Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Pada 19 Ogos 1844 di Karangan Peris dalam daerah Skrang,

Libau RENTAP bersama pasukannya telah ulung kalinya


bertempur dengan pasukan Rajah James Brooke dan
Captain Keppel daripada Tentera Laut DiRaja Inggeris. Pada
pertempuran ini, antara yang terkorban daripada pasukan
Brooke ialah Datu Patinggi Ali dan pasukan perisiknya dari
Sarawak yang telah mara duluan daripada pasukan utama
kecuali hanya seorang yang masih hidup dan seorang
Inggeris bernama George Steward.
Selepas pertemburan di Beting Maru, pemerintah Brooke
telah membina sebuah kubu di Nanga Skrang dengan tujuan
menyekat pergerakan orang-orang Skrang ke arah Batang
Lupar dan seterusnya keluar ke Laut China Selatan untuk
bekerjasama dengan Linggir "Mali Lebu" dari Paku dan Aji
Apai Limba dari Padeh bagi mengamalkan kegiatan
mengayau kepala manusia dan membeli barangan keperluan

seperti garam atau menetang pemerintahan Brooke di


Sarawak pada ketika itu.
Pada awal tahun 1853, Rentap telah mengetuai pasukan
orang Iban yang menyerang pasukan Brooke di kubu Nanga
Skrang yang diketuai oleh William Brereton. Berlakulah
pertempuran yang sengit di antara kedua-dua pihak di
Lintang Batang. Semasa pertempuran itu, seorang menantu
Rentap bernama Layang telah membunuh Alan Lee
denganlembingnya dan Willima Brereton telah tercedera
tetap masih dapat melarikan diri. Rentap dengan segera
membawa pasukannya pulang ke ulu Sungai Skrang. Walau
bagaimanapun, pengikut Brooke kemudiannya telah
membinasa dan membakar 20 buah rumah panjang tempat
kediaman para pengikut Rentap.
Dengan itu, Rentap terpaksa berundur dan membina tempat
kediaman di Sungai Lang iaitu di hulu Sungai Skrang.

Semasa mempertahankan kubu ini, pasukan Rentap telah


melaung-laungkan semangat perjuangan mereka yang kental
iaitu "Agi Bedarah, Agi Ngelaban yang bermaksud "Selagi
masih berdarah, Selagi itulah melawan" dan slogan yang
paling terkenal hingga ke hari ini ialah Agi Idup, Agi
Ngelaban yang bermaksud "Selagi Hidup, Selagi itulah
melawan". Ada beberapa orang dari pasukan Brooke yang
mara menghampiri kubu Rentap telah ditembak dan
terkorban. Namun angkatan Brooke berjaya menyerang
rumah panjang Rentap ini pada Ogos 1854 kerana tembakan
meriam merobohkan pagar kayu di sekeling rumah mereka
dan pasukan Rentap hanya ada bedil kecil sahaja untuk
membalas tembakan meriam. Rentap sendiri telah tercedera
semasa pertempuran ini. Jadi, Rentap dengan sebilangan
pengikut beliau berundur dan membina kubu di sebuah bukit
yang bernama Bukit Sadok.

Kubu Bukit Sadok ini sukar untuk ditakluki kerana


kedudukannya di atas puncak bukit yang tinggi dan
dikelilingi oleh tebing-tebing curam yang sukar untuk didaki.
Juga hanya ada satu jalan sempit di atas gaung yang begitu
dalam untuk sampai ke kubu Rentap ini. Sekeliling kubu ini
diperkuatkan oleh pagar kayu tebelian yang keras dan
setebal dua kaki. Rentap juga ada sebatang meriam yang
besar untuk mepertahankan kotanya, yang dikenali sebagai
"Bujang Timpang Berang". Meriam ini telah dibawa oleh
rakan seperjuangannya iaitu Aji Apai Limba yang merupakan
anak kepada Orang Kaya Pemancha Dana "Bayang". Aji
telah terkorban ditembak oleh pasukan Brooke di Sungai
Langit sebelum menyerang Rentap di kubunya di Bukit
Sadok.
Kerajaan Brooke telah membuat tiga percubaan untuk
menangkap Rentap di Bukit Sadok. Cubaan pertama adalah

dalam Jun 1857. Semasa serangan ini, seorang anggota


pasukan Brooke yang bernama Abang Aing telah ditembak
dan terpaksa dibawa turun ke bawah bukit. Melihat kejadian
ini, pasukan Rentap telah menjerit kegembiraan dan
memukul gong mereka.
Dalam tahun 1858, pasukan Brooke buat kedua kalinya
menyerang kubu Rentap di atas Bukit Sadok tetapi tembakan
meriam mereka tidak dapat menembusi pagar kubu Rentap.
Jadi, pasukan Rentap telah melaungkan dengan megahnya
kepada pasukan Brooke untuk membawa meriam yang lebih
besar lagi pada masa akan datang.
Namun pada tahun 1861, barulah serangan pasukan Brooke
yang ketiga kalinya berjaya menguasai Bukit Sadok setelah
membawa sebuah meriam besar yang dikenali sebagai
"Bujang Sadok" untuk menembak dan merobohkan pagar
kubu Bukit Sadok. Sebelum pertempuran ini, pasukan

Brooke telah menawarkan pengampunan kepada abangabang arwah Aji yang telah ditembak mati oleh pasukan
Brooke di Sungai Langit iaitu Nanang dan Luyoh supaya
mereka menyerah diri dan dihukum membayar 40 biji
tempayan rusa. Tawaran yang sama dicadangkan kepada
Rentap dengan denda 12 biji tempayan, musnahkan kubu
Bukit Sadok dan meninggalkan kubu itu dengan segera.
Tetapi Rentap menolak tawaran ini walaupun telah diberitahu
bahwa pasukan Brooke ada membawa sebuah meriam yang
besar kali ketiga ini. Semua wanita dan kanak-kanak
telahpun diarahkan untuk meninggalkan kubu tersebut.
Semasa pertempuran dengan pasukan Brooke, seorang
pengendali meriam Rentap dan beberapa rakannya telah
terkorban kerana terkena tembakan meriam pasukan Brooke.
Seterusnya, kubu dan rumah tempat kediaman Rentap dan

orang-orangnya dibakar oleh pasukan Brooke pada 20


Oktober 1861.
Tetapi Rentap telah berundur ke Bukit Lanjak Entimau yang
menjadi punca-punca air Batang Skrang, Lemanak dan
Engkari. Kemudian beliau turun ke Ulu Entabai iaitu sebuah
sungai cawangan kepada Sungai Kanowit dan Julau di mana
beliau membina sebuah kubu di Bukit Stulak. Pada usia
tuanya, Rentap dan pengikutnya berpindah ke Bukit
Sibau iaitu kawasan yang terletak di Ulu Wak, Pakan.
Beberapa tahun kemudian, Rentap meninggal dunia di situ
pada usia lebih kurang 70 tahun. Mayat dan keranda Rentap
tidak ditanam dalam tanah seperti biasa tetapi diletakkan
dalam sebuah pondok sebagai tanda hormat kepada
seseorang yang dianggap seorang pahlawan dan
bangsawan. Setelah daging mayat beliau telah habis reput,
tulang-tulang kerangka beliau telah disimpan di dalam

tempayan oleh kerabat keluarga beliau. Inilah tanda


pernghormatan yang paling tinggi untuk seseorang yang
telah berjasa.
Rentap merupakan pejuang sejati kerana beliau tidak pernah
tunduk kepada pemerintahan Brooke sehingga ke akhir
hayatnya. Sehingga ke hari ini makam pahlawan Rentap
telah di baik pulih oleh kerajaan negeri Sarawak bagi
mengenang jasanya. Beliau meninggal dunia pada tahun
1863.

You might also like