Menilai Hubungan Antara Jantina

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

MENILAI HUBUNGAN ANTARA

JANTINA, UMUR DAN


KEMURUNGAN DENGAN
PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR
SEKOLAH MENENGAH DI NIGERIA
1.0 Pengenalan
Pendidikan merupakan alat penting untuk pembangunan dalam sesebuah Negara di dunia ini. Kegagalan
salah satu masalah besar kepada keluarga, masyarakat dan Negara. Kajian oleh pertubuhan Pendidikan Sanandaj
(2007) melaporkan 27% daripada pelajar-pelajar sekolah menengah mempunyai masalah akademik. Di samping
itu, Hamidin (2006) menunjukkan bahawa USD 50 juta di perlukan untuk menyelesaikan masalah kegagalan
akademik akademik di barat Azerbaijin Wilayah di Iran.
Banyak faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik, salah satunya ialah kemurungan. Kemurungan
dikatakan mempunyai hubungan dengan pencapaian akademik seseorang pelajar. Menurut Busari (2012), Indeks
kemurungan adalah kesedihan yang berterusan, kehilangan semangat (jati diri), perasaan kehilangan harga diri
dan perasaan kehilangan kepentingan diri dalam aktiviti harian. Kajian menunjukkan bahawa kemurungan
mempunyai kesan yang negatif kepada pencapaian akademik. Kajian oleh Lewinsohn,Rohde, dan Seeley (1998)
menunjukan bahawa kadar kemurungan seumur hidup meningkat kepada 14% untuk remaja yang berusia 15
hingga 18 tahun berbanding hanya 3% sahaja semasa mereka zaman kanak-kanak.
Setiap saat, 3% hingga 8% menghadapi gangguan kemurungan utama (MDD) dan kadar ini mengatasi
kadar gangguan penyakit asma sebagai penyakit paling kronik dalam kumpulannya (Jackson, dan Lurie, 2006).
Menurut Zalsman, Brent, dan Weersing (2006) menyatakan bahawa belia yang tertekan adalah berisiko
untuk menghadapi masalah tingkah laku, gangguan personaliti, penyalahgunaan dadah, obesiti, konflik
interpersonal, hubungan sosial yang tidak memuaskan, tahap pendidikan dan pekerjaan yang kurang
memuaskan.

2.0 Penyataan Masalah Kajian


Menurut Airaksinen, Wahlin, Forsell dan Larsson (2006) mendapati bahawa kemurungan mempunyai
kesan ke atas prestasi memori di kalangan responden. Selain itu, Pine, Lissek, Klein et al. (2004) menunjukkan
bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara prestasi ingatan, umur dan jantina. Data daripada kajian

mereka menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara prestasi memori dan kemurungan utama
(F (2,351) = 3,3; p <.05), keputusan ini menunjukkan bahawa kemurungan menurun akan menyebabkan prestasi
memori juga akan menurun. Park, Goodyear dan Teasdle (2002) pula mendapati kemurungan yang terjejas akan
menjejaskan kapasiti memori di kalangan remaja. Di samping itu, Mowla, Ashkani, Ghanizadeh, Dehbozorgi,
Sabayan dan Choherdri (2007) menunjukkan bahawa prestasi memori, melalui sub-ujian Memori Wechsler
Skala-III, ada kaitan dengan kemurungan.
Torzandjani (2006) mendapati bahawa kemurungan memberi kesan daripada sebahagian memori
seperti kawalan minda, memori visual dan pembelajaran persatuan. Ia bermakna bahawa kemurungan
menjejaskan perhatian dan penumpuan seseorang. Untuk menghuraikan proses ini, teori pemprosesan maklumat
(Atkinson dan Schifrin, 1968) digunakan untuk menjelaskan kesan kemurungan ingatan. Menurut teori ini,
apabila tumpuan dan perhatian yang terjejas, ingatan jangka pendek tidak dapat memindahkan maklumat kepada
memori jangka panjang. Seperti yang disebutkan di atas, kemurungan menghalang pemindahan maklumat
daripada ingatan jangka pendek ke memori jangka panjang. Jadi, Sharifi (2001) menunjukkan bahawa pelajar
sekolah tinggi di Sanandaj didapati 17%, mengalami masalah kemurangan yang teruk, 44 % kemurungan
sederhana dan 17% kemurungan ringan . Seperti yang disebutkan di atas, kemurungan menjejaskan pencapaian
akademik. Menurut Chen dan LI (2000), remaja yang terdedah kepada kemurungan akan menyebabkan
kemunduran pelajaran (Osiki dan Busari

2002). Dengan menggunakan maklumat berdasarkan model peruntukan sumber berkesan juga mendapati
perasaan tertekan pada kognisi dengan gejala kemurungan adalah kecenderungan nebghadapi masalah gangguan
untuk menumpukan perhatian mereka kepada sesuatu perkara, pemikiran yang tidak relevan, menjejaskan
ingatan & pemikiran (kognitif) pelajar dan seterusnya membawa kepada perhatian kegagalan akademik (Busari
dan Uwakwe 2001). Sebagai contohnya, Frojd et al. (2008) melaporkan kemurungan menjejaskan fungsi
kognitif , blok sumber kognitif dan juga prestasi akademik (Busari dan Eniola 2008). Ini menunjukkan
kemurungan boleh mengganggu tumpuan dan perhatian dalam pembelajaran seseorang pelajar serta
menyebabkan prestasi akademik menjadi lemah. Kajian menunjukkan, bahawa tekanan perasaan yang negatif
berkaitan dengan prestasi akademik. Petunjuk kemurungan di kalangan remaja termasuk paras keresahan,
perasaan rendah diri, perasaan kritikan diri yang tinggi dan defisit kemahiran sosial (Beasly dan Beardslee,
1998). Remaja yang mempunyai gaya pemikiran yang negatif akan menjerat diri mereka sendiri dan masa depan

mereka. Ini mengakibatkan mereka berkecendungan untuk nendapat risiko gangguan kemurungan utama
(MDD) (Jeffrey, Sava, dan Winters, 2005).
Selain itu, orang-orang yang tertekan dengan dan tanpa memori aduan mempunyai skor yang lebih
rendah pada Memori Wechsler Skala-III daripada kumpulan kawalan. Tambahan pula, roping dan Cogin (1993)
mendapati bahawa kemurungan mempunyai kesan ke atas disfungsi ingatan, terutama di kalangan orang dewasa
yang lebih tua. Begitu juga, An de Decker, Hermans, Raes dan Eelen (2003) menunjukkan bahawa kemurungan,
kebimbangan, bimbang, kekecewaan, atau tekanan subjektif, ketara berkaitan dengan mendapatkan semula
kenangan tertentu. Juga, Afshar (2004) mendapati bahawa min memori yang telah diukur oleh Wechsler

Memori Skala-3rd Editions (WMS-III) dalam tertekan, Alzheimer dan kumpulan normal adalah 47, 37 dan 55
masing-masing.
Fergusson dan Horwood (1997) dalam kajian mereka dengan 1000 responden berusia antara 8-18 tahun
di New Zealand melaporkan bahawa terdapat perbezaan sekolah pencapaian antara lelaki dan perempuan.
Kajian mereka mendapati bahawa lelaki mendapat skor yang lebih rendah berbanding perempuan dalam semua
ujian standard. Linver et al. (2002) dalam kajian mereka ke atas 1821 responden di kalangan remaja dari
Amerika Syarikat, mendapati bahawa perempuan mempunyai gred yang lebih tinggi berbanding lelaki.
Anne Rampacher dan Peterson (1999) menunjukkan umur mempunyai kesan ke atas pencapaian
akademik di kalangan pelajar. Ramai penyelidik mendapati bahawa sebahagian besar di kalangan pelajar di
Nigeria gagal dalam akademik dan ada yang cuba untuk mencari sebab-sebab di sebalik kadar kegagalan yang
membimbangkan itu.
Berdasarkan permasalahan yang telah dikemukakan di atas, mencetuskan idea kepada penyelidik untuk
membuat kajian tentang hubungan antara jantina, umur, kemurungan dan prestasi akademik di kalangan remaja
di Nigeria. Tajuk jurnal ini ialah Menilai Hubungan antara Jantina, Umur, Kemurungan dan Prestasi Akademik
di kalangan Remaja. Kajian ini dibuat oleh Busari, A.O. dari Federal College of Education (sp) Oyo, Nigeria.

3.0 Objektif Kajian


Secara khusus objektif kajian ini adalah untuk :
1.

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara kemurungan dan pencapaian
akademik di kalangan remaja.

2.

Mengkaji hubungan antara jantina dengan pencapaian akademik di kalangan remaja.

3.

Mengkaji hubungan antara umur dengan pencapaian akademik di kalangan remaja.

<!--[if !supportLists]-->4.0 <!--[endif]--> Persoalan Kajian


Daripada objektif kajian yang dinyatakan , persoalan kajian adalah seperti berikut :
<!--[if !supportLists]--> i. <!--[endif]-->Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kemurungan dengan
pencapaian akademik remaja?
<!--[if !supportLists]--> ii. <!--[endif]-->Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara jantina dengan
pencapaian akademik remaja?
<!--[if !supportLists]--> iii. <!--[endif]-->Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara umur dengan pencapaian
akademik remaja?

<!--[if !supportLists]-->5.0 <!--[endif]--> Hipotesis Kajian


Ho1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kemurungan dengan pencapaian
akademik remaja.
Ho2 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara jantina dengan pencapaian akademik
remaja.
Ho3 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara umur dengan pencapaian akademik
remaja.

<!--[if !supportLists]-->6.0 <!--[endif]--> Kaedah Kajian


Kajian ini telah dijalankan ke atas sampel yang dipilih secara rawak ke atas 1200 pelajar remaja (600 lelaki
dan 600 perempuan) dalam usia berkisar 15-19 tahun di Selatan Barat Nigeria. Instrumen yang digunakan untuk
pengumpulan data adalah Inventori Kemurungan Beck (21 item BDI). Analisis data dilakukan dengan
mengunakan kaedah analisis deskriptif ( mod, peratusan, min dan sisihan piawai) serta korelasi Pearson dan
ujian-t.
<!--[if !supportLists]-->7.0 <!--[endif]-->Hasil Kajian ( Interprestasi data)
<!--[if !supportLists]--> i. <!--[endif]-->Jadual 1 menunjukkan bahawa bilangan responden dalam kajian semasa
termasuk 600 (50%) lelaki dan 600 (50%) perempuan. Lingkungan umur responden adalah 15-19 tahun dan
sampel dibahagikan kepada tiga umur kategori: 45.3% berumur 15-16 tahun, 36.6% berumur 17-18 dan
kumpulan terakhir, 18.1% berumur 19 tahun. Daripada responden 5.8% melaporkan prestasi akademik mereka

kurang daripada 39, manakala 43%, 25.3% dan 25.8% daripada mereka dilaporkan prestasi akademik mereka
untuk menjadi 40-49, 50-69 dan lebih daripada 70 masing-masing. Di samping itu, hasil kajian menunjukkan
bahawa 67,91% daripada responden adalah normal (tidak tertekan) , manakala 25.8% telah sedikit tertekan,
3.4% adalah sederhana tertekan dan 2.8% mempunyai kemurungan yang teruk.
Jadual 1: Prestasi Akademik dan Kaitannya Dengan Pemboleh ubah Kemurungan, Umur dan
Jantina
Kemurungan

39

40 49

50 69

70

Total

Peringkat

%n%

Normal ( 0 15)

20

1.7

320

26.7

217

18.08

258

21.5

815

67.9

Ringan ( 16 30 )

42

3.5

147

12.3

78

6.5

43

3.6

310

25.8

Moderate ( 31 46 )

0.7

21

1.75

0.5

0.5

41

3.4

Severa ( 47 63 )

0.0

28

2.3

0.25

2.25

34

2.8

0.0

142

11.8

151

12.6

251

20.9

544

45.3

0.75

225

18.8

156

13.0

49

4.1

439

36.6

27

2.3

147

12.3

34

2.8

0.75

217

Male

30

5.0

306

51.0

141

23.5

123

20.5

600

Female

1.0

219

36.5

174

29.0

201

33.5

600

Kumpulan Umur
15 16
17 18
19

18.1

Gender

<!--[if

!vml]-->

<!--[endif]-->
<!--[if !supportLists]--> ii. <!--[endif]-->Berdasarkan jadual 2, Korelasi Pearson menunjukkan kemurungan
mempunyai hubungan yang signifikan (r = -0.24, p 0.01) dengan prestasi akademik. Hubungan negatif ini
menunjukkan semakin tinggi tahap kemurungan menyebabkan prestasi akademik remaja semakin rendah,
sebaliknya semakin rendah tahap kemurungan akan menyebabkan prestasi akedemik remaja semakin tinggi.
Hubungan antara kemurungan dan pencapaian akademik adalah lemah.
<!--[if !supportLists]-->iii. <!--[endif]-->Berdasarkan jadual 2, Korelasi Pearson juga menunjukkan umur
mempunyai hubungan yang signifikan (r = 0.25, p 0.01) dengan prestasi akademik. Hubungan positif ini
menunjukkan semakin meningkat umur pelajar, prestasi akademik mereka juga semakin tinggi (baik). Manakala

semakin muda ( rendah ) umur seseorang pelajar, semakin rendah prestasi akademik mereka. Hubungan antara
umur dengan prestasi akademik adalah rendah. Dapatan kajian ini selari dengan hasil kajian oleh Fergusson dan
Horwood (1997) dan Linver et al. (2002) yang mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara umur
dengan prestasi akademik di kalangan remaja.

Jadual 2 : Korelasi Pearson Antara Kemurungan (Tekanan) Dengan Pencapaian Akademik


Pemboleh ubah

Kemurungan
Umur
*p .01

p
- 0.24
- 0.25

0.00*
0.00*

iv. Berdasarkan jadual 3, didapati terdapat hubungan yang signifikan antara prestasi akademik antara lelaki dan
perempuan, (t(1) = -5,51, p 0.05). Ini menunjukkan yang signifikan antara lelaki dan perempuan dalam
prestasi akademik remaja di Nigeria. Ujiant sampel bebas adalah signifikan t (641) = -4.90 , p<.05 secara
statistik. Jadi, keputusan ini berjaya menolak Ho dan menerima HA. Keputusan Ini menunjukkan terdapat
perbezaan antara pencapaian akademik pelajar berdasarkan jantina. Min pelajar perempuan (17.73) lebih tinggi
berbanding min pelajar lelaki (16.45) dalam pencapaian akademik.
Jadual 3 : Ujian t Antara Pencapaian Akademik Kemurungan Dengan Jantina
Jantina

min

sp

Lelaki
Perempuan
*p .05

16.45
- 0.25

16.45
17.73

2.51
2.23

-5.51

0.00*

<!--[if !supportLists]-->8.0 <!--[endif]-->Cadangan


Penyelidik mencadangkan bahawa bersama-sama dengan prestasi akademik, kesihatan mental akan
dibangunkan dalam persekitaran sekolah menggunakan strategi sokongan seperti pendidikan bimbingan
kaunseling dan program pengajaran kemahiran hidup dan psikoterapi.
Selain itu, saya mencadangkan supaya pihak kerajaan mewujudkan satu pusat khas kepada remaja-remaja
yang menghadapi masalah kemurungan yang serius. Dimana remaja di pusat tersebut diberi latihan kemahiran
bersosial dan kemahiran menyelesaikan masalah supaya kehdupan mereka tidak terasing daripada dunia
sebenar.

9.0 Kesimpulan
Kajian ini telah membuktikan wujudnya hubungan yang signifikan antara kemurungan, umur dan
jantina dengan prestasi akademik di kalangan remaja sekolah menengah. Kemurungan didapati lmempunyai
kesan serius terhadap prestasi akademik di kalangan remaja. Ia menurun pencapaian akademik. Ia juga
mengurangkan motivasi pelajar yang menyebabkan mereka hilang tumpuan untuk belajar seterusnya membawa
kepada kegagalan dalam akademik.
Oleh itu, dicadangkan agar kaunselor di menengah sekolah perlu memainkan peranan penting dengan
memperkenalkan aktiviti pencegahan kemurungan. Kaunseleor sekolah perlu memberi bimbingan untuk
mencegah berlakunya kemurungan dengan mengadakan aktiviti kaunseling secara terancang dan sistematik
untuk memperbaiki tahap kemurungan di kalangan pelajar. Bimbingan tersebut akan dapat mengatasi tekan
hidup yang ditanggung oleh mereka serta mengajar mereka tentang kehidupan dalam masyarakat melalui teknik
terapeutik agar dapat meningkatkan prestasi akademik serta mengurangkan kesan kemurungan dikalangan
pelajar sekolah menengah.

BIBLIOGRAFI
Afshar, H (2004). Compression of Memory in depressed, Alzheimer and normal groups, PhD
Thesis, Iran University of Medical Science and Health Services.
Airaksinen, E, Wahlin, , Forsell,Y, Larsson, M (2006). Low episodic memory performance as a
premorbid marker of depression: evidence from a 3-year follow- up. Acta Psychiatrica
Scandinavica (Online Early)

Arsaythamby Veloo, Arumugan Raman (2012), Kaedah analisis & interprestasi data, Sintok :
Penerbitan Universiti Utara Malaysia.
Arsaythamby Veloo, Arumugan Raman (2010), Panduan menganalisis & menginterprestasi
data, Sintok : Penerbitan Universiti Utara Malaysia.
Azizi Yahaya ( 2006 ). Menguasai penyelidikan dalam pendidikan: Teori,Analisis &
Interpretasi Data. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.
Best,J.W. (1981 ). Research in Education. New Jersey: Prentice Hall

http://zuriman2.blogspot.com/2012/11/menilai-hubungan-antara-jantinaumur_2358.html

You might also like