Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

DISEDIAKAN OLEH:MOHD ASRI BIN ZULKIFLI

(EKOLOGI DAN BIODIVERSITI UM)


http://asriblog.blogspot.com/2010/10/pembasmian-hutandeforestation-dan.html
PENDAHALUAN:
Di Malaysia pada penghujung 1989 anggaran 18.5 juta hektar atau 56.3 peratus daripada
bumi di Malaysia diliputi hutan. Hutan hujan tropika kaya dengan flora dan fauna. Di
semenanjung Malaysia lebih kurang 8000 spesies tumbuh tumbuhan berbunga yang
direkodkan dan 2500 daripadanya ialah spesies pokok.Hutan bukan sahaja berfungsi sebagai
habitat kepada flora dan fauna tetapi mempunyai kepelbagaian fungsi seperti sumber ubat-ubatan
dan kawasan tadahahan air. Hutan Hujan Tropika Asia Tenggara adalah merupakan salah satu
hutan yang tertua dan mempunyai ekosistem yang paling kompleks di dunia. Hutan-hutan seperti
hutan bakau, hutan paya serta hutan pergunungan juga adalah termasuk dalam istilah tersebut
dan wujud di Sabah. Ianya terkenal dengan kepelbagaian spesies hidupan yang wujud di
dalamnya. Terdapat lebih daripada 3,000 spesis pokok asli di Sabah, Jumlah keluasan kawasan
hutan di Malaysia dianggarkan melebihi separuh daripada keluasan tanah negara, iaitu 6.4 juta
hektar di Semenanjung Malaysia, 4.7 juta di Sabah dan 9.4 juta hektar di Sarawak. Kebanyakan
daripada kawasan hutan tersebut telah diwartakan sebagai hutan simpan kekal, taman negeri dan
taman negara, atau lain-lain kawasan perlindungan hutan dalam usaha untuk memelihara
pelbagai jenis hutan untuk generasi akan datang
Dalam membincangkan kepupusan flora ini kita lihat bagaimana orkid hutan yang cantik telah
dilaporkan hampir pupus, faktor ini mungkin disebabkan oleh keadaan bumi dan perilaku
manusia yang kian menggugat kestabilan alam.Malahan hutan sendiri berfungsi sebagai sumber
ubat-ubatan dan kawasan tadahan air yang terpenting. Hutan sekunder merupakan komponen
utama hutan di kawasan Himalaya Tengah dan di bukit timur laut India.Pembasmian hutan di
kawasan ini sebahagian besarnya disebabkan oleh tekanan luaran daripada pengekstrakan balak
untuk kegunaan industri. Pembasmian hutan secara besar-besaran di luar kawasan ini ditambah
pula dengan permintaan penduduk tempatan untuk makanan, kawasan ragutan dan kayu api,
menyebabkan penggunaan sumber hutan yang seimbang sebelum ini, termasuk pengurusan hutan
sekunder bekas ladang, terganggu. Memahami kaitan tempatan antara proses ekologi dan sosial

adalah penting untuk merangka strategi ke arah pengurusan hutan sekunder secara mapan di
kawasan ini, yang merupakan tempat tinggal masyarakat tradisional.Pendekatan khusus yang
dicadangkan ialah mendapatkan faedah daripada warisan sosio-budaya yang berkaitan dengan
spesies teras seperti Alnus nepalensis. Tradisi disekitar spesies teras ini dan juga spesies lain
yang berkaitan, serta ciri-ciri ekologi tertentunya, membolehkan strategi pengurusan menyesuai
dirangka untuk menyelesaikan kedua-dua masalah alam sekitar dan sosio-budaya. Dalam
merangka rancangan pengurusan menyesuai seperti itu yang dapat beroperasi pada peringkat
landskap yang melibatkan integrasi padu ekosistem-tani semula jadi dan yang diuruskanoleh
manusia, suatu institusi yang sesuai perlu dirangka untuk memastikan penyertaan penduduk.
PEMBASMIAN HUTAN(DEFORESTATION):
Pembasmian hutan dikenali sebagai proses pembersihan hutan dengan cara menebang dan
membakar pokok. Selain daripada itu, menurut buku yang ditulis oleh Alan Grainger bertajuk
Controlling tropical deforestation mendefinasikan pembasmian hutan sebagai

proses

pembersihan hutan samaada secara sementara atau kekal untuk digunakan sebagai tapak
pertanian atau bagi tujuan lain. Kunci utama dalam definisi ini adalah pembersihan . Jika kerja
pembersihan tidak dilakukan, maka ia tidak dianggap sebagai pembasmiaan hutan.
Masalah pembalakan haram merupakan salah satu aspek yang terpenting dalam proses
pembasmian hutan ini kerana pembalakan haram ini belaku tanpa kawalan daripada pihak
berkuasa walaupun kerajaan ataupun pihak berkuasa telah mewartakan kawasan hutan tersebut
sebagai khazanah kerajaan dan diwartakan sebagai kawasan hutan simpan kekal,Tetapi atas
kerana sikap pentingkan diri dan keuntungan menyebabkan golongan ini tidak mengendahkan
langsung mengenai perkara ini. Menurut laporan Trade Record Analysis of Fauna and Flora
menyatakan antara 1986 hingga jun 1990 , 500,000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi
kawasan yang dibenarkan hanya 320,000 hektar sahaja. Pembalakan haram juga menebang
spesies pokok yang dilindungi seperti Meranti dan Cengal, Membalak di kawasan perlindungan
seperti di kawasan hutan simpan dan Taman Negara.Apabila kegiatan pembalakan
dijalankan juga memusnahkan spesies tumbuhan yang lain contohnya apabila pokok balak
tumbang juga akan memusnahkan tumbuhan kecil yang berada di sekitar itu.Pembakaran hutan
secara terbuka seperti yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera akan menyebabkan spesiesspesies yang terancam yang ada di kawasan tersebut akan musnah.Pembukaan kawasan pertanian

baru seperti pembukaan tanah-tanah rancangan oleh Felda dan Felcra yang turut memusnahkan
spesies tumbuh tumbuhan.
Manusia memainkan peranan penting di dalam mempengaruhi evolusi flora selain daripada
merubah komponen ekosistem hutan di sepanjang hayatnya. Kadang-kadang kegiatannya
mempunyai kesan yang sedikit, tetapi kadang-kadang manusia juga menyebabkan perubahan
besar dalam vegetasi berkayu, atau kehilangan seluruh litupan pokok. Namun tidak semua
gangguan tersebut membawa kemusnahan, tetapi masalah yang ditimbulkan sudah cukup kerap
dan cukup serius untuk menimbulkan kerisauan kepada kita mengenai pembasmian hutan yang
berlaku dan tahapnya yang berleluasa pada hari ini. Komponen ekosistem yang ternyata
dipengaruhi oleh manusia ialah hakisan tanah yang terjadi akibat aktiviti-aktiviti pembalakan dan
pertanian yang tidak terkawal. Hasil daripada hakisan tanah ini juga turut memusnahkan pelbagai
spesies flora dan fauna selain daripada mengubah sistem aliran air di muka bumi. Pendedahan
hutan kepada tindakan manusia telah juga mempengaruhi ciri-ciri semulajadi dalam ekosistem
hutan. Pertambahan penduduk dengan sendirinya menuntut ruang-ruang hutan yang lebih luas
untuk dieksploitasikan hinggalah mengubah sistem hidupan dan ekosistem hutan dan alam
sekitar itu sendiri. Setiap barangan yang dijual menggalakkan lebih banyak lagi pemusnahan
tumbuhan hutan hingga mengakibatkan hilangnya nilai-nilai biodiversiti hutan. Oleh itu, manusia
berperanan dalam mempengaruhi kepelbagaian biologi dan perubahan yang terjadi terhadap
haiwan, tumbuhan dan organisma organisma pelbagai yang terdapat di hutan.
Pada era globalisasi dan moden ini , kecenderungan untuk menanam satu jenis tanaman di
kawasan yang luas bererti menggalakkan kehadiran serangga perosak dan penyakit. Gejalagejala ini boleh merebak dengan cepat ke atas spesies tanaman tunggal.Terdapat berbagai-bagai
lagi cara ubahsuaian yang dilakukan oleh manusia malahan perubahan struktur hutan tropika
masih terus berlaku.Sebagai contoh terdapat kumpulan manusia yang mencari rezeki sematamata sebagai pemungut hasil hutan. Mereka memungut bahagian tumbuh-tumbuhan liar yang
boleh dimakan ataupun yang mempunyai nilai yang tinggi dalam perubatan moden dan
tradisional. Biasanya kita membayangkan jumlah penduduk nomad ini tidak ramai dan mereka
hanya mengambil sedikit sahaja bahan sehinggakan kesannya terhadap hutan hujan tropika
adalah amat kecil dan boleh diabaikan. Bagaimanapun, bukti terkini menunjukkan bahawa

sesetengah kumpulan telah mengakibatkan kepupusan beberapa spesies serta dapat


menambahkan kehadiran spesies yang lain melalui pemilihan (Padoch & Vayda 1983).
Pertanian pindah merupakan sistem utama penggunaan tanah hutan yang diamalkan oleh petani
di kawasan tropika. Oleh sebab amalan ini melibatkan penebangan dan kerap kali pembakaran
hutan, diikuti oleh penanaman tanaman untuk beberapa tahun, jelas sekali kesan yang besar
untuk jangka masa pendek akan dialami oleh hutan. Kesan jangka masa panjang sistem pertanian
pindah yang stabil mungkin agak kecil, iaitu terutamanya daripada perubahan kekerapan spesies
tumbuh-tumbuhan (misalnya mungkin terdapat lebih sedikit pokok kecil yang lembut dan mudah
terbakar

dan

lebih

banyak

pokok

buah-buahan

dan

kelapa

sawit).

Bagaimanapun, jika populasi manusia yang lebih ramai menyebabkan tempoh penanaman
menjadi lebih panjang dan tempoh ruang pula menjadi lebih singkat, sistem pembaikan semula
jadi hutan tropika tidak lagi berupaya memulih semula kawasan untuk menjadi hutan biji benih.
Oleh sebab hasil pertanian lazimnya berkurangan di bawah keadaan begini, sistem maklum balas
yang positif dan pantas tertubuh, dan semakin banyak tanah memberikan hasil yang lebih rendah.
Akhirnya, kawasan berkenaan mungkin ditinggalkan kerana tidak lagi mampu mengeluarkan
hasil pertanian yang sewajarnya. Setiap tahun, kira-kira sejuta hektar bekas kawasan hutan
tropika

ditinggalkan

oleh

petani

setelah

kawasan

merosot

sepenuhnya.

Selain perubahan yang sebahagian besarnya tidak diingini ini, hutan tropika kian banyak
digantikan dengan vegetasi lain secara sengaja. Di Dunia Baru terutamanya, jalur hutan yang
luas terbentang telah ditukarkan menjadi padang rumput untuk menjadi padang ragut ternakan
lembu. Di beberapa kawasan yang lebih subur dan tersalir bebas di Borneo, ladang yang dikuasai
lalang Imperata lebih disukai kerana lebih mudah dibersihkan. Sementara itu, kawasan
pedalaman yang lebih luas di kawasan pergunungan New Guinea terdapat ladang lalang yang
sudah tua yang ditanam pada jeda-jeda tertentu.
Bagaimanapun, hutan yang telah terlalu banyak ditebang kerap ditukarkan sahaja menjadi ladang
atau untuk kegunaan lain, walaupun terdapat minat yang bertambah dalam perhutanan yang
disepadukan dengan pertanian. Perubahan yang lebih hebat mungkin berlaku pada masa depan
disebabkan perkembangan dalam mekanisasi, dan dalam teknologi pulpa spesies campuran yang
membolehkan keseluruhan hutan dituai dan batangnya ditukarkan menjadi kertas.Kesan

pembasmian hutan yang paling nyata adalah penyingkiran tanah secara menyeluruh oleh larian
permukaan semasa hujan lebat. Lazimnya kejadian ini lebih dahsyat lagi di kawasan cerun-cerun
curam. Kesan ini sering ditemui khususnya di kawasan yang keseluruhan pokoknya telah
ditebang menggunakan jentera berat, misalnya di sepanjang jalan yang baru dibina, atau selepas
vegetasi berulang kali ditebang seperti dalam amalan pertanian pindah yang diiringi kitar
penanaman yang kerap atau berpanjangan. Satu lagi contoh ialah hutan yang dijadikan padang
rumput dan kemudian ragutan yang berlebih-lebihan diamalkan lalu menyebabkan terbentuknya
galur sehingga sedalam 120 meter dan selebar 2 km seperti yang dilaporkan berlaku di Afrika
Barat (Okigbo 1977).
Perubahan fizikal lain yang penting pada tanah hutan turut berlaku di kawasan lapang,di samping
pemindahan sebahagian atau keseluruhan tanah hutan. Perubahan ini amat bergantung pada
kaedah pembersihan yang digunakan, khususnya jika melibatkan jentera berat. Perubahan ini
termasuklah perubahan dalam keupayaan tanah untuk menyimpan air, saiz liang dan penembusan
air dan akar, serta nisbah komponen yang berbeza saiznya.Selain itu, lazimnya selepas
pembakaran, secara kimia tanah akan menjadi lebih sesuai untuk pertumbuhan tanaman tetapi
tidak lama kemudian menjadi kurang subur - misalnya disebabkan oleh larut lesap yang berlaku
begitu pantas. Tambahan pula, pembakaran meruapkan sebahagian daripada nitrogen dan sulfur,
serta karbon.Kawasan di dalam hutan yang telah diubahsuai juga lebih mudah dirosakkan oleh
angin, atau berupaya menyokong perebakan api semasa cuaca kering.Pembasmian hutan yang
berleluasa mungkin juga mengubah makro-iklim, malah juga akan mengurangkan jumlah jatuhan
hutan bagi kawasan sejauh beribu-ribu kilometer dari kawasan hutan yang telah dibasmi
itu.Organisma hidup di dalam ekosistem hutan amat terjejas oleh perubahan guna tanah yang
berbagai-bagai cara samada secara langsung atau tidak langsung. Contohnya, pembuangan atau
kematian tunggul, biji benih dan organ perenial yang lain di dalam tanah akan mengurangkan
bilangan spesies tumbuh-tumbuhan tertentu, sementara yang lainnya (termasuk rumpai yang
mendatangkan masalah) menjadi dominan. Jika spesies pokok dibalak secara memilih,
populasinya turut berkurangan dari segi kepelbagaian genetik dan perkadaran pokok yang
mempunyai bentuk batang yang sesuai untuk perhutanan. Kehilangan pendebunga atau agen
penyebar bermakna pokok berkenaan akan pupus. Degradasi fauna turut berlaku. Sesetengah
vertebrat yang lebih besar begitu mudah pupus jika sumber makanannya dimusnahkan atau jika
bahagian hutan yang tinggal terlalu kecil utuk menampung populasi yang sedang membiak.

Spesies serangga yang dahulunya mengakibatkan kerosakan kecil mungkin bertukar menjadi
perosak.
Jelaslah daripada rumusan bahawa perubahan pada hutan hujan tropika kerap menghasilkan
perubahan fizikal, kimia dan biologi yang mempunyai kesan jangka panjang yang sememangnya
akan mengurangkan keupayaan ekosistem untuk memenuhi keperluan manusia.
PEMBASMIAN HUTAN DI MALAYSIA:
Malaysia terdiri daripada tiga kawasan utama iaitu Semenanjung Malaysia,Sabah dan
Sarawak.Malaysia mempunyai tanah secara keseluruhannya adalah 33.2 hektar,yang mana
semenanjung Malaysia meliputi lebih kurang 40 peratus ,Sabah 22 peratus dan Sarawak 38
peratus.Pada awal tahun 1980,lebih kurang 2/3 wilayah pembangunan adalah hutan
semulajadi,manakala 3 juta hektar lagi adalah dibawah penanaman getah dan kelapa
sawit.Populasi di Malaysia pada tahun 1997 adalah lebih kurang 21 juta dan 80 peratus
daripadanya adalah di semenanjung Malaysia.Di semenanjung Malaysia proses pembasmian
hutan ini banyak belaku dan dikenalpasti bermula pada abad yang ke-20.Perkara ini berkaitan
dengan pembesaran dan peningkatan orentasi eksport dalam bidang penanaman dan pertanian.Di
waktu perang dunia kedua,terdapat peningkatan penanaman tanaman seperti getah di
Malaysia.Penanaman ini telah dikuasai oleh syarikat-syarikat asing daripada luar negara.Selepas
daripada kemerdekaan,pada tahun 1960 dan 1970,penanaman kelapa sawit pula menjadi
terkenal.Lebih kurang 1.12 juta hektar tanah hutan telah dibersihkan dan ditebang untuk
penanaman kelapa sawit ini,dan 226,700 hektar tanah hutan telah di musnahkan untuk
penanaman

getah

dalam

tahun

1966

dan

1984

untuk

milik

pensedirian.Selepas

1956,FELDA memainkan perana penting dalam membuat pembersihan dan pembasmian hutan
untuk kegunaan pertanian.Pada lewat 1980,FELDA telah membangunkan hampir satu juta hektar
tanah untuk pertanian terutama untuk penanaman kelapa sawit dan getah dan jumlah itu
bertambah pada tahun 1986,yang mana sejumlah 4 juta hektar tanah telah digunakan.
Pembesaran pertanian dan pembasmian hutan di sabah tidak jauh beza dengan semenanjung
Malaysia,tetapi dalam skala yang lebih kecil.Penebangan balak untuk tujuan komersial menjadi
aspek paling penting dalam memusnahkan dan pembasmian hutan di sabah.Syarikat kayu British
Borneo telah memonopoli penebangan balak di sabah pada tahun 1919 dan 1952.Selepas
daripada perang dunia kedua,3 syarikat besar asing dan lapan syarikat firma tempatan telah

membesarkan operasi pembalakan ini.Yayasan sabah telah ditubuhkan pada tahun 1966 untuk
mengatasi pembalakan yang berleluasa ini.Kerajaan negeri sabah pada ketika ini telah
mewartakan 855,000 hektar tanah pada tahun 1970.Lebih kurang 9 peratus kawasan tanah di
sabah digunakan untuk penanaman.pada tahun 1989,yang mana tanah-tanah ini telah digunakan
untuk penanaman getah,kelapa sawit dan koko.2.7 peratus lagi ditambah untuk penanaman
pertanian seperti tanaman ruji iaitu padi.
Penanaman tumbuhan menjadi aspek penting dalam ekonomi sabah.Penanaman terbesar seperti
kelapa sawit dan koko bertambah besar pada tahun 1980.Sebagai contoh kerajaan sabah telah
membersihkan lebih kurang 33,00 hektar hutan untuk penanaman koko,kopi dan beberapa
tumbuhan ruji dalam tahun 1977 dan 1988. Sabah merupakan salah satu daripada 13 buah negeri
dalam Malaysia, dan terletak bahagian utara kepulauan Borneo, di antara garis lintang 4o dan 7o
Utara Khatulistiwa. Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia dengan keluasan
daratan lebih kurang 7.37 juta hektar. Dikenali sebagai 'Negeri Di Bawah Bayu', Sabah adalah
negeri yang bebas dari ancaman ribut taufan. Dengan iklim khatulistiwa dan taburan hujan antara
1700 - 5100 mm setahun, Sabah amat dipengaruhi oleh angin monsun Timut Laut yang melanda
dari November hingga Februari. Pada masa kini, hutan Sabah melitupi kawasan lebih kurang 4.7
juta hektar, atau lebih kurang 63% dari jumlah keluasan tanahnya, termasuk hutan-hutan simpan,
tanah negeri dan juga taman-taman.
Di sarawak,pembalakan adalah penyebab utama kepada pembasmian hutan.Bank Dunia
mencadangkan 3.1 juta hektar tanah hutan di negara ini dibalak pada tahun 1980,2.3 juta di
sarawak(World Bank,1991,p4).Menurut sumber daripada kerajaan Malaysia pada tahun
1990,lebih kurang separuh daripada 8.3 juta hektar tanah hutan di sarawak telah pun digunakan
untuk

tujuan

pembalakan

untuk

memindahakan

kayu-kayu

balak

yang

bernilai

tinggi.Kebanyakan saintis percaya operasi pembalakan ini telah memusnahkan 30 hingga 70


peratus pokok asal.Bnak Dunia Pada ketika itu menganggarkan pada hujung tahun 1980 industri
pembalakan di sesebuah negeri memberikan peluang pekerjaan kepada lebih kurang 60 ribu
penduduk tempatan dan 40 peratus daripada pekerja itu bekerja dalam industri pembalakan ini di
selurh dunia(World Bank,1991,p7).
Pengalaman Malaysia dalam pembasmian hutan ini adalah berbeza daripada negara-negara maju
yang lain.Dari segi pembangunan dan populasi penduduk tidak menajdi faktor utama dalam

pembasmian hutan yang berlaku di Malaysia,tetapi punca dan sebab utama adalah untuk tujuan
pembalakan dan pertanian.
KEPUPUSAN SPESIS(SPECIES EXTINCTION):
Tahap kepupusan sesuatu spesies tumbuhan akan bergantung pada jumlah spesies yang
hadir dalam sesuatu lokasi hutan tersebut dan hanya terbatas pada tahap yang tertentu
sahaja,taburan pembasmian hutan dan tahap gangguan atau penurunan kawasan mereka yang
tetap di hutan (Whitmore dan Prance, 1987).
Menurut Graiger A(1993)kepupusan boleh diertikan sebagai berakhirnya riwayat suatu
organisma atau kumpulan organisma (takson), biasanya kepupusan ini didahulukan dengan
spesies. Pada umumnya, kepupusan spesies ini terjadi apabila matinya individu terakhir dalam
suatu spesies. Kepupusan adalah suatu proses yang tidak boleh diundur semula walaupun
menggunakan pelbagai teknologi dan cara untuk mengembalikan spesies yang telah mengalami
kepupusan.
kadar kepupusan semulajadi adalah satu spesies untuk 2 tahun dan distabilkan dengan
kewujudan spesies pengganti yang mampu beradaptasi dengan persekitaran semasa. Akan tetapi,
perbuatan manusia telah menyebabkan kadar kepupusan berlaku dengan lebih cepat. Suatu
spesies mungkin menghadapi risiko kepupusan lebih awal apabila bilangan spesies jatuh dengan
kadar yang rendah dan akan dipupuskan oleh kemarau, penyakit dan bencana yang lain. Pakar
ekologi cuba untuk memahami bagaimana suatu populasi yang mempunyai bilangan individu
yang sedikit mudah merudum bilangannya.
Menurut pandangan Wallace (1869) yang menyatakan bahawa Gugusan Kepulauan Melayu
sangat kaya dengan spesies tumbuhan. Rasanya amat rugi, jikalau kawasan yang begitu kaya
dengan sumber alam tidak dimanfaatkan dan diselidiki. Boleh dikatakan setiap kawasan habitat
yang terdapat di Malaysia merupakan suatu makmal lapangan yang paling sempurna. Kesemua
kehidupan yang terdapat di hutan hujan tropika sangat mengagumkan dan masing-masing
mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Contohnya, berdasarkan diameter, bunga yang terbesar di
dunia ialah bunga pakma (Rafflesia arnoldi), kalau dilihat dari segi ketinggian pula bunga
Amormophullus titanum merupakan bunga yang tertinggi di dunia kerana ia boleh mencapai

sehingga 2 m.Namun tumbuhan ini sedang diancam kepupusan di atas sikap dan perilaku
manusia itu sendiri.
Kalau dilihat jenis tumbuhan yang terdapat sekarang terutama sekali tumbuhan yang tumbuh di
bumi Malaysia, bukan sahaja terdapat bermacam-macam bentuk morfologi dan struktur
pokoknya, namun terdapat juga pelbagai bunga yang cantik. Ini termasuk tumbuhan akuatik
seperti teratai (Nympheae pubescens) dan telipok (Nelumbo nucifera). Tumbuhan-tumbuhan ini
mudah dikaji terutama sekali yang masih hidup dan berbunga. Biasanya kitar hidup tumbuhan ini
daripada biji benih boleh diikuti sehingga mencapai tahap dewasa oleh kerana keadaannya masih
utuh. Sebaliknya flora fosil atau tumbuhan fosil tidak begitu diketahui. Walaupun spesies
tumbuhan fosil ini memainkan peranan yang penting untuk mengesan dan menentukan evolusi
tumbuhan (Mansor 1989).
Menurut ahli tumbuhan fosil dari Australia, White (1988), negara Australia bernasib baik kerana
mempunyai simpanan rekod tentang kehidupan tumbuhan termasuk yang telah pupus, sejak 415
juta tahun yang lalu. Ini berdasarkan kajian tumbuhan fosil yang rekodnya masih disimpan.
Permulaan organisma pertama yang meninggalkan air dan menuju ke daratan melalui kala
geologi sehingga sekarang boleh dikesan dan diikuti di Australia. Tumbuhan berbunga atau
Angiosperma yang termasuk monokot dan dikot merupakan jenis tumbuhan yang dominan hanya
pada masa sekarang. Berdasarkan rekod geologi, kewujudan tumbuhan-tumbuhan ini dianggap
bermula pada 125 juta tahun yang lalu.
Malaysia telah digolongkan sebagai salah sebuah dari 12 negara di dunia, yang dikenali sebagai
pusat megadiversiti berdasarkan kekayaan dan kepelbagaian sumber asli, terutamanya tumbuhtumbuhan. Pusat-pusat megadiversiti ini menampung sekurang-kurangnya 60% kepelbagaian
spesies yang diketahui di dunia. Malaysia juga diperakui sebagai salah satu kawasan utama bagi
endemisme spesies di mana kebanyakan spesies yang terdapat di negara ini adalah unik dan tidak
ditemui di lain-lain tempat di dunia. Di Semenanjung Malaysia misalnya, lebih daripada 26%
spesies pokok adalah edemik. Manakala, endemisme bagi spesies herba dianggarkan mencapai
hingga ke tahap 80%.Sumber tumbuhan negara ini sangat kaya dengan kepelbagaian spesies dan
secara konservatifnya, dianggarkan mengandungi lebih dari 15,000 spesies tumbuhan berbunga,
lebih daripada 1,000 spesies paku pakis, dan sebilangan besar tumbuhan peringkat rendah seperti
alga, briofit, liken dan kulat.Herbarium Kepong di FRIM atau singkatannya KEP terletak di

Seksyen Botani, Bahagian Perhutanan dan Pemuliharaan, Institut Penyelidikan Perhutanan


Malaysia (FRIM) yang ditubuhkan sejak awal abad ke-20, telah lama dikenal pasti sebagai
herbarium terbesar dan tertua di Malaysia. Bermula dengan koleksi sejumlah 481 spesimen
sahaja pada tahun 1915, hari ini, jumlah koleksi tersimpan telah pun mencecah hampir 250,000
spesimen. Selari dengan fungsinya sebagai sebuah pusat rujukan tumbuhan yang terbesar,
Herbarium Kepong telah turut secara dasarnya diiktiraf sebagai Herbarium Kebangsaan dan
dijangkakan koleksi spesimen tumbuhan di herbarium ini akan bertambah menjadi dua hingga
tiga kali ganda dalam tempoh sepuluh tahun akan datang. Koleksi di Herbarium Kepong
mewakili hampir keseluruhan spesies tumbuhan yang terdapat di Malaysia dan kawasan
serantaunya. Koleksi ini juga merupakan koleksi lama yang bersejarah dan amat berharga.
Sebahagian dari koleksi yang terkumpul di sini merupakan spesies tumbuhan yang belum pernah
dijumpai sebelumnya, spesies tumbuhan yang jarang dijumpai hampir pupus di negara ini.
Manakala sebahagian besar dari koleksi tumbuhan di sini telah menjadi nadi tarikan kepada para
penyelidik dalam mahu pun dari luar negara bagi menjalankan penyelidikan di bidang sains
botani, ekologi, hortikultur dan lanskap. Koleksi-koleksi berharga ini sememangnya amat
penting bagi kajian botanik terutama dalam pengukuhan sistem penamaan saintifik tumbuhan
dan

secara

langsung

turut

menyediakan

kemudahan

bagi

tatacara

pengecaman

tumbuhan.Sebahagian besar daripada kepelbagaian biologi negara masih perlu diselidiki dan
didokumenkan. Kekurangan data menghalang usaha untuk mengguna dan menguruskan sumber
tumbuhan negara dengan lebih baik. Pemusnahan habitat yang berterusan menyebabkan
kehilangan kepelbagaian tumbuhan negara sebelum sebahagian besar daripadanya dapat
didokumenkan. Kehilangan kepelbagaian biologi akan melibatkan kehilangan spesies yang
berpotensi untuk dibangunkan dan dijadikan produk yang berguna kepada manusia.Koleksi
tumbuh-tumbuhan serta ilmu pengetahuan yang tersimpan di Herbarium Kepong ini seharusnya
dipelihara dengan baik. Dengan meningkatnya koleksi tumbuh-tumbuhan ini, lebih banyak ruang
penyimpanan dan makmal kajian bersangkutan diperlukan. Kepentingan Herbarium Kepong
serta pelbagai maklumat tumbuhan yang terdapat di sini seharusnya dipanjangkan untuk manfaat
masyarakat setempat mahupun sejagat. Dengan penubuhan Pusat Diversiti Tumbuhan, dijangka
hasrat ini akan dapat dipelihara dan direalisasikan demi kepentingan generasi akan datang.
KEPUPUSAN SPESIS TUMBUHAN DI MALAYSIA:

Pokok gaharu atau dikenali juga di Malaysia dengan nama lain seperti depu, karas atau engkaras
merupakan pokok besar yang boleh mencapai ketinggian sehingga 40 meter tingginya. Diameter
batangnya pula boleh mencapai sekitar 60 cm. Gaharu merupakan sejenis tumbuhan yang
tumbuh di kawasan hutan hujan tropika, terutamanya di tanah rendah sehingga ke kawasan yang
ketinggiannya sehingga 270 meter daripada paras laut. Secara keseluruhan terdapat 25 jenis
pokok gaharu di dunia tetapi di Malaysia hanya ada 5 jenis iaitu Aquilaria Malaccensis
(Depu,Kapas), Aquilaria Hirta (Chandan), Aquilaria Microcarpa (Garu), Aquilaria Beccariana
(Gaharu,Tanduk) dan Aquilaria Rostata. Bagi masyarakat Malaysia, pokok gaharu atau depu
hanya boleh didapati di dalam kawasan hutan belantara dan jumlahnya pula dilaporkan semakin
sedikit atau hampir pupus sehingga ia disenarai dibawah CITES Apendix II pada 16 Febuari
1995. Kegiatan mencari kayu gaharu secara haram menjadikan tumbuhan itu kini semakin pupus
kerana harganya, sama ada kayu (heartwood) atau minyak (damar) yang dihasilkan pokok itu
adalah amat bernilai tinggi, lebih mahal dari harga emas.Tarikan kayu gaharu Malaysia dan
nilainya yang amat tinggi merupakan magnet kepada pencari-pencari haram kayu gaharu
terutamanya dari Thailand untuk menceroboh hutan-hutan negara ini sehingga ke Sarawak untuk
mendapatkan tumbuhan berharga itu.Pokok gaharu boleh tumbuh di dalam hampir semua
keadaan dengan penjagaan yang minimum, dan boleh mencecah ketinggian sehingga 40 meter
manakala jejari batang pokoknya boleh membesar sehingga 60 cm.Bagaimanapun bagi pokok
gaharu jenis Candan Gunung, ia hanya boleh tumbuh di kawasan yang mempunyai ketinggian
1,500 kaki dari aras laut, menjadikan ia lebih sukar ditemui dan dibiak.
Di Malaysia sebagai contoh,Pertumbuhan berbagai-bagai spesies palma menjadikan hutan hujan
tropika Malaysia ini begitu unik dan jarang-jarang terdapat di negara-negara lain. Oleh sebab itu
Malaysia terkenal sebagai negara palma dan merupakan negara yang terkaya dengan bilangan
spesies

palmanya

selepas

Amazonia.

Kekayaan alam semula jadi ini semakin hari semakin diancam kepupusan dan malangnya tidak
ada penyelesaianya yang serius.Rancangan pemeliharaan dan pemuliharaan seolah-olah tinggal
di atas kertas sahaja.Ancaman kepupusan banyak spesies Palma ini adalah disebabkan
pembangunan fizikal kita yang tidak terkawal. Selain itu, banyak spesies palma kita yang
endemik dan yang menarik dicuri oleh pemungut-pemungut palma ini,antara spesis yang mahal
adalah Johannesteijsmannia altifrons, J. perakesnis, J. lanceolata, J. magnifica, Livitona
endauensis, L. tahanensis dan banyak lagi yang mendapat tawaran harga yang mahal..

Pokok bunga orkid yang tinggal dalam kumpulan kelompok kecil yang kini kian mengecil dalam
rimba hutan kinabalu,dan hutan-hutan di kawasan tawau dan tenom.Dua daripada beberapa jenis
orkid yang mengalami ancaman kepupusan yang terdapat di negeri sabah adalah ``slipper
orchid`` atau nama saintifiknya ``Paphiopedilum rothschildianum`` dan ``Elephant ear Orchid``
atau nama saintifiknya ``Phalaenopsis gigantea``.Penyelidik daripada UMS yang terdiri daripada
Profesor Madya Dr. Vijay Kumar,Kenneth Rodrigues,Dr. Zaleha Abd Aziz dan Prof Madya
Datin Dr. Mariam Abd Latip telah melakukan kajian dan penyelidikan mendalam keatas dua
spesis orkid hutan yang diancam kepupusan.Dalam kajian mereka itu di dapati bahawa habitat
semulajadi tumbuhan orkid adalah terdedah kepada ancaman bahaya jika sistem pengawalan
hutan tidak di pandang serius.Sebagai contoh penebangan pokok-pokok kayu Balak merupakan
salah satu daripada ancaman langsung kepada kitaran hidup habitat orkid ini.Ini adalah kerana
pokok orkid tumbuh pada batang pokok kayu balak itu ataupun di kawasan sekelilingnya.Keduadua spesis ini telah dikenal pasti sebagai tumbuhan amat unik dan diancam kepupusan.
KESIMPULAN:
Pembasmian hutan dan kepupusan spesis tumbuhan yang terdapat di Malaysia merupakan
salah satu perkara dan aspek penting untuk generasi sekarang sedar akan perkara ini,kerana
Melalui pembasmian hutan yang berleluasa akan menyebabkan spesis Tumbuhan yang terdapat
di Malaysia akan terus diancam kepupusan jika pembasmian hutan ini tidak di kawal dan
diberikan perhatian sepenuhnya.Pada hakikatnya, sistem biologi yang berasaskan hutan adalah
amat kompleks dan sukar difahami, begitu juga dengan keadaan hidup berbilion-bilion manusia
yang bergantung sepenuhnya pada hutan. Ternyata kestabilan dan keseimbangan alam sekitar
telah dipengaruhi oleh tindakan-tindakan manusia untuk menakluki kawasan-kawasan hutan
melalui berbagai aktiviti seperti meneroka hutan untuk pertanian contohnya pertanian pindah
oleh Orang-orang Asli, penebangan pokok yang tidak terancang, pembakaran dan lain-lain lagi.
Walaupun beberapa aktiviti kadangkala bertujuan untuk membangunkan ekonomi tetapi
adakalanya aktiviti-aktiviti tersebut merupakan pencabulan kawasan oleh manusia yang perlu
dibendung melalui undang-undang. Hutan hujan tropika telah banyak membekalkan kita dengan
spesies-spesies yang berguna terutamanya tumbuh-tumbuhan untuk makanan dan pertanian,
perubatan, estetik dan industri-industri yang bersumberkan tumbuhan hutan. Seandainya hutan-

hutan ini masih terus kekal, nescaya masih banyak lagi peluang yang mampu disumbangkan
untuk kehidupan sejagat.
RUJUKAN:
Collin,N.M,Sayer,J.A and Whitmore,T.c(eds) (1991) The Conservation Atlas Of

Tropical

Forest:Asia And The Pacific.Macmillan,London


Jomo K.S,Chang Y.T,Khoo K.J(2004)Book Deforesting Malaysia,Zed Books Ltd,London
Ramakrishnan, P. S. & Kushwaha, S. P. S. (2001)728 Journal of Tropical Forest Science 13(4):
727747 (2001)
Sayer,J.A.,and

Whitmore,T.C(1991)

Tropical

Moist

Forest:Destruction

And

Species

Extinction,Biological Conservation,55,199-214
Solon L.B and Krishna B.G(2000), Agricultural Expansion And Tropical Deforstation,Earthscan
Publication Ltd,London
Whitmore T.C and Sayer J.A (1992),Tropical Deforestation And Species Extinction.Chapman&

Historis Rafflesia Arnoldi

16 Votes

Rafflesia Arnoldii pertama kali ditemukan di Desa Pulau Lebar Kabupaten Bengkulu Selatan
dengan berat keseluruhan 15 pon. Tumbuhan ini ditemukan pada tanggal 20 Mei 1818 oleh Sir
Thomas Stanfort Raffles seorang Gubernur Jenderal Inggris pada waktu itu, bersama seorang
pencinta alam Dr. Joseph Arnold. Untuk menghormati penemuan ini, maka tumbuhan ini diberi
nama Rafflesia arlnoldii, walaupun masyarakat Bengkulu telah dahulu mengenal tanaman ini
dengan nama bunga Benalu, Krubut, Ambun, Pelimun, Ambaiambai dan Sekedai.
Rafflesia arnoldii merupakan jenis Rafflesia yang paling dikenal masyarakat luas, termasuk
famili Raffesiaceae yang sifat hidupnya holoparasit sejati yaitu tumbuhan yang sepenuhnya
tergantung pada tumbuh inang (Tetrastigma sp) untuk memenuhi kebutuhan hidupnya.
Tumbuhan inang ini tergolong kepada tumbuhan liana sehingga tipe vegetasi tempat
kehidupannya adalah vegetasi yang memiliki pohonpohon untuk tempat membelit. Liana
(Tetrastigma sp) secara alami tumbuh di kawasan habitat Rafflesia di daerah hutan hujan tropik.
Ia tumbuh menggantung pada pohon besar yang mencapai ketinggian lebih dari 10 m.
Rafflesia Arnoldii adalah salah satu jenis flora unik Indonesia yang dinobatkan sebagai puspa
langka nasional Indonesia. Ia mempunyai nama daerah yang beragam sesuai dengan bahasa
penduduk kawasan tumbuhnya, seperti sekedai, ambun, bunga benalu, bunga hantu, ambaiambai dan lain-lain. Ada beberapa macam bunga Rafflesia seperti Rafflesia Acehencis, Rafflesia
Rochussenii, Rafflesia zollingeriana dan lain-lain yang tumbuhnya tersebar di beberapa daerah di
kawasan Malenesia yang meliputi Malaysia, Indonesia dan Filipina. Tetapi jenis-jenis ini
umumnya berukuran lebih kecil dengan penampilan saling berbeda. Rafflesia Arnoldii berukuran
raksasa dan diketahui hanya terdapat di Sumatera dan penyebarannya berada di sepanjang
punggung Bukit Barisan dari Aceh sampai Lampung dengan pusat ekologi di Bengkulu
Berdasarkan kualifikasi dunia tumbuhan, Rafflesia digolongkan dalam divisi Spermatophyta ;
Klas Angiospermae ; Subklas Dicotyledoneae ; Ordo Aristochiales ; Famili Rafflesiaceae ;
Genus Rafflesia ; Spesies Rafflesia Arnoldii. Tumbuhan ini termasuk berumah dua (dioeceous)
yaitu bunga jantan dan bunga betina terletak pada individu yang berbeda yang bisa terdapat
individu inang yang sama maupun berbeda.
Pertumbuhan Rafflesia Arnoldii dimulai dengan perkecambahan yang terdapat di dalam kulit
tumbuhan inang kemudian berkembang menjadi benang-benang

Proses terbentuknya bunga diawali oleh pembengkakan di dalam akar atau batang tumbuhan
inang serta terbentuknya kuncup. Kuncup ini terus membesar sampai secara perlahan merobek
permukaan. Kulit inang pecah sehingga terlihat bagian kuncup yang diliputi oleh braktea
berwarna putih yang kemudian berubah menjadi coklat kehitaman. Pada diameter sekitar 25 cm,
braktea tergeser dan terlepas satu persatu sehingga terlihat bagian bunga berwarna merah muda,
bagian ini merupakan bagian yang kelak menjadi perigonium ( perhiasan bunga ). Braktea dapat
dibedakan dari perigonium yaitu dari warnanya yang lebih gelap, lebih keras dan lebih tipis.
Bunga mulai mekar dengan membukanya lobur perigonium satu persatu atau kira-kira pada saat
kuncup berdiameter 30-35 cm. Lamanya perkembangan dari kuncup yang berdiameter 4 cm
sampai bunga mekar ( diameter kuncup sekitar 34 cm ) diperkirakan 310 hari. Sedangkan waktu
yang diperlukan dari fase biji sampai terbentuknya biji lagi diperkirakan selama 4,5 5 tahun.
Masa mekar sampai layu bunga Rafflesia Arnoldii biasanya 5-7 hari, kemudian membusuk dan
biasanya akan dikerumuni lalat dan serangga lain. Rafflesia Arnoldii berbunga sepanjang tahun
dan saat berbunga paling banyak adalah pada bulan-bulan basah.
Saat mekar, bunga Rafflesia Arnoldi mengeluarkan bau agak busuk. Sehingga ada yang
menyamakan namanya dengan bunga bangkai ( Amorphophallus titanum ). Selain itu Rafflesia
Arnoldii juga dikenal dengan sebutan Padma Raksasa karena ukurannya yang besar.
Bau busuk dari Rafflesia Arnoldii akan menarik berbagai jenis serangga terutama lalat. Lalat ini
akan hinggap dari satu bunga ke bunga yang lain. Rafflesia Arnoldii merupakan tumbuhan
berumah dua, sehingga dalam penyerbukannya memerlukan perantara yang berupa hewan. Lalat
merupakan hewan utama yang membantu dalam penyerbukan. Lalat penyerbuk pada tumbuhan
ini adalah Lucilia sp (lalat hijau) dan Sarchopaga ( lalat abu-abu ). Jika bunga betina dapat
diserbuki maka akan dihasilkan buah yang berisi lebih dari 100 biji. Bunga jantan dan bunga
betina akan sulit dibedakan apabila kita lihat dari luar karena kedua-duanya berwarna merah
kecoklat-coklatan dengan bintik-bintik putih.
Biji Rafflesia Arnoldii yang terdapat pada jaringan buah yang terurai hanya dapat tumbuh pada
tumbuhan inangnya bila terdapat hewan penyebar biji yang berfungsi sebagai pembawa biji dan
melukai akar tumbuhan inang. Hewan yang berperanan dalam penyebaran biji ini diduga berasal
dari mamalia berkuku ( ungulata ) seperti babi hutan, rusa, kijang dan jenis tupai.

You might also like