Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

Definisi Semantik
Semantik adalah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata dan ayat. Kata pula
dijelaskan sebagai unit ujaran yang bebas dan mempunuyai makna. Dalam bahasa, kita
dapat menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia. Definisi
daripada segi istilah pula, dalam kajian menjelaskan bahawa semantic berasal daripada
perkataan Yunani semantikosyang bermaksud penting atau beerti. Jika dilihat definisi yang
diberikan oleh para tokoh bahasa J.W.M. Verhar,1996 semantic ialah cabang linguistic yang
akan membahaskan erti atau makna . Selain itu, menurut Abdul Chaer,1994 berpendapat
bahawa semantik merupakan bidang pengkajian linguistic yang objek penelitiannya makna
bahasa.

Menurut kamus Dewan, semantik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan
penambahan makna sesuatu kata. Oleh itu, secara umumnya semantik ialah ilmu tentang
erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang
lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna , hubungan antara makna dengan
makna lain serta pengareuh maknan terhadap masyarakat. Semua bahasa bergantung
kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap bahasa merupakan satu sistem yang
digunakan untuk menyampaikan makna melalui bunyi. Kajian makna dikenali sebagai bidang
semantic, iaitu bidang yang telah begitu lama diabaikan oleh linguistik kerana persoalan
makna banyak mendatangkan masalah jika tingkahlaku bahasa itu ditinjau dari sudut itu.

Makna tidak mungkin dapat dikaji secara formal atau secara terasing daripada konteks atau
teks. Keadaan ini berlaku kerana ada makna yang tersurat dan tersirat. Ahli falsafah dan ahli
bahasa lebih menitik beratkan tentang hubungan makna-makna perkataan.

Persoalan ini nempaknya lebih mudah diterangkan dengan menggunakan rujukan.


Makna juga sebahagian besarnya atau keseluruhannya adalah berkenaan hubungan antara
bahasa dengan dunia bahasa. Dunia bahasa ini bermaksud konteks yang melayari satu-satu
unsur linguistik itu dituturkan.

Konsep Semantik
Menurut Tarigan,1985:9 menyatakan bahawa kata semantik berasal daripada kata adjektif
bahasa Yunani semantickos yang bermaksud penting atau bererti. Kata bererti
membawa maksud makna yang diertikan sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan.
Semantik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan
penambahan makna sesuatu kata.

Namun pendapat salah seorang tokoh iaitu Ferdinand de Saussure, semantik merupakan
bahasa yang diucapkan untuk menyampaikan makna. Choamsky berpendapat bahawa
semantik bermaksud makna ayat ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila
ayat digunakan. Namun menurut M.Breal,1893, semantik bukan sahaja merujuk kepada
makna tetapi juga kepada perkembangannya yang disebut semantik sejarah.

Kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji


bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka
perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna kata boleh
dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan makna
dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan
semantik.

Kata-kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai jenis makna dapat dikategorikan
kepada beberapa golongan seperti sinonim adalah perkataan yang mempunyai makna yang
sama dari segi makna nahu tetapi berbeza daripada segi makna leksikal, bagi antonim pula,
perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan, hiponim pula perkataan yang
maknanya sebahagian daripada makna perkataan lain, homonim adalah perkataan yang
mempunyai bentuk dan bunyi yang sama tetapi maknanya berbeza, polisemi ialah perkataan
yang mempunyai makna yang banyak, dan peribahasa merupakan beberapa perkataan
yang mempunyai satu makna.

Pertaliannya dengan disiplin ilmu lain


Setiap bidang disiplin ilmu mempunyai bahasa yang tersendiri. Bahasa dalam setiap bidang
disiplin ilmu mempunyai nilai semantik yang tersendiri. Oleh yang demikian sesuatu bidang
ilmu perlu diteliti maknanya supaya ia dapat dimanfaatkan.
i.

Hubungan Semantik dengan Falsafah

Falsafah ialah pengetahuan yang menelaah sesuatu yang istimewa. Falsafah adalah
istimewa kerana falsafah tidak dapat dihuraikan dengan ilmu pengetahuan biasa sebaliknya
falsafah memerlukan ilmu pengetahuan tentang hukum dan kaedah berfikir yang logika.
Justeru itu, logika dalam disiplin ilmu falsafah memerlukan cara berfikir yang tepat untuk
mencapai ketepatan makna dalam ilmu falsafah tersebut. Falsafah yang tidak mempunyai
makna menjadi tidak bererti. Contohnya falsafah Biar jadi pendengar jangan seperti tin
kosong membawa semantik kesedaran kendiri atau muhasabah diri perlu difahami
pendengar mahupun penutur falsafah tersebut supaya ia bermakna apabila diujarkan.

ii.

Hubungan Semantik dengan Psikologi

Jika kita sentuh tentang psikologi maka ianya bermaksud ilmu jiwa yang mengkaji hakikat
dan gerak-geri jiwa. Hal ini bermakna tingkah laku manusia mempunyai makna. Makna yang
dimaksudkan adalah tentang makna sesuatu kata atau ujaran dalam bahasa. Contohnya
perkataan Minum! berbeza jika dibandingkan dengan Minumlah.. Deretan bunyi dan
susunan huruf dalam perkataan tersebut menghasilkan pemahaman makna yang berbeza
oleh seseorang dalam situasi yang berbeza. Sudah jelas lagi bersuluh bahawa situasi yang
berbeza tersebut melambangkan paksaan dan permintaan penuturnya. Hal ini bertepatan
dengan pendapat ahli psikologi yang menyatakan bahawa makna wujud berdasarkan
rangsangan atau tindak balas.

1.3.3 Hubungan Semantik dengan Antropologi dan Sosiologi.


Antropologi ialah bidang ilmu yang mengkaji sekelompok masyarakat tertentu yang
homogen yang mempunyai pelbagai ciri khasnya. Sosiologi pula ialah bidang ilmu yang
mengkaji kelompok masyarakat yang lebih luas dalam perkembangan ekonomi dan sosial
yang heterogen. Sosial dan budaya sesuatu masyarakat yang semakin berkembang
menyebabkan makna bahasa dalam sesuatu masyarakat semakin berkembang. Contohnya
perkataan taman daripada aspek antropologinya telah berkembang membentuk perkataan
taman hati, taman buaya, dan taman rimba yang bukan lagi bermaksud kebun yang
ditanam dengan bunga-bungaan. Justeru makna yang difahami adalah berdasarkan bentuk
bahasa semasa pertuturan itu dituturkan. (Aminuddin 1985).
1.3.4 Hubungan Semantik dengan Sastera
Bahasa dalam karya sastera berbeza dengan bahasa yang terdapat dalam karya
ilmiah. Bahasa dalam karya sastera sama adatulisan ataupun pertuturan tidak semuanya
diketahui umum. Justeru terdapat pelbagai lapisan makna dalam sastera yang meliputi
makna tersurat (makna biasa/denotatif), makna tersirat (makna yang dapat di agak
pembaca/konotatif), makna kreatif (makna yang dapat difikirkan pengkritik) dan makna
peribadi. (makna yang dapat diketahui oleh pengarang sahaja). Contohnya seperti ungkapan
Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau. (Abdullah Hussain, 1982, hal. 95)
merupakan makna konotatif yang dapat difikirkan yang membawa maksud orang yang baik
itu biar di mana pun tempatnya tetap akan baik juga.
1.3.5 Hubungan Semantik dengan Sejarah
Sifat bahasa adalah sentiasa berkembang. Perkembangan bahasa merupakan
sejarah bahasa. Makna sesuatu perkataan mungkin kekal sehingga kini, mungkin berubah,
menyempit, meluas atau menghilang. Contohnya perkataan khalwat yang bermaksud
berseorangan untuk mendekatkan diri kepada-Nya telah disempitkan maksudnya kepada
berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan. Perkataan pondok yang bermaksud tempat

tinggal yang usang pula telah dikembangkan maknanya menjadi tempat belajar. Justeru
sejarah bahasa ini perlu direkodkan dalam kamus besar bagi mencatatkan perubahan
bahasa yang berlaku dalam setiap hari bagi tujuan penggunaan bahasa dan pengkaji
bahasa kelak.
1.3.6 Hubungan Semantik dengan Komputer
Komputer dapat membantu penggunaan bahasa dalam bentuk tulisan dan lisan
melalui proses penyemakan makna ejaan, pembetulan imbuhan dan struktur ayat. Yang
menjadi kekurangannya adalah komputer tidak dapat menterjemah perkataan secara
struktural kerana keupayaannya yang terbatas dalam proses menterjemah. Para
penterjemah yang memiliki akal dan perasaan sahaja yang mampu memilih makna yang
sesuai dalam konteks struktural ayat. Walau bagaimanapun komputer telah membantu
dalam bidang penterjemahan terus dapat membantu penterjemah yang mempunyai akal
fikiran yang tinggi untuk memikirkan makna yang sesuai bagi sesuatu perkataan
berdasarkan konteks ayat. Justeru semantik dalam bidang ilmu pengkomputeran perlu
diterokai dan disebarluaskan supaya makna yang ditafsirkan bertepatan dengan kehendak
pengguna kelak.
1.3.7 Hubungan Semantik dengan Linguistik
Linguistik ialah kajian tentang bahasa secara saintifik. Bahasa Melayu jelas
mempunyai makna yang sedia ada dan penambahan makna melalui proses akronim,
pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan. Contohnya makna kata kebun berbeza
daripada pekebun dan pengebun, dalam proses pengimbuhan. Kata kebun bermaksud
tanah yang ditanami tumbuh-tumbuhan. Kata pekebun bermaksud orang yang mengurus
kebun sementara kata pengebun bermaksud orang yang kerjayanya membuat kebun
atau bekerja di kebun. Dalam proses penggandaan, kata langit juga berbeza dengan
lelangit yang bermaksud keadaan bumi dan atas bahagian dalam mulut. Dalam proses
pemajmukan pula kata buah dan hati mempunyai makna yang berbeza apabila
membentuk kata majmuk buah hati. Buah ialah benda yang boleh dimakan sementara hati
merupakan organ menjadi makna kekasih apabila perkataan tersebut digabungkan.
2. Makna Leksikal
Makna leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau makna perkataan
yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat.
Contohnya, perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan
pelarian memiliki makna leksikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf
se+, ber+, ber+...+an, me+ (... +kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna leksikal
melainkan memiliki makna gramatis.
2.1 Kelompok kata

Makna dalam kelompok kata adalah jalinan daripada makna satu perkataan dengan
perkataan lain dalam kelompok kata tersebut. Misalnya lima ekor lembu bermakna ada lima
ekor lembu.
2.2 Kata paduan
Kata paduan ialah dua perkataan atau lebih yang pada mulanya memiliki makna
masing-masing, tetapi maknanya telah berpadu menjadi satu, misalnya kereta api, kapal api,
bunga api dsb.
2..3 Kata gabungan
Kata gabungan ialah dua atau lebih perkataan yang mengandungi satu makna tetapi
deretan perkataan tersebut menyimpang daripada deretan perkataan yang umum dalam
bahasa Melayu. Misalnya mahasiswa, mahaputera, maharaja, bumiputera dan sebagainya.
3.

Makna Ayat
Makna ayat boleh dibahagikan kepada tiga iaitu makna tersurat, makna terselindung

dan makna tersirat.


3.1 Makna Tersurat (denotasi)
Makna tersurat ialah makna yang diperoleh semata-mata daripada makna yang
tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan.
Misalnya, Burung itu hinggap di ranting pokok. Jika sesuatu ayat atau bahasa tersebut biasa
kita gunakan maka kita menganggapnya sebagai betul.
Contohnya:
1. Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian.
Perkataan para menunjukkan ramai. Perkataan pelajar-pelajar menyatakan ramai. Perkataan
sekalian bermaksud ramai. Ayat yang sebetulnya ialah Para pelajar yang dihormati.
3.2 Makna Terselindung
Makna terselindung ialah makna yang terselindung dalam sesuatu ayat kerana
perkataannya tidak dihadirkan.
Misalnya dalam ayat
Adik ke kedai Pak Ali.
Kata pergi tidak dihadirkan, tetapi pendengar memahami perbuatan adik ialah pergi.
Walaupun sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi ia dapat dikesan oleh pendengar atau
pembaca. Atau dengan kata lain perkataan yang tidak hadir dalam sesuatu ayat tetapi masih
dapat dikesan maknanya membuktikan adanya struktur dalam, dalam fikiran pendengar atau
pembaca,
Contoh lain adalah seperti berikut:
Cikgu Ahmad guru Bahasa Melayu di sekolah kami.

Makna yang terselindung dalam ayat ini ialah kata pemeri yang memerikan pekerjaan
Cikgu Ahmad, iaitu guru Bahasa Melayu di sekolah kami. Oleh yang demikian, struktur
dalam ayat ini ialah Cikgu Ahmad ialah guru Bahasa Melayu di sekolah kami.
3.3 Makna Tersirat (konotasi)
Makna tersirat ialah makna yang diperoleh berbeza dengan makna yang tertulis atau
diujarkan, misalnya dalam kiasan umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak.
Bahasa seperti ini timbul dalam masyarakat Melayu kerana timbulnya keinginan
menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Hal seperti ini dalam bahasa Melayu disebut
sebagai peribahasa.
Peribahasa ialah ayat yang khusus untuk makna yang tertentu. Peribahasa
dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu bentuk kiasan, bentuk bidalan, bentuk pepatah,
bentuk perbilangan, bentuk kata hikmah, bentuk ungkapan, bentuk pemeo dan bentuk
simpulan bahasa.
3.3.1 Kiasan
Membuat perbandingan perilaku manusia dengan alam alam sekitaran dengan cara yang
lembut dan tidak sekitaran dengan cara yang lembut dan tidak tepat pukulannya.
Contoh:
Tangkai jering
Panjang tangan.
Mulut tempayan.
3.3.2 Simpulan Bahasa
Kata-kata yang dikiaskan atau dibandingkan dengan dengan benda lain dan bentuknya
terdiri daripada benda lain dan bentuknya terdiri daripada dua tiga patah perkataan:
Contoh:
Abu Nawas.
Kaki Kaki bangku bangku.
Kaki ayam.
3.3.3 Perbilangan
Perbilangan merupakan susunan kalimat yang bertujuan menjadi pegangan kepada anggota
masyarakat sehingga menjadi adat atau peraturan. Berasal daripada adat resam. Berfungsi
sebagai pedoman pedoman dalam kehidupan bermasyarakat dan dalam kehidupan
bermasyarakat dan bentuknya berkerat-kerat atau berpatah-patah:
Contoh:
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit sakit dahulu, bersenangsenang kemudian.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.

Perbilangan ini membawa maksud menyelesaikan sesuatu perkara dengan sempurna tanpa
merugikan mana-mana pihak.
3.3.4 Perumpamaan
Hasil daripada analogi dua perkara dan biasanya menggunakan menggunakan kata
perbandingan seperti bagai kata perbandingan seperti, bagai, bak, umpama, laksana dan
sebagainya.
Contoh:
Seperti kaca terhempas ke batu.
Bagai tikus jatuh ke beras.
Seperti bumi dengan langit.
3.3.5 Bentuk Bidalan
Bidalan adalah susunan bahasa yang menarik dan mudah 'melekat di mulut orang
ramai'. Ia merupakan bahasa kiasan yang digunakan untuk melahirkan fikiran yang tajam,
tepat, mengandungi perbandingan, teladan, pengajaran, nasihat, dan kata-kata hikmat.
Contoh bidalan:
Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga - Kalau tidak mahir
dalam sesuatu bidang itu, akibatnya buruk.
3.3.6 Bentuk Pepatah
Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai rangkaian
perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah.
Contoh:
diam ubi berisi, diam besi berkarat
bermaksud orang yang pendiam tetapi berakal itu lebih baik daripada orang yang pendiam
tetapi bodoh.
3.3.7 Tamsil dan Ibarat
Memberikan penjelasan tentang perkara yang hendak hendak dibandingkan Tamsil
biasanya bersajak dibandingkan. Tamsil biasanya bersajak sedangkan ibarat tidak.
Contoh:
Keras-keras kerak nasi, kena air lembut juga.
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semuanya.
3.3.8 Lidah Pendeta
Kata-kata hikmat atau kata-kata pujangga yang mengandungi mengandungi pengajaran atau
falsafah hidup pengajaran atau falsafah hidup.
Contoh:
Bertangguh itu pencuri masa.
Bersatu teguh, bercerai runtuh.
3.3.9 Pemeo

Pemeo ialah perkataan yang popular disebut bertujuan memberi semangat atau menyindir.
Sebagai contoh:
Lebih baik mati daripada dijajah
Pemeo ini bertujuan untuk mengukuhkan keahlian sesuatu organisasi atau memperkuat
sesuatu perjuangan.
3.3.10 Cogan Kata atau Motto
Cogan kata atau motto ialah kata semboyan atau sesuatu organisasi samada kerajaan atau
swasta. Contohnya:
Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
Cogankata ini mewrupakan semboyanh kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Dato Seri
Najib Tun Abdul Razak.

You might also like