Soalan 2 Dan 3 PERUBAHAN SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

Soalan 2:Perubahan Semantik

Definisi Semantik
Semantik adalah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata dan ayat. Kata pula
dijelaskan sebagai unit ujaran yang bebas dan mempunuyai makna. Dalam bahasa, kita
dapat menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia. Definisi
daripada segi istilah pula, dalam kajian menjelaskan bahawa semantic berasal daripada
perkataan Yunani semantikosyang bermaksud penting atau beerti. Jika dilihat definisi yang
diberikan oleh para tokoh bahasa J.W.M. Verhar,1996 semantic ialah cabang linguistic yang
akan membahaskan erti atau makna . Selain itu, menurut Abdul Chaer,1994 berpendapat
bahawa semantik merupakan bidang pengkajian linguistic yang objek penelitiannya makna
bahasa.

Menurut kamus Dewan, semantik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan
penambahan makna sesuatu kata. Oleh itu, secara umumnya semantik ialah ilmu tentang
erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang
lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna , hubungan antara makna dengan
makna lain serta pengareuh maknan terhadap masyarakat. Semua bahasa bergantung
kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap bahasa merupakan satu sistem yang
digunakan untuk menyampaikan makna melalui bunyi. Kajian makna dikenali sebagai bidang
semantic, iaitu bidang yang telah begitu lama diabaikan oleh linguistik kerana persoalan
makna banyak mendatangkan masalah jika tingkahlaku bahasa itu ditinjau dari sudut itu.

Makna tidak mungkin dapat dikaji secara formal atau secara terasing daripada konteks atau
teks. Keadaan ini berlaku kerana ada makna yang tersurat dan tersirat. Ahli falsafah dan ahli
bahasa lebih menitik beratkan tentang hubungan makna-makna perkataan.

Persoalan ini nempaknya lebih mudah diterangkan dengan menggunakan rujukan.


Makna juga sebahagian besarnya atau keseluruhannya adalah berkenaan hubungan antara
bahasa dengan dunia bahasa. Dunia bahasa ini bermaksud konteks yang melayari satu-satu
unsur linguistik itu dituturkan.

Konsep Semantik
Menurut Tarigan,1985:9 menyatakan bahawa kata semantik berasal daripada kata adjektif
bahasa Yunani semantickos yang bermaksud penting atau bererti. Kata bererti
membawa maksud makna yang diertikan sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan.
Semantik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan
penambahan makna sesuatu kata.

Namun pendapat salah seorang tokoh iaitu Ferdinand de Saussure, semantik merupakan
bahasa yang diucapkan untuk menyampaikan makna. Choamsky berpendapat bahawa
semantik bermaksud makna ayat ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila
ayat digunakan. Namun menurut M.Breal,1893, semantik bukan sahaja merujuk kepada
makna tetapi juga kepada perkembangannya yang disebut semantik sejarah.

Kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji


bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka
perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna kata boleh
dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan makna
dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan
semantik.

Kata-kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai jenis makna dapat dikategorikan
kepada beberapa golongan seperti sinonim adalah perkataan yang mempunyai makna yang
sama dari segi makna nahu tetapi berbeza daripada segi makna leksikal, bagi antonim pula,
perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan, hiponim pula perkataan yang
maknanya sebahagian daripada makna perkataan lain, homonim adalah perkataan yang
mempunyai bentuk dan bunyi yang sama tetapi maknanya berbeza, polisemi ialah perkataan
yang mempunyai makna yang banyak, dan peribahasa merupakan beberapa perkataan
yang mempunyai satu makna.

Pengembangan Makna
Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu pemgembangan makna dan
penyempitan makna. Peluasan makna meliputi sintaksis dan pragmatik dan menurut Nor
Hashimah Jalaluddin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan Wilson (1980) bahawa
pengkajian makna belum dapat dipastikan makna sepenuhnya mengikut apa yang dihajati
pleh penutur.
Cakupan makna sekarang lebih luas daripada makna yang lama. Contohnya berlabuh, dulu
digunakan dengan pengertian berhenti seketika di laut, tetapi sekarang semua tindakan
berhenti seketika dari bergerak berterusan sama ada di laut atau di darat disebut berlabuh.
Dahulu kata ibu hanya dipakai dalam hubungan biologis, sekarang semua orang yang lebih
tua atau lebih tinggi kedudukannya disebut ibu sedangkan segala orang yang dianggap
sama darjatnya disebut saudara.

Penyempitan Makna
Menurut Chaer (1995), Pateda (1986), penyempitan makna ialah gejala yang terjadi pada
kata yang mulanya mempunyai makna yang cukup luas,kemudian menjadi makna yang
cukup terbatas hanya pada makna tertentu sahaja. Sedangkan Keraf (1986:97) menyatakan
bahawa penyempitan makna sebuah kata ialah proses perubahan makna kata daripada
makna yang lebih luas kepada makna yang lebih khusus atau spesifik.
Sebagai contoh kata ahli membawa makna yang lebih luas iaitu keluarga, sanak-saudara
atau orang-orang yang memasuki sesuatu golongan. Walau bagaimanapun kata ahli juga
telah disempitkan kepada makna orang yang mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau
disebut juga pakar dalam sesuatu bidang.

Peristilahan Bahasa Melayu


i. Definisi Istilah
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:591), istilah ialah kata, gabungan kata
atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat di dalam sesuatu
bidang ilmu atau profesyen. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks
bidangnya.

Menurut Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1992: 1-3) Tataistilah ialah
kumpulan peraturan untuk membentuk istilah ( termasuklah kumpulan istilah yang
dihasilkannya). Tata istilah atau terminology pula merupakan kumpulan istilah bagi satusatu bidang tertentu yang dibentuk menurut peraturan-peraturan yang ada. Misalnya,
tataistilah matematik yang ada yang telah dibentuk berdasarkan sistem tertentu. Manakala
tatanama ialah kumpulan peraturan untuk menentukan nama dalam bidang ilmu
(termasuklah kumpulan nama yang dihasilkannya). Terdapat perbezaan kata biasa dengan
kata istilah. Kata biasa atau kata umum ialah kata-kata biasa di dalam bahasa. Namun
demikian, kata umum boleh menjadi istilah.

ii.Morfem dan Proses Peristilahan


Morfem ialah unit atau fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata akar dan imbuhan yang
digunakan dalam pembentukan istilah. Proses pembentukan istilah Bahasa Melayu ialah
pengimbuhan, pengandaan dan penggabungan.
iii.Kata akar
Kata akar ialah kata yang belum mendapat imbuhan.
Misalnya: rumah, asid, algebra dan sebagainya.

iv.Imbuhan dan Pengimbuhan


Imbuhan ialah morfem yang digunakan untuk mencipta istilah melalui proses pengimbuhan.
Misalnya: ber- (berinteraksi), -an (hasilan), peN- -an (pemprosesan).
v.Penggandaan
Penggandaan ialah ulangan kata dasar sama ada sebahagian (rambut = rerambut) atau
seluruh (kacang = kacang-kacang) untuk membentuk istilah.
vi.Gabungan
Gabungan ialah cantuman dua kata atau lebih untuk membentuk istilah melalui proses
penggabungan. Ada 16 kata majmuk yang mantap seperti setiausaha, warganegara,
bumiputera dan sebagainya. Walau bagaimanapun, ada juga antara istilah yang digunakan
di dalam konteks umum. Dewan Bahasa dan Pustaka (2004), menjelaskan bahawa hal ini
berlaku apabila istilah itu digunakan dengan kerap oleh masyarakat pengguna bahasa, dan
penggunaannya itu tersebar melalui media massa. Contohnya, kata taqwa merupakan istilah
dalam bidang keagamaan Islam dan belanjawan iaitu istilah dalam bidang ekonomi (dewasa
ini istilah bajet digunakan), sekarang ini kata-kata berkenaan sudah digunakan secara am di
dalam penggunaan bahasa sehari-hari. Usaha penggubalan istilah di Malaysia bermula
selepas tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam tahun 1956.

Anjakan Makna Semantik


Anjakan merupakan istilah yang diperkenalkan oleh Catford (1965) yang bermaksud
perubahan bentuk padanan secara formal dalam proses terjemahan teks sumber ke dalam
teks sasaran. Anjakan atau perubahan ini perlu dibuat dengan menyusun semula perkataan
kerana terdapat ketidakserasian leksikal teks sumber dan teks sasaran. Anjakan ini tidak
dapat dielakkan oleh penterjemah jika bentuk asal itu ingin dikekalkan seboleh mungkin.
Terdapat beberapa jenis anjakan dan semuan berteraskan linguistik. Antaranya ialah
anjakan kategori, anjakan kelas, anjakan sistem intra, anjakan peringkat, anjakan unit dan
anjakan struktur.

Anjakan makna ialah perubahan menyeluruh suatu makna dari makna asalnya. Memang
ada kemungkinan makna yang dimiliki sekarang masih ada sangkut pautnya dengan makna
asal tapi keterkaitannya ini tampaknya sudah jauh sekali. Sebagai contoh perkataan seni
yang mulanya bermakna air seni atau kencing sekarang digunakan sebagai istilah untuk
sebuah karya atau ciptaan yang bernilai halus seperti seni lukis, seni tari, seni suara.

Anjakan berlaku apabila berlakunya perubahan unsur-unsur dalam ayat. Terjadi ketika kelas
kata yang dihasilkan dalam bahasa sumber (BT) berubah dari kelas kata bahasa sasaran
(BS). Terjadi perubahan makna secara keseluruhan. Misalnya kata pandai dan pintar. Kini
menjadi kata cerdas. Kata sigap dan rajin kini menjadi terampil.
Terjadi disebabkan oleh satu perkataan memiliki makna primer dan makna sekunder.
Contoh:
i. The deer runs rusa itu berlari
ii. The river runs sungai itu mengalir
iii. My nose runs saya sejuk

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka


Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan yang penting di dalam pembentukan
istilah bahasa Melayu. Di dalam bidang bahasa, DBP berperanan membina korpus dan
menyebarkan melalui buku buku istilah, tatabahasa dan perkamusan. Bahagian pembinaan
dan pengembangan bahasa bertanggungjawab membina dan memperkembangkan istilah,
mengadakan penyelidikan dan menyebarkan hasil pemerolehan mereka. Badan ini juga
bertanggungjawab mengawal penggunaan bahasa dengan mengeluarkan risalah dan
panduan umum kepada sektor awam dan sektor swasta di samping menyediakan khidmat
nasihat.
Peranan utama DBP ialah melaksanakan usaha bagi memenuhi matlamat Bahagian
Peristilahan DBP. Oleh itu, antara peranan yang dilaksanakannya ialah;
a)

Mengumpul istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.

b) Membentuk istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.


c) Memperbanyak istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
d) Menerbitkan istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
e) Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem, sesuai dengan matlamat
penyebaran dan pemasyarakatan istilah.
f) Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu dan mengadakan
kerjasama dengan Indonesia dan Brunei Darussalam melalui MABBIM, dan negaranegara lain.

Peranan MABBIM
MABBIM ialah sebuah badan kebahasaan serantau yang dianggotai oleh tiga negara, iaitu
Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Asalnya badan ini dinamai Majlis
Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM), yang ditubuhkan pada 29 Disember 1972.
Matlamat penubuhan MABBIM ini untuk membina dan mengembangkan bahasa rasmi atau
bahasa kebangsaan di tiga buah negara anggota tetap berkenaan. Pendek kata MABBIM

bertujuan untuk mendaulat, menyebar dan mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai
bahasa peradapan yang tinggi bukan sahaja di rantau malah di dunia.
Dasar Pembentukan Istilah Bahasa Melayu
Pada tahun 1950-an, apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan diluluskan oleh
Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan Parlimen Persekutuan Tanah
Melayu, pengajaran sains dan teknologi diperkenalkan dan ditingkatkan. Dengan itu, istilah
sains dan teknologi perlu diadakan dengan segera. Bagi mendapat hasil yang seragam dan
lebih cepat maka disusun pedoman pembentukan ini sejak tahun 1950-an. Adalah dilarang
kita mengambil sembarangan bentuk Inggeris secara sepenuhnya seperti acid, asiditi, dan
asidik, kerana bentuk bentuk morfologi Melayu berlainan dengan morfologi bahasa
Inggeris.

Manakala pada penghujung akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah disusun
semula satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci. Berdasarkan
pedoman yang baharu itu ada beberapa bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segi
dasar, cara dan pedoman, iaitu:
i. Pembentukan istilah baru hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif
dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden;
ii. Istilah baru hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat
pemakai bahasa;
iii. Pembentukan istilah baru, dalam semua bidang ilmu atau yang popular, hendaklah
sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia;
iv. Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu
dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-Indonesia; dan
v. Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah
asal atau istilah antarabangsa.

Prinsip Pembentukan Istilah


Usaha usaha memajukan istilah Melayu lebih aktif selepas tahun 1975. DBP dengan
kerjasama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Pedoman
Umum Pembentuk Istilah. Jawatankuasa ini berfungsi untuk menghasilkan istilah yang
seragam

antara

Malaysia

dengan

Indonesia.

Di

samping

itu,

badan

ini

juga

bertanggungjawab mengembangkan istilah Melayu dan menghasilkan istilah yang lebih


khusus, abstrak dan tepat bersesuaian dengan bidang bidang ilmu yang terdapat di Malaysia.
Di dalam proses pembentukan istilah, jawatankuasa ini lebih mengutamakan asas bahasa

Melayu atau bahasa bahasa serumpun. Pinjaman juga turut dilakukan. Kerja kerja
penggubalan istilah dan pembentukan istilah berdasarkan kepada beberapa prinsip tertentu.
Istilah boleh dibentuk dengan menggunakan;
i. Kata tunggal iaitu kata yang tanpa imbuhan.
ii. Kata terbitan.
iii. Kata ganda.
iv. Kata gabungan.
i. Istilah Kata Tunggal (Tanpa Imbuhan)
Istilah yang berupa bentuk dasar dipilih antara golongan kata utama, saperti kata nama, kata
kerja, dan kata adjektif.
Contoh:
Kata nama: buruj constellation
rawan - gristle
cahaya- light
Kata kerja: pecut accelerate
Imbas- scan
reka - invent
Kata adjektif: kenyal elastic
Rawak- random
Cemas -anxious
Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:26) menjelaskan akronim adalah kependekan yang
terbentuk daripada gabungan huruf huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan
yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan.
Contoh :
Cerpen
cereka

ii. Istilah Kata Terbitan


Istilah yang berupa kata terbitan dibina daripada kata dasar dengan imbuhan awalan,
akhiran, sisipan atau apitan. Istilah kata terbitan ini juga termasuk kata dasar yang menerima
imbuhan bahasa Sanskrit, Arab dan Jawa.
iii. Paradigma kata dengan imbuhan berContoh:
belajar - pelajar - pelajaran
bertapa pertapa - pertapaan

iv. Paradigma dengan Penambah me(N)Contoh:


Menulis - penulis - penulisan - tulisan
Mengajar pengajar- pengajaran- ajaran
mengubah - pengubah - pengubahan - ubah
v. Paradigma dengan me(N)-, berContoh:
memberhentikan - pemberhentian - perhentian
-pembelajaran - pelajaran
vi. Paradigma kata dengan me(N)-, perContoh:
Mempersatukan pemersatu pemersatuan persatuan
Memperoleh pemeroleh pemerolehan perolehan
vii. Paradigma kata dengan ke - an
Contoh:
o

terbuka

Keterbukaan

bermakna

Kebermaknaan

viii. Paradigma Kata dengan Sisiapan -en-, -er-, -el-, -em-, -inContoh:
Kuncup

kemuncup

Tapak

telapak

ix. Istilah Kata Ganda


Istilah yang terdiri daripada kata ganda boleh merupakan gandaan kata dasar sepenuhnya
atau sebahagiannya dengan atau tanpa imbuhan atau perubahan bunyi.

x. Ganda Penuh
Contoh:
langit-langit ,kanak-kanak
labi-labi ,paru-paru,kura-kura
xi. Ganda Suku Kata Awal
Contoh:
Tetikus, rerongga, jejari
Cecair ,rerambut, kekisi,rerama

xii. Ganda Suku Kata Awal dengan Imbuhan


Contoh:
dedaunan
rerimbunan
xiii. Kata Ganda Berentak
Contoh:
o

Serta-merta ,Bengkang-bengkok

Bolak-balik ,Hingar-bingar

Dolak- dalih ,Mundar- mandi

xv. Istilah Bentuk Gabungan (majmuk)


Istilah boleh dibentuk dengan menggabungkan dua kata atau lebih. Semua unsur dalam
gabungan ini terdiri daripada bentuk bebas, sama ada sudah mendapat imbuhan atau tanpa
imbuhan.
a. Tanpa Imbuhan:
Contoh:
garis lintang atas aras laut
daftar masuk mesin atur huruf
mesin kira tangan segi empat tepat
ganda tiga kamera laut dalam

b. Dengan Imbuhan Pada Salah Satu Unsurnya


Contoh- contoh seperti :
saksi pendakwa ,pelarasan gaji
dalam talian ,atas talian
c. Dengan Imbuhan pada kedua-dua Unsur
Contoh - contoh seperti:
Jagaan perlindungan kedudukan anggaran
Perjanjian ditandatangani perbelanjaan terealisasi
Cabaran Cabaran Pembentukan Istilah
Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa istilah amat mencabar. Kritikan yang dilemparkan
kepada mereka datang bertubi tubi, khusus daripada kalangan yang kurang memahami
rasional di belakang pemilihan sesuatu istilah; dan kritikan sinis ini sering terdengar. Walau
bagaimanapun, bagi orang bahasa, linguis dan pendidik, mereka amat memahami
keputusan yang telah dibuat; mereka akur pada istilah yang telah dibentuk dan menerimanya
dengan hati terbuka. Bagi orang yang tidak memahaminya, tidak semudah untuk mencapai

kesepakatan dan persetujuan di dalam pembentukan istilah baru; tentu sekali banyak
cabarannya. Walau apapun kritikan yang dilemparkan jawatankuasa istilah tetap dengan
pendirian mereka. Hakikatnya kerja yang mereka lakukan berpandu kepada dua kriteria
umum iaitu:

Kepesatan ilmu :
i. Perkembangan ilmu dalam bidang-bidang tertentu.
ii. Penyerapan istilah-istilah baru mengikut perkembangan semasa.
Kepakaran :
a. Kekurangan pakar di dalam bidang tertentu.
b. Penentuan sumber istilah (bahasa asal, bahasa serumpun, bahasa
pinjaman)
Konsep dan definisi singkatan dan Lambang
Definisi Singkatan
Menurut Kamus Dewan (2007: 1501) menyatakan singkatan ialah kependekan, ringkasan ,
merupakan gejala umum dalam pemakaian bahasa. Manakala Nik Safiah Karim dan rakanrakan (2008: 66) Akronim adalah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan
huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada
rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan utuh. Beliau menyatakan ada
tiga cara pembentukan akronim.
Manakala Asmah Hj. Omar (2009:27) akronim adalah kata selapis yang dibentuk dengan
menggunakan suku kata pada kata-kata unsur. Menurut Jawatankuasa Tetap Bahasa
Melayu KPM (1992:15) singkatan terbentuk dengan empat cara melalui penggunaan :
a) Menggugurkan satu bahagian atau lebih bahagian daripada dasarnya. Misalnya :
lab ( laboratory)
b) Menyingkatkan huruf ejaan, tetapi sebutannya seperti bentuk lengkap. Misalnya:
sin - sinus
cm - sentimeter
cos - konsinus
hab - habitat
c) Menggabungkan suku kata atau bahagian kata. Misalnya:
Mara - Majlis Amanah Rakyat
Perkim - Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
Tadika - taman didikan kanak kanak
Cerpen - cerita pendek

d) Menggabungkan huruf pangkal setiap kata, istilah begini dipanggil akronim. Misalnya:
JKR - Jabatan Kerja Raya
LUTH - Lembaga Urusan Tabung Haji
Definisi Lambang
Menurut Kamus Dewan Edisi keempat ( 2007: 876) Lambang ialah tanda yang mewakili
entiti linguistik seperti bunyi, fonem,suku kata, morfem dan kata yang diterima dalam
transkripsi fonetik atau sistem tulisan. Lambang huruf ialah singkatan khusus berdasarkan
kebiasaan yang terdiri daripada satu huruf atau lebih tanpa titik di belakangnya, dan
digunakan untuk menandai sesuatu konsep. Contoh :
meter - meter m , kilogram - kilogram - kg
second - saat s ,ampere - ampere - A
degree - darjah K ,candela - kandela - cd
Ejaan dan Pengistilahan Bahasa Melayu
i. Ejaan Transliterasi Dalam Bahasa Melayu
Kamus Dewan (2007:1712) menyata transliterasi ada penukaran huruf perkataan daripada
abjad sesuatu tulisan (misalanya tulisan Arab kepada huruf yang selaras bunyinya dalam
abjad sistem tulisan lain (seperti Rumi). Ejaan Transliterasi atau alih huruf boleh mengikut
perakuan ISO untuk huruf Arab (Perakuan ISO-R233) atau Perakuan ISO-R315 huruf
Yunani. Contoh transliterasi Arab. Contoh :

Bismillahirrahmanirrahim
Muslimin
hadith
Muslimat
ustaz

ii. Ejaan Transkripsi Dalam Bahasa Melayu


Transkripsi ialah penulisan sebutan yang menunjukkan sebutan dalam bahasa yang
bersangkutan. Istilah asing yang diserapkan ke dalam bahasa Melayu tanpa diterjemahkan,
pada umumnya ditranskripsikan lebih dahulu. Misalnya:
police - polis
ambulance - ambulans
Ejaan nama khas, yang dalam bahasa sumber ditulis dengan huruf Latin, tidak diubah.
Sekiranya nama khas itu ditulis dengan huruf lain, maka diambil ejaannya yang dalam
bahasa Inggeris dan kemudian disesuaikan dengan bahasa Melayu. Misalnya:
Baekelund
Cannizzaro

Soalan 3
Skema Tatacara Pembentukan Istilah Bahasa Melayu
Takrif istilah
Istilah ialah kata atau gabungan kata yang dengan jelas menerangkan makna, konsep,
proses, keadaan atau ciri yang khusus dalam bidang tertentu.
Contoh : hablur, medan magnet, metamorfosis.
Tataistilah dan Tatanama
Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah termasuklah kumpulan istilah
yang dihasilkannya. Tataistilah atau terminology merupakan kumpulan istilah bagi satu-satu
bidang tertentu yang dibentuk menurut peraturan-peraturan yang ada. Misalnya, tataistilah
Matematik yang ada yang telah dibentuk berdasarkan sistem tertentu. Manakala tatanama
ialah kumpulan peraturan untuk menentukan nama dalam bidang ilmu termasuklah
kumpulan nama yang dihasilkannya.
a.

Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu

Pembentukan istilah boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum bahasa Melayu
termasuk kata dari dialek atau bahasa lama. Sesuatu kata yang dipilih untuk dijadikan istilah
itu hendaklah memenuhi syarat yang berikut;
kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang
dimaksudkan.
kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim).
Contoh:
Hospital dan rumah sakit, dipilih hospital
Fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi

b.

kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.


Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun

Istilah juga boleh dibentuk daripada perbendaharaan kata bahasa serumpun dengan bahasa
Melayu sekiranya tidak terdapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu, Contoh
contoh seperti:
gambut (daripada bahasa Banjar) peat
nyeri (daripada bahasa Sunda) pain
engkabang (daripada bahasa Iban) ellipenut
dermaga (daripada bahasa klasik) wharf
dening (daripada dialek Kelantan) yoke

c.

Perbendaharaan Kata Bahasa Asal

Sekiranya istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu dan bahasa
serumpun dengan bahasa Melayu maka bolehlah diambil kata-kata daripada bahasa asal
atau bahasa asing. Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan bentuk ejaannya di dalam
bahasa sumber (perlu disesuaikan) tetapi penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi
bahasa Melayu. Untuk tujuan keseragaman, bahasa Inggeris yang dianggap paling
internasional dijadikan sebagai bahasa sumber melainkan konsep yang berkenaan tidak ada
istilahnya dalam bahasa Inggeris.
Contoh contoh seperti:

D.

Istilah Bahasa Asal

Istilah Bahasa Melayu

Atom

Atom

Electron

Elektron

Professional

Profesional

Psychology

Psikologi

Structure

Struktur

Radio

Radio

Television

Televisyen

Radiography

Radiografi

Penyerapan Istilah Asing

Istilah asing boleh dipinjam atas dasar:


Istilah asing boleh dipinjam atas dasar;
Sesuai maknanya;
Lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya;
Istilah asing yang diserap itu mempermudahkan penyelarasan, sekiranya istilah
bahasa Melayunya mempunyai banyak sinonim.
i. Bentuk-Bentuk Serapan
Kata yang diambil daripada bahasa asing terdiri daripada bentuk akar atau terbitannya.
Hal ini bergantung pada:

Konteks situasi dan pemakaiannya di dalam ayat;

Kemudahan belajar bahasa; dan

Kepraktisan.

Pada prinsipnya diambil bentuk tunggal contohnya, spectrum (spektrum) kecuali kalau
bentuk jamaknya yang lebih biasa dipakai.

ii. Istilah Asing yang sudah lazim


Istilah asing yang sudah lama digunakan boleh terus dipakai walaupun ada kalanya
istilah berkenaan tidak sesuai dengan peraturan. Hal ini dilakukan untuk menjauhkan
kekacauan dan kekeliruan.
Contoh contoh seperti :
Istilah Asing

Istilah Bahasa Melayu

Campaign

Kempen

Custom

Kastam

Dengue

Denggi

Grant

Geran

Pension

Pencen

iii. Pembentukan Istilah Pelbagai Bidang


Pelbagai istilah telah digubal dan dibentuk di dalam pelbagai bidang. Sebagai contoh, istilah
- istilah mengikut bidang berkenaan diberikan di bawah:
(a) Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Bahasa Inggeris

Bahasa Melayu

Audioconferencing

Sidang audio

Autosave

Autosimpan

Broadcast

Siaran;siar

Client-server

Pelanggan-pelayan

Connection-oriented network

Rangkaian berorientasikan

Data scrambler

sambungan

Digital camera

Pengarau data

Digital certificate

Kamera digital

Digital purse

Sijil digital

Digital signature

Dompet digital
Tandatangan digital

(b) Istilah Undang-undang


Bahasa Inggeris

Bahasa Melayu

Administrative order

Perintah pentadbiran

Civil disorder

Gangguan awam

Civil rights

Hak sivil

Double jeopardy

Pendakwaan dua kali

Diplomatic immunity

Kekebalan diplomatik

Extradiction

Ekstradisi

Fraud

Fraud

Fugitive offender

Pesalah buruan

Fundamental rights

Hak asasi

Judicial review

Kajian semula kehakiman

Legitimacy

Kesahan

Mala fide

Mala fide

Mandatory procedure

Tatacara mandatory

Native

Anak negeri

Natural justice

Keadilan asasi

c) Istilah Komputer
Bahasa Inggeris

Bahasa Melayu

Access

Capaian

Bench mark

Tanda aras

Cursor

Kursor

Data base

Pangkalan data

Download

Muat turun

End user

Pengguna akhir

Font

Fon

Hardware

Perkakasan

Integrated circuit

Litar bersepadu

Local area network

Rangkaian kawasan setempat

d) Ekonomi / Pentadbiran Perniagaan


Bahasa Inggeris

Bahasa Melayu

Balance sheet

Kunci kira-kira

Bridging loan

Pinjaman penyambung

Buy out

Beli habis

Buy-back price

Harga beli balik

By-product

Keluaran sampingan

Capital gain

Laba modal / keuntungan modal

Cash flow

Aliran tunai

Certificate of authorization

Perakuan kuasa

Chief executive officer

Ketua pegawai eksekutif

Deed of trust

Surat ikatan amanah

Investment climate

Iklim pelaburan

Long term debt

Hutang jangka pendek

Short-term financing

Pembiayaan jangka pendek

Sole agent

Ejen tunggal

Steering committee

Jawatankuasa pemandu

e) Istilah Perhotelan
Bahasa Inggeris

Bahasa Melayu

Ballroom

Dewan besar

Banquet

Bankuet

Budget hotel

Hotel jimat / hotel kelas ekonomi

Buffet

Bufet

Business centre

Pusat khidmat urusan

Check-in

Daftar masuk

Check-out

Daftar keluar

Cocktail

Koktel

Day use

Guna siang

Deluxe room

Bilik mewah

Double room

Bilik kelamin

Function room

Bilik majlis

Luncheon

Jamuan tengah hari

Twin bed

Katil-kembar

Waiter (L); waitress (P)

Pramusaji

f) Fotografi
Bahasa Inggeris

Bahasa Melayu

Abstract photography

Fotografi abstrak

Between-the-lens shutter

Pengatup antara kanta

Camera angle

Sudut kamera

Daylight film

Filem warna cahaya siang

Effective aperture

Apertur berkesan

Flash

Dengar

Ground-angle view

Pandangan sudut bawah

Half-length portrait

Potret separuh

Invisible light

Cahaya halimunan

Latitude of exposure

Latitude dedahan

Main lighting

Pencahayaan induk

Out of focus

Luar fokus

Periscopic lens

Periskop

Quartz lens

Kanta kuarza

Reflect camera

Kamera reflex

g) Istilah Matematik dan Statistik


Bahasa Inggeris

Bahasa Melayu

Aerial cable

Kabel arial

Affine

Afin

Affine geometry

Geometri afin

Affine variety

Aneka afin

Aggregate

Agregat

Aggregation

Pengagregatan

Aggregative

Berdaya agregat; pengagregatan

Aggregative index

Indeks pengagregatan

Aggregative model

Model berdaya agregat

Ejaan Istilah Asing yang Tetap


Istilah asing tertentu yang sebutan dan ejaannya kekal dalam semua bahasa, digunakan
juga dalam bahasa Melayu dengan syarat diberi garis bawah atau dimiringkan.
i.

landrover

ii. Ad hoc
iii. Overdraf
iv. Qari
v. Protein
Tatacara pembentukan istilah telah ditetapkan sebagaimana yang berikut:
Konsep dan Langkah
Peristilahan merupakan usaha untuk membentuk perkataan bagi mengungkapkan konsep,
idea, proses dan nama bagi sesuatu yang belum wujud dalam bahasa Melayu. Tujuannya
adalah untuk membolehkan bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa ilmu di pusat
pengajian tinggi. Istilah boleh dibentuk daripada beberapa sumber seperti bahasa Melayu,
bahasa serumpun dan juga bahasa-bahasa asing. Kata baharu dalam bahasa Melayu
lazimnya muncul sama ada melalui penciptaan secara penggunaan popular dalam media
massa dan penulisan kreatif atau melalui perancangan bahasa yang rasmi. Ada pelbagai
istilah yang telah diserapkan ke dalam Bahasa Melayu.

Penggunaan Popular
Penciptaan perkataan baharu secara penggunaan popular selalunya dihasilkan oleh penulispenulis sama ada untuk siaran dalam media massa, media elektronik ataupun dalam tulisantulisan kreatif seperti sajak, cerpen dan novel. Perkataan baharu ini pada awalnya
diperkenalkan

secara

ciptaan

sendiri,

melalui

terjemahan

atau

secara

ambilan

keseluruhannya. Bentuk-bentuk perkataan ini akhirnya menjadi popular dan digunakan


secara umum. Antara contoh perkataan :
i.

Ibu kota ,sidang media ,kempen

ii. Perang dingin, sidang kemuncak pasaran hadapan


iii. Tunjuk perasaan, banjir kilat, tanah runtuh
iv. Rumah haram, kudapan, berita gempar
Syarat Syarat
Usaha usaha memajukan istilah Melayu lebih aktif selepas tahun 1975. DBP dengan
kerjasama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Pedoman
Umum Pembentuk Istilah. Jawatankuasa ini berfungsi untuk menghasilkan istilah yang
seragam

antara

Malaysia

dengan

Indonesia.

Di

samping

itu,

badan

ini

juga

bertanggungjawab mengembangkan istilah Melayu dan menghasilkan istilah yang lebih


khusus, abstrak dan tepat bersesuaian dengan bidang bidang ilmu yang terdapat di Malaysia.
Istilah boleh dibentuk daripada beberapa sumber, iaitu daripada bahasa Melayu, bahasa
serumpun dan juga bahasa-bahasa asing.
Pembentukan Istilah Baru
Perkataan umum bahasa Melayu boleh dijadikan istilah asalkan perkataan tersebut
memenuhi syarat-syarat berikut :
i. memberi makna yang tepat mengandungi konsep, proses, keadaan atau sifat istilah yang
dimaksudkan
ii. sekiranya ada dua perkataan kata yang mempunyai makna yang sama, pilihlah perkataan
yang lebih singkat
iii. Perkataan tersebut tidak membawa konotasi buruk
Istilah daripada bahasa serumpun
Sekiranya perkataan Melayu umum tidak terdapat, maka bolehlah diambil perkataan
daripada dialek bahasa Melayu, bahasa Melayu klasik atau bahasa serumpun. Bahasa
Tempatan Sabah juga sudah ada perkataannya yang telah diambil dan digunakan dalam
bahasa seharian. .
Contoh 1:

Jerang air yang membawa makna masak air yang kini boleh digunakan dalam
Bahasa Melayu

Menggunakan imbuhan awal


Menjerang yang membawa maksud memasak
Menggunakan Imbuhan awal dan akhir
Menjerangi yang bermaksud menyatakan bahawa ada orang lain yang sedang memasak
Contoh ayat:
i. Emak menyuruh kakak menjerang air untuk membuat kopi.

Contoh 2:

Usai yang bermaksud hias dan digunakan dalam Bahasa Melayu

Menggunakan imbuhan awal


Mengusai yang membawa maksud menghias
Menggunakan Imbuhan awal dan akhir
Mengusaikan yang bermaksud menghiaskan dan perkataan itu juga menyatakan bahawa
ada orang lain yang melakukan kerja tersebut.
Conth ayat:
i. Aminah yang mengusaikan ruang tamu itu.

Contoh 3:

Sangaran yang membawa maksud sama. Perkataan ini digunakan apabila


seseorang itu mempunyai nama yang sama.

Menggunakan imbuhan awal


Sesangaran yang membawa maksud nama yang sama.
Menggunakan Imbuhan awal dan akhir
Disangarankan yang membawa maksud nama yang disebut sama
Contoh ayat:
i. Saya disarangankan dengan dia kerana kami mempunyai nama yang sama.

Bibliografi

Ahmad

Mahmood

Musanif

(Ph.

D)

(2005).

Modul

Pembelajaran

BBM3206 Semantik, Pusat Pendidikan Luar UPM : Pro-office shoppe Sdn.


Bhd.

Alias

bin

Mohamad

Yatim

(Ph.D)

(1992).

Mengenali

Bahasa

Melayu,

Kulim : Penerbitan Sarlis, Percetakan Paarai.


Ainon Mohddan Abdullah Hassan. (2002). Koleksi terindah peribahasa Melayu. KualaLumpur:
PTS Sdn. Bhd.

Andrian Akmajian et al. (1995) Linguistik : Pengantar Bahasa dan Komunikasi:


Percetakan Ti, Kuala Lumpur

Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif (Ph.D) , (2000). Kuala Lumpur :
Pengantar Linguistik Am, Penerbitan Sarjana.

Nik Safiah Karim dan rakan (2008) Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa danPustaka.

S. Nathesan ( 2001 ) : Makna dalam Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan


Pustaka, Kuala Lumpur.

Rujukan Dari Internet;


http://semantik-labu-labi.blogspot.com/2010/11/teori-makna.html
http://caeser-rio.blogspot.com/2011/09/teori-analisi-komponen.html
http://id.scribd.com/doc/133745202/Komponen-makna

Refleksi

Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnia-Nya
saya dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan
tugas seharian sebagai pendidik. Saya rasa amat bersyukur kerana akhirnya saya berjaya
juga menyiapkan tugasan ini walaupun telah menghadapi pelbagai jenis halangan.
Sebenarnya saya berasa kebingungan ketika proses penyiapan ini sedang dilakukan. Ini
adalah kerana soalan yang dikemukakan agak sukar untuk saya difahami. Saya telah
berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari maklumat yang diperlukan. Saya telah
mencari maklumat yang diperlukan melalui pembacaan di perpustakaan, modul, internet dan
perbincangan dengan rakan-rakan serta para pensyarah.

Walau bagaimanapun, setelah berjaya menyiapkan tugasan ini, saya memperoleh banyak
maklumat yang sangat berguna untuk ilmu dan penyebaran ilmu kepada anak-anak didik
saya. Maklumat ini akan saya aplikasikan bagi memantapkan lagi mutu pengajaran dan
penggunaan bahasa saya dalam kehidupan harian. Tugasan ini telah mendedahkan saya
kepada bidang kajian semantik yang pada pendapat saya begitu luas sekali. Sesungguhnya
bidang kajian Bahasa Melayu amatlah luas. Terlalu banyak bidang yang perlu diketahui oleh
saya selaku seorang pendidik dalam Bahasa Melayu.

Pada mulanya, apabila menerima tugasan Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu, saya
berasakan tugasan ini amat payah dan sukar untuk dilaksanakan memandangkan ini adalah
subjek baru kepada saya. .Saya berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan
tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada saya tentang semantik dan peristilahan bahasa
Melayu amatlah sedikit. Namun dengan bantuan pensyarah-pensyarah, rakan - rakan dan
sedikit ilmu pengetahuan mengenai semantik dan peristilahan bahasa Melayu dapat saya
meneruskan tugasan ini walaupun terdapat masalah kekangan waktu. Cabaran dan
halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan tugasan yang
terbaik, bermula dengan mencari nota yang berkaitan dan seterusnya mengkaji aspek
makna dalam semantik dan pembentukan istilah. Di sini saya telah berjaya mengkaji dan
membuat analisis melalui aspek perbendaharaan kata dan istilah serta makna leksikal dan
makna grammatikal. Aspek-aspek ini dihubungkaitkan dengan bidang semantik dan
peristilahan. Sesungguhnya untuk mengkaji dan menganalisis bukanlah sesuatu yang
mudah dan perlu menghayatinya dengan penuh kesungguhan.

Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan tentang semantik dan
peristilahan bahasa Melayu dapat saya kumpulkan dan saya perolehi maklumat-maklumat
tersebut melalui buku-buku terutamanya buku Tatabahasa Dewan dan sumber internet.

Akhirnya, usaha gigih yang saya lakukan, banyak ilmu yang saya perolehi dan akan saya
gunakan ilmu ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti. Ilmu yang
saya perolehi ini terutamanya membuat analisis mengenainya akan dapat membantu saya
dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di peringkat sekolah atau peringkat
yang lebih tinggi.

Secara amnya, tugasan ini bukan sekadar memenuhi peruntukan yang disenaraikan untuk
pemarkahan sahaja tetapi ianya juga memberi kekuatan dan pengetahuan yang lebih
meluas mengenai ilmu semantik dan peristilahan bahasa Melayu. Sebagaimana yang kita
ketahui semantik merupakan bidang kajian tentang makna sama ada pada peringkat
perkataan atau ayat. Manakala istilah pula merupakan kata atau perkataan atau rangkai kata
atau gabungan kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam
sesuatu bidang ilmu pengetahuan. Bidang kajian tentang makna dalam bahasa Melayu
merupakan sesuatu yang menarik untuk dikaji. Berbagai maklumat dan input yang berguna
dapat saya perolehi melalui tugasan yang diberikan ini .Sebagai seorang pendidik, ianya
amat penting dan berguna sekali dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Sebagai guru, tugasan ini akan saya jadikan sebagai panduan untuk meningkatkan lagi
proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah sekiranya saya diberi
peluang untuk mengajar subjek ini nanti.

Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada yang telah banyak membantu dalam memberi tunjuk ajar bagi
menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak jemu serta
bosan berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan.

You might also like