Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Fakta pokok kelapa

Pokok kelapa juga dikenali sebagai pokok


nyiur.Pokok kelapa banyak terdapat di tepi
pantai di Malaysia. Pokok ini merupakan
tumbuhan yang berbuah sepanjang tahun.
Pokok kelapa mampu menghasilkan sehingga 75
biji kelapa setahun. Pokok kelapa memang
mempunyai banyak kegunaan. Oleh itu, pokok
kelapa dikenali sebagai pokok serba guna.

-Batang pokok kelapa yang panjang dan keras


itu boleh dibuat titian.

Sabut kelapa dapat digunakan untuk membuat


tali, berus dan pelbagai lagi.

Tempurung kelapa dapat dijadikan tabung dan


barang-barang hiasan.

Isi kelapa boleh digunakan untuk menghasilkan


santan, minyak dan bahan untuk kuih-muih
yang sedap.

Santan kelapa digunakan untuk membuat nasi


lemak, memasak kari dan pelbagai masakan
lagi.

Daun kelapa pula dapat dibuat pembalut


makanan.

Lidi kelapa boleh dijadikan penyapu lidi, cucuk


sate dan pelbagai kraftangan.

Air kelapa merupakan minuman yang


berkhasiat, boleh menyejukkan badan, dan
juga digunakan untuk tujuan perubatan

You might also like