Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

KERTAS CADANGAN

PENERBITAN PROGRAM
TALK-SHOW

JEJAKA vs JELITA
UNTUK

TAJUK RANCANGAN

JEJAKA vs JELITA

FORMAT

Talk show

DURASI

26 episod x 30 minit

BAHASA

Malaysia

PENONTON SASARAN

Umum

KONSEP

Program talk-show atau bual bicara secara santai ini akan mengupas isuisu semasa yang berkaitan dengan masalah atau perbezaan pendapat di
antara lelaki dan wanita. Setiap episod akan menceritakan isu-isu yang
berbeza. Isu-isu tersebut akan mengambil kira pendapat kedua-dua belah
pihak secara adil. Dua orang hos yang agak matang, seorang lelaki dan
seorang perempuan, akan mengemudi program ini dan akan berhujah secara
santai setiap isu yang akan dikeutarakan. Selain daripada menceritakan
mengenai isu-isu tersebut, program ini akan mengadakan beberapa babak
lakon semula untuk menguatkan hujah-hujah yang telah diperketangahkan.
Selain daripada itu, klip-klip video yang bersesuaian akan juga dimuatkan
dalam program ini.

OBJEKTIF RANCANGAN

Mendidik dan menyedarkan kepada umum dengan secara santai dalam


menghadapi kehidupan yang positif, produktif dan bertanggungjawab
pada diri sendiri dan masyarakat.

Mencorakkan sikap masyarakat Malaysia yang berilmu, berbudaya dan


berwawasan, tidak kira lelaki ataupun wanita.

CADANGAN TAJUK

EPISOD 1

KAWAN

: Mengetengahkan konsep berjiran


: Berkawan tidak mengira bangsa dan agama.
: Budaya kunjung mengunjung yang semakin dilupakan ketika
musim perayaan, menziarahi kawan yang sedang sakit dsb.

EPISOD 2

POPULAR

: Trend meniru idola.


: Fesyen terkini pakaian, kereta, telefon dsb
: Cuba menonjolkan diri.

EPISOD 3

KEJUTAN BUDAYA

: Remaja dari kampung kekota


: Remaja melanjutkan pelajaran keluar negara
: Peralihan sekolah menengah ke IPTA / IPTS

EPISOD 4

KERJAYA ANAK-ANAK

: Ibu bapa perlu peka dengan apa jenis kerjaya yang akan
dipilih oleh anak-anak kelak.
: Melanjutkan pelajaran ke IPTA / IPTS / terus bekerja?
: Berkhidmat dengan badan sukarela?
: Apa yang berlaku kepada mereka yang tidak begitu
cemerlang?

EPISOD 5

DUIT. DUIT. DUIT

: Konsep menabung.
: Adakah untuk memenuhi kehendak sendiri ataupun untuk
keluarga?
: Siapa yang lebih cekap menabung.. lelaki atau perempuan?

EPISOD 6

JENAYAH JUVANA

: Gangsterisme dan vandalisme


: Bagaimana untuk membenteras gejala tersebut.
: Apa peranan ibu dan bapa untuk membenteras daripada
anak-anak daripada terjebak dalam jenayah tersebut?
: Peranan guru-guru di sekolah

EPISOD 7

SEMANGAT NASIONALISME

: Wawasan 2020
: Khidmat Negara
: Semangat Patriotik

EPISOD 8

SUKAN

: Sukan lelaki yang mula digemari oleh wanita seperti futsal


dan sepak takraw.
:

Penglibatan

wanita

dalam

Extreme

skateboard, BMX dan lain-lain lagi.

sports

seperti

EPISOD 9

HIBURAN

: Muzik tempatan dan antarabangsa


: Filem tempatan dan antarabangsa
: Kegiatan seni di sana-sini.

EPISOD 10 -

MANGSA

: Sumbang mahram, salah siapa?


: Penderaan fizikal dan mental
: Gejala buang anak, bagaimana untuk mengatasinya.

EPISOD 11 -

HI-TECH

: Computer / Telephone / PDA.


: Kesedaran mengenai kepentingan teknologi.
: Masalah disebalik kemajuan. Contoh : bahasa rojak.

EPISOD 12 -

PENYELESAIAN MASALAH

: Cara mudah menyelesaikan masalah.


: Peranan ibubapa / kaunselor / adik beradik / kawan rapat

EPISOD 13 -

KELUARGA HARMONI

: Dulu dan sekarang


: Di bandar dan di luar bandar

EPISOD 14 -

AKTIVITI DI MASA LAPANG

: Bersama keluarga / kawan-kawan?


: Mencari pendapatan lebih.

EPSIOD 15 -

TANGGUNGJAWAB TERHADAPA KELUARGA

: Tanggungjawab ayah dan ibu


: Tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa

EPISOD 16 -

TELEFON BIMBIT

: Keperluan atau trend?


: Memberi telefon bimbit kepada anak-anak?
: Salah guna telefon bimbit.
: Gejala penggunaan ringkasan perkataan melalui sms.

EPISOD 17

KELUAR MALAM

: Tanggungjawab siapa untuk mengawasi anak-anak yang gemar


keluar malam?
: Sikap keluar malam anak-anak adalah kerana terikut-ikut
perangai ibu atau ayah yang gemar berbuat demikian.
: Adilkah sekiranya ibu atau ayah keluar malam, meninggalkan
keluarga untuk mencari pendapatan tambahan.

EPISOD 18

SENI MEMPERTAHANKAN DIRI

: Kepentingan mempelajarinya walaupun si lelaki itu seorang


yang gagah perkasa.
: Perlukan wanita dan anak-anak mengikuti kelas-kelas seperti
itu?

EPISOD 19 -

CUTI SEKOLAH

: Aktiviti yang disediakan oleh ibubapa untuk anak-anak ketika


cuti sekolah.
: Percutian yang bagaimana yang lebih popular.
: Kenduri kahwin yang dibuat ketika cuti sekolah.

EPSIOD 20 -

PEPERIKSAAN

: Ibu atau ayah yang lebih mengambil berat tentang anak-anak


yang akan atau sedang mengambil peperiksaan?
: Benarkah lebih banyak pelajar perempuan yang berjaya?

Tajuk-tajuk lain akan di cadangkan kemudian mengikut keperluan.

KENAPA PROGRAM INI ISTIMEWA?

Fleksible dan interaktif

Topik yang diperbincangkan adalah secara umum, meliputi semua


peringkat umur dan dibahaskan mengikut padangan lelaki dan wanita.

Cara pendekatan yang tidak terlalu formal lebih kepada santai

Mengetengahkan hos yang aktif dan petah akan menjadi role model
kepada masyarakat masakini.

Senang untuk mencari penaja.

Mengutarakan

respon-respon

umum

mengenai

topik

yang

diperbincangkan melalui survey iaitu dari interview, SMS, e-mail dan


lain-lain.

RUMUSAN

Melalui pendedahan isu mengenai lelaki dan wanita masakini dan melalui
respons dan perkongsian maklumat, harapan kami agar program ini dapat
melahirkan

masyarakat

yang

berinformasi

dan

bertoleransi

lantas

menjadikan mereka lebih berilmu dan berwawasan. Harus diingat bahawa


pada zaman yang serba moden dan canggih ini, masyarakat Malaysia secara
keseluruhannya harus disemai dengan sikap berfikiran positif dan berani
menyahut apa jua cabaran.

TERBITAN :

NO 8 JALAN USJ 11/3J


47620 UEP SUBANG JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL : 03 5638 8522 / 8520
FAX : 03 5634 7394

You might also like