Strengthening 1

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 27

PRESTASI LEKATAN DI ANTARA PLAT CFRP DAN KELULI

DENGAN PRISMA KONKRIT


















KONG LEE KUAN















UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (PIND. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
J UDUL:
PRESTASI LEKATAN DI ANTARA PLAT CFRP DAN KELULI
DENGAN PRISMA KONKRIT

SESI PENGAJIAN: 2004 / 2005


Saya
KONG LEE KUAN
(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ()





SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)





TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan)




TIDAK TERHAD

Disahkan oleh





(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:
269, LIMAN KATI,
33020 KUALA KANGSAR, PM DR. AB. RAHMAN MOHD. SAM
PERAK DARUL RIDZUAN.



Nama Penyelia

15 MAC 2005 15 MAC 2005

Tarikh:


Tarikh:


CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** J ika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/
organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu
dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.


Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau
Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
















Saya akui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam.











Tandatangan : _____________________________
Nama Penyelia : PM DR. ABDUL RAHMAN MOHD. SAM
Tarikh : _____________________________













PRESTASI LEKATAN DI ANTARA PLAT CFRP DAN KELULI
DENGAN PRISMA KONKRIT






KONG LEE KUAN






Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam







Fakulti Kejuruteraan Awam
Universiti Teknologi Malaysia






2005








ii














Saya akui karya ini adalah hasil karya saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.





Tandatangan : ....................................
Nama Penulis : KONG LEE KUAN
Tarikh : 15 MAC 2005

















iii










Buat ayah, bonda dan seisi keluarga yang tersayang,
Terima kasih atas segala curahan dan sokongan yang telah
dihulurkan selama ini.




Sesungguhnya segala sokongan dan bantuan yang
diberikan menguatkan lagi semangat dan iltizam untuk
meneruskan perjuangan yang tiada
penghujungnya ini.













iv





PENGHARGAAN




Sekalung-kalung terima kasih diucapkan kepada PM. Dr. Abdul Rahman
Mohd. Sam yang selaku penyelia Projek Sarjana Muda ini. Segala bimbingan dan
tunjuk ajar yang diberikan oleh beliau telah banyak memberi sumbangan kepada
kejayaan penyempurnaan Projek Sarjana Muda ini. Kesabaran dan kesudian beliau
meluangkan kesuntukan masa telah banyak membantu saya melaksanakan segala
kerja dengan teratur dan sistematik.


Seterusnya, ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Shukur Abu Hassan,
MSc (Fakulti Kejuruteraan Mekanikal) yang telah banyak menyumbangkan idea dan
pendapat yang tidak dapat dinilai dengan hanya sepatah dua kata dalam usaha
menyiapkan ujikaji. Kesudian beliau memberikan penjelasan tentang proses
pelaksanaan ujikaji ini banyak membantu menjayakan projek ini.


Tidak ketinggalan juga segala bantuan yang dihulurkan oleh juruteknik
Makmal Bahan & Struktur, Fakulti Kejuruteraan Awam amat dihargai.
Kesanggupan dan kesudian mereka menghulurkan bantuan semasa menjalankan
kerja konkrit dan acuan sepanjang tempoh kerja makmal adalah amat dihargai.


Akhir sekali, penghargaan juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat
sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Projek Sarjana
Muda ini. Semoga segala jasa budi baik yang dicurahkan mendapat balasan rahmat
yang tidak terhingga.





v




ABSTRAK




Polimer bertetulang gentian (FRP) dan keluli merupakan antara plat yang
sering digunakan dalam penguatan struktur konkrit. Bahan penguat kini semakin
penting dalam memperkuatkan elemen struktur bangunan yang sedia ada dan
meningkatkan beban tanggungan akibat daripada perubahan perkhidmatan.
Kebaikan penggunaan FRP disebabkan sifatnya yang mempunyai kekuatan tinggi
dan ketahanlasakan. Masalah pengaratan pada plat keluli akan menjejaskan
keberkesanan lekatan antara permukaan keluli-konkrit. Selain itu, FRP mempunyai
ketahanlasakan jangka panjang, ringan, tahan pengaratan dan elektromagnetik yang
neutral. Untuk mengatasi masalah pengaratan plat keluli, semburan lapisan primer
dilakukan pada keluli sebelum lekatan dijalankan. Kelakuan lekatan antara plat
keluli dengan konkrit atas semburan primer akan dikaji dalam eksperimen ini.
Tambahan lagi, prestasi lekatan CFRP dengan konkrit akan diperhatikan. Bagi
teknik ini, penyediaan permukaan konkrit dan plat CFRP merupakan faktor yang
akan mempengaruhi keberkesanan sistem lekatan. Projek ini akan membincangkan
prestasi lekatan plat CFRP dan keluli dengan prisma konkrit. Beban muktamad yang
boleh ditanggung oleh plat CFRP dan keluli untuk 200 mm panjang lekatan akan
ditentukan. Dengan kelebaran 50mm dan 1.6mm tebal plat CFRP dan 50 x 2.5 mm
plat keluli dilekatkan kepada prisma konkrit berdimensi 100 x 100 x 300 mm.
Prisma konkrit ini diuji dengan kaedah ujian tegangan-mampatan. Beban muktamad
dan mod kegagalan dicatat dan diperhatikan untuk mengkaji kelakuan sistem lekatan.
Berdasarkan ujikaji, didapati penyediaan permukaan sebelum lekatan adalah sangat
penting dan akan mempengaruhi keseluruhan sistem lekatan. Daripada keputusan
eksperimen, didapati kekuatan mampatan konkrit yang tinggi akan meningkatkan
beban muktamad. Penyediaan permukaan plat keluli adalah lebih kritikal berbanding
dengan plat CFRP disebabkan permukaannya yang licin. Oleh itu, penyediaan
permukaan plat dan konkrit adalah faktor penentuan keberkesanan lekatan yang
berlaku.

vi




ABSTRACT




Fiber reinforced polymers (FRP) and steel plates are frequently being used in
the strengthening of reinforced concrete structure. Strengthening materials are now
becoming important to strengthen the existing structures and to increase its load
carrying capacity due to changing of services. The significant advantages in using
FRP compared to steel plate as externally bonded reinforcement are due to its high
tensile strength and durability compared to steel. The steel is susceptible to
corrosion which could lead eventually to deterioration of the bond between the steel-
concrete interface. Besides, FRP has superior long-term durability, lightweight,
corrosion resistant and electromagnetic neutrality. To overcome the problem of
corrosion of steel plate, the steel plate is coated with primer prior to bonding. The
bonding between steel plate and concrete will indicate whether the primer coating
would affect the bonding behavior. In addition, the performance of CFRP plate
bonded to concrete will be studied. In this technique, the surface preparation of
concrete substrate and CFRP material along with the type of adhesive used are
critical factors affecting the bonding performance of the system. This project
discussed the experimental result on the bonding behavior between CFRP plate and
steel plate bonded to concrete prism. The bond stress was determined along the
length of the bonded CFRP plate and steel plate. A 50 mm width by 1.6 mm thick
CFRP plate and 50 x 2.5 mm steel plate, respectively, was used and bonded to 100 x
100 x 300 mm concrete prisms. The samples were tested under tension-compression
load. The ultimate load and mode of failure of each sample was recorded to
investigate the bonding performance of the system. Based on the testing, it was
indicated that, the surface preparation prior to bonding was very important and will
affect the performance of the whole system. From the experiment, it was indicated
that the strength of concrete will affect the ultimate load which is higher for high
strength of concrete. The surface preparation for steel plate is more critical than
CFRP plate due to its smooth surface. Therefore, for an effective bond, the surface
preparation works are the most important.
vii




KANDUNGAN




BAB PERKARA MUKA SURAT


JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SIMBOL xvii





BAB1 PENGENALAN


1.1 Latar belakang kajian 1
1.2 Penggunaan plat CFRP sebagai bahan penguat luaran 2
1.3 Kenyataan masalah 3
1.4 Matlamat/ tujuan 5
1.5 Objektif kajian 5
1.6 Kepentingan kajian 5
1.7 Skop kajian 6



viii
BAB II KAJIAN LITERATUR


2.1 Pengenalan 7
2.1.1 Gentian atau fiber 8
2.1.2 Resin 9
2.1.3 Bahan komposit FRP 9
2.2 Sifat-sifat bahan komposit FRP 11
2.2.1 Keadaan persekitaran 11
2.2.2 Kelakuan lembapan 11
2.2.3 Kesan suhu 12
2.2.4 Kelesuan atau fatigue 13
2.3 Bahan adhesif 13
2.3.1 Epoksi 14
2.4 Penggunaan dan pengaplikasian bahan komposit FRP 14
2.4.1 Tujuan penguatan 15
2.5 Kaedah ujikaji 16
2.6 Mod kegagalan 17
2.7 Kajian kesan panjang lekatan dan luas 18
permukaan terhadap sifat lekatan
2.7.1 Kesan panjang lekatan bagi lekatan 18
antara kepingan CFRP dan konkrit
2.7.2 Kesan geometri lekatan bagi lekatan 22
antara plat keluli dan konkrit
2.8 Kesan kekuatan epoksi dan nilai kekukuhan 25
kepingan CFRP
2.9 Kesan kekuatan konkrit 28
2.9.1 Lekatan antara kepingan CFRP 28
dengan konkrit berlainan kekuatan
2.9.2 Lekatan antara plat keluli dengan 30
konkrit berlainan kekuatan
2.10 Sifat konkrit kekuatan tinggi 32
2.11 Kesimpulan 32


ix
BAB III METODOLOGI


3.1 Pengenalan 33
3.2 Bahan ujikaji 34
3.2.1 Prisma konkrit 34
3.2.1.1 Reka bentuk campuran konkrit 35
3.2.2 Plat CFRP 35
3.2.3 Bahan pelekat (epoksi) 36
3.2.3.1 Sikadur-30 epoksi adhesive 36
3.2.3.2 Selfix Carbofibe adhesive 37
3.2.4 Plat keluli 38
3.3 Penyediaan bahan ujikaji 38
3.3.1 Prisma konkrit 38
3.3.1.1 Analisis ayakan 40
3.3.1.2 Ujian runtuhan kon atau slump test 40
3.3.1.3 Ujian campuran cubaan atau trial mix 41
3.3.1.4 Analisis keputusan ujian campuran 41
cubaan mampatan konkrit
3.3.1.5 Penyediaan acuan 44
3.3.1.6 Bancuhan konkrit 45
3.3.1.7 Penyediaan permukaan konkrit 47
3.3.2 Bahan adhesif/ epoksi 49
3.3.3 Plat CFRP 50
3.3.4 Plat keluli 51
3.3.5 Pemasangan end tab pada hujung plat CFRP 52
dan keluli
3.3.6 Pemasangan demec disk pada permukaan plat 53
permukaan plat dan konkrit
3.4 Ujikaji ke atas sampel bahan 55
3.4.1 Ujian kiub konkrit mampatan konkrit 55
3.5 Pemasangan instrument dan penyediaan sampel 55
3.6 J angkaan hasil kajian 58
x
BAB IV KEPUTUSAN MAKMAL DAN
PERBINCANGAN


4.1 Pendahuluan 61
4.2 Analisis ayakan 62
4.3 Ujian nilai kehancuran agregat atau 65
agregate crushing value (AGV)
4.4 Ujian kekuatan tegangan plat keluli 68
4.5 Ujian kekuatan tegangan plat CFRP 71
4.6 Kiub konkrit 73
4.6.1 Keputusan ujian turunan 74
4.6.2 Keputusan ujian mampatan konkrit 76
4.6.2.1 Kekuatan mampatan konkrit 76
pada hari ke-7
4.6.2.2 Kekuatan mampatan konkrit 78
pada hari ke-28
4.6.2.3 Kekuatan mampatan konkrit pada 81
hari ujian tegangan-mampatan
dijalankan
4.7 Keterikan 83
4.7.1 Keterikan pada plat keluli dan konkrit 83
4.7.1.1 Konkrit Berkekuatan Mampatan 83
43 N/mm
2
4.7.1.2 Konkrit Berkekuatan Mampatan 85
64 N/mm
2
4.7.1.3 Konkrit Berkekuatan Mampatan 86
76 N/mm
2
4.7.2 Keterikan pada plat CFRP dan konkrit 88
4.7.2.1 Konkrit Berkekuatan Mampatan 88
43 N/mm
2

4.7.2.2 Konkrit Berkekuatan Mampatan 89
64 N/mm
2

xi
4.7.2.3 Konkrit Berkekuatan Mampatan 91
76 N/mm
2

4.8 Mod kegagalan dan beban muktamad 93
4.8.1 Prisma konkrit dengan plat CFRP 93
4.8.2 Prisma konkrit dengan plat keluli 96
4.9 Analisis pergerakan plat dengan konkrit 100
dalam ujikaji tegangan-mampatan
4.9.1 Pergerakan prisma konkrit antara 101
plat CFRP dengan konkrit
4.9.2 Pergerakan prisma konkrit antara 103
plat keluli dengan konkrit
4.10 Pemanjangan plat 105
4.11 Pemindahan beban pada plat 107
4.12 Permukaan bahagian lekatan 109




BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN


5.1 Kesimpulan 111
5.2 Cadangan ujikaji selanjutnya 112





RUJUKAN












xii





SENARAI JADUAL




NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT


2.1 Penerangan bagi spesimen kajian 19
2.2 Perbandingan antara beban retakan dan muktamad 19
bagi seri I dan III
2.3 Keputusan eksperimen ujian ricih 23
2.4 Penerangan bagi Rajah 2.12 27
2.5 Keputusan konkrit berlainan kekuatan terhadap 30
kekuatan lekatan
3.1 Kandungan bahan untuk gred konkrit tertentu 35
3.2 Ciri-ciri SikaCarboDurCFRP Pultruded 36
Plate Type S512
3.3 Ciri-ciri mekanikal Sikadur-30 adhesive 37
3.4 Ciri-ciri mekanikal Selfix Carbofibe adhesive 37
3.5 Keputusan ujian campuran cubaan mampatan konkrit 42
3.6 Keputusan ujian campuran cubaan mampatan konkrit 43
dengan pengawetan yang berbeza
3.7 Penerangan bilangan sampel konkrit yang diperlukan 47
3.8 Penerangan plat keluli ujikaji 51
4.1 Keputusan analisis ayakan 62
4.2 Kategori penggredan agregat halus 63
4.3 Peratus agregat halus dan kasar untuk gred konkrit 64
yang berbeza
4.4 Keputusan ujian nilai kehancuran agregat 66
4.5 Sifat kekuatan fizikal batu-baur berdasarkan 67
Tanah Raya Sdn. Bhd.
4.6 Nilai Young modulus plat keluli, E
keluli
70
xiii
4.7 Nilai Young modulus plat CFRP, E
CFRP
73
4.8 Keputusan ujian penurunan 74
4.9 Keputusan kekuatan mampatan kiub konkrit (7 hari) 76
4.10 Keputusan kekuatan mampatan kiub konkrit (28 hari) 79
4.11 Keputusan kekuatan mampatan kiub konkrit (hari ujian) 81
4.12 Pergerakan konkrit 43 N/mm
2
dengan keluli 84
4.13 Pergerakan konkrit 64 N/mm
2
dengan keluli 86
4.14 Pergerakan konkrit 76 N/mm
2
dengan keluli 87
4.15 Pergerakan konkrit 43 N/mm
2
dengan CFRP 89
4.16 Pergerakan konkrit 64 N/mm
2
dengan CFRP 90
4.17 Pergerakan konkrit 76 N/mm
2
dengan CFRP 91
4.18 Beban muktamad dan mod kegagalan prisma konkrit 94
dengan plat CFRP
4.19 Beban muktamad dan mod kegagalan prisma konkrit 97
dengan plat keluli (plat disemburkan lapisan primer)


























xiv





SENARAI RAJAH




NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT


1.1 Fungsi penggunaan plat CFRP 3
2.1 Bahan rencam FRP 7
2.2 Kekuatan tertentu dan nilai modulus elastik 8
bahan komposit
2.3 Lengkung tegasan-terikan bagi bahan komposit FRP 10
2.4 Ujikaji ricih tunggal 17
2.5 Ujikaji ricih ganda dua 17
2.6 Mod kegagalan FRP-epoksi-konkrit 18
2.7 Agihan tegasan ricih pada panjang efektif, L
d
22

bagi komposit FRP
2.8 Geometri lekatan eksperimen 22
2.9 Ujikaji sampel 25
2.10 Purata terikkan memanjang CFRP dengan kedudukan 25
pada arah memanjang
2.11 Beban lawan purata pemanjangan (elongation) 26
2.12 Beban lawan pemanjangan dengan beban kenaan 27
berulang
2.13 Purata kekuatan lekatan lawan kekuatan mampatan 29
konkrit
2.14 Keputusan konkrit kekuatan normal dan tinggi 31
pada suhu 20
o
C
2.15 Keputusan konkrit kekuatan normal dan tinggi 31
pada suhu 30
o
C
xv
2.16 Kekuatan tegangan konkrit lawan kekuatan 32
mampatan konkrit
3.1 Pandangan pelan dan sisi pemasangan end tab 33
3.2 Ujian tegangan-mampatan tension-compression test 34
3.3 Lengkung kekuatan mampatan konkrit lawan 39
nisbah w/c
3.4 Pandangan 3D acuan kayu 44
3.5 Permukaan prisma konkrit untuk dikasarkan 48
3.6 Cara pengasaran permukaan konkrit dan alat keselamatan 49
semasa kerja pengasaran dilakukan
3.7 Penanggalan penutup plat CFRP sebelum lekatan dijalankan 50
3.8 Cara sand blast dan penyemburan primer pada permukaan keluli 51
3.9 Gambar menunjukkan retakan plat penguat dan 52
pengagihan beban dengan pemasangan end tab
3.10 Gambar pemasangan end tab dilakukan 53
3.11 Cara pengasaran permukaan yang dipasang demec disk 54
3.12 Cara pemasangan demec disk pada plat dan konkrit 54
3.13 Instrument ujikaji ujian tegangan-mampatan plat 57
3.14 Pandangan sisi ujikaji ujian tegangan-mampatan plat 58
3.15 Lekatan prisma konkrit berkekuatan 59
rendah-plat CFRP
3.16 Lekatan prisma konkrit berkekuatan 59
sederhana-plat CFRP
3.17 Lekatan prisma konkrit berkekuatan 59
tinggi-plat CFRP
3.18 Kekuatan mampatan konkrit lawan kekuatan 60
lekatan
4.1 Penggredan kasar 64
4.2 Penggredan sederhana 65
4.3 Mod kegagalan plat keluli 68
4.4 Keputusan ujikaji tegangan plat keluli 69
4.5 Mod kegagalan plat CFRP broom like failure 71
4.6 Keputusan ujikaji tegangan plat CFRP 72
4.7 Cara ujian turunan dijalankan dan ukuran diambil 75
xvi
4.8 Bentuk kegagalan kiub konkrit G30, G45 dan G60 hari ke-7 77
4.9 Bentuk kegagalan yang memuaskan dan tidak memuaskan 78
4.10 Bentuk kegagalan kiub konkrit G30, G45 dan G60 hari ke-28 80
4.11 Bentuk kegagalan kiub konkrit G30, G45 dan G60 hari 82
ujikaji dijalankan
4.12 Graf terikan keluli-konkrit (43 N/mm
2
) 84
4.13 Graf terikan keluli-konkrit (64 N/mm
2
) 85
4.14 Graf terikan keluli-konkrit (76 N/mm
2
) 87
4.15 Graf terikan CFRP-konkrit (43 N/mm
2
) 88
4.16 Graf terikan CFRP-konkrit (64 N/mm
2
) 90
4.17 Graf terikan CFRP-konkrit (76 N/mm
2
) 91
4.18 Gambar menunjukkan bahagian atas terdapat void 93
4.19 Perbezaan mod kegagalan plat CFRP dan plat keluli 99
4.20 Kedudukan pemasangan LVDT pada prisma konkrit 100
4.21 Pergerakan LVDT prisma konkrit C30-CFRP 101
4.22 Pergerakan LVDT prisma konkrit C45-CFRP 101
4.23 Pergerakan LVDT prisma konkrit C60-CFRP 102
4.24 Pergerakan LVDT prisma konkrit C30-keluli 104
4.25 Pergerakan LVDT prisma konkrit C45-keluli 104
4.26 Pergerakan LVDT prisma konkrit C60-keluli 104
4.27 Graf beban plat CFRP dengan pemanjangan 106
4.28 Graf beban plat keluli dengan pemanjangan 106
4.29 Kedudukan strain gauge pada plat 107
4.30 Pemindahan beban pada plat CFRP 108
4.31 Pemindahan beban pada plat keluli 108
4.32 Permukaan plat CFRP 110
4.33 Permukaan plat keluli 110
4.34 Permukaan konkrit 110
4.35 Permukaan epoksi adhesif 110







xvii





SENARAI SIMBOL




f
- tegasan gentian fiber

m
- tegasan matriks
E
f
- Modulus elastik gentian fiber
E
m
- Modulus elastik matriks

f
- Nilai terikan gentian fiber

m
- Nilai terikan matriks
UV - radiasi ultra-lembayung ultraviolet radiation
Tg - perubahan suhu kaca glass transmition temperature
f
c
- Kelas konkrit
L
e
- Panjang efektif
P
max
- Beban muktamad
- Purata kekuatan lekatan
w - Lebar kepingan CFRP
t - Ketebalan kepingan CFRP
avg
dx
d


- Kecerunan purata untuk panjang lekatan efektif

u
- Purata kekuatan tegasan ricih pada kegagalan
E
p
- Nilai modulus Young
t
p
- Ketebalan pelakat plat CFRP
b
p
- Lebar lekatan
L
d
- Panjang efektif agihan tegasan ricih
P - Beban kenaan
F
m
- Beban gagal purata
f
m
- Sisihan piawai beban gagal purata
A
bond
- Luas lekatan
w/c - nisbah air bebas/ simen
xviii
M150 - MIGHTY 150
SSD - Saturated surface dry
BS - British standard
f
m
- Gred konkrit
f
c
- Kekuatan mampatan konkrit
G - Gred
LVDT - Linearly Variable Differential Transformer













































BAB 1




PENGENALAN




1.1 Latar belakang kajian


Plat polimer bertetulang gentian jenis karbon atau carbon fiber reinforced
polymer (CFRP) telah banyak diaplikasikan dalam bentuk lekatan secara luaran
dengan konkrit di seluruh dunia untuk membaiki dan memperkuatkan elemen
struktur konkrit yang sedia ada (Meier,1997). Sebelum ini, plat keluli merupakan
peneraju bahan penguatan sebagai lekatan luaran dengan struktur konkrit bangunan
yang sedia ada sejak tahun 1960. Namun demikian, masalah pengaratan dan
kerumitan penyelenggaraan telah mengalihkan perhatian kepada penggunaan Fiber
Reinforced Polymer (FRP) sebagai alternatif kepada plat keluli.


Walau bagaimanapun, penguatan struktur konkrit bukan hanya semata-mata
bergantung kepada plat CFRP sahaja, lekatan antara plat CFRP dengan konkrit
adalah faktor penentu keberkesanan sistem penguatan. Bahan FRP terutamanya
diperbuat daripada gentian karbon telah terkenal dengan sifat kelesuan yang baik
(Meier,1992). Namun demikian, apabila bahan tersebut digunakan sebagai bahan
penguat secara luaran terhadap struktur konkrit bertetulang, sifat kelesuan gabungan
sistem baru ini adalah bergantung kepada lekatan antara FRP-konkrit.


Sejak kebelakangan ini, timbul keraguan tentang keberkesanan penggunaan
plat CFRP sebagai bahan penguat akibat daripada isu penyahlekatan antara plat
CFRP dengan permukaan konkrit. Kekuatan lekatan antara dua permukaan yang
bahan yang berlainan jenis (konkrit dengan bahan komposit) merupakan elemen
2
penting yang perlu dikaji dengan teliti kerana ia adalah perantara untuk
memindahkan beban daripada konkrit kepada plat CFRP. Oleh itu, keberkesanan
lekatan dalam pemindahan beban merupakan faktor utama kepada peningkatan
kapasiti struktur konkrit yang sedia ada untuk menanggung beban yang lebih tinggi.
Lantaran itu, isu keberkesanan lekatan dalam penggunaan plat CFRP sebagai bahan
penguat perlu diberi perhatian yang lebih agar plat CFRP dapat memainkan fungsi
sebenarnya dengan lebih efektif. Faktor-faktor yang akan memberi kesan kepada
lekatan tersebut sama ada secara langsung atau tidak langsung perlu dikaji dengan
teliti.




1.2 Penggunaan plat CFRP sebagai bahan penguat luaran


Membaik pulih infrastruktur dalam masa yang singkat dan diikuti oleh
kekangan wang dalam perbelanjaan telah menyebabkan permintaan terhadap
keperluan pembaik pulih dan penguatan menggunakan teknologi yang baru dialu-
alukan. Kemunculan plat FRP sebagai bahan penguat luaran adalah tepat pada
masanya dalam menghadapi cabaran tersebut. Walaupun kos bahan adalah mahal
pada permulaan, namun disebabkan ia adalah bahan yang ringan, pemasangan
memerlukan tenaga buruh yang minimum dan siap dipasang dalam masa yang
singkat. Oleh itu, penggunaan plat FRP adalah ekonomik untuk jangka masa yang
panjang berbanding dengan plat keluli yang mana ia akan mengalami masalah
pengaratan dan perlu baik pulih dari semasa ke semasa. Di antara kelemahan plat
keluli berbanding dengan plat FRP adalah seperti berikut (Meier et al., 1993):


a) Keluli adalah mudah berkarat disebabkan lekatan secara luaran akan terdedah
kepada keadaan persekitaran dan akan menjejaskan lekatan antara keluli
dengan konkrit.
b) Plat keluli adalah berat dan sukar diangkat di tapak pembinaan. Oleh itu,
penggunaan scaffolding yang mahal diperlukan.
c) Pada kebiasaannya, sambungan keluli diperlukan bagi panjang yang melebihi
(6-10)m akibat daripada berat keluli yang tinggi. Pada masa yang sama,
welding tidak boleh digunakan kerana ia akan merosakkan lekatan adhesif.
3
Oleh itu, apabila dikenakan beban, plat keluli akan mudah buckling dan nyah
lekatan atau debond akan berlaku (Meier et al.,1993).

Penyelidikan di Switzerland dan Germany menunjukkan jumlah kos projek boleh
dikurangkan sebanyak 20% apabila plat keluli digantikan dengan plat CFRP (Crasta
et al.,1996). Tambahan lagi, kajian di United States menunjukkan kos keseluruhan
penggunaan plat CFRP dapat dikurangkan sebanyak 30% berbanding dengan kaedah
konvensional seperti plat keluli (Vaysburd et al.,1998). Fungsi penggunaan FRP
sebagai bahan penguat luaran ditunjukkan dalam Rajah 1.1 (Crasto et al.,1996,
Alexander and Chong,1996)



19%
7%
3%
40%
Peningkatan
kekuatan lenturan
Peningkatan
kekuatan ricih
Pemanjangan
tempoh servis
Pembaik pulih untuk
pengaratan
Fungsi penggunaan
berubah
Pembaik pulih akibat
hentaman Rajah 1.1: Fungsi penggunaan plat CFRP





15%




16%









1.3 Kenyataan masalah


Lekatan antara plat CFRP dengan konkrit merupakan antara isu penting yang
perlu diberi perhatian serius untuk menentukan keberkesanan sistem penguatan
dalam menanggung beban. Kepentingan lekatan ini adalah ekoran daripada
fungsinya yang bertindak sebagai medium untuk memindahkan beban antara
permukaan konkrit dan plat CFRP.


4
Kelebihan menggunakan plat CFRP dalam sistem penguatan yang telah
dibincangkan sebelum ini sememangnya diakui ekoran daripada kajian dan
penyelidikan yang telah dijalankan. Namun demikian, masalah penyahlekatan atau
debonding dan pengopekan atau strip off penutup konkrit yang berlaku semasa
penggunaan plat CFRP telah menjejaskan prestasi keberkesanan sistem penguatan
tersebut. (Oehlers and Moran,1990)


Sambungan antara permukaan konkrit dengan plat CFRP adalah
menggunakan teknik glu iaitu bahan adhesif sebagai lekatan antara dua bahan yang
berlainan jenis. Oleh itu, kefahaman yang jelas tentang kelakuan lekatan antara
konkrit dan plat CFRP adalah diperlukan. Sifat bahan adhesif yang digunakan perlu
dikaji untuk mengetahui kelakuan dan tindak balasnya dengan permukaan
sambungan. Pemilihan bahan adhesif yang sesuai adalah penting dengan
mempertimbangkan keadaan persekitaran, suhu semasa dan jenis sambungan
permukaan.


Selain bahan adhesif, terdapat banyak faktor lain yang mempengaruhi
kelakuan lekatan tersebut. Antaranya ialah:


a) Suhu persekitaran
b) Kekuatan mampatan konkrit
c) J enis bahan penguat (plat CFRP, plat keluli)
d) Saiz batu baur
e) Panjang lekatan permukaan
f) Proses penyediaan permukaan sambungan
g) Bilangan kitaran beban yang dikenakan
h) Bilangan lapisan plat CFRP (kekukuhan)


Oleh itu, kajian perlu dijalankan ke atas faktor-faktor tersebut terhadap kelakuan
lekatan supaya keberkesanan plat CFRP sebagai sistem penguatan tidak terjejas.


5
1.4 Matlamat kajian


Matlamat kajian ini adalah untuk mengkaji prestasi lekatan di antara plat
CFRP dan keluli dengan prisma konkrit. Faktor kekuatan mampatan konkrit yang
berlainan terhadap kelakuan lekatan plat CFRP dan kesan penyediaan permukaan
plat keluli terhadap lekatan dengan konkrit juga diperhatikan. Kesan kelakuan
lekatan konkrit dengan bahan yang berlainan kekukuhan atau stiffness juga
diperhatikan. Seperti yang telah dinyatakan, terdapat banyak faktor lain yang
mempengaruhi keberkesanan lekatan permukaan. Namun, bagi lebih memahami
kelakuan lekatan, kajian ditumpukan kepada prestasi lekatan di antara plat CFRP dan
keluli dengan prisma konkrit.




1.5 Objektif kajian


Objektif yang ingin dicapai melalui kajian dan analisis yang dijalankan
adalah seperti berikut:


1) Mengkaji kesan kekuatan mampatan konkrit yang berbeza terhadap lekatan
antara plat CFRP dengan konkrit.
2) Mengkaji kesan kekukuhan atau stiffness terhadap kelakuan lekatan antara
plat CFRP dan plat keluli dengan konkrit.
3) Mengkaji bentuk kegagalan sistem lekatan plat menggunakan bahan penguat
yang berbeza (CFRP dan keluli).




1.6 Kepentingan kajian


Kajian ini adalah penting untuk menentukan faktor kekuatan mampatan
konkrit terhadap kelakuan lekatan pada plat CFRP dan kesan penyediaan permukaan
plat keluli kepada konkrit. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, keberkesanan
sistem penguatan adalah dipengaruhi oleh lekatan antara dua permukaan yang
6
berlainan. Keputusan kajian ini penting dalam menganalisis kelakuan lekatan plat
terhadap konkrit. Selain itu, perkara-perkara penting seperti kekukuhan bahan
penguat, kekuatan mampatan konkrit, sifat bahan adhesif akan diberi perhatian serius
agar lekatan antara dua permukaan ini adalah optimum dan ia bertindak sebagai
sistem penguatan yang efektif.




1.7 Skop kajian


Kajian ini bertumpu kepada penyelidikan terhadap kesan kekuatan mampatan
konkrit terhadap lekatan antara plat CFRP dan kesan cara penyediaan permukaan
keluli dengan konkrit. Plat CFRP dipilih kerana ia merupakan bahan penguat yang
paling sesuai digunakan (nilai kekukuhan tinggi) berbanding dengan jenis kaca atau
aramid. Gred konkrit yang digunakan diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu
kekuatan mampatan biasa (G30), kekuatan mampatan sederhana (G45) dan kekuatan
mampatan tinggi (G60). Dalam campuran konkrit, batu baur kasar bersaiz 10 mm
digunakan bagi ketiga-tiga jenis gred konkrit (Walker Stanton,1960). Di antara data
yang akan diambil dalam kajian ini termasuklah:


a) Tegasan-terikan plat CFRP
b) Tegasan-terikan plat keluli
c) Tegasan-terikan konkrit
d) Beban kegagalan muktamad
e) Mod kegagalan

You might also like