Sekolah Amanah

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH AMANAH

Angkat status sekolah kebangsaan


SEKOLAH 'separa korporat' akan menjadi kenyataan apabila pihak korporat
dibenarkan terlibat secara langsung mengangkat status quo sekolah kerajaan
dan bantuan kerajaan - sama ada menengah atau rendah - di bawah inisiatif
Sekolah Amanah mulai tahun depan.
Hal ini akan menjadikan sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan menengah atau rendah - setanding dengan sekolah jenis kebangsaan (SJK)
Cina, atau sekolah swasta dari segi status elitis dan pembiayaan
kewangannya, sekali gus mengubah topografi pendidikan dan tanggapan
terhadap sekolah kebangsaan di negara ini.

Apakah pula perbezaan Sekolah Amanah dengan sekolah


swasta?
Perbezaan besar ialah Sekolah Amanah merupakan sekolah kerajaan dan
bantuan kerajaan yang bakal mendapat penajaan syarikat, sementara
sekolah swasta ialah sekolah yang dimiliki secara berdaftar oleh sebuah
pegangan swasta sepenuhnya.
Inisiatif Sekolah Amanah akan mencakupi sekolah kerajaan iaitu sekolah
kebangsaan harian, sekolah menengah harian, sekolah agama, sekolah
vokasional, sekolah berasrama, sekolah pendidikan khas, sekolah Orang Asli,
Sekolah Sukan dan Sekolah Seni.Turut mendapat tempias ialah sekolah
bantuan kerajaan yang meliputi sekolah aliran dan sekolah mubaligh.
Turut diberi jaminan ialah, tiada bayaran tambahan - sama ada berbentuk
yuran, aktiviti atau yang tersembunyi - yang akan dikenakan kepada pelajar
atau ibu bapa untuk memasuki Sekolah Amanah. Hal ini berbeza dengan
sekolah swasta yang mengenakan yuran yang tinggi kepada pelajar.
Namun begitu, hal ini tidak bermakna pihak swasta yang menjadi penaja
bakal mempunyai kuasa autonomi ke atas pentadbiran sedia ada di sekolah.
Pengetua atau guru besar masih berkuasa penuh.
Sebagai permulaan, Khazanah Nasional melalui perbadanannya, Yayasan
Amir - sebuah organisasi bukan komersial yang baru diperbadankan - akan
bekerjasama rapat dengan Kementerian Pelajaran merintis pelaksanaan di 10
sekolah rintis, yang akan diumumkan kelak.
''Kita akan cuba menerapkan budaya korporat dalam budaya sekolah dan
mempercepatkan keberhasilan yang dirancang di bawah inisiatif utama
Kementerian Pelajaran Malaysia pada 2010," kata Pengarah Eksekutif
Pengurusan Strategik Pembangunan Sumber Manusia Khazanah Nasional,
Shahnaz Al-Sadat.

Inisiatif tersebut ialah program prasekolah, tawaran baru kepada pentadbir


dan pengetua sekolah, program sekolah berprestasi tinggi, program literasi
dan numerasi (LINUS) dan program penambahbaikan sekolah.
Beliau menggambarkan, Khazanah Nasional akan mengeluarkan belanja
yang besar bagi merintis program Sekolah Amanah.
''Mungkin RM4,000 bagi setiap pelajar," ujar Shahnaz sambil membayangkan
penerapan budaya korporat melalui corak pentadbiran, serta pengenalan
beberapa kurikulum sampingan baru yang ada 'sentuhan' korporat.
Kepada pertanyaan yang lebih mendalam, khususnya yang menyentuh
tentang 'imbuhan' kepada guru dalam persekitaran dan kesesuaian terma gaji
korporat, beliau menjawab: ''Terlalu banyak perkara yang hendak diteliti dan
kalau soal itu, ia tertakluk pula kepada terma Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA)."
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan
tentang insiatif Sekolah Amanah itu hari ini.
Kepada satu soalan pemberita pada taklimat khas tentang Sekolah Amanah
di Kuala Lumpur baru-baru ini, Shahnaz menekankan bahawa projek rintis
telah dijalankan selama lebih setahun ke atas sembilan kesatuan dan
persatuan guru, seramai 60 pengetua dan guru serta 10 pakar subjek selain
kumpulan guru dan orang awam.
''Rata-rata positif, dan Khazanah Nasional sendiri tidak mahu merosakkan
anak bangsa dengan projek ini," tegasnya.
Tambah beliau, objektif Sekolah Amanah ialah merapatkan jurang elitis,
menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), memantapkan
program pedagogi, menambah baik jaringan pentadbiran antara sekolah
primer dengan sekolah yang kurang berkemampuan, merangsang guru untuk
lebih berinovatif dan seterusnya menjadi contoh kepada transformasi sekolah.
Jika berdasarkan pelan asal yang dibentangkan oleh Khazanah Nasional
yang bakal mengambil 10 sekolah sulung sebagai sekolah angkatnya bagi
projek berkenaan mulai tahun depan, peranan pihak swasta lebih kepada
menaja sebarang program untuk kebaikan sekolah.
Khazanah Nasional turut menganggap program berkenaan sebagai
melangkaui program tanggungjawab sosial korporat (CSR), kerana ia
melibatkan pertaruhan pembangunan modal insan.
Secara teknikalnya, pihak Kementerian Pelajaran serta penaja akan
mengadakan perjanjian pelaksanaan dan pengurusan (OMA) - satu ikatan
perjanjian yang akan menentukan had autonomi, indeks utama pencapaian
(KPI) serta terma yang menggariskan bidang pelaksanaan dan pengurusan
oleh pihak swasta.

Pihak Kementerian Pelajaran mempunyai kuasa penuh untuk memilih dan


menjalin kontrak dengan mana-mana penaja, memilih sekolah yang layak
serta menentukan prestasi berdasarkan sasaran awal.
Bagi penaja atau yayasan yang telah dilantik, mereka akan terlibat secara
langsung dengan aspek pengurusan berasaskan sekolah, perkhidmatan nilai
tambah dan pembiayaan tambahan.
Hal ini bermakna pihak berkenaan akan menetapkan garis panduan dan
piawaian bagi bidang autonomi yang telah dipersetujui, memastikan
kemapanan kewangan sekolah, menyediakan kawalan kualiti dalaman dan
memilih penyediaan perkhidmatan jika difikirkan perlu.

Apa pula peranan pengetua sekolah?


Mereka akan meneruskan rutin tugas harian seperti sekarang dalam hal
berkaitan dasar pengajaran dan pembelajaran, dasar staf dan pelajar serta
pengurusan bajet.
Shahnaz menambah, pihaknya membuat kajian terperinci tentang program
Sekolah Amanah daripada beberapa negara seperti Amerika Syarikat (AS),
United Kingdom (UK), India dan Sweden, yang ada keperluan khusus
masing-masing.
Katanya, model perkongsian pintar sektor awam dan swasta (PPP) wujud di
lebih 50 buah negara di seluruh dunia.
Di AS, katanya, Sekolah Amanah berfungsi menangani 'sekolah yang gagal'
di kawasan yang 'paling sukar', memenuhi keperluan pelajar yang tidak
mendapat cukup perhatian dan meningkatkan keseluruhan aspek
persekolahan melalui persaingan.
Di UK pula, konsep yang sama dapat mengurangkan beban kewangan
kerajaan, seperti mana juga di India. Di Sweden, konsep yang sama telah
berjaya merapatkan jurang pendidikan antara sekolah yang berprestasi tinggi
dan sekolah yang berprestasi rendah khususnya di kawasan ramai anak
penghijrah.
Di atas premis yang lebih kurang sama, kata Shahnaz, Yayasan Amir akan
memilih berdasarkan kriteria berikut: lima sekolah adalah berdasarkan
prestasi yang rendah , prestasi sederhana (3) dan prestasi tinggi (2)
''Dengan pemilihan ini, kita akan mewujudkan rangkaian supaya sekolah
berprestasi rendah boleh belajar daripada rakan mereka di tahap yang lebih
baik," kata Shahnaz.

INFO

Sekolah Amanah atau Trust Schools akan diperkenalkan untuk memudah


cara perkongsian awam swasta dalam pengurusan sekolah kerajaan yang
terpilih.

Sekolah terbabit akan diberi autonomi oleh kerajaan dan dengan itu
dipertanggungjawabkan bagi meningkatkan prestasi pelajar.

Autonomi yang akan diberikan termasuk keanjalan untuk mengubah suai


kurikulum pembelajaran, menggunakan peruntukan mengikut keperluan,
memberi insentif kepada guru mengikut tahap prestasi serta memilih guru
dan staf sokongan.

Sumber: Utusan Malaysia, 10 Disember 2010

You might also like