Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kesihatan dan penampilan merupakan aspek yang sering dikaitkan dengan berat badan

seseorang. Badan yang sihat dengan penampilan yang menarik akan membuatkan seseorang
merasa lebih yakin bila berhadapan dengan masyarakat. Kegemukan atau berat badan
berlebihan dianggap sebagai isu yang memberi kesan ke atas kesihatan dan penampilan
seseorang (Kementerian Kesihatan, 1998). Selain dari menjejaskan kecantikan, kegemukan
akan membataskan pergerakan fizikal serta kerap menyebabkan keletihan di samping
menggalakkan gangguan kesihatan (Anderson dan Barlett, 1998).

Kecergasan fizikal boleh didefinasikan sebagai kemampuan manusia


berfungsi secara efisyen dan berkesan yang akan memberi sumbangan
kepada kehidupan yang berkualiti, belajar secara berkesan, menikmati
masa kesenggangan, sihat dan boleh menghalang penyakit hypokinetik dan
boleh bertindak dalam masa kecemasan (Corbin, 1998).
Menurut Falls (1980), kecergasan fizikal terbahagi kepada dua iaitu
kecergasan fizikal untuk kesihatan dan kecergasan fizikal untuk prestasi.
Kecergasan fizikal untuk kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan
fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan
dan ancaman penyakit hypokinetik (kekurangan pergerakan) seperti
penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang.
Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi dan keupayaan
individu untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya
kuasa, kekuatan, berdaya tahan, kemahiran dan sebagainya.

Index Jisim Badan atau BMI merujuk kepada kadar berat berbanding ketinggian, atau
isipadu seseorang. Ia digunakan bagi menentukan status pemakanan, sama ada kurang,
normal atau lebih dan dikira daripada ukuran berat badan dan ketinggian dan dibanding
dengan jadual pengkelasan. Bmi juga boleh menunjuk anggaran jumlah lemak badan.
Individu dalam keadaan kekurangan tenaga kronik dikatakan sebagai kurus. Keadaan
obesiti menggambarkan individu yang gemuk dan telah lama lebih makanan.

Kajian ini bertujuan mendeskripsi tahap kegemukan ke atas pelajar-pelajar Kursus Perguruan
Lepas Ijazah (KPLI) opsyen Pendidikan Jasmani bagi ambilan 2006. Ini penting bagi
memastikan mereka yang terpilih seharusnya mempunyai fizikal dan perawakan yang ideal
Pembudayaan Penyelidikan Ke Arah Kecemerlangan Profesionalisme Keguruan

2
Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007

bersesuaian dengan tugas serta peranan mereka sebagai bakal guru Pendidikan Jasmani.
Kajian ini juga bertujuan untuk merangka program jangka pendek bagi membantu kumpulan
yang menghadapi masalah kegemukan di kalangan responden.
Secara khususnya, objektif kajian adalah seperti berikut:
i. Mendeskripsi sejauhmana tahap kegemukan di kalangan pelajar Kursus Perguruan
Lepas Ijazah (KPLI), opsyen Pendidikan Jasmani, Institut Pendidikan Ilmu Khas.

ii. Merangka satu program jangka pendek untuk membantu pelajar mengatasi masalah
kegemukan

Bil

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Nama Murid

Umur

Berat

Tinggi

BMI=

Berat
TinggixTinggi

Komposisi
Tubuh
Badan

You might also like