Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KEPENTINGAN KOKURIKULUM DALAM PEMBINAAN MODAL INSAN

Sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara merupakan wadah


untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya serta
alam sekeliling serta untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat
melalui penerapan tentang kefahaman serta nilainilai positif untuk perpaduan kaum
dalam kalangan generasi muda akan datang. Bagi menghasilkan satu sistem
pendidikan seimbang dan sempurna, maka penekanan kepada kedua-dua aspek
iaitu kurikulum dan kokurikulum perlu dititikberatkan.
Kokurikulum

adalah

penting

untuk

merealisasikan

konsep

pengetahuan,

pengalaman dan kemahiran merentasi kurikulum di mana ia merangkumi aktiviti


pendidikan jasmani, seni dan rekreasi, aktiviti sains dan teknologi serta aktiviti
kumpulan dan sosial. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, bidang ini
berupaya memberi peluang kepada murid untuk membina kekuatan jasmani,
menguatkan keupayaan mental, membantu dalam kestabilan emosi seterusnya
kepada kemantapan rohani dalam menerapkan nilai-nilai murni berlandaskan
pegangan kepada agama yang dianuti. Proses pembinaan individu ini perlu
berterusan dan menyeluruh tanpa ada pemisahan antara kurikulum dan kokurikulum
(Ab.Alim, 2004; Tam Yeow Kwai, 2010).
Kokurikulum berupaya menghasilkan kesan positif seperti membentuk keupayaan
mengawal kehidupan sendiri, aspirasi pendidikan yang tinggi dan mengurangkan
masalah keciciran. Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia begitu serius
berusaha dalam pelaksanaan kokurikulum di sekolah-sekolah untuk melahirkan
modal insan yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi unggul,
bersemangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan
bersepadu.

Antara kepentingan aktiviti kokurikulum yang dapat melahirkan modal insan yang
berkualiti adalah:
1. Menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada
Tuhan
Kesedaran kepada Agama dan Kepercayaan kepada Tuhan yang ditekankan dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara merupakan salah satu
matlamat kokurikulum dalam pendidikan yang boleh disemai melalui aktiviti
kokurikulum di sekolah. Percaya dan patuh kepada Tuhan menjadi tuntutan kepada
setiap insan, di mana penganutnya akan dididik agar berakhlak mulia dan
menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan yang negatif. Akhlak adalah
daripada jiwa dan dilahirkan melalui perbuatan (Hamedah & Normah, 2009).
Perbuatan mulia akan diiringi dengan tingkah laku yang berasaskan niliai-nilai murni
yang diamalkan oleh individu. Oleh itu, kesedaran kepada agama dan kepercayaan
kepada Tuhan akan mendorong individu kepada akhlak mulia.
2. Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani,
jasmani dan emosi murid
Proses pembentukan modal insan berkesinambungan dan berterusan dalam
membentuk sahsiah yang seimbang dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani. Dalam intelek, murid dikehendaki mempunyai daya pemikiran yang
kreatif, inovatif, logik dan analitis agar mempunyai daya bersaing dan berubah
mengikut peredaran masa. Menurut John Holloway (1999) menjelaskan bahawa
aktiviti kokurikulum menyumbang kepada kejayaan murid di sekolah. Aktiviti
memberi kesan positif kepada murid kurang upaya dan berisiko mengalami
keciciran.

3. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dalam kalangan murid


Dalam masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa, kaum, agama dan
budaya, perpaduan yang erat adalah penting dalam menjamin kesejahteraan
masyarakat dalam mengejar kemajuan individu, keluarga dan negara. Jawatankuasa
Pelaksanaan Mengkaji Dasar Pelajaran 1979, menjelaskan bahawa aktiviti
kokurikulum dapat menggalakkan semangat berkumpulan, bekerjasama dan
menghormati peraturan. Ini disokong oleh Wee Eng Hoe (1996), yang menyatakan
penyertaan murid dalam pasukan badan beruniform, persatuan dan sukan dapat
menyemai perasaan muhibah, perpaduan dan integrasi nasional.
4. Membina dan meningkatkan disiplin murid
Aktiviti kokurikulum memberi peluang kepada murid memahami konsep latihan
dalam bidang tertentu dengan menggunakan pengetahuan tersebut dalam konteks
yang lebih bermakna dan realistik. Ia juga memberi pengalaman yang mungkin tidak
dapat diperolehi dalam bilik darjah. Maka aktiviti kokurikulum perlu dirancang terlebih
dahulu supaya selaras dan saling melengkapi dengan apa yang diajar di bilik darjah
untuk meningkatkan lagi prestasi mereka dalam pelajaran (Abdullah Sani, 2005).
Penglibatan murid dalam pelbagai aktiviti kokurikulum di anggap dapat memupuk
nilai pendidikan yang positif ke dalam diri murid seperi berbudi bahasa, berdisiplin,
bertanggungjawab, jujur, tolong-menolong, berfikiran terbuka, bercita-cita dan
berdikari. Kokurikulum juga bertujuan melahirkan insan yang dapat memanfaatkan
ilmu ke arah kecemerlangan diri serta mampu memberi sumbangan kepada
masyarakat dan negara.
PROGRAM-

PROGRAM

YANG

DIJALANKAN

OLEH

KEMENTERIAN

PENDIDIKAN DALAM MELAHIRKAN MODAL INSAN MELALUI AKTIVITI


KOKURIKULUM
Bagi melahirkan individu yang menghayati nilai, Kementerian Pendidikan Malaysia
telah membuat transformasi dalam bidang kokurikulum.
melalui:

Antaranya termasuklah

1. Membangunkan murid secara holistik denganmengukuhkan keperluan penyertaan


murid dalam 1Sukan, 1Kelab, dan 1Badan Beruniform.
Pelibatan

dalam

aktiviti

kokurikulum

memberikan

murid

peluang

untuk

membangunkan bakat dan minat mereka di luar persekitaran bilik darjah yang
formal.

Aktiviti

seperti

ini

juga

menyediakan

peluang

yang

baik

untuk

membangunkan kemahiran kepimpinan murid. Oleh itu, setiap murid dijangkakan


akan mengambil bahagian dalam sekurang kurangnya 1Sukan, 1Kelab, dan
1Badan Beruniform. Bagi meningkatkan kualiti aktiviti yang ditawarkan di setiap
sekolah, Kementerian akan memberi latihan bersasaran kepada guru penasihat
aktiviti. Kerjasama dengan lebih banyak organisasi komuniti dan sektor swasta akan
dijalin bagi melaksanakan program ini.
2. Mengukuhkan dan memperluaskan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan
(RIMUP) mulai tahun 2016 untuk memudah cara interaksi antara jenis sekolah dan
kaum.
Melalui program RIMUP ini, murid-murid dapat berinteraksi dengan rakan-rakan
yang pelbagai kaum dari sekolah yang berlainan dalam menjalankan sesuatu aktiviti
yang dapat memupuk semangat kerjasama, kepimpinan dan perpaduan antara
kaum. Selain itu, melalui program ini, pelajar pelajar didedahkan dengan pelbagai
aktiviti dan budaya masyarakat pelbagai kaum dalam Negara Malaysia. Ini dapat
meningkatkan lagi semangat patriotisme dalam diri.

Rujukan
1. Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
2. Ab.Alim Abd Rahim (2004): Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum. Selangor:
Penerbit Oxford Sdn. Bhd.
3. Tam Yeow Kwai (2010): Pengurusan Kokurikulum. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
4. Hamedah Wok Awang & Normah Teh (2009): Sekolah sebagai Pembangun Modal
Insan. Kuala Lumpur: PTS Professional.

You might also like