Nota Kursus BMP 3093

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 15

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

BAB 4:

PERANCANGAN,

PEMILIHAN,

PENGHASILAN

DAN

PENILAIAN

MEDIA PENGAJARAN: MODEL ASSURE

4.0 Pengenalan

Sebelum memulakan sesi pengajaran, seseorang guru haruslah bertindak merancang,


memilih, menghasil dan menilai media pengajaran. Sekiranya guru tidak membuat
perancangan yang lengkap dan sistematik, maka objektif pengajaran tidak dapat
dicapai. Sehubungan itu pengetahuan tentang reka bentuk pengajaran adalah sangat
penting untuk dikuasai. Model ASSURE merupakan model reka bentuk yang
berorientasikan bilik darjah.

4.1 Modul ASSURE

Model ASSURE yang berorientasikan bilik darjah, direkabentuk oleh Heinich, Molenda,
dan Russel (1982). Ia bertujuan memberi panduan kepada guru untuk merancang dan
dapat melaksanakan pengajaran dengan lebih efektif. Pengajaran yang dirancang
dengan teliti dapat mewujudkan kebolehpercayaan,keyakinan, menarik minat dan dapat
membina fikiran positif murid terhadap pengajar.

Model ini telah diolah semula pada tahun 2002. Dalam modul ini, perbincangan akan
merujuk kepada model ASSURE yang terbaru.

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

A
S
S
U

R
E

Analisis pelajar
Nyatakan objektif
Pemilihan media dan bahan
Penggunaan media dan bahan
Penglibatan murid dalam pembelajaran
Penilaian semula bahan

Rajah 1: Model ASSURE


A

Analyse learner (Analisis murid)


3 ciri penting

Ciri-ciri umum

Kompetensi pra syarat

Gaya pembelajaran

State objective (Nyatakan objektif)

Konsep ABCD

Klasifikasi objektif

Objektif dan Perbezaan individu

- Select method, media and


materials
(Pilih kaedah, media dan bahan)

Menentukan

kaedah

yang

sesuai

dengan tugasan pembelajaran

Memilih

media

yang

sesuai

melaksanakan kaedah yang dipilih

Memilih media yang ditentukan

Mengubahsuai media

Mereka bentuk media

untuk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


U

- Utilise media and materials


(Gunakan media dan bahan)

Prebiu bahan

Sediakan bahan

Sediakan persekitaran

Sediakan murid

Sediakan pengalaman pembelajaran

- Require learner participation


(Dorong penglibatan murid)

Libatkan

murid

dalam

aktiviti

pembelajaran seperti membuat latih


tubi, perbincangan, kuiz, projek dan
sebagainya.

Pengukuhan diberi selepas mendapat


respons daripada murid.

- Evaluate and revise


(Nilai dan semak)
-

Aspek pencapaian murid

Pembelajaran yang dihasilkan

Menilai media dan kaedah

Kualiti media

Penggunaan guru

Penggunaan murid

4.2.1 Analisis Murid

Media yang hendak digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu
sesuai dengan murid agar penggunaannya menjadi lebih berkesan dan efektif. Tidak
dinafikan untuk mengenal pasti keperluan setiap murid adalah sukar. Walau
bagaimanapun terdapat beberapa kriteria yang boleh dilaksanakan bagi menganalisis
murid iaitu:

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


4.2.1.1

Ciri-ciri umum

Mengetahui ciri-ciri umum dapat membantu guru merancang, memilih, menghasil dan
menilai

media

dengan

lebih

berkesan.

Ciri-ciri

umum

termasuklah

umur,

tahun/tingkatan, kelas, aliran, jantina, latar belakang taraf sosio-ekonomi, budaya,


minat, sikap, kawasan dan sebagainya. Guru boleh mengetahui ciri-ciri umum ini
melalui interaksi dengan murid, pemerhatian atau meneliti rekod murid yang sedia ada.

Sebagai contoh, jika guru telah mengenal pasti bahawa murid kurang meminati sesuatu
mata pelajaran, tindakan yang boleh diambil ialah guru boleh merangsang
pembelajaran melalui aktiviti kinestik termasuk simulasi, main peranan, lakonan dan
sebagainya. Tayangan video

atau persembahan elektronik juga boleh digunakan

sebagai rangsangan untuk aktiviti perbincangan kumpulan.

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


4.2.1.2

Kompetensi pra syarat

Kompetensi pra syarat mempunyai kaitan dengan pengalaman dan pengetahuan sedia
ada murid. Hal ini amat penting kerana ia akan memberi kesan yang besar kepada
proses pembelajaran murid. Guru boleh mengenal pasti pengetahuan atau pengalaman
sedia ada melalui ujian pra sesuatu topik yang dilakukan sebelum sesi pengajaran
bermula, sesi soal jawab atau berinteraksi dengan murid.

Setelah menganalisa tahap kebolehupayaan atau kekurangan murid, maka guru


dengan mudah dapat mengenal pasti media dan kaedah yang sesuai untuk digunakan
agar murid dapat menerima mesej dengan lebih berkesan dan jelas. Sebagai contoh,
guru mengandaikan murid telah memahami konsep tambah dalam matematik
sedangkan terdapat murid yang masih belum memahami konsep tersebut, sudah pasti
mereka akan gagal untuk menguasai topik itu sekiranya guru terus mengajar tanpa
mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid. Jelaslah bahawa guru harus peka
terhadap kompetensi yang ada pada setiap murid.

4.3.1.3

Gaya pembelajaran

Dunn dan Dunn (1992), membina satu instrumen standard mengukur gaya
pembelajaran dan persekitaran pembelajaran yang digemari oleh setiap murid. Gaya
pembelajaran merujuk kepada trait psikologi yang menjelaskan cara dan gaya individu
menanggap, berinteraksi, dan bertindak balas secara emosi dengan persekitaran
pembelajaran. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara individu memproses
maklumat, membentuk persepsi dan tingkah laku murid.

Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri dan berbeza antara satu
sama lain. Ada murid yang suka belajar secara bersendirian, ada yang suka berbincang
dengan kawan atau secara berkumpulan, ada yang suka belajar di kawasan yang sunyi
dan tenang, ada yang suka belajar di kawasan terang, ada yang suka belajar dengan
adanya iringan muzik, ada yang suka belajar melalui pemerhatian dan membuat kajian
dan sebagainya.

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Guru yang merancang pengajaran dan meneliti gaya pembelajaran dengan media yang
bersesuaian menjadikan proses pembelajaran lebih efektif dan berkesan. Sebagai
contoh, gaya pembelajaran auditori lebih sesuai bagi murid yang senang kepada
arahan lisan atau bacaan kuat.

4.2.2 Nyatakan Objektif

Setelah dapat menganalisis murid, guru boleh fokus kepada objektif pembelajaran.
Objektif merujuk kepada hasil pembelajaran iaitu apa yang murid dapat selepas
mempelajari sesuatu topik. Oleh itu, objektif perlu dinyatakan dengan jelas dan khusus
kerana dengan penyataan objektif dapat membantu guru:
i.

memilih media dan kaedah penyampaian yang sesuai

ii.

menyediakan persekitaran pembelajaran yang memberangsangkan

iii.

membuat penilaian terhadap pencapaian pembelajaran

Pernyataan objektif yang baik dirumuskan secara jelas mencakupi komponen ABCD"
iaitu:
i.

Audience (Kumpulan sasaran murid)

ii.

Behavior (Perilaku yang dapat dilihat sebagai hasil murid)

iii.

Conditions (Syarat yang perlu dipenuhi agar perilaku yang diharapkan tercapai)

iv.

Degree (Darjah tahap pencapaian minimum perlakuan)

4.2.2.1 Audience (Kumpulan sasaran murid)


Kumpulan sasaran yang dimaksudkan ialah murid. Proses pembelajaran akan
berlaku apabila murid terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran sama ada secara
berfikir atau fizikal.
Contoh : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat .....

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


4.2.2.2 Behavior (Perilaku yang dapat dilihat sebagai hasil murid)
Perilaku yang dinyatakan dalam objektif hendaklah yang dapat dilihat dan diukur
pencapaiannya. Senarai di bawah merupakan istilah yang menunjukkan pemilihan
perkataan perilaku yang eksplisit:
mengukur

melukis

menamakan

melakar

melabel

memadankan

menghurai

meramal

menjelaskan

membaca

menandakan

menyusun

mengenal pasti

mengelaskan

memilih

menjana

menilai

menganggar

mencadangkan membina

Contoh : menandakan dan menamakan setelah melihat peta yang diberi oleh
guru
4.2.2.3 Conditions (Syarat yang perlu dipenuhi agar perilaku yang diharapkan
tercapai)
Syarat yang perlu dipenuhi ini dapat membantu guru untuk menyediakan media
yang sesuai, langkah pengajaran dan pembelajaran dan suasana pembelajaran.
Contoh : menandakan dan menamakan setelah melihat peta yang diberi oleh
guru
4.2.2.4 Degree (Darjah tahap pencapaian minimum perilaku)
Tahap pencapaian minimum perilaku merujuk kepada kualiti atau kuantiti tingkah
laku atau tempoh masa yang ditetapkan. Pengukuran tahap ini membolehkan guru
membuat tindakan susulan terutama kepada murid yang masih belum mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna bagi guru boleh melaksanakan
aktiviti pemulihan bagi murid yang belum menguasai pembelajaran dan aktiviti
pengayaan dan pengukuhan bagi murid yang telah menguasai pembelajaran.
Contoh : menandakan dan menamakan dua belas daripada empat belas negeri
dengan tepat dan betul.
Contoh penulisan objektif secara keseluruhan mengikut komponen ABCD:

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
Melabel nama tempat pelancongan pada peta Malaysia sekurang-kurangnya 12
daripada 14 buah tempat dengan tepat dan betul.
Menjelaskan sekurang-kurangnya 3

daripada 5 kesan pencemaran udara

setelah membaca petikan akhbar yang diberi.

Klasifikasi objektif yang memiliki nilai praktis, serta kaedah yang bergantung pada
nyatakan objektif yang akan dicapai oleh guru dapat diklasifikasikan mengikut jenis
utama hasil pembelajaran. Ada empat kategori pembelajaran iaitu:
-

Domain Kognitif
Domain kognitif, belajar melibatkan berbagai kemampuan intelektual yang dapat
diklasifikasikan baik sebagai verbal / informasi visual atau sebagai ketrampilan
intelektual.

Domain Afektif
Dalam domain afektif, pembelajaran melibatkan perasaan dan nilai-nilai.

Domain Psikomotor
Dalam domain psikomotor melibatkan pergerakan tubuh atau apa saja
pergerakan aktiviti dalam bentuk tingkahlaku.

Domain Interpersonal
Belajar melibatkan interaksi dengan orang lain.

Objektif haruslah difokus kepada kemahiran atau keupayaan berfikir, sikap dan
perasaan murid, kemahiran fizikal dan interpersonal.

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


4.2.3 Pemilihan teknologi, kaedah, media, dan bahan sumber yang sesuai
Apabila guru telah mengenal pasti tahap kebolehan murid dan jelas dengan apa yang
murid harus perolehi daripada proses pembelajaran, maka guru boleh bersedia untuk
membuat pemilihan. Terdapat empat langkah dalam pemilihan teknologi, kaedah,
media dan bahan sumber yang sesuai iaitu:
i.

menentukan jenis teknologi yang sesuai digunakan

ii.

memilih kaedah yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran

iii.

memilih bentuk media yang sesuai ke atas kaedah yang dipilih

iv.

memilih, mengubahsuai dan mereka bentuk media yang dipilih

4.2.3.1

Menentukan jenis teknologi yang sesuai digunakan

Pemilihan penggunaan teknologi seharusnya berdasarkan kepada ciri-ciri murid dan


gaya pembelajaran murid. Pada masa yang sama juga, guru perlu memikirkan
kemudahcapaian bahan/resos yang hendak digunakan. Kriteria kefleksibelan teknologi
perlu dipertimbangkan berdasarkan aktiviti yang akan dijalankan. Penggunan teknologi
komputer sesuai diaplikasikan untuk aktiviti projek, pembentangan, simulasi dan
sebagainya.

4.3.2.2 Memilih kaedah yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran


Sekiranya ditanya, apakah kaedah yang paling sesuai digunakan dalam satu proses
pengajaran dan pembelajaran guru? Jawapannya ialah lebih daripada satu kaedah.
Tiada satu kaedah khas yang digunakan untuk setiap peringkat perkembangan
pengajaran. Guru haruslah berfikir dan merancang kaedah pengajaran yang dirasakan
boleh mencapai objektif dan sesuai dengan tugasan pembelajaran. Kaedah ini
termasuklah kaedah simulasi, kaedah bermain, kajian lapangan, lakonan, latih tubi dan
sebagainya. Penentuan kaedah hendaklah berasaskan kepada analisis dan objektif
pembelajaran yang hendak dicapai. Contoh, bagi menarik tumpuan murid pada awal
pengajaran boleh dimulakan dengan kaedah simulasi, diikuti dengan tunjuk cara, amali,
latihan dan latih tubi bagi menyampaikan maklumat kepada murid yang belum
menguasai sesuatu kemahiran.

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


4.2.3.3

Memilih bentuk media yang sesuai ke atas kaedah yang dipilih

Bentuk media merujuk kepada bagaimana bentuk maklumat dipaparkan. Sehubungan


itu pemilihan media hendaklah bersesuaian dengan kaedah pengajaran, objektif dan
pengalaman murid, dan bentuk maklum balas yang akan dihasilkan. Pemilihan media
berfokus kepada kesesuaian kurikulum yang sedia ada, bahasa yang jelas dan tepat,
maklumat yang terkini dan tepat, mencetuskan sifat ingin tahu murid, aspek teknikal
kualiti yang baik dan mempunyai panduan yang lengkap.

Contoh bentuk media seperti gambar, slaid, peta, lukisan, transperansi, bahan tiga
dimensi seperti papet, wayang kulit, boneka, akuarium,

klip video, audio, pakej

persembahan multimedia dan lain-lain lagi.

Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang
menjadi fokus pembelajaran. Bahan sumber ini boleh dalam bentuk petikan, teks, artikel
dan sebagainya.

Kriteria pemilihan bahan sumber boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
i.

menggunakan bahan sumber yang tersedia ada

ii.

mengubah suai bahan sumber yang ada

iii.

mereka bentuk bahan sumber yang baru

4.2.3.4

Memilih, mengubahsuai dan mereka bentuk media yang dipilih

Memilih media merujuk kepada pemilihan bahan sumber yang dapat membantu
mencapai objektif yang diperlukan. Pemilihan bahan sumber yang tersedia ada perlu
mengikut beberapa kriteria seperti:

i.

Menepati kurikulum

ii.

Maklumat tepat, boleh dipercayai dan terkini

iii.

Bahasa yang jelas dan mudah difahami

iv.

Menarik minat dan mencetuskan motivasi murid

v.

Menarik penglibatah murid

vi.

Mempunyai kualiti

10

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


vii.

Ada bukti tentang keberkesanan penggunaan

viii.

Bebas daripada bias

ix.

Mempunyai panduan penggunaan/ manual penggunaan

Kemungkinan bahan sumber yang ada perlu diubahsuai Sekiranya anda menghadapi
masalah kekurangan bahan media ataupun media yang dipilih kurang sesuai untuk
proses pengajaran dan pembelajaran, anda boleh mengubahsuai atau mereka bentuk
semula media yang dipilih. Bagi mengubahsuai media terdapat beberapa perkara yang
perlu difikirkan termasuklah objektif, murid, kos, kepakaran teknikal, peralatan, fasiliti
dan masa. Guru juga boleh mereka bentuk sendiri bahan untuk digunakan oleh murid.
Bahan-bahan media bukan sahaja terdiri daripada foto, perisian komputer , pita video,
audio malahan termasuk juga perkakasan seperti komputer, pencetak, pengimbas,
televisyen dan lain-lain.

4.2.4 Gunakan teknologi, media dan bahan pengajaran dan pembelajaran

Proses menggunakan media dan bahan dalam pengajaran merupakan peringkat yang
paling penting kerana jika media dan bahan begitu menarik tetapi tidak mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran, maka proses pengajaran dan pembelajaran
gagal. Oleh itu terdapat lima langkah yang perlu dititikberatkan untuk memastikan
penggunaan media mencapai tahap optimum iaitu:

i.

Prebiu bahan terlebih dahulu sebelum digunakan di dalam kelas

ii.

Menyediakan peralatan dan pastikan ia berfungsi serta mengetahui


bagaimana menggunakannya.

iii.

Menyediakan persekitan dan tempat yang bersesuaian

iv.

Menyediakan murid

v.

Menyediakan pengalaman pembelajaran

Sebelum proses pengajaran bermula, pastikan bahan pengajaran sesuai dan berfungsi
dengan baik.

11

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


4.2.5 Dorong penglibatan murid
Pembelajaran menjadi seronok jika terdapat kumpulan murid yang aktif. Oleh itu untuk
mempastikan proses ini berlaku, guru hendaklah melibatkan murid dengan pelbagai
aktiviti termasuklah latih tubi, perbincangan, kerja berkumpulan dan sebagainya. Guru
hendaklah memberi peluang kepada murid untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti
yang dirancang. Kegiatan pengukuhan hendaklah diberikan kepada murid serta merta
selepas murid memberi tindak balas yang betul.
4.2.6 Nilai dan semak semula keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
Peringkat akhir dalam model ASSURE ialah nilai dan semak semula perancangan.
Penilaian yang ditekankan ialah penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran.
Penilaian melibatkan aspek :
i.

menilai pencapaian murid berdasarkan prestasi murid (set objektif yang


ditentukan), prestasi dalam aspek kemahiran dan sikap murid.

ii.

pembelajaran yang dihasilkan

iii.

menilai media dan kaedah

iv.

kualiti media

v.

penggunaan guru dan

vi.

penggunaan murid.

Penilaian berlaku sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran iaitu sebelum,


semasa dan selepas (melalui amalan refleksi). Ini bertujuan untuk memastikan
pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan murid.
Penilaian semasa proses pengajaran boleh dilakukan melalui pemerhatian perlakuan
pembelajaran murid. Guru boleh mengubah teknik atau mengambil altenatif lain
sekiranya menghadapi masalah.
Penilaian pengajaran akan menghasilkan idea untuk membuat penambahbaikan. Guru
akan dapat membuat perancangan yang lebih efektif hasil daripada refleksi dan maklum
balas murid. Selain itu guru dapat membetulkan langkah pengajaran, pemilihan objektif,
pemilihan media yang kurang berkesan dalam perancangan seterusnya.

12

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


RUMUSAN
Model ASSURE sangat membantu dalam merancang program dengan menggunakan
berbagai jenis media. Model ini menggunakan beberapa langkah, iaitu analisis murid,
nyatakan objektif, memilih media dan bahan, gunakan media dan bahan, dorong murid
dan nilai dan semak. Kesemua langkah itu berfokus untuk menekankan pengajaran
kepada murid dengan pelbagai gaya belajar iaitu murid diwajibkan untuk berinteraksi
dalam kalangan mereka dan tidak secara pasif menerima maklumat agar proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

13

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Latihan
Jelaskan bagaimana model ASSURE digunakan untuk merancang sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran.
Soalan aneka pilihan:

1.

Semasa merancang untuk menghasilkan sistem pengajaran, aspek analisa


murid merupakan perkara penting, iaitu
I. Kecerdasan
II. Gaya pembelajaran
III. Jantina
IV. Status sosial-ekonomi

2.

A.

I dan II

B.

I, II dan III

C.

I , II dan IV

D.

I,II,III dan IV

Apakah ciri-ciri (komponen) utama yang perlu diambil kira untuk menulis sesuatu
objektif?

3.

A.

Kriteria (criterion ; standard)

B.

Syarat-syarat tertentu (conditions)

C.

Aspek pencapaian (performance ; tingkah laku)

D.

Semua di atas.

Langkah berikut: Sediakan bahan-bahan; sediakan persekitaran; persediaan


murid dan menyediakan pengalaman pembelajaran, adalah merupakan proses
dalam model ASSURE, iaitu pada peringkat
A.

Analisis

B.

Pilih

C.

Mengguna bahan

D.

Dorongan

14

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


BIBLIOGRAFI

Dunn, R. & Dunn, K. (1992). Teaching secondary students through their individual
learning styles: Practical approaches for grades 7-12. Boston: Allyn and Bacon.

Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D., & Smaldino, S.E. (1999). Instructional media
and technologies for learning. Edisi ke 5 . New Jersey: Prentice-Hall.

Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D., & Smaldino, S.E. (2002). Instructional media
and technologies for learning. Edisi ke 7. New Jersey: Prentice-Hall.

Mohd Jizat Abdol, Abdul Razak Idris dan Jessnor Elmy (2006). Teknologi pengajaran
dan pembelajaran. Johor : UTM.

Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain (2009).
Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selangor: Penerbitan
Multimedia.

Noriati A.Rashid, et. al. (2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Shah
Alam: Oxford Fajar.

Wan Zah Wan Ali, Dr. et al. (2008). HBEM3103. Prinsip teknologi pengajaran. Kuala
Lumpur: OUM.

Instructional Design. Akses pada September 20 2012 daripada


[http://www.instructionaldesign.org/models/assure.html]

15

You might also like