Pentaksiran Dalam Matematik

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

Pentaksiran dalam Matematik

5.1 Ujian Diagnostik

Definisi
Pengujian bermaksud memperoleh maklumat dengan cara yang objektif dan bersistem.
Banyak perkara yang dijalankan dalam bilik darjah dapat dikategorikan sebagai pengujian.
Contohnya, ramai guru meminta murid-muridnya mengisi maklumat peribadi dalam suatu
borang itu, anatara perkara yang mungkin ditanya ialah hobi murid dan sebabnya mereka
berminat dengan hobi itu. Persoalan seperti itu boleh dikategorikan sebagai pengujian.
Pengujian biasanya melibatkan pengukuran. Pengukuran tidak semestinya melibatkan
maklumat yang diperoleh dalam bentuk nombor. Walau bagaimanapun, dalam bilik darjah,
pengukuran biasanya melibatkan pemberian markah kepada maklumat yang diperoleh.
Penggunaan nombor dalam pengukuran dirujuk dalam definisi pengukuran oleh Stevens (1951).
Mengikut Stevens, pengukuran ialah pemberian angka kepada objek atau peristiwa mengikut
kriteria tertentu dengan menggunakan satu skala yang ditetapkan. Ringkasnya, pengukuran
merupakan cara menggunakan nombor untuk mewakili maklumat yang diperoleh dengan ringkas
dan mudah.
Ujian Diagnostik digunakan untuk mengesan punca kelemahan murid tentang
penguasaan kemahiran-kemahiran matematik. Berdasarkan kepada keputusan ujian diagnostik
ini, guru dapat merancang aktiviti pengajaran pemulihan dengan lebih berkesan.
Terdapat beberapa aspek yang boleh diuji dalam ujian diagnostik iaitu dari aspek
pengamatan penglihatan dan pendengaran dan angka.

Pembinaan Ujian
Sebagaimana yang kita ketahui, penilaian bergantung kepada data daripada keputusan
pengujian. Oleh itu, pengujian merupakan alat pengukuran utama dalam penilaian. Ini bermakna
keberkesanan penilaian bergantung kepada segala proses pengujian yang disediakan mengikut
prinsip-prinsip tertentu dan diuruskan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan. Dengan
perkataan lain, penilaian yang tepat adalah hasil daripada perancangan dan perlaksanaan
pengujian dengan cara yang betul, khasnya dalam proses pembinaan ujian.
Sesuatu ujian yang dikatakan baik dan bermutu tinggi mengandungi beberapa ciri yang
istimewa. Di antaranya ialah ciri kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kebolehtadbiran dan
kemudahtafsiran.
- Senarai kemahiran

Berdasarkan tujuan ujian, guru boleh memilih isi kandungan yang hendak diuji. Biasanya,
isi kandungan merangkumi kemahiran-kemahiran dalam satu atau beberapa topik matematik
yang telah dipelajari oleh murid-murid.
Adalah ditegaskan bahawa kemahiran-kemahiran yang dipilih sebagai isi kandungan
ujian hendaklah berdasarkan senarai kemahiran matematik pemulihan khas. Selain itu, aras
kemahiran hendaklah ditentukan untuk setiap item atau soalan ujian.
Guru boleh menguji murid-murid dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan
kemahiran-kemahiran yang telah dirujuk daripada senarai kemahiran.
Biasanya, perkara-perkara yang hendak diuji dalam ujian diagnostik ini adalah semua
kemahiran asas dalam sesuatu topik atau sesuatu unit pelajaran matematik. Misalnya, untuk
mengesan bidang kelemahan murid-murid dalam penguasaan kemahiran-kemahiran seperti
operasi tolak bawah lingkungan 50, guru boleh merancang satu ujian diagnostik dengan soalansoalan yang meliputi semua peringkat kemahiran operasi tolak.

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)/ Jadual Penentuan Ujian (JPU)


Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) perlu dibentuk untuk membantu penggubal dalam tugas
pembinaan item ujian. JSU merupakan satu jadual dua hala yang membekalkan maklumat
mustahak kepada penggubal ujian. Maklumat yang didapati dalam JSU ialah :
1.
2.
3.
4.

Tajuk atau topik pengajaran yang akan diuji.


Kemahiran yang akan diuji.
Bilangan item ujian mengikut tajuk, dan kemahiran.
Jumlah bilangan item ujian.
Pembinaan soalan adalah mudah sekiranya hasil pengajaran yang ingin diuji adalah jelas
dan JSU telah disediakan. Penggubal soalan harus mematuhi JPU dalam perkara yang berikut :
1.
2.
3.
4.

Tajuk dan topik yang akan diuji, dan pemberatannya.


Kemahiran yang akan diuji, dan pemberatannya.
Aras kesukaran soalan.
Jenis soalan.

Apabila topik-topik matematik dan aras kemahirannya telah ditentukan, guru boleh
menyediakan satu Jadual Spesifikasi Ujian untuk memastikan pemberatan yang wajar bagi topiktopik matematik serta aras kemahirannya sesuai dengan kebolehan murid-murid keseluruhannya.
Dengan adanya JSU, kita dapat memastikan item/soalan yang dibina akan mempunyai
ciri-ciri ujian yang baik seperti ciri keesahan dan keboleh percayaan. Ia juga dapat diuji secara
keseluruhan serta pemberatannya mengikut aras kemahiran dapat dibahagikan secara sepatutnya.

Pentadbiran Ujian

Peranan utama guru di sekolah ialah sebagai tenaga pengajar. Untuk memastikan
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan licin, guru perlu juga berperanan sebagai
pengurus. Antara tugas yang perlu juga berperanan sebagai pengurus. Antara tugas yang perlu
diuruskan oleh guru dalam bilik darjah ialah :
1.

Susunan fizikal bilik darjah.

2.

Rutin bilik darjah.

3.

Pengumpulan murid.

4.

Suasana sosial.

5.

Disiplin bilik darjah.

Langkah-langkah pentadbiran sesuatu ujian pada umumnya meliputi tiga peringkat yang
utama, iaitu peringkat persediaan, peringkat pelaksanaan dan peringkat penyelesaian. Peringkat
persediaan ialah peringkat sebelum ujian dijalankan. Langkah ini meliputi penyemakan bilangan
kertas soalan ujian yang telah disediakan. Sebelum ujian bermula, tempat duduk calon hendaklah
disusun mengikut peraturan ujian, demi mengurangkan kesempatan calon meniru di antara
mereka. Di samping itu, tempat hendaklah cukup selesa untuk calon menulis jawapan masingmasing.

Peringkat pelaksanaan bermula dari masa calon masuk bilik ujian hingga masa tamat
ujian. Apabila semua calon telah masuk bilik ujian, biasanya 15 minit sebelum ujian bermula,
dan semuanya telah berada di tempat masing-masing, kertas soalan dan kertas menulis akan
diedarkan oleh guru. Sebelum calon mula menjawab soalan, arahan hendaklah diberikan dengan
jelas oleh guru. Guru perlulah memberitahu calon tentang masa ujian lima belas minit sebelum
ujian berakhir. Guru hendaklah juga memberi arahan kepada semua calon supaya berhenti
menulis apabila ujian berakhir.

Peringkat penyelarasan dalam proses pentadbiran ujian meliputi kerja mengutip skripskrip jawapan. Semua kertas jawapan hendaklah disemak untuk memastikan bilangan yang telah
dikutip adalah betul. Calon-calon hanya dibenarkan meninggalkan bilik ujian selepas bilangan
kertas-kertas jawapan telah dikira.

Pentafsiran Ujian

Bagi ujian diagnostik matematik, guru yang menggubal soalan hendaklah mencadangkan
skema pemarkahan dan digunakan dalam memeriksa kertas jawapan pelajar supaya
perbandingan yang sah dapat dijalankan antara pencapaian pelajar dalam item secara
keseluruhan.
Apabila guru menandakan sesuatu kertas ujian, guru perlulah cuba menandakan kesilapan
yang telah dilakukan oleh pelajar tersebut. Di samping itu guru hendaklah membuat analisis
secara individu dan secara berkumpulan untuk mengenalpasti kelemahan-kelemahan dan
kekuatan pelajar bagi mengatur langkah-langkah yang wajar.
Melalui ujian yang telah dijalankan, guru dapat mengenalpasti kemahiran-kemahiran
yang belum dikuasai oleh murid-murid ini. Guru memeriksa kertas jawapan dan membuat
analisis daripada keputusannya. Apabila bidang kelemahan telah dikenalpasti, guru merancang
aktiviti pemulihan untuk murid-murid lembap.

Penyediaan hasil pembelajaran

Berdasarkan analisis yang telah dibuat, guru boleh merancang aktiviti pemulihan dengan
tujuan menolong murid itu membetulkan kesalahannya dan seterusnya menguasai kemahiran
menolak dua digit dengan dua digit gandaan 10 tanpa sebarang kesilapan. Untuk merancang
aktiviti pemulihan dengan berkesan, guru harus mematuhi beberapa prinsip asas pengajaran
pemulihan matematik, iaitu :
a) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran harus ditumpukan kepada bidang kelemahan
yang telah dikesan.
mudah

b) Langkah penyampaian harus dikembangkan daripada konkrit kepada abstrak daripada


kepada susah, mengikut kebolehan dan pengalaman murid.

c) Di dalam peringkat permulaan, pelbagai jenis alat bantu mengajar perlu


digunakan supaya
membantu murid-murid memahami konsep yang diperlukan
untuk menguasai kemahiran.
d) Semua simbol dan istilah matematik harus dikaitkan dengan pengalaman murid atau
alat bantu mengajar, supaya murid itu dapat mengenal pasti kesilapan yang telah dipelajari
dahulu.
e) Latihan congak dan latihan bertulis harus diadakan selepas aktiviti pengajaran guru.
Soalan-soalan yang diberikan harus daripada mudah kepada susah demi membina keyakinan
murid terhadap kebolehan mempelajari matematik. Pada peringkat permulaan, murid boleh
menggunakan alat bantu mengajar untuk menyelesaikan masalah, tetapi pada akhirnya, murid
harus dapat menyelesaikan masalah itu secara bertulis tanpa alat bantu mengajar.

f) Aktiviti penilaian harus diberikan kepada murid selepas aktiviti latihan bertulis dalam
kelas. Oleh itu, guru perlu merancang dan menyediakan masalah matematik secara bertulis.
Penilaian ini akan menetukan sama ada objektif pengajaran pemulihan itu tercapai atau tidak.

5.2 Rancangan Pengajaran Individu

Merancang RPI

Rancangan Pendidikan Individu dibentuk oleh satu jawatankuasa yang melibatkan


pentadbir sekolah, guru, ibu bapa dan juga murid itu sendiri jika difikirkan sesuai. Rancangan
Pendidikan Individu ini mengandungi matlamat dan objektif berdasarkan pencapaian sedia ada
bagi murid dan keperluan khas itu. Matlamat dan objektif ini dibentuk oleh mereka yang terlibat
dalam perancangan dan bagi murid dengan keperluan khas itu. Matlamat dan objektif ini
dibentuk oleh mereka yang terlibat dalam perancangan dan penyediaan perkhidmatan. RPI juga
menentukan penempatan pendidikan dan perkhidmatan yang diperlukan bagi mencapai matlamat
dan objektif. Di dalam RPI, dinyatakan juga tarikh perkhidmatan yang diberi.
RPI perlu dibentuk bagi setiap murid dengan keperluan khas dalam tempoh 30 hari
ataupun satu bulan dari tarikh murid itu ditentukan ketidakupayaannya. Pembentukan RPI perlu
dilakukan sebelum penempatan sebenar dilakukan, dan sebelum murid menerima sebarang
perkhidmatan yang sesuai atau pun diberi pendidikan khas. Semua RPI perlu disemak dan dikaji
sekurang-kurangnya setahun sekali oleh jawatankuasa RPI tetapi ibubapa dan guru dapat
memohon supaya semakan dilakukan dengan lebih kerap.

Melaksanakan RPI

Pada peringkat permulaan RPI, jawatankuasa perlu melibatkan pihak yang terlibat dalam
aspek penilaian ataupun orang yang mempunyai pengetahuan dalam prosedur penilaian yang
dijalankan terhadap murid dengan keperluan khas.
Semakan bagi RPI perlu dilakukan dari semasa ke semasa apabila berlakunya perubahan
dalam perkhidmatan yang diberi, penambahan ataupun perubahan matlamat dan objektif,
penambahan ataupun penamatan perkhidmatan, penambahan ataupun perubahan penempatan dan
perubahan penyertaan murid dalam aktiviti pendidikan. Persetujuan ibu bapa perlu diperolehi
bagi sebarang perubahan, penamatan ataupun penambahan perkhidmatan. Pencapaian semasa
bagi murid adalah satu kenyataan bertulis yang menerangkan berkenaan kekuatan, kelemahan
dan stail pembelajaran murid dalam bidang akademik, vokasional, sosial, tingkah laku, persepsi,
fizikal, komunikasi, kemahiran urus diri. Maklumat ini adalah maklumat terkini, disokong
dengan data yang relevan daripada penilaian formal dan informal serta pemerhatian. Semua data
disertai dengan penerangan yang menjelaskan fungsi murid.
Matlamat yang dinyatakan menggambarkan pengetahuan berkaitan fungsi semasa murid
dalam kemahiran, kemahiran seterusnya dan anggaran bagi kadar pembelajaran murid itu.

You might also like