Tugasan I

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 21

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HBEF3103
SEMESTER: SMP PPG MAC 2012
ASSIGNMENT TITLE: PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN
NAMA: ZAIRUDIN HJ ALI
NRIC:
MATRIX NO:
TELEPHONE NO: 0198836483
EMAIL ADDRESS: matroding@gmail.com
TUTORS NAME: MOHD SENIN BIN KASSIM
LEARNING CENTRE: OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

JANUARY 2012 SEMESTER


1 | Page

Tugasan I

1.0

Pengenalan

Perkataan teknologi sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani iaitu techne yang bermaksud
kemahiran dalam menggunakan pengetahuan secara sistematik. Bagi mencapai objektif dalam
penggunaan teknologi, kaedah pendekatan yang sesuai adalah amat perlu dalam sistem
pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknologi ini merupakan gabungan alat dan mesin
yang mengandungi jutaan maklumat yang boleh digunakan sebagai kaedah eksplorasi dalam
proses perkembangan teknik pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

Menurut Heinich et all (2002), alat bantu mengajar juga dikenali sebagai audio visual
yang berfungsi sebagai satu teknik pengajaran. Alat bantu mengajar digunakan sebagai
kaedah penyampaian mesej dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan alat
bantu mengajar akan berkesan sekiranya terdapat unsur gabungan antara teknik pengajaran
dengan media visual berbentuk gambar atau simbol bagi memudahkan pemahaman pelajar.
Pada masa kini, alat bantu belajar yang paling sesuai untuk digunakan ialah komputer kerana
ianya mempunyai pelbagai perisian dalam bentuk visual. Kaedah pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer dapat meningkatkan minat pelajar untuk belajar.
Kenyataan ini disokong oleh Lim Chap Sam dan Fatimah Salleh (2003), yang menyatakan
bahawa pelajarnya menerima bahan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer yang
mengandungi perisian berunsur visual seperti buku teks dan gambar yang memudahkan
pelajar berinteraksi secara langsung serta menerima maklum balas daripada komputer.

Mengikut Model Hoban dan Zissman (1937), suatu media pengajaran yang dipilih
perlu berasaskan kepada situasi media sebenar dan abstrak. Sebagai seorang guru,
pengetahuan asas dalam bidang penggunaan teknologi komputer adalah amat penting kerana
paparan visual yang terdapat di dalamnya. Keistimewaan utama yang terdapat dalam
komputer sebagai alat bantu mengajar ialah pada unsur paparan visual yang lebih mudah
untuk difahami walaupun cara komunikasi pemerhati adalah berbeza-beza. Contohnya, untuk
2 | Page

menerangkan konsep tinggi, guru boleh menunjukkan perbandingan saiz ketinggiannya


melalui paparan gambar atau objek yang lain. Teknik ini adalah lebih sesuai diguanakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ianya memperlihatkan secara langsung
konsep sebenar yang hendak ditonjolkan kepada pelajar berbanding dengan penggunaan
perkataan yang lebih abstrak dan sukar untuk memberi gambaran yang jelas kepada pelajar.
Penghasilan gabungan simbol, imej dan tulisan abstrak dalam pelajaran merupakan unsur
yang mampu memotivasikan serta memudahkan pelajar untuk memahami mesej yang
disampaikan.

Menurut Mok Soon Sang (1996), alat bantu mengajar memberi peluang kepada pelajar
untuk memperoleh pengetahuan melalui penggunaan deria dan bukan hanya digunakan
sebagai bahan tambahan dalam penyampaian pengajaran lisan oleh guru. Rashidi et al (1996)
pula menjelaskan bahawa keberkesanan alat bantu mengajar bukanlah semata-mata ditentukan
oleh kualiti yang ada, malah dibantu oleh teknik penggunaannya dalam pengajaran di dalam
bilik darjah. Habibah Alias dan Rahil Mahyuddin (1990) menyatakan bahawa guru perlu sedar
bahawa sikap belajar dan kadar kesekapan seseorang pelajar adalah berbeza-beza. Guru perlu
peka dan kreatif semasa memilih alat bantu mengajar bagi memastikan ianya memenuhi ciriciri yang sesuai dengan keperluan pelajar. Abdul Rahman (1997) pula menyatakan bahawa
kepelbagaian teknik belajar secara berkesan boleh membantu aktiviti pembelajaran supaya
ianya tidak membosankan guru dan pelajar. Bagi mencapai objektif keberkesanan dalam
pelajaran dan pembelajaran, penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar adalah amat
sesuai dan efektif. Ini kerana paparan visual yang baik serta berkualiti melalui komputer boleh
membantu guru agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lebih lancar dan
berkesan selaras dengan fungsi utama alat bantu mengajar adalah bertujuan untuk
meningkatkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar.

2.0

Konsep Reka Bentuk Visual

3 | Page

Reka bentuk visual merupakan sejenis alat bantu mengajar yang memberi paparan interaktif.
Prinsip reka bentuk visual berkaitan dengan teknik penggunaan gabungan elemen grafik bagi
menimbulkan hasil yang menarik dan berkesan. Ia merupakan bahan media pengajaran yang
mengandungi imej yang boleh dilihat menggunakan deria penglihatan. Menurut laporan
Jenkins, Neale dan Deno (1967), pelajar lebih berjaya mengenal stimuli yang dipaparkan
dalam bentuk imej berbanding dengan bentuk tulisan yang lebih abstrak. Untuk memastikan
keberkesanan bahan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer, satu kajian
dilakukan bagi menghuraikan sejauh manakah prinsip reka bentuk visual. Terdapat enam
prinsip reka bentuk visual yang terlibat dalam kajian bahan pengajaran dan pembelajaran ini
iaitu, simplisiti, domain, pola, seimbang, variasi dan harmoni. Satu bahan pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer telah dipilih dari internet bagi mengkaji sejauh manakah
bahan ini direka bentuk berdasarkan enam prinsip reka bentuk yang dinyatakan seperti
huraian di bawah.

2.1

Simplisiti

4 | Page

Sumber: treebuilder.blogspot.com

Gambarajah di atas merupakan salah satu contoh prinsip reka bentuk visual jenis simplisiti.
Gambar menunjukkan botol yang mengandungi titisan cecair yang dititiskan di dalamnya.
Bagi mengetahui jenis maklumat yang hendak disampaikan pada imej, gabungan perkataan
dalam bentuk huruf disertakan. Reka bentuk ini merupakan satu rekaan grafik yang
menghasilkan proses pemahaman yang lebih cepat dan jelas. Ia menghasilkan satu kreativiti
seperti gabungan imej dan tulisan. Gabungan idea dalam reka bentuk ini nampak mudah dan
masih boleh menarik perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran, penggunaan prinsip reka
bentuk ini perlu menggunakan jenis tulisan yang jelas dan mudah dibaca bagi memudahkan
pelajar memahami penyampaian pengajaran.Walaupun prinsip reka bentuk simplisiti
merupakan reka bentuk visual yang nampak mudah, namun ianya masih boleh menarik
perhatian bagi mengelakkan pelajar daripada berasa tertekan untuk mengetahui apa jenis
maklumat sebenarnya yang hendak disampaikan. Prinsip di atas berfungsi untuk
menyampaikan penerangan dan maklumat penting kepada pelajar. Penggunaan sebarang huruf
perlu diberi perhatian dari segi kejelasannya. Ia melibatkan kaedah penggunaan huruf, saiz
huruf dan jenis huruf yang digunakan. Guru perlu mengehadkan penerangan, idea atau isi
pelajaran yang ingin dimuatkan dalam reka bentuk visual ini agar memudahkan pemahaman
pelajar. Dalam imej di atas, gabungan tulisan dalam bentuk huruf dan perkataan adalah
menarik, jelas dan mudah untuk dibaca. Prinsip reka bentuk simplisiti yang terdapat dalam
5 | Page

visual mengandungi elemen yang lebih baik kerana mudah dilihat dan perkataan yang
digunakan hanya 22 patah sahaja.

2.2

Domain

Sumber:http://theprimecapture.com/blog/wp-content/uploads/2011/10/20767bigthumbnail.jpg

Imej di atas difokuskan kepada titisan air embun pada bahagian hujung daun. Ia memaparkan
prinsip reka bentuk visual jenis domain bagi mewujudkan kesan titik fokus pada gambar.
Dalam pengajaran dan pembelajaran, prinsip reka bentuk domain boleh menghasilkan titik
terhadap sesuatu imej atau objek yang ingin dipamerkan. Contohnya dalam gambarajah di
atas. Titik penumpuan yang menjadi fokus utama ialah pada bahagian hujung daun yang
mempunyai titisan air. Ini bermakna, tumpuan perlu diberikan kepada satu isi pelajaran dan isi
kandungan yang difokuskan sahaja seperti yang tertera pada satu bahan grafik. Elemen ini
boleh terhasil dengan penggunaan atau pendekatan kepada warna-warna penting, ruang,
bentuk atau garisan-garisan kasar yang wujud pada suatu grafik yang terhasil. Pada visual di
atas, susunan reka bentuk adalah bermula dari kiri ke kanan mengikut lumrah pergerakan
6 | Page

mata manusia yang bermula dari kiri ke kanan. Oleh itu, reka bentuk bahan yang dipilih di
atas adalah menepati prinsip reka bentuk domain.

2.3

Pola

Sumber: rawatankesihatan.blogspot.com
Pola merupakan corak yang berkaitan dengan teknik susunan item pada suatu rekaan visual.
Cara susunan ini amat pernting kerana ia dapat menarik penglihatan mata ke arah item utama
yang hendak ditonjolkan. Ia bertujuan untuk mendorong penglihatan manusia ke arah
keseluruhan visual mengikut arah yang betul. Reka bentuk pola dapat mengekalkan deria
penglihatan mata pada peringkat awal sehingga titik peringkat akhir visual. Kewujudan
elemen-elemen visual pola yang tersusun akan lebih menarik dan mampu mengekalkan
perhatian pembaca untuk melihat maksud sebenar yang hendak disampaikan melalui visual.
Gambar rajah di atas menunjukkan satu pola pengaliran darah dalam organ tubuh manusia.
Susunan elemen-elemen persembahan aliran darah dalam organ tubuh normal manusia
mampu menarik penglihatan pemerhati atau pembaca ke arah item utama pada imej. Turutan
imej menggerakkan penglihatan mata kepada seluruh visual pada arah yang betul. Ini

7 | Page

bermakna, susunan dan turutan visual yang betul dan teratur mampu mendorong pembaca dan
pemerhati persembahan memahami maksud dan mesej pada visual.

2.4

Seimbang

Sumber: treebuilder.blogspot.com

Seimbang melibatkan pengagihan dalam suatu imej. Prinsip ini terbahagi kepada 2 iaitu
seimbang formal dan seimbang tak formal. Gambar rajah menunjukkan imej jongkang
jongkit. Imej sebelah kiri menunjukkan seimbang formal, manakala imej sebelah kanan ialah
seimbang tak formal. Imej sebelah kiri adalah seimbang formal kerana mempunyai bebanan
yang sama jenis pada kedua-dua belah. Imej sebelah kanan pula dipanggil seimbang tak
formal kerana hanya berat sahaja yang sama tetapi bukan pada beban walaupun kedudukan
masih seimbang. Keseimbangan berfungsi untuk mengenal elemen-elemen bagi menarik
perhatian pemerhati. Ianya terhasil sama ada melalui simetrikal ataupun asimetrikal. Prinsip
reka bentuk seimbang juga boleh menimbulkan perasaan tenang, tekanan atau pergerakan.
Justeru, penggunaan deria penglihatan adalah diperlukan dalam menentukan keseimbangan.
2.5

Variasi

8 | Page

Sumber: senivisual1.blogspot.com
Visual di atas menunjukkan variasi dalam sebuah bilik di mana terdapat pelbagai jenis objek
berbeza dalam satu tempat. Variasi wujud kerana terdapat kepelbagaian gaya dan idea yang
berbeza dalam satu gubahan. Prinsip variasi adalah elemen visual yang sangat penting kerana
ianya memberikan kepelbagaian gaya dan menghasilkan daya tarikan dalam satu gubahan
yang terhasil melalui gabungan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna. Kewujudan variasi
menjadi sokongan pola untuk meningkatkan daya tarikan terhadap visual yang dihasilkan.
Seperti dalam paparan imej di atas, elemen variasi yang terhasil menjadikan ianya seolah-olah
hidup dan kelihatan menarik.

2.6

Harmoni

9 | Page

Sumber: senivisual1.blogspot.com
Pemilihan warna yang menarik dapat menghasilkan tarikan kepada pelajar untuk
memerhatikan visual yang hendak disampaikan. Contohnya dalam imej yang dipilih di atas.
Pemilihan warna disesuaikan dengan gabungan warna merah, hitam dan putih. Jika warna
latar belakang adalah kategori warna gelap seperti merah dan hitam, maka gabungan warna
cerah yang lebih kontras seperti putih dapat menimbulkan keyakinan kepada pemerhati kerana
gabungan grafik dalam persembahan secara perspektif dalam penyampaian mesej. Secara
asalnya, istilah harmoni bermaksud aman dan damai. Dari segi terminologi seni, harmoni
merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang. Melalui imej di
atas, prinsip reka bentuk harmoni wujud kerana tiada unsur-unsur yang bercanggah dan ianya
terhasil daripada penggunaan garisan dan warna yang tepat dan sesuai. Selain daripada
mempunyai ciri yang hampir sama dan mempunyai kaitan, harmoni pada gambar rajah
menyebabkan beberapa elemen kelihatan seperti satu entiti.

Tugasan II

2.0

Pengenalan

10 | P a g e

Di

Malaysia,

aspek

pendidikan

merupakan

satu

usaha

secara

berterusan

bagi

memperkembangkan potensi individu ke arah menerajui kesimbangan harmoni dari segi


intelek, rohani, emosi dan jasmani. Bagi mencapai kesuksesan dalam aspek pendidikan,
teknik serta kemahiran berfikir secara cerdas perlu ditingkatkan kerana aspek pendidikan
sangat mementingkan kemahiran serta kemampuan berfikir untuk menuju kejayaan. Dalam
usaha untuk mewujudkan dan meningkatkan kemahiran berfikir, perancangan perlu
dilakukan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sekiranya kemahiran berfikir tidak
dirancang dengan betul, maka pelaksanaannya akan menjadi cacat dan tergendala. Kemahiran
berfikir

merupakan

satu

proses

untuk

menguji

ketajaman

akal

manusia

dalam

mengintepretasikan kemahiran serta kecekapan dalam penyusunan idea, maklumat atau


konsep secara teratur sekaligus membuat kesimpulan yang tepat dan sewajarnya.

Dalam konteks pembelajaran dan pengajaran, penggunaan internet dengan pelbagai


perisian dalam sistem komputer melalui internet menimbulkan impak yang sangat berkesan
terhadap penyelarasan dan perkembangan dalam sistem pendidikan di sekolah dan ianya
terbukti mampu meningkatkan kemahiran berfikir melalui alat bantu berfikir. Webmaster
Dictionary mendefinisikan bahawa teknologi pendidikan merupakan sebuah pegangan atau
pelaksanaan pendidikan secara sistematik dengan bantuan beberapa sistem visual.
Penggunaan teknologi internet yang mudah untuk dilayari dalam sistem pendidikan
merupakan asas penting yang berfungsi sebagai batu loncatan dalam membantu pencetusan
idea dan perkembangan kemahiran berfikir seseorang individu. Penggunaan sistem aplikasi
ini sebagai suatu alat bantu mengajar merupakan kaedah yang sangat sesuai sebagai proses
pengantaraan pengajaran dan pembelajaran yang berupaya untuk menarik minat pelajar.
Penguasaan serta kemahiran dalam menggunakan teknologi komputer adalah amat penting
bagi melahirkan generasi yang mampu mempelopori penerokaan dalam bidang sains dan
teknologi ke arah menuju era globalisasi. Penggunaan bahan bantu mengajar secara visual
melalui merupakan elemen pengajaran dan pembelajaran yang merupakan satu kaedah
alternatif yang paling sesuai untuk digunakan kerana elemen grafik yang terhasil adalah lebih
menarik. Penggunaan alat bantu mengajar ini boleh meningkatkan kebolehan berfikir seorang
pelajar kerana banyak data-data dan maklumat berkaitan dengan ilmu pengetahuan dimuatkan
dalam satu pelayaran yang mudah dicari.
11 | P a g e

Menurut Edward de Bono (1976), kemahiran berfikir membolehkan manusia melihat


pelbagai perspektif semasa menyelesaikan sesuatu masalah. Pemikiran yang terhasil adalah
disebabkan oleh situasi kemusykilan terhadap masalah yang timbul. Ia merupakan aktiviti
psikologikal yang bertindak untuk menyelesaikan masalah tersebut, Dewey (1910). Proses
berfikir melibatkan operasi mental tertentu dalam minda seseorang. Mengikut sudut
pandangan Islam, proses berfikir melibatkan penggunaan akal dan tenaga supaya otak
manusia dapat berfungsi dan beroperasi. Tenaga inilah yang disebut tafakur. Definisi berbeza
inilah yang telah mewujudkan konsep berkenaan dengan kemahiran berfikir.

2.1

Konsep Kemahiran Berfikir

Terdapat dua amalan dalam kemahiran berfikir iaitu, pemikiran reflektif dan catatan reflektif.
Proses berfikir melibatkan pengendalian operasi mental tertentu dalam minda seseorang.
Operasi ini terbahagi kepada dua iaitu operasi kognitif dan operasi meta kognitif. Operasi
kognitif ialah kemampuan berfikir yang kita gunakan setiap hari seperti membandingkan,
mengelaskan dan membuat turutan. Operasi meta kognitif pula merupakan operasi yang
mengarahkan dan mengawal kemahiran dalam operasi kognitif untuk memandu serta
membimbing semua aktiviti pemikiran manusia yang melibatkan kemampuan berfikir. Untuk
memahami lebih lanjut berkenaan dengan konsep dan reka bentuk yang digunakan dalam
kemahiran berfikir, satu blog telah dipilih melalui laman web dalam internet iaitu
kulanzsalleh.blogspot.com. Blog ini sangat sesuai untuk dijadikan bahan rujukan kerana
mengandungi banyak maklumat dan penerangan secara terperinci berkenaan dengan
kemahiran berfikir.

2.2

Ciri Reka Bentuk Kemahiran Berfikir

12 | P a g e

Dari segi proses pengajaran dan pembelajaran, kepentingan dan kemahiran berfikir perlu
tertumpu kepada pelajar. Penguasaan pelajar terutama dalam kemahiran berfikir menjadi lebih
berkesan sekiranya penggunaan alat berfikir sesuai. Contoh alat berfikir yang biasa digunakan
ialah pengurusan grafik, peta minda dan alat CORT. Ia dapat membantu pelajar bagi
mengimbas kembali maklumat berkaitan yang boleh digunakan untuk membantu
mengabungkan maklumat-maklumat baru. Reka bentuk pengajaran merupakan suatu proses
sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksanakan dan menilai keberkesanan
pengajaran. Dalam laman web yang dipilih, kemahiran berfikir dapat dikelaskan kepada
beberapa bahagian mengikut hierarki keutamaannya iaitu:
a. Mencirikan
b. Membandingkan dan membezakan
c. Mengumpul dan mengelaskan
d. Membuat urutan
e. Menyusun mengikut keutamaan
f. Menganalisis
g. Mengesan kecondongan
h. Menilai
i. Membuat kesimpulan
Daripada 9 ciri-ciri kemahiran berfikikir di atas, hanya 4 ciri kemahiran berfikir yang
diberikan keutamaan iaitu mencirikan, membandingkan dan membezakan, mengumpul dan
mengelaskan serta membuat urutan.

2.2.1 Mencirikan

Kemahiran mencirikan ialah satu kemahiran untuk mengenalpasti jenis kriteria seperti sifat,
kualiti, unsur, dan konsep suatu bahan atau objek. Ianya amat penting bagi menerangkan suatu

13 | P a g e

bahan atau objek dan mengenalpasti bahan atau objek yang hampir serupa. Dalam kemahiran
ini, langkah-langkah yang terlibat ialah:
i.

Lukiskan satu bulatan.

ii.

Tuliskan tajuk bagi konsep atau item dalam bulatan.

iii.

Lukiskan satu garisan yang memancar keluar daripada bulatan.

iv.

Tuliskan satu ciri yang ada pada konsep atau item pada hujung garisan.

v.

Ulangi dengan melukis garisan lain untuk ciri yang lain.

Sumber: http://kbpendkomp.blogspot.com/2010/01/aktiviti-3-proses-berfikir-kreatif.html
Gambar rajah di atas merupakan salah satu bahan yang dapat mendefinisikan kemahiran
mencirikan. Ia menunjukkan rajah pancaran ciri komputer. Dalam rajah tersebut, pelajar telah
diarahkan untuk menyenaraikan ciri-ciri fizikal yang terdapat pada sebuah komputer di dalam
makmal komputer. Pelajar telah diminta untuk menyenaraikan ciri-ciri tersebut dalam bentuk
peta minda. Peta minda merupakan salah satu ciri reka bentuk yang mengjui kemampuan
berfikir pelajar.
2.2.2 Membandingkan dan membezakan

Proses ini adalah untuk mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan ciri, sifat, unsur dan
kualiti suatu objek. Kemahiran ini digunakan sekiranya terdapat dua atau lebih ciri-ciri
14 | P a g e

semasa membuat pilihan atau keputusan. Langkah-langkah yang terlibat adalah seperti di
bawah:
i.

Perhatikan dan berikan tumpuan kepada satu atau beberapa objek.

ii.

Kenal pasti satu daripada ciri objek itu.

iii.

Tentukan sama ada objek yang lain mempunyai ciri yang sama.

iv.

Nyatakan ciri itu sama atau berbeza.

Sumber: http://kbpendkomp.blogspot.com/2010/01/aktiviti-3-proses-berfikir-kreatif.html
Dalam gambar rajah di atas, pelajar diarahkan untuk membandingkan 2 jenis notebook model
Compac Presario. Ia menguji kemahiran berfikir pelajar kerana pelajar akan berusaha untuk
mencari perbezaan dari segi kelebihan ataupun kekurangan kedua-dua jenis notebook ini.

2.2.3 Mengumpul dan mengelaskan

Proses ini dilakukan untuk mengasingkan dan mengumpul suatu bahan atau objek
berdasarkan kumpulan masing-masing. Ia dilakukan berdasarkan ciri-ciri atau sifat bahan atau
15 | P a g e

objek tersebut. Kemahiran ini adalah amat penting bagi mengasingkan dan mengumpulkan
bahan atau objek yang tidak tersusun. Langkah-langkah yang terlibat adalah seperti berikut
dan diterangkan melalui gambar rajah di bawah.
i.

Kenal pasti ciri umum sekumpulan item.

ii.

Beri nama kepada kumpulan item itu.

iii.

Kenal pasti ciri lain.

iv.

Masukkan item berciri sama ke dalam kumpulan yang lebih kecil.

v.

Ulangi langkah di atas sehingga semua item dapat dikumpulkan dalam suatu
kumpulan.

Sumber: http://kbpendkomp.blogspot.com/2010/01/aktiviti-3-proses-berfikir-kreatif.html
Gambar rajah ini mengarahkan pelajar mengumpul dan mengelaskan jenis notebook. Ia
menguji kemahiran pelajar untuk mencari dan berfikir bagi mengumpul dan mengelaskan
jenis notebook.

2.2.4 Membuat Urutan

16 | P a g e

Proses membuat urutan adalah menyusun bahan atau objek mengikut tertib berdasarkan ciriciri, sifat, bentuk atau bilangan. Kemahiran ini adalah sangat sesuai untuk menguji kefahaman
terhadap cara atau kaedah penyusunan bahan atau objek mengikut urutan agar mudah untuk
dikesan. Langkah-langkah yang terlibat dalam kemahiran ini adalah seperti berikut:
Tentukan jenis susunan untuk digunakan sama ada mengikut saiz, nilai, abjad,

i.

kronologi, corak atau masa.


ii.

Ambil satu item sebagai asas.

iii.

Ambil item yang lain dan susunkan secara menaik atau menurun berdasarkan jenis
susunan yang ditentukan.

iv.

Semak semula susunan.

Antara langkah-langkah yang terlibat semasa proses membuat urutan ialah seperti berikut:
a.

Imbas kembali semua langkah.

b.

Pilih satu langkah sebagai permulaan.

c.

Imbas kembali langkah yang seterusnya.

d.

Pilih satu langkah yang lain.

e.

Bandingkan langkah yang dipilih dengan langkah pertama.

f.

Letakkan langkah itu di hadapan jika langkah itu lebih awal atau di belakang jika ia
langkah yang terkemudian.

g.

Ulangi aktiviti di atas sehingga semua langkah telah disusun.

17 | P a g e

Sumber: http://jtp.ipgkti.edu.my/ppy/resosbestari/IKG/KBKK/kbkk.htm
Rajah di atas merupakan salah satu contoh kemahiran berfikir mengikut urutan iaitu ianya
bermula dari paras rendah sehingga paras tinggi. Turutan bagi kemahiran berfikir adalah
bermula dari paras pengetahuan, analisis, aplikasi, kefahaman, penilaian dan sintesis bagi
menentukan sama ada ianya aras tinggi atau aras rendah.

3.0

Kesimpulan

Elemen-elemen asas dan perisian yang ada dalam teknologi visual dalam komputer mampu
membawa kemajuan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Pelbagai teori telah menjelaskan
perkembangan proses pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada. Penghasilan pelbagai
teori ini telah merangsang tahap pemikiran minda dan cara seseorang individu itu untuk
belajar. Peningkatan kemajuan teknologi pendidikan ditingkatkan lagi dengan kemudahan
internet yang mengandungi jutaan data dan maklumat serta boleh dilayari pada bila-bila masa
18 | P a g e

dan di mana-mana sahaja. Justeru, pengaplikasian gabungan teknologi moden masa kini
pastinya mampu memperkembangkan lagi tahap kecekapan dan rangsangan kemahiran
berfikir seseorang sekaligus dapat melahirkan individu yang dapat berfikir secara kritis dan
kreatif pada masa kini.

2946 Patah Perkataan


4.0

Rujukan

http://rozelleeotakbutan.blogspot.com/

http://2.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TDr4D7fi9GI/AAAAAAAAA4s/pk3T19Gv
6lo/s1600/Picture18.jpg

http://pendidikan-senivisual.blogspot.com/2010/07/batik.html

http://senivisual1.blogspot.com/2011/03/prinsip-rekaan.html

19 | P a g e

https://docs.google.com/viewer?
a=v&q=cache:8VMiqnx95ccJ:www.pibgsekolah.com/anaini/file/KAJIAN
%2520KES.doc+penggunaan+internet+dalam+pendidikan+ppt&hl=en&gl=my&pid=
bl&srcid=ADGEESh6eIL4w4JJWOF1jEcoQYQcd71ue8_I1FM1IXsIq01uvpu0gXak8
hLou2BxNQK29ZPf60lYghQy2Ct0Tal5m_nzQoAJHIu5UfIszEoZEVM79G_IJw2NS
kDs-LpgoVB-bucy6esH&sig=AHIEtbStnR_MV6IW6PjXa8qUHQqeFyz6Zg

https://docs.google.com/viewer?
a=v&q=cache:3R2C7JQBZUAJ:www.iptho.edu.my/jtp2011/Modul_EDU3105_PGSR
/08%2520Modul
%2520Pembelajaran.pdf+jenis+alat+bantuan+pengajaran+dan+pembelajaran+harmon
i&hl=en&gl=my&pid=bl&srcid=ADGEESj4fzySGXja7gcBHJNCbpLZnl3PdG4Gga
OpWHgcjK0SXGekM9DMSE0NRizc__fpcUJ6EjfK8VFA2p4a0OAfsci1GfxylxsyyB-NrPHk7hVF7FL0aAxCjTAzx8GRDQ4lkrXlyg&sig=AHIEtbRAH1GFr_8fNRRKKqUKLTQndpt3Q

http://jtpipgperlis.webs.com/documents/Aplikasi%20Teori%20Pembelajaran.pdf

https://docs.google.com/viewer?
a=v&q=cache:Ke9k_loCARAJ:www.ipks.edu.my/index.php%3Foption
%3Dcom_docman%26task%3Ddoc_download%26gid%3D252%26Itemid
%3D41+takrifan+visual+pendidikan&hl=en&gl=my&pid=bl&srcid=ADGEESgmn3n
61qVTrdf1slCapoCpkIm_xTJVwjg_fLkk8ITEy3Ov7M4l5HpxjcZjTm7aFRp5tIbZwWIar6Mft
uHdGB6TrbmCBJEQ6mth7jsewtXxqagda2bm2zOXnrMUi4p_mqXuX5f&sig=AHIEt
bS5GsiF0Ah6hyYg3x8kICPlWyD1Iw

http://kulanzsalleh.blogspot.com/2010/02/kemahiran-berfikir.html

http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/2009_07_05_archive.html

http://zirasumie.blogspot.com/2010/01/aktiviti-4-lawan-web-kemahiran-berfikir.html
http://mahirkbkk.tripod.com/
http://austhink.com/critical/pages/definitions.html
http://mujahid.tripod.com/kbkk.html
http://drsidekbaba.blogspot.com/

20 | P a g e

http://imann9969.blogspot.com/2009/07/kepentingan-kemahiran-berfikir-

kreatif_08.html
http://guabama.wordpress.com/2009/07/22/kemahiran-berfikir/
http://mabjip.blogspot.com/2009/10/pedagogi-bestari.html
http://imann9969.blogspot.com/

21 | P a g e

You might also like