Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 18

AYEA 2337 : KONFUSIANISME DI CHINA

TAJUK : APAKAH BUKU JENIS NAMA ERYA DALAM AJARAN


KONFUSIANISME? MENGAPA IA DIKATEGORIKAN SEBAGAI BUKU
KLASIKAL DALAM KONFUSIANISME.


PENGENALAN

Buku klasikal merujuk kepada 13 buah kitab konfusianisme.
13 buah kitab tersebut merupakan karya asas bagi budaya
konfusianisme.
13 buah kitab tesebut ialah Yi, Shi, Shu, Zuo Zhuan, Gu
Liang Zhuan, Gong Yang Zhuan, Li, Yi Li, Li Ji, Erya, Xiao
Jing, Meng Zi dan Lun Yu.
Erya merupakan karya yang menjelaskan tentang perkataan
kuno bagi sarjana Dinasti Han.
Antara 13 kitab tersebut, Erya menduduki tempat yang
ketiga yang terpenting.
Apakah buku jenis Erya dalam ajaran Konfusianisme?
Merupakan kamus awal yang menjelaskan maksud
perkataan perkataan purba dalam tamadun China.
Er bermaksud mendekati dan Ya bermaksud tepat atau
bahas ayang cantik dan tepat maksudnya ialah bahasa yang
digunakan dalam politik, budaya dan pelbagai aktiviti
sosial.
Erya bermaksud menggunakan bahasa yang cantik dan
tepat untuk menjelaskan bahasa purba dan dialek China.
Erya mempunyai 20 bab dan hanya 19 bab dapat
dikekalkan. Bab yang dapat dikekalkan tersebut ialah seperti
berikut:
BAB CIRI-CIRI
1. Shi Gu Bahasa purba
2. Shi Yan Bahasa dialek
3. Shi Xun Tatabahasa
4. Si Qin Hubungan keluarga dan
perkahwinan
5. Shi Gong Bangunan istana
6. Shi Qi Makanan dan pakaian
7. Shi Yue Muzik
8. Shi Tian Astronomi, iklim dan kalendar
9. Shi Di Geografi
10. Shi Qiu Geologi
11. Shi Shan Gunung dan bukit
12. Shi Shui Sistem air
13. Shi Cao Tumbuhan herba
14. Shi Mu Tumbuhan berkayu
15. Shi Chong Serangga
16. Shi Yu Ikan
17. Shi Niao Burung
18. Shi Shou Binatang liar
19. Shi Chu Binatang ternakan
Tiga bab iaitu Shi Gu, Shi Yan dan Shi Xun adalah kamus
biasa.
Bab ke-4 hingga bab ke-9 adalah sebuah ensiklopedia yang
sempurna kerana ianya merangkumi sosiologi, metrolog,
botani dan zoologi.
Erya mengandungi 13113 patah perkataan.
Terdapat ahli sejarah berpendapat erya adalah karya Zhou
Gong ataupun murid murid konfusius.
Ada ahli sejarah berpendapat bahawa erya ialah karya ahli
konfusian negara Qi dan Lu pada zaman negara negara
berperang.
Selain itu, ada juga berpendapat bahawa erya ialah
karya ahli konfusian pada Dinasti Qin dan Han.
Dalam buku kandungan erya terdapat perkataan yang
sama di dalam buku zaman negara-negara berperang.
Pada zaman Dinasti Qin, maharaja Shi Huang telah
membakar beribu-ribu buku konfusianisme dan
mengebumikan ahli ahli konfusian.

Semasa pemerintahan Maharaja Wen dan Jing, baginda
telah melancarkan polisi penyerahan buku buku dan kitab
pra Dinasti Qin dan didedahkan kepada awam.
Semasa pemerintahan Maharaja Han Wu pula, baginda
menolak semua aliran pemikiran dan hanya mengekalkan
ideologi konfusianisme.
Pada masa itu, buku bertajuk Erya Zhu telah diterbitkan.
Ini menunjukkan bahawa penerbitan Erya bukan berlaku
pada zaman Dinasti Han.
Ahli sejarah menyatakan buku Erya diterbit pada zaman
akhir negara-negara berperang dan diterbitkan oleh ahli
konfusian.
Pada masa pemerintahan Maharaja Wen dan Jing,baginda
melancarkan polisi penyerahan buku-buku dan kitab pra
dinasti Qin didedahkan kepada awam.
Pada zaman pemerintahan Han Wu,baginda menolak semua
aliran pemikiran dan hanya mengekalkan ideologi
konfusianisme.
Pada masa itu,buku bertajuk Erya Zhu ( iaitu penerangan
tentang erya) telah diterbitkan,ini menunjukkan bahawa
penerbitan buku erya bukan berlaku pada zaman dinasti han.
Ahli sejarah menyatakan bahawa buku erya diterbitkan pada
zaman lewat negara-negara berperang, dan buku ini
diterbitkan oleh ahli konfusianisme.
Tujuan penerbitan buku erya
Buku erya dapat mengelakkan daripada kejadian
pembakaran buku-buku konfusianisme yang telah
dilaksanakan oleh maharaja Shih Huang Ti.
Hal ini kerana kerajaan Han amat mementingkan ajaran
konfusianisme, jadi telah dikembalikan dan dapat digunakan
oleh orang awam.
Daripada buku erya juga, kita dapat mengetahui tujuan buku
ini diterbitkan adalah untuk membantu ahli sejarah supayaa
dapat membaca buku zaman purba dan mengenal pasti
bahan-bahan purba.
Kandungan utama buku erya
Menggunakan bahasa yang cantik bagi menjelaskan bahasa
purba yang muncul dalam kitab lama.
Zaman negara-negara berperang mempunyai tahap budaya
sains yang tinggi dan merupakan tempoh perkembangan
pelbagai aliran pemikiran.
Setiap pemikiran telah menyerap banyak ilmu dan teknologi
sains yang berbeza.
Selain daripada kitab kofusianisme,ahli konfusius
juga membaca bahan bacaan daripada bahan bacaan
daripada pelbagai jenis aliran pemikiran..
Di dalam buku erya juga terdapat penjelasan maksud
tentang perkataan2 yang bukan daripada ajaran
konfusianisme.
Juga terdapat penjelasan maksud tentang perkaatan
dalam sajak shi jing iaitu salah satu kitab
kofusianisme semasa zaman musim bunga dan misim
luruh.dalam buku erya adalah tinggi.


Kitab sajak ini tidak mudah difahami oleh pembaca yang
bukan hidup pada zaman luruh dan bunga.
Kandungan kedua buku erya ialah menggunakan bahasa
yang cantik untuk menjelaskan bahasa dialek daan bahasa
awam.
Bab Shi Cao hingga Shi Chu telah menjelaskan tentang
tumbuhan dan haiwan.
Contoh dalam bab Shi Chong menjelaskan tentang
serangga, terdapat perkataan tu Feng (lebah tanah)
dan mu feng (lebah kayu) ianya untuk memberi tahu
pembaca pebagai spesis serangga.

Ahli sejarah dinasti Jin, Gou Pu berpendapat bahawa
kegunaan utama buku erya adalah untuk menyimpul
dan mengemaskan kosa kata yang mucul dalam
beberapa dinasti.
Menjelaskan maksud perkataan di dalam kitab dan
sajak dan mengecam perkataan yanng mempunyai
lebih dari satu maksud, salah satunya ialah
mengekalkan nama-nama bagi haiwan dan tumbuhan.

Mengapa ia dikategorikan sebagai buku klasikal
dalam Konfusianisme
Pada zaman dinasti Tang, Erya dikategorikan sebagai
buku klasikal Konfusianisme bersama kitab sajak dan
Buku Shang.
Pada zaman dinasti Song, Erya merupakan salah satu
kitab dalam Tiga Belas Kitab Konfusianisme.
Buku Erya merupakan buku yang bersifat kamus dan
ensiklopedia serta menjadi salah satu kitab yang
penting dalam ajaran Konfusianisme.
Masyarakat China mengalami huru-hara dan keadaan
politik yang tidak stabil selama berpuluh-puluh tahun
sehingga pemerintahan Maharaja Wen dan Jing pada
zaman dinasti Han
Maharaja China dan golongan pemerintah mula
mementingkan ajaran Konfusianisme.
Kebanyakan kitab Konfusianisme telah dimansuhkan
akibat daripada peperangan dan huru-hara masyarakat
serta susah untuk mencari ahli Konfusianisme.


Buku Erya menjadi penting dalam pengajian
Konfusianisme kerana merekod banyak penjelasan
maksud tentang kosa kata pada zaman pra-dinasti
Qin.
Sarjana-sarjana dinasti Han menganggap buku Erya
sebagai kamus bahasa kepada semua kitab
Konfusianisme.
Sarjana dinasti Qing Qian Da Xin berkata, jika kita
hendak memahami inti enam kitab ajaran
Konfusianisme dengan lengkap, kita mesti bermula
daripada buku Erya.
Kesimpulan
Erya merupakan kamus bahasa dan ensiklopedia pertama bagi
tamadun China.
Erya menjelaskan banyak kosa kata purba yang muncul dalam
kitab-kitab pra-dinasti Qin, ia merupakan bahan bacaan yang
diperlukan dalam pengajian zaman pra-dinasti Qin.
Erya mengumpul banyak perkataan bahasa Cina purba, ini
menyenangkan ahli kaji bahasa hari ini untuk mengkaji
perkembangan bahasa Cina selama 2000 tahun.
Erya menjelaskan banyak ilmu pengetahuan tentang bangunan
istana, pakaian, makanan, alatan muzik, astronomi, geografi,
botanidan zoologi, ini dapat membantu ahli sains sosial hari ini
mengetahui corak hidup masyarakat purba.

You might also like