Professional Documents
Culture Documents
KBSR Dan KLSR PDF
KBSR Dan KLSR PDF
konflik perkauman yang tercetus pada 13 Mei 1969. Kerajaan Malaysia terpaksa mengkaji semula
matlamat -matlamat pendidikan negara dan seterusnya merancang suatu sistem pendidikan yang lebih
sesuai dengan harapan boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan dapat mengelakkan tragedi
konflik perkauman itu daripada berulang kembali.
Aspek Pengurusan Bilik Darjah KLSR
Bilik darjah tradisi digunakan di Negara kita untuk mendidik murid di bawah Kurikulum Lama
Sekolah Rendah ( KLSR ) iaitu sebelum KBSR diperkenalkan. Bilik darjah tradisi ini merupakan satu
tempat bagi sekumpulan pelajar mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh guru menggunakan kaedah
keseluruhan kelas. Di dalam bilik darjah jenis ini biasanya pelajar duduk mengikut susunan kerusi dan
meja sebaris demi sebaris. Guru lazimnya berdiri di hadapan bilik darjah dan meyampaikan pengajaran
menggunakan kaedah dan strategi tertentu. Terdapat juga kerusi dan meja guru serta papan hitam yang
digantung dihadapan kelas.
Ciri-ciri bilik darjah tradisi:
1) Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris
2) Pelajar yang rendah.bertubuh kecil dan kurang pengelihatan dan pendengaran ditempatkan di hadapan
3) Kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedah pengajaran yang lebih berpusat pada guru.
4) Cara pengajaran keseluruhan kelas merupakan kaedah mengajar utama di dalam bilik darjah.
5) Jarang mempraktikkan aktiviti berkumpulan
6) Pelajar berada dalam keadaan pasif dan menerima apa sahaja yang disampaikan oleh guru.
Aspek pengujian dan penilaian dalam Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR).
Dalam aspek pengujian menurut Laporan Rahman Talib, semua murid perlulah lulus dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu peperiksaan awam, di mana kertas peperiksaan tersebut ditulis dengan
menggunakan Bahasa Melayu dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan
dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.Selain itu, sistem pendidikan pada tahap ini
berorientasikan kepada pembasmian buta huruf. Murid diuji untuk mengetahui kebolehan mereka untuk
mengujarkan sesuatu huruf. Pengujian dalam aspek bacaan dititikberatkan mengikut kurikulum KLSR ini.
Peperiksaan LCE juga telah dimansuhkan dan diganti dengan SRP. (1978). Justeru, peperiksaan Umum
yang wujud pada masa ini ialah Peperiksaan Malayan Secondary School Entrance Examination (MSSEE),
Ujian Penilaian Darjah Lima, Ujian Diagnostik darjah Tiga, SRP, SPMV dan MCE. Aspek penilaian
dibuat sepenuhnya berdasarkan peperiksaan bermula pada darjah tiga. Pada tahun 1973 ujian Diagnostik
diperkenalkan pada Darjah 3 supaya kerja pemulihan dapat dilaksanakan awal. Sementara itu, mulai tahun
1967, muridmurid dikehendaki menduduki peperiksaan Penilaian Darjah 5. Tujuannya adalah bagi
menjalankan pemulihan ketika murid tersebut berada dalam darjah enam.
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
1982 - Percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia.
1983 - Pelaksanaan penuh di semua sekolah.
1984 - Amalan perdagangan disisipkan dan diganti dengan Kemahiran Hidup.
1988 Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan secara rasmi
1993 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.
1994 - Alam Dan Manusia digantikan dengan Sains Dan Kajian Tempatan.
Perlaksanaan KBSR adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan
Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979. Kajian
yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet ini terhadap Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR)
yang telah dilaksanakan sejak merdeka tersebut mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan yang
perlu diatasi. Antaranya termasuklah isi kandungan sukatan pelajaran yang berulang dan tidak mempunyai
kaitan antara satu sama lain. Keduanya ialah dari segi sukatan pelajarannya yang terlalu banyak sehingga
membosankan murid. Yang ketiga ialah guru dan murid terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran apabila
menjelang peperiksaan. Aspek keempat ialah pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan buku
teks tanpa menggunakan sebarang bahan bantu lain. Aspek kelima ialah aktiviti kokurikulum dijalankan
secara berpisah dan tiada kaitan dengan kurikulum formal bilik darjah.
Justeru, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah dilancarkan sepenuhnya pada tahun 1983. Pada
tahun 1993, Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan kepada nama baharu iaitu Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah. Namun, hanya perubahan nama sahaja yang berlaku. Kandungan kurikulum itu masih
sama seperti sebelumnya. Antara objektif penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai ialah yang
pertama, murid dapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai
alat perpaduan dengan baik dan memuaskan. Rancangan KBSR juga telah menekankan penguasaan
terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira. Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia
Sekolah Rendah 1983 dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah dengan jelas menyatakan bahawa di akhir
program Bahasa Malaysia, murid seharusnya boleh menulis karangan dan surat kiriman yang tepat dengan
maksud dan tajuknya serta memahami dan boleh mengisi borangborang yang sesuai untuk keperluan
seharian. Mereka yang lemah akan diberikan pemulihan ataupun mengulangi pengajiannya. Di samping
itu juga, ia juga memberi tumpuan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi
aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Aspek pengajaran nilai-nilai murni dan
kewarganegaraan juga turut ditekankan berbanding KLSR sebelum ini. Pengajaran mata pelajaran moral
dan Pendidikan Islam pula menjadi unsur kesepaduan dalam pengajaran, bukannya terletak
pada guru agama sahaja. KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang
kemanusiaan dengan persekitaran dan bidang perkembangan diri individu. Bidang komunikasi pada
asasnya terdiri daripada komponen Kemahiran Asas yang mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu
Bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris serta mata pelajaran Matematik. Bidang Kemanusiaan dan
Alam Sekitar pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Kerohanian, Nilai dan Sikap serta Komponen
Kemanusiaan dengan Alam. Mata pelajaran yang mewakili bidang ini ialah mata pelajaran Pendidikan
Islam dan Pendidikan Moral. Bidang yang ketiga pula iaitu bidang perkembangan diri individu terdiri
daripada komponen Kesenian dan Rekreasi yang mengandungi mata pelajaran Muzik, Pendidikan Seni
dan Pendidikan Jasmani. Berdasarkan perkara yang berkaitan di atas, maka jelaslah bahawa matlamat
pendidikan KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh dari
aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah
dan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang
kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik.
Melalui aktiviti kokurikulum KBSR pula ianya meliputi aktiviti kelab, persatuan, permainan serta unit
beruniform. Murid-murid dapat berinteraksi dengan pelbagai kaum, memahami budaya kaum lain,
mendisiplinkan diri, serta dapat mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama dengan rakan- rakan yang
berlain agama dan budaya. Justeru, penerapan nilai- nilai murni ini adalah penting dalam pemupukan
individu ke arah mencapai integrasi nasional.
Aspek Pengurusan Bilik Darjah KBSR
Bilik darjah KBSR telah diperkenalkan di Negara kita pada tahun 1982 di beberapa buah sekolah rendah
sebagai percubaan manakala bilik darjah KBSM pula diperkenalkan apabila pelajar dari sekolah rendah
tadi meneruskan pengajian ke sekolah menengah pada tahun 1988. Bilik darjah jenis ini mempunyai
perbezaan yang begitu ketara jika dibandingkan dengan bilik darjah tradisi.
Dari segi susunan fizikal,kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kaedah kumpulan. Ini kerana program
KBSR menekankan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dan interaksi antara guru dengan pelajar
serta pelajar dengan pelajar sangat ditekankan. Dari segi strategi pengajaran,pendekatan yang digunakan
lebih bersifat berpusatkan pelajar dan pengelibatan mereka secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran amat digalakkan.
Dari segi bentuk dan kemudahan,di dalam bilik darjah KBSR disediakan ruang pembelajaran untuk
memudahkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Selain itu bahan pengajaran dan hasil
pembelajran juga diletakkan di ruang tersebut. Hal ini menimbulkan suasana bilik darjah yang menarik
dan merangsang proses pengajran dan pembelajaran
Ciri-ciri bilik darjah KBSR
1) Kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kumpulan
2) Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kobolehan tersendiri
3) Menggalakkan pengelibatan pelajar secara aktif
4) Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar
5) Kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar
6) Hasil kerja yang dipamerkan memperlihatkan suasan pembelajaran yang kondusif
7) Pelajar sentiasa berada dalam keadaan aktif.
Aspek pengujian dan penilaian dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
Ujian Diagnostik Darjah 3 telah digantikan dengan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang dapat
dijalankan selama tiga tahun sebelum dimansuhkan. Penilaian Darjah 5 pula telah digantikan dengan
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk murid-murid KBSR, tahun 6. Antara jenis ujian lain
yang terdapat dalam kurikulum baru ialah Penilaian Menengah Rendah(PMR) pada tingkatan tiga, Sijil
Pelajaran Malaysia(SPM) atau Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia(SPVM) dan Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia(STPM). Aspek penilaian dalam KBSR pula menekankan penguasaan tiga kemahiran
yang perlu dikuasai dan diuji iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Murid
yang tidak dapat menguasai kemahiran ini akan diberikan pemulihan.
Daripada aspek penilaian pula, kurikulum ini memberikan kenaikan darjah secara automatik tetapi murid
yang lemah diberi peluang untuk mengulang darjah atau mengikuti kelas pemulihan yang dijalankan.
Dari aspek bentuk penilaian yang dilaksanakan guru adalah secara formatif dan sumatif. Penilaian sumatif
ialah penilaian yang dijalankan di akhir sesuatu matapelajaran. Contohnya adalah seperti ujian akhir
tahun, dan ujian bulanan. Penilaian formatif pula ialah penilaian yang dijalankan secara berterusan seperti
kuiz dan soal-jawab.
Kurikulum Sekolah Bestari (KSB)
Kurikulum Sekolah Bestari merupakan pengurusan dan pentadbiran yang berkomputer sebagai
proses pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum ini digubal berdasarkan beberapa aspek iaitu lebih
berpusatkan pelajar, membekalkan pengetahuan secara global, memupuk pemikiran kreatif dan inovatif,
dan menggunakan sains dan teknologi. Konsep pembelajaran Bestari yang diperkenalkan melalui
kurikulum ini adalah sejajar dengan pemindahan teknologi di Multimedia Super Corridor (MSC) yang
mahu menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan bertaraf dunia. Kurikulum Sekolah Bestari
diharapkan dapat mengubah pembelajaran yang berorientasikan peperiksaan kepada budaya berfikir
secara kreatif dan kritis dan berkebolehan menyelesaikan masalah. Matlamatnya adalah bagi melahirkan
anak-anak bestari iaitu individu yang kreatif dan berupaya menjana maklumat baru. Penekanan
kepada domain intelektual dan afektif juga ditekankan. Teknologi digunakan dalam meningkatkan akses
kendiri. Pelaksanaan kurikulum ini diharapkan dapat menjadikan pembelajaran lebih menarik, seterusnya
meningkat pencapaian murid. Hal ini seterusnya mewujudkan masyarakat yang progresif dan
menumpukan teknologi maklumat. Kurikulum ini turut memperkenalkan satu aspek baharu iaitu rentasan.
Rentasan dijalankan dalam semua kemahiran, nilai, pengetahuan dan bahasa yang dirangkumkan
bersama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Justeru, murid akan dapat membina pengetahuan, nilai
dan kemahiran dalam setiap cabang ilmu di sekolah. Penyelidikan yang dijalankan dalam kurikulum ini
mengesyorkan supaya pendidikan melibatkan beberapa elemen. Antaranya ialah Kemahiran Berfikir
Secara Kritis dan Kreatif, Kemahiran Generik, dan Projek Pembelajaran Akses Kendiri( Inkuiri
Penemuan) .
Aspek pengujian dan penilaian dalam Kurikulum Sekolah Bestari (KSB).
Dalam aspek pengujian peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM atau SPVM dan STPM tetap
dijalankan mengikut kurikulum ini. Namun, kurikulum ini memperkenalkan satu penilaian baharu iaitu
melalui sistem on-line.
Perubahan Pendidikan di Malaysia dari KLSR ke KBSR
Kurikulum Baru Sekolah Rendah adalah berpusatkan kanak kanak. Ini bermakna kaedah pengajaran chalk
and talk telah pun diketepikan. Penyertaan pelajar daalam pelbagai aktiviti pembelajaran amat ditekankan.
Kurikulum yang lama bercorak pendidikan umum yang menitikberatkan hafazan manakala perubahan baru
lebih menekankan pendidikan asas yang menumpukan pada keupayaan murid membaca, menulis dan
mengira.
Dalam kurikulum lama terdapat terlalu banyak mata pelajaran, dengan demikian perubahan dilakukan dan
pelajaran yang baru hanya meliputi tiga bidang iaitu komunikasi, perkembangan diri dan bidang manusia
dan sekelilingnya.
Suakatan pelajaran lama adalah kurang fleksibel, sebaliknya dalam perubahan yang dilakukan lebih
menekankan perkaitan dan penyerapan.
Sistem lama menekankan kaedah pengajaran kelas manakala perubahan yang dilakukan mengambil inisiatif
yang baru iaitu lebih menitikberatkan kaedah pengajaran individu dan kumpulan.
Dalam sistem yang baru, pendidikan pemulihan disediakan bagi pelajar lemah manakala program
pengayaan disediakan bagi mengembangkan lagi kebolehan pelajar yang cepat menguasai kemahiran kemahiran pembelajaran.
Sistem baru menekankan komponen nilai nilai murni Oleh yang demikian pelajar pelajar bukan Islam
wajib mengikuti kelas Pendidikan Moral.
Sistem lama menekankan penilaian sumatif manakala dalam sistem yang baru, kedua dua penilaian
fromatif dan sumatif ditekankan. Penilaian formatif bertujuan mengesan kelemahan pelajar dengan tujuan
memberi pendidikan pemulihan.
Dalam sistem pendidikan lama, pendidikan prasekolah kurang diberi penekanan. Dalam perubahan yang
dilakukan pendidikan prasekolah diperkenalkan di sekolah sekolah rendah terutamanya di kawasan luar
bandar bagi membolehkan kanak kanak di bawah umur tujuh tahun mendapat pengalaman persekolahan.
Penutup
Kurikulum sebenarnya ialah panduan untuk guru dalam mencapai matlamat yang disasarkan
negara. Pada dasarnya kurikulum yang dibentuk mempunyai motif untuk membentuk integrasi nasional
dalam kalangan murid yang berbilang kaum. Kemudian, pembentukan kurikulum dilihat dapat
menyumbang ke arah pembentukan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan dasar - dasar negara,
matlamat secara menyeluruh dan bersepadu. Justeru, segala perubahan dalam kurikulum, perlu difahami
oleh semua lapisan masyarakat agar hasrat murni yang ingin dicapai melalui pendidikan dapat dijayakan
dengan berkesan dan sempurna. Kurikulum akan sentiasa mengalami pembaharuan apabila wujudnya
ilmu-ilmu baru atau penemuan-penemuan baru. Selain itu pembaharuan kurikulum adalah disebabkan oleh
kehendak masyarakat yang sentiasa berubah. Justeru, seorang guru perlulah menggunakan kurikulum
dengan kreatif dan menjalankan aspek pengujian dan penilaian terhadap murid agar murid yang seimbang
dari aspek jasmani, emosi, intelek, rohani, dan sosial dapat dilahirkan.
Di bawah Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), Tulisan Jawi adalah sebahagian dari
matapelajaran Pendidikan Agama Islam dan diajar mulai Tahun Tiga. Setelah murid dapat menguasai
asas-asas membaca dan menulis Jawi, pelajaran ini diserapkan ke dalam matapelajaran pendidikan Agama
Islam sehingga akhir sekolah rendah. Murid-murid boleh mengukuhkan pelajaran Tulisan Jawi melalui
latihan- latihan dalam aspek-aspek pendidikan Agama Islam yang lain seperti aspek Quran, Budi Pekerti,
Akidah, Ibadat dan lain-lain.
MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM
Matlamat Pendidikan Islam untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan,
beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah supaya menjadi hamba dan
khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang ke arah mempertingkat tamadun bangsa dan negara.
OBJEKTIF
Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah, murid dapat :
1. Membaca surah-surah terpilih daripada juzu amma dengan betul dan fasih, untuk memupuk minat
membaca al-Quran dan menjadi amalan.
2. Menghafaz ayat-ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian.
3. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati pengajarannya ke arah meyakini alQuran sebagai rujukan petunjuk Allah.
4. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng keagamaan.
5. Mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam Fardu Ain serta memahami Fardu Kifayah sebagai tuntutan
kewajipan umat Islam.
6. Memahami dan mengambil iktibar dengan sirah Rasulullah s.a.w sebagai asas perkembangan tamadun
manusia.
7. Mengamalkan adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian.
8. Membaca dan menulis Jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.
ORGANISASI KANDUNGAN
Kandungan Pendidikan Islam Sekolah Rendah dibahagikan kepada empat bidang iaitu :1. Bidang Asuhan Tilawah al-Quran.
Bidang ini memberi tumpuan kepada :1.1 Membaca ayat-ayat al-Quran dengan betul dan fasih.
al-Sunnah, Sirah Rasulullah s.a.w., sejarah para sahabat r.a., pendapat para sarjana Islam, kitab-kitab
muktabar dan sumber daripada ilmu-ilmu lain seperti Sains, Matematik, Geografi, dan Sejarah boleh
dijadikan asas bagi mengolah pengetahuan dan kemahiran di dalam sukatan pelajaran ini. Pengetahuan
dan kemahiran yangtelah diperolehi pada peringkat sekolah rendah ini dapat diteruskan ke peringkat
menengah.
o. Surah al-Zalzalah.
p. Surah al-Bayyinah.
q. Surah al-Qadr.
r. Surah al-Alaq.
s. Surah al-Tin.
t. Surah al-Syarh.
u. Surah al-Dhuha.
1.3. Kefahaman :1.3.1. Pengertian al-Quran.
1.3.2. Kelebihan membaca al-Quran.
1.3.3. Sejarah ringkas al-Quran.
1.3.4. Memahami surah-surah berikut secara umum:
a. Surah al-Fatihah ayat 1 hingga 7.
b. Surah al-Nas ayat 1 hingga 6.
c. Surah al-Falaq ayat 1 hingga 5.
d. Surah al-Ikhlas.
e. Surah al-Kauthar.
f. Surah al-Maun ayat 1 hingga 7.
g. Surah al-Qadr ayat 1 hingga 5.
h. Surah al-Dhuha ayat 1 hingga 11.
2. Asas Ulum Syariyah.
2.1. Akidah :2.1.1 Pengertian Rukun Iman.
2.1.2 Beriman kepada Allah.
2.1.3 Beriman kepada Malaikat.
2.1.4 Beriman kepada Rasul.
2.1.5 Beriman kepada Kitab-kitab.
2.1.6 Beriman kepada Hari Akhirat.
2.1.7 Beriman kepada Qada dan Qadar.
2.1.8 Pengertian Rukun Islam :a. Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah.
i) Takbiratul Ihram.
ii) Surah al- Fatihah.
iii) Doa Iftitah.
iv) Ketika ruku.
v) Ketika iktidal.
vi) Ketika sujud.
vii) Duduk antara dua sujud.
viii) Tahiyyat awal dan akhir.
ix) Doa qunut.
d. Perlakuan solat (rukun fili) dan hikmah-hikmahnya.
e. Perkara-perkara yang membatalkan solat.
f. Rukun-rukun.
g. Syarat-syarat wajib.
h. Syarat-syarat sah.
i. Sunat abadh dan haiah.
2.2.4. Azan dan iqamah.
2.2.5. Solat berjemaah.
2.2.6. Solat Jumaat.
2.2.7. Ibadah puasa Ramadan :a. Konsep puasa.
b. Syarat-syarat wajib.
c. Rukun-rukun.
d. Syarat-syarat sah.
e. Perkara-perkara
yang membatalkan
puasa.
2.2.8. Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha.
2.2.9. Solat jenazah.
2.3. Sirah :2.3.1. Tanda-tanda kenabian.
2.3.2. Salasilah keturunan Nabi.
2.3.3. Penyusuan dan pemeliharaan Nabi.
2.3.4. Nabi dibesarkan di kampong dan terdidik dengan nilai-nilai murni masyarakat desa.
murid-murid dalam KLSR. Dari sumber-sumber pengesanan yang lain didapati juga murid KBSR lebih
cekap dan lebih berdikari.
Kelemahan KBSR
Beberapa prinsip KBSR tidak dilaksanakan dengan berkesan dalam proses P&P. Ini mengakibatkan
kesepaduan pengetahuan, kemahiran dan nilai tidak tercapai sepenuhnya melalui proses P&P di bilik
darjah. Antara faktor yang mendorong kepada perkara ini ialah fokus berlebihan untuk mencapai gred
kelulusan A dalam peperiksaan. Maka kebanyakan proses P&P yang berlaku di bilik darjah lebih berupa
proses menyediakan pelajar untuk peperiksaan, bukannya bersifat menyampaikan ilmu pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang perlu seperti mana dituntut oleh kurikulum mata pelajaran tersebut. Ini secara
langsung mengurangkan keberkesanan usaha ke arah membangunkan insan yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berdaya saing, berkemahiran dan mempunyai jati diri ciri modal insan cemerlang yang
dihasratkan.
Kekuatan dan Kelemahan KLSR
Mengikut kajian terhadap Kurikulum lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak
merdeka, jawatankuasa kabinet telah mengenalpasti beberapa kelemahan seperti:1. Isi kandungan sukatan pelajaran kadangkala berulang dan tidak ada kaitan antara mata pelajaran atau
antara darjah.
2. Sukatan pelajaran mengandungi butiran yang terlalu banyak. Ini membebankan dan membosankan
murid.
3. Guru dan murid selalu terdsak menghabiskan sukatan pelajaran terutama apabila ada peperiksaan.
4. Pengajaran dan pembelajaran selalunya berdasarkan buku teks. Ini menghadkan penggunaan teknik dan
bahan pengajaran lain yang lebih menarik dan berkesan.
Refleksi
Rujukan:
1. Mook Soon Sang (2004). Pengantar Pendidikan Teras: Untuk Kursus Persediaan
Program Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah. Selangor. Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.
2. Yahaya Don (2007). Kepimpinan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur. PTS
Profesional Publishing Sdn. Bhd.
3. Razali Arof (1991). Pengantar Kurikulum. Selangor. Percetakan Dewan Bahasa dan
Pustaka.
4. Azman Wan Chik (1987). Isu-isu Dalam Pengukuran dan Penilaian Bahasa Malaysia.
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Azman Wan Chik (1982). Ujian Bahasa Malaysia: Panduan dan Teknik. Kuala Lumpur.
Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd.
6. Mohd Idris Jauzi (1991). Reformasi Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur. Nurin
Enterprise.
7.http://www.moe.gov.my/tayang.php?
laman=falsafah_pendidikan&unit=kementerian&bhs=my
8. http://www.scribd.com/doc/6812069/g6213-Teori-Dan-Amalan-Kurikulum-Individu
9. http://emi21081.tripod.com/
10. http://dukeamienerev.blogspot.com/2009/01/pendidikan-definisi-dan-konsep.html
11. http://destalyana.blogspot.com/2007/09/beberapa-pengertian-kurikulum.html