Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

Tugasan Penyaduran

Logam
~KUMPULAN 3~
Pn Zainoriah binti Zainuddin [SMA Dato Klana Petra Maamor, SEREMBAN, N.SEMBILAN]
Cik Siti Nor Aishah Binti Mohd Nor [SMA Rantau, SEREMBAN, N.SEMBILAN]
Tajuk: Penyaduran Logam
Hasil Pembelajaran: Dalam unit ini, peserta dapat mereka bentuk eksperimen
berkaitan dengan penyaduran sudu besi
Situasi:
Aina membeli satu set sudu yang cantik dari sebuah pasaraya. Setelah ttiba di
rumahnya, Aina mendapati sudu yang dielinya diperbuat daripada besi. Dengan
menggunakan kaedah elektrolisis terang bagaimana anda boleh membantu Aina
untuk mengelakkan sudu besinya dari berkarat.
A) Berdasarkan permasalahan di atas, jalankan eksperimen dengan
menggunakan bahan dan radas berikut:
Dua paku besi, dawai penyambung, bateri, klip buaya, ammeter, suis, rheostat,
kepingan kuprum dan larutan Kuprum (II) Sulfat 0.5M dan bikar.
B. Laporan Eksperimen adalah seperti berikut:
1. Tujuan Untuk mengkaji jenis elektrod yang sesuai dalam proses
penyaduran paku besi
2. Pernyataan
Masalah
Adakah logam kuprum sesuai digunakan dalam penyaduran paku
besi?
3. Hipotesis Paku besi boleh disadur dengan kuprum melalui proses elektrolisis.
Paku besi tidak boleh disadur dengan aluminium melalui proses
elektrolisis.
4. Pemboleh
ubah
a) Manipulasi: Jenis elektrod (kuprum, aluminium)
b) Bergerakbalas: Perubahan pada paku besi
c) Dimalarkan: Jenis elektrolit (50 cm
3
Kuprum (II) Sulfat 0.5M)
5. Prosedur Eksperimen
1 Sediakan bahan dan radas
2 Kepingan kuprum, kepingan aluminium dan paku besi dibersihkan dengan
kertas pasir.
3 Radas disusun seperti dalam gambar.
4 Kepingan kuprum disambung kepada terminal positif (anod) manakala paku
besi disambung kepada terminal negatif (katod). Litar dilengkapkan an
resotat dilaraskan sehingga ammeter menunjukkan bacaan 0.1 A.
5 Perubahan pada kepingan kuprum (anod) dan paku besi (katod)
diperhatikan.
6 Prosedur diulang dengan menggunakan kepingan aluminium.
6) Penjadualan Data
Jenis Elektrod Pemerhatian
Kuprum Anod Plat kuprum terkakis dan menjadi nipis
Katod Pemukaan paku besi diselaputi lapisan pepejal
perang.
Aluminium Anod Plat aluminium tidak berubah
Katod Tiada perubahanpada permukaaan paku besi.
7) Analisis Data
Hanya eksperimen yang menggunkan elektrod kuprum yang mempunyai
data pemerhatian.
1. Di anod, kepingan kuprum akan membebaskan dua elektron
membentuk ion kuprum. Kepingan kuprum terkakis.
Cu (p) Cu
2+
+ 2e
2. Ion Cu
2+
tertarik ke katod (paku besi) dan menerima 2 elektron
membentuk atom kuprum.
Cu
2+
+ 2e Cu
Oleh itu, atom kuprum yang tersebut membentuk lapisan perang pada
permukaan paku besi.
8) Kesimpulan Eksperimen
Penyaduran paku besi secara elektrolisis berlaku apabila kepingan logam
kuprum dijadikan anod manakala paku besi dijadikan katod. Larutan
kuprum (II) sulfat pula digunakan sebagai elektrolit.
Hipotesis diterima.
C. Berdasarkan dapatan eksperimen yang telah dijalankan,
1. Untuk mendapatkan hasil penyaduran yang lebih baik:
a) Paku besi dibersihkan dengan kertas pasir sehingga berkilat dan benar-
benar bersih.
b) Arus elektrik yang digunakan adalah rendah dan sekata.
c) Sekali sekala, pusingkan paku besi secara perlahan-lahan.
d) Tempoh masa penyaduran yang lama.
2. Sekiranya larutan Kuprum (II) Sulfat digantikan dengan larutan Argentum
Nitrat:
Paku besi akan tersadur dengan lapisan pepejal berwarna perak.

You might also like