Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

Faculty Of Education And Language

___________________________________________________________________________
Semester 3 / 2014

HBPE1103
PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
MEI 2014
__________________________________________________________________________
NAMA

NAGARAJAN SEENIVASAN

NO. MATRIKULASI

820415086373001

NO. KAD PENGNEALAN

820415086373

NO. TELEFON

014-3090881

E-MEL

henjan8@gmail.com

NAMA TUTOR

AZUWALRI BIN NGAH MAT DAUD

PUSAT PEMBELAJARAN

SEBERANG PERAI

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Stoughton


34510 Batu Kurau Perak

Buku Panduan

Pendidikan Jasmani
2014
(KSSR)

ISI KANDUNGAN

1. PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA

2. DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI

3. MATLAMAT , OBJEKTIF dan KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

4.KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI dalam KURIKULUM SEKOLAH

5.KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

6. KONSEP KURIKULUM TRANSFORMASI SEKOLAH RENDAH

7.BENTUK KURIKULUM TRANSFORMASI

8.KURIKULUM BERASASKAN STANDARD

9.PENGENALAN TGFU

10. PERKEMBANGAN TGFU

1.PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA

Pendidikan Jasmani (PJ) merupakan satu mata pelajaran teras dalam Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 3/1979; Bil. 2/1988; 17/1988; dan Bil. 8/1990.
Mata pelajaran PJ mempunyai peranan yang sangat besar dalam menyumbang ke arah
pertumbuhan dan perkembangan pelajar secara menyeluruh melalui pengalaman pembelajaran
yang memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan afektif (Darst & Pangrazi, 2006;
Dauer, 1995; Freeman, 2001) serta menetapkan matlamat PJ di sekolah adalah bertujuan
membantu pelajar menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan
(KPM,1999).
Mata pelajaran PJ memberi peluang kepada pelajar untuk menikmati kepuasan dan
kegembiraan melalui aktiviti yang bersesuaian dengan jasmani dan psikologi. PJ juga merupakan
satu proses yang bertujuan untuk mempertingkatkan kemampuan seseorang individu melalui
pendekataan aktiviti fizikal boleh dikatakan setiap pelajar normal gemar menjalankan aktiviti
seperti berlari, melompat dan membaling. PJ di sekolah seharusnya memberi penekanan kepada
pembangunan golongan kanak-kanak tanpa mengenepikan mereka yang kurang bermahiran
dengan pelajar berkemahiran agar mereka dapat meletakkan PJ dalam konteks pengalaman
pendidikan keseluruhan serta menegaskan bahawa pengalaman PJ berkait rapat dengan proses
pendidikan keseluruhan dan berkaitan dengan pendidikan seumur hidup setiap individu (Wee
Eng Hoe,2009).

2.Definisi Pendidikan Jasmani

Mata pelajaran PJ merupakan suatu proses bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui
aktiviti fizikal terpilih untuk mencapai keputusan yang dikehendaki. Ianya berkait rapat dengan
pemilihan dan penghalusan kemahiran-kemahairan motor, pembangunan dan pemeliharaan
kecergasan untuk kesihatan optima dan keadaan baik serta memperoleh pengetahuan dan
pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal
Pada tahun 1953, Lwenfield seorang ahli psikologi menerangkan bahawa kegiatan PJ
membantu menyuburkan perkembangan diri seseorang individu. Pendapat ini disokong oleh

Jenny dan Williams, bahawa walaupun PJ memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal, ia
sebenarnya terlibat dengan hasil-hasil pendidikan yang tidak bercorak fizikal. Matlamat jasmani
ialah mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.
Menurut Fletcher, melalui PJ kanak-kanak dapat mencuba sesuatu kegiatan dan secara
perlahan-lahan pengalaman tersebut akan membawa kepada perkembangan fizikal, intelek, sosial
dan emosi. Barrow (1983) pula mengatakan bahawa PJ di dalam konteks pengalaman
pendidikan menyeluruh, amat berkait rapat dengan proses pendidikan menyeluruh dan hal hidup
setiap individu. Apabila PJ memberi sumbangan kepada pendidikan lain, maka fungsi PJ
sebagai wadah pendidikan dapat dipenuhi.
Vasudevan (1986), mendefinisikan PJ adalah pendidikan mengenai seni dan sains
pergerakan manusia. Objektif seterunya adalah untuk menggunakan pergerakan agar dapat
memberikan sumbangan kepada matlamat fizikal, sosial dan mental. Lumpkin (2002)
menyatakan bahawa PJ merupakan suatu proses yang membolekan individu mempelajari
kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi. Hal ini
disokong sepenuhnya oleh Freeman (2001) dengan menyuarakan pendapat beliau bahawa, PJ
mempunyai pengertian yang lebih luas dari aspek fizikal malah meliputi pembangunan mental di
mana PJ dikendalikan melalui media fizikal iaitu aktiviti fizikal yang rancak, berkaitan dengan
pergerakan motor kasar dan kemahiran yang sederhana tinggi tahapnya. Walaupun kaedah
digunakan bercorak fizikal, kaedah yang didapati adalah lebih daripada fizikal yang meliputi
kemajuan perubahan di dalam perkembangan intelektual, sosial dan estetik.
Pettifor (1999) berpendapat bahawa, PJ menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan
hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman-pengalaman pembelajaran yang rapi
dan berturutan. Beliau menegaskan bahawa pengalaman tersebut seharusnya dapat meningkatkan
pembangunan penguasaan kemahiran motor, kecergasan dan pengetahuan berasaskan kesihatan,
keyakinan dalam menjadi aktif dan dapat mengapresiasikan faedah aktiviti fizikal. PJ mampu
membekalkan ruang untuk membentuk kanak-kanak yang mantap secara keseluruhannya yang
mengambil kira pembangunan aspek afektif, kognitif dan psikomotor. Konsep ini selari dengan
Daeuer (1995) yang berpendapat bahawa PJ ialah sebahagian daripada program pendidikan
menyeluruh yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman
pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.

Menurut Capel (2000), PJ adalah suatu proses pembelajaran yang bertujuan untuk
membangunkan pengetahuan tertentu, kemahiran dan kefahaman serta untuk menggalakkan
kecekapan fizikal yang bukan tertumpu kepada aktiviti fizikal sahaja. Sependapat dengan itu,
Freeman (2001) menjelaskan bahawa PJ merupakan aktiviti fizikal yang bermatlamat
pendidikan. PJ berbeza daripada bidang lain kerana ia menumpukan kepada pembangunan
keseluruhan individu. Bidang PJ memberi perhatian kepada kualiti fizikal, mental dan emosi.
Kehendak ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menegaskan
eleman jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) dalam membangunkan potensi
seseorang individu.
Gallahue (1996) pula menegaskan bahawa PJ meluangkan sebahagian daripada hari
persekolahan untuk aktiviti-aktiviti otot besar yang mendorong dan membangunkan belajar
untuk bergerak dan belajar melalui pergerakan. Pendapat ini selaras dengan model Thomas,
Lee dan Thomas (1988) dan model Siedentop (1991) yang menitikberatkan eleman yang sama.
PJ membantu kanak-kanak membangunkan sepenuhnya dan merealisasikan segala
potensi yang ada pada kanak-kanak. Pembangunan sepenuhnya ini melibatkan pembangunan dan
pembelajaran melalui aktiviti fizikal yang membentuk tiga aspek iaitu psikomotor, kognitif dan
afektif. Sesungguhnya, PJ membantu individu menguasai kecergasan, pengetahuan dan sikap
yang menyumbang ke arah pembangunan optimal dan kesejaheraan (Wuest & Bucher, 2009).
Menurut Pangrazi (2001), PJ adalah salah satu program pendidikan melibatkan
pengalaman pergerakan sepenuhnya yang penting bagi perkembangan kanak-kanak. Ia
melibatkan penguasaan aspek psikomotor, kognitif dan afektif melalui pembelajaran motor dan
aktiviti fizikal.
Teng Boon Tong (2001), menyatakan bahawa PJ merupakan suatu proses pengajaran dan
pembelajaran (p & p) melalui kegiatan jasmani yang terancang dan terkawal. Ini keseluruhannya
tertumpu kepada perkembangan tubuh badan pelajar termasuklah perkembangan fizikal, sosial,
rohani dan mental secara terjalin. Dengan menumpukan kegiatan yang bertujuan memupuk
proses sosialisasi serta menggalakkan pertumbuhan sahsiah yang menyeluruh dan sempurna di
kalangan pelajar-pelajar sekolah. Serentak dengan itu, perkembangan pelbagai kebolehan
psikomotor dan dayatahan fizikal menggalakkan penggunaan masa lapang secara berfaedah.
Kesimpulannya, PJ berupaya menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan gaya hidup
aktif dan sihat dengan menyediakan skop pembelajaran yang rapi dan berturutan. Secara

ringkasnya mata pelajarn PJ merupakan satu bentuk pembelajaran yang holistik dan berupaya
membangunkan pelajar dari pelbagai aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu
kumpulan pelajar (Colfer,1986). Pendekatan dalam PJ masa kini tertumpu kepada nilai
pendidikan yang dibina. PJ juga mampu menyumbang kepada perkembangan kemahiran dan
kercergasan jasmani serta menjadi pemangkin terhadap tabiat sosial yang murni. Selain itu mata
pelajaran PJ dilihat sebagai alat untuk mendorong kegiatan-kegiatan kognitif seperti penerokaan,
proses berfikir dan penyelesaian masalah.
Kesemua ini menjadikan mata pelajaran PJ dilihat sebagai satu keperluan bagi membina
perkembangan keseluruhan kanak-kanak. PJ merupakan mata pelajaran yang diperkenalkan di
sekolah yang memiliki kesepaduan diantara domain kognitif, domain psikomotor dan domain
afektif. Kesepaduan ini adalah seiring dengan penerapan nilai murni yang bermatlamat
menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu masyarakat yang dinamis dan
progresif (Asiah Abu Samah, 1993).

3.Matlamat , Objektif dan Kepentingan Pendidikan Jasmani

Matlamat mata pelajaran PJ adalah untuk melahirkan pelajar yang cergas melalui pembelajaran
fizikal serta dapat mengamalkan kecergasan dan disamping itu juga pelajar diharapkan akan
dapat meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif dan mengamalkan gaya
hidup sihat bagi mencapai objektif berikut (KPM, 2002): Mempertingkatkan dan mengekalkan
kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor dengan (i) Menguasai kemahiran asas
pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri; (ii) Melakukan senaman dan aktiviti
fizikal sebagai rutin harian; (iii) Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan
semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal; (iv) Membentuk sahsiah dan disiplin diri; dan (v)
Membuat keputusan bijak dalam kehidupan.
Sememangnya matapelajaran PJ merupakan implimentasi sepenuhnya intipati FPK di
mana pelaksanaan PJ dari aspek pengajaran, pembelajaran dan penilaian merupakan satu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Menurut, KPM (2002), bagi mencapai hasrat ini, mata
pelajaran PJ menekankan gaya hidup yang sihat dan aktif. Pendekatan yang dicadangkan adalah
pembelajaran melalui kegiatan PJ yang merangkumi tiga aspek penting iaitu (i) Penglibatan

murid secara aktif dan selamat (ii) Interaksi yang kreatif dengan rakan, bahan dan alat dan (iii)
Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran .
Sukatan Pelajaran PJ disusun mengikut tiga tunjang utama iaitu :
1.

Tunjang Kecergasan
Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan aktiviti fizikal secara
berterusan tanpa rasa lesu. Tumpuan diberi kepada komponen kecergasan fizikal berasaskan
kesihatan dan perlakuan motor.

2.

Tunjang Kemahiran
Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan kemahiran daripada aspek
pergerakan otot besar dan otot halus. Tumpuan diberikan kepada kemahiran asas dalam
permainan, olahraga, pergerakan kreatif dan rekreasi.

3.

Tunjang Kesukanan
Konsep tunjang ini menitikberatkan kefahaman dan pengetahuan bagi mengukuhkan amalan
pendidikan jasmani dan sukan. Tumpuan diberi kepada aspek keselamatan, pengurusan, kerjaya,
etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani dan sukan.
Di dalam tunjang kecergasan terdapat 12 tajuk yang perlu dikuasai oleh murid dari tahap
1 sekolah rendah, tahap 2 sekolah rendah dan dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 di sekolah
menengah. Antara tajuk dalam tunjang ini adalah :

(a)

Kecergasan berlandaskan kesihatan berdasarkan komponen

(i)

Dayatahan kardiovaskular;

(ii)

Dayatahan otot;

(iii)

Kekuatan;

(iv)

Kelenturan dan

(v)

Komposisi badan

(b)

Kecergasan berlandaskan perlakuan motor berdasarkan komponen

(i)

Kordinasi;

(ii)

Imbangan;

(iii)

Ketangkasan;

(iv)

Kuasa;

(v)

Masa tindakbalas dan

(vi)

Kepantasan

(c)

Konsep, definisi, prinsip dan kaedah latihan

Tunjang 2 kemahiran pula, terdapat 7 tajuk yang murid perlu kuasai antaranya adalah
(i)

Pergerakan asas;

(ii)

Permainan;

(iii)

Olahraga;

(iv)

Gimnastik;

(v)

Pergerakan kreatif;

(vi)

Rekreasi

(vii)

Kesenggangan

Manakala tunjang 3 kesukanan pula, antaranya adalah


(i)

Keselamatan;

(ii)

Pengurusan;

(iii)

Kerjaya;

(iv)

Isu Pendidikan Jasmani dan Sukan dan

(v)

Etika.

Bagi memenuhi aspirasi dan keperluan yang digariskan oleh FPK, guru perlu memahami
kepentingan PJ seperti berikut:
1. Kecergasan fizikal
Program PJ amat penting bagi memberi peluang yang terbaik kepada pengamalnya untuk
membina dan mengekalkan tahap kesihatan fizikal yang bersesuaian dengan minat dan
keperluannya.
2. Kemahiran motor
Program PJ menjadi nadi yang mengerakkan kebolehan kanak-kanak untuk menguruskan
bahagian-bahagian anggota mereka dengan cekap dan membina kemahiran motor yang sesuai
dan berguna. Dengan maksud lain PJ berupaya mempertingkat dan mengekalkan kecergasan
berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.

3. Kecekapan dalam menguruskan badan


PJ dapat membentuk kecekapan dalam menguruskan badan melalui senaman dan aktiviti fizikal
sebagai rutin harian serta dilaksanakan secara berterusan. Pengurusan badan merujuk kepada
kebolehan mengawal anggota dalam pelbagai situasi pergerakan dan konteks persekitaran yang
pelbagai. Pengurusan badan merangkumi aspek penjagaan postur yang betul, kawalan dan
imbangan tubuh dalam sesuatu situasi, pengaruh ritma dalam pendalian pergerakan badan,
koordinasi pergerakan yang cekap dan pergerakan merentasi ruang.
4. Aspek kemahiran dan pergerakan asas
PJ dapat membantu pengamalnya menguasai asas kemahiran pergerakan dan permainan
mengikut kemampuan diri berdasarkan tunjang pembelajaran. Seorang kanak-kanak sewajarnya
sudah menguasai kemahiran lokomotor seperti berjalan, berlari dan melompat dan kemahiran
bukan lokomotor seperti memusing, mengalih, membongkok, melunjur dan membina bentukbentuk serta kemahiran manipulatif seperti menangkap, memukul, menendang,mengelecek dan
melontar.
5. Konsep kendiri
PJ dapat membina imej kendiri yang realistik dan membentuk konsep kendiri yang diingini
menerusi aktiviti fizikal yang terancang.
6. Nilai dan peribadi dalam pendidikan
PJ di lihat dapat menjadi agen pembentukan sahsiah dan disiplin diri yang sesuai dengan normanorma masyarakat.
7. Membentuk kognitif
PJ akan dapat melatih pelajar membuat keputusan yang bijak dalam kehidupan.
8. Langkah-langkah keselamatan
Dalam mata pelajarn PJ, pelajar seharusnya ditanam dengan sikap yang mengutamakan
keselamatan bukan tertumpu pada diri sendiri tetapi juga mementingkan keselamatan orang lain.
Kebanyakan permainan dan sukan menjadi berbahaya jika tidak dikendalikan dengan sempurna
dengan bimbingan dan teknik mengajar yang sistematik, soal keselamatan dalam PJ tidak akan
timbul. Penerapaan kaedah mengaplikasikan pengetahuan keselamatan semasa menyertai
pelbagai kegiatan fizikal amat perlu.
Kesimpulannya, penetapan matlamat dan objektif dalam PJ dapat membantu mata
pelajaran ini dalam aspek-aspek seperti memahami apa yang hendak dilakukan, membantu

dalam menghasilkan keputusan yang lebih bermakna ketika berhadapan dengan masalah,
memahami dengan lebih mendalam mengenai nilai PJ, memahami sumbangan PJ kepada
masyarakat, menjelaskan tugas guru PJ kepada masyarakat dan menghargai dan mengambil berat
pencapaian murid melalui penglibatan pelajar di dalam program di bawah jagaan guru (Bucher
dan Wuest,1987). Oleh yang demikian guru perlu sentiasa memahami matlamat utama PJ iaitu
membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.
4.Kepentingan pendidikan jasmani dalam kurikulum sekolah.
Pendidikan jasmani amat penting untuk dilaksanakan dalam kurikulum sekolah rendah.
Hal ini demikian kerana, melalui pendidikan jasmani, pelbagai aspek dapat dikembangkan ke
tahap yang lebih tinggi. Sebagai contoh, aspek JERIS seseorang individu mungkin akan terjejas
sekiranya mereka mengabaikan aspek pembangunan fizikal dan jasmani diri masing-masing.

Kepentingan pendidikan jasmani dalam kurikulum sekolah rendah tidak dapat dinafikan
lagi. Berikut adalah beberapa huraian mengenainya. Pertama, pendidikan jasmani membantu
membangunkan dan meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan seseorang individu. Selain
itu, melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dapat membantu seseorang
individu membangunkan kemahiran pergerakan asas. Pendidikan jasmani di sekolah rendah juga
dapat membantu murid-murid meningkatkan kefahaman mengenai keselamatan diri, alatan dan
tempat beraktiviti. Dalam aspek pembangunan emosi dan sahsiah, pendidikan jasmani membantu
murid meneroka kelemahan dan kelebihan diri mereka seterusnya memberi peluang dan ruang
kepada mereka untuk mengenali dirinya. Pendidikan jasmani yang diajar di sekolah berdasarkan
kepada kurikulum yang telah digubal mampu menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hayat
dalam diri setiap murid. Perkara yang sedemikian mampu mempengaruhi gaya hidup yang lebih
baik dan sihat.

5.KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)


Latar Belakang
1. Gagasan ke 3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO
2006 menuntut supaya pendidikan Negara memberi penekanan kepada :

Pembangunan modal insan

Penghasilan pelajar celik minda

Pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat

Program yang membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al-bab.

2. Teras ke 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan:


Dasar membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta
menghayati nilai-nilai murni.

Matlamat memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu


pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerap nilai

3. Oleh itu, kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik
dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan yang seimbang yang dapat menangani cabaran
semasa dan masa depan.

Sejarah Kurikulum Sekolah Rendah


1983 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
1993 - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
2003 - KBSR (semakan)
2011 - Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

6.KONSEP KURIKULUM TRANSFORMASI SEKOLAH RENDAH

Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara (FPN)

Berasaskan Prinsip KBSR:

Pendekatan bersepadu

Perkembangan individu secara menyeluruh

Peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid

Pendidikan seumur hidup

7.BENTUK KURIKULUM TRANSFORMASI


Komunikasi

Penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi

Sains & Teknologi

Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik

Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik

Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Perkembangan Fizikal & Estetika

Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri

Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi

Kerohanian, Sikap & Nilai

Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai Kemanusiaan

Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara
dan global

Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan Keterampilan Diri

Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

8.KURIKULUM BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah digubal berasaskan standard kandungan dan


standard pembelajaran

Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam
suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh
diukur bagi setiap standard kandungan.

Mengapa Standard?

Memastikan SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan.

Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas.

Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning).

Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran.

Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah .

9.Pengenalan TGFU
Teaching Games for Understanding merupakan suatu konsep pengajaran dan
pembelajaran yang dihasilkan oleh David Bunker dan Rod Thorpe pada tahun 1982 di Universiti
Loughboroungh. TGFU merupakan suatu pengajaran permainaan untuk kefahaman yang dapat
menarik minat dan perhatian kanak-kanak di dalam atau di luar bilik darjah supaya mereka tidak
berasa bosan. (rujuk kepada buku Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani yang ditulis oleh Mohd
Sofian Omar Fauzee)

TGFU ini adalah lebih berfokus terhadap pemahaman yang meyeluruh pada setiap
permainan. Murid-murid dapat memahami sesuatu prinsip atau konsep dalam permainan tertentu.
TGFU juga menekankan kepada peningkatan tahap aktiviti fizikal. Waktu Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan di dalam sekolah rendah dan sekolah menengah hendaklah selalu menjalankan
TGFU supaya pelajar-pelajar dapat berseronok dalam aktiviti fizikal. TGFU juga menjadikan
kelas Pendidikan Jasmani sebagai tempat dan masa yang sesuai untuk persaingan, motivasi serta
bersuka ria. Guru hendaklah memastikan persaingan ini dijalankan dengan sihat dan
menjalankan permainan yang dapat mengeratkan hubungan persahabatan dan kerjasama di antara
pelajar.

Melalui TGFU, pelajar bukan sahaja melibatkan aktif untuk mencapai markah yang
tinggi dan menjadikan pemenang, maka juga adalah penting untuk pelajar untuk belajar
membuat keputusan yang tepat dan sesuai dengan pintas dan serta merta dalam proses
permainan. TGFU adalah lebih bebas dan tidak mempunyai terlalu banyak peraturan. Ini
disebabkan TGFU lebih mengutamakan pengajaran dan pembelajaran dengan seronok.

10.Faktor yang mendorong tokoh-tokoh untuk mengkaji TGFU

Tokoh-tokoh yang mengkaji TGFU ini ialah David Bunker dan Rod Thorpe yang
membuat kajian di Universiti Loughborough di United Kingdom. Terdapat beberapa faktor yang
mendorong mereka untuk berusaha dalam mengkaji TGFU.

Pada masa itu, pencapaian permainan adalah kurang memuaskan.Murid-murid kurang


menikmati dan berseronok dalam permainan yang disediakan oleh guru. Murid-murid adalah
bersifat lebih pasif dan tidak aktif dalam permainan.

Selain itu, pendidik pada masa itu mempunyai pengetahuan yang terhad tentang
permainan. Mereka tidak memahami matlamat dan objektif bagi setiap permainan yang
dijalankan. Permainan yang dirancangkan hendaklah mempunyai matlamat tertentu supaya
murid-murid dapat mempelajari sesuatu melalui permainan.

Faktor yang lain adalah seperti lemah dalam kemahiran asas dan kurang berupaya dalam
membuat keputusan. Melompat, melari dan membaling bola merupakan kemahiran asas yang
banyak membantu murid bergerak cergas dan aktif dalam permainan.

Mereka juga memerhatikan bahawa Pendidikan Jasmani pada masa itu adalah terlalu
bergantung kepada jurulatih atau guru untuk membuat keputusan. Mereka ingin mengkaji satu
set kajian yang berkesan dan dapat membantu dalam pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, mereka juga terdorong untuk mengkaji TGFU atas sebab kadar perkembangan
dalam permainan yang terlalu lambat dan tidak menonjolkan. Pendidikan pada masa itu kurang
mementingkan permainan dalam pengajaran dan pembelajaran. Maka, mereka pun berusaha
untuk mengkaji TGFU.

Perkembangan TGFU

Falsafah TGFU masih diubahsuai dan diperkembangkan dari semasa ke semasa untuk
menghasilkan suatu idea yang lagi cemerlang. Pada tahun 2004 Webb dan Pearson telah
menkategorikan permainan kepada 4 kategori utama:

1.2.1 Sasaran (Target)


- menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapatkan mata. Muridmurid mempunyai sasaran tertentu dan permainan ini berfokus terhadap tempat sasaran itu.
Contoh permainan adalah seperti bowling, achery dan golf

1.2.2 Striking/ Fielding


- perlawanan yang melibatkan dua pihak iaitu pasukan striking dan pasukan fielding. Pasukan
striking akan bermain dengan bersungguh untuk mendapat markah manakala pasukan fielding
akan cuba sedaya upaya untuk menghalang pasukan striking mendapat lebih markah. Mata
dikumpul melalui larian yang selamat dan berjaya selepas pukulan dalam masa atau pusingan
yang ditetapkan. Contoh permainan adalah seperti baseball, softball dan criket.

1.2.3 Jaring/ dinding (net/wall)


- permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding. Kedua-dua pihak bermian dengan suatu
alat manipulasi seperti bola. Mata dikumpul melalui menghantar objek ke gelanggang pihak
lawan dengan syarat objek tersebut tidak dapat menghantar balik dalam kawasan gelanggang.
Contoh permainan adalah seperti badminton, squash dan table tennis.

1.2.4 serangan (Invasion)


- Permainan berpasukan. Dalam jangkaan masa yang tertentu, masuk ke dalam kawasan pihak
lawan dan mengumpulkan mata. Contoh permainan seperti soccer, basketball dan handball
Penutup
Kesedaran dan keprihatinan pihak tertentu tentang kepentingan Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan di sekolah tidak boleh dipandang remeh. Misalnya, isu berat badan sudah
sekian lama menjadi perbualan di kalangan masyarakat. Namun kesedaran terhadap implikasinya

ke atas kesihatan masih kurang. Memang tidak dapat dinafikan bahawa ramai ibu bapa suka
melihat anak montel dan comel apabila kelihatan tembam. Sebaliknya kita lupa bahawa keadaan
itu akan menyebabkan anak-anak akan mengalami masalah pergerakan, menjadi bahan ejekan
dan akhirnya mengalami tekanan perasaan. Pengambilan jumlah makanan berhubungkait dengan
jantina, umur dan jenis aktiviti seseorang invidu. Oleh itu, adalah ideal untuk pelajar
mengamalkan pengambilan makanan seimbang dan juga melakukan aktiviti senaman atau fizikal
bagi mengekalkan BMI untuk hidup sihat dan cergas bukan dengan pengambilan bahan-bahan
tambahan yang memberi kesan terhadap kesihatan kita. Contohnya produk-produk untuk
kelihatan langsing, menyedut lemak atau mengambil pil pelangsingan dan sebagainya.
Sehubungan dengan itu, memantapkan tenaga pengajar dan jurulatih-jurulatih Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan selain daripada menggunakan teknologi maklumat dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran murid sedikit sebanyak dapat memartabatkan mata pelajaran ini di
mata masyarakat.

BIBLIOGRAFI
Abdul Hafidz Bin Haji Omar, Husain Bin Ayob& Zalawati Binti Sufian (2003) Pendidikan
Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Buku Teks. Malaysia: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Mohd Sofian Omar Fauzee (2006). Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani Karisma Publications
Sdn. Bhd.

Rujukan Elektronik
Dr. Paul Webb, Dr. Phil Pearson, Greg Forrest
Teaching Games for Understanding (TGFU) in primary and secondary physical education.
http://www.penz.org.nz/downloads/IchperConf/WEB06004_final.pdf
Accessed on 24 September 2008
James L. Mandigo, Nicholas L. Holt (2002)
The

Inclusion

of

Optimal

Challenge

in

Teaching

Games

for

Understanding http://spartan.ac.brocku.ca/~jmandigo/inclusionOC.pdf
Accessed on 29 September 2008
James Mandigo, Joanna Sheppard
Children's

Affective

Experiences in

TGFU

Environments.http://spartan.ac.brocku.ca/~jmandigo/gameliteracy/affectivemelbourne.pdf

Game
Acc

essed on 29 September 2008


Overview of TGFU Modal
http://ltc.umanitoba.ca/wiki/Group_3#Rules_for_Defining_the_4_Categories_of_Games Acesse
d on 30 September 2008

You might also like