kekayaan semula [6] untuk menekankan keperluan
asas kepada golongan orang miskin, meningkatkan produktiviti sistem ekonomi dan
menyediakan banyak peluang pekerjaan. Memastikan penagihan pendapatan dan kekayaan yang
lebih sama rata di antara bumiputera dan tanpa mengira kaum yang ada.
Dalam hasrat kita untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang pesat, mestilah ada
keadilan sosial dan penagihan yang saksama bagi faedah-faedah daripada pembangunan ekonomi
demi mencapai perpaduan negara. Untuk mencapai objektif ini, membantu kumpulan-kumpulan
yang kurang bernasib baik khususnya yang miskin supaya dalam proses pertumbuhan ekonomi
setiap kumpulan mendapat bahagian faedah yang saksama.
Dengan ini haruslah memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. ini
merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan
saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan
ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan
fungsi ekonomi dan pengenalan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.
6

KESIMPULAN

Sejak pelancaran DEB pada tahun 1970 hingga kini, usia pelaksanaannya sudah
mencecah melebihi 38 tahun. Namun tidak kesemua sasaran matlamat DEB berjaya dicapai
sepenuhnya, terutama sekali berkait dengan matlamat penyusunan semula masyarakat. Ini kerana
matlamat ini sering dianggap sebagai agenda Melayu atau agenda Bumiputera. Dengan label ini,
sokongan dan kerjasama kaum lain pasti sukar diperoleh. Tambahan pula dalam tempoh yang
begitu panjang, Malaysia sering terperangkap dengan beberapa peristiwa kemelut ekonomi dunia
yang turut menjejaskan prestasi ekonomi negara dan beberapa kali kejayaan yang telah dicapai
kembali mundur ke belakang.
Tidak ketinggalan di sini ialah kemelesetan ekonomi dunia sekarang yang lebih meluas
dan dijangka akan mengambil masa yang panjang untuk kembali pulih. Dalam keghairahan
memulihkan semula pertumbuhan ekonomi, strategi yang melibat agihan secara langsung jika
sekali lagi menjadi mangsa, maka persoalan tentang berapa lama lagi matlamat DEB akan
tercapai sukar diramal, kecuali jika kesempatan sekarang diambil bagi merubah minda
keseluruhan masyarakat supaya DEB dilihat sebagai wadah kepada dasar ekonomi bangsa untuk
Malaysia. Bagi kaum Bumiputera sendiri di persimpangan inilah pembentukan masyarakat
Bumiputera yang mempunyai minda kelas pertama seperti yang terkandung dalam RMK-9 amat
bermakna. Selain ilmu pengetahuan dan kemahiran, harus juga dimiliki ialah kecekalan,
kegigihan, kepintaran, keberanian bersaing serta nilai moral yang tinggi. Sekiranya kaum
Bumiputera menyedari dan bersedia untuk menyahut cabaran ini dan terus berusaha bersungguh-
sungguh melengkapkan diri dengan ciri-ciri yang sedemikian sehingga tidak mudah lagi
mengalah dan putus asas, maka pasti masyarakat Bumiputera bukan sahaja akan dapat
menguasai ekonomi negara malahan turut menguasai ekonomi dunia.

7

RUJUKAN

a. BUKU
Pengarang Tunggal
Institut Tadbiran Awam Negara (ITAN), (1994), Dasar-dasar Pembangunan Malaysia,
Pembasmian kemiskinan, Halaman 18-19. Penerbit Institut Tadbiran Awan Negara
(ITAN).
Dr Mahathir Mohamad, (1999), Dasar Ekonomi Baru, Penyusunan semula masyarakat
untuk keseimbangan dan keadilan, halaman (11-13). Penerbit Pelanduk Publications (M)
Sdn.Bhd

EDI SI BARU
Jomo, Edisi kedua (1986), Dasar-dasar Ekonomi Mahathir, Dasar Ekonomi Baru,
Halaman 116-117, Penerbit Institut Analisa Sosial.

b. AKHBAR

ARTIKEL DENGAN PENGARANG
NORHAYATI YAHAYA (2013), Tokoh Melayu Anggap DEB Masih Relevan,
KOSMO, 15 September 3.

RUJUKAN UMUN AKHBAR
MSTAR ONLINE, (2013). 1 Oktober.

c. RUJUKAN ELEKTRONIK

Dasar-Dasar Pembangunan,(2013),Dasar Ekonomi Baru (atas talian)
http:// www.epu.gov.my/dasar-ekonomi-baru.
Dr. Mahani Zainal Abidin (2007), Dasar Ekonomi Baru (atas talian)
http:// www.isis.org.my/attachments/390_MAZ_Kompass_220907.pdf
8

LAMPIRAN




9

You might also like