Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Kesimpulan

Kami menjalankan sebuah projek yang bertajuk Jambatan Angkat Automatik. Pada dasarnya,
sensor infrared akan mengesan bila terdapat objek atau lebih tepat lagi kapal atau bot yang melaluinya,
lampu isyarat akan bertukar kepada merah dan penggera berbunyi bagi memberikan amaran kepada
kereta yang melalui jambatan tersebut supaya berhenti dan membersihkan kawasan jambatan kerana
jambatan akan terangkat bagi memberi laluan kepada kapal untuk berlalu. Lampu isyarat juga
disediakan kepada kapal bagi memberi isyarat supaya berhenti bagi member masa untuk kereta
membersihkan kawasan jambatan. Apabila jambatan sudah kosong, palang akan diturunkan dan
jambatan akan terangkat. Lampu isyarat memberitahu kapal bahawa kapal bersedia untuk bergerak dan
sebuah lagi sensor di seberang sana akan mengesan jika kapal yang menyeberang tadi sudah melaluinya
atau belum dan jambatan akan diturunkan, palang dinaikkan, lampu isyarat bertukar hijau dan kereta
boleh bergerak semula.
Secara kesuluruhannya, kerja mini projek ini membantu dan melatih kami untuk bekerja secara
berkumpulan dan skil untuk bekerjasama. Kami juga dapat mengenal dan mempelajari tentang
Programmable Logic Controller (PLC). Kami juga dapat membina kreativiti dalam kombinasi jambatan
angkat, lampu isyarat, palang dan sebagainya.

You might also like