Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Di Malaysia, kita beruntung disebabkan kita berada jauh daripada kawasan

volkanisme. Kita tidak terdedah kepada ancaman bencana alam seperti gempa bumi
atau gunung berapi, bagaimanapun kita perlu tahu mengenai bencana alam ini untuk
memahami bumi dan alam sekitar kita.Gempa bumi berkait rapat dengan pergerakan
tektonik keping dan volkanisme yang melibatkan zon subduksi dan pemuaian dasar
lautan. Bumi adalah sistem yang dinamik yang sentiasa bergerak. Tetapi,
pergerakannya tidak kita rasai. Hanya kesan daripada pergerakan bahan bawah
mantel ini khususnya kita rasai. Pergeseran diantara kerak bumi yang kita berpijak
dan bahan astenosfera yang bergerak menghasilkan fenomena-fenomena tabii seperti
gempa bumi, volkanisme,pergerakan angin troposfera dan lain-lain.
Gempa bumi merupakan hasil tenaga yang dilepaskan secara mengejut disebabkan
perubahan dalam kerak bumi.Gegaran yang kita rasai terhasil apabila daya tegasan
yang terhasil akibat daripada dua kepingan yang mengalami canggaan elastik tidak
dapat ditahan oleh daya geseran yang menahan yang di panggil kekuatan peretakan
batuan.Akhirnya daya tegasan ini akan dilepaskan dan menghasilkan sesaran bersamasama gegaran. Perubahan ini menyebabkan tanah bergegar dan menghasilkan gegaran
yang bergerak keluar daripada titik tumpu gempa atau hipocenter/hipopusat. Titik
tumpu merupakan lokasi "punca" di dalam tanah ( mantel) di mana tenaga gempa
bumi dibebaskan. Atau dengan kata lain, titik di mana sesar mula-mula sekali di
kesan. Lokasi di atas tanah pada titik tumpu gempa bumi pula dikenali sebagai
'epicenter'. Namun begitu, bencana gempa ini tidak semestinya berlaku di kawasan
epicenter kerana kesannya boleh beratus-ratus kilometer dari kawasan epicenter ini.
Gempa bumi lebih kerap dijumpai di kawasan pinggiran plat tetonik, di mana
pergeseran antara kepingan kerak bumi atau letupan gunung berapi akan
menyebabkan peralihan tanah yang besar. Peralihan tanah yang besar secara
mengejut ini akan menyebabkan berlakunya gempa bumi. Antara kawasan yang kerap
mengalami gempa bumi adalah sekitar Cincin Api Pasifik ("Pacific Ring of Fire").
Lingkaran Cincin Api Pasifik merupakan sempadan pertembungan antara dua plat
tektonik. Negara Indonesia yang merupakan jiran Malaysia, turut mempunyai
beberapa gunung berapi yang aktif dan kawasan yang berhampiran gunung berapi
sering turut mengalami gempa bumi.

Gempa bumi adalah akibat daripada proses semulajadi yang membentuk basin lautan,
benua dan bentuk gunung di dunia dan amat berpengaruh di sepanjang sempadan
kepingan litosfera. Gegaran bumi adalah berpunca daripada pergerakan kerak bumi
akibat daripada daya tektonik. Ini menjadi bukti kedinamikan bumi.
Proses perekahan oleh sesar atau penyesaran boleh dibandingkan dengan pergeseran
dua bahan yang tegar di antara satu sama lain. Penyesaran di sepanjang sempadan di
antara bahan atau blok boleh melambatkan atau memperlahankan blok tersebut.
Tetapi bila berlaku perekahan maka pergerakan tersebut boleh mempengaruhi
kawasan di sepanjang sempadan. Ia adalah sama seperti keping-keping litosfera yang

bergerak dan berselisih antara satu sama lain secara perlahan melalui pergeseran
sepanjang sempadannya. Kesimpulannya, batu di sepanjang sempadan mengalami
peregangan (perubahan akibat daripada regangan). Apabila regangan pada batu
melampaui daya batu tersebut, maka berlaku perekahan yang membentuk sesar. Sesar
adalah rekahan yang panjang pada batuan di mana ia telah teranjak atau berpindah
tempat di mana satu bahagian pada rekahan itu telah teralih daripada satu bahagian
lagi. Patahan pada batu secara tiba-tiba membentuk gelombang gempa bumi atau
gelombang seismik dan dikenali sebagai tahap pertama dalam manilai risiko gempa
bumi (seismik) dalam sesuatu kawasan.
Jenis-jenis sesar adalah berdasarkan kepada arah pergerakan kepingan. Sesar strikelip adalah sesar yang teralih secara mendatar, dikenali juga sesar lateral-kanan di
mana kepingan bahagian kanan bergerak sepanjang jalur sesar. Jika lateral-kiri, ia
bergerak pada bahagian kiri. Sesar yang bergerak secara menegak boleh jadi sesar
songsang atau sesar normal bergantung kepada peralihan secara geometri. Pergerakan
sesar boleh berasosiasi dengan 'crustal shortening', begitu juga dengan pergerakan sar
normal yang berasosiasi dengan 'crustal extension'. Terdapat juga sesar tenggelam
(buried faults) di mana ia biasanya berasosiasi dengan batuan terlipat. Peralihan dan
perekahan oleh sesar tenggelam tidak tersebar di permukaan walaupun dengan gempa
bumi besar.
Kebanyakan sesar jarang berlaku hanya pada 1 rekahan sahaja. Dirasainya, terbentuk
di zon sesar di mana ia adalah 1 kumpulan sesar yang berhubung kait secara sejajar di
antara satu sama lain dalam peta. Biasanya bertindak pada zon sesar berbeza dari
segi kelebaran boleh jadi dalam beberapa meter hingga beberapa km.
Kebanyakan sesar yang panjang atau zon sesar seperti zon sesar san andreas adalah
bersegi, setiap segmen ada sejarah dan gaya pergerakan yang tersendiri. Segmen
gempa bumi di definasikan sebagai satu bahagian daripada zon sesar yang mempunyai
rkahan dalam satu unit semasa sejarah dan pra-sejarah bagi gempa bumi. Rekahan
semasa gempa bumi umumnya biasanya berhenti di sempadan 2 segmen.
Walaubagaimapun, gempa bumi yang besar melibatkan beberapa segmen daripada
sesar. Panjang rekahan daripada gempa bumi besar boleh di ukur dalam 10km. Segmen
gempa bumi adalah lebih penting untuk penilaian bahaya gelombang seismik.
Gelombang seismos dan gegaran pada permukaan tanah terjadi apabila adanya
pemecahan oleh sesar, batu patah secara tiba-tiba dengan melepaskan tenaga dalam
bentuk gelombang seismos. Ini adalah disebabkan oleh penyebaran gelombang melalui
tanah dan biasanya kita melihat ia sebagai gempa bumi walaupun dalam gempa
sesuatu jangka masa tertentu boleh juga berdasarkan kepada pemecahan akibat sesar
yang mewujudkan gelombang seismos.

Gegaran bukan sahaja punca kepada kematian dan kemusnahan dalam gempa bumi
tetapi ia melibatkan banyak perubahan geosekitaran. antaranya ialah gegaran,

retakan dan anjakan tanah, pencairan tanah, tanah runtuh, kebakaran, tsunami dan
perubahan rupabentuk rantau.
Pada magnitud tertentu gempa bumi bolehmenggegarkan, meretakan, memisah dan
menganjak permukaan bumi. Selain it, struktur binaan juga akan retak dan runtuh
(bangunan besar) atau pecah (empangan) atau putus (jambatan, terowong, saluran
paip, jalan raya) akibat pergerakan ini.
Bagi pencairan tanah, semasa gempa bumi berlaku, gegaran dan pemadatan boleh
menambah tekanan air liang dan menyebabkan tanah jadi tepu air serta berubah sifat
menjadi cecair. Bangunan akan tersengget atau merayap, salur paip mungkin timbul
dan terapung disebabkan oleh tanah yang sudah mendap.
Tanah runtuh disebabkan oleh gegaran kuat menyebabkan bahagian cerun kurang
stabil, bukit dan gunung curam runtuh menimpa dan memusnahkan struktur binaan di
atas, di bawah dan juga sepanjang laluannya.
Kebocoran paip gas dan talian elektrik yang terputus boleh menghasilkan kebakaran
yag sukar dikawal (keadaan darurat dari segi tenaga dan kelengkapan).
Tsunami iaitu gelombang laut seismos berlaku apabila adanya anjakan atau rekahan
besar dasar laut menyebabkan air laut jatuh mengisinya. Akibatnya alunan ombak
besar terbentuk di tengah laut mencapai 800 km/j dengan panjang gelombang yang
mencapai 100?km. Amplitud gelombang mungkin hanya beberapa meter, tetapi
apabila ombak menghampiri benua, ia diperlahankan hingga < 60 km/j menyebabkan
pengurangan panjang gelombang dan peninggian amplitud (mungkin melebihi 20m).
Tsunami juga boleh terhasil akibat daripada letupan gunung berapi di dasar laut atau
runtuhan batu besar atau air batu apung ke dalam laut secara tiba-tiba.
Perubahan rupabumi rantau adalah gempa bumi boleh menganjak permukaan batuan
dan tanah secara menegak (pengangkatan dan penurunan), mendatar ataupun serong.
Akibatnya terjadi perubahan aras air tanah dan aras laut yang turut mengganggu
proses hakisan, susutan darat dan banjir. Anjakan lembah dan permatang mungkin
boleh meghasilkan tasik sesar.
Kemusnahan yang tinggi dan jumlah kematian tinggi yang berkaitan dengan kejadian
gempa adalah sebahagian dari kenyataan bahawa kejadian gempa berlaku tanpa
amaran. Banyak kajian yang mengkhusus kepada masalah meramal dan menjangka
kejadian gempa bumi. Apa yang boleh kita lakukan adalah dengan menggunakan
kaedah prosibiliti untuk mengetahui risiko yang berkaitan dengan sesuatu tempat.
Pengkaji telah mengelaskan kaedah ramalan gempa kepada dua iaitu ramalan jangka
panjang dan ramalan jangka pendek:Ramalan jangka panjang

Boleh dikatakan bahawa sesuatu gempa bumi dengan magnitud atau intensiti yang tinggi adalah
berkemungkinan untuk berlaku di sesuatu tempat yang pernah mengalaminya atau segmen sesar
di dalam kawasan tersebut dalam lingkungan beberapa tahun. Ramalan ini dapat membantu
perancang yang mengambil berat kepada ukuran keselamatan seismic atau kepada golongan
manusia yang perlu menentukan kedudukan kediaman mereka.
Ramalan jangka pendek
Spesifik kepada masa dan tempat sesuatu gempa adalah lebid berguna. Ramalan ini adalah
bergantung kepada precursory phenomena.
Meliputi kawasan yang memerlukan perhatian dan pengawasan yang leni. Bergantung kepada
tempoh masa yag terhad di mana sesuatu tempat boleh berlaku. Negara Jepun telah membuat
ramalan pertama dengan jayanya dengan menggunakan frekuensi gempa mikro, penurutan kajian
aras geodetic, tiltmeter dan pengawasan geomagnetic. Adalah didapati bahawa kejadian gempa
yang di kaji biasanya diikuti oleh gempabumi kecil yang berlaku beberapa bulan sebelum
kejadian gempa besar.
Walaubagaimanapun, ramalan gempa adalah sesuatu yang kompleks. Ia kan mengamvil masa
beberapa tahuan sebelum sesuatu kejadian gempa dalam ramalan jangka masa pendek dapat
dibuat. Ramalan adalah berdasarkan kepada beberapa factor seperti deformasi permukaan,
rumpang seismic yang diikuti oleh sesar, corak dan frekuensi gempa serta tabiat ganjil haiwan.
MENGANGGAR RISIKO SEISMIK
Risiko seismik yang berkaitan di sesuatu tempat boleh ditunjukkan dalam peta kemusnahan
seismik yang telah disediakan oleh para saintis di Amerika Syarikat. Ada diantara peta ini yang
menunjukkan kemusnahan relatif iaitu gempa bumi dengan magnitud tertentu yang telah berlaku.
Walaubagaimanapun, kaedah yang lebih sesuai adalah adalah dengan mengira kadar
kemungkinan sesuatu kawasa untuk berlaku kemusnaan atau gegaran. Sebuah peta kemusnahan
gempa adalah berdasarkan kepadaseismik sejarah, frekuensi gempa dengan pelbagai magnitud
dan kadar gelinciran sesar. Kemusnahan sebenar sesuatu kawasan tertentu boleh pelbagai
berdasarkan kepada keputusan aplikasi. Salah satu cara untuk menafsirkan peta ini adalah
dengan melihat kawasan yang mempunyai tanda merah yang banyak dan tebal sebagai kawasan
berpotensi gempa yang tinggi. Ini kerana kawasan ini berisiko untuk berlakunya gegaran.

You might also like