Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

LAMAN UTAMA | SEMBANG | SOAL JAWAB | FORUM | E-KEDAI | PASAR NIAGA |

DIREKTORI | E-KAD | TENTANG KAMI | HUBUNGI KAMI | PETA LAMAN


Daftar
Masuk

Profil

Log in to check your private messages

BERKERJA DARI
RUMAH
Pengurusan Perniagaan
Memulakan
Perniagaan
Kisah Kejayaan
Tele-Kerja
Petua IT
KEMBALI BUJANG
Undang-Undang Sivil
Perhubungan

KEMBALI BUJANG: Undang-Undang


Sivil

Kedua-dua ibu bapa mempunyai hak untuk


memohon hak penjagaan anak. Walau
bagaimanapun, mahkamah hanya akan
menyerahkan hak penjagaan kepada salah
seorang daripada mereka (ibu atau bapa)
sahaja.
Jika kanak-kanak itu tidak sesuai tinggal
bersama ibu bapanya, mahkamah juga boleh
menyerahkan hak penjagaan kepada:

Khidmat Kaunseling

Isu Pengguna
Mari Teroka
Artikal Khusus
Mari Mencipta

KESIHATAN /

Cari

Seorang saudara mara


Sebuah organisasi yang menangani
kebajikan kanak-kanak
Mana-mana individu lain yang sesuai

Nama
Pengguna:
Kata
Laluan:
Ingati saya:
../my/index.php
2d9965960d5b6c

Log Masuk

Terlupa katalaluan
Daftar sebagai ahli

Anda boleh memohon mendapatkan hak


penjagaan anak jika:

Anda telah bercerai


Anda dan suami anda telah berpisah

Dalam menilaikan siapa yang


harus
mendapat hak penjagaan, mahkamah akan
mempertimbangkan perkara-perkara berikut:

Kekeluargaan
Hal Ehwal Kewangan

CARI

LOG MASUK

ISU SEMASA

KHAMIS, 29 OKT
2009

Hak Penjagaan Anak

Pelan Kewangan

Undang-Undang
Syariah

Log

Isu utama ialah kebajikan kanakkanak itu dan apa yang terbaik
baginya
Kedua, permintaan ibu bapa
Ketiga, permintaan kanak-kanak itu
jika dia telah cukup matang untuk

Kerja Sambilan, TeleKerja


Inginkan kerja
sambilan, telekerja?
Klik disini.

Klik disini.

KESELAMATAN
Makanan Berkhasiat

Keselamatan
Kesihatan Umum
Kesihatan Wanita

ALAM SEKITAR
Kehidupan Hijau
Rencana Khas
INISIATIF KAMI
Pengumuman
Salaam Wanita
Sumber Rujukan
Cetakkan Surat Berita,
Home+Work
Kumpulan Ibu
INSPIRASI
Artikal Khusus

Jika kanak-kanak itu berumur di bawah tujuh


tahun, mahkamah cenderung untuk memberi
hak penjagaan kepada si ibu. Jika ada dua
atau lebih kanak-kanak, mahkamah mungkin
akan atau tidak akan memisahkan mereka
apabila
memberikan
hak
penjagaan.
Mahkamah akan menilai apa yang terbaik
bagi setiap seorang kanak-kanak itu. Walau
bagaimanapun, mahkamah lebih suka untuk
tidak memisahkan adik-beradik itu.
Syarat-syarat
Apabila mahkamah telah memberikan hak
penjagaan, ia juga boleh mengenakan syaratsyarat penjagaan yang tertentu untuk
dipatuhi. Syarat-syarat ini boleh jadi
berkaitan dengan:

Petikan Kata

Puisi

Tingkat Diri

Jenaka
SUARAKU
Keluarga

memberi pendapatnya sendiri


Jika kanak-kanak itu sedang tinggal
dengan salah seorang dari ibu
bapanya, mahkamah mungkin tidak
mahu mengganggu kehidupan kanakkanak itu dengan menukar hak
penjagaan
Apa-apa sahaja yang menyebabkan
seorang ibu atau bapa itu tidak layak
mendapat hak penjagaan.

Di mana kanak-kanak itu patut


tinggal
Pendidikan dan agama kanak-kanak
itu
Akses kepada kanak-kanak itu oleh
salah seorang ibu bapa atau saudara
mara yang tidak mempunyai hak
penjagaan
Penjagaan
sementara
kepada
seseorang yang lain daripada ibu
bapa atau penjaga yang sah.

Bekerja Dari Rumah


Kembali Bujang
Surirumah

Ibu bapa yang tidak mendapat hak


penjagaan anak boleh meminta mahkamah
membenarkan akses kepada kanak-kanak itu,
atau meminta hak lawatan. Dia juga boleh
meminta mahkamah untuk mengenakan
syarat bagi menghalang suami/isteri yang
mempunyai hak penjagaan dari membawa
kanak-kanak itu keluar dari negara ini.

Kunjungilah e-Store
untuk maklumat
lanjut.

RAKAN STRATEGIK
Perkhidmatan PJ
POINT untuk pekerja
di rumah.

Anda juga boleh memohon mendapatkan hak


penjagaan sementara dalam masa menunggu
kes perceraian atau kes penjagaan anak anda
didengar di mahkamah.
Perintah hak penjagaan yang diberikan oleh
mahkamah tidak kekal dan boleh diubah
berdasarkan permohonan dari salah seorang
suami/isteri, jika terdapat perubahan pada
situasi.

Printer Friendly Page

Hak Cipta Corpcom Services Sdn Bhd 2009. Semua hak terpelihara.

LAMAN UTAMA | SEMBANG | SOAL JAWAB | FORUM | E-KEDAI | PASAR NIAGA | DIREKTORI | E-KAD |
TENTANG KAMI | HUBUNGI KAMI | PETA LAMAN
Daftar

Profil

Log in to check your private messages

BERKERJA DARI RUMAH

Log Masuk

KEMBALI BUJANG: Undang-Undang Syariah

KHAMIS, 29 OKT 2009


CARI
Cari

Pengurusan Perniagaan
Hak Penjagaan Anak (Hadanah)
Memulakan Perniagaan
Kisah Kejayaan
Tele-Kerja

by Biro Bantuan Guaman - Jabatan Perdana


Menteri

LOG MASUK

Nama

Petua IT

SOALAN 1

KEMBALI BUJANG
Undang-Undang Sivil
Perhubungan
Pelan Kewangan
Khidmat Kaunseling
Undang-Undang Syariah

Apakah pengertian penjagaan anak


(hadanah)?
Penjagaan
anak
atau
hadanah
bermaksud penjagaan kanak-kanak
yang
masih
kecil
yang
belum
berupaya untuk menguruskan diri
sama ada lelaki atau perempuan
sesudah berlakunya perceraian di
antara kedua ibu bapa mereka.

Pengguna:
Kata
Laluan:
Ingati saya:
../my/index.php
129ebe38b79f93

Log Masuk

Terlupa katalaluan
SOALAN 2

Daftar sebagai ahli


ISU SEMASA
Isu Pengguna
Mari Teroka
Artikal Khusus
Mari Mencipta
Kekeluargaan
Hal Ehwal Kewangan
KESIHATAN /
KESELAMATAN
Makanan Berkhasiat

Siapakah yang paling berhak


terhadap penjagaan anak
(hadanah)?
Ibu adalah yang paling berhak
daripada orang lain bagi menjaga
anak kecil sama ada dalam masa
perkahwinan atau selepas berlakunya
perceraian. Tanggungjawab itu akan
berterusan sehingga anak kecilnya
mencapai
umur
mumaiyiz
(kecerdikan).
Siapakah yang akan menentukan
penjagaan anak (hadanah) sekiranya
berlaku pertikaian di antara bekas
suami dan isteri atau penjaga yang
sesuai tentang penjagaan anak?
Mahkamah akan membuat keputusan
berdasarkan
pertimbanganpertimbangan berikut:

Keselamatan

Kesihatan Umum

Kebajikan
kanak-kanak
tersebut.
Kemahiran ibu bapa kanakkanak

Kerja Sambilan, TeleKerja


Inginkan kerja
sambilan, telekerja?
Klik disini.

Klik disini.

Kesihatan Wanita

ALAM SEKITAR
Kehidupan Hijau

Kemahuan kanak-kanak itu


sekiranya dia dalam peringkat
umur yang boleh menyatakan
pendapatnya.

Pengumuman
Salaam Wanita

Apakah perkara-perkara lain yang


selalu diberi pertimbangan oleh
mahkamah?
Perkara-perkara lain tersebut ialah
antara lain:

Anggapan
yang
boleh
disangkal
bahawa
adalah
untuk
kebaikan
seseorang
kanak-kanak yang masih kecil
supaya ia berada bersama
ibunya. Anggapan ini boleh
dipatahkan sekiranya dapat
dibuktikan bahawa pihak lain
dapat menjaga dengan lebih
sempurna.

Bahawa adalah tidak baik


untuk mengganggu kehidupan
kanak-kanak dengan bertukartukar penjagaan dari seorang
penjaga
kepada
seorang
penjaga yang lain.

Sekiranya
terdapat
lebih
daripada seorang anak hasil
daripada sesuatu perkahwinan
mahkamah tidak terikat untuk
meletakkan hak penjagaan
kedua-dua
atau
kesemua
anak-anak
itu
dalam
penjagaan seorang yang sama
kerana
kebajikan
setiap
kanak-kanak
tersebut
dipertimbangkan
secara
berasingan.

Walaupun terdapat penjaga


yang sesuai untuk diberi hak
penjagaan anak, mahkamah

Sumber Rujukan
Cetakkan Surat Berita,
Home+Work
Kumpulan Ibu
INSPIRASI
Artikal Khusus
Petikan Kata
Puisi
Tingkat Diri
Jenaka
SUARAKU
Keluarga

RAKAN STRATEGIK

SOALAN 3

Rencana Khas
INISIATIF KAMI

Kunjungilah e-Store
untuk maklumat
lanjut.

Perkhidmatan PJ
POINT untuk pekerja
di rumah.

Bekerja Dari Rumah

boleh pada bila-bila masa


membuat
perintah
untuk
meletakkan
kanak-kanak
dalam penjagaan pihak-pihak
lain
sekiranya
mahkamah
berpendapat wujud keadaan
yang
luar
biasa
yang
menyebabkan tidak diingini
kanak-kanak itu diamanahkan
kepada
seseorang
atau
kepada
kedua-dua
ibu
bapanya.

Kembali Bujang
Surirumah

SOALAN 4

Apakah syarat-syarat yang


dikenakan oleh mahkamah sebelum
membuat Perintah Penjagaan?
Semasa membuat perintah penjagaan
anak mahkamah boleh meletakkan
syarat-syarat yang mesti dipatuhi
oleh pihak-pihak dari semasa ke
semasa.
Di antara syarat tersebut ialah:

Syarat-syarat tentang tempat


di mana kanak-kanak itu akan
tinggal dan pendidikannya.

Syarat supaya kanak-kanak


itu berada buat sementara
dalam
kawalan
dan
pemeliharaan seorang yang
lain daripada orang yang
diberi penjagaan kanak-kanak
itu.

Syarat-syarat tentang kanakkanak itu melawat ibu atau


bapa
yang
tidak
diberi
penjagaan
atau
seseorang
daripada keluarga ibu atau
bapa
yang
tidak
diberi

penjagaan dalam masa dan


tempoh
yang
difikirkan
munasabah.

Syarat tentang ibu atau bapa


yang tidak diberi penjagaan
untuk
berjumpa
dengan
kanak-kanak itu pada masamasa dan seberapa kerap
yang
difikirkan
oleh
mahkamah.

SOALAN 5
Apakah Perintah lain yang boleh
dikeluarkan oleh mahkamah?
Sekiranya ibu atau bapa seseorang
anak yang mendapat penjagaan anak
memohon kepada mahkamah untuk
satu Perintah tegahan bagi menahan
pihak yang tidak diberi penjagaan
anak, membawa anak itu keluar dari
Malaysia, pihak mahkamah boleh
berbuat demikian sekiranya terdapat
alasan yang munasabah.
Pihak-pihak boleh memohon perintah
tegahan daripada membawa keluar
kanak-kanak dalam penjagaan pihakpihak dengan alasan-alasan yang
munasabah atau wajar untuk sesuatu
tujuan
yang
berfaedah
kepada
kebajikan kanak-kanak.
Apakah syarat-syarat bagi
membolehkan seseorang diberi hak
penjagaan anak?

Beragama Islam

Baligh dan sempurna akalnya;

Umur yang melayakkan ia


memberi kanak-kanak di bawah
penjagaan itu kasih sayang dan

pendidikan yang sempurna;

Berkelakuan baik dari segi


akhlak Islamiah. Perempaun
yang terkenal dengan
kefasikannya, seperti penzina,
pencuri, peminum arak, penjudi
dan seumpamanya tidak harus
mengendalikan hadanah anakanak;

Tinggal di tempat di mana


kanak-kanak itu mungkin
menghadapi akibat buruk dari
segi akhlak atau jasmani.

SOALAN 6
Siapakah yang berhak kepada
penjagaan anak selain daripada ibu
atau mengikut keutamaan?

Nenek sebelah ibu hingga ke


atas peringkatnya:
Bapa;
Nenek sebelah bapa hingga ke
atas peringkatnya;
Kakak atau adik perempuan
seibu sebapa;
Kakak atau adik perempuan
seibu;
Kakak atau adik perempuan
sebapa;
Anak perempuan dari kakak
atau adik perempuan seibu
sebapa;
Anak perempuan dari kakak
atau adik seibu;
Anak perempuan dari kakak
atau adik perempuan sebapa;
Emak saudara sebelah bapa;
Waris lelaki yang boleh menjadi
warisnya sebagai asabah atau
residuari.

SOALAN 7
Apakah perkara-perkara yang boleh
menggugurkan hak seorang ibu

terhadap penjagaan anak?

Umumnya, seseorang ibu adalah


berhak untuk mendapat
penjagaan anak yang masih
kecil yang belum mencapai umur
mumaiyiz. Namun begitu hak
tersebut akan gugur sekiranya;

Jika perempuan itu berkahwin


dengan seorang lelaki yang tidak
mempunyai pertalian dengan
kanak-kanak itu. Lelaki tersebut
bukan muhri m dengan anakanak itu;

Jika perempuan itu berkelakuan


buruk secara keterlaluan dan
terbuka;

Jika perempuan itu menukar


pemastautinnya dengan tujuan
untuk mencegah bapa kanakkanak itu dari menjalankan
pengawasan yang perlu ke atas
kanak-kanak itu, kecuali isteri
yang bercerai boleh mengambil
anaknya sendiri ke tempat lahir
isteri itu;

Perempuan murtad

Jika perempuan itu cuai atau


menganiaya kanak-kanak itu.

SOALAN 8
Berapa lamakah tempoh penjagaan
anak?
Tempoh
penjagaan
anak
tamat
setelah kanak-kanak mencapai umur
mumaiyiz.
Iaitu tujuh tahun untuk
kanak-kanak lelaki dan sembilan
tahun
untuk
kanak-kanak
perempuan. Setelah tamatnya hak
hadanah, penjagaan adalah turun
kepada bapa dan jika kanak-kanak
itu telah mencapai umur kecerdikan

(mumaiyiz), maka kanak-kanak itu


adalah berhak memilih untuk tinggal
dengan sama ada ibu atau bapanya,
melainkan
jika
mahkamah
memerintahkan
selainnya.
Walau
bagaimanapun
mahkamah
boleh
menetapkan satu tempoh yang lain
sekiranya terdapat alasan-alasan lain
untuk berbuat sedemikian.
Siapakah yang bertanggungjawab
membayar upah penjagaan anak?
Orang
yang
bertanggungjawab
membayar upah ialah orang yang
bertanggungjawab
menanggung
nafkah anak iaitu bapa kanak-kanak.
Ini adalah kerana upah penjagaan
anak
dikira
sebagai
sebahagian
daripada nafkah wajib keatas bapa
untuk membayarnya. Sekiranya bapa
tidak sanggup untuk menjaga anak
tersebut, kewajipan bapa untuk
membayar nafkah tetap ada.
Orang
yang
bertanggungjawab
membayar upah dan hadanahnya
ialah orang yang bertanggungjawab
menanggung
nafkahnya
kerana
perbelanjaan hadanah dikira sebagai
sebahagian dari nafkah dan ia
merupakan perkara wajib keatas
seseorang bapa ataupun penjaganya.
Jika orang yang mengendalikan
hadanah itu seorang perempuan
asing, iaitu bukan ibunya sendiri,
maka dia, berhak mendapatkan upah
kepada pelbagai khidmatnya untuk si
kecil,
kecuali
jika
dia
rela
memberikan
khidmatnya
dengan
percuma maka gugurlah haknya itu.
Bayaran
hadanah
dikira
dari
permulaan hari perempuan tersebut
menjalankan tugasnya. Bayaran itu
tidak akan gugur sama sekali kecuali
dengan
membayarnya
atau
menghalalkannya.
SOALAN 9

Apakah yang dimaksudkan sebagai


tempat tinggal anak-anak yang
diberi penjagaan?
Jika perempuan yang mendapat hak
penjagaan
telah
berkahwin
lagi
dengan lelaki yang bukan muhrim
kepada anaknya atau ibu tersebut
tinggal bersama-sama dengan orang
yang tidak sukakan kanak-kanak
kecil itu, maka ia berhak mendapat
bayaran
sewaan
untuk
tempat
hadanah. Dalam hal ini adalah wajar
bagi bapanya untuk menyediakan
satu tempat khas yang dapat
digunakan sebagai tapak hadanah
bagi menguruskan hal anak kecilnya.
SOALAN 10

Bilakah seseorang anak boleh


menentukan penjagaannya sendiri?
Seseorang
kanak-kanak
boleh
menentukan penjagaannya sendiri
apabila dia telah mencapai umur 9
tahun bagi kanak-kanak perempuan
dan 7 tahun bagi kanak-kanak lelaki
iaitu kanak-kanak tersebut telahpun
MUMAIYIZ (dapat membezakan di
antara sesuatu yang baik dan dengan
sesuatu yang buruk).
Walau bagaimanapun had umur
adalah berbeza dari satu negeri ke
satu negeri yang lain mengikut
Enekman Undang-Undang Keluarga
Islam.
SOALAN 11

Apakah yang dimaksudkan dengan


hak penjagaan sementara?
Dalam sesuatu perbicaraan untuk
mendapat
Perintah
Penjagaan,

mahkamah boleh membuat Perintah


sementara untuk meletak penjagaan
seseorang kanak-kanak. Perintah ini
berkuatkuasa
sehinggalah
perbicaraan tentang hak penjagaan
tersebut telah selesai.
SOALAN 12

Bolehkah Perintah Penjagaan Anak


dipinda?
Pihak-pihak
boleh
membuat
permohonan
kepada
Mahkamah
untuk meminda sesuatu Perintah
yang
boleh
dibuat
sekiranya
permohonan
itu
disokong
oleh
alasan-alasan
yang
wajar
demi
kebajikan kanak-kanak tersebut.
SOALAN 13

Siapakah yang berhak ke atas


penjagaan anak yang tak sah taraf?
Anak tak sah taraf ialah seseorang
anak yang lahir tanpa sebarang
ikatan perkahwinan id antara keduadua ibu bapanya. Dengan demikian
hak
penjagaan
terhadap
anak
tersebut adalah ditentukan oleh
mahkamah.
SOALAN 14

Apakah perkara-perkara yang perlu


diambil tindakanbagi membolehkan
Biro Bantuan Guaman memberi
pertolongan untuk menuntut
penjagaan?
Setiap pemohon yang ingin mendapat
khidmat
guaman
Biro
Bantuan
Guaman
perlu
mengemukakan

dokumen atau butir-butir berikut:


1.
Butir-butir
Perkahwinan.

Suat Nikah Asal.

Surat Beranak AnakAnak;


2.
Butir-butir Pihak Kena
Tuntut.

Nama
alamat
suami/isteri.

Pekerjaan
suami/majikan
3.
Laporan-laporan
berkaitan.

Rundingcara.

Laporan perubatan

Laporan Polis.

Nama majikan.

Pekerjaan.

Saksi.

Penyata Gaji.

Perakuan
daripada
majikan

Penyata KWSP.

Bukti-bukti berhubung
pertukaran alamat.
Tatacara/Norma Kerja Biro Bantuan
Guaman.
1.
Pembukaan fail dan
melengkapkan
butir-butir
Pihak Menuntut;
2.
Hantar notis tuntutan
kepada Pihak Kena Tuntut;
3.
Teliti sambutan Pihak
Kena
Tuntut
sama
ada
bersetuju atau tidak untuk
penyelesaian tuntutan.
4.
Perundingan,
jika
perlu;
5.
Tiada penyelesaian
failkan tuntutan di mahkamah;
6.
Perbicaraan;
7.
Keputusan/pelaksanaan
keputusan.

Maklumat ini ialah suatu penerangan ringkas


untuk pengetahuan orang ramai sahaja. Ia tidak
merupakan nasihat undang-undang yang lengkap
dan terperinci. Sekiranya anda mempunyai
masalah undang-undang berkenaan tajuk ini, sila
berhubung dengan cawangan Biro Bantuan
Guaman yang berhampiran

Printer Friendly Page

Hak Cipta Corpcom Services Sdn Bhd 2009. Semua hak terpelihara.

You might also like