Professional Documents
Culture Documents
KWS KWK Kwa
KWS KWK Kwa
Lembaran Imbangan, Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan, Penyata Penerimaan dan Pembayaran dan
Nota-nota Akaun.
Bagi Kumpulan Wang Suwa (Kumpulan Sumber Wang Awam) perkara yang diaudit di dalam Lembaran
Imbangan ialah harta, tanggungan dan Kumpulang Wang Terkumpul.
Manakala bagi Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan, ia berkaitan dengan jumlah pendapatan yang
diterima daripada yuran-yuran Khas, majalah, faedah bank, kantin dan pelbagai. Bagi jumlah perbelanjaan
pula ialah digunakan juga untuk membayar yuran-yuran khas, majalah, faedah bank dan pelbagai.
Penolakan di antara pendapatan dan perbelanjaan akan menghasilkan kelebihan ataupun kekurangan
pendapatan atas perbelanjaan. Penyata Penerimaan dan Pembayaran juga diaudit bagi memastikan jumlah
wang terdapat di dalam bank pada 31 Disember tahun semasa audit.
Di dalam pengauditan bagi Kumpulan Wang SUWA juga nota diberikan nombor bagi perkara-perkara
yang hendak diaudit.
Dasar Perakauan . Syarat-syarat yang ditetapkan
Baki Wang Di Tangan (Panjar Wang Runcit)
Wang Pertaruhan
Kumpulan Wang Terkumpul
Pendapatan Yang Diterima (Pelbagai)
Perbelanjaan Faedah Bank
Perbelanjaan Wang Kantin
Pelbagai Perbelanjaan
Selain daripada itu Penyata Penyesuaian Bank pada 31 Disember tahun pengauditan juga disertakan
bersama untuk tujuan rujukan kepada penyata-penyata yang telah ditunjukkan.( Sila lihat lampiran )
Kumpulan Wang Asrama
Lembaran Imbangan, Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan, Penyata Penerimaan dan Pembayaran dan
nota-nota Akaun. Jika ada asrama.
Bagi Kumpulan Wang Asrama ini enrolmen murid bagi tahun pengauditan diperlukan dan dinilai pada 1
Oktober tahun sebelumnya di samping jumlah bantuan pelajaran juga ditunjukkan bagi memudahkan
proses pengauditan. Akhir sekali Penyata Penyesuaian Bank juga mesti ditunjukkan.