Pengajaran Tilawah Al

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Pengajaran Tilawah Al-Quran

Dalam Tilawah penekanan diberikan kepada bacaan Al-Quran secara


bertajwid. Maksudnya memperbaiki bacaan Al-Quran pelajar. Dengan demikian,
haruslah banyak membincangkan mengenai cara bacaan yang betul. Ini termasuklah
sebutan makhraj huruf, sifat huruf, dengung,mad, dan sebagainya. Untuk ini guru
mestilah membaca dahulu ayat-ayat yang hendak dipelajari dengan baik, betul, dan
fasih. Kemudian diikuti dengan bacaan pelajar beramai-ramai, seterusnya bacaan
pelajar secara kumpulan dan perseorangan.
Selepas itu baru bincangkan hukum bacaan. Guru keluarkan hukum-hukum
tertentu, misalnya Nun Sakunah bertemu dengan Sin, Nundan To, bagaimana cara
membacanya. Jawapannya; dengung. Maka guru tunjukan bagaimana cara
mendengungkan kalimah itu. Kemudian minta pelajar membacanya dan perhatikan
dengungnya betul atau tidak, dan harakat dengung cukup atau tidak. Jika tak betul,
guru tunjukkan cara yang betul. Begitulah seterusnaya dengan hukum-hukum lain.
Selepas itu bahagikan kelas kepada beberapa kumpulan kecil dan setiap
kumpulan membaca ayat-ayat yang telah ditetapkan. Seorang Naqib dilantik untuk
membimbing bacaan kawan-kawan. Guru beri tumpuan kepada kumpulan yang lemah,
di samping itu guru mengawasi kumpulan-kumpulan lain. Lebih kurang 7 atau 10 minit
guru panggil kelas dan beri maksud ayat yang baca dan buat kesimpulan pengajaran
ayat.

Pengajaran Kefahaman Al-Quran


Dalam pelajaran Kefahaman Al-Quran penekanan diberikan kepada perbincangan
maksud ayat. Guru tidak membincangkan aspek bacaan dan tajwid. Walau pun
demikikan guru mesti juga membaca Al-Quran dan diikuti oleh bacaan pelajar secara
ramai, kumpulan dan perseorangan. Guru hanyak membetulkan bacaan yang salah
tetapi tidak bincangkan. Selepas beberapa orang pelajar membacanya, maka guru beri
makna ayat. Selepas itu, guru berbincang besrsama pelajar tentang maksud daripada
makna ayat itu. Guru minta pelajar keluarkan isi penting daripada makna ayat. Setiap
yang diberi oleh pelajar ditulis di papan tulis sebagai nota. Guru merumuskan
pengajaran ayat dan buat penilaian kemahiran berfikir (KBKK), kemudian nasihatkan
pelajar supaya mengamalkan apa yang disarankan oleh ayat yang dibaca.
Mungkin ada tajuk-tajuk tertentu boleh dibincangkan dalam kumpulan-kumpulan
kecil untuk pengayaan, maka guru buatkan kumpulan dan beri tajuk untuk
dibincangkan. Sama ada tajuk yang sama untuk semua kumpulan atau pun tajuk yang
berlainan, yang kedua ini lebih diutamakan. Setiap kumpula mesti ada seorang
pengerusi dan seorang juru tulis. Selesai masa yang ditetapkan, setiap kumpulan akan
menghantar wakil untuk menerang dapatan perbincangannya. Akhirnya guru buat
rumusan dan kesimpulan pengajaran yang dapat dipetik daripada ayat. Beri

penilaian (KBKK), kemudian menasihatkan pelajar supaya mengikut apa yang


disarankan oleh ayat yang dibaca dan dibincangkan.

Perhatian:
Setiap kali mengajar Al-Quran pastikan ada suatu yang baru kepada
pelajar. Hubungkaitkan maksud ayat Al-Quran yang dibincang dengan isu semasa,
khasnya yang berkaitan dengan pelajar sendiri, seperti akhlak, amalan nilai Islam,
menutup aurat dan lain-lain. Walaupun Al-Quran menceritakan kisah Bani Israil, tetapi
perangai buruk orang-orang Bani Israil itu tetap ada pada manusia hari ini, termasuklah
orang Islam. Dengan ini boleh menjadi pengajaran kepada kita semua, di samping itu
pelajar tidak merasa jemu, sesbaliknya berminat untuk belajar Al-Quran, dan dalam
masa yang sama pelajar faham bahawa Al-Quran bukan out of date, tetapi ia
sentiasa up to date. Seperti kata Syed Naquib al-Attas Islam is forever modern

Pengajaran Tahfiz Al-Quran


Tidak banyak bezanya pengajaran Tahfiz dengan Tilawah dan kefahaman. Semuanya
harus bermula dengan bacaan guru, kerana bacaan guru merupakan bacaan
contoh. Dengan demikian guru mesti membaca dengan baik, betul dan fasih sebutan
huruf dan kalimahnya, kerana ia akan diikut dan ditiru oleh pelajar. Jika baik dan betul
bacaan guru, maka akan baiklah bacaan pelajar. Demikianlah sebaliknya.

Selepas bacaan, guru dan bacaan murid secara berseorangan, dan


pembetulan jika ada, maka guru beri makna ayat dan buat kesimpulan
pegajaran ayat. Selepas itu guru ceritakan kelebihan ayat berkenaan dan
minta pelajar menghafaznya. Sehubungan dengan ini guru haruslah
menerangkan cara menghafaz Al-Quran setiap kali bertembung dengan ayat
hafazan. (Lihat Panduan Menghafaz Al-Quran dalam tajuk web Hafaz AlQuran).

You might also like