Pembelajaran Akses Kendiri

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

http://personajohor.blogspot.com/2009/10/pembelajaran-akses-kendiri.

html

Pembelajaran Akses Kendiri

Tujuan:
- untuk memotivasikan murid agar bersikap lebih berautonomi selaras dengan
aspirasi negara dalam menghasilkan individu bestari yang dalam erti kata
merupakan murid terarah kendiri ( self-directed ).
- Boleh dicapai melalui persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang
mengutamakan prinsip-prinsip yang luwes, kesepaduan kemahiran dan
pengetahuan serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.
- Hasil yang diharapkan ialah berjaya menghasilkan murid yang:
a) Berkemahiran
b) Berketrampilan
c) Berakhlak
d) Dapat sesuaikan diri dengan pelbagai situasi selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan

Takrifan:
- merupakan pendekatan pembelajaran yang memberi akses kepada sumber
pembelajaran serta membolehkan murid perolehi pengetahuan dan kemahiran
secara berdikari
- bahan pembelajaran direka dan diurus agar murid belajar mengikut minat,
keperluan, tahap kemampuan serta gaya pembelajaran mereka
- akhir sekali sebagai maklum balas, pentaksiran kendiri disediakan

Pemikiran tentang pembelajaran akses kendiri:


- murid perlu proaktif dan tidak seharusnya pasif, bukan hanya memberi respon
kepada rangsangan guru sahaja
- murid harus menjana idea dan mencari peluang belajar
- guru berfungsi sebagai fasilitator, jurulatih dan kaunselor dalam membantu murid
memperoleh kemahiran yang diperlukan
- program ini dibentuk bagi menggalakkan murid mempunyai autonomi dan
bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri lantas menyedari bahawa mereka
adalah individu yang mempunyai minat, kemampuan, gaya dan rentak pembelajaran
yang berbeza.

http://personajohor.blogspot.com/2009/10/pembelajaran-akses-kendiri.html

Kepentingan pembelajaran akses kendiri di sekolah:

a) Menggalakkan murid berinteraksi sesama sendiri dalam kelas


b) Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang memberi peluang murid menguji
kemampuan mereka
c) Membantu murid menyedari pelbagai strategi dalam pembelajaran
d) Melatih murid belajar secara kendiri
e) Membimbing dan membantu murid di mana perlu

- murid sendiri akan:


a) tetapkan matlamat pembelajaran mereka
b) sediakan rancangan pembelajaran mereka
c) menyempurnakannya

- bagi mencapai tujuan itu, murid perlulah:

a) Kenalpasti keperluan mereka


b) Kenalpasti tahap kebolehan mereka
c) Tetapkan matlamat pembelajaran sendiri
d) Kenalpasti masa pembelajaran yang ada
e) Sediakan pelan pembelajaran yang realistic

http://personajohor.blogspot.com/2009/10/pembelajaran-akses-kendiri.html

Penubuhan Pusat Pembelajaran Akses Kendiri:

- sebuah bilik khas bagi menyimpan bahan-bahan pembelajaran yang disusun


secara sistematik untuk kegunaan murid.
- Mengandungi ruang untuk: belajar dalam suasana senyap
: aktiviti peralatan audio visual
: aktiviti berpasangan dan berkumpulan

Kriteria Penubuhan Pusat Pembelajaran Akses Kendiri

a) Lokasi
Mudah dikunjungi
Senang diawasi oelh guru/pentadbir untuk jamin keselamatan bahan, peralatan
dan ruang bilik
b) Reka bentuk
Ruang/sudut bilik harus ceria dan menarik galakkan kunjungan murid
Persekitaran selesa, bebas tekanan, kondusif dan tidak formal
c) Susun atur
Ada pelbagai sudut seperti sudut bacaan, komputer, audio visual, permainan,
bekerja, pameran dan lembaran kerja
Susunan perabot kemas memudahkan pergerakan
d) Ruang/ Sudut/Laluan
Tempat khas simpan bahan kotak, almari, peabot, tikar
e) Pusat mudah alih
Guna kotak/troli

http://personajohor.blogspot.com/2009/10/pembelajaran-akses-kendiri.html

Bahan-bahan dalam Pusat Pembelajaran Akses Kendiri

Bahan bercetak
Lembaran kerja
Buku bacaan/rujukan
Majalah/akhbar/jurnal
Peta/poster
Soalan ujian/peperiksaan/dsb.
Bahan bukan bercetak
Bahan audio visual
Permainan
Bahan Multimedia
Prisian pendidikan
Alat perisian mengarang
Cakera padat
Cakera padat video
Hasilan murid
Tulisan: esei, sajak, puisi, kajian ringkas
Lukisan
Kraf tangan
Boneka
Pentas boneka
Pelbagai boneka

Kesimpulan:

Bagi memastikan keberkesanan program ini, guru perlu sentiasa memperingkatkan


kualiti, jenis dan mempelbagaikan bahan untuk menari minat murid menggunakan
bahan-bahan di pusat pembelajaran ini. Guru juga perlu memastikan bahan-bahan
di pusat ini mencabar dan menarik untuk ketekalan penggunaan pusat ini.

Pusat ini akan lebih popular dikalangan murid jika terdapat hubungkait antara
pembelajarn di dalam kelas dengan bahan yang disediakan di pusat ini.

You might also like