Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 25

IMAN DAN HARAKAH

Ringkasan daripada iman dan harakah Hisyam Soqr (Terjemahan Ustaz Mohd Asri
Hashim)
Di antara perkara badihi (iaitu kewujudan dan penerimaan terhadapnya tidak
memerlukan kepada sebarang dalil) dalam aqidah Islam ialah Allah SWT telah
mengakhirkan semua syariat dengan turunnya syariat Islam. Dengan itu, menjadi
perkara badihi juga bahawa syariat Islam ialah syariat yang akan kekal sehingga hari
kiamat. Ia terpelihara disebabkan pemeliharaan yang dilakukan Allah. Pemeliharaan
tersebut berlaku dengan pemeliharaan Al-Quran. Itulah kitab mukjizat yang tidak
mempunyai sebarang kebatilan. Pemeliharaan juga berlaku dengan terpeliharanya
sunnah Rasulullah yang merupakan penjelas dan penerang. Begitu juga dengan
asas-asas yang menjadi tunggak kepada kebanyakan hukum syarak.
Ketahuilah, sesungguhnya aku diberikan al-Kitab (al-Quran) dan seumpamanya
Riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah
Pemeliharaan tidak hanya mencukupi dengan terpeliharanya perkara tersebut. Ia
tidak mencukupi sehinggalah ia dihayati oleh rijal dan sehingga ia berperanan di
dalam realiti kehidupan manusia. Sebab itu pemeliharaannya merangkumi
pemeliharaan terhadap contoh-contoh yang menghidupkan nas-nas syariat.
Selepas itu, manusia akan hidup berdasarkannya.
Sabda Rasulullah SAW: akan sentiasa ada segolongan daripada umat ini yang
melaksanakan arahan Allah. Orang yang tidak bersama mereka tidak dapat
mendatangkan kemudaratan kepada mereka sehinggalah Allah mendatangkan
keputusan-Nya sedangkan mereka berada di dalam keadaan demikian.
Riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi dan Ibnu Majah
Selagi al-Kitab dan as-Sunnah terpelihara sehingga hari kiamat dan selagi contoh
yang bercirikan alim, amil dan daie terpelihara sehingga hari kiamat, maka tidak
hairanlah jika nas-nas tersebut amat berhajat kepada golongan yang disebutkan
oleh hadis di atas dalam setiap perkara yang memerlukan kepada beriltizam
kepada agama dan berdakwah kepadanya.
Di antara nas-nas yang menarik dan mengandungi banyak unsur pengajaran ialah
Hadis Sihir, Ghulam dan Rahib. Ia bolehlah dianggap sebagai kisah dakwah atau
sebagai hikayat Iman yang telah berlaku sekian lama.
Haddab bin Khalid menceritakan kepada kami daripada Hammad bin Salamah
daripada Sabit bin Abdur Rahman bin Abu Laila daripada Suhaib bahawa Rasulullah
SAW bersabda:
Di zaman sebelum kamu ada seorang raja yang mempunyai seorang ahli sihir.
Apabila ahli sihir tersebut telah tua, dia berkata kepada raja; Usiaku telah lanjut,
berilah kepadaku seorang ghulam (budak/ remaja) untuk aku ajarkan kepadanya
ilmu sihir. Maka diberikan kepadanya seorang ghulam untuk diajarkan ilmu sihir
kepadanya. Di perjalanannya menuju kepada ahli sihir terdapat seorang rahib.
Maka ghulam bertemu dengannya, mendengar pengajarannya dan tertarik
dengannya. Setiap kali ghulam mendatangi ahli sihir, dia akan melalui rahib dan
bertemu dengannya. Apabila dia mendatangi ahli sihir, dia akan dipukul. Lalu dia
mengadu perkara tersebut kepada rahib. Rahib menjawab; Apabila kamu takut
kepada ahli sihir, maka katakanlah; Keluargaku menyebabkan aku pulang lewat.
Apabila kamu takut kepada keluargamu, maka jawablah; Ahli sihir menyebabkan
aku pulang lewat. Keadaan tersebut berterusan sehinggalah pada suatu hari dia
bertembung dengan seekor binatang besar yang menghalang perjalanan orang
ramai. Ketika itu, ghulam tersebut berkata; Pada hari ini, aku akan mengetahui
adakah ahli sihir yang lebih afdal ataupun rahib yang lebih afdal. Maka dia

mengambil seketul batu lalu berdoa; Ya Allah, sekiranya urusan rahib lebih Kamu
sukai daripada urusan ahli sihir, maka bunuhlah binatang ini sehingga orang ramai
dapat lalu-lalang. Dia pun melontarnya, maka binatang tersebut mati dan orang
ramai dapat lalu lalang.
Lalu dia menceritakan peristiwa tersebut kepada rahib. Maka rahib berkata,
Wahai anakku, kamu pada hari ini adalah lebih afdal daripadaku. Sesungguhnya
aku melihat bahawa urusanmu telah sampai kepada satu peringkat. Kamu akan
diuji. Sekiranya kamu diuji, janganlah kamu menceritakan tentang aku. Ghulam
tersebut mempunyai kebolehan untuk mengubati penyakit buta sejak lahir, sopak
dan dia juga mengubati berbagai lagi penyakit.
Seorang pembesar diraja yang sentiasa bersama raja telah mendengar kisah
kebolehan ghulam. Beliau adalah seorang buta. Lalu beliau mendatanginya dengan
membawa hadiah yang banyak. Beliau berkata; Semua yang aku kumpulkan ini
adalah untuk kamu sekiranya kamu dapat menyembuhkan aku. Ghulam
menjawab; Aku tidak boleh menyembuhkan seseorang pun. Yang menyembuhkan
hanyalah Allah. Apabila kamu beriman kepada-Nya, aku akan berdoa kepadaNya, maka Dia akan menyembuhkan kamu. Lalu beliau beriman, maka Allah
menyembuhkan penyakitnya. Kemudian beliau mendatangi majlis raja. Beliau
duduk di sisi raja sebagaimana sebelumnya. Raja berkata kepadanya; wahai Fulan,
siapakah yang telah mengembalikan penglihatanmu? Beliau menjawab;
Tuhanku. Raja bertanya lagi; Apakah kamu mempunyai tuhan selainku. Beliau
menjawab; Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah. Beliau terus menerus diseksa
sehinggalah beliau menceritakan tentang ghulam. Maka ghulam pun dibawa
menghadap. Raja berkata kepadanya; Wahai anakku, sesungguhnya sihir kamu
telah sampai peringkat dapat menyembuhkan penyakit buta, sopak dan berbagai
lagi yang kamu lakukan. Ghulam menjawab; Aku tidak boleh menyembuhkan
sesiapa pun. Yang menyembuhkan hanyalah Allah. Maka dia pun diseksa. Dia terus
menerus diseksa sehinggalah dia menceritakan tentang rahib. Maka rahib dipanggil
lalu dikatakan kepadanya; Tinggalkan agamamu. Rahib enggan berbuat demikian
lalu dibawa gergaji dan diletakkan di tengah-tengah kepalanya sehinggalah
tubuhnya terbelah dua.
Kemudian dibawa pembesar diraja dan dikatakan kepadanya; Tinggalkan
agamamu. Dia enggan lalu diletakkan gergaji di tengah-tengah kepalanya
sehinggalah tubuhnya terbelah dua. Selepas itu ghulam dibawa dan dikatakan
kepadanya; Tinggalkan agamamu. Dia enggan lalu dia diserahkan kepada
sekumpulan tentera raja. Raja berkata; pergilah kamu semua membawanya ke
bukit sekian-sekian. Dakilah ia. Apabila kamu sampai ke kemuncaknya, jika dia
meninggalkan agamanya (maka jangan apa-apakan dia), jika tidak, maka
campakkanlah dia. Mereka pergi membawanya dan mendaki bukit tersebut.
Ghulam pun berdoa; Ya Allah, selamatkanlah aku dengan apa cara yang Kamu
sukai. Lalu bukit bergoncang dan mereka semua jatuh. Ghulam pun pulang untuk
menemui raja. Raja berkata kepadanya; apakah yang telah dilakukan oleh kawankawan kamu? ghulam pun menjawab; Allah telah menyelamatkan aku daripada
mereka. Lalu dia dihantar kepada sekumpulan tentera yang lain. Raja berkata;
pergilah kamu semua membawanya ke sampan. Bawalah dia ke tengah lautan,
jika dia meninggalkan agamanya (maka jangan apa-apakan dia), jika
tidak,campakkan dia ke laut. Maka mereka pergi membawa ghulam lalu dia
berdoa; ; Ya Allah, selamatkanlah aku dengan apa cara yang Kamu sukai. Maka
sampan pun terbalik dan mereka semua tenggelam. Ghulam pun pulang untuk
menemui raja. Raja berkata kepadanya; apakah yang dilakukan oleh kawankawan kamu? dia menjawab; Allah telah menyelamatkan aku daripada mereka.
Kemudian dia berkata kepada raja; Sesungguhnya kamu tidak boleh
membunuh aku sehingga kamu melakukan apa yang aku suruh. Raja berkata;
Apakah dia? ghulam menjawab; Kamu kumpulkan orang ramai di suatu kawasan

lapang dan kamu salibkan aku pada sebatang pokok. Kemudian kamu ambil anak
panahku daripada bekasnya, dan letakkan pada busarnya. Selepas itu sebutlah
Dengan Nama Allah, Tuhan ghulam, dan panahlah aku. Sekiranya kamu
melakukan sedemikian, kamu boleh membunuhku. Maka raja pun mengumpulkan
orang ramai di suatu kawasan lapang, menyalibnya pada sebatang pokok,
kemudian mengambil anak panah kepunyaan ghulam daripada bekasnya dan
meletakkan pada busarnya. Selepas itu raja berkata; Dengan Nama Allah, Tuhan
ghulam, sambil melepaskan anak panah menuju sasarannya. Anak panah tersebut
kena pada bahagian di antara mata dan telinga ghulam lalu dia meletakkan
tangannya pada tempat panahan dan meninggal. Orang ramai pun berkata; Kami
beriman dengan Tuhan ghulam. Kami beriman dengan Tuhan ghulam. Kami beriman
dengan Tuhan ghulam. Maka raja pun datang dan dikatakan kepadanya; Apakah
tuanku tidak melihat apa yang tuanku takuti. Sesungguhnya, Demi Allah! Ia telah
menimpa tuanku. Orang ramai telah semuanya beriman. Lalu raja memerintahkan
supaya digali parit dan dinyalakan api. Raja berkata; Sesiapa yang tidak kembali
kepada agama asalnya, maka humbankan dia ke dalamnya. Mereka pun
melaksanakan perintahnya sehingga datang giliran seorang perempuan dengan
membawa bayinya. Dia berhenti kerana takut untuk terjun ke dalam api. Lalu
bayinya berkata; Wahai ibu, bersabarlah, sesungguhnya ibu berada di atas
kebenaran.
Sahih Imam Muslim.
Firman Allah;
Telah dibinasakan orang-orang yang membuat parit. (Parit) api yang dipenuhi
bahan bakaran. (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya. Dan mereka
menyaksikan apa yang mereka lakukan terhadap orang-orang yang beriman. Dan
mereka tidak menyiksa orang-orang mukmin melainkan kerana mereka beriman
kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha terpuji.
(Al-Burujj : 4-8)

HURAIAN HADIS
Di zaman sebelum kamu ada seorang raja yang mempunyai seorang ahli sihir.
1)

Nabi SAW tidak menyebut masa, tempat dan nama peribadi yang terlibat
dalam kisah ini. Ini supaya yang tinggal hanyalah pengertian (maani) hadis
dan hadis kekal dalam keumumannya; tidak dikaitkan dengan masa dan
tempat. Dan supaya pengalaman dakwah yang dapat dicungkilkan daripada
kisah dapat dimanfaatkan oleh semua masyarakat sehingga berlakunya
kiamat.

2)

Nabi SAW telah menghubungkan pengalaman ini dengan realiti dakwah dan
jamaah di zaman baginda melalui sabdanya sebelum kamu . Ini seolah-olah
Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabat dan muslimin selepas mereka;
ini adalah kisah saudara kamu di sisi Allah di zaman dulu. Inilah pengalaman
mereka menghadapi kebatilan. Belajar dan ambillah pengajaran yang
terdapat di dalamnya.

3)

Nabi SAW menjelaskan dalam hadis di atas bahawa sistem pemerintahan


dalam masyarakat tersebut adalah sistem yang rosak. Ini disebabkan ia dibina
di atas hawa nafsu dan kezaliman. Di sana terdapat raja yang menegakkan
kerajaannya di atas asas sihir, tukang nujum dan paksaan. Kerajaan yang
tertegak di atas asas-asas tersebut tidak akan berjaya selama-lamanya di dunia
dan di akhirat.

Sesungguhnya semua sistem pemerintahan yang tidak dibina berdasarkan syariat


langit dan hukum Allah, maka ia semestinya akan terbina berdasarkan hawa nafsu

dan kezaliman sekalipun bentuknya adalah berbagai-bagai, sekalipun dilakukan


dalam bentuk undang-undang dan teori-teori yang menipu. Perkara ini berlaku
pada zaman moden ini di semua negara (Islam atau pun bukan Islam).
Apabila ahli sihir tersebut telah tua, dia berkata kepada raja; Usiaku telah lanjut,
berilah kepadaku seorang ghulam (budak/ remaja) untuk aku ajarkan kepadanya
ilmu sihir. Maka diberikan kepadanya seorang ghulam untuk diajarkan ilmu sihir
kepadanya.
1)

Hadis di atas menampakkan keprihatinan ahli sihir dan kebimbangannya


daripada hilangnya ilmu sihir dan kedudukannya di dalam sistem
pemerintahan. Oleh itu dia mengingatkan usianya yang lanjut kepada raja
dan meminta seorang ghulam untuk dia mengajar ilmunya itu supaya risalah
sihirnya berpanjangan dan penguasaannya terhadap negara berterusan. Ia
tidak akan berkubur dengan matinya ahli sihir.

2)

Ahli sihir telah meminta ghulam yang mempunyai ciri-ciri khusus iaitu
mempunyai kemampuan untuk memahami, cerdik, bijak dan bersedia untuk
menerima ilmu dan pengajaran. Ini kerana setiap tugas dan pekerjaan
terdapat mereka yang layak memikulnya. Semakin besar tugas, susah dan
penting, maka ciri-ciri yang sesuai dengannya adalah lebih tinggi mendalam
dan kuat.

3)

Raja telah memperkenankan permintaan ahli sihir. Dia telah memilih seorang
ghulam yang sesuai dan menghantarnya kepada ahli sihir supaya dia belajar
daripadanya.

Pengajaran di sudut dakwah


1)

Ahli batil banyak berkorban dan mencurahkan tenaga mereka untuk


menjayakan kebatilan mereka. Golongan sosialis berusaha menyebarkan
akidah mereka yang sesat. Mereka berkorban, dipenjara dan berjuang
kerananya. Golongan Kristian pula sanggup menjelajahi hutan belantara dan
kawasan padang sahara demi mengajak manusia kepada akidah mereka
yang batil dan menyeleweng. Negara-negara Kristian membelanjakan harta
dan jiwa untuk menjaga dan menyebarkan agama mereka. Golongan Yahudi
pula bekerja siang dan malam, bergerak di seluruh dunia untuk menguasai
dunia secara terang-terangan tanpa segan-silu lagi. Di manakah muslimin
dalam hal ini? Sedangkan merekalah pembawa obar-obar kebenaran yang
jelas dan al-Quran yang mulia.

Apakah mereka terdiri daripada pemerintah yang zalim dan fasik, kafir yang keluar
dari agama, ataupun mereka adalah pemaksiat yang bergelumang dengan dosa
dan noda, dan orang-orang jahil pendokong dajal dan khurafat. Mereka adalah
majoriti dan pembawa kebenaran adalah minoriti. Sebahagian mereka pula hanya
bersembahyang dan berpuasa. Selepas itu, mereka tidak pedulikan apa yang
berlaku. Yang lain pula hanya sibuk bercakap tanpa beramal. Golongan daie pula
sedikit, tapi malangnya mereka sibuk bercakaran sesama sendiri. Sepatutnya mereka
memusatkan tenaga menghadapi kebatilan yang mengepung dan memerangi
mereka.
Mereka hendaklah meneliti kembali hati-hati mereka, nasib mereka, realiti kehidupan
mereka dan mereka hendaklah cepat-cepat kembali kepada Allah sebagai
seorang pekerja, pejuang dan hanya menjadikan Allah sebagai tujuannya dengan
mengenepikan semua selainnya.
Firman Allah:
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan kepada kamu suatu
perniagaan yang akan menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu
beriman kepada Allah dan rasul-Nya serta kamu berjihad pada jalan Allah dengan

harta benda kamu dan diri-diri kamu. Itulah yang lebih baik kepada kamu, sekiranya
kamu mengetahui. Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan
memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan
(memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik dalam syurga Adn. Itulah
keuntungan yang besar. Dan yang lain kamu sukai (ialah) pertolongan dari Allah
dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira ini
kepada orang-orang mukmin. Wahai orang-orang beriman, jadilah kamu penolongpenolong (agama) Allah sepertimana Nabi Isa Ibni Maryam berkata kepada
pengikut-pengikutnya: Siapakah yang menjadi penolong-penolongku (untuk
menegakkan agama) Allah?, penolong-penolongnya menjawab: Kamilah
penolong-penolong (agama) Allah, maka berimanlah segolongan dari Bani Israel
dan segolongan lagi kufur. Maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang
beriman ke atas musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang
menang.
(As-Saf : 10-14)
2)

Peranan generasi baru dan pemuda dalam membawa sebarang bentuk


dakwah dan ideologi adalah terlalu besar bahkan merekalah sebagai tiang seri
dan bekalannya. Oleh itu, prihatin terhadap mereka, mendidik dan
menyediakan mereka untuk membawa risalah dakwah dan jihad adalah tidak
boleh diabaikan. Ahli sihir (contoh ahli batil) memahami pengertian ini. Dia tidak
meminta daripada raja seorang yang telah berusia dan tua tetapi yang dipinta
adalah seorang ghulam. Ini disebabkan pemuda dan generasi baru
mempunyai kemampuan untuk menerima, belajar, diberi tunjuk ajar dan
tarbiah. Juga kerana mereka mudah untuk mengubah tradisi dan adat serta
kefahaman mereka. Begitu juga kerana kemampuan yang tinggi dan kekuatan
semangat sebagai penolak untuk bergerak yang mereka miliki.
Keruntuhan sesebuah bangsa atau masyarakat adalah berpunca dari
runtuhnya akidah dan rosaknya pemuda mereka. Ustaz Hassan al-Banna telah
berkata; Sesungguhnya fikrah akan berjaya apabila keyakinan kepadanya
kuat, keikhlasan dalam membawanya sempurna, semangat dalam
memperjuangkannya meningkat dan adanya kesediaan untuk berkorban dan
bekerja demi merealisasikannya. Keempat-empat rukun ini iaitu keyakinan,
keikhlasan, semangat dan bekerja hampir-hampir menjadi ciri-ciri pemuda. Ini
kerana asas keyakinan ialah akal yang cepat memahami, asas ikhlas ialah hati
yang bersih, asas semangat ialah kuat kehendak, asas bekerja ialah muda
keazaman. Kesemua ini tidak dimiliki kecuali pemuda.

Di perjalanannya menuju kepada ahli sihir terdapat seorang rahib. Maka ghulam
bertemu dengannya, mendengar pengajarannya dan tertarik dengannya.
Mereka yang memerhati petikan ini akan menimbulkan persoalan di mindanya;
Bagaimanakah hubungan antara ghulam dan rahib mula terjalin? untuk
menjawabnya, di sana ada beberapa kemungkinan,
1. Ghulam, ketika dalam perjalanannya memerlukan sesuatu atau berhajatkan
pertolongan seperti minuman, makanan, tempat berehat dan berteduh dan
sebagainya. Maka dia mendapati rumah rahib atau ada orang yang
menunjukkan kepadanya. Dengan itu rahib pun memberikan pertolongan
yang diperlukan dan melayannya dengan baik serta melakukan
perbincangan dengannya. Maka ghulam berasa senang hati terhadap rahib
tersebut. Jiwanya mula tertarik kepada rahib itu dan dia mula menghadiri
majlis rahib dan mendengar pengajarannya.
2. Rahib memerhatikan ghulam yang setiap hari melalui jalan yang
berhampiran dengan rumahnya. Kemungkinan dia bertanya kepada orang
ramai mengenai ghulam tersebut, keadaannya dan keluarganya. Dengan itu
dia merancang untuk berkenalan dan mengikuti perkembangannya. Suatu

ketika datanglah peluang yang dinantikan. Maka rahib menggunakan


peluang tersebut untuk melayannya dengan baik, berbual dan berbincang
dengannya sehinggalah ghulam merasa senang hati dengan rahib. Dengan
itu, ghulam pun sentiasa menemuinya dan mendengar pengajarannya.
3. Ghulam telah mendengar beberapa syubhat (kekeliruan) atau tohmahan
yang disebarkan oleh orang ramai terhadap rahib yang sedang beribadat
itu. Ataupun mereka memberi amaran kepadanya supaya tidak berjumpa
dengan rahib disebabkan dia sentiasa melalui jalan yang berdekatan
dengan rumah rahib. Oleh kerana perkara yang diceritakan adalah
keterlaluan, maka ghulam dengan sengaja datang berjumpa rahib untuk
mengetahui hakikat yang sebenar. Maka rahib berkenalan dengannya,
melayannya dengan baik, bercakap dan berbincang dengannya sehingga
dia merasa senang hati dengan rahib dan tertarik kepadanya.
Pengajaran di sudut dakwah
1)

Daie wajib berlemah lembut dengan orang ramai. Kalau tidak dia akan
bersikap kasar dan keras hati. Dengan itu, dia sendiri yang memusnahkan
benih-benih penerimaan dan sokongan orang ramai. Natijahnya, daie akan
tersisih daripada orang ramai sedangkan merekalah sasaran dakwah para
daie. Dengan itu juga, daie telah menghalang dirinya daripada mendapat
ganjaran yang besar bahkan apa yang diperolehi ialah dosa sekiranya orang
ramai bertindak menentang dakwah.

2)

Daie wajib menggunakan peluang yang ada dengan baik dalam


hubungannya dengan orang ramai. Ini bertujuan untuk membina hubungan
dengan mereka dan mengeratkan serta mengukuhkannya. Daie hendaklah
menggunakan peluang yang ada untuk kepentingan orang ramai dan
kepentingan dakwah dengan cara mengajar mereka kebaikan dan
mencegah mereka daripada melakukan kemungkaran serta memindahkan
mereka daripada golongan pemaksiat kepada golongan mukminin yang
sentiasa berusaha melakukan ketaatan dengan izin Allah, kelebihan dan taufikNya.

3)

Daie tidak sepatutnya merasa sempit dada ketika mendengar syubhat dan
penipuan serta tohmahan yang dilontarkan kepadanya. Semua ini kadangkadang boleh menjadikan manusia tertarik dan memberi sokongan kepadanya
apabila mengetahui hakikat yang sebenar dan akhlaknya. Ini juga akan
membawa seseorang untuk meminta penjelasan terhadap hakikat yang
sebenarnya.

Setiap kali ghulam mendatangi ahli sihir, dia akan melalui rahib dan bertemu
dengannya. Apabila dia mendatangi ahli sihir, dia akan dipukul. Lalu dia mengadu
perkara tersebut kepada rahib. Rahib menjawab; Apabila kamu takut kepada ahli
sihir, maka katakanlah; Keluargaku menyebabkan aku pulang lewat. Apabila kamu
takut kepada keluargamu, maka jawablah; Ahli sihir menyebabkan aku pulang
lewat.

1)

Madu hendaklah bersabar ketika menuntut ilmu, bersabar lantaran


panjangnya tempoh tarbiah, bersungguh-sungguh dan sangup bersusahpayah, sentiasa mendampingi mereka yang sepatutnya didampingi
sebagaimana yang dilakukan oleh ghulam terhadap rahib. Dia telah
berjumpa rahib sebanyak dua kali sehari yang menyebabkan kelewatannya.

2)

Kita dapat perhatikan dalam petikan hadis ini bahawa beberapa kefahaman
terhadap tarbiah telah tersebar luas dalam masyarakat (sekalipun mereka
berada dalam kekufuran dan kesesatan). Ahli sihir memukul ghulam kerana
kelewatannya dan tidak beriltizam dengan waktu yang ditentukan. Begitu
juga dengan keluarga ghulam. Pada zaman ini juga, kita dapati terdapat

beberapa peraturan dan adab-adab umum di negara kafir. Mereka telah


menghayatinya demi kebaikan masyarakat dan negara mereka. Sedangkan
kita masih jauh daripada melaksanakannnya. Ini menyebabkan ramai yang
terfitnah termasuklah anak-anak umat Islam. Menjadi kewajipan kepada
semua muslimin (terutamanya golongan daie) mengambil berat semua aspek
pentarbiahan akhlak dan tindak-tanduk. Mereka semestinya menganggap
sebagai bahagian asasi dan salah satu rukun tarbiah. Begitu juga dalam
pembinaan peribadi muslim.
3)

Pukulan yang diterima oleh ghulam adalah sebahagian daripada ujian dan
cubaan. Madu semestinya sanggup mengorbankan waktu, tenaga dan harta
demi mempelajari dakwah dan tarbiah berdasarkan kefahamannya yang
betul. Setiap kali usaha yang dicurahkan lebih besar, maka hasilnya adalah
lebih bermakna dan tarbiah adalah lebih mendalam.

4)

Daie yang bercirikan murabbi semestinya membezakan di antara aduan yang


berbentuk meinta keuzuran dan meninggalkan tanggungjawab dan aduan
yang benar-benar ingin menjaga dakwah dan melepasi halangan yang
membantut usaha dakwah. Kedua-dua bentuk aduan ini tidak dapat
dibezakan kecuali daie yang cerdik, berpengalaman dan berfirasat.
Mutabaah yang bersungguh-sungguh disertai dengan pergaulan mesra dapat
membantu daie dalam bertindak dan membuat keputusan.

5)

Sekalipun tekanan yang dihadapi ghulam hasil pukulan yang dikenakan oleh
ahli sihir dan keluarganya disebabkan kelewatannya, dia masih lagi mampu
menyembunyikan agama barunya yang benar dan hubungannya dengan
rahib daripada pengetahuan orang ramai. Lidahnya tidak sesekali
menuturkan perkara tersebut walaupun dengan satu perkataan, atau pun
bertindakbalas secara tidak disedari yang menyebabkan terbongkar
sebahagian atau semua yang berlaku. Ini merupakan bukti betapa
mendalamnya tarbiah yang diberikan oleh rahib kepadanya dan baiknya
penerimaan ghulam serta iltizamnya.

6)

Kita juga dapat perhatikan bahawa rahib tidak memberhentikan


pertemuannya dengan ghulam, atau mengurangkannya kerana bimbangkan
kesulitan. Sebaliknya beliau mencari jalan penyelesaian dalam bentuk lain
yang tidak memberi kesan terhadap hubungan dakwah dan tarbiah yang
sedia terjalin. Daie semestinya tidak merasa tertekan dan memandang remeh
ketika menghadapi sebarang suasana terhadap pertemuan-pertemuan
tarbiah atau mencuaikannya. Sebaliknya, daie semestinya menyelesaikan
masalah tersebut tanpa menggadaikan amalan dan bekalan harian, bekalan
pemikiran dan bekalan harakah untuk daie dan madu.

Pengajaran di sudut dakwah.


1)

Pertemuan di antara rahib dan ghulam berlaku dua kali sehari. Pertemuanpertemuan ini memberikan pengajaran kepada kita terhadap kepentingan
tarbiah tertumpu dan intensif serta hubungan yang mesra untuk sampai
kepada kualiti yang diingini. Ia juga memberi pengajaran kepada kita betapa
pentingnya memahami suasana yang dihadapi oleh madu dan kesan
terhadap mereka serta menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

2)

Hubungan di antara madu dan daie adalah berbentuk dua hala dan bukan
hanya terbatas kepada urusan dakwah sahaja. Madu perlulah sentiasa
diminta supaya menceritakan berkenaan diri dan masalah peribadinya lebihlebih lagi masalah dakwah kepada daie untuk dia mengetahui suasanasuasana yang dihadapi oleh madu dan mengemukakan jalan penyelesaian
kepada masalah yang dihadapi. Ini juga dapat membantu diae untuk
melakukan pergaulan sempurna dengannya dan menyempurnakan jalan
tarbiah bersamanya.

3)

Daie sepatutnya hidup bersama-sama madu. Daie hendaklah merasakan


bahawa madu adalah pintu yang besar untuk mendaptkan pahala dan dia
adalah teman rapatnya dalam perjalanan menuju jihad di jalan Allah. Dengan
itu, daie akan mentarbiah, memberi peringatan, menolong, menyelesaikan
masalah peribadi dan dakwah madu sekadar yang termampu dilakukan.
Imam Syahid Hasan al-Banna telah menyifatkan seorang mujahid dengan
terperinci. Beliau berkata; Saya menggambarkan seorang mujahid sebagai
individu yang telah mempersiapkan bekalannya, telah mendapatkan
kesedarannya dan apa yang tersemat di jiwa dan terbuku di hatinya
menguasai dirinya. Oleh itu beliau adalah seorang yang sentiasa berfikir,
tersangat mengambil berat, sentiasa bersedia, apabila dipanggil dia
menjawab, apabila diseru dia menyahut. Pergi dan pulangnya, percakapan
dan perbualannya, kesungguhan dan berguraunya tidak melebihi apa yang
ditetapkan olehnya untuk dirinya sendiri. Kerjanya hanyalah menunaikan
segala tanggungjawab yang dihalakan kepadanya segala kehidupan dan
kehendaknya. Dia sentiasa bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya.
Kamu dapat membaca melalui raut wajahnya, melihat melalui kilauan kedua
matanya dan mendengar daripada tutur katanya kedukaan yang membara
dan kepedihan yang tersembunyi di dalam hatinya, keazaman yang benar
yang melimpah dari jiwanya dan semangat yang berkobar-kobar serta
matlamat yang jauh.

4)

Pengajaran lain ialah penyelesaian yang dianjurkan oleh rahib kepada ghulam
iaitu yang berhubung dengan menolak kefasadan dan mendapatkan
maslahah (manfaat). Rahib telah menyuruh ghulam berbohong kepada ahli
sihir dan keluarganya untuk menyelamatkannya daripada kesakitan yang
benar-benar dirasainya.

Imam Nawawi telah membuat komentar terhadap hadis ini dengan katanya;
Hadis ini mengandungi hukum harus berbohong ketika dalam peperangan dan
seumpamanya dan ketika ingin menyelamatkan diri daripada binasa atau orang
lain. Iaitu diri yang diharamkan daripada dibunuh.
Daripada Ummu Kalsum binti Utbah katanya: Aku tidak mendengar Rasulullah
memberi kebenaran untuk berbohong kecuali dalam peperangan, menyelesaikan
perbalahan di antara manusia, perbualan suami dengan isterinya dan perbualan
isteri dengan suaminya.
Riwayat Ahmad, Muslim dan Abu Daud
Dr Abdul Karim Zaidan dalam kitabnya Majmu Buhuth Fiqhiyah dalam kajiannya
mengenai Dhorurah Dalam Syariat Islam di bawah tajuk Harus berbohong dan
bersumpah dusta kerana dhorurah. Beliau berkata;
Imam al-Qurtubi di dalam tafsirnya juga telah meriwayatkan daripada ahli
fikah di kalangan tabien mengenai harusnya berbohong dan bersumpah dusta
demi menyelamatkan nyawa dan harta pelakunya atau pun nyawa atau harta
orang lain daripada tindakan si zalim dan seumpamanya. Riwayat-riwayat tersebut
merupakan peninggalan fikah lama yang telah berjaya membongkar salah satu
sudut yang penting daripada fikah Islam di dalam menghadapi realiti kehidupan. Ia
juga menunjukkan bagaimana fikah Islam mengambil kira niat manusia dan
kesudahan sesuatu perbuatan. Antara riwayat yang disebut dalam tafsir al-Qurtubi
ialah apa yang telah dinyatakan oleh Hassan al-Basri (r.a) sebagai jawapan
terhadap pertanyaan yang diajukan kepadanya. Hassan al-basri telah ditanya
mengenai sultan zalim yang meminta seorang lelaki bersumpah atau dia
menunjukkan tempat persembunyian orang yang dicari-carinya supaya dapat
disiksa dengan zalim, atau pun tempat simpanan harta supaya dia dapat
merampasnya dengan cara yang tidak sebenar? Beliau menjawab; sekiranya dia

bimbang terhadap keselamatan diri atau hartanya, maka bersumpahlah dan


sumpahnya itu tidak akan dikenakan kafarah.
Perkara yang semestinya diperingatkan ialah bahawa berbohong yang di luar
daripada apa yang diharuskan oleh syarak adalah termasuk dalam dosa besar.
Perkara penting juga bahawa para pemuda yang bekerja untuk Islam mestilah
memahami bahawa perkara ini mempunyai garis sempadan yang telah ditentukan
oleh syarak dan kita wajib berpandukan kepadanya. Kita janganlah melampauinya
yang menyebabkan kita akan kehilangan banyak kebaikan. Kita juga janganlah
mencuai dan bermudah-mudah dengannya yang akan menyebabkan perjalanan
kita menuju kepada keredhaan Allah akan tergendala. Kedua-dua ini adalah
dimurkai oleh Allah SWT.
Keadaan tersebut berterusan sehinggalah pada suatu hari dia bertembung dengan
seekor binatang besar yang menghalang perjalanan orang ramai. Ketika itu, ghulam
tersebut berkata; Pada hari ini, aku akan mengetahui adakah ahli sihir yang lebih
afdal ataupun rahib yang lebih afdal. Maka dia mengambil seketul batu lalu
berdoa; Ya Allah, sekiranya urusan rahib lebih Kamu sukai daripada urusan ahli sihir,
maka bunuhlah binatang ini sehingga orang ramai dapat lalu-lalang. Dia pun
melontarnya, maka binatang tersebut mati dan orang ramai dapat lalu lalang.
1)

Ketika hubungan di antara ghulam dan rahib


berterusan dan mendalam, tiba-tiba berlaku
menghalang perjalanan orang ramai. Peristiwa
penting dan mengakibatkan perpindahan besar
serta peranan ghulam.

berjalan dengan teratur,


peristiwa binatang yang
yang menjadi persoalan
dalam marhalah dakwah

Perhatikanlah kata-kata ghulam Pada hari ini, aku akan mengetahui adakah
ahli sihir yang lebih afdal ataupun rahib yang lebih afdal. Adakah kata-kata ini
memberi makna bahawa ghulam masih lagi ragu-ragu dalam keyakinannya
terhadap kebenaran ajaran rahib dan kebaitlan pegangan ahli sihir? Atau ia
bermakna meminta peringkat hakkul yakin1 demi mendapatkan
ketenteraman hati yang sepenuhnya. Yang jelasnya, permintaannya adalah
untuk membulatkan keyakinan sepertimana permintaan Nabi Ibrahim kepada
Tuhannya; Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau
menghidupkan makhluk-makhluk yang mati? Allah berfirman: Adakah
engkau belum percaya? Nabi Ibrahim menjawab: bahkan aku (percaya), akan
tetapi untuk menenangkan hatiku. [al-Baqarah: 260]
Pengertian ini menjelaskan kepada kita bahawa seorang muslim secara umumnya
dan daie khususnya mengalami berbagai perkembangan yang berbeza dan
peringkat keimanan yang tidak sama. Ghulam pada mulanya tidak mengetahui
sedikitpun mengenai agama yang benar ini. Kemudian dia belajar dan dididik oleh
rahib serta melalui beberapa pemeringkatan dalam keimanannya sehinggalah
berlakunya peristiwa ini yang memindahkan keimanannya kepada keyakinan
sebagai tanda bermulanya marhalah dakwah yang baru khususnya bagi ghulam.
Sesungguhnya Allah telah mempersiapkan ghulam untuk itu.
Para daie semestinya menjadikan ilmu, amal dan tarbiah sebagai jalan untuk
menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dan sentiasa mencari peluang untuk
1

Terdapat tiga peringkat keyakinan; Ilmu Yakin, Ainul Yakin dan Hakkul Yakin. Ibnu Tamiah berkata;
Ilmu yakin ialah apa yang didapati melalui pendengaran, perkhabaran, perbandingan dan pemerhatian.
Ainul Yakin pula melalui apa yang disaksi dan dilihat dengan mata kepalanya sendiri. Manakala
Hakkul Yakin ialah yang dia sendiri terlibat, merasai dan mengetahuinya melalui pengajaran yang
diambil. Contoh yang pertama; seseorang mendengar bahawa di sana ada madu dan dia
membenarkannya. Atau dia melihat kesan madu dan mengakui kewujudannya berdalilkan kesan
tersebut. Contoh kedua; mereka yang melihat madu dan menyaksikan dengan kepalanya sendiri.
Peringkat ini lebih tinggi dari peringkat yang pertama. Contoh ketiga; mereka yang makan madu dan
merasai kemanisannya. Sememangnya diakaui bahawa peringkat ini lebih tinggi dari sebelumnya.

mempertingkatkan diri dan ikhwah yang bersamanya. Dia juga semestinya tidak
berhenti-henti daripada mengorbankan tenaganya demi memperbaiki hati dan
menghisab diri. Janganlah dia tertipu dengan sangkaan bahawa para daie akan
sampai ke satu tahap yang tidak memerlukan kepada persiapan diri dan menjadi
sempurna. Sesungguhnya iman mempunyai tingkatan dan peringkatnya.
Beruntunglah mereka yang berkorban di dunia dan bersikap zuhud terhadapnya
serta bertemu Allah ketika berada di tingkatan iman yang paling tinggi hasil
kurniaan Allah dan rahmat-Nya.
2)

Dalam peristiwa ghulam meminta perkara luar biasa daripada Allah, dia telah
mengambil anak batu dan berdoa kepada Tuhannya, kemudian melontarnya.
Dengan lontaran itu binatang tersebut mati. Sesungguhnya mengambil sebab
yang dibenarkan adalah perkara penting yang semestinya tidak dilupai oleh
para daie. Allah telah menjadikan undang-undang dan peraturan yang tidak
berubah untuk alam ini. Allah jugalah telah mengarahkan mukminin supaya
mengambil sebab-sebab kemudian bertawakal sepenuhnya kepada-Nya.
Inilah yang dilakukan ghulam dengan mengambil sebab yang dibenarkan
(melontar dengan batu) kemudian berdoa kepada Allah (dalam keadaan
bertawakal dan meminta kepada-Nya). Hasilnya binatang besar yang
menghalang perjalanan orang ramai dan menakutkan itu mati disebabkan
batu kecil yang dilontarkan oleh ghulam yang beriman.

3)

Prihatin terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan cuba


menyelesaikannya adalah pengajaran lain yang dapat diambil oleh para daie
melalui petikan ini ... bunuhlah binatang ini sehingga orang ramai dapat lalulalang. Begitulah yang semestinya dilakukan oleh daie kepada Allah; sangat
cintakan kepada kebaikan dan sentiasa berusaha menyelesaikan masalah
orang ramai. Ini kerana dia disuruh melakukan kebaikan, menyuruh kepada
kebaikan dan mencegah kejahatan. Juga kerana perilaku seumpama ini akan
membuka hati-hati manusia.
Allah berfirman;
Wahai orang-orang beriman! Rukulah serta sujudlah (mengerjakan
sembahyang), dan beribadat kepada Tuhan kamu serta kerjakanlah amalamal kebajikan supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)
(al-Hajj: 77)
Semestinya kita tidak melupakan perkara yang penting ini. Oleh itu, kita
hendaklah bergaul dengan orang ramai, bersabar terhadap apa yang mereka
lakukan, cuba menyelesaikan masalah mereka sekalipun mereka bergelumang
dengan maksiat yang ditutup dengan kejahilan. Bahkan masyarakat ghulam
adalah kafir, bukan hanya bermaksiat kepada Allah. Kita hendaklah menyeru
mereka hanya kepada dakwah Allah, berpegang teguh kepada tali-Nya yang
kukuh dan tolong-menolong dalam perkara kebaikan dan takwa. Perlu
diingatkan, kita sewajibnya tidak terlalu mementingkan perkara ini sehingga
menyebabkan kita melupai kewajipan dakwah dan matlamatnya yang besar.

Lalu dia menceritakan peristiwa tersebut kepada rahib. Maka rahib berkata, Wahai
anakku, kamu pada hari ini adalah lebih afdal daripadaku. Sesungguhnya aku
melihat bahawa urusanmu telah sampai kepada satu peringkat.
1)

Lalu dia menceritakan peristiwa tersebut kepada rahib. Ini adalah dalil yang
menunjukkan bentuk hubungan di antara daie dan madunya.
Ghulam telah bertemu dengan rahib untuk memberitahunya apa yang berlaku
dan apa yang diperkatakan oleh orang ramai. Apakah yang dapat kita
gambarkan sekiranya ghulam tidak menceritakan peristiwa tersebut dengan
terperinci kepada rahib? Apakah peristiwa seterusnya akan berlaku
sebagaimana yang telah berlaku? Rahib dapat menyelami peristiwa yang

berlaku dan dapat menggambarkan apa yang akan berlaku. Dengan itu, dia
meletakkan ghulam pada marhalahnya yang baru, memahamkan kepadanya
apa yang berlaku dan mengarahkannya supaya menyimpan rahsia.
2)

Maka rahib berkata, Wahai anakku,... perkataan Wahai anakku


mempunyai pengertian kasih sayang dan hubungan hati yang mengikat di
antara rahib dan muridnya, sekalipun dia sedang memperkatakan perkara
yang penting dan serius. Ini kerana ukhuwwah dan kasih sayang tidak
bertentangan dengan kesungguhan, keputusan muktamad, berharakah dan
pengurusan.
Sesungguhnya kasih sayang kerana Allah dan merendah diri kepada mukminin
adalah milik mereka yang merasa kebesaran kurniaan Allah kepada hambahamba-Nya selepas beriman kepada-Nya. Kita tidak sepatutnya lupa terhadap
kewajipan berkasih sayang kerana Allah dan rukun ukkhuwwah dalam
berhadapan dengan peristiwa yang berlaku, kerja yang dibuat dan tindakan
yang diambil. Kedua-duanya adalah senjata mukmin yang ampuh selepas
iman dalam pertempuran mereka dengan syaitan manusia dan jin.
Firman Allah;
Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara.
(Hujurat:10)
firman Allah lagi;
Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu yang murtad dari
ugamanya, maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai
mereka dan mereka mencintai-Nya, mereka pula bersikap lemah-lembut
terhadp orang-orang yang beriman dan berlaku tegas terhadap orang-orang
kafir.
(al-Maidah: 54)

3)

kamu pada hari ini adalah lebih afdal daripadaku. Sesungghnya aku melihat
bahawa urusanmu telah sampai kepada satu peringkat. Kata-kata ini tidak
dituturkan kecuali oleh mereka yang benar-benar ikhlas, faham dan mampu
menilai sesuatu dengan tepat. Ini kerana sukakan kemasyhuran, ghurur (tertipu
dengan diri sendiri) dan cintakan pangkat kedudukan adalah di antara
penyakit hati yang paling merbahaya yang sentiasa menyerang manusia.
Sulaiman bin Yassar berkata: orang ramai telah bertebaran dari sisi Abu
Hurairah. Maka Naatil berkata kepadanya: Wahai Syeikh, penduduk Syam telah
meriwayatkan kepada kami hadis yang anda dengar daripada Rasulullah SAW.
Beliau menjawab: ya, saya mendengar Rasulullah Saw bersabda; manusia
pertama yang dihukum pada hari kiamat ialah lelaki yang mati syahid. Dia
dibawa dan diperkenalkan nikmat yang akan diperolehinya, maka dia
mengenalinya. Allah berfirman kepadanya: Apakah yang kamu lakukan untuk
mendapatkannya? Dia menjawab: aku telah berjihad kerana-Mu sehingga
mati syahid. Allah berfirman: kamu berbohong. Sebaliknya kamu berjihad untuk
dikatakan sebagai orang yang berani. Sesungguhnya kamu mendapati apa
yang kamu ingini. Kemudian diperintahkan supaya diheret di atas mukanya
sehingga dicampakkan ke dalam neraka. Dan lelaki yang mempelajari ilmu
dan mengajarnya serta membaca al-quran. Dia dibawa dan diperkenalkan
nikmat yang akan diperolehinya, maka dia mengenalinya. Allah berfirman
kepadanya: Apakah yang kamu lakukan untuk mendapatkannya? Dia
menjawab: aku telah mempelajari ilmu dan mengajarnya serta membaca alQuran kerana-Mu. Allah berfirman: kamu berbohong. Sebaliknya kamu
mempelajari ilmu untuk dikatakan sebagai alim dan kamu membaca al-Quran
supaya dikatakan sebagai seorang qari. Sesungguhnya kamu telah mendapati
apa yang kamu ingini. Kemudian diperintahkan supaya diheretkan di atas

mukanya sehingga dicampakkkan ke dalam neraka. Dan lelaki yang


dimurahkan rezeki dan dikurniakan berbagai-bagai kekayaan. Dia dibawa dan
diperkenalkan nikmat yang akan diperolehinya, maka dia mengenalinya. Allah
berfirman kepadanya: Apakah yang kamu lakukan untuk mendapatkannya?
Dia menjawab: aku tidak tinggalkan satu perkara pun yang Kamu suka supaya
dibelanjakan padanya kecuali aku belanjakan hartaku padanya kerana-Mu.
Allah berfirman: kamu berbohong. Sebaliknya kamu melakukan semua itu
supaya kamu dikatakan sebagai seorang pemurah. Sesungguhnya kamu telah
mendapati apa yang kamu ingini. Kemudian diperintahkan supaya diheretkan
di atas mukanya sehingga dicampakkkan ke dalam neraka.
Sahih Muslim
As-Syahid Syed Qutb pernah berkata: ...hati-hati ini sewajibnya memiliki kekuatan,
kemantapan dan tajarrud sehingga ke peringkat tidak mengingini sedikitpun yang
ada di dalam dunia ini (dalam waktu yang sama dia membelanjakan semua benda
dan sanggup menanggung sebarang kesusahan), dan hanya melihat kepada
akhirat serta hanya mengharapkan keredhaan Allah..Tidak mengharapkan balasan
yang segera di dunia sekalipun balasan tersebut berupa kemenangan untuk dakwah
dan Islam serta keagungan muslimin. Bahkan sekalipun balasan itu berupa
musnahnya golongan yang zalim.
Kamu akan diuji.
1)

Para daie mestilah memahami dengan baik jalan dakwah supaya dia tidak
tercengang atau merasa ragu-ragu apabila berhadapan dengan cubaan
dan ujian. Ini kerana ujian adalah sunnah Allah yang pasti akan berlaku. Ia
merupakan petanda cintanya Allah kepada orang yang diuji, apabila Dia
mencintai seseorang, Dia akan mengujinya. Seseorang akan diuji berdasarkan
kepada kekuatan agamanya. Sekiranya ketahanan agamanya kuat, maka
kuatlah ujian yang dikenakan kepadanya.

Luqman telah berkata kepada anaknya; Wahai anakku, dirikanlah sembahyang,


dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perkara
mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu.
Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki
mengambil berat melakukannya. [Luqman: 17]
Firman Allah:
Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, sedangkan belum
datang kepada kamu (ujian) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang
terdahulu daripada kamu? Mereka ditimpa kepapaan dan kesengsaraan serta
digoncangkan (dengan ancaman musuh), sehingga Rasul dan orang-orang yang
beriman yang bersamanya berkata: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?
Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan
berpegang teguh kepada agama Allah).
Al-Baqarah: 214
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Orang-orang sebelum kamu telah
ditangkap, digalikan lubang dan diletakkan mereka di dalamnya. Kemudian
dibawa gergaji lalu diletakkan di atas kepalanya. Maka terbelah dua badannya.
Daging dan tulang mereka disikat dengan sikat besi. Perkara tersebut tidak
menghalang mereka daripada agama mereka. Demi Allah! Allah akan
menyempurnakan urusan agama ini sehingga mereka yang datang dari Sanaa
menuju ke Hadraaut tidak takut kecuali kepada Allah dari bimbangkan
kambingnya daripada serigala. Tetapi kamu ingin cepat.
Sahih Bukhari.

Rahib tidak berpada dengan hanya memahami hakikat tersebut, tetapi dia telah
mengingatkan hakikat tersebut kepada ghulam pada waktunya yang sesuai
sehingga ghulam benar-benar memahami apakah yang akan dihadapi pada
marhalah yang akan mendatang. Sesungguhnya menyampaikan kebenaran akan
memarahkan golongan batil. Ini kerana sememangnya kebenaran akan
membongkarkan keburukan kebatilan dan akan berakhir dengan usaha
menghapuskan kebatilan dengan apa cara sekali pun yang dibenarkan oleh syarak.
Oleh itu, pertentangan, seksaan dan ugutan akan bermula. Juga sehingga rahib
mampu meletakkan ghulam untuk berhadapan dengna tanggungjawab marhalah
tersebut. Dengan itu, ghulam tidak akan tertipu dengan kata-katan yang
didengarnya daripada gurunya kamu pada hari ini adalah lebih afdal daripadaku.
Tetapi dia mengajar ghulam bahawa kelebihan tersebut mesti dibayar dengan
harga yang mahal iaitu ujian dan cubaan. Kewajipannya ialah bersabar dan
beramal untuk dakwahnya sehingga ke titisan darah yang terakhir walau sebesar
mana sekalipun bebanan yang terpaksa ditanggung demi melaksanakan kewajipan
yang besar ini.
Sekiranya kamu diuji, janganlah kamu menceritakan tentang aku.
Kalimah kamu diuji disebut tanpa menyebut siapakah yang akan menguji. Dan juga
disebut sebelumnya kalimah yang menunjukkan syak sekiranya sedangkan
sebelum ini disebut dengan menggunakan kalimah yang menunjukkan pasti berlaku
kamu diuji . Ini disebabkan apa yang disebutkan sebelum ini adalah berdasarkan
keyakinannya bahawa perkara tersebut akan berlaku dan apa yang disebut di sini
adalah berdasarkan realiti dan apa yang jelas di alam nyata. Ini kerana firasat juga
kadang-kadang tersilap, pengalaman berbeza-beza, dan apa yang berlaku tidak
menepati kajian yang dilakukan. Atau pun disebabkan rahib bertujuan untuk tidak
membebankan ghulam. Oleh itu, dia tidak mengungkapkan untuk kedua-dua ayat
tersebut menggunakan kalimah yang menunjukkan bahawa ujian pasti berlaku
dengan yakinnya supaya ghulam tidak bersusah hati sebelum tibanya waktu diuji.
1)

Penjagaan terhadap para daie (di mana mereka adalah modal dakwah dan
pelopornya) daripada dihapuskan sehingga ke akar umbi oleh ahli batil
dengan mengambil semua sebab-sebab yang diharuskan dan termampu
merupakan kewajipan yang diwajibkan oleh syarak dan akal. Sekiranya mereka
telah mengambil sebab-sebab, merancang dan berusaha, kemudian Allah
menentukan apa yang mereka tidak ingini, maka itu hanyalah semata-mata
ketentuan daripada Allah yang dikehendaki-Nya untuk hamba-hamba-Nya.
dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya.
(Yusuf: 21)
Dan Allahlah yang menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang
mati syahid
(al-Imran: 140)

2)

Tunjuk ajar yang diberikan oleh rahib kepada ghulam supaya tidak
menceritakan kepada dirinya aopabila dia diuji adalah perancangan dan
strategi dakwah dan perjalanannya. Ia bukanlah disebabkan oleh tindakan
pengecut atau penakut. Ini kerana rahib sanggup berhadapan dengan mata
gergaji sehingga rahib tersebut mati. Dia langsung tidak meninggalkan
agamanya.

3)

Kemudian, selepas mengambil sebab-sebab, kadang-kadang Allah


menentukan sesuatu yang di luar apa yang dirancangkan. Ghulam ketika
diseksa, dia tidak mampu menanggung penyeksaan tersebut, maka dia
menceritakan tentang rahib. Ini tidak sepatutnya menjadikan kita

mengabaikan pengambilan sebab atau menyalahkan diri sendiri kerana


sesungguhnya segala urusan adalah di Tangan Allah.
dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya.
(Yusuf: 21)
Pengajaran di sudut dakwah
1)

Masalah kerahsiaan dan pengisytiharan (sirriyah dan alaniyah) adalah


masalah nisbi (iaitu masalah yang berkait dengan masalah yang lain) dalam
perjalanan dakwah pada marhalah-marhalahnya yang berbeza. Ia bukanlah
masalah yang mutlak iaitu hanya kerahsiaan semata-mata atau pengisytiharan
semata-mata.
Di marhalah membina asas, kerahsiaan adalah dilebihkan. Kadang-kadang ia
memerlukan kerahsiaan mutlak sebagaimana yang berlaku pada tiga tahun
pertama dakwah Rasulullah SAW. Selepas itu, berlakunya pengisytiharan di
beberapa sudut dan sudut-sudut yang lain masih kekal tidak diketahui umum
sehingga selepas tertegaknya daulah Islamiah. Ini adalah sebagaimana yang
telah berlaku kepada mereka yang berhijrah ke Habsyah sehinggalah
berlakunya pembukaan Khaibar. Di antara kerahsiaan dan pengisytiharan pula
terdapat marhalah-marhalah, pemeringkatan dan keperluan-keperluan
dakwah.
Sesungguhnya marhalah dan suasana sekeliling, dan kemampuan dakwah
untuk menghadapi serangan dan menutup mulut musuh-musuh Allah adalah
perkara yang memerlukan pendetailan kerja dan peranan yang berbeza. Kita
tidak sepatutnya cenderung kepada kerahsiaan kerana takut menghadapi
serangan musuh atau cenderung kepada pengisytiharan disebabkan
semangat yang melulu dan tanpa berfikir panjang. Dakwah sepatutnya
berpindah dari satu tahap ke satu tahap secara berperingkat-peringkat tanpa
dikuasai oleh perasaan ingin cepat sampai dan gopoh. Begitu juga tanpa
menghilangkan peluang atau takut ditindas.
2) Dakwah Allah adalah pemilik pertama kepada harta dan jiwa kita.
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman, jiwa dan
harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, (kerana)
mereka berjuang pada jalan Allah, maka (di antara) mereka ada yang
membunuh dan terbunuh. (balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji
yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil
serta al-Quran dan siapakah lagi yang lebih tepat janjinya (selain) dari Allah?
Oleh itu, bergembiralah dengan jual beli yang kamu lakukan itu dan itulah
kemenangan yang besar.
(At-Taubah: 111)

Ghulam tersebut mempunyai kebolehan untuk mengubati penyakit buta sejak lahir,
sopak dan dia juga mengubati berbagai lagi penyakit.
Seorang pembesar diraja yang sentiasa bersama raja telah mendengar kisah
kebolehan ghulam. Beliau adalah seorang buta. Lalu beliau mendatanginya dengan
membawa hadiah yang banyak. Beliau berkata; Semua yang aku kumpulkan ini
adalah untuk kamu sekiranya kamu dapat menyembuhkan aku. Ghulam
menjawab; Aku tidak boleh menyembuhkan seseorang pun. Yang menyembuhkan
hanyalah Allah. Apabila kamu beriman kepada-Nya, aku akan berdoa kepadaNya, maka Dia akan menyembuhkan kamu. Lalu beliau beriman, maka Allah
menyembuhkan penyakitnya.

1)
Allah mengurniakan kepada ghulam kelebihan doa dimakbulkan. Apabila
dia berdoa untuk pesakit, maka penyakitnya disembuhkan pada waktu itu juga
(dengan izin Allah). Imam Nawawi telah berkata; hadis ini membuktikan kewujudan
keramat para wali
Perkara luar biasa ada berbagai jenis.

Mukjizat: iaitu perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka
yang mendakwa sebagai nabi untuk membenarkan dakwaan mereka.

Keramat: iaitu perkara luar biasa yang berlaku kepada hamba Allah yang
salih

Ihaanah: iaitu perkara luar biasa yang diberikan oleh Allah kepada mereka
yang mendakwa sebagai nabi untuk membuktikan pembohongan dakwaan
mereka. Contohnya: Musailamatul Kazzab ketika menjampi mata yang buta,
maka mata yang celik satu lagi menjadi buta.

Istidraj: iaitu perkara luar biasa yang diberikan oleh Allah kepada mereka
yang mendakwa dirinya tuhan sebagai penipuan dan ujian kepada orang
lain seperti Dajjal yang Allah berikan kepadanya berbagai perkara luar biasa.

Irhash: iaitu luar biasa yang diberikan oleh Allah kepada mereka yang akan
dibangkitkan sebagai nabi, sebagai persediaan kepada manusia untuk
menerima dan menjadi penguat dakwahnya. Contohnya: peristiwa gajah
yang berlaku pada tahun Rasulullah SAW dilahirkan.

2)

Ghulam yang beriman ini telah menggunakan kurniaan Allah kepadanya untuk
menyelesaikan masalah kesihatan yang dihadapi oleh orang ramai. Dia telah
menjalinkan hubungan dengan orang ramai dengan melakukan kerja-kerja
kebajikan dan tolong-menolong dalam melaksanakan kebaikan dan takwa.
Alangkah berhajatnya para daie untuk memahami perkara ini. Dengan itu
mereka menugaskan sebahagian mereka untuk menjalinkan hubungan
dengan orang ramai dan cuba menguatkan pengaruh serta meneylesaikana
masalah yang dihadapi oleh orang ramai melalui gerak kerja kemasyarakatan,
bantuan kewangan, aktiviti-aktiviti masjid, kesukanan dan lain-lain. Di samping
itu, mereka menyeru manusia supaya beriltizam dengan Islam yang
mengandungi kebaikan dunia dan akhirat dan membantu para daie dalam
menegakkan masyarakat adil, baik dan benar.

3)

Jelas daripada petikan ini bahawa raja tidak mengetahui penyebaran agama
baru ini. Perkara ini mengajar kita bahawa gerak kerja umum mestilah tertumpu
kepada kefahaman terhadap aqidah yang sahih, memahami ad-deen dan
beriltizam dengannya tanpa cepat-cepat ingin bertembung dengan kebatilan.
Khususnya di marhalah pertama dakwah dan sebelum kekuatannya mantap.
Ini kerana cepat mencabar dan cepat menghadapi kebatilan menyebabkan
sistem yang ada akan berlaku zalim kerana takutkan kewujudan dan
kekekalannya.
Dengan ini maslahah sebenar adalah terletak pada
memperbanyakkan penyokong, mentarbiah golongan mukmin yang terpilih
secara tenang sehingga dakwah menjadi kuat dan mampu untuk menghadapi
kebatilan. Ketika itu dakwah wajib berjihad untuk menegakkan hukum Allah di
atas muka bumi, mengeluarkan manusia daripada mengabdikan diri sesama
manusia kepada mengabdikan diri hanya kepada Allah, daripada kesempitan
dunia kepada keluasan dunia dan akhirat, dan daripada kezaliman agama
kepada keadilan Islam tanpa memperdulikan darah dan pengorbanan yang
dicurahkan (keduanya merupakan sebahagian daripada dakwah dan jihad)
untuk menjadikan kalimah Allah sahajalah yang tinggi.

4)

Manusia, ketika berhajat, sakit atau berada dalam kesusahan, mereka akan
lebih bersedia untuk menerima dakwah jika dibandingkan dengan waktu lain
(apabila para daie menyampaikan dakwahnya dengan baik). Inilah yang

dilakukan ghulam dengan mengambil peluang daripada keinginan manusia


untuk sembuh. Maka dia menghubungkan antara sembuh dengan akidah dan
iman. Dia telah menggunakan kesediaan manusia untuk menerima dengan
baik.
Sepatutnya para daie belajar daripada peristiwa ini dan melaksanakannya.
Mereka hendaklah mengetuk besi ketika besi panas dibakar dan mengambil
peluang daripada berbagai keadaan yang dialami.
5)

Di antara tabiat manusia, apabila mereka berhajatkan sesuatu, mereka akan


berusaha menjadikan orang yang dapat memenuhi hajatnya sukakan
kepadanya dan mereka akan menghampiri orang tersebut dengan membawa
hadiah dan pemberian ataupun sebarang perkara yang berbentuk
kebendaan atau spiritual untuk mendpatakan apa yang dihajati (kecuali
mereka yang dirahmati oleh Allah). Inilah yang dilakukan oleh pembesar
terhadap ghulam.
Lalu beliau mendatanginya dengan membawa hadiah yang banyak. Beliau
berkata; Semua yang aku kumpulkan ini adalah untuk kamu sekiranya kamu
dapat menyembuhkan aku.
Para daie pembawa risalah tidak menerima pembalasan (upah) daripada
sesiapa pun. Bahkan mereka bersikap zuhud.
Firman Allah:
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak meminta kepadamu sebarang
upah pun.
(As-Syura: 23)
firman-Nya lagi:
Katakanlah (wahai Muhammad): Apa jua yang aku meminta kepada kamu
sebagai upah, maka ianya untuk kamu, upahku hanyalah dari Allah.
(Saba: 47)

6)

Kurniaan Allah tidak menjadikan ghulam terfitnah dengan menganggap dirinya


mampu melakukan semua itu walaupun dengan cara yang boleh ditakwil. Dia
menjelaskan hakikat sebenar dengan mengatakan : Aku tidak boleh
menyembuhkan seseorang pun. Yang menyembuhkan hanyalah Allah.
Dengan ini dia telah memindahkan permintaan supaya manusia
menyembuhkan penyakit kepada penyembuhnya yang sebenar iaitu Allah.
Dialah yang Mencipta, Menghidup dan Mematikan, Menyembuh dan Memberi
Rezeki. Dialah Allah yang Esa, Berkuasa dan Kuat yang tiada sesiapa pun dapta
menyamainya. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Para daie tidak sepatutnya tertipu dengan apa jua kurniaan Allah yang
diberikan kepadanya. Bahkan hendaklah dia bertakwa kepada Allah dan
merendah diri kepada-Nya dan kepada makhluk. Sesungguhnya syaitan
berusaha bersungguh-sungguh untuk memperdayakan manusia dengan
mengatakan bahawa mereka mempunyai kedudukan di dalam dakwah dan
sebagainya sehingga mereka tertipu dengan diri sendiri dan takabur. Dengan
itu berlakulah fitnah. Kita mohon perlindungan kepada Allah daripada perkara
tersebut.

7)

Para daie sepatutnya mengemukakan persoalan dakwah kepada orang ramai


dengan cara yang baik, berbincang bersungguh-sungguh, menggunakan
dengan baik kemampuan yang dikurniakan Allah untuk mempengaruhi orang
ramai dan menarik mereka kepada dakwah, menjelaskan sesuatu hakikat
dalam bentuk yang mudah dan tidak bertegang leher ketika berbincang. Ini
kerana usaha yang dilakukan adalah untuk menggalakkan orang ramai supaya

beriltizam dengan Islam. Peranan daie bukanlah untuk membuktikan kesalahan


manusia supaya layak menerima pembalasannya tetapi peranan mereka ialah
menjadikan manusia suka kepada iman dan mendekatkan mereka kepada
Allah dengan menggunakan cara dan kemampuan yang termampu.
Kemudian beliau mendatangi majlis raja. Beliau duduk di sisi raja sebagaimana
sebelumnya. Raja berkata kepadanya; wahai Fulan, siapakah yang telah
mengembalikan penglihatanmu? Beliau menjawab; Tuhanku. Raja bertanya lagi;
Apakah kamu mempunyai tuhan selainku. Beliau menjawab; Tuhanku dan
Tuhanmu adalah Allah.
1)

Pembesar di raja tetap menghadiri majlis raja sebagaimana sebelumnya. Dia


tidak mengundurkan diri kerana yakin dengan diri dan kebenaran yang
dianutinya. Dia mengetahui bahawa sembuhnya penyakit buat yang dialami
akan menjadi bahan perbincangan yang Allah sahaja mengetahui
kesudahannya. Mukmin tidak sepatutnya takut menghadiri majlis orang ramai
walau bagaimana keadaannya sekalipun. Ini kerana kebenaran yang
dibawanya adalah lebih kuat dan agung daripada kebatilan mereka dan
kewajiban berdakwah dan menjelaskan kebenaran mewajipkan perkara
tersebut.

2)

Penolakan raja terhadap kenyataan pembesarnya adalah perkara biasa yang


dilakukan oleh golongan toghut di pelbagai zaman untuk membenarkan
dakwaan ketuhanan dan pembohongan mereka yang jelas. Mereka tidak
merasa malu dengan dakwaan itu sekalipun penipuannya amat jelas.
Ungkapan Apakah kamu mempunyai tuhan selainku. mengandungi amaran
dan kecaman dengan harapan pembesarnya itu akan menarik balik
kenyataannya dan menafsirkannya dengan kenyataan yang menyenangkan
hati raja.

3)

Pembesar mukmin itu menghabiskan perbincangan dengan kata pemutus


Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah. Mukmin ini tidak bermuka-muka atau
cuba melepaskan diri atau menangguhkan jawapannya kerana perbincangan
menemui jalan buntu. Tiga rangkaian kata daripada pembesar bagaikan suara
guruh kepada raja dan pembesarnya yang lain yang berada di majlisnya.
Agama baru yang diiklankan kepada golongan pembesar di dalam majlis
negara yang terpenting di hadapan toghut yang mengakui sebagai tuhan.
Pembesar amat amat memahami bahawa raja tidak akan membiarkannya
begitu sahaja jika dia mengakui agama barunya. Dia akan diuji dengan ujian
yang hanya Allah sahaja mengetahui kesudahannya. Walau bagaimanapun,
dia mengutamakan Allah daripada selainnya, mengutamakan akhirat
daripada dunia dan mengutamakan kebenaran daripada kebatilan. Pembesar
di raja sanggup menjelaskan kebenaran dan tidak takut terhadap celaan
orang yang mencela.

Beliau terus menerus diseksa sehinggalah beliau menceritakan tentang ghulam.


Maka ghulam pun dibawa menghadap. Raja berkata kepadanya; Wahai anakku,
sesungguhnya sihir kamu telah sampai peringkat dapat menyembuhkan penyakit
buta, sopak dan berbagai lagi yang kamu lakukan. Ghulam menjawab; Aku tidak
boleh menyembuhkan sesiapa pun. Yang menyembuhkan hanyalah Allah. Maka
dia pun diseksa. Dia terus menerus diseksa sehinggalah dia menceritakan tentang
rahib.
1)

Itulah yang berlaku tanpa perbicaraan yang adil atau tidak adil. Ditangkap
dan dicampakkan kepada penjaga pusat penyeksaan. Setiap mereka yang
menyombong diri memilik pusat penyeksaannya tersendiri yang tidak memiliki
akal fikiran dan hati. Untuk melaksanakan tugas, tertuduh diserahkan kepada
anjing-anjing yang kelaparan untuk menikmati jeritan kesakitan sedangkan
mereka bertasbih memuji raja mereka. Syaitan manusia di zaman kita ini telah

melakukan pelbagai penyeksaan yang begitu keji dan tidak dapat


digambarkan. Ia adalah hakikat yang berlaku ketika itu dan ia adalah musibah
yang sentiasa berulang sepanjang zaman dan tempat.
2)

Beratnya penyeksaan dan kesakitan menyebabkan pembesar di raja tidak


mampu menanggungnya. Maka ia menceritakan tentang ghulam yang
menjadi penyebab dia diberi petunjuk kepada kebaikan dan kebenaran. Maka
ghulam pun dibawa menghadap. Ghulam dibawa menghadap raja tanpa
pengetahuan orang ramai kerana raja mengetahui usianya yang masih muda
dan kemasyhurannya di kalangan orang ramai sejak peristiwa pembunuhan
binatang. Maka raja mahu menyunting, memujuk dan mengetahui hakikat
sebenarnya. Raja pun berkata; Wahai anakku, sesungguhnya sihir kamu telah
sampai peringkat dapat menyembuhkan penyakit buta, sopak dan berbagai
lagi yang kamu lakukan. Raja menggunakan perkataan yang boleh
menyentuh perasaan wahai anakku. Kemudian dia mengaitkan apa yang
berlaku kepada sihir. Memang diakui bahawa rajalah yang menghantar
ghulam kepada ahli sihir untuk mempelajari ilmu sihir dengan harapan ghulam
akan menjadi ahli sihir raja dan penasihatnya. Tetapi perkara tersebut tidak
berlaku kerana ghulam sekarang berdiri di hadapannya menyatakan
kebenaran dan mengisytiharkan bahawa dia tidak dapat menyembuhkan
sesiapa pun. Kemudiannya dia mengisytiharkan akidahnya yang sebenar
Yang menyembuhkan hanyalah Allah sebagai mencabar raja dan kuncukuncunya.
Sekali lagi ahli kebenaran mengiklankan kebenaran dan aqidah mereka
sehingga menyebabkan ahli batil mengamuk dan menerkam ke arah
pembawa aqidah. Ini dilakukan selagi mana mereka meninggalkan agama
raja (tuhan sangkaan). Benarlah Allah yang telah berfirman: dan mereka tidak
menyeksa orang-orang mukmin melainkan kerana mereka beriman kepada
Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji. [ al-Buruj: 8]
Kemudian ghulam diseksa dan natijahnya ghulam menceritakan mengenai
sheikh dan gurunya. Gurunya yang suatu ketika dahulu memintanya supaya
tidak menceritakan sesuatu mengenainya. Tetapi penyeksaan mempunyai
peringkat-peringkatnya yang dalam banyak keadaan tidak mampu
ditanggung oleh manusia.

3)

Rahib telah merancang dan mengambil sebab-sebab yang boleh menjaga,


berhati-hati dan menjaga rahsia. Tetapi ketentuan Allah mengatasi segalanya.
Maka dakwah akhirnya berjalan tidak berdasarkan apa yang dirancang dan
diharapkan. Bagaimana pun semua itu adalah kebaikan untuk rahib, ghulam,
pembesar di raja dan orang ramai (yang akan beriman). Itulah ketentuan Allah
yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.
Perkara ini mengajak kita mengambil berat masalah pengambilan sebabsebab untuk berjaga-jaga dan menjaga rahsia dan berusaha menjaga dakwah
dengan menggunakan cara yang dibenarkan syarak. Kita hendaklah
mengetahui bahawa apa yang Allah kehendaki tetap akan berlaku dan apa
yang tidak dikehendaki-Nya tetap tidak akan berlaku.
Ujian adalah di antara sunnah Allah untuk dakwah. Perkara yang berlaku
kepada ghulam dan pembesar di raja adalah sebahagian daripada apa yang
telah diajarkan oleh rahib. Kecekalan (sabat) dalam berhadapan dengan
suasana ini berlaku dengan menjaga akidah dan prinsip dan kemudiannya
menjaga rahsia amal yang dilakukan. Apabila yang kedua tidak mampu
dijaga, maka yang pertama tidak boleh digadaikan kerana kehilangannya
akan menyebabkan kehilangan dunia dan akhirat kecuali orang-orang yang
dipaksa (melakukan kufur), sedang hatinya tenang dengan keimanan (AnNahl: 106).

4)

Setiap para daie semestinya memaafkan sesama mereka sekiranya


sebahagian daripada mereka tidak mampu menanggung penyeksaan dan
terpaksa menyebut apa yang menyakitkan saudaranya yang lain.
Syaitan akan sentiasa berusaha dalam masa mehnah dan fitnah untuk
memecah-belahkan perpaduan anggota kumpulan mukmin. Mereka
hendaklah sentiasa mengingati bahawa setiap apa yang berlaku adalah
ketentuan dari Illahi.

Maka rahib dipanggil lalu dikatakan kepadanya; Tinggalkan agamamu. Rahib


enggan berbuat demikian lalu dibawa gergaji dan diletakkan di tengah-tengah
kepalanya sehinggalah tubuhnya terbelah dua. Kemudian dibawa pembesar diraja
dan dikatakan kepadanya; Tinggalkan agamamu. Dia enggan lalu diletakkan
gergaji di tengah-tengah kepalanya sehinggalah tubuhnya terbelah dua.
1)

Apabila rahib muslim, kuat beribadat yang tidak membunuh seseorang pun
dan tidak melakukan selain daripada berdakwah kepada Allah dibawa
menghadap, maka dikatakan kepadanya: Dengan perintah raja,
tinggalkanlah agamamu demi menyelamatkan nyawamu,
Sesungguhnya pertembungan dengan kebatilan adalah pertembungan
aqidah. Hanya pertembungan aqidah dan bukannya pertembungan politik,
ekonomi, sosial dan lain-lain.
dan mereka tidak menyeksa orang-orang mukmin melainkan kerana mereka
beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.
( al-Buruj: 8)
Disebabkan kecekalan seorang mukmin yang menghadapi pertembungan
dengan kebatilan, rahib tidak menerima permintaan supaya meninggalkan
kebenaran yang bersamanya sekalipun terpaksa membayar harga yang tinggi.
Di manakah letaknya nilai kehidupannya sedangkan Allah telah
menjanjikannya syurga yang luasnya seluas langit dan bumi. Di dalamnya
terdapat nikmat yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar
oleh telinga dan tidak pernah terlintas di hati manusia.
Tidak apa-apa yang boleh dilakukan oleh mukmin ketika menghadapi suasana
ini melainkan berkata Cukuplah Allah menjadi Pelindung kami dan Dia sebaikbaik Pelindung (Al-Imran : 173), Ya Allah! Hitungkanlah mereka satu-persatu
dan jangan Kamu tinggalkan mereka walaupun seorang, Wahai Tuhanku,
janganlah Engkau biarkan seorang pun orang-orang kafir tinggal di muka bumi.
Sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka tinggal, nescaya mereka
menyesatkan hamba-hambaMu dan mereka tidak melahirkan anak-anak
kecuali anak yang jahat, lagi amat kufur. (An-Nuh : 26-27)

Selepas itu ghulam dibawa dan dikatakan kepadanya; Tinggalkan agamamu. Dia
enggan lalu dia diserahkan kepada sekumpulan tentera raja. Raja berkata; pergilah
kamu semua membawanya ke bukit sekian-sekian. Dakilah ia. Apabila kamu
sampai ke kemuncaknya, jika dia meninggalkan agamanya (maka jangan apaapakan dia), jika tidak, maka campakkanlah dia. Mereka pergi membawanya dan
mendaki bukit tersebut. Ghulam pun berdoa; Ya Allah, selamatkanlah aku dengan
apa cara yang Kamu sukai. Lalu bukit bergoncang dan mereka semua jatuh.
Ghulam pun pulang untuk menemui raja. Raja berkata kepadanya; apakah yang
telah dilakukan oleh kawan-kawan kamu? ghulam pun menjawab; Allah telah
menyelamatkan aku daripada mereka. Lalu dia dihantar kepada sekumpulan
tentera yang lain. Raja berkata; pergilah kamu semua membawanya ke sampan.
Bawalah dia ke tengah lautan, jika dia meninggalkan agamanya (maka jangan
apa-apakan dia), jika tidak,campakkan dia ke laut. Maka mereka pergi membawa
ghulam lalu dia berdoa; ; Ya Allah, selamatkanlah aku dengan apa cara yang
Kamu sukai. Maka sampan pun terbalik dan mereka semua tenggelam. Ghulam

pun pulang untuk menemui raja. Raja berkata kepadanya; apakah yang dilakukan
oleh kawan-kawan kamu? dia menjawab; Allah telah menyelamatkan aku
daripada mereka.
1)

Dalam petikan ini kita boleh perhatikan bahawa raja tidak menggunakan cara
yang sama yang digunakan kepada rahib dan pembesar di raja. Ia mungkin
disebabkan;

Usia ghulam yang masih muda. Pembunuhannya akan menyebabkan


berlakunya simpati yang meluas di kalangan orang ramai lebih-lebih
lagi apabila dia dibunuh dengan cara yang sama.

Kemasyhuran ghulam di kalangan orang ramai yang menyaksikan


peristiwa pembunuhan binatang.

Kemasyhuran ghulam di kalangan orang ramai melalui kerja kebaikan


yang dilakukannya dan mengubati pesakit (dengan izin Allah).

Mengharapkan ghulam menarik balik pandangannya selepas melihat


apa yang berlaku ke atas rahib dan pembesar di raja. Dengan ini, raja
akan dapat mengawal semula kemampuan khusus yang dimilik oleh
ghulam. Maka tapak pemerintahannya akan bertambah kukuh.

2)

Cara yang digunakan oleh raja untuk menekan ghulam supaya kembali
kepada agama asalnya adalah cara yang keji dan masih diamalkan sehingga
sekarang. Iaitu membunuh para daie melalui peristiwa yang seolah-olah tidak
dirancang atau seolah-olah ketentuan takdir tanpa ada campur tangan dari
manusia. mencampakkan ghulam dari bukit atau melemaskannya ke dalam
laut adalah perkara yang tidak akan menimbulkan syak di kalangan orang
ramai. Mainan politik boleh ditambah dengan cara raja sendiri atau wakilnya
menghadiri upacara pengkebumiannya dan melahirkan perasaan terharunya
di atas kematian ghulam. Bahkan kadang-kadang bantuan dihulurkan kepada
keluarga si mati dan lain-lain lagi cara yang memang dipelajari khusus oleh
golongan batil.

3)

Apakah senjata yang digunakan oleh ghulam? Ghulam telah berhadapan


dengan semua ini menggunakan senjata menyerahkan segalanya kepada
Allah, mengingati-Nya, mempercayai kecantikan pertolongan-Nya walaupun
memakan masa. Setiap kali berhadapan dengan usaha pembunuhan yang
cuba dilakukan, ghulam pun berdoa; Ya Allah, selamatkanlah aku dengan
apa cara yang Kamu sukai. Maka Allah mematikan tentera raja dengan cara
rancangan yang diatur mengena diri sendiri dan ghulam pulang dalam
keadaan selamat dan penuh keyakinan terhadap Illahi.

4)

Ghulam pulang berjalan kaki berjumpa raja setelah gagalnya semua usaha
untuk membunuhnya. Raja bertanyakan mengenai tentera yang dihantar
bersamanya untuk melaksanakan tugas pembunuhan. Ghulam hanya
menjawab setiap kali dia berjumpa raja: Allah telah menyelamatkan aku
daripada mereka.
Kenapa ghulam pulang berjumpa raja dan kenapa dia tidak melarikan diri
sahaja? Kenapa dia mencampakkan dirinya ke dalam kebinasaan?
Kaedahnya: para daie kepada Allah merancang dan beramal dengan
bersungguh-sungguh berdasarkan perancangan yang diatur, kemudian dia
menyerahkan segalanya kepada ketentuan Allah tanpa melupakan
kewajipannya, dakwahnya dan hakikat risalah yang dibawanya iaitu menyeru
manusia seluruhnya dan menegakkan agama Allah di atas muka bumi. Gerak
kerja yang telah dilakukan oleh ghulam telah diketahui oleh umum dan
pembesar di raja telah menceritakan kepada raja mengenainya. Sekarang dia
menjadi tawanan yang ingin dibunuh dengan cara yang khusus. Apabila dia

berdoa, Allah menerima doanya dan menyelamatkannya. Di hadapannya ada


dua pilihan;
Pertama : dia lari dari raja dan kezalimannya. Tetapi bagaimanakah dengan
dakwah
dan
risalah
yang
diserunya.
Siapakah
yang
akan
menyempurnakannya. Adakah tindakan melarikan diri adalah lebih afdal
daripada dia menerus dan menyemprunakan tugasnya?
Kedua : dia berterusan menjalankan dakwahnya dan pulang menemui raja.
Allah telah memperkenankan doanya dan menghancurkan tentera
disebabkan hikmah rabbani. Semoga di antara hikmatnya supaya ghulam tahu
bahawa peranannya belum selesai. Allah menyelamatkannya untuk dia
menyempurnakan risalahnya. Ghulam telah memilih pilihan kedua kerana dia
melihat terdapat alamat dan petanda pada ketentuan Allah untuknya supaya
dia meneruskan dakwah dan menyampaikan risalahnya. Maka dia pulang dan
menemui raja tanpa merasa terbeban dan tanpa takut untuk mengalahkan
jiwa raja dan memberikan keyakinan kepada raja bahawa dia tidak mampu
membunuhnya.
Kisah ghulam dan perubahan di antara corak kerja berahsia dan cara kerja
yang diketahui umum, di antara bersembunyi dan menghadapi kebatilan, di
antara perancangan dan terkesan dengan perkara baru yang timbul adalah
pengajaran buat semua.
Bagi setiap kefahaman dan cara kerja serta ijtihad mempunyai tempat di
dalam peta amal Islami selagi mana ia dibenarkan oleh syarak. Apa yang
penting ialah memahami perkara tersebut dan membahagikan peranan dan
tugas setelah disiapkan perancangan serta berusaha mencapai natijahnya
melalui kerja berjemaah. Dengan itu, kesemua tenaga mereka yang terlibat
akan saling menyempurnakan di antara satu sama lain untuk menuju kepada
pengembalian Khilafah Islamiah.
Kemudian dia berkata kepada raja; Sesungguhnya kamu tidak boleh membunuh
aku sehingga kamu melakukan apa yang aku suruh. Raja berkata; Apakah dia?
ghulam menjawab; Kamu kumpulkan orang ramai di suatu kawasan lapang dan
kamu salibkan aku pada sebatang pokok. Kemudian kamu ambil anak panahku
daripada bekasnya, dan letakkan pada busarnya. Selepas itu sebutlah Dengan
Nama Allah, Tuhan ghulam, dan panahlah aku. Sekiranya kamu melakukan
sedemikian, kamu boleh membunuhku. Maka raja pun mengumpulkan orang ramai
di suatu kawasan lapang, menyalibnya pada sebatang pokok, kemudian
mengambil anak panah kepunyaan ghulam daripada bekasnya dan meletakkan
pada busarnya. Selepas itu raja berkata; Dengan Nama Allah, Tuhan ghulam,
sambil melepaskan anak panah menuju sasarannya. Anak panah tersebut kena
pada bahagian di antara mata dan telinga ghulam lalu dia meletakkan tangannya
pada tempat panahan dan meninggal. Orang ramai pun berkata; Kami beriman
dengan Tuhan ghulam. Kami beriman dengan Tuhan ghulam. Kami beriman dengan
Tuhan ghulam.
1)

Ghulam yang pada zahirnya kecil dan lemah menyuruh raja yang
bermaharajalela dan mengaku sebagai tuhan, yang memiliki kekuasaan dan
kekuatan, bagaimana boleh berlaku sedemikian?
Suasana ini mempunyai hubungan dengan tiga faktor.
Pertama : ketentuan Allah dan pengendalian-Nya terhadap sesuatu perkara
berdasarkan apa yang dikehendaki. Allah telah menjadikan perasaan tidak
mampu untuk membunuh ghulam dengan cara biasa dan kemestian
membunuhnya telah menguasai pemikiran raja.
Firman Allah;

Maka Allah mendatangkan kepada mereka (bala) dari arah yang mereka
tidak sangka-sangka dan mencampakkan perasaan cemas ke dalam hati
mereka (sehingga) mereka memusnahkan rumah-rumah mereka dengan
tangan mereka sendiri dan tangan orang-orang mukmin.
(Al-Hasyr : 2)
Mereka menjalankan tipu daya (mereka) dan Allah menggagalkan tipu daya
(mereka), kerana Allah sebaik-baik Pembalas tipu daya.
(Al-Anfal : 30)
Kedua : kelemahan kebatilan dan penyerahan diri mereka. Raja, sekali pun
memiliki kekuatan kebendaan dan penguasaan ke atas manusia, dia
mendengar sahaja apa yang diperkatakan oleh ghulam. Ini kerana raja sudah
berputus asa dalam usaha untuk membunuh ghulam dan penyelesaian yang
datang dari ghulam sendiri amatlah diharapkan oleh raja sendiri.
Benarlah Allah ketika Dia berfirman : Dan janganlah kamu merasa lemah dan
janganlah kamu berdukacita, padahal kamulah orang-orang yang tinggi
(darjatnya), jika kamu orang-orang yang (sungguh) beriman.
(Al-Imran : 139)
Kalau kamu menderita sakit, maka sesungguhnya mereka pun menderita
sakitnya seperti penderitaan kamu, sedang kamu mengharapkan dari Allah
apa yang mereka tidak harapkan.
(An-Nisa : 104)
Ketiga : ghulam adalah daie kepada Allah dan beliau memiliki tiga ciri utama;

Kecerdikannya. Ia dapat dilihat melalui penilaiannya terhadap


kekalahan jiwa yang dihadapi oleh raja, kemudian dia bercakap
dengan raja dalam bentuk tersebut dan mencadangkan penyelesaian
yang akan menyebabkan (berdasarkan penilaian manusia) kesemua
manusia atau sebahagiannya akan beriman dengan Allah.

Merasai kebersamaan Allah dan kekuatan kebenaran yang dibawanya.


Ini menjadikan ghulam mampu menanggung penyeksaan dan mampu
mengatasi cubaan demi cubaan yang ingin membunuhnya. Kekuatan
yang lahir daripada tindakan ghulam ini adalah kekuatan kebenaran
yang dibawanya dan kekuatan keimanannya terhadap Allah SWT.

Kefahaman terhadap dakwah yang dibawanya. Ghulam adalah daie


Allah yang membawa seagung-agung risalah dalam kehidupan.
Tugasnya ialah untuk menggunakan kehidupan dan harta bendanya
semaksimum mungkin demi kemajuan dakwah. Apakah kemajuan yang
lebih tinggi daripada berimannya manusia kepada Allah dan masuknya
manusia ke dalam agama Allah secara beramai-ramai? Sesungguhnya
kehidupan amatlah murah harganya ketika terlaksananya matlamat
yang besar ini. Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang
yang beriman, jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan
syurga kepada mereka, [at-Taubah : 111]
Daie kepada Allah adalah salah seorang daripada tentera dakwah. Dia
mengorbankan dirinya dan hartanya untuk agama sehingga agama
dan dakwah tersebut hidup dalam orang lain. Dengan itu, dia
memperjuangkannyadan berjihad di dalamnya. Daie mengorbankan
kehidupannya demi mencapai maslahah dakwah dan baginya sebagai
balasan ialah keredhaan Allah dan syurga yang luasnya seluas langit
dan bumi dan dia kekal di dalamnya.

2)

Ghulam meninggal dan tidak sempat mendengar laungan orang ramai Kami
beriman dengan Tuhan ghulam. Dia tidak hidup sehingga dia dapat melihat
hasil penat lelahnya. Cukuplah baginya dia berusaha untuk menegakkan
risalahnya dengan mengorbankan rohnya sebagai tebusan kepada
agamanya. Bagi Allahlah segala urusan dari awal hingga akhir.

Maka raja pun datang dan dikatakan kepadanya; Apakah tuanku tidak melihat
apa yang tuanku takuti. Sesungguhnya, Demi Allah! Ia telah menimpa tuanku. Orang
ramai telah semuanya beriman. Lalu raja memerintahkan supaya digali parit dan
dinyalakan api. Raja berkata; Sesiapa yang tidak kembali kepada agama asalnya,
maka humbankan dia ke dalamnya. Mereka pun melaksanakan perintahnya
sehingga datang giliran seorang perempuan dengan membawa bayinya. Dia
berhenti kerana takut untuk terjun ke dalam api. Lalu bayinya berkata; Wahai ibu,
bersabarlah, sesungguhnya ibu berada di atas kebenaran.
1)

Begitulah pendirian mereka yang busuk hatinya selama-lamanya. Takut


kehilangan kuasa dan memusuhi golongan mukmin. Golongan pembesar dan
mereka yang busuk hati akan sentiasa bekerja untuk kemaslahatan peribadi
sendiri dan bukannya untuk kemaslahatan negara, rakyat mahu pun raja
sendiri. Apakah yang akan menimpa mereka jika raja juga turut beriman
bersama-sama dengan orang ramai. Mereka akan kehilangan segala-galanya
kecuali jika mereka turut beriman. Ini kerana mereka akan kehilangan kuasa
dan sistem pemerintahan akan bertukar kepada sistem pemerintahan Islam
yang menolak pelampauan, penghinaan dan kefasadan. Cubalah kita lihat
apa yang berlaku sekarang. Media massa, menteri-menteri dan golongan
penulis mempersiapkan pemerintah untuk menentang harakah Islam. Mereka
tidak segan-silu menganjurkan hukuman untuk golongan fundamentalis,
golongan ekstremis contohnya penjara, buang negeri kalau tidak pun
hukuman bunuh. Pelampauan yang dilakukan oleh golongan pemerintah pada
hari ini adalah hasil daripada kerosakan yang melanda masyarakat hari ini.
Para daie semestinya menyedarkan rakyat dan menghubungkan mereka
dengan Islam di mana tiada kejayaan di dunia dan di akhirat kecuali
melaluinya serta menyiapkan rakyat untuk berhukum kepada Islam sebagai
syariat dan manhaj.

2)

Raja dengan begitu mudah mengeluarkan arahan supaya digali parit di jalan
dan menyalakan api di dalamnya serta mengugut golongan mukmin dengan
mencampakkan mereka ke dalamnya jika mereka tidak kembali kepada
agama asal.
Golongan batil berusaha menyemarakkan api dan mereka duduk menikmati
pandangan benda-benda hidup dimakan api. Golongan mukmin pula semakin
bertambah keimanan mereka disebabkan fitnah yang dihadapi. Berlakunya
kemenangan aqidah ke atas keinginan untuk hidup. Mereka kesemuanya
dapat melepaskan diri daripada ikatan kecintaan kepada dunia dan
tarikannya. Mereka juga mampu menguasai diri dengan sebab kemenangan
aqidah mereka berhadapan dengan keinginan untuk hidup.
Firman Allah;
Telah dibinasakan orang-orang yang membuat parit. (Parit) api yang dipenuhi
bahan bakaran. (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya. Dan
mereka menyaksikan apa yang mereka lakukan terhadap orang-orang yang
beriman. Dan mereka tidak menyiksa orang-orang mukmin melainkan kerana
mereka beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha terpuji.)
(Al-Burujj : 4-8)

3)

Di
tengah-tengah
gambaran
yang
menggerunkan
ini,
Rasulullah
menggambarkan ciri kemanusiaan dan keimanan yang tinggi yang

memberikan kepada kita contoh apa yang berlaku ketika itu. Dalam riwayat
Ahmad, baginda menyifatkan orang ramai dengan mereka berlumba-lumba
dan berasak-asak untuk terjun ke dalamnya. Begitu juga dengan kisah
perempuan dengan bayinya yang masih menyusu.
Orang ramai merasa tinggi dengan keimanan mereka dan membenci
kekufuran serta enggan kembali kepadanya. Maka mereka bertindak
melarikan diri daripada kekufuran menuju api yang lebih ringan
kemudaratannya
daripada
kekufuran.
Dengan
itu
mereka
akan
menghadapkan diri mereka kepada Allah dan membebaskan dirinya daripada
dunia dan keseronokannya.
Gambaran kedua ialah gambaran perempuan mukminah yang menuju
kepada api dengan membawa bersamanya bayi yang masih menyusu.
Apabila dia melihat api, lahir perasaan belas kasihan, ragu-ragu dan takut
untuk mencampakkan diri dan bayinya ke dalam api. Maka Allah
mengurniakan kepadanya kecekalan hati dengan menuturkan bayinya yang
masih menyusu (ini adalah di antara perkara keramat dan perkara luar biasa).
Ia menuturkan perkataan yang kekal dalam hadis nabi: Wahai ibu,
bersabarlah, sesungguhnya ibu berada di atas kebenaran. Perkataan yang
keluar dari mulut bayi ini mengajar para daie bahawa hukum asal berada di
atas jalan dakwah ialah kecekalan(sabat) dan kesabaran serta pengorbanan
sehingga mati di jalan Allah. Juga mengajar para daie bahawa
tanggungjawab yang dilaksanakan sekalipun dilihat payah dan susah serta
menyakitkan namun garis penamatnya adalah dekat. Perkataan yang
diucapkan oleh bayi ini seolah-olah perutusan Allah kepada kita di setiap
zaman dan tempat bahawa Islam ini dan dakwah ini yang dilingkungi dengan
kesakitan dan ranjaunya, tetapi ia menjanjikan kesudahahan yang baik dan
kekal bagi mereka yang yakin dan mencintai Allah dan rasul-Nya. Perempuan
mukminah ini yang Allah mengetahui kebenaran imannya telah dikurniakan
kecekalan hati dalam menghadapi suasana yang menakutkan itu.
4)

Pemilihan perempuan dan bayi yang masih menyusu menunjukkan kepada


peranan wanita di jalan dakwah. Dakwah kepada Allah bukanlah hak
monopoli lelaki sahaja. Wanita juga wajib berdakwah kepada Allah dan
menanggung bebanan dakwah sesuai dengan tugas dan kemampuan
mereka.
Wanita muslimah hendaklah berada di tahap yang tinggi di bidang ilmu
pengetahuan, kesedaran dan harakah (di dalam lingkungan yang dibenarkan
oleh syarak). Mereka hendaklah berganding bahu dalam usaha untuk
mendirikan daulah Islamiah kerana mereka adalah unsur asasi dalam
pembinaan ini.

5)

Persoalan yang paling penting sekali ialah yang lahir daripada kesudahan hadis
ini. Apakah ia berkesudahan begitu sahaja? Golongan mukmin diseksa, dibelah
dua dengan gergaji dan adakah golongna toghut akan terus hidup dalam
keadaan aman dan dakwah akhirnya akan berkubur?
Nilaian sebenar di neraca Allah ialah nilaian aqidah. Kemenangan dalam
bentuk yang paling tinggi ialah kemenangan rohani menghadapi kebendaan,
kemenangan aqidah menghadapi penyeksaan dan kemenangan iman
menghadapi fitnah. Manusia semuanya mati Cuma yang berbeza ialah sebab
kematian.
Medan pertembungan bukan hanya di bumi semata-mata dan mereka yang
menyaksikannya bukan hanya manusia di setiap generasi. Alam Tinggi juga
bersama-sama terlibat dalam setiap peristiwa yang berlaku di bumi dan
mereka menjadi saksi. Terdapat akhirat yang merupakan medan asal di mana
medan dunia bersambung dengannya. Dengan itu, pertembungan tidaklah

berakhir dengan hukuman di dunia dan kehidupan di dunia bukanlah sebagai


perhentian terakhir dan bukannya penentu kalah menang pertembungan.
Sejarah dakwah telah memperlihatkan pelbagai bentuk kesudahan terakhir bagi
dakwah di muka bumi ini. Kesudahan buruk bagi kaum Nuh, kaum Hud, kaum Suaib
dan kaum Luth. Sejarah dakwah juga memperlihatkan kesudahan buruk bagi
golongan musyrikin Mekah yang menentang Nabi. Sejarah dakwah juga
memperlihatkan kekalahan golongan mukminin dan golongan kafir yang tidak
ditimpakan azab.
Para daie haruslah faham bahawa tanggungjawab mereka hanyalah
melaksanakan kewajipan, kemudian mereka pergi. Kewajipan mereka ialah
menjadikan Allah satu-satunya pilihan mereka, mementingkan akhirat daripada
dunia, merasa tinggi dengan keimanan ketika berhadapan dengan fitnah dan
membenarkan Allah dalam gerak kerja dan niat. Ingatlah bahawa upah terbesar
yang para daie akan perolehi ialah keredhaan Allah yang mengatasi segalagalanya.

You might also like