Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

1.

Isu
Pada minggu kelima ini saya tidak banyak
menghadapi masalah pengurusan dan
pembelajaran sebagaimana yang telah saya
rancangkan. Namun begitu terdapat beberapa
masalah yang saya hadapi iaitu pengawasan
kelas yang agak kurang memuaskan. Ia
berpunca daripada murid-murid yang suka
mencelah ketika saya mengajar. Kesannya
pelajar yang lain akan hi;lang tumpuan belajar
disebabkan beberapa orang yang mempunyai
masalah hiperaktif ini. Hal ini menimbulkan
masalah bagi saya untuk mjencapai objektif
khususnya objektif yang akhir dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran pada hari
berikutnya.
2. Analisis
Masalah ini timbul kerana mungkin berpunca
daripada pelajar yang mempunyai masalah
hiperaktif yang terlalu banyak bercakap dan
bertanya sehinggakan mendatangkan

gangguan kepada rancangan pengajaran dan


pembelajaran saya tetapi bukan saya sahaja
terganggu malah murid-murid yang berada di
kelas itu turut terganggu dengan masalah ini.
Ini akan menyukarkan proses memahami apa
yang saya ajarkan.
3. Cadangan memperbaiki
a. Saya perlu lebih tegas supaya mereka dapat
memberikan sepenuh perhatian kepada
pengajaran dan pembelajaran saya.
b. Bagi memastikan bahawa aktiviti
perbincangan secara berkumpulan akan saya
kawal dengan rapi bagi memastikan mereka
menjalankan tugas yang saya berikan dan
saya akan sentiasa mengingatkan pelajar
tentang masa yang ada dan meminta wakil
bagi setiap kumpulan membuat laporan dalam
masa yang telah ditetapkan. Sekiranya
perbincangan mereka boleh mengganggu
pelajar lain markah kumpulan akan dipotong.
c. Saya akan mendapatkan bimbingan dan
nasihat daripada pensyarah pembimbing, guru

pembimbing di samping berbincang dengan


rakan-rakan yang lain.
4. Tempoh masa
Saya akan cuba mengatasi masalah ini
secepat mungkin. Pengawasan kelas yang
baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran
proses pengajaran dan pembelajaran.
Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi
secepat mungkin sudah tentu objektif-objektif
yang telah dirancangkan tidak tercapai
sepenuhnya.
5. Penilaian kejayaan
Saya akan meminta pensyarah maktab, guru
pembimbing dan rakan pembimbing untuk
member penilaian tentang kejayaan saya
disamping meminta pandangan dari rakan lain
yang mengajar kumpulan pelajar saya ini.
Dengan ini saya dapat memperbaiki masalah
saya dari masa ke semasa.
6. Tindakan susulan

Semasa membuat rancangan persediaan


mengajar, saya akan memikirkan objektifobjektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan
pelajar-pelajar tersebut supaya proses
pengajaran dan pembelajaran saya berjalan
dengan jayanya. Saya juga akan lebih
perhatian kepada pelajar-pelajar hiperaktif
sebegini supaya tidak mengganggu pelajar lain
yang sedang belajar.

You might also like