Unit 5 Peranan Guru Pendidikan Moral Di Sekolah

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 47

UNIT 5

PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH

Sinopsis
Unit ini dibina supaya pelatih

dapat mempelajari

peranan guru Pendidikan Moral

secara meluas. Topik dalam unit ini membincangkan perkara seperti ciri-ciri dan
tanggungjawab guru Pendidikan Moral; isu-isu pelaksanaan mata pelajaran ini di
sekolah; pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini dalam pelbagai situasi di
sekolah serta jenis-jenis sumber dan pembinaan sumber Pendidikan Moral. Maklumat
dalam unit ini dapat membantu guru-guru berkenaan menangani perkara-perkara yang
berkaitan dengan pengajaran-pembelajaran dalam pelbagai situasi di sekolah secara
berkesan.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir unit ini pelajar dapat :
1. menghuraikan ciri-ciri seorang guru Pendidikan Moral yang berwibawa
2. mengenal pasti peranan dan tanggungjawab guru Pendidikan Moral dalam
merealisasi hasrat dan aspirasi Negara
3. memahami isu-isu dalam pelaksanaan Pendidikan Moral di sekolah dan boleh
mencadangkan penyelesaian alternatif.
4. menghuraikan isu dengan memberikan cadangan untuk mengatasi masalah
pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Moral dengan berkesan
5. melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral dalam pelbagai
situasi di dalam dan di luar bilik darjah
6. merancang dan menjalankan aktiviti untuk memperkukuh amalan Pendidikan
Moral di luar bilik darjah
7. merancang untuk mengajar kelas bercantum
8. mengenal pasti bahan dan sumber yang sesuai dengan nilai dan teknik-teknik
pengajaran dan pembelajaran
9. membina bahan dan sumber untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Moral
10. menggunakan bahan sumber dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Moral dengan berkesan

TAJUK 1

1.0

CIRI-CIRI DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENDIDIKAN MORAL

Pengenalan

Guru Pendidikan Moral mempunyai tanggungjawab yang penting. Selain daripada perlu
menyampaikan pelajarannya dengan berkesan beliau perlu menjadi contoh kepada
pelajarnya. Guru Pendidikan Moral bukan sahaja mengajarkan nilai-nilai moral kepada
murid-murid tetapi harus menghayati serta mengamalkannya. Mereka ialah Role Model
yang merupakan kayu ukur kepada perkembangan moral pada pandangan pelbagai
pihak, khususnya pelajar-pelajar di sekolah tersebut.
1.1 Peranan Guru Pendidikan Moral
Guru Pendidikan Moral harus sedar bahawa kanak-kanak yang datang ke sekolah telah
mempelajari pendidikan moral di rumah daripada keluarga dan masyarakat.

Ini

bermakna kanak-kanak telah mempunyai sikap, kepercayaan dan tabiat tentang moral
yang dipelajari mereka daripada pelbagai sumber sebelum mereka ke sekolah.
Kerencaman latar belakang ini mewujudkan pelbagai persoalan moral dari segi
pengetahuan amalan dan prinsip hidup kanak-kanak yang masih boleh dilentur.
Guru Pendidikan Moral juga harus sedar bahawa sekolah itu sendiri merupakan sumber
pembelajaran moral secara tidak langsung. Suasana sosial di sekolah, cara sekolah itu
ditadbir dan bagaimana guru-guru bertingkah laku akan memberikan pengaruh secara
tidak langsung kepada pembelajaran moral kanak-kanak di sekolah. Kanak-kanak yang
belajar di sekolah ternama dan tinggi penghayatan moralnya sudah tentu lebih
beruntung dan lebih mudah proses pemupukan nilai dilakukan berbanding dengan
sekolah yang sebaliknya.
Guru Pendidikan Moral mesti menerima hakikat bahawa nilai-nilai moral sudah tertanam
dalam diri murid-murid.

Guru haruslah bersedia untuk mengajar Pendidikan Moral

dengan mengambil kira pengetahuan dan pembelajaran moral yang sedia ada. Guru
dikehendaki memperkembangkan pengetahuan moral murid-murid ini dan membimbing
mereka semasa pengajaran Pendidikan Moral dilaksanakan.

Pendidikan Moral di

sekolah digunakan untuk memperkembangkan pengetahuan moral kanak-kanak ke


arah mencapai matlamat kurikulum untuk melahirkan individu yang bermoral tinggi.

Selain itu, guru Pendidikan Moral haruslah bertanggungjawab menyalurkan objektifobjektif seiring dengan penerapan nilai-nilai murni Pendidikan Moral di kalangan anak
didiknya. Di bawah rancangan KBSR dan KBSM, nilai-nilai murni diterapkan bukan
sahaja dalam mata pelajaran Pendidikan Moral tetapi juga dalam semua mata pelajaran
yang lain. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, KBSR dan KBSM digubal
berdasarkan kepada prinsip kesepaduan unsur-unsur ini yang membolehkan potensi
individu berkembang secara menyeluruh dan seimbang. Justeru itu, untuk mencapai
Matlamat Pendidikan Kebangsaan, pelajar-pelajar sekolah akan diberi peluang
menghayati nilai-nilai murni serta mengamalkannya dalam kehidupan mereka melalui
mata pelajaran Pendidikan Moral secara langsung, dan melalui mata pelajaran-mata
pelajaran lain secara tidak langsung. Objektif-objektif khusus Pendidikan Moral di bawah
rancangan KBSM adalah untuk membolehkan pelajar:

Mengukuhkan amalan, tingkah laku dan sikap moral yang telah diperoleh di
bawah rancangan KBSR,

Menyedari, memahami dan menghayati nilai-nilai murni yang terkandung dalam


Falsafah Pendidikan Kebangsaan;

Dapat membuat pertimbangan yang rasional dan bertindak berasaskan prinsipprinsip moral;

Boleh memberi sebab yang munasabah berdasarkan prinsip-prinsip moral


semasa membuat sesuatu keputusan; dan

Mengamalkan nilai-nilai murni sebagai panduan dalam kehidupan.

Sehubungan itu, tugas menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar kita
adalah tanggungjawab guru Pendidikan Moral. Dengan menjalankan tugas penuh
dedikasi sebagai seorang pendidik, adalah diharapkan bahawa matlamat pendidikan
kebangsaan dapat dicapai, iaitu menghasilkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab
dan mempunyai akhlak yang bermoral tinggi serta mulia.
Berikut ialah Bidang Pembelajaran untuk Pendidikan Moral KBSR yang telah disusun
bagi tujuan menanamkan nilai moral di kalangan pelajar. Anda hendaklah memahami
dan menghayati semua Bidang Pembelajaran ini dan nilai-nilai yang berkaitan dalam
setiap bidang, sebelum melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran bagi
setiap topik yang berkaitan.

BIDANG 1

NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN

1.1 KEPERCAYAA

DIRI
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan

N KEPADA

mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan

TUHAN

agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun

1.2 KEBERSIHAN
FIZIKAL DAN

Negara
Kebersihan dan kesihatan diri serta pemikiran yang
sihat dan positif dalam setiap perlakuan

MENTAL
1.3 HARGA DIRI

Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia

1.4 KERAJINAN

dan menjaga maruah diri dalam kehidupan


Usaha yang berterusan penuh dengan semangat
ketekunan,

kecekalan,

kegigihan,

dedikasi

dan

1.5 HEMAH TINGGI

berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara


Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam

1.6 KASIH SAYANG

pergaulan seharian
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta
berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas
Bersikap
tidak
keterlaluan
dalam
membuat

1.7 KESEDERHANAAN

pertimbangan

dan

pemikiran,pertuturan

tindakan
atau

sama

ada

dalam

perlakuan

tanpa

1.8 KEJUJURAN

mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.


Kewajipan bercakap benar,bersikap amanah dan ikhlas

1.9 BAIK HATI

dalam setiap perlakuan


Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri
dan

1.10 BERTERIMA KASIH

orang

lain

dengan

memberi

sokongan moral secara tulus ikhlas


Perasaan atau perlakuan untuk

bantuan

dan

menunjukkan

pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa,


sumbangan atau pemberian

BIDANG 2

NILAI BERKAITAN DENGAN KEKELUARGAAN

KASIH SAYANG

Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan

TERHADAP KELUARGA
2.1 HORMAT DAN TAAT

berkekalan terhadap keluarga


Memuliakan setiap anggota

keluarga

dengan

KEPADA ANGGOTA

berinteraksi dan memberikan layanan secara bersopan

KELUARGA

untuk mewujudkan keluarga yang harmonis

2.2

TANGGUNG JAWAB

Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap

TERHADAP

individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga

KELUARGA

bahagia,meningkatkan imej dan menjaga maruah


keluarga

BIDANG 3

NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN

TANGGUNG JAWAB

MASYARAKAT
Kesanggupan memikul serta melaksanakan tugas dan

TERHADAP

kewajipan dengan sempurna sebagai anggota

MASYARAKAT

masyarakat

3.1

TOLERANSI

Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri

DALAM

bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan

MASYARAKAT

perselisihan faham demi kesejahteraan hidup

SEMANGAT

Kesediaan melakukan sesuatu dengan semangat

BERMASYARAKAT

kekitaan

PEKA TERHADAP

keharmonian hidup bermasyarakat


Bertanggung jawab dan prihatin terhadap isu semasa

ISU SOSIAL

yang

3.2

3.3

untuk

berlaku

kepentingan

dalam

bersama

masyarakat

dan

demi

usaha

menyelesaikannya
BIDANG 4

NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN ALAM

KEBERSIHAN DAN

SEKITAR
Pemeliharaan dan pemuliharaan persekitaran agar

KEINDAHAN

sentiasa bersih dan ceria demi kesejahteraan hidup

PERSEKITARAN
4.1 MENYAYANGI ALAM

Sayang

dan

menghargai

alam

sekitar

demi

SEKITAR
mengekalkan kesejahteraannya
4.2 PEKA TERHADAP ISU Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan
ALAM SEKITAR
BIDANG 5
5.1 HORMAT DAN SETIA
KEPADA PEMIMPIN,
RAJA DAN NEGARA
5.2 PATUH KEPADA
PERATURAN DAN
UNDANG-UNDANG
5.3 CINTA AKAN NEGARA

alam sekitar dan berusaha menyelesaikannya


NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN NEGARA
Hormat dan kepatuhan yang berkekalan kepada
pemimpin dan raja serta setia kepada negara
Menerima dan mematuhi peraturan dan undangundang yang dikuatkuasakan sebagai amalan hidup
Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta

Rujuk individu tertentu yang pakar atau mahir.

meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan


5.4 KEAMANAN DAN
KEHARMONIAN

diri
Kedamaian dan perpaduan yang berkekalan dan
berterusan

di

kalangan

rakyat

Malaysia

serta

masyarakat global

Selain memahami bidang pembelajaran dalam Pendidikan Moral, guru Pendidikan


Moral perlu menghidupkan kelas dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan memberikan
pengalaman langsung kepada murid. Bawalah mereka melawat rumah orang tua yang
berdekatan dan suntiklah seberapa banyak nilai kasih sayang, hormat menghormati dan
membalas budi ke dalam jiwa kanak-kanak yang masih mentah itu. Melalui pengalaman
tersebut mereka akan dewasa dengan jiwa prihatin yang kaya dengan nilai
kemanusiaan.
Lawatan ke kampus universiti di kalangan murid-murid di kawasan luar bandar akan
menyebabkan mereka berjiwa besar untuk terus memanjat tangga kejayaan. Pendek
kata guru Pendidikan Moral yang komited ibarat doktor yang mampu memberikan
penawar, mengubati dan memberikan harapan kepada murid-murid yang diibaratkan
sebagai rebung yang masih boleh dilentur.
Pernahkah anda membuat muhasabah diri?

Berikut ialah contoh senarai semak muhasabah diri guru. Semoga senarai semak ini
dapat membantu anda dalam mengenali siapa anda sebagai seorang guru.
Senarai Semak Muhasabah Diri Guru

Insan Moral

Personaliti Guru

Murah hati
Bertimbang rasa
Sedia memaafkan
Faham memahami
Prihatin keperluan orang lain
Bertanggung jawab

Maruah diri
Air muka yang mesra
Bersimpati
Sering bertanya pendapat murid
Boleh dipercayai
Cakap beralas

Bekerjasama
Berterima kasih
Menunaikan kewajipan
Menghormati ibu bapa/hak orang lain
Menepati masa
Menguruskan masa dengan bijak
Adil dan saksama
Komunikasi berkesan
Berbudi bahasa
Ramah mesra
Sayang kepada nyawa dan diri
Kebersihan dari segi fizikal dan
mental
Jujur/ berterus terang
Baik hati
Simpati/belas kasihan
Kemahiran bersosialisasi
Kesedaran kendiri
Kebolehpercayaan
Ketekunan
Bijak menguruskan konflik
Membina perhubungan
Menghormati adat resam
Celik akal
Rasional
Universal
Preskriptif
Optimis

Elakkan pertengkaran
Jangan menyusahkan
Kemahiran berkomunikasi lisan dan
bukan lisan
Kreatif
Melihat kebaikan
Memberi penghargaan
Mengakui kesilapan
Menghormati murid, rakan dan
pentadbir
Menunjukkan besar hati
Panggil nama murid
Selesa didampingi
Pendengar yang baik
Senyum selalu
Tajuk perbualan sesuai
Menepati janji
Unsur kecindan
Luwes
Tegas/ berdisiplin
Berdedikasi
Berwibawa
Berkarisma/ Bestari
Boleh menerima kritikan
Inovatif
Aktif/produktif
Kebolehan mengawal emosi
Penyayang
Tinggi budi bahasa

1.2 Guru Pendidikan Moral dan Aspirasi Negara


Menyanjung

tinggi

dan menyokong

semua aspirasi

negara juga merupakan

tanggungjawab penting semua guru, termasuk Guru Pendidikan Moral. Selain kod etika
perguruan, aspirasi negara lain yang dikemukakan untuk pembangunan negara perlu
ditititberatkan oleh semua guru dalam usaha melaksanakan tanggungjawab mereka di
sekolah. Guru berkenaan harus menjadi teladan dalam mempraktikkan prinsip yang
positif di samping menyibarkan mesej yang diingini kepada pelajar-pelajar. Misalnya
insiden isu pergaduhan antara guru di salah sebuah sekolah memaparkan bahawa

amatlah malang jika guru tidak dapat mengawal perasaan lalu bertumbuk dan bertarikan
rambut di hadapan murid semasa perhimpunan sehingga melibatkan ibu bapa murid
untuk menyelesaikannya.

Kedua-dua guru tersebut ialah guru cemerlang.

Isu

pertelingkahan mereka bersifat peribadi. Lebih ironi lagi, apabila murid-murid kecil itu
bertanya soalan serius, Patutkah guru-guru itu dirotan kerana bergaduh di hadapan
murid?
A. Kod Etika Perguruan
Kod etika perguruan merupakan satu sistem prinsip yang mengawal kemoralan dan
perlakuan guru. Kod ini merupakan satu panduan perlakuan atau etika kerja untuk
profesion perguruan.

Guru sebagai seorang profesional harus mematuhi peraturan

yang terkandung dalam kod etika di samping mengamalkan peribadi mulia selaras
dengan etika profesion dalam menjalankan tugas harian. Berikut ialah Kod Etika
Perguruan Malaysia :
Tanggungjawab terhadap pelajar
1. Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.
(Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisan Bil.4/2002: Pelaksanaan Program Sekolah
dengan Selamat) muka surat 245.
2. Adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,
emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada
mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam
mata-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat
memberikan contoh yang baik kepada pelajar. (Rujuk Surat Pekeliling
KP(BS)8591/Jld XVII(7) 7Jun 2001) muka surat 243.
6. Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau
seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa
1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka dan
berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara

institusi pendidikan dengan rumahtangga.


2. Menganggap semua maklumat yang diberikan kepada ibu bapa berhubung
dengan keadaan rumahtangga atau berkaitan dengan anak mereka sebagai sulit
dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang
berhak mengetahuinya.
3. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka
dan mengutamakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan
bijaksana.
4. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan
sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
5. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu
yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa penjaga
mereka.
Tanggungjawab Terhadap Masyarakat Dan Negara
1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat, negara ataupun yang bertentangan dengan
Rukunegara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang dapat membantu, dan
membimbing

mereka

untuk

menjadi

warganegara

yang

taat

setia,

bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan,


keturunan dan agama.
3. Menghormati

masyarakat

tempat

berkhidmat

dan

memenuhi

segala

tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil


bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman

antara guru dengan ibu bapa,

institusi pendidikan dengan masyarakat.


5. Memberikan

sumbangan

cergas

untuk

meninggikan

kehidupan

moral,

kebudayaan dan kecendiakawan masyarakat.


6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan
menjalani kehidupan seharian dengan baik.
Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat Dan Profesion Perguruan
1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang
boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu

bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan
sebagai guru.
3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan
bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas
dan sosial.
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru
dalam profesion perguruan
5. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
perguruan.
6. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.
B. Rukun Negara
Rukun Negara (1970) merupakan satu set prinsip panduan hidup untuk rakyat Malaysia.
Ideologi Nasional ini bertujuan mengeratkan perpaduan rakyat berbagai kaum
disamping memelihara cara hisup masyarakat yang harmonis, demokratik, adil, liberal,
progresif lagi beretika. Pernyataan Rukunegara :

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA


mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan
seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama;
menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang
kaya dan berbagai corak;
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan

10

usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang


berikut:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Setiap prinsip dalam Rukun Negara merupakan panduan cara hidup kita semua, setiap
prinsip tersebut juga ada berkaitan dengan nilai-nilai murni yang unggul. Guru
Pendidikan Moral harus sentiasa membimbing dan menerapkan nilai-nilai berkenaan
yang tersirat dalam Rukun Negara supaya hasrat melahirkan rakyat yang diingin
tercapai.
C. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
Pendidikan

di

Malaysia

adalah

suatu

usaha

berterusan

ke

arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu


untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di atas telah diumumkan pada tahun 1988.
Falsafah tersebut berhasrat melahirkan insan yang mulia dan sempurna supaya menjadi
warganegara yang baik dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Demi mencapai
citi-cita FPG, tanggungjawab dan kewajipan guru Pendidikan Moral adalah berat dan
penting dalam usaha untuk menerapkan nilai-nilai murni diri murid dengan berkesan.
D. Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Guru berhasrat untuk mendidik:
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara,

11

menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang


bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
Menurut hasrat FPG, guru lepasan maktab atau institusi perguruan haruslah
berkaliber tinggi, berkebolehan berfungsi sebagai pendidik yang baik, dapat
mengamalkan nilai murni dan akan menghasilkan murid yang sesuai dengan
pembinaan Negara. Peranan guru Pendidikan Moral ialah berpegang teguh kepada
FPG

supaya dapat melahirkan murid-murid yang dapat memenuhi kehendak

aspirasi negara.
E. Wawasan 2020
Wawasan 2020 adalah satu visi negara kita yang dikemukakan oleh bekas Perdana
Menteri Malaysia Tun Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1991. Tujuan
visi ini ialah, supaya Malaysia mencapai taraf sebuah negara perindustrian yang
maju dan masyarakat yang beretika. Sebanyak sembilan cabaran telah digariskan
untuk negara kita menghala ke arah wawasan

ini dan dapat mencapai hasrat

tersebut pada tahun 2020:


a) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi
bersama iaitu Malaysia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di
peringkat wilayah dan semua kaum hidup dalam keharmonian.
b)

Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju


dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan
dengan apa yang dicapai.

c) Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang.


d) Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika sepenuhnya yang
mempunyai warganegara yang kukuh dalam nilai agama da jiwa.
e) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur dalam konteks rakyat
Malaysia

pelbagai

kaum;

bebas

mengamalkan

adat,

kebudayaan

dan

kepercayaan agama tetapi setia peda negara.


f)

Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif,

yang bukan sahaja menjadi

pengguna teknologi malah menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik dan


teknologi masa depan.
g) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayang iaitu sistem sosial
yang memberi keutamaan kepada kepentingan masyarakat daripada diri sendiri.
h) Mewujudkan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi iaitu masyarakat yang

12

Latihan 5.1
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.

melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama.


i)

Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik,


giat dan kental.

Semua guru sekolah, terutamanya guru Pendidikan Moral harus mengambil kira
cabaran-cabaran Wawasan 2020 ini dalam menangani kerjaya dan tanggungjawab
harian di sekolah agar negara dan masyarakat Malaysia dapat mencapai cita-cita
tersebut.

Aktiviti 1
Senaraikan lima tanggung jawab guru Pendidikan Moral.
Aktiviti 2
Apakah perkaitan antara guru berpegang teguh kepada Kod Etika Perguruan dengan
pelajar yang menghadapi isu semasa / moral seperti ponteng sekolah, merokok, bergaul
bebas dan sebagainya ? Bincangkan.
Aktiviti 3
a. Berikan

tiga contoh perlakuan guru di sekolah anda yang terpuji dan patut

diteladani oleh guru-guru lain.


b. Berikan dua contoh perlakuan guru yang tidak menurut kod etika perguruan dan
cadangkan tindakan yang harus diambil untuk mengatasi maslah tersebut?

Aktiviti 4
Apakah hubungan nilai-nilai moral dengan Rukunegara, FPK, FPG dan Wawasan
2020? Berikan jawapan anda dalam jadual berikut :

Bil
1

Perkara
Rukunegara

Nilai-nilai Berkaitan
1

13

Huraian / Catatan

Bil

Perkara

Nilai-nilai Berkaitan

Huraian / Catatan

FPK

1 (contoh) Usaha yang


berterusan

Bersikap rajin,
berwawasan demi
kebaaikan masa depan

FPG

1
Menyanjung
warisan Mengamalkan nilai-nilai
kebudayaan Negara
murni, mempromosikan
budaya Negara
2

Wawasan 2020

14

Senarai buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan


modul.

Bil

Perkara

Nilai-nilai Berkaitan

Huraian / Catatan

Rumusan
1. Guru Pendidikan Moral harus menghayati dan mengamalkan Kod Etika
Perguruan Malaysia
2. Rukunegara, FPK dan FPG harus sentiasa menjadi penyuluh dan panduan
kepada guru Pendidikan Moral yang profesional.
3. Guru Pendidikan Moral harus berusaha sebagai penggalak dan pemimpin untuk
menjamin pelajarnya dibimbing ke arah pencapaian aspirasi Negara menurut
Rukunegara, FPK, FPG dan Wawasan 2020 demi kebaikan Negara dan
warganegara Malaysia
4. Semua guru adalah bertanggungjawab terhadap pelajar, ibu bapa, rakan sejawat
dan masyarakat.
5. Guru Pendidikan Moral lebih-lebih lagi dianggap sebagai teladan dalam usaha
menyanjung kesemua aspirasi dan ideologi Negara tersebut.

Bacaan Asas
Shahabuddin Hashim et.al (2003) Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar Yang
Berkesan, Penerbit PTS Publications & Distributors.
Abdul Rahman Md.Aroff. (1999). Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral.
Serdang: Penerbit UPM.
Rujukan
Abdul Rahman Md. Aroff & Chang Lee Hoon (1994). Pendidikan Moral. Petaling Jaya:
Longman Malaysia Sdn.Bhd.
Ee, A.M. (1994). Pendidikan Moral (Elektif). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

15

Ee, A.M. ( 1997). Pedagogi II Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Penerbit


Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Hena Mukherjee & Judy Ellis & chang Lee Hoon & N.S. Rajendran (1992). Strategi
Pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Koo Kee Peng & Tang Chee Yee (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran
Pendidikan Moral KBSR/KBSM, Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Malaysia.

TAJUK 2

ISU-ISU PELAKSANAAN PENDIDIKAN MORAL


DI SEKOLAH

2.0 Pengenalan
Pendidikan Moral merupakan sebahagian daripada pendidikan. Mengikut sukatan
pelajaran Pendidikan Moral 1982, program pendidikan moral bertujuan untuk muridmurid mengenal pasti, menjelaskan dan membatinkan nilai-nilai yang berasaskan
agama, tradisi dan nilai-nilai masyarakat Malaysia. Begitu juga dengan penyemakan
semula sukatan pada tahun 1999 yang memperkenalkan lima bidang pembelajaran,
adalah bertujuan untuk membentuk generasi yang berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat
global. Betapa murninya hasrat Pendidikan moral yang telah dibentuk dengan teliti;
namun dari segi pelaksanaannya masih disekat oleh beberapa isu dan masalah.

16

2.1 Bahan Rujukan


Bahan sumber utama untuk pengajaran Pendidikan Moral adalah buku teks yang
disediakan untuk semua peringkat mengikut sukatan pelajaran . Laporan Kabinet 1979
para 392 menyebut bahawa buku teks merupakan bahan-bahan pembelajaran yang
penting untuk murid-murid dan sumber rujukan penting bagi membantu guru dalam
proses pengajaran. Di samping itu juga guru Pendidikan Moral dibekalkan dengan buku
panduan guru dan huraian sukatan pelajaran untuk setiap darjah dan tingkatan. Dalam
pelaksanaan sukatan pelajaran Pendidikan Moral di sekolah guru-guru menghadapi
dilema mencari bahan rujukan yang sesuai kerana kemoralan merupakan satu konsep
yang abstrak dan sering dilanda kontroversi dalam definisinya. Tidak boleh dipertikaikan
bahawa apa yang guru tahu tentang Pendidikan Moral akan mempengaruhi apa yang
pelajar kita pelajari. Oleh itu pemahaman yang betul tentang konsep utama pendidikan
moral penting kerana tanpa pemahaman ini guru tidak bersedia mengajar mata
pelajaran ini. Guru perlu tahu bidang-bidang yang menjadi asas mata pelajarannya
termasuk juga

kemahiran pedagogi dalam menyampaikan ilmu dan pengetahuan.

Tanpa pemahaman ini, guru tidak bersedia mengajar mata pelajaran ini kepada pelajar
seperti yang tersurat dalam pantun ini:
Bas biru bas kuning
Guru keliru murid pening
Secara ringkasnya beberapa isu berkaitan bahan rujukan ialah:

tidak ada bahan yang sesuai dengan konsep kemoralan

bahan rujukan terhad dan tidak banyak di pasaran

buku teks yang ada tidak dapat membantu guru dalam melaksanakan
pendekatan dan strategi pengajaran.

2.2 Masalah Penilaian Pendidikan Moral di Sekolah.


Setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah perlu diuji atau dinilai sama ada dalam
bentuk formal atau tidak formal. Disebabkan Pendidikan Moral amat menitikberatkan
domain afektif iaitu berhubung dengan pembentukan sikap, nilai dan emosi, maka
penilaian terhadapnya menghadapi masalah.
2.2.1 Penilaian moral susah dinilai secara afektif

17

Bagaimana kita hendak menilai sikap dan tabiat? Kesukaran untuk menilai aspek afektif
serta tingkah laku mengakibatkan aspek ini tidak dinilai dengan berkesan dalam konteks
program tersebut.
2.2.2 Proses penilaian memerlukan masa yang panjang
Penilaian moral biasanya dilakukan melalui penilaian formal seperti mengadakan ujian
aneka pilihan, jawapan pendek, melengkapkan cerita dan memadan gambar dan
kenyataan. Penilaian juga dibuat melalui penilaian tidak formal seperti senarai semak,
skala pemeringkatan serta rekod peristiwa (rekod anekdot) juga digunakan. Penilaian
kendalian sekolah ditekankan di sekolah tetapi jarang dipraktikkan atau kurang efektif
pelaksanaan kerana kesuntukan masa serta kurangnya kepakaran guru dalam aspekaspek seperti pemerhatian dan temu bual . Kalau dipraktikkan pun, markah atau
penilaiannya tidak diambil kira dalam keputusan akhir dalam mata pelajaran itu.
2.2.3 Penilaian Pendidikan Moral adalah subjektif
Kertas peperiksaan dengan skema pemarkahan yang terlalu rigid serta bersifat
akademik dengan soalan-soalan yang lebih berbentuk situasi yang hipotetikal
menyebabkan

pelajar yang tidak mengalami situasi tersebut tidak dapat membuat

keputusan moral. Perkara ini telah lama dipertikaikan. Sesetengah alatan yang
digunakan dalam penilaian Pendidikan moral banyak dipengaruhi oleh perasaan penilai
atau penguji. Penilaian jenis ini tidak tepat dan diragui.
2.2.4 Penilaian Pendidikan Moral membawa banyak implikasi
Domain afektif yang meliputi sikap, nilai, minat dan perasaan merupakan domain yang
amat sukar dinilai. Walaupun aspek penaakulan moral boleh dinilai, namun aspek ini
tidak mengukur kebolehan pelajar dalam menangani sesuatu masalah dan situasi.
2.2.5 Penekanan pengajaran untuk lulus peperiksaan
Wujudnya mindset di kalangan guru apabila peperiksaan sentiasa ditekankan hingga
mewujudkan

keadaaan teach to pass exams rather than teach to understand .

Pengajaran secara latih tubi dan penghafalan nilai menjadi metodologi pengajaran
sebagai memenuhi keperluan peperiksaan. Cara ini sebenarnya tidak membenarkan

18

perkembangan keupayaan pelajar untuk menaakul. Pelajar yang mendapat A1 dalam


Pendidikan Moral tidak semestinya pelajar yang cemerlang dalam sahsiahnya.
2.3 Pengurusan sekolah
Program

Pendidikan

Moral

di

sekolah

menitikberatkan

persekitaran

sekolah,

kebudayaan sekolah dan etos sekolah serta aktiviti kokurikulum. Sekolah

perlu

memberikan sumbangan untuk perkembangan nilai. Dilema atau isu dalam pelaksanaan
Pendidikan Moral berkaitan dengan pengurusan sekolah adalah;
2.2.1

Persekitaran sekolah seharusnya menyumbang untuk perkembangan nilai.


Kalau sistem sekolah lebih bersifat autokratik, pelajar-pelajar akan juga belajar
bersikap autokratik, kurang rela mendengar pendapat orang lain, suka membuat
keputusan secara bersendirian. Begitu juga sekiranya guru kelas bersikap
dominant.

2.2.2

Sungguh pun sekolah mementingkan peraturan dan disiplin

tetapi budaya

sekolah memberikan penekanan kepada aspek afektif dan tingkahlaku moral


berbanding perkembangan pemikiran rasional dan penaakulan moral . Oleh itu
objektif Pendidikan Moral untuk melahirkan individu yang berautonomi tidak
difahami guru. Keadaan ini boleh mengakibatkan kelemahan penaakulan moral
dan ketaatan membabi buta murid kerana takut dirotan, didenda atau digantung
sekolah. Situasi ini dapat dilihat hampir di kebanyakan sekolah iaitu murid tidak
membuang sampah di dalam kawasan sekolah tetapi timbunan sampah seperti
bunga yang memutih kelihatan di kawasan luar sekolah terutama pada waktu
murid-murid pulang. Plastik bungkusan makanan ringan, tin minuman dan lainlain dicampak sesuka hati. Penghayatan moral dari segi kebersihan yang ada
kaitannya dengan disiplin gagal dipraktikkan.
2.2.3

Perhubungan guru dan pelajar tidak memuaskan.

Perhubungan yang

sepatutnya seimbang masih tidak dapat dihidupkan. Ini tidak memenuhi


keperluan pelajar dari segi perkembangan emosi moral mereka.
2.2.4

Tanggapan bahawa pendidikan moral hanya diajar oleh guru Pendidikan Moral;
maka guru bukan Pendikan Moral tidak perlu terlibat dalam pembentukan dan
perkembangan moral pelajar. Maka mereka tidak begitu serius dalam
menerapkan nilai melalui mata pelajaran mereka.

19

2.2.5

Konflik nilai wujud di kalangan pelajar kerana guru tidak menghayati dan
memahami peranan mereka dan tidak menunjukkan nilai positif yang sejajar
dengan nilai-nilai moral. Contoh ketepatan masa, kejujuran, hormat menghormati
dan sebagainya.

Renungkanlah!!!!

Sejauh mana sekolah anda membudayakan nilai-nilai murni dan adakah


anda berpuashati dengan cara ia dilaksanakan.

2.3

Tenaga Pengajar

Beberapa masalah telah dikenal pasti dalam pelaksanaan Pendidikan Moral secara
formal khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara lain ialah ;
2.3.1

Masalah strategi mengajar yang tidak betul. Didapati bahawa tidak semua guru
dilengkapkan dengan pengetahuan tentang strategi pengajaran pendidikan
moral. Guru-guru yang mengajar Pendidikan Moral tidak berupaya dalam
melaksanakan pendekatan pengajaran yang betul dalam pengajaran. Kesannya,
ramai murid bosan dalam pembelajaran mata pelajaran tersebut.

2.3.2

Kefahaman guru tentang konsep-konsep asas dalam mata pelajaran Pendidikan


Moral adalah tidak sama tentang kemoralan dan Pendidikan Moral. Mengikut
Puka (1976), kalau kita tidak tahu apa itu kemoralan, kita tidak boleh
mengajarnya; tetapi kalau kita mengajar tanpa pemahaman, pelajar-pelajar tidak
dapat menghayati nilai-nilai murni dalam Pendidikan Moral. Pemahaman guru
penting kerana matlamat guru adalah untuk membentuk pemahaman pada
orang lain. Dalam konteks ini pengetahuan guru Pendidikan Moral adalah
menjadi asas kepada pemahamannya. Kajian mendapati bahawa seorang guru
yang efektif memerlukan 3 jenis pengetahuan iaitu:

Pengetahuan tentang mata pelajaran yang diajar (Content Knowledge)

20

Latihan 5.2
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.

Pengetahuan tentang strategi instruksi am (Pedagogical Content)

Pengetahuan tentang straegi spesifik untuk pengajaran suatu kandungan


mata pelajaran (pedagogical Content Knowledge)

2.3.3

Kurangnya penekanan kepada domain afektif merupakan satu masalah, kerana


tiada peruntukan dalam objektif Sukatan pelajaran Pendidikan Moral tentang
aspek tersebut. Di dalam bilik darjah pengajaran lebih kepada konsep
kemoralan.

2.3.4

Guru kurang berminat terhadap mata pelajaran Pendidikan Moral, lebih-lebih lagi
apabila diarah untuk mengajar mata pelajaran ini. Situasi ini mengakibatkan
dilema dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Masalah ini berlaku
kerana guru tidak tahu pendekatan atau kaedah mengajar Pendidikan Moral.

2.3.5

Kurang latihan atau guru itu tidak terlatih dalam Pendidikan Moral. Oleh itu,
mereka tidak mempunyai pemahaman yang mencukupi tentang mata pelajaran
Pendidikan Moral dan konsep-konsep yang berkaitan.

2.3.6

Guru kurang berminat mengajar kerana pertembungan budaya, latar belakang


kebudayaan guru dan sensitiviti setiap kaum yang berbeza-beza. Walaupun
nilai-nilai teras yang terpilih mewakili nilai-nilai dari pada semua kaum, latar
belakang guru juga memberikan kesan kepada pengajaran guru kerana
perspektif mereka terhadap nilai-nilai itu berbeza. Tidak mungkin guru yang suka
bercakap kasar, berjudi, mata keranjang dan menghadapi pelbagai masalah
peribadi, akan menjadi guru moral yang berwibawa dan disegani oleh muridmurid dan rakan sejawat.

Aktiviti 1
Berikan cadangan bagi mengatasi masalah penilaian dalam Pendidikan Moral di
sekolah.
Aktiviti 2
Menggunakan alat Kajian Masa Depan, bagaimana anda melihat permasalahan yang

21

Bacaan Asas

terdapat dalam pelaksanaan pendidikan Moral berkenaan dengan budaya dan


persekitaran sekolah.

Rumusan
Permasalahan penilaian dari segi amalan menyebabkan fokus Pendidikan Moral hanya
kepada aspek kognitif atau domain penaakulan. Objektif-objektif Pendidikan Moral perlu
dijelaskan dengan lebih teliti dalam sukatan. Berkaitan dengan pemahaman konsep
asas moral, guru-guru perlu diberi latihan dengan memberi keutamaan kepada guru
mata pelajaran Pendidikan Moral supaya mereka mempunyai kemahiran dan kepakaran
untuk mengajar. Sekolah perlu menjadi institusi perkembangan moral yang berkesan
bukan sahaja dalam pendidikan formal dan bukan formal malah budaya positif dan
program-program yang sesuai perlu selaras dengan tujuan dan matlamat program
Pendidikan Moral.

Abdul Rahman Aroff (1986), Pengenalan Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Fajar Bakti
________________ (1999), Pendidikan Moral : Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.
________________ (2002) Modul Pendidikan Moral EDU 2003, Serdang: Percetakan
Universiti Putra Malaysia.
Ee, A.M. (1988). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn.Bhd.
Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral: Siri Pendidikan Tinggi. Petaling Jaya: Pearson
Education Malaysia.
Koo, K.P & Tang, C.T.,(1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Nur Surayyah Madhubala Abdullah (2002). Nota Kursus EDU 3650 (Unit 1-6/6), Fakulti
Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia :Serdang Selangor
Sidang Pengarang (2004). Rujukan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)
Untuk Guru-guru Lepasan Diploma dan ijazah DGA 29, DGA 32 da DG 42,
Bahagian II, Kompetensi Khusus (Tinggi). Femina, Petaling Jaya.

22

TAJUK 3

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL


DALAM PELBAGAI SITUASI DI DALAM DAN DI LUAR BILIK
DARJAH

3.0 Pengenalan
Sebagai tenaga pengajar mata pelajaran Pendidikan Moral, kita mestilah sentiasa
bersedia dalam memberikan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh pelajar
supaya mereka boleh berfungsi dalam kehidupannya.

Guru perlu mendiagnos

keperluan pembelajaran yang spesifik di kalangan pelajar serta menyediakan pelbagai


aktiviti yang sesuai bagi memenuhi keperluan mereka. Proses pengajaran dan
pembelajaran tidak akan berjaya seandainya proses ini tidak disusuli dengan
penyediaan aktiviti yang sesuai dengan kelas yang diajar sama ada kelas biasa atau
kelas bercantum.

3.1 Pengajaran Secara Kelas


Pengajaran secara kelas bermaksud penyampaian pengajaran guru kepada seluruh
kelas. Ini bermakna guru mengajar dengan isi pelajaran yang sama, masa yang sama
serta memberikan latihan atau kerja yang sama kepada semua murid di dalam

23

kelasnya.
Kaedah kelas ini melibatkan aktiviti atau mengikut aktiviti pengajaran guru. Selepas
murid-murid sudah memahami konsep dan menguasai kemahiran yang dikehendaki,
mereka akan diarah untuk menjalankan aktiviti dalam kumpulan. Nancy Catty dalam
buku Mok Soon Sang mencadangkan prinsip-prinsip pelaksanaan pengajaran secara
kelas adalah seperti berikut:

Memahami jelas dan tepat apa yang hendak diajar

Menyediakan alat bantu mengajar yang diperlukan

Menggunakan alat bantu mengajar yang perlu secara berkesan

Ajarkan semua murid dalam kelas. Jangan tumpukan perhatian kepada


beberapa orang murid sahaja

Bertenang dan mempunyai keyakinan serta berlagak secara semula jadi semasa
mengajar

Melibatkan semua murid di dalam kelas dengan menyediakan aktiviti


pembelajaran secara aktif

Di samping cadangan-cadangan tersebut, guru yang menggunakan kaedah seluruh


kelas hendaklah memastikan setiap murid mematuhi peraturan kelas supaya aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Pastikan
setiap murid melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran.

Penggunaan pengajaran

secara kelas adalah sesuai dan menjadi lebih berkesan sekiranya murid-murid yang
mempunyai kebolehan yang hampir sama ditempatkan dalam kelas yang sama
3.2 Kelas Bercantum
Kelas bercantum merupakan satu jenis kelas waktu sekolah rendah atau menengah
yang mengandungi lebih daripada satu darjah/tingkatan.

Seorang guru Pendidikan

Moral mengajar serentak kelas berkenaan. Percantuman kelas ini dijalankan kerana:

Bilangan pelajar di dalam sesebuah kelas tidak mencukupi untuk menjadikan satu
kelas biasa

Peruntukan guru di sekolah berkenaan tidak mencukupi untuk mengajar tiap-tiap


kelas secara berasingan

Gabungan kelas Pendidikan Moral adalah selaras dengan pengajaran

24

mata

Latihan 5.3
Cuba uji kefahaman anda dengan menjawab soalan soalan berikut.
pelajaran Pendidikan Islam.
3.2.1

Kaedah Pengajaranpembelajaran Pendidikan Moral di Kelas Bercantum

Guru Pendidikan Moral perlu membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran


yang teliti kerana dua atau tiga kelas diajar serentak dalam satu kelas. Perkara-perkara
berikut perlu dipertimbangkan:
1) Pemilihan bahan-bahan yang sesuai bagi setiap kumpulan
2) Tugas-tugas bagi setiap kumpulan perlu ditetapkan
3) Masa perlu diperuntukkan untuk bimbingan dan bantuan individu
4) Objektif-objektif bagi setiap pelajaran hendaklah jelas
5) Gerak kerja setiap peringkat bagi setiap kumpulan hendaklah mencukupi
6) Isi-isi penting bagi setiap tajuk perlu disusun dengan teratur serta dicatat
7) Pastikan umur dan kebolehan kanak-kanak kelas bercantum tidak terlalu berbeza
8) Pastikan bahan-bahan pembelajaran kendiri, kit pembelajaran, lembaran kerja dan
sudut-sudut pembelajaran disediakan dengan mencukupi. Ini penting apabila murid
diminta membuat kerja sendiri.
9) Elakkan daripada mencantumkan kelas-kelas yang akan menghadapi peperiksaan.
Mengajar kelas bercantum memerlukan pengelolaan rancangan dan persediaan yang
teliti, mencukupi serta bersesuaian. Para pelajar hendaklah dilatih supaya berupaya
bekerja tanpa banyak bimbingan, galakan atau kawalan. Di samping itu, segala alat
dan bahan pembelajaran kendiri seharusnya mencukupi untuk menjamin kelicinan serta
keberkesanan proses pengajaran-pembelajaran di dalam sesebuah kelas bercantum.

Soalan 1
Senaraikan kebaikan dan keburukan kelas bercantum.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

25

Soalan 2
Tahun 1

Tahun 2

Tahun 3

Guru Pendidikan Moral

Sediakan satu Rancangan Pengajaran Pendidikan Moral bagi kelas bercantum di atas
bagi tempoh 30 minit. Perkara-perkara berikut perlu dinyatakan:

3.3

Mata pelajaran

Kelas Bercantum

Bilangan murid

Masa

Tajuk-tajuk untuk pelajaran hari tersebut

Bidang Pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral KBSR

Kandungan Akademik

Sub Nilai

Nilai Sampingan

Teknik

Pendekatan

Bahan Bantuan Mengajar

Pengetahuan sedia ada

Kemahiran Berfikir

Hasil Pembelajaran
Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral

Guru Pendidikan Moral dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan


Moral dalam pelbagai situasi sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.
Antara teknik yang boleh digunakan adalah:

26

3.3.1

Ceramah

Orang yang berpengalaman dan berkepakaran dalam bidang tertentu sering dijemput
untuk menyampaikan ceramah kepada anggota-anggota kumpulan atau institusi yang
tertentu, baik dalam sektor swasta mahupun sektor awam. Kegiatan berceramah ini
boleh berlaku di peringkat yang paling asas seperti menjemput konstabel polis,
pemandu kereta ambulans atau anggota bomba ke sekolah untuk bercerita kepada
para pelajar tentang pengalaman kerja mereka atau secara lebih formal seperti
berceramah dalam seminar-seminar kebangsaan atau antarabangsa tentang sesuatu
kajian yang dibuatnya ataupun ceramah moral atau kesihatan. Dengan itu, kemahiran
berceramah perlu dikuasai oleh seseorang profesional agar komunikasi dapat dilakukan
secara cekap dan berkesan dengan anggota-anggota masyarakat atau pelanggannya.
Dalam profesion perguruan, aktiviti berceramah tidak dapat dipisahkan dengan peranan
guru.

Guru yang berketrampilan atau berpengalaman sering dijemput

untuk

menyampaikan ceramah-ceramah yang berkaitan dengan pengurusan kokurikulum,


program kemajuan staf, dan kaedah dan teknik pengajaran, malahan teknik-teknik
menjawab soalan-soalan peperiksaan awam di kalangan pelajar. Justeru itu, setiap
guru pelatih sewajarnya melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran berceramah.
Pengertian Ceramah
Ceramah merupakan ucapan yang disampaikan oleh seseorang jemputan yang
dianggap berpengalaman dan berkepakaran dalam majlis yang formal dan tidak formal.
Bahagian pertama ceramah akan diisi oleh ucapan penceramah yang membentangkan
pendapat atau pengalamannya dalam bidang yang tertentu. Bahagian akhir ceramah
pula akan dibuka untuk para penonton atau audien untuk mengemukakan soalansoalan.
Dengan itu, berlainan dengan pidato/syarahan, ceramah dapat mewujudkan komunikasi
dua hala, iaitu penceramah dapat berkongsi maklumat atau pengalaman dengan audien
dan audien pula boleh mengemukakan soalan-soalan atau pandangan mereka sendiri
terhadap sesuatu perkara atau tajuk.
Persediaan Ceramah

27

Ceramah yang berkesan perlu disediakan secara rapi oleh penceramah yang
berkenaan.

Di peringkat persediaan, penceramah mesti mengenal pasti beberapa

perkara penting seperti yang berikut:


a) Siapakah audiennya?
b) Apakah yang diharapkan dan ingin didengar oleh audien?
c) Dimanakah ceramah itu akan diadakan?
d) Bilakah ceramah itu akan diadakan?
Setelah mengenal pasti perkara-perkara tersebut, seseorang penceramah boleh
merancang isi kandungan dan penyampaian ceramahnya. Di peringkat ini, penceramah
perlu melakukan perkara-perkara penting seperti yang berikut :
a) Mengetahui tajuk ceramah dengan teliti
b) Membuat persediaan yang rapi
c) Menyemak setiap ilustrasi
d) Meninjau atau melawat tempat ceramah (jika boleh)
e) Menyemak setiap peralatan
f)

Memakai pakaian yang sesuai

Kemahiran Melahirkan Pendapat


Semasa berceramah, penceramah akan melahirkan pendapat mereka sama ada
melalui pembentangan kertas kerja atau memberi tindak balas terhadap soalan-soalan
yang dikemukakan.

Oleh itu, penceramah perlu menguasai kemahiran untuk

melahirkan pendapat yang meliputi aspek-aspek yang berikut:


a) Cara melahirkan pendapat
b) Cara mempengaruhi audien
c) Nada dan intonasi
(a) Cara Melahirkan Pendapat
Dalam melahirkan pendapat, penceramah hendaklah mahir bertindak seperti

yang

berikut:

Menentukan aspek yang akan dibentangkan

supaya perbincangan tidak

menyeleweng daripada tajuk dan tujuan ceramah

Mengemukakan pendapat dalam bentuk kertas kerja

28

Memilih dan menyusun isi agar bertepatan dengan aspek yang akan dihujahkan
a) Mengemukakan pendapat yang disokong dengan fakta, bukti statistik dan contoh
supaya hujah lebih konkrit, berkaitan dan menyakinkan
b) Menjawab soalan dan memberikan pendapat terhadap kemusykilan penonton
c) Menggunakan bahasa yang sesuai dengan audien
d) Mengelakkan penggunaan istilah-istilah yang bombastik dan sukar difahami
e) Menggunakan laras bahasa yang sesuai, jelas, tepat dan tidak meleret-leret.
f)

Menyelitkan unsur kecindan dalam penyampaian ceramah

g) Mewujudkan kontek mata yang sesuai dengan penonton, iaiatu melihat mereka
dari mata turun ke hati
h) Menggunakan gaya tangan, mata dan gerakan badan untuk menekankan fakta
(b) Cara Mempengaruhi Audien
Dalam melahirkan pendapat, penceramah perlu juga menguasai kemahiran
mempengaruhi audien seperti yang berikut:

Mengkaji dan mengetahui peringkat pemikiran, taraf sosioekonomi, jantina


dan profesion audien

Menggunakan bahasa yang sesuai dengan audien termasuk teknik retorik

Menyelitkan unsur kecindan

Memastikan suara anda didengari oleh semua audien

Menjangka had/batasan tumpuan audien

Nada adalah keadaan bunyi yang menarik atau menurun sewaktu sesuatu
perkataan atau suku kata sedang dilafazkan. Intonasi pula adalah keadaan bunyi
yang menaik dan menurun sewaktu sesuatu ayat diucapkan.
Ciri-ciri nada dan intonasi yang baik adalah seperti berikut:
a) Meninggikan nada suara apabila hendak menarik minat dan perhatian
b) Menggunakan nada suara perlahan atau rendah apabila hendak merayu
c) Jangan berhujah dengan terlalu laju atau perlahan.
d) Pause - Berhenti sebentar apabila perlu, iaitu apabila hendak mendapatkan
semula buah fikiran atau memberi masa untuk penonton mengikuti dan
memahami hujah anda

29

e) Menggunakan sebutan baku


f)

Menggunakan bahasa yang jelas, indah dan tersusun

g) Menggunakan nada yang menggembirakan apabila hendak menghidupkan


suasana yang hambar
Kemahiran Menutup Ceramah
a) Membuka majlis kepada penonton untuk mengemukakan soalan atau
pandangan.
b) Merumuskan keseluruhan idea yang telah diceramahkan
c) Menyampaikan kata-kata penutup dengan mengucapkan terima kasih
kepada pihak penganjur serta semua yang terlibat
d) Menyatakan harapan agar segala isu dan pandangan yang dikemukakan
boleh mendatangkan manfaat kepada semua yang terlibat
e) Memohon maaf daripada para penonton sekiranya terdapat sebarang
kesilapan semasa menyampaikan ceramah
(Dipetik daripada Abdul Rahman Abdul Rashid, 2001)

3.3.2

Filem

Filem adalah kepingan plastik khas yang mempunyai satu permukaan bahan kimia peka
cahaya. Bahan kimia tersebut akan membentuk imej apabila cahaya dibiarkan jatuh ke
atasnya. Kecepatan filem adalah kadar kepekaan filem itu kepada cahaya.
Kepekaan Filem
Filem dikelaskan berdasarkan kepada kepekaannya kepada cahaya:
a) Filem LAMBAT kurang peka kepada cahaya, serta memerlukan kadar cahaya
yang banyak untuk pendedahan yang baik;
b) Filem SEDERHANA Lebih peka kepada cahaya; sesuai untuk keadaan cahaya
biasa pada waktu siang hari; sesuai untuk kebanyakan subjek biasa;
c) Filem CEPAT sangat peka kepada cahaya; perlu sedikit sahaja cahaya untuk
mendapatkan foto yang baik; sesuai untuk gambar foto sukan dengan
pergerakan pantas/laju/waktu malam/lampu imbasa.

30

Jenis-jenis Filem
a) Filem hitam putih bagi mendapatkan negatif hitam putih untuk membuat
gambar foto hitam putih
b) Filem berwarna bagi mendapatkan negatif warna-warni untuk membuat
gambar foto berwarna-warni dan hitam putih
c) Filem slaid Filem positif atau universal untuk mendapatkan slaid warna
yang boleh digunakan untuk menghasilkan gambarfoto berwarna dan hitam
putih.

3.3.3

Drama

Merupakan aktiviti lakonan yang menarik menggunakan skrip supaya murid dapat
membuat persediaan. Tujuan-tujuan teknik drama:

Menimbulkan kesedaran tentang mengapa satu-satu perbuatan itu dianggap


salah

Meningkatkan kefahaman pelajar terhadap satu situasi tertentu

Memberikan peluang kepada murid meluahkan perasaan

Memberikan

peluang

kepada

pelajar

melakonkan

pelbagai

watak

dan

memperluaskan pengalaman hidup

Membantu murid berkomunkasi secara berkesan

Membolehkan murid yang pendiam mengambil bahagian serta meningkatkan


harga diri

Membantu murid membina sikap dan nilai positif

Teknik drama pula berdasarkan prinsip-prinsip berikut:

Situasi yang diwujudkan perlu selaras dengan pengalaman murid

Pelakon mesti fasih serta lantang percakapannya

Murid mestilah memahami peranannya

Masa perlu diberi supaya murid-murid boleh membuat persediaan

Tarik perhatian murid-murid lain tentang aspek-aspek yang perlu diberi perhatian

31

Keadaan emosi drama dapat dikawal

Perbincangan pada akhir drama perlu ada sebagai rumusan

3.3.4
Projek

Lawatan
lawatan

merupakan

suatu

jenis

sokongan

yang

membolehkan

murid

memerhatikan apa yang hendak dipelajari melalui buku dalam situasi yang sebenar.
Lawatan ialah satu rombongan yang dikelolakan oleh pihak sekolah ke stesen
pembelajaran.

Di sana, murid-murid dapat memerhatikan bahan-bahan pengajaran

serta mengkaji bagaimana bahan itu berfungs.

Dalam Pendidikan Moral, lawatan

biasanya diadakan ke tempat-tempat seperti rumah orang tua, rumah anak yatim,
muzium, perpustakaan atau tempat rekreasi yang ada kaitan dengan topik pelajaran.
(Rujuk Lampiran 1 : Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2002 : Lawatan Sekolah pada Hari
Persekolahan)
Kejayaan sesuatu lawatan ini bergantung kepada persediaan sebelum lawatan dan
aktiviti susulan selepas lawatan itu. Objektif-objektif lawatan perlu diterangkan kepada
pelajar. Selain itu, soal selidik yang mengandungi soalan-soalan tentang aspek-aspek
penting tempat lawatan boleh diberikan kepada pelajar-pelajar ditumpukan kepada
pelajar-pelajar. Dengan cara ini, perhatian para pelajar ditumpukan kepada bahagianbahagian penting semasa membuat lawatan ini.
Tujuan Lawatan

Memberikan kesempatan kepada murid-murid untuk memperolehi pengalaman


secara langsung serta menarik

Memberikan kesempatan kepada murid membandingkan perkara-perkara yang


dipelajari dalam kelas dengan situasi yang sebenar

Memperkukuh ingatan tentang perkara-perkara yang dipelajari

Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran di sekolah

Mengeratkan hubungan antara sekolah dengan masyarakat

Prinsip dan Langkah Pelaksanan Lawatan adalah seperti berikut:


Sebelum Lawatan:

32

Latihan 5.4
Cuba uji kefahaman anda dengan menjawab soalan soalan berikut.

Pilih tempat melawat yang berkaitan dengan topik yang murid baru pelajari

Mendapat kebenaran daripada pengetua, pihak tempat melawat, pihak polis


serta ibu bapa murid

Menguruskan kenderaan yang akan membawa murid-murid ke tempat lawatan

Memberi taklimat kepada murid-murid tentang keselamatan, tingkah laku


semasa lawatan, tujuan serta perkara-perkara yang hendak diperhatikan

Menyediakan alat-alat kelengkapan yang perlu digunakan untuk lawatan

Semasa Lawatan

Membahagikan murid-murid dalam beberapa kumpulan kecil mengikut topik


kajian masing-masing

Memastikan setiap orang murid melibatkan diri secara akatif dalam aktiviti kajian

Menjaga keselamatan murid dan melarang mereka bertindak sesuka hati

Memberikan penerangan apabila murid-murid menunjukkan keraguan

Selepas Lawatan

Adakan satu sesi perbincangan / sesi refleksi berhubung dengan perkaraperkara yang telah diperhatikan dan dicatatkan semasa lawatan

Adakan aktiviti susulan seperti membuat model, melukis pelan dan poster atau
mempamerkan benda-benda yang dikumpulkan dari tempat lawatan.

Aktiviti 1
Selain drama dan lawatan, filem, ceramah, kaedah lain seperti pameran kadang kala
boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral, terutamanya
untuk kelas yang perlu dicantum. Pelbagai kaedah ini akan dapat menambah minat
murid dalam mata pelajaran ini.
Sediakan satu rancangan untuk mengurus dan melaksanakan satu sesi menonton filem
/ pameran untuk murid anda yang mengandungi butiran-butiran berikut:

Tajuk / tema dan objektif

33

Masa / tempat / tarikh

Bilangan perserta dan ahli lain yang terlibat

Senarai Ahli Jawatankuasa Kecil (jika berkaitan)

Senarai Semak Kerja / surat menyurat

Anggaran perbelanjaan (jika berkenaan )

Aktiviti sebelum, semasa dan selepas sesi filem / pameran / ceramah diadakan

Borang soal selidik (jika berkenaan)

Dan lain-lain

Aktiviti 2
Pernahkah anda menghadiri ceramah berkaitan dengan pendidikan ? Tuliskan satu
refleksi tentang sesi ceramah itu dari segi urusan, pengendalian dan sebagainya.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
Aktiviti 3
Sediakan satu kertas kerja yang lengkap tentang suatu lawatan ke sebuah Rumah
Kebajikan atau Rumah Orang Tua.

34

Senarai buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan


modul.

Bacaan Asas
Shahabuddin Hashim et.al (2003) Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar Yang
Berkesan, Penerbit PTS Publications & Distributors.
Abdul Rahman Md.Aroff. (1999). Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral.
Serdang: Penerbit UPM.
Eow, B. H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn.
Bhd.
Rujukan
Abdul Rahman Md. Aroff & Chang Lee Hoon (1994). Pendidikan Moral.Petaling Jaya:
Longman Malaysia Sdn.Bhd.
Ee, A.M. (1994). Pendidikan Moral (Elektif). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Ee, A.M. ( 1997). Pedagogi II Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Hena Mukherjee & Judy Ellis & chang Lee Hoon & N.S. Rajendran (1992). Strategi
Pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Koo Kee Peng & Tang Chee Yee (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran
Pendidikan Moral KBSR/KBSM, Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Malaysia.

35

TAJUK 4

4.0

JENIS-JENIS
SUMBER
PENDIDIKAN MORAL

DAN

PEMBINAAN

SUMBER

Pengenalan
Bahan

sumber

ialah

bahan-bahan

yang

dijadikan

sumber

pengajaran

dan

pembelajaran. Umumnya bahan sumber dapat dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu
sumber bahan atau alat, sumber manusia dan sumber kewangan. Sumber bahan
terbahagi kepada dua bahagian iaitu sumber elektronik dan bahan cetak. Bahan
elektronik terdiri daripada semua bahan/alat pandang dengar seperti radio, televisyen,
filem video, filem slaid, komputer, perisian komputer, cakera padat, teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT) dan sebagainya. Dengan perkembangan dunia hari ini, boleh
dikatakan Komputer dapat mengambil peranan yang dimainkan oleh sumbersumber elektronik lain.
Sumber bahan cetak terdiri daripada carta-carta, gambar-gambar rajah, gambargambar buku-buku Pendidikan Moral, majalah, kad-kad, modul dan sebagainya.
Buku-buku skrap dan tugasan-tugasan murid yang baik juga boleh dijadikan contoh
dan bahan sumber untuk Pendidikan Moral. Model dan bahan maujud juga boleh
dijadikan sumber pembelajaran.
Sumber manusia tidak banyak terlibat dalam proses pengajaran. Selain tenaga
dan kemahiran guru atau pembantu makmal elektronik/bilik sumber, murid-murid sendiri
merupakan sumber penting dalam pelaksanaan Pendidiikan Moral.
Sumber kewangan pula biasanya terletak di bawah pihak pentadbir sekolah. Guru
Pendidikan Moral hanya perlu memohon peruntukan untuk membeli bahan-bahan
sumber melalui Panitia Pendidikan Moral.

36

4.1

Pengurusan, Penyediaan dan Penggunaan Sumber

Sebahagian bahan sumber tidak memerlukan kewangan yang banyak dan boleh
disediakan sendiri oleh guru-guru Pendidikan Moral. Terdapat juga Pusat Kegiatan
Guru daerah mengadakan bengkel menyediakan bahan-bahan sumber pengajaran
secara bersama. Murid-murid juga boleh diminta membuat bahan-bahan sumber
melalui tugasan dan projek. Terpulanglah kepada kreativiti guru dan panitia mata
pelajaran untuk menyediakan bahan sumber yang boleh digunakan untuk pengajaran
pembelajaran mereka.
Anda tentu biasa dengan bilik sumber sekolah. Walaupun cara pengurusan dan
pengendaliannya mungkin berbeza tetapi fungsinya adalah sama.

Bahan-bahan

sumber biasanya diletakkan di bilik sumber sekolah, diatur/disimpan mengikut


mata pelajaran. Guru-guru boleh mengeluarkannya apabila diperlukan. Kadang kala
bahan sumber diletakkan di satu sudut di perpustakaan kerana kekurangan bilik. Namun
guru-guru tetap diberi kebenaran untuk menggunakannya dengan membuat catatan
supaya bahan-bahan itu tidak hilang dan dapat dikesan. Bahan-bahan ini mesti
dipulangkan selepas menggunakannya.
Bagi penggunaan alat-alat elektronik, biasanya murid-murid akan dibawa ke bilik yang
dikhaskan apabila perlu menggunakannya. Untuk menggunakan bilik ini, perlu dibuat
tempahan terlebih dahulu kerana biasanya banyak kelas yang akan menggunakan
bilik ini pada satu-satu masa. Oleh itu penjadualan biasanya dibuat oleh guru yang
dipertanggungjawabkan supaya tidak menimbulkan masalah. Guru-guru perlu
mengetahui cara-cara menggunakan bahan-bahan sumber elektronik supaya
pengajaran tidak tergganggu. Jika tidak, guru terpaksa meminta bantuan pembantu bilik
sumber ( jika ada ) atau pelajar-pelajar yang tahu. Selepas digunakan, bahan/alat
elektronik mestilah

dikembalikan seperti

kedudukan

asalnya.

Langkah-langkah

keselamatan juga perlu diambil.


Ciri-ciri Bahan Sumber
Sama ada bahan elektronik atau bahan cetak, ia hendaklah sesuai dengan tajuk dan
nilai yang diajar.

Bentuk, warna dan saiznya sesuai.

Tulisan terang dan gambar-gambar yang menarik.

Membantu menambah keberkesanan pengajaran.

37

Memudahkan guru menyampaikan konsep dengan jelas.

Sesuaikan dengan tahap umur pelajar.

Pastikan bahan audio yang hendak digunakan itu berfungsi

4.2 Jenis-jenis Sumber


Seperti mata pelajaran lain, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral akan lebih
berkesan dan menyeronokkan jika pelbagai bahan bantu mengajar digunakan oleh
guru. Antara bahan bantu mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral yang boleh
digunakan adalah seperti berikut:
1. Bahan bercetak seperti gambar, gambar bersiri, carta, komik, kad-kad situasi,
skrip lakonan, cerita, lagu, surat khabar, dan poster.
2. Bahan-bahan permainan untuk diterapkan nilai dalam bentuk kad atau papan
seperti permainan ular dan tangga, teka teki, dan silang kata.
3. Bahan-bahan maujud seperti bendera, pakaian, model dan sebagainya.
4. Bahan rakaman seperti cerita dan lagu.
5. Bahan pandang dengar seperti video, CD-Rom, filem dan sebagainya.
6. Alat-alat tayangan seperti slaid, komputer, projektor LCD, projektor lutsinar dan
sebagainya.
Bahan-bahan ini boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar Pendidikan Moral
mengikut kesesuaian kandungan akademik yang diajar guru. Bahan-bahan ini perlulah
disimpan di tempat khas bahan sumber atau di pusat sumber supaya senang diperolehi
oleh guru dan murid. Jika semua guru bekerjasama menghasil, menyimpan dan
menggunakan bahan bantu mengajar dengan baik, pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Moral akan menjadi lebih berkesan. Bahan-bahan sumber Pendidikan Moral
adalah penting kerana:
1. Menjadi daya penarik kepada pelajar
2. Dapat mengelakkan kebosanan pelajaran semasa proses pengajaran
dan pembelajaran dan menimbulkan suasana pembelajaran yang
kondusif dan berkesan
3. Mendorong pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti lanjutan hasil daripada

38

Latihan 5.5
Cuba uji kefahaman anda dengan menjawab soalan soalan berikut.
pendedahan kepada suatu alat bantu mengajar.
4. Dapat memupuk pemikiran yang analitis, kritis dan kreatif
5. Menggalakkan penyertaan dan penglibatan pelajar dalam pembelajaran
6. Menggalakkan pemindahan pembelajaran kerana konsep-konsep dan
teori-teori dalam Pendidikan Moral dapat

diperjelaskan dengan lebih

terperinci dan berkesan

Aktiviti 1
1.

Fikirkan beberapa bahan sumber yang sesuai untuk tajuk-tajuk berikut


Nilai berkaitan diri dan keluarga
Contoh:

Tajuk : Keluarga saya

Tajuk____________________________Bahan _______________________

Tajuk____________________________Bahan ________________________

Bahan : Buku skrap

Nilai berkaitan diri dan Alam Sekitar

Tajuk____________________________Bahan _______________________

Tajuk____________________________Bahan _______________________

Tajuk____________________________Bahan _______________________

1.

Senaraikan ciri bahan sumber yang baik.


_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

3. Seorang guru menggunakan carta untuk mengajar. Saiznya kecil, tulisannya


kecil dan warnanya malap. Beri komen anda.
______________________________________________________________
______________________________________________________________

39

______________________________________________________________
______________________________________________________________

Aktiviti 3
Senaraikan bahan mengajar yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Moral.
Aktiviti 4
Berpandukan jadual di bawah:
Teknik
1.Kuiz

Bahan yang boleh

Kelebihan menggunakan

digunakan
bahan ini
pendidikan Papan kuiz yang kreatif/ papan Guru dapat menyoal dalam

moral

skor

masa

yang

dirancang.

Wujudkan persaingan sihat


2.

3.

4.

5.

1. Senaraikan teknik

yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Moral.
2. Untuk setiap teknik senaraikan bahan bantu mengajar yang anda boleh
gunakan.
3. Nyatakan kebaikan atau kelebihan menggunakan bahan-bahan bantu mengajar
tersebut berbanding bahan-bahan lain.

40

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

Rumusan
1. Bahan sumber ialah bahan-bahan yang boleh digunakan dalam pengajaran
sama ada ia berupa bahan cetak atau bahan elektronik.
2. Bahan-bahan sumber boleh diperoleh dengan pelbagai cara, sama ada dibuat
atau dibeli.
3. Pelbagai bahan sumber elektronik seperti radio kaset dan sebagainya yang
pada suatu masa dulu amat berguna, boleh digantikan dengan penggunaan
komputer dan ICT.
4. Guru-guru perlu mengetahui tentang pengurusan bahan sumber di sekolah.
5. Guru-guru perlu mengetahui tentang cara penggunaan bahan-bahan sumber
sama ada bahan cetak atau bahan elektronik.
6. Guru-guru juga perlu mengetahui tentang ciri-ciri bahan sumber yang baik.

41

Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan


modul.

Bacaan Asas
Ee, A.M. ( 1994). Pendidikan Moral (Elektif). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
______. ( 1997). Pedagogi II Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
______. ( 2003). Ilmu Pendidikan pengetahuan dan Keterampilan iktisas (semester 1).
Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Hena Mukherjee, Judy Ellis et. al. (1992 ). Strategi Pengajaran Pendidikan Moral
KBSM. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Malaysia.

42

SOALAN TUTORIAL
Ciri-ciri dan Tanggungjawab Guru Pendidikan Moral
1. Anda dapati ada sekumpulan pelajar di sekolah anda menghadapi pelbagai cabaran
dan tekanan. Sebagai guru Pendidikan Moral, huraikan peranan yang anda boleh
lakukan untuk membantu pelajar tersebut. (1 jam)
Isu-Isu Pelaksanaan Pendidikan Moral Di Sekolah
1. Apakah masalah-masalah yang anda hadapi dalam pelaksanaan pengajaran
Pendidikan Moral di sekolah anda ? Bagaimana anda akan mengatasi masalahmasalah tersebut. (2 jam)
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral dalam Pelbagai Situasi Di Dalam
dan Di Luar Bilik Darjah
1. Sediakan satu kertas kerja tentang ceramah moral yang anda akan lakukan. Bentuk
AJK dan rancang bersama untuk melaksanakan ceramah tersebut.

Kendalikan

ceramah tersebut. Selepas ceramah habis, edarkan borang selidik. Buat laporan
tentang ceramah tersebut. (4 jam)
Jenis-jenis Sumber dan Pembinaan Sumber Pendidikan Moral
1. Sediakan 1 jenis sumber untuk pengajaran Pendidikan Moral Tahap 1 ( gambar
rajah, gambar, kad-kad, transparensi, rakaman

audio, rakaman video, VCD).

Sumber tersebut mestilah relevant kepada nilai dan tahun yang berkaitan. (3 jam)

43

Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat


sumber yang berdekatan.

Rujukan
Abdul Rahman Md.Aroff. (1999). Pendidikan moral teori etika dan amalan Moral,
Serdang: Penerbit UPM.
Abdul Rahman Abdul Rashid, Yap Keni Fatt dan Abd. Rahim Selamat ( 2001). Bahasa
Melayu Komunikasi 2 : Komunikasi Retorika, Femina.
Bahagian Pendidikan Guru (2003). Education studies professional knowledge and
skills Modules 1/3 . Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Carter, M. (2002). Professional ethics in teaching: the training and development
challenge. Retrived on 23-6-04 from
http://www. Schools.nsw.edu.au/edu_leadership/prof_read/ethics/carter.php
Central Michigan University. (2004).Teacher education CLEAR conceptual
framework. Retrived on 20-5-04 from
http://www.tepd.cmich.edu/Clear/TotalClear.pdf.
Driggers, J. (1999). Life management skills: taking charge of your future. Albany:
Delmar Publishers. p 214.
Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia
Sdn. Bhd.
Hinman, L.M. (2000). Contemporary moral issues: diversity and consensus.
(2nd. Ed.) New Jersey: Prentice Hall.
Kurtins, W. M. and Gewirtz, J.L. (1995). Moral development: an introduction. US:
Allyn and Bacon.
Mackinnon, P. (1995). Ethics: theory and contemporary issues. USA:
Wadsworth Publishing Company.
Pojman, L. P. (1998). Ethics Discovering right and wrong (3 ed). USA: Wadsworth
Publishing Company.
Ryan, K. & Bohlin, K.E. (1999). Building character in schools. CA: Jossey-Bass.
Thiroux, J.P. (2001). Ethics: theory and practice. (7th. ed). New Jersey: Prentice
Hall.

PANEL PENULIS MODUL


BIL

NAMA

KELAYAKAN

44

PENYELARAS
Dr. Maznah Binti Abd. Samad
Unit Kurikulum
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia

BA (Hons) Sejarah. UM
M. Ed (Bimbingan & Kaunseling). UM
Ph. D (Pendidikan). Universiti Queensland.
Pengalaman mengajar Pendidikan Moral :
1 tahun

Pengerusi
Cik J Krishna Kumary a/p Juval
Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim
Jalan Datin Halimah,
803500 Larkin, Johor.

B.A. (Hons) Sejarah & Geografi, USM


Diploma Pendidikan, USM
M.Sc. Pendidikan Moral, UPM.
Pengalaman mengajar Pendidikan Moral:
10 tahun

Pn. Ng Choo Tang


Institut Perguruan Bahasa-Bahasa
Antarabangsa, Kuala Lumpur

BSc (Hons) Kimia, UM


M.Ed Teknologi Pendidikan, UM
Pengalaman mengajar Pendidikan Moral:
12 tahun

Pn. Noorlela bt. Mohd. Shariff,


Maktab Perguruan Raja Melewar,
Beg Berkunci 43, 70990,
Seremban, Negeri Sembilan, DK.

B.A. (Hons), Quran Sunnah, UKM


SPI, Pendidikan Islam, UKM
Pengalaman Mengajar: Pendidikan Moral
9 tahun

Pn. Chia Yip Lan


Maktab Perguruan Sarawak
98009 Miri
Sarawak

B A (Hons) Geografi dan Sosiologi (UKM)


Sarjana Pengurusan (UUM)
Pengalaman mengajar Moral : 18 tahun
Pensyarah Cemerlang Pendidikan Moral

Pn. Rohaini Kamsan


Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim
Jalan Datin Halimah,
803500 Larkin, Johor

B A (Hons) Kesusasteraan Melayu dengan


Pendidikan (USM)
Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral :
19 tahun

Pn. Pn. Rohani binti Ismail


Maktab Perguruan Ilmu Khas,
Jalan Yaacob Latif,
56000 Kuala Lumpur

B. Soc. Sc. (Hons) Sosiologi (USM)


Diploma Pendidikan: Siviks (UM)
Pengalaman Mengajar
Pendidikan Moral: 16 Tahun

Pn. Koh Geok Wah


Maktab Perguruan Sarawak,
98009 Miri, Sarawak

B. Econs (UM)
Diploma Pendidikan (UM)
Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral :
15 tahun

PANEL PEMURNI MODUL

Bil.

Nama

Kelayakan

45

1.

2.

B.A. (Hons) Sejarah


M. Ed.(Bimbingan & Kaunseling)
PhD (Pendidikan)
Pengalaman mengajar Pendidikan
Moral: 2 tahun
Pendidikan Moral 1 tahun

PENYELARAS
Dr. Maznah Binti Abd. Samad
Unit Kurikulum
Bahagian Pendidikan Guru
PENGERUSI
Pn. Rohaini Kamsan
Maktab Perguruan Temenggong
Ibrahim
Jalan Datin Halimah
80350 Larkin, Johor

Sarjana Muda Sastera (Kepujian)


Pengalaman Mengajar Pendidikan
Moral: 17 Tahun

3.

Pn. Chia Yip Lan


Maktab Perguruan Sarawak,
Jalan Bakam,
98009 Miri, Serawak.

B. A. (Hons) Geografi dan Sosiologi


(UKM)
M.Ed. Pengurusan (UM)
Pengalaman mengajar: Pendidikan
Moral 18 tahun
Pensyarah Cemerlang Pendidikan
Moral

4.

Pn. Rohani binti Ismail


Maktab Perguruan Ilmu Khas,
Jalan Yaacob Latif,
56000 Kuala Lumpur.

B. Soc. Sc. (Hons) Sosiologi (USM)


Diploma Pendidikan: Siviks (USM)
Pengalaman Mengajar Pendidikan
Moral: 16 Tahun

5.

Pn. Asiah binti Saad


Institut Perguruan Darul Aman
06000 Jitra,
Kedah Darul Aman

B.A. (Hons) Pengajian Asia Tenggara


M. Sc. Psikologi
Pengalaman mengajar Pendidikan
Moral : 14 Tahun

6.

Cik Krishna Kumary Juval


Maktab Perguruan Temenggong
Ibrahim, Jalan Datin Halimah
80530 Larkin
Johor Baharu.

B A (Hons) Sejarah dan Geografi


USM)
Diploma Pendidikan (USM)
M SC. Pendidikan Moral (UPM)
Pengalaman Mengajar Pendidikan
Moral : 10 tahun

7.

Ustaz Ahmad Zaki bin Hashim


Institut Perguruan Darul Aman
06000 Jitra, Kedah Darul Aman

BA (Hons) Pengajian Islam


M Ed (Pendidikan Islam)
Pengalaman mengajar
Pendidikan Moral : 2 tahun

46

47

You might also like